CHAPTER 36 : The Professor, The Dunamist and The
Agent – “LOVE Triangle”
Tempat : Hospital
Mini ISRC, Metropolis Kinabalu
Masa : 11.10 AM
Tarikh : 21 April
2010 (Satu Minggu Kemudian)
Poly yang telah disembuhkan oleh kuasa Xyver sedang berehat di wad pesakit
di Hospital Mini ISRC, termasuk mereka yang telah dijangkiti. Colline dan Jane sedang
melawat beliau memandangkan dia masih di dalam keadaan lemah kesan daripada
jangkitan Virus Grogan. Keadaan di Negeri Sabah kini agak tenang, serangan
Mahluk Grogan kelihatan berkurangan entah mengapa. Namun, pihak ISRC dan GDTF
tetap bersikap berjaga – jaga pada setiap masa kerana ada kemungkinan makhluk –
makhluk durjana akan menyerang semula.
“Mama dan Papa Poly dalam keadaan yang baik. Mereka telah pun sedarkan diri
dan sekarang sudah boleh berjalan. Mereka kata mereka akan menjenguk Poly
petang ini,” kata Colline kepada Poly sambil tersenyum gembira melihat Poly
yang semakin sembuh itu.
“Syukur kepada Tuhan. Nasib baik Rayz datang pada saat – saat genting, Poly
tak akan dapat memaafkan diri Poly jika Poly mencederakan Colline,” kata Poly
dengan nada yang sedih.
Colline menggenggam tangan Poly. “It
wasn’t you Poly. You were under the influence of the Grogan Virus.”
“But still, it was my fault that all
this escalates. I wasn’t vigilant enough to check Colonel Ravi when he entered
the Holding Camp,” Poly kesal kerana tidak mengesyaki apa – apa ketika
Kolonel Ravi masuk ke dalam Kem Tahanan Khas dalam keadaan basah pada malam
kejadian itu.
“Semua itu sudah berlalu Poly. Yang penting sekarang, Poly dan ibubapa Poly
selamat. Malahan seluruh penduduk Bandar Raya Marudu juga dalam keadaan selamat,” pujuk Jane pula.
“Hmm. Benar kata – kata kamu berdua itu. Thank you,” balas Poly dan akhirnya tersenyum.
Pintu bilik Poly dibuka dan seorang jururawat masuk ke dalam. Dia pun
meminta Colline dan Jane untuk meninggalkan Poly seketika dengan sopan kerana
Doktor Jerry ingin menjalankan regular
checkup untuk memastikan kesihatan Poly. Colline dan Jane pun memeluk dan
mencium pipi Poly dan meminta izin keluar. Colline dan Jane berjalan bersama –
sama menuju ke ruang meletak kereta di hadapan Hospital Mini ISRC.
“Jane, bagaimana dengan Exium Gun yang sedang Jane programkan semula? Any progress?” tanya Colline.
“Ergh! Jane masih lagi pening. Seperti hipotesis Colline, hanya mereka yang
bergelar ‘Dunamist’ atau Klon Rayz sahaja yang boleh mengaktifkan senjata itu
sekalipun ianya hanyalah sebuah emulator yang
meniru gelombang Xyver. Untuk Mass
Production, mungkin Jane perlu direct
access kepada Xyver agar manusia biasa boleh menggunakannya,” jawab Jane.
Jane yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Persenjataan ISRC sedang
melaksanakan kajian untuk reverse
engineering Exium Gun yang diterajui oleh Lord Arufa. Dia ditugaskan oleh
Lady Elita untuk mengubah senjata itu agar askar – askar biasa boleh
menggunakannya kerana peperangan yang lebih besar di antara manusia dan Makhluk
Grogan pasti akan menjadi lebih teruk di masa akan datang. Lady Elita sedar Colline
tidak akan menggunakan Klon Rayz sebagai Pasukan Pertahanan, sebab itulah dia
meminta Jane modify Exium Gun itu.
“I see. Rayz sekarang berada di
Bandar Raya Kudat bersama – sama dengan saudara – saudara Samariannya. Colline
akan berjumpa dengan dia untuk membincangkan hal ini. Rayz akan memerlukan
pertolongan dari kita semua, he can’t do
this alone.”
“Jane dengar ISRC US telah menarik semula arahan penangkapan Rayz, betul
kah berita ini Colline?” tanya Jane.
“Ya, ianya memang benar. Lady Elita berpendapat, the best interest for ISRC and the world would be to seek Rayz help in
fighting the Grogans and not to capture him or force him to work for us. Entahlah,
Colline tak tahu samada Rayz akan bersetuju atau tidak bekerjasama semula
dengan ISRC selepas apa yang Lord Arufa dan Danny lakukan terhadapnya.”
“Jane faham. Sesiapa pun akan berfikir sebegitu, bukan Rayz sahaja. Oh ya, apa
cerita di antara Colline dan Rayz sekarang? Any
progress?”
Colline memperlahankan langkahnya ketika mendengar soalan Jane. Jane berasa
hairan dengan reaksi Colline, pasti ada sesuatu yang telah berlaku kepada
mereka berdua. Namun Jane bukanlah seorang yang kaki penyibuk.
“Maafkan Jane kalau soalan Jane itu terlalu personal,” Jane meminta maaf.
“No! It’s okay Jane. Colline dan
Rayz, umm, belum berbincang lagi mengenai hal itu. Ada benda lain yang lebih
penting sekarang daripada ‘Cinta’. It can
wait a little while longer,” jawab Colline dengan wajah yang muram.
Jane menghentikan langkahnya. Giliran Colline pula yang hairan dengan
tindakan Jane itu. Jane merenungnya dengan serius.
“Colline, you know you love this guy.
Isn’t it time that he tell you how he feels? This isn’t right for you. Jane
tahu ini bukan hal Jane, tetapi Colline telah banyak berkorban untuk Rayz dan
Jane yakin Rayz juga faham. Sudah tiba masanya Colline mengetahui isi hati Rayz
kan?”
“Ianya bukan mudah Jane, sebab...” Colline tidak dapat menghabiskan kata –
katanya. Dia mengalihkan pandangannya ke luar hospital. Mereka kini berada di
gerbang utama hospital.
“Sebab wanita bernama Lyneki itu?” teka Jane.
Colline tidak memandang wajah Jane ketika nama Lyneki disebutnya.
Fikirannya mengimbas kembali malam selepas Rayz menyelamatkannya di Bandar Raya
Marudu seminggu yang lepas...
Rayz, Colline dan Lyneki terpaku di atas pentas. Tidak ada sesiapa pun yang
berani bersuara. Suasana kelihatan amat kekok sekali di antara mereka bertiga.
Yang paling keliru sekali adalah Colline. Dia tidak tahu apakah yang pernah
berlaku kepada Rayz dan Lyneki tapi hatinya digaru – garu kini. Dia ingin tahu
apakah hubungan di antara Rayz dan Lyneki pada masa yang lepas jika mereka
berdua memang sudah pernah berkenalan.
“Umm, mungkin Poly telah pun sedar. Jadi biar Colline pergi menjenguk dia,”
Colline pun berpaling ke belakang untuk meninggalkan mereka berdua.
“Jangan pergi Colline. Colline perlu tahu kebenaran. Kebenaran di antara
Rayz dan Lyneki,” Rayz meminta Colline untuk tidak pergi.
Pada saat itu, bayu malam bertiup dengan kencang. Kemeja yang dipakai oleh
Rayz berkibar – kibar ditiup angin itu. Colline membetulkan rambutnya yang
ditiup angin, pandangannya diarahkan kepada Rayz. Lyneki pula diam terpaku,
membisu seribu bahasa.
“Colline ingat lagi pertanyaan Colline ketika kita berbual di Yumi Sushi
Shop? Kenapa Rayz masih lagi single?”
Rayz memulakan kata – kata.
Colline mengangguk mengiakan kata – kata Rayz. Dia mengalihkan pandangan ke
arah Lyneki pula. Lyneki memeluk tubuhnya, pandangannya tajam melihat ke arah
Rayz.
“Kerana Rayz telah pun memberikan seluruh hati dan hidup Rayz pada
‘seseorang’. Bagi Rayz, ‘dia’ adalah pelengkap kepada kehidupan Rayz. Dulu,
Rayz pernah membuat keputusan untuk mengakhiri kehidupan Rayz kerana tidak
dapat menerima kematian ayah dan ibu Rayz. ‘Dia’ mengajar Rayz bahawa hidup
Rayz ini masih bermakna dan dunia ini bukanlah diwarnai oleh kesedihan dan
kesengsaraan sahaja. ‘Dia’ mengajar Rayz
apakah itu ‘Cinta’. ‘Dia’ mengajar Rayz untuk mencintai sepenuh hati, dan untuk
dicintai sepenuh hati. I swore to her
that I would never leave her... I swore to her that I’d died for her,” kata
Rayz. Air matanya jatuh berlinangan lantaran kesedihan yang mengasak
sanubarinya.
Melihat keadaan Rayz itu, tanpa Colline sedari, dia sendiri menitiskan air
mata. Adakah ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Rayz itu adalah Lyneki?
Rayz mengesat air matanya. Matanya kekal menatap wajah Lyneki. Lyneki kini
menutup mulutnya dengan tangan, kerana dia juga berasa sedih yang amat sangat.
“Tetapi, takdir menentukan cinta kami tidak berkekalan. Tanggal 27 November
2002. Yumi Sushi Shop, Rayz dan ‘dia’ sepatutnya menyambut hari ulang tahun
kelahiran Rayz yang ke 21 bersama – sama. Rayz menunggu ‘dia’ datang dari jam 7
malam. 3 jam berlalu dan dia tidak muncul – muncul, Rayz sangat bimbang dengan
keselamatan ‘dia’. Henfonnya berkali – kali Rayz cuba hubungi tetapi tidak berjawab.
Tidak lama kemudian, Ady dan sahabat – sahabat Rayz yang lain datang mencari
Rayz di Yumi Sushi Shop. Mereka membawa khabar buruk,” Rayz mengesat air
matanya semula. Colline benar – benar bersimpati dengan keadaan Rayz.
Keadaan semakin sejuk pada malam itu. Rayz melihat Lyneki menggigil
kesejukan lantaran dia hanya memakai singlet ketat hitam. Rayz membuka kemeja
yang dipakainya, menampakkan bentuk tubuhnya yang tegap dan sasa. Rayz
mendekati Lyneki. Kemeja itu dipakaikannya di tubuh Lyneki. Lyneki tersentuh
dengan tindakan Rayz itu, dia memandang mata Rayz, Rayz langsung tidak
memandangnya. Rayz pun berjalan mendekati Colline dan berdiri di sebelahnya.
“Apa yang berlaku selepas itu benar – benar menghancurkan hidup Rayz. Ady
memberitahu Rayz, kereta yang dipandu oleh Lyneki terbabas dan jatuh ke dalam
Sungai Matunggong. Pada saat itu, Rayz sedar Rayz telah pun ‘mati’. Sewaktu
kereta yang kami pandu bergerak menuju tempat kejadian, Rayz berdoa kepada
Tuhan agar Lyneki tidak akan apa – apa dan semuanya hanyalah mimpi atau gurauan
semata – mata. Namun itu adalah harapan yang sia – sia, hakikat adalah tetap
hakikat. Pihak Polis tidak menjumpai mayatnya dan dia diisytiharkan telah
meninggal dunia selepas 7 hari operasi pencarian dilaksanakan. Hidup Rayz
terumbang – ambing selepas itu. Mujur Ady dan sahabat – sahabat Rayz yang lain
ada untuk memberikan Rayz semangat untuk terus berjuang. Rayz telah dapat
menerima ‘kematian’ Lyneki sekalipun kejadian itu telah meninggalkan ruang yang
kosong dalam hidup Rayz,” Rayz menyambung kata – katanya.
Colline mengesat air matanya. Tak sangka kisah di antara Rayz dan Lyneki
adalah sesuatu yang amat menyayatkan hati. Colline juga tidak menyangka Lyneki
adalah kekasih yang amat dicintai oleh Rayz 9 tahun yang lalu. Namun persoalan
yang terbesar sekali adalah, jika Lyneki telah disahkan mati 9 tahun yang lalu,
bagaimana pula dia boleh berdiri di hadapan Rayz dan Colline sekarang ni?
“Lyneki, Rayz tidak kisah dengan apa yang telah berlaku 9 tahun yang lalu.
Rayz telah pun belajar untuk menerimanya. Namun, Rayz berhak untuk mengetahui
apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam itu,” Rayz meminta penjelasan
daripada Lyneki.
Lyneki mendiamkan diri. Dia tidak berani bertentang mata dengan Rayz
mahupun Colline. Dia menarik nafas dalam. Selepas mengumpul seluruh kekuatan
diri, Lyneki mengangkat muka dan memandang wajah Rayz. “I am Lyneki Manawali, acting Captain of SAGI Unit Sabah Division. I am
not authorized to answer your question,” kata Lyneki dengan air muka yang
serius.
Rayz menelan air liur. “Is that how
it’s gonna be?” air muka Rayz juga serius.
“The answer you seek is ISRC
confidential, I am sorry,” balas Lyneki.
Air mata Rayz menitis lagi. Selepas Lyneki hampir – hampir menghancurkan
hidupnya, kini dia enggan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku 9 tahun
yang lalu. “Alangkah kejamnya engkau Lyneki!” getus hati kecil Rayz. Colline
tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang, dia betul – betul keliru.
Selama ini Colline berpendapat dia dan Rayz akan dapat bersama tanpa apa – apa
halangan ataupun masalah. Tetapi kemunculan Lyneki membuatkan dia sendiri tidak
pasti akan hubungannya dengan Rayz nanti.
Rayz memegang lengan kanan Colline dan membawanya pergi menuju ke tempat di
mana Poly berada, bagi Rayz perbualan itu telah tamat dan tidak bererti.
Colline yang keliru hanya membiarkan Rayz membawanya pergi. Colline memandang
wajah Rayz, tidak pernah dilihatnya wajah Rayz yang seserius itu. Colline
memandang ke arah Lyneki pula. Colline dapat melihat kesedihan dan kesayuan
yang teramat sangat dalam pandangan mata Lyneki. Colline tahu, pasti ada
penjelasan kenapa Lyneki enggan memberitahu apa yang berlaku 9 tahun yang lalu
kepada Rayz.
“Rayz, Colline rasa, jika Rayz berbicara dengan Lyneki dengan baik, dia
pasti akan memberitahu Rayz apa yang ingin Rayz ketahui,” kata Colline, memujuk
Rayz untuk mempertimbangkan semula keputusannya.
Rayz tersenyum, terharu dengan keprihatinan Colline terhadap masalahnya.
Rayz memegang pipi Colline dengan penuh kasih sayang. “It’s okay. Rayz sudah lama melupakan kisah itu.”
“Tapi Rayz, Colline rasa Lyneki tidak sengaja untuk merahsiakan perkara
itu. If you were to talk to her softly,
she would tell you what happened. Please, consider her again okay?” pujuk
Colline lagi.
“Emm. Okey, Rayz akan pertimbangkan. Tapi yang lebih penting, Colline perlu
membantu mereka di sini.”
Tiba – tiba kedengaran bunyi helikopter yang amat banyak datang dari
kejauhan. Nampaknya ISRC dan pihak tentera telah menghantarkan bantuan ke
Bandar Raya Marudu. Benda yang mengganggu sistem komunikasi di tempat itu
akhirnya hilang selepas Makhluk Grogan yang mengawal mereka yang dijangkiti
ditewaskan oleh Rayz dan Lyneki. Tempat itu tiba – tiba menjadi terang
benderang disinari sinaran spotlight berkuasa
tinggi yang datang dari setiap helikopter. Rayz tahu dia tidak boleh berada di
sana sekarang, ISRC masih lagi ingin menangkapnya.
“Colline, Rayz terpaksa pergi sekarang,” kata Rayz kepada Colline. Dia
memberikan Colline sekeping kertas mengandungi alamat Pejabat Pos di mana dia
bekerja. Rayz tahu, Colline pasti akan mencarinya sebab itulah dia bersedia
lebih awal.
“Rayz masih tinggal di Kudat?” tanya Colline.
“Ya. Kalau Colline ingin mencari Rayz, Rayz akan berada di sana,” jawab
Rayz.
Rayz pun mendakap tubuh genit Colline itu dengan erat. Dahi Colline dikucup
mesra. “Take care. I ‘ll wait for you
there.” Colline mengangguk tanda faham. Pada ketika itu, Lyneki berada
tidak berapa jauh daripada mereka berdua. Hati Lyneki terasa sebak ketika
melihat Rayz mendakap tubuh Colline. Barulah Lyneki sedar, cinta Rayz telah
beralih kepada orang lain. Tak sangka, rakan sekerja yang kini dibantunya
adalah wanita yang dicintai oleh lelaki yang pernah bergelar kekasih dalam
hidupnya. Lyneki mengetatkan kemeja yang membalut tubuhnya yang diberikan oleh
Rayz. Dia mengesat air matanya. “Maybe
it’s better this way...”
Rayz memakai Xyver pada pergelangan tangan kanannya semula. Dalam sekelip
mata, dia berubah semula menjadi Zaiva. Rayz pun melonjak ke udara dan dia
berubah menjadi gergasi hijau yang bersayap dan meluncur ke udara sambil
menembusi awan tebal di langit. Colline sekadar memerhatikan pemergian Rayz.
Hatinya berasa bahagia sekali bersama – sama dengan Rayz. Tetapi ketika dia
melihat Lyneki yang sedang memandang ke arahnya, rasa bersalah dan keliru
melanda jiwanya semula.
“Colline?
Your phone’s ringing,” kata Jane
sambil mencuit bahu Colline.
“Oh! Sorry
bout’ that. Excuse me,” jawab Colline. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya
dari tas tangan. Butang answer ditekan.
“Hello,
Colline speaking?”
“Hello, this
is Sarah Miller, the Dean of MKUAS. Professor Colline, will you be able to see
me this evening?” kata seorang wanita di corong telefon bimbit.
“Madame
Miller, yeah, I’ll be there this evening,” jawab Colline.
“Good. Just
making sure, had to rearranged my plans then. I will see you in my office then.”
“Thank you.
Sorry for the inconvenience.”
Colline menamatkan perbualan. Panggilan itu datang
dari Dekan MKUAS yang ingin bertemu dengan Colline di pejabatnya pada waktu
petang. Colline menarik nafas.
“Jane, update
maklumat yang terkini mengenai Exium Gun pada Colline. Colline perlu
kembali ke MKUAS untuk menguruskan prosedur perpindahan.”
“Of course.
Anyway, Colline ingat apa yang Jane katakan okey? Whatever she is, it’s all in the past. Rayz wants to be with you.
Remember that,” pesan Jane dan berjalan masuk semula ke dalam Hospital Mini
ISRC.
Colline mendiamkan diri. Ada betulnya kata – kata
Jane itu. Namun naluri wanita Colline kini bertembung dalam jiwanya. Baik kah
bagi dia untuk menjadi orang di antara Rayz dan Lyneki sedangkan mereka berdua
adalah pasangan kekasih yang amat cinta mencintai? Colline menepuk – nepuk
pipinya beberapa kali. Mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan hal itu.
Colline pun berjalan ke arah kereta jenis Aston Martin Vantage yang diberikan
oleh ISRC sebagai hadiah penerimaan jawatan baru Colline di dalam Wiseman’s Commitee. Enjin dihidupkan,
dan kereta Colline meluncur meredah lebuh raya menuju ke MKUAS.
********************************************************
Pejabat Rahsia Presiden ISRC, Metropolis Kinabalu...
Lyneki sedang berjumpa dengan Lady Elita di
pejabatnya untuk melaporkan apa yang telah berlaku di Bandar Raya Marudu.
Mereka berdua sedang duduk di atas lantai tikar Tatami sambil meminum Teh Jepun
yang dibancuh oleh Lady Elita.
“Makhluk Grogan yang menyerang Bandar Raya Marudu
berbentuk seperti serangga. Ianya bertubuh seperti manusia dan amat sukar untuk
menjejak mereka tanpa bantuan G-Eye System. Mengikut maklumat penyiasatan saya
dan Professor Colline, makhluk ini ditugaskan oleh G-MOTHER untuk mengumpul
‘manusia’ untuk dijadikan makanan kepada suatu makhluk yang mereka gelar SANG PEMUSNAH. Seluruh penduduk Bandar
Raya Marudu dilumpuhkan dengan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sistem
badan manusia tetapi pada masa yang sama memastikan mereka semua hidup dan dalam
keadaan yang sihat. Kebanyakkan penduduk yang dijangkiti dijumpai di dalam
saliran bawah tanah. Makhluk ini juga dibantu oleh beberapa ekor makhluk lain
seperti ular gergasi yang bertindak sebagai pelindung kepada makhluk seperti
serangga ini,” Lyneki menerangkan apa yang disaksikannya di Bandar Raya Marudu
kepada Lady Elita.
“Kapten tahu apakah benda yang dipanggil SANG PEMUSNAH oleh G-MOTHER itu?” tanya
Lady Elita meminta pendapat Lyneki.
“Saya juga kurang pasti My Lady. Tetapi apa yang
dirancangkan oleh G-MOTHER itu pasti akan mengancam Negeri Sabah mahupun
seluruh dunia.”
“Maksud Kapten?” dahi Lady Elita berkerut.
Lyneki memberikan sekeping fail hitam berlabel ISRC
kepada Lyneki dengan sopan. Lady Elita membuka fail tersebut dan membaca
isinya. Serta – merta air mukanya berubah. Apa yang dilaporkan di dalam fail
itu jelas membimbangkannya.
“Benarkah laporan ini Kapten?” Lady Elita meminta
kepastian.
“Benar My Lady. Virus Grogan kini dilaporkan melanda
beberapa petempatan kecil di seluruh negara – negara Asia Tenggara. Thailand,
Myanmar, Indonesia dan juga Kepulauan Filipina adalah beberapa negara yang
diserang virus ini. Staf – staf ISRC dan Unit SAGI di setiap negara itu sedang
bertungkus lumus menentang virus ini. ISRC US telah pun menghantar bekalan
serum ke setiap negara tersebut. Diharap ia dapat membantu mengawal perebakan
virus ini.” Terang Lyneki.
Lady Elita berdiri dan berjalan menuju ke jambatan
merentasi kolam buatan di luar pejabatnya. Lyneki mengikutinya dari belakang.
Lady Elita mendengus perlahan. Krisis Grogan di Negeri Sabah kini telah menular
ke negara – negara lain. Apa agaknya yang cuba dicapai oleh G-MOTHER? Minda
Lady Elita ligat berfikir akan jawapan itu.
“My Lady, ada suatu perkara yang ingin saya
laporkan,” kata – kata Lyneki itu menyedarkan Lady Elita dari lamunannya.
“Apa dia Kapten?” Lady Elita meminta Lyneki
meneruskan kata – katanya.
“There has
been an increase of Giant Grogan activities throughout Sabah. Ajen SAGI
kita yang bertugas di setiap daerah Sabah melaporkan kemunculan Makhluk Grogan
Gergasi seperti yang dilaporkan di Daerah Bandar Raya Belud. Setakat ini, 3
Makhluk Grogan Gergasi dilaporkan muncul di tiga buah daerah. Satu di Bandar
Raya Sandakan, satu di Bandar Raya Keningau dan satu di Bandar Raya Pitas.”
“Kapten, adakah mereka telah menyerang bandar –
bandar berkenaan?”
“Tidak My Lady. Menurut laporan, mereka hanya
memunculkan diri selama beberapa minit dan hilang begitu sahaja. Namun begitu,
ianya telah mengakibatkan panik besar di kalangan penduduk. Pihak Tentera GDTF
sedang berusaha mengawal keadaan dan bersedia memindahkan mereka apabila
perintah dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Sabah.”
Lady Elita meletakkan tangannya ke atas pemegang
jambatan. Mindanya kembali ligat berfikir. Adalah sesuatu yang mustahil bagi
ISRC untuk menangani Makhluk Grogan Gergasi yang telah memunculkan diri itu.
Sedangkan Makhluk – Makhluk Grogan yang kecil itu juga sukar untuk ditangani.
Kini pilihannya jelas dan ianya tidak dapat dielakkan lagi. ISRC benar – benar
memerlukan bantuan dari “Dunamist”, bantuan dari Rayz Silman.
“My Lady,
what is our next course of action?” tanya Lyneki meminta pendapat mengenai
langkah yang seterusnya.
“I am afraid
the time has come for all of us to combine forces with Rayz and The Samarians.
They are our only hope now. The situation has turn increasingly difficult for
us to handle on our own. Kapten, tolong beritahu Profesor Colline untuk
berjumpa dengan Rayz Silman dan menjemputnya untuk suatu mesyuarat tergempar di
Bangunan Utama ISRC Metropolis Kinabalu.”
Lyneki mengerutkan dahinya. “Saya rasa itu bukanlah
perkara yang mudah My Lady. Saya tidak yakin Rayz Silman akan memberikan
kerjasama begitu sahaja terhadap ISRC selepas apa yang telah dilakukan oleh
Lord Arufa terhadapnya.”
“Saya tahu. Sebab itulah Kapten akan menemani
Profesor Colline berjumpa dengan Rayz Silman dan menerangkan situasi ini,”
balas Lady Elita sambil tersenyum.
Lyneki menelan air liur. Tekaknya tiba – tiba
terasa kering. “My Lady, saya meminta untuk menolak perintah My Lady itu. Saya
rasa, Profesor Colline lebih sesuai untuk berbicara dengan Rayz Silman. Perkara
ini akan dapat diselesaikan dengan kadar yang lebih cepat seandainya saya tidak
terlibat sama.”
Lady Elita merenung wajah ayu Kapten Unit SAGI itu.
Dia dapat merasakan betapa dalam ‘cinta’ Lyneki terhadap Rayz Silman, sama
seperti apa yang dirasakannya terhadap ‘Ra-Iz’. Hati Lady Elita terasa sayu,
situasi yang dialami oleh Lyneki ini sama dengan situasi yang dialaminya dulu. TAKDIR sesungguhnya adalah sesuatu yang
lucu.
“Lyneki, saya tahu apa yang pernah berlaku di
antara kamu dan Rayz Silman, 9 tahun yang lalu,” Lady Elita kini menyebut nama
Lyneki secara terus.
Lyneki menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Dia
tidak ingin bertentang mata dengan orang atasannya itu, entah mengapa.
Lady Elita memegang bahu Lyneki. “9 tahun adalah
suatu jangka masa yang lama. Perkara itu telah lama berlalu, sudah tiba masanya
Lyneki berterus – terang dengan Rayz. Dia berhak mengetahui kebenaran. Lyneki
juga terseksa dalam tempoh 9 tahun ini kan? Dan saya tahu, Lyneki masih lagi
mencintai dia.”
Perlahan – lahan air mata Lyneki menitis semula.
Memori silam yang selama ini ingin dilupakannya kembali menghantui kotak
fikirannya. Kata – kata Lady Elita itu memang benar, dia memang masih lagi
mencintai Rayz dan perasaan itu tidak pernah berubah. Apabila pihak ISRC
memberikannya tugasan untuk memerhatikan tindak – tanduk Rayz, dia berasa benar
– benar gembira kerana dapat melihat wajah tampan jejaka itu setelah sekian
lama. Meskipun tidak ada peluang baginya untuk bersua muka dengan Rayz,
melihatnya melalui skrin komputer atau teropong sudah memadai bagi Lyneki.
Namun takdir menentukan mereka akan bersua semula di Bandar Raya Marudu dan
kejadian itu mengubah segala – galanya.
“Lyneki, tidak usah fikirkan lagi. Pergilah bersama
– sama dengan Profesor Colline dan jelaskan kejadian sebenar kepada Rayz Silman,”
kata Lady Elita memujuknya semula.
“My Lady, Rayz dan Colline sekarang sudah ada
hubungan. Saya tidak ingin menjadi penghalang bagi mereka berdua. Kisah saya
dan Rayz telah lama tamat. Rayz berhak mendapat kebahagiaan yang selama ini
dicarinya,” balas Lyneki sambil mengesat air matanya.
Lady Elita bersimpati dengan apa yang berlaku
kepada Lyneki. “Saya faham. Biarlah Lyneki sendiri yang membuat keputusan.
Namun, saya tetap berharap Lyneki dapat menemani Profesor Colline kerana
perkara ini amatlah penting. Samada Lyneki akan berjumpa dengan Rayz Silman
ataupun tidak, itu adalah terpulang kepada Lyneki.”
Lyneki mengangguk tanda bersetuju. “Seperti yang
diperintahkan oleh My Lady,” kata Lyneki dan berjalan meninggalkan pejabat Lady
Elita. Tinggalah Lady Elita seorang diri di situ. Hatinya tiba – tiba terasa
sebak, mungkin terusik kerana melihat situasi yang dialami oleh Lyneki...
********************************************************