Monday, September 7, 2009

Chapter 10

CHAPTER 10 : Back to ISRC Headquarters...

Tempat : Hospital Induk Kudat

Masa : 07.30 AM

Tarikh : 26 November 2009

Colline baru sahaja mengemaskan diri apabila mendengar pintu biliknya diketuk dari luar. Sejurus kemudian 2 orang pegawai ISRC berbaju seragam berwarna hitam muncul dan menunggunya di depan pintu. “Ma’am, we are ready to go now. Can we carry your belongings for you?” tanya pegawai berbangsa negro itu kepada Colline. Colline memandang ke arahnya dan menjawab,”It’s okay, I can carry these.” Colline menyandang tas tangannya dan membawa bekas kedap udara itu dengan tangan kanannya. Kemudian mereka bertiga pun pergi meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke arah lif.

Setibanya mereka ke tingkat bawah, salah satu daripada pegawai ISRC itu membawa Colline menuju ke arah sebuah kereta Mercedes Benz berwarna hitam. Pegawai tersebut membuka pintu belakang kereta tersebut dan mempersilakan Colline masuk. Colline pun masuk ke dalam kereta tersebut. Manakala kedua – dua pegawai itu masing – masing duduk di bahagian hadapan kereta. Sejurus kemudian kereta itu pun bergerak meninggalkan Hospital Induk Kudat.

*********************************************************************************

Perjalanan Colline ke ISRC di Metropolis Kinabalu berjalan dengan lancar kerana jalan raya yang agak lengang. Kebanyakan penduduk Bandar Raya Kudat telah berpindah ke tapak penempatan sementara di Bandar Sikuati. Mereka berpindah atas arahan pasukan tentera GDTF demi keselamatan mereka. Bandar Raya Kudat yang dulunya sibuk kini tak ubah seperti bandar ‘berhantu’.

Colline tidak berapa meperdulikan suasana sekitar Bandar Raya Kudat itu. Fikirannya lebih tertumpu kepada soalan berkaitan objek misteri dari langit itu. Soalan seperti asal – usul objek tersebut, apakah kaitannya dengan makhluk asing tempoh hari, dan...RAYZ! Nama itu tiba – tiba muncul di dalam fikirannya. Fikirannya mengimbas semula kejadian di mana Rayz mengalahkan makhluk asing tersebut dengan objek itu. Mengapa objek itu bereaksi sedemikian apabila Rayz menyentuhnya? Dan, bagaimana Rayz boleh mengetahui cara untuk menggunakan objek tersebut sebagai senjata dan mengalahkan makhluk asing itu?

Minatnya untuk mengetahui perihal diri Rayz hidup semula. “There must be something about him than meets the eye,” getus hati Colline. Dia berjanji dengan dirinya untuk membongkar rahsia itu suatu hari nanti. Colline tersenyum sendirian apabila teringat semula misteri yang menyelubungi diri Rayz itu. Namun sesi berfikirnya itu terganggu apabila telefon bimbitnya tiba – tiba berbunyi. Colline mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan, nama Danny tertera di atas skrin telefon bimbit tersebut. Lantas Colline menekan butang answer.

“Yes. Colline speaking,” kata Colline menyambut panggilan dari Danny.

“Good morning Colline. Colline ada di mana sekarang?” suara Danny jelas kedengaran di corong pembesar suara telefon bimbitnya.

“Colline dalam perjalanan menuju ke HQ. Anything wrong?”

“There is something that I need to tell you,” balas Danny. Nada suaranya tiba – tiba berubah menjadi agak serius.

Colline agak hairan dengan perubahan nada suara Danny tersebut. “Apa agaknya yang berlaku pada Danny pagi ni?” kata Colline dalam hatinya. Colline membetulkan duduknya dan berkata, “What’s wrong? What has happened?”

“Susah untuk Danny katakannya kepada Colline. Mungkin ada lebih baik kalau Colline meminta penjelasan dari Poly,” balas Danny.

“Poly?” dahi Colline berkerut bila nama itu disebut oleh Danny.

“Let’s talk again once you arrived at the HQ.”

“Why can’t you tell me about it now?” kata Colline pula, separuh memujuk.

Danny mendiamkan dirinya sahaja. Hati Colline semakin di rundung perasaan yang tidak keruan. Keengganan Danny untuk menjawab soalannya tadi benar – benar membuat hatinya berasa tidak selesa. Apakah yang cuba disampaikan oleh Danny kepadanya?

“Please don’t force me okay? I just can’t tell you. Colline akan tahu nanti selepas Colline bercakap dengan Poly nanti. I have to go now, I’ll see you soon,” balas Danny dan menamatkan perbualan mereka itu. Colline menarik nafas lesu. Dia dapat merasakan sesuatu yang betul – betul tidak kena dengan Danny pada hari itu.

Poly Michael ialah kawan Colline yang paling rapat dengannya. Perhubungan mereka amat rapat seperti adik – beradik. Mereka membesar di pekan yang sama dan juga belajar di sekolah rendah yang sama. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka sama – sama mempunyai impian untuk menjadi saintis yang mengkaji bintang – bintang yang ada di langit. Mereka memilih impian itu sewaktu mereka sama – sama menyaksikan hujan meteor pada malam mereka menamatkan matrikulasi mereka. Selepas itu, Poly mengambil jurusan kedoktoran dalam bidang Advanced Chemistry di The Illinois University of Advanced Science. Banyak suka dan duka Colline dikongsi bersama – sama dengan Poly. Bagi Colline, Poly adalah ‘kembarnya’. Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat olehnya akan dibincangkan dengan Poly terlebih dahulu. Keputusannya untuk berkomitmen dengan Danny juga dibuat selepas dia membincangkannya dengan Poly. Poly jugalah yang sering bersusah – payah setiap kali Colline ditimpa masalah ataupun jatuh sakit. Namun begitu, Poly tidak pernah merungut setiap kali dia ditimpa masalah. Malahan, Poly sanggup menghulurkan bantuan sekalipun dia sendiri menghadapi masalah.

Poly juga adalah rakan sejawat Colline di ISRC cawangan Sabah. Selepas Colline diambil oleh Danny untuk bekerja dengannya, Colline memujuk Danny untuk mengambil Poly bekerja bersama – sama dengannya memandangkan mereka sama – sama pakar dalam bidang sains. Dan, dengan adanya Poly di situ, kerjanya akan lebih senang diselesaikan. Colline juga menyarankan agar Danny mengambil Jane Watson bekerja dengannya. Jane Watson juga merupakan kawan baik Colline sewaktu di universiti dulu tetapi tidaklah serapat Poly.

Fikiran Colline tambah bercelaru bila memikirkan kata – kata Danny tadi. Apa kaitannya semua ini dengan Poly? Dia benar – benar ingin sampai ke ISRC secepat yang mungkin. “Driver, please take us to HQ A.S.A.P!” pinta Colline kepada pemandu Mercedes Benz itu.

3 comments:

Yeun Yie said...

wow~ amazing..

crite ni mcm crita thriller kt tv la..pndai nye bole buat crita mcm ni...

apa pun, sy hrap crita ni cpt smbng.. nk tau gak n3 slnjut nye..

alucardbelmonte said...

kalau suka tolong buat promotion yeee...mana ler tahu kot kot KRU Motion Pictures nak beli right untuk novel ni......kalah cerita bionik nie.....

kraizer81 said...

Wah! Thanks for the comments. For Princess, aku cuba lah nak post chapter seterusnya tapi tak boleh janji coz aku ni ada kerja lain he he he he.For alucardbelmonte, aku harap juga Kru Motion Pictures amik citer aku ni eceh ceh :)