Friday, January 18, 2013

Chapter 35 : The Plague - "Reunion" - Part 3

********************************************************
Waktu Malam, Flat Guru berhampiran pusat Bandar Raya Marudu...
Beberapa buah Jip Hitam milik organisasi SAGI berhenti di perkarangan flat guru yang berada di Bandar Raya Marudu. Tidak lama kemudian Colline, Lyneki dan beberapa pegawai SAGI keluar dari perut jip berkenaan. Colline memakai sarung tangan sejuknya. Cuaca pada malam itu kelihatan amat sejuk sekali memandangkan hujan baru sahaja berhenti. Keadaan sekeliling amat gelap sekali memandangkan bekalan elektrik telah terputus di kawasan sekolah menengah berkenaan. Lyneki memberikan Colline sebiji lampu suluh. Colline mengucapkan terima – kasih.
“Apa yang perlu kita buat di sini profesor?” tanya Lyneki kepada Colline.
Call me Colline, we’re colleagues now,” kata Colline tersenyum manis.
Lyneki membalas senyuman Colline. “Okey, Colline. Apa yang perlu kita buat di sini?” tanya Lyneki semula.
“Ini adalah rumah di mana Pesakit Alpha ditemui. Kita akan memeriksa rumahnya semula. Mungkin kita akan jumpa klu yang berkaitan dengan wabak ini,” terang Colline.
Lyneki mengangguk dan mempersilakan Colline berjalan dahulu. Colline menyalakan lampu suluhnya. Mereka pun mulai mendaki tangga flat dengan perlahan – lahan dan penuh hati – hati. Rumah Pesakit Alpha ada di tingkat 4. Selepas beberapa minit, mereka tiba di hadapan pintu rumah Pesakit Alpha. Lyneki meminta Colline berundur ke belakang. Dia mengeluarkan sepucuk pistol SOCOM dari kot yang dipakainya dan dihalakan ke hadapan. Lyneki memberi isyarat kepada salah seorang anggota SAGI untuk membuka pintu dengan perlahan. Anggota SAGI itu mengagguk dan memusingkan tombol pintu. Lyneki segera meluru ke dalam dengan pantas diikuti anggota – anggota SAGI yang lain. Mereka memeriksa seluruh pelusuk rumah berkenaan. Selepas yakin keadaan selamat, Lyneki mempersilakan Colline masuk ke dalam.
“Lyneki bekerja sebagai apa sebelum bertugas dengan SAGI?” tanya Colline selepas memperhatikan kecekapan Lyneki memegang senjata dan mengarahkan orang – orangnya.
Phillipines Special Forces. Tapi itu kisah dulu, sekarang saya bekerja dengan ISRC,” jawab Lyneki sambil memasukkan pistolnya ke sarung semula. Dia mengarahkan anggota SAGI yang lain berkawal di ruang tamu dan bahagian tangga flat. “Saya rasa, bilik mangsa ada di situ,” Lyneki menuntun Colline ke bilik Pesakit Alpha. Colline menuruti langkah Lyneki.
Sebaik sahaja Colline dan Lyneki memasuki bilik Pesakit Alpha, mereka terpaksa menutup hidung lantaran bau ‘pelik’ yang memenuhi bilik itu. Colline menghalakan lampu suluhnya ke sekeliling bilik. Tidak ada tanda – tanda pencerobohan di dalam bilik berkenaan. Kesemua barang dan perabot dalam keadaan kemas dan teratur. Colline mendekati meja perhiasan. Sesuatu menggamit perhatiannya. Colline mendekati cermin meja perhiasan itu. Terdapat bintik – bintik pelik yang berwarna hijau pada permukaan cermin berkenaan. Colline segera memakai sarung tangan getah yang dibawanya bersama. Dia mengambil putik kapas yang dari dalam laci meja perhiasan dan menyapu bintik – bintik pelik yang terdapat di permukaan cermin tadi. Putik kapas itu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil yang dibawanya bersama.
“Colline, bau ini seperti bau kayu yang dimakan anai – anai kan?” kata Lyneki.
“Ya. Tapi itu adalah mustahil. Tidak ada kayu di dalam bilik ini kecuali katil dan perabot. Boleh Lyneki periksa kalau ada serangan anai – anai di setiap perabot di sini?”
Lyneki mengangguk dan segera memeriksa setiap perabot yang ada di dalam bilik. Sementara Colline membuka almari pakaian milik Pesakit Alpha dan memeriksa bahagian dalamannya. Perhatian Colline tertumpu kepada kemeja putih yang bergantung di dalam almari pakaian tadi. Bintik – bintik hijau yang sama kelihatan pada poket kemeja berkenaan. Dahi Colline berkerut. Dia mulai dapat gambaran mengenai wabak berkenaan tetapi masih lagi kabur.
Colline, I think you might want to see this,” kata Lyneki yang sedang mencangkung di sebelah katil Pesakit Alpha. Colline mendekatinya,”What’s up?”. Lyneki mengangkat cadar katil dan menyuluh bahagian bawah katil berkenaan. Colline menjenguk ke bawah katil. Matanya terbeliak sedikit melihat apa yang ada di bawah katil tadi. Colline dan Lyneki pun bersama – sama mengalihkan katil itu ke tepi. Di bawah katil itu terdapat lendir yang berwarna hijau dan kelihatan bercahaya di dalam gelap. Mereka berdua duduk mencangkung dan mengamati lendir itu secara dekat.
“Colline rasa apa benda ini?” tanya Lyneki.
“Entahlah. Tapi yang pastinya, bau kayu dimakan anai – anai ini datang daripada lendir ini,” jawab Colline.
Collline mengamati lendir itu secara lebih dekat. Dia memegang dagunya seketika. Apabila diamatinya dengan lebih terperinci, lendir itu membentuk tubuh manusia berketinggian 5 kaki setengah. “What the hell?” getus hati Colline. Dia mulai bingung memikirkan apa yang sedang berlaku.
“Macam bentuk tubuh orang kan?” kata Lyneki yang mengejutkan Colline.
“Lyneki pun perasan juga?” tanya Colline.
Lyneki mengangguk, dia pun berjalan mendekati jendela bilik jenis sliding window. Terdapat grill terpasang di luar jendela. Saiz jendela itu agak kecil dan adalah sukar bagi manusia dewasa untuk masuk melaluinya. Lyneki menyuluh bahagian pengunci jendela. Matanya terbeliak sedikit. Terdapat kesan lendir yang sama pada pengunci jendela tersebut. “Adakah ‘benda’ ini masuk melalui jendela ini? Tetapi saiz jendela ini terlalu kecil,” Lyneki bermonolog dalam hatinya.
Find anything on the window?” giliran Colline pula yang mengejutkan Lyneki.
Yeah. The same slimy substance,” jawab Lyneki.
Colline mengalihkan perhatiannya kepada katil pula. Dia membuka cadar yang menutupi tilam. Colline terlihat sebuah lubang sebesar 3 milimeter pada bahagian atas tilam di mana kepala Pesakit Alpha mungkin berada. Lubang itu sama dengan lubang di bahagian kepala Pesakit Alpha. Apabila Colline memeriksa keadaan tilam dan katil dengan lebih terperinci, lubang itu rupa – rupanya menembusi tilam dan juga bahagian bawah katil yang diperbuat daripada kayu. Colline berpeluk tubuh, keningnya berkerut. Dia memandang bantal yang berada di atas katil tadi. Bantal itu diambil dan diperiksa. Tanggapannya betul, lubang yang sama ada pada bantal tersebut.
Lyneki mendekati Colline. “Apa pendapat Colline?”
“Saya rasa ‘makhluk’ ini masuk melalui jendela itu,” kata Colline dan menundingkan jarinya ke jendela yang diperiksa Lyneki tadi. “Ada kemungkinan ‘makhluk’ ini boleh mengecutkan anggota tubuhnya untuk masuk melalui jendela itu. Lendir itu digunakan untuk memudahkannya masuk ke ruang – ruang yang sempit. Kemudian ia menyelinap masuk ke bawah katil mangsa. Apabila mangsa telah pun tidur, ia pun menyuntik virus ke dalam otak mangsa dengan suatu senjata atau alat yang tajam,” Colline menerangkan hipotesisnya kepada Lyneki.
“Berdasarkan betapa bersihnya keadaan tilam dan bantal mangsa, ‘makhluk’ ini pastinya bukan manusia. Saya berpendapat makhluk Grogan terlibat dalam hal ini kerana mustahil ada manusia yang boleh membuat lubang di kepala mangsa tanpa menumpahkan darah di atas katil dan bantal,” Lyneki menambah.
What do you think we should do now?” Colline pula yang meminta pendapat Lyneki.
“Saya rasa, kita menjejak kedudukan makhluk ini. Terdapat kesan lendir yang sama pada luar jendela bilik ini. Kalau kita mengikut lendir itu, kita pasti boleh menjejak kedudukannya nanti,” jawab Lyneki.
“Emm. Kalau begitu, saya akan kembali ke Kem Tindakan Khas untuk memeriksa sampel bintik – bintik hijau dan juga lendir ini,” kata Colline.
“Baik. Summers, escort the professor to the camp,” Lyneki memerintahkan seorang anggota SAGI bernama Summers untuk membawa Colline ke Kem Tindakan Khas ISRC.
********************************************************
Waktu malam, Kem Tindakan Khas ISRC, Bandar Raya Marudu...
Colline pun segera menuju ke bahagian penyiasatan organisma dan bahan kimia merbahaya. Bintik – bintik hijau yang diambilnya sebentar tadi segera di letakkan di bawah slaid kaca mikroskop elektronik. Dr. Hanna dan Dr. Erika yang ada di situ hanya mampu memandang gelagat Colline itu. Namun mereka berdua memang kenal perangai Profesor Colline. Apabila dia sedang bekerja, dia tidak akan mempedulikan sesiapa di sekelilingnya. Jadi mereka berdua pun membiarkan sahaja Colline dengan kerjanya. Hari semakin lewat malam, kebanyakkan staf – staf yang lain telah pun tidur di khemah masing – masing.
Colline melihat virus yang sama ada terdapat di bintik – bintik hijau yang diambilnya. Suatu pengertian baru mulai timbul dalam pemikiran Colline. Dia yakin akan dapat membongkarkan bagaimana virus ini merebak tidak lama lagi. Slaid tadi diambilnya dari mikroskop elektronik dan segera dimasukkan ke dalam sebuah mesin penganalisa bahan kimia khas. Colline juga meletakkan setitik lendir yang diambilnya dari rumah Pesakit Alpha di atas slaid lain dan memasukannya bersama dengan slaid yang pertama. Butang START ditekan. Dan mesin itu mulai melakukan tugasnya. Colline perlu menunggu selama beberapa jam barulah analisis itu akan siap sepenuhnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk merehatkan diri di kerusi panjang. Dalam beberapa minit sahaja, Colline telah pun melelapkan mata kemungkinan berasa letih sekali.
Dr. Erika membawa dua cawan kopi panas ke bilik mesyuarat. Dia dan Dr. Hanna sedang membuat analisis terhadap virus misteri yang menjangkiti penduduk – penduduk Bandar Raya Marudu itu. Dr. Erika memberikan secawan kopi panas tadi kepada Dr. Hanna. Dr. Hanna mengucapkan terima kasih dan berhenti dari menelaah data – data yang tertera pada skrin laptop di hadapannya.
“Mana Puan Poly?” tanya Dr. Erika sambil menghirup kopi panas yang dibawanya tadi.
“Dia pergi menjenguk ibu dan bapanya di wad kuarantin,” jawab Dr. Hanna.
“Ada kamu dapat apa – apa penemuan baru?”
“Setakat ini belum ada. Apa yang dikatakan oleh Profesor Colline itu mungkin benar. Virus ini bukan berasal dari Bumi.”
“Tadi Kolonel Ravi dengan orang – orangnya ada membawa 30 orang pesakit lagi ke wad kuarantin. Nampaknya wabak ini sedang menular dengan kadar yang pantas sekali. Hanna, mungkin lebih baik kita tinggalkan tempat ini juga. Aku takut tau!” kata Dr. Erika sambil memeluk tubuh.
“Dan meninggalkan tugas kita begitu sahaja? Come on Erika. Orang – orang ni perlukan bantuan kita. Lagipun, Profesor Colline pasti akan dapat mencari Vektor penyakit ini dan mencipta serum yang berpatutan. Beranilah sikit,” kata Dr. Hanna.
Kolonel Ravi masuk ke dalam bilik mesyuarat. Wajahnya kelihatan pucat sekali dan dibasahi peluh yang amat banyak. Dr. Hanna berdiri dari tempat duduknya. Dia memandang Dr. Erika. “Kolonel Ravi, kamu tak apa – apa?” tanya Dr. Erika. Kolonel Ravi hanya mendiamkan diri. Pandangan matanya tampak menakutkan...

No comments: