Tuesday, October 6, 2009

Chapter 20





CHAPTER 20 : Decision, Decision

Tempat : ISRC Cawangan Sabah

Masa : 10.10 AM

Tarikh : 10 Disember 2009

3 hari telah berlalu sejak kejadian misteri di bangunan ISRC Cawangan Sabah. Makmal Bio-Kimia No.8 sedang dibaik pulih kerana mengalami kerosakan yang agak teruk. Kejadian pelik itu juga telah dimasukkan dalam fail sulit ISRC di mana Danny melarang semua pegawai ISRC daripada mendedahkannya kepada orang luar. Kejadian tersebut sedang disiasat oleh ahli Wiseman Commitee yang datang khas dari ISRC US. Berita mengenai penemuan Xyver, kemunculan makhluk bernama Grogan, kejadian pelik yang berlaku di ISRC cukup membuat saintis – saintis tersebut teruja untuk datang dan menyiasat perkara itu lebih lanjut.

Rayz telah jatuh koma semenjak kejadian tempoh hari. Walaubagaimanapun doktor mengesahkan fungsi – fungsi badannya adalah normal dan ada kemungkinan dia akan tersedar bila – bila masa. Rayz juga telah ditempatkan di dalam sebuah bilik rawatan yang tercanggih di ISRC atas arahan Colline. Bilik itu amat luas. Ianya juga berhawa dingin dan juga lengkap dengan perabot. Bilik itu juga mempunyai dapur dan bilik mandi sendiri untuk kemudahan mereka yang tinggal di dalamnya. Biasanya hanya orang – orang besar sahaja yang dibenarkan menggunakan bilik ini tetapi Colline memberikan pengecualian istimewa kepada Rayz. Dia berharap Rayz akan cepat sembuh supaya dia dapat membantu mengungkaikan misteri kata – kata Roh yang mendiami Xyver tersebut. Colline berfikiran begitu kerana teringat semula kata – kata Roh di dalam Xyver itu iaitu, Makhluk Grogan itu akan membinasakan dunia ini dan hanya Rayz sahaja kunci untuk menewaskan mereka. Ataupun dia berbuat sedemikian atas sebab – sebab tertentu yang hanya diketahuinya sendiri?

Colline sedang duduk di sebelah katil Rayz. Dia sudahpun berada disitu sejak jam 12 tengah malam tadi. Semenjak Rayz pengsan tempoh hari, Colline selalu datang melawatnya sambil membawa kuntuman bunga untuk diletakkan ditepi mejanya. Pada waktu malam pula, dia akan membacakan Rayz rahsia – rahsia yang terkandung di dalam 12 zodiak kerana dia tahu Rayz amat menyukai topik berkenaan. Apa yang dilakukan oleh Colline itu sering diperhatikan oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bilik Rayz itu. Ada yang mencacinya kerana terlalu mengambil berat terhadap Rayz sehingga mengabaikan tunangnya sendiri iaitu Danny. Ada juga yang tersentuh dengan apa yang dilakukannya itu. Mereka kata ianya sungguh ‘romantik’. Tapi Colline tak pernah kisah dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Dia lebih tahu apa yang dilakukannya dan itu sajalah yang penting bagi dirinya. Bagi Colline, dia terhutang budi kepada Rayz dan hutang itu tidak akan dapat dibayar dengan wang ringgit.

Tiba – tiba pintu bilik Rayz itu diketuk dari luar. Poly dan Jane masuk ke dalam bilik itu sambil membawa barang – barang yang mereka beli untuk Rayz. Colline mengucapkan selamat pagi dan menolong mereka berdua meletakkan barang – barang tersebut di atas meja di bilik Rayz itu. Ada bermacam – macam barang yang dibawa oleh Poly dan Jane. Antaranya, buah – buahan, makanan ringan, bunga – bungaan dan juga anak – anak patung yang bermacam jenis. Colline tersenyum melihat barang – barang tersebut. Dia tak sangka Poly dan Jane juga prihatin dengan keadaan Rayz itu.

“Sejak jam berapa lagi Colline berada di sini?” tanya Poly kepada Colline sambil mengambil pasu bunga di tepi meja Rayz itu. Dia mengambil bunga yang ada di dalam pasu itu kemudian dia menggantikannya dengan bunga baru yang dibeli olehnya dan Jane.

“Dari jam 12 tengah malam tadi,” jawab Colline pendek. Dia mengangkat anak – anak patung itu dan menyusunnya dengan kemas berhampiran dengan almari pakaian bilik Rayz.

“Colline tak tidur semalam?” tanya jane pula. Jane sedang menyimpan buah – buahan itu di kabinet dapur bilik berkenaan.

“Tidak. Colline tak dapat tidur. Lagipun semalam Colline sibuk dengan laporan Project X yang perlu diberikan kepada Danny hari ini,” jawab Colline lagi.

Poly mengajak Colline dan Jane untuk bersarapan dahulu sebelum menyambung tugas ISRC mereka. Poly pun meminta Jane membantunya di dapur. Colline mendekati katil Rayz dan menarik selimut Rayz sampai ke dadanya. Dia membetulkan sedikit bantal Rayz itu. Kemudian dia pun menuju ke meja panjang yang ada di dapur. Poly sedang membuat 3 cawan nescafe manakala Jane pula sedang membuat sandwich di kaunter dapur berkenaan. Selepas selesai membuat minuman dan sarapan mereka, Poly dan Jane pun duduk di kerusi meja panjang tersebut.

“Thanks,” ucap Colline, mengambil secawan nescafe dari Poly.

“Laporan tu, Colline dah berikan kepada Danny?” Poly bertanya.

“Sudah. Tapi...” Colline tidak dapat menghabiskan kata – katanya.

Poly dan Jane pun mendiamkan diri. Mereka sudah tahu apa yang berlaku. Semenjak kejadian di makmal bio-kimia tempoh hari, Danny bersikap dingin dengan Colline. Dia tak pernah menghubungi Colline dalam 3 hari tersebut. Malahan setiap kali mereka bertembung, dia akan melayan Colline seperti orang bawahannya yang biasa. Poly dan Jane juga perasan dengan perubahan mendadak Danny itu.

“It’s okay Colline. Danny is just upset. Don’t worry, he will be himself again in the next few days,” Jane memegang tangan Colline itu untuk memujuknya.

“I feel bad about him. I also feel bad about Rayz... It is my fault that he is in a coma,” Colline mulai menyalahkan dirinya atas semua yang telah berlaku.

“Colline jangan cakap macam tu! Doktor Jerry kan dah cakap yang Rayz tak akan apa – apa,” kata Poly pula. Dia tidak mahu Colline menyalahkan dirinya lagi.

“Tapi Poly, Colline yang memaksa dia menyertai eksperimen ini. Kalau Colline tak paksa dia, dia pasti tak akan jadi macam ini!” air mata Colline mulai berlinangan. Dia benar – benar rasa tertekan dengan apa yang berlaku.

Poly dan Jane berdiri dari tempat duduk mereka dan memeluk Colline bersama – sama. Mereka membiarkan Colline menangis untuk membantu mengurangkan apa yang dirasakannya itu. Kadang – kadang, tangisan itu boleh menjadi penawar bagi kesedihan.

“Apa yang berlaku dengan Rayz itu bukan salah Colline. Rayz sendiri yang membuat keputusan untuk menyertai eksperimen ini. Dan Poly rasa, Rayz sendiri tidak akan mahu Colline terlalu menyalahkan diri Colline,” pujuk Poly dengan lembut. Jane mengangguk, bersetuju dengan kata – kata Poly itu.

Esakan Colline itu pun mulai berkurangan. Dia membalas pelukan sahabat – sahabatnya itu. “Terima kasih Poly, Jane. Colline tak tahu apa yang Colline akan lakukan tanpa kamu berdua,” kata Colline. Dia berasa amat bersyukur kerana diberikan 2 sahabat yang amat baik seperti Poly dan Jane. Mereka bertiga pun berpelukan sambil ketawa kecil.

“I have an idea. Apa kata Colline pergi bertemu dengan Danny sekarang? Sekarang pun dah jam sepuluh lebih, meeting nya dengan ahli Wiseman Commitee itu pun hampir tamat. Mungkin dia ada di pejabatnya sekarang. Inilah masa yang terbaik untuk Colline berjumpa dengan dia sebab kamu berdua tidak lagi berapa sibuk!” cadang Jane.

“Poly setuju dengan cadangan Jane tu. Colline pergilah berjumpa dengan Danny dan selesaikan masalah ini. Tentang Rayz, Colline jangan bimbang! Poly dan Jane akan jaga dia. Kalau ada apa – apa, nanti kami akan hubungi Colline,” tambah Poly pula.

Colline menyeka air matanya dan mengucapkan terima – kasih kepada Poly dan Jane. Selepas menghabiskan sarapannya, Colline pun keluar dari bilik Rayz itu untuk bertemu dengan tunangnya, Danny.

“Poly rasa dia orang akan berbaik semula?” tanya Jane kepada Poly.

“Sudah tentu. Danny tu memang tegas orangnya. Tapi orang yang paling sayang dengan Colline di dunia ini, pastilah Danny. Poly amat yakin!” balas Poly.

“Jane sependapat dengan Poly,” tambah Jane.

Tinggallah Poly dan Jane menikmati sarapan di dapur itu.

*********************************************************************************

Tempat : Tingkat 49, Bilik Persidangan, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 10.10 AM

Tarikh : 10 Disember 2009

Di bilik persidangan itu kelihatan 3 orang lelaki berkulit putih yang berumur sedang duduk di bahagian kiri meja persidangan itu. Wajah mereka agak terlindung kerana cahaya lampu yang agak terang di belakang mereka. Mereka kesemuanya memakai kot hitam. Di bahagian kiri kot mereka itu tergantung teg nama yang bertulis “ISRC US: SPECIAL DIVISION”. Mereka inilah ahli Wiseman Commitee yang diperkatakan oleh Jane tadi. Wiseman Commitee ialah organisasi yang mengawal dan mentadbir kesemua cawangan ISRC di seluruh dunia. Ahli – ahlinya terdiri dari saintis senior dan juga orang – orang kaya yang melaburkan saham di dalam pembentukkan ISRC. Tujuan mereka datang hanya satu, ingin meminta ISRC Cawangan Sabah untuk menjelaskan situasi di Sabah itu terutamanya yang berkaitan dengan Xyver dan Project X. Lelaki yang berada di tengah – tengah kumpulan itu sedang membelek – belek sebuah fail berwarna hitam. Di atas fail tersebut dapat di lihat perkataan ISRC dan juga Project X. Itulah dia fail yang diberikan oleh Colline kepada Danny pagi tadi.

Danny pula sedang duduk di bahagian kanan meja persidangan itu. Dia seorang sahaja yang berada di situ kerana perjumpaan itu adalah sulit dan hanya ketua cawangan ISRC sahaja yang dipanggil. Danny sedang menanti dengan cemas apakah reaksi Wiseman Commitee itu selepas membaca laporan Colline itu. Biasanya, kehadiran mereka ini cuma membawa dua kemungkinan mengambil tindakan terhadap ISRC Cawangan Sabah ataupun memberikan pertolongan. Danny melihat jam tangan Rolex nya. Sekali – sekala dia akan mengalihkan pandangan kepada ketiga – tiga ahli Wiseman Commitee itu.

Lelaki yang berada di tengah – tengah itu menutup fail yang dibacanya dan meletakkannya di hadapannya. Dia bersandar di kerusinya dan mengenggam kedua – dua tangannya. Matanya tajam memandang Danny. Wajahnya tidak melahirkan apa – apa perasaan marah ataupun gembira. Danny bertambah gelisah apabila melihat kelakuan lelaki tersebut.

“I have read your report Chief Danny Dexter. It is very accurate and concise. I am very impressed with your work,” puji lelaki berkenaan. Nampaknya dia amat berpuas hati dengan hasil kerja Colline itu.

Danny menarik nafas lega mendengar kata – kata lelaki tersebut. “Thank you Sir. That report was written by one of my trusted staff. I hope it will help you to understand the situation in Sabah State,” kata Danny.

“Yes.It helped a lot. We understand the graveness of the situation but I do have a few questions about this matter,” kata lelaki itu lagi.

“Please ask any question Sir. I will answer them to the best of my knowledge,” balas Danny.

Lelaki yang duduk di sebelah kanan lelaki yang di tengah itu membisikkan sesuatu. Lelaki yang di tengah itu mengangguk sahaja mendengar bisikan lelaki di sebelah kanannya.

“Chief Danny, tell us one thing, who gave the name Xyver to the object that fell in Banggi Island?” lelaki itu memulakan pertanyaannya.

“Professor Colline Sullivan Sir. But to be more accurate, the name was given by a man named Rayz who came from Kudat City. This man has the special ability to interact with the object. We are still unsure how and why he was able to do it but we are working to discover it,” jawab Danny dengan tenang.

“I see. Where is this man now?” kata lelaki itu lagi.

“He is here in the ISRC hospital. After the incident in the Bio-Chemical Lab on the 7th of December 2009, Rayz fell into a coma and now he is treated with utmost care in our hospital,” jawab Danny.

“The name Grogan. Where did Professor Colline get that name?”

“Rayz told us about the creature’s name, the one that first appeared in Lahad Datu forest and also Kudat City Dock. But it wasn’t Rayz himself but rather, the being called Spirit of The Xyver who possesed Rayz’s body.”

“Is it possible that he is actually faking it?”

“Through my own observation and personal opinion, I don’t think he was faking it. It would be difficult to fake because of how his voice changed and also the apearance of the strange tatoo on his face.”

Bilik persidangan itu menjadi senyap buat seketika. Masing – masing cuba memikirkan apakah yang perlu dipersoalkan seterusnya.

“The information about the ancient pyramid in Gobi Desert, how did this Rayz knew about it? That is one of our organizations most secret information,” giliran lelaki di sebelah kiri pula yang bertanya.

Danny menelan air liurnya. Dia berasa agak tertekan dengan soalan itu kerana ianya berkaitan dengan rahsia ISRC. Selepas meneguk air minumannya, Danny pun bersedia menjawab soalan tersebut. “We do not know how he learned of that information. But I believe that knowledge came to him from the power of the Spirit of The Xyver.”

Danny pun menghuraikan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini secara panjang – lebar kepada ketiga – tiga lelaki itu. Ketiga – tiga lelaki itu mendengar dengan khusyuk sekali. Sekali – sekala, mereka akan berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka akan berbincang sesama sendiri. Kelakuan mereka itu membuatkan Danny curiga tentang sesuatu.

“Sir, if I may be so bold to ask a question?” pinta Danny.

Pertanyaan Danny itu menghentikan perbincangan mereka. “Yes Chief Director, you may,” kata lelaki di tengah – tengah itu.

“Does the Headquarters know something about the Xyver and the Grogans other than that is stated in our file?”

“What makes you say that Chief Director?”

“I made that assumption from the way the three of you talk to each other, and I apologize for saying this.”

“You are very sharp indeed Chief Director,” puji lelaki di sebelah kanan itu.

“Thank you Sir, but if this have something to do with Project X, I would like to know about it too if I may,” balas Danny.

“Very well. We shall tell you the findings that we have uncovered from Gobi Desert,” kata lelaki di tengah itu pula.

Lelaki itu pun menceritakan perihal penemuan mereka di Gurun Gobi itu kepada Danny. Menurut lelaki itu, pakar penterjemah tulisan asing mereka telah berjaya menafsir salah satu ukiran perkataan yang terdapat di atas sebiji sfera yang berada di puncak piramid purba di Gurun Gobi itu. Ianya berbunyi:

“PUT YOUR HAND ON THE SPHERE. IF YOU ARE A FRIEND, THE WAY SHALL BE OPENED FOR YOU”
[Letakkanlah tangan anda pada sfera ini. Seandainya anda adalah seorang kawan, maka jalan akan dibukakan untuk kamu]

Saintis – saintis ISRC US telahpun cuba untuk memasuki piramid yang tidak berpintu itu. Tetapi usaha mereka itu langsung tidak berhasil. Sebab itulah mereka masih tidak mengetahui apakah yang ada di dalam piramid itu walaupun ianya telah dijumpai 5 tahun yang lalu. Kajian mereka menemui jalan buntu sehinggalah mereka mendapat tahu mengenai Project X yang diterajui oleh ISRC Cawangan Sabah.

“So, what is the connection between your findings and Project X?” tanya Danny lagi.

Lelaki di tengah – tengah itu merapatkan kedua – dua tapak tangannya. Dia merenung wajah Danny dengan tajam. Danny berasa kekok dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu. “The writings on the Xyver is identical with the writings on the pyramid. I agree with Professor Colline’s theory that both the Xyver and the pyramid comes from the same civilization. If this were true, it is possible that Rayz, the person who is able to use the Xyver, maybe the key to opening the way to go inside the pyramid,” kata lelaki itu.

Kata – kata lelaki itu amat memeranjatkan Danny! Dia teringat semula pesan Spirit of The Xyver kepada Colline iaitu, Rayz harus pergi ke Piramid Samarian Purba itu untuk mencari jalan untuk menewaskan makhluk Grogan itu. Apakah semua ini hanya kebetulan?

“What do you propose then Sir...” kata Danny dengan suara tersekat – sekat. Dia masih lagi sukar menerima kata – kata lelaki itu.

“I propose that you take Rayz to the pyramid in Gobi Desert. It will benefit both party in my opinion. We will finally be able to enter the pyramid and you will finally find the answer to the questions that you are looking for. After all, the Headquarters needed to be sure whether what you claim is true or not,” cadang lelaki itu.

Danny diam seketika. Apa yang didengarnya sebentar tadi bukan lagi suatu kebetulan. Rayz memang ditakdirkan untuk pergi ke Gurun Gobi dan masuk ke dalam piramid purba itu. Bagi seorang saintis seperti Danny, apa sahaja yang berlaku di dunia ini ada sebab dan akibatnya. Tetapi dalam kes Rayz ini pula, ianya agak berlainan kerana apa yang berlaku itu seolah – olah telahpun ditentukan oleh suatu kuasa yang supernatural.

“We will arrange for your departure to the Gobi Desert in 3 days from now. I hope that you can prepare your team for the expedition. Please bear in mind that we have decided to accept Mr. Rayz as an official guest for the ISRC and you must bring him along for this expedition. He is valuable for ours, and your cause,” sambung lelaki itu lagi.

“I understand Sir. I will prepare my team A.S.A.P and inform you the first thing tommorow,” jawab Danny.

“There is one other thing.”

“Yes Sir?”

“General Razak of the GDTF has volunteered to be your escort. He has sent an official request to the Wiseman Commitee today. He will be going with you during the expedition as your teams bodyguard.”

Sekali lagi Danny terkejut mendengar kata – kata orang atasannya itu. Jeneral Razak telah menawarkan dirinya untuk menjadi pengawal peribadi kepada pasukan Danny di Gurun Gobi nanti. Malahan, dia seolah – olah tahu yang pasukan ISRC Metropolis Kinabalu akan dihantar ke Gurun Gobi lebih awal. Danny mulai berasa curiga dengan apa yang Jeneral Razak lakukan itu. Apakah motif dia berbuat sedemikian?

“That won’t be neccessary Sir. We have our Bio – Hazard Unit as our bodyguard. Furthermore, I don’t trust him...” kata Danny, cuba menolak tawaran Jeneral Razak untuk menjadi pengiring pasukannya nanti.

“Your trust is not needed in this matter Chief Director. You will go to Gobi Desert along with General Razak and his Elite Force as your escort and that is period.” kata lelaki di sebelah kanan itu dengan tegas.

“I am sorry for being rude. It shall be as you’ve ordered Sir,” balas Danny.

“Very well. That is all Chief Director,” kata lelaki di tengah – tengah itu pula.

Danny pun meminta diri dan keluar dari biik persidangan itu. Fikirannya masih lagi tertumpu kepada permintaan ahli Wiseman Commitee itu dan juga permintaan Jeneral Razak untuk menjadi escort ke Gurun Gobi nanti. “What are they planning?” fikir Danny sambil menyentuh dagunya. Dia memasukkan tangannya ke dalam saku seluarnya dan berjalan menuju ke arah lif berdekatan. Beberapa orang pegawai ISRC mengucapkan selamat pagi kepadanya sewaktu dia menuju ke arah lif itu. Sesampainya dia di hadapan lif, dia pun menekan butang up. Pintu lif itu terbuka dan Colline tiba – tiba meluru keluar dari lif tersebut! Danny sempat menangkap tubuh Colline sebelum dia terjatuh.

“Are you okay? Colline buat apa kat sini?” tanya Danny.

Colline mengucapkan terima – kasih kepada Danny dan menarik nafas sebelum bercakap. “Colline pergi mencari Danny di pejabat Danny tadi tapi Danny tak ada jadi Colline pun bergegas ke sini secepat yang mungkin,” kata Colline, masih lagi tercungap – cungap kepenatan.

Danny sekadar tersenyum melihat gelagat Colline itu. “Kenapa Colline mencari Danny?” tanya Danny.

“Colline ingin mengajak Danny lunch hari ini kalau Danny tidak berapa sibuk,” jawab Colline.

“Maaf. Danny memang sibuk tengah hari ini,” jawab Danny pendek. Air mukanya serius.

“Oh I see... Well, its okay. Maybe some other time. Sorry for disturbing you,” kata Colline. Dia pun berpaling ke belakang dan meninggalkan Danny. Colline berasa agak hampa dengan jawapan Danny itu. “Mungkin dia masih belum memaafkan saya...” getus hati Colline.

“Colline...” Danny memanggil Colline semula.

Colline berpaling ke arahnya. “Yes?”

“I am free tonight. How about dinner instead?” senyum jejaka tampan itu.

Colline berasa hatinya berbunga semula apabila mendengar pelawaan Danny itu. “I like that,” jawab Colline.

“Great. I’ll pick you up at 8,” kata Danny lagi.

“Emm.” Balas Colline mengangguk manja.

*********************************************************************************

Tempat : Bilik Rawatan Kelas Pertama, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 07.00 PM

Tarikh : 10 Disember 2009

Rayz sedang tidur dengan nyenyak di katilnya. Seorang jururawat pun masuk ke dalam biliknya dan mengambil fail yang ada di hujung katil Rayz itu. Dia menuliskan sesuatu di atas fail itu dan menggantungkannya semula di hujung katil tersebut. Dia mendekati Rayz yang sedang tidur itu dan membetulkan bantalnya. Kemudian dia pun meninggalkan bilik Rayz itu. Jururawat itu bertembung dengan Colline di luar bilik rawatan itu. Colline kelihatan amat anggun dan menawan dengan pemakaiannya itu. Dia memakai night dress berwarna hitam dan dipasangkan dengan seutas rantai emas yang berkilau – kilauan. Rantai itu adalah pemberian Danny sebagai hadiah pertunangan mereka. Jururawat itu berasa kagum dengan penampilan Colline itu.

“Good evening professor. You look very lovely tonight. What’s the occassion?” tegur jururawat itu sambil tersenyum.

“Thank you. I’m just going out for a dinner,” jawab Colline sambil membalas senyuman jururawat tadi.

“Oh? With Chief Danny I presume?” tanya jururawat itu lagi.

“Yes. It’s been so long since we went out together. By the way, how’s Rayz doing?” Colline bertanya keadaan Rayz itu.

“He is stable. You don’t have to worry about him.”

“I see. Can I see him?” kata Colline meminta kebenaran untuk menjenguk Rayz. Masa melawat bagi hospital ISRC akan tamat pada pukul 6 petang. Selepas itu, pelawat tidak dibenarkan lagi melawat mana – mana pesakit.

“Of course,” balas jururwat itu pendek. Kemudian dia pun berlalu meninggalkan tempat itu.

Colline membuka pintu bilik Rayz itu perlahan – lahan. Kemudian dia pun berjalan menuju ke arah katil Rayz dan duduk di kerusi yang berada di tepi katil itu. Colline membetulkan rambutnya dan menarik selimut Rayz itu sehingga ke paras dadanya. Wajah Rayz itu kelihatan tenang sekali sewaktu dia tidur. Agak lama juga Colline mendiamkan dirinya dan hanya menatap wajah Rayz itu. Colline pun mengambil senaskah buku yang berada di atas meja di tepi katil Rayz. Buku itu bertajuk, Secrets of Zodiac Signs.

“Sagis are people who are strong and willing to do anything to ensure that their friends and those who are dear to them, are always happy,” Colline membacakan petikan mengenai zodiak Saggitarius itu kepada Rayz. Bagaimana Colline tahu bahawa Rayz ini berbintang Saggitarius? Sebenarnya, Colline telah membuka fail rahsia mengenai diri Rayz di Jabatan Pendaftaran Sabah sehari selepas Rayz jatuh koma. Dia ingin mencari apa – apa maklumat kesihatan mengenai diri Rayz dengan tujuan membantunya pulih secepat yang mungkin. Tapi apa yang ditemuinya itu agak menakjubkan. Rayz mempunyai daya metabolisma yang tinggi di mana dia boleh sembuh dari sebarang penyakit dalam satu hari sahaja. Rayz juga boleh pulih dari patah tulang dalam 3 hari sahaja walaupun kecederaannya itu agak serius. Para doktor pernah membuat kajian mengenai darah yang ada di dalam diri Rayz itu semenjak dia masih kecil lagi tetapi hasilnya biasa sahaja. Rayz disahkan memiliki tubuh badan yang normal. Apa yang menyebabkan badan Rayz memiliki keupayaan itu akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Colline menutup buku tersebut dan kembali merenung wajah Rayz semula. Dia berasa kagum dengan perihal diri Rayz itu. Bagi Colline, Rayz memang enigma dan sebab itulah dia amat tertarik untuk mengenali dirinya lebih mendalam. Namun demikian, Colline juga sedar kemahuannya itu tidak disenangi oleh Danny. Kadang – kadang terlintas difikiran Colline apa akan terjadi kalau dia dan Danny tidak pernah bertemu. Adakah kemungkinan bahawa dia dan Rayz yang akan ‘bersatu’? Tetapi Colline segera menepis pendapat tersebut jauh – jauh dari fikirannya.

Rambut Rayz itu kelihatan tidak berapa terurus. Ianya jatuh ke atas wajah Rayz yang agak pucat itu. Colline membetulkan rambut Rayz yang jatuh itu. Dia menatap wajah Rayz yang sedang tidur itu dengan khusyuk sekali. Kemudian dia tersenyum sendirian. “Wanita yang dapat memiliki Rayz ini pastilah orang yang bertuah sekali,” guman Colline dalam hatinya. Dia memerhatikan jam tangannya, ianya telah menunjukkan jam 7.50 petang.

“I have to go now Rayz. I’ll come see you again after this,” kata Colline kepada Rayz yang sedang tidur itu. Dia mendekati wajah Rayz dan mengucup dahi Rayz itu. “Jangan beritahu orang lain tau? Ini rahsia antara kita sahaja,” kata Colline lagi sambil tersenyum. Mengapa dia mengucup dahi Rayz itu, dia sendiri pun tak tahu. Kemudian dia pun pergi meninggalkan bilik Rayz. Dia sempat mengerling kepada Rayz semula sebelum menutup pintu bilik itu.

*********************************************************************************

Tempat : Royal Sabah Hotel, Metropolis Kinabalu

Masa : 08.30 PM

Tarikh : 10 Disember 2009

Royal Sabah Hotel ialah hotel mewah yang bertaraf lima bintang di Sabah. Ianya dimiliki oleh seorang jutawan kaya yang berasal dari Australia. Restoran di hotel ini menawarkan segala macam jenis masakan yang terdapat di seluruh dunia. Ianya terletak di tengah – tengah Metropolis Kinabalu dan juga merupakan satu – satunya restoran yang dimiliki oleh bussinesman asing.

Danny telah menempah suite yang berada di tingkat paling atas hotel itu di mana, pengunjung – pengunjung yang menikmati makanan mereka boleh melihat keindahan Metropolis Kinabalu pada waktu malam. Danny kelihatan segak dengan memakai tuxedo berwarna hitam dan dipasangkan dengan bow tie. Rambutnya yang disikat dengan rapi menampakkan lagi ketampanan wajahnya. Cuma Danny dan Colline sahaja yang berada di dalam suite itu. Keadaan di dalam suite itu kelihatan amat menarik. Dindingnya dihias dengan kayu yang diukir manakala lantainya pula diperbuat dari marmar yang bermutu tinggi. Terdapat satu chandelier yang mahal di atas siling suite itu. Beberapa pelayan hotel sedang berdiri di belakang Danny dan Colline. Keindahan malam itu diserikan lagi dengan alunan musik biola yang dimainkan oleh pemain biola terkenal. Danny dan Colline baru sahaja menghabiskan makan malam mereka. Danny sedang memaklumkan Colline mengenai perbualannya dengan ahli – ahli Wiseman Commitee petang tadi.

“Mereka mahu kita pergi ke Gurun Gobi dan membawa Rayz sekali?” tanya Colline.

“Yes. They expect us to prepare a team in 3 days time,” jawab Danny.

“Itu Colline faham tapi... Mengapa mereka benarkan kita pergi ke piramid di Gurun Gobi itu sedangkan ianya tiada kaitan dengan projek kita. Tambahan pula, Dig Site di Gurun Gobi itu bukan di bawah bidang kuasa ISRC Cawangan Sabah?” Colline bertanya lagi.

“Mereka kata, Xyver dan juga piramid di Gurun Gobi itu datang dari tamadun yang sama. They hypothesized that the only way to enter the pyramid lies within Xyver or to be more accurate, lies within Rayz’s hand. Sebab itulah mereka memberikan kita kebenaran untuk pergi ke piramid purba itu,” terang Danny lagi.

“That is why they want us to bring Rayz along for the expedition?”

“Yes. Although I don’t like the idea of bringing him along...”

Kata – kata Danny itu mendiamkan Colline. Nampaknya Danny masih lagi tidak dapat menerima kehadiran Rayz di ISRC. Tapi Colline juga sedar yang dia tak boleh memaksa Danny mengubah tanggapannya terhadap Rayz. Danny sedar akan perubahan wajah Colline itu.

“Maafkan Danny. Nampaknya topik ini dah mengganggu mood kita malam ini.”

“Its okay. Danny tak perlu minta maaf dengan Colline. Colline ingin Danny tahu yang Colline rapat dengan Rayz bukan kerana apa – apa. Colline rapat dengan dia kerana dia amat penting untuk projek kita,” Colline menerangkan kepada Danny.

“Itu Danny tahu. Tell me something, do you like him?” tanya Danny.

“Do I like Rayz?” pertanyaan Danny itu membuatkan Colline tertawa kecil. Tetapi dia segera berhenti apabila melihat Danny membuat muka yang serius. Terasa kesal pula Colline berbuat sedemikian. Colline meminum champagne yang berada di hadapannya.

“Sudah tentu Colline menyukai dia. Tetapi tidak lebih dari perasaan seorang rakan sekerja, itu sahaja. Kenapa Danny tanya Colline macam tu?” giliran Colline pula yang bertanya.

“No special reason. Terus – terang Danny katakan yang Danny memang tidak berapa suka melihat Colline terlalu rapat dengan Rayz,” ujar Danny.

Colline tersenyum mendengar kata – kata Danny itu. Terasa comel di hatinya melihat wajah Danny itu. “I’m sorry. Danny percayalah, antara Rayz dan Colline memang tidak ada apa – apa. Okeylah, kalau macam tu, Colline berjanji tidak akan terlalu ‘rapat’ sangat dengan Rayz lagi.”

“Aik, bunyi macam nak perli Danny aja tu?” kata Danny. Mukanya yang serius sebentar tadi berubah menjadi ceria semula.

“Taklah. Danny tahu yang Colline memang sayangkan Danny kan? Tak akan ada sesiapa yang akan berada di antara kita, percayalah.”

“Danny memang percayakan Colline,” kata Danny dan memegang tangan Colline dengan erat. Pandangan mata mereka bertaut dan mereka berdua pun tersenyum. Alunan musik biola yang gemersik memenuhi ruang hotel tersebut, kedua – dua pasangan itu menikmati masa mereka berdua yang terluang itu kerana masa – masa seperti ini jarang ada bagi mereka berdua.

“I have something for you,” kata Danny dan mengeluarkan sebuah kotak lebar berwarna biru tua dari bawah meja. Dia memberikan kotak lebar itu kepada Colline.

Colline mengambil kotak itu dari Danny. “Apa ni?” tanya Colline.

“Just open it,” balas Danny sambil tersenyum.

Colline pun membuka kotak itu perlahan – lahan. Dirinya terpegun tatkala melihat isi kotak tersebut. Di dalam kotak itu terdapat seutas rantai emas bertatahkan berlian sebesar duit syiling 1 sen yang berkilau – kilauan. Harganya mungkin mencecah ribuan Ringgit Malaysia.

“Do you like it?” tanya Danny kepada Colline.

“I do but... this is too expensive. Colline tak layak terima pemberian semahal ini...” jawab Colline, merendahkan dirinya.

“Tak apa. Danny ikhlas memberikannya kepada Colline,” balas Danny pula. Dia bangun dari tempat duduknya dan pergi kepada Colline. Dia mengambil rantai berlian itu dari kotaknya dan memakaikannya ke leher Colline. Colline memegang rambutnya sewaktu Danny memakaikan rantai itu ke lehernya. Danny mengucup dahi Colline dan kembali semula ke tempat duduknya.

“Thank you Danny. I don’t know what to say...” ujar Colline sambil menyentuh rantai berlian itu.

“Colline tak perlu ucapkan apa – apa. Danny berikan rantai itu dengan ikhlas dan sebagai tanda sayang Danny kepada Colline,” balas Danny lagi.

Colline tersenyum. Dia benar – benar berasa bahagia pada malam itu. Keikhlasan Danny itu menambahkan rasa sayangnya. Mereka pun menghabiskan sepenuh masa itu dengan menari sambil diiringi alunan musik biola yang mengasyikkan.

*********************************************************************************

Tempat : Di Hadapan Apartmen Kediaman Colline

Masa : 11.20 PM

Tarikh : 10 Disember 2009

Kereta Lamborghini milik Danny baru sahaja berhenti di hadapan apartmen Colline. Danny pun mematikan enjin keretanya. Buat seketika mereka berdua duduk di dalam kereta itu dan tidak berkata apa – apa. Danny memandang wajah Colline. Colline juga membalas pandangan Danny itu. Mereka berdua tersenyum.

“I had a very wonderful evening,” kata Colline memulakan bicara.

“Me too. You look lovely tonight,” balas Danny pula.

Colline tersipu – sipu malu dengan pujian Danny itu.

Danny memegang tangan Colline dengan erat. Colline membiarkannya saja. Kemudian dia mendekatkan bibirnya kepada bibir Colline. Colline memejamkan matanya. Bibir mereka bertemu dan bertaut selama beberapa saat. Terasa sungguh indah saat itu bagi mereka berdua. Kasih – sayang yang selama ini dingin akhirnya menjadi hangat semula.

“Thank you,” kata Danny sambil tersenyum.

Colline membalas kata – katanya dengan anggukan. Danny memeluk tubuh Colline dengan erat. Colline membalas pelukan Danny itu. Kedua – dua pasangan itu berasa ‘cinta’ mekar semula di hati mereka selepas beberapa ketika. Inilah yang dikatakan kuasa cinta.

Danny pun keluar dari keretanya dan menolong membuka pintu Colline. Colline pun keluar dari kereta itu dan mengucapkan terima – kasih kepada Danny. Mereka berdua pun berjalan bersama – sama menuju ke pintu apartmen Colline sambil berpegangan tangan. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu apartmen Colline, Danny mengucup pipi Colline dan mengucapkan selamat malam. Selepas itu Danny pun kembali semula ke keretanya. Dia sempat melambai ke arah Colline sebelum berangkat pergi. Colline membalas lambaiannya itu sambil tersenyum manis.

Colline menarik nafas dan menyentuh rantai yang ada di lehernya semula. Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia pun mengeluarkan kad IPC nya dan membuka kunci elektronik di atas pintu tersebut. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam apartmennya, dia melihat Poly dan Jane sedang duduk di ruang tamu sambil memakan buah – buahan. Mereka berdua memakai pyjama kerana hendak tidur sebaik sahaja Colline pulang. Poly dan Jane sekadar tersenyum melihat kepulangan kawan karib mereka itu. Colline pun duduk di sebuah sofa bertentangan dengan Poly.

“What?” tanya Colline apabila melihat kedua – dua sahabatnya itu masih lagi tersenyum kepadanya.

“Gembira betul Colline hari ni, maklumlah cinta yang dingin menjadi hangat semula kan Jane?” usik Poly.

“Yup. Bahagianya Colline! Kan bagus kalau Jane pun jumpa lelaki macam Danny ni... Oh, romantiknya!” kata Jane dan menyandarkan badannya ke badan Colline. Colline tergelak melihat gelagat Jane itu.

“Don’t worry Jane. Kalau Jane masih lagi tak ada boyfriend, nanti Colline minta tolong dengan Danny untuk ‘uruskan’ budak Roy dari Weapons Department tu!” giliran Colline pula mengusik Jane. Poly tergelak mendengar kata – kata Colline tu. Lelaki bernama Roy itu sebenarnya seorang saintis dari bahagian persenjataan. Dia sudah lama cuba memikat Jane tetapi Jane tak pernah memperdulikannya kerana lelaki itu terlalu jiwang karat!

“Ke situ pulak Cik Colline kita ni!” kata Jane sambil bercekak pinggang. Muka Jane itu pula berubah menjadi merah kerana berasa malu. Colline dan Poly semakin ketawa melihat gelagat Jane itu. Kerana terlalu geram melihat telatah Colline dan Poly itu, Jane pun mengambil bantal – bantal kecil yang berada di atas sofa itu dan membalingnya ke arah Colline dan Poly. Maka terjadilah perang bantal di antara tiga kawan karib itu. Kelakuan mereka itu umpama kanak – kanak kecil. Mereka kelihatan riang sekali bermain bersama – sama.

Tiba – tiba perang bantal mereka itu terganggu dengan bunyi interkom yang berada bersebelahan set televisyen apartmen Colline. Colline meletakkan bantal yang dipegangnya ke bawah dan menekan butang answer di atas interkom tersebut. Poly dan Jane masih lagi meneruskan permainan mereka itu.

“Professor Colline’s residence?” kata Colline.

“Good evening professor. Sorry for disturbing you so late in the evening but there’s something urgent that I needed to tell you,” kata suara di interkom itu.

“Its okay Dr. Jerry. Just tell me what’s going on,” jawab Colline, mengecam suara di interkom tersebut.

“Well, its about Mr. Silman...” Dr. Jerry tidak menghabiskan kata – katanya.

“Rayz! What about Rayz!” tanya Colline lagi separuh menjerit. Suara jeritannya itu menghentikan Poly dan Jane yang sedang berbaling bantal.

“He’s already awake... “ balas Dr. Jerry.

Tanpa berlengah – lengah lagi Colline pun segera melompat dan berlari menuju ke arah pintu apartmennya sambil menyinsing night dress nya. “Colline nak ke mana tu!?” tanya Poly apabila melihat gelagat Colline itu. “Rayz dah bangun! Colline nak jumpa dia sekejap!” jawab Colline ringkas. Dia tergopoh – gapah memakai sandalnya lalu mencapai kunci keretanya dan keluar dari apartmen tersebut. Poly dan Jane sekadar menggelengkan kepala melihat gelagat kawan karib mereka itu.

“Uh, Hello? Professor are you still there?” suara Dr. Jerry masih lagi kedengaran dari interkom itu...

*********************************************************************************
Tempat : ISRC Cawangan Sabah

Masa : 12.00 AM

Tarikh : 10 Disember 2009

Colline menghentikan kereta Porsche nya di hadapan Hospital Mini ISRC itu. Dengan pantas dia keluar dari keretanya dan berlari anak ke arah pintu utama hospital tersebut. Beberapa jururawat dan doktor yang bertugas waktu itu hairan melihat Colline tergopoh – gapah masuk ke dalam hospital. Colline tidak mengendahkan pandangan mereka itu dan terus berlari anak menuju ke lif berdekatan sambil menyinsing skirt night dress nya. Pintu lif itu terbuka dan dia terus masuk ke dalam. Dia berasa tidak sabar berjumpa dengan Rayz semula. Mengapa dia berasa sedemikian, dia sendiri pun tak tahu.

Setibanya di luar bilik rawatan Rayz, Colline melihat seorang jururawat sedang menyorong Rayz yang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda menuju ke bilik rawatan tersebut. Rayz terlihat Colline berjalan menuju ke arahnya. Dia pun tersenyum dan berkata,” Masa melawat dah tamat Cik!”. Colline tersenyum mendengar kata – kata Rayz itu. Rayz masih lagi sempat bergurau dengannya walaupun dirinya masih belum sembuh sepenuhnya.

“How are you feeling?” tanya Colline sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Rayz. Colline meminta kebenaran dari jururawat tersebut untuk menyorong Rayz ke biliknya. Jururawat itu tersenyum dan memperkenankan permintaan Colline itu.

“Dr. Jerry kata, imbasan MRI Rayz normal saja. I guess it means I’m okay,” jawab Rayz. Rayz baru sahaja balik dari bilik Dr. Jerry. Dr. Jerry telah menjalankan imbasan MRI untuk memastikan tubuh Rayz dalam keadaan yang baik. Maklumlah, Rayz baru sahaja sedar selepas koma selama beberapa hari.

“I’m glad to hear that. Sebenarnya, Colline nak beritahu sesuatu pada Rayz,” kata Colline lagi.

“Apa dia?” tanya Rayz pendek.

“Lets talk after we reach your room okay?”

“Yes Ma’am!”

Colline pun menolak kerusi roda Rayz itu sehingga sampai di biliknya. Setibanya di bilik itu, Colline membantu Rayz untuk berbaring semula di katilnya. Colline juga menegakkan katil Rayz itu supaya senang bagi Rayz untuk bersandar.

“Rayz ingat tak apa yang berlaku pada Rayz semasa di makmal bio-kimia tempoh hari?” Colline memulakan bicaranya.

Rayz memegang dagunya seketika. Dia cuba memeras memorinya untuk mengingati semula apa yang berlaku pada malam itu. “Rayz cuma ingat Rayz menyentuh Xyver semula semasa sesi soal – jawab malam itu. Selepas itu... maaf, Rayz pun tak berapa ingat.”

“Tak apalah. Emm, biar Colline menyediakan koko panas untuk Rayz dulu okey?” kata Colline dan pergi ke dapur bilik itu. Rayz memerhatikan Colline pergi ke dapur. Dia kembali memeras ingatannya. Malangnya otak Rayz itu enggan membantunya mengingat semula. “Apa yang berlaku malam itu?” getus hati Rayz.

Beberapa minit kemudian, Colline kembali semula ke katil Rayz sambil membawa dulang berisi 2 gelas koko panas. Dia meletakkan dulang itu di tepi meja Rayz dan menghulurkan segelas koko panas itu kepada Rayz. Rayz menyambut gelas itu dan mengucapkan terima – kasih kepada Colline.

“Boleh Colline ceritakan apa yang sebenarnya berlaku malam itu pada Rayz? Rayz benar – benar tak ingat,” pinta Rayz pada Colline. Colline dapat melihat kejujuran kata – kata Rayz itu dari matanya. Nampaknya Rayz benar – benar tidak ingat langsung apa yang berlaku pada malam itu.

Colline tersenyum dan membetulkan duduknya sebelum mulai bercerita pada Rayz. Dia pun menceritakan semula apa yang telah berlaku malam itu kepada Rayz. Rayz mendengar setiap apa yang dikatakan oleh Colline itu dengan penuh tumpuan. Apa yang didengarnya itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan – persoalan yang agak sukar untuk dimengertikannya.

“Is Danny hurt because of me that night?” tanya Rayz mengenai keadaan Danny.

“Danny is alright, you don’t have to worry about him,” terang Colline.

“I see, I am glad to hear that. Boleh Rayz tahu satu perkara lagi?”

“Apa dia? Rayz cakaplah.”

“Spirit of The Xyver tu kata Rayz ini adalah Dunamist dan cara untuk menewaskan Grogan itu ada di dalam tangan Rayz. Apa yang dimaksudkannya itu?”

“Well, Rayz ini adalah pewaris Xyver itu. Itulah sebabnya Spirit of The Xyver menggelar Rayz sebagai Dunamist. Mengenai cara untuk menewaskan Grogan itu pula, kami sendiri tak pasti sebab Spirit of The Xyver itu lenyap sebelum memberitahu kami secara terperinci. Tapi ia mungkin berkata sedemikian kerana Rayz sahaja yang mampu mengaktifkan kuasa Xyver itu seperti yang berlaku di Kudat tempoh hari,” terang Colline.

Rayz memandang selimut putih yang membalut kedua – dua belah kakinya. Fikirannya keliru dengan apa yang didengarinya dari Colline. Colline berasa simpati melihat wajah murung Rayz itu.

“Cheer up Rayz! Colline rasa, pasti ada cara untuk memahami apa yang berlaku ini,” pujuk Colline.

“Thanks Colline. Tapi Rayz rasa, apa yang dikatakannya itu tidak betul. Look at me, I’m no hero. I’m just an ordinary guy. Mungkin Xyver itu bereaksi secara kebetulan sahaja. Rayz tak mungkin boleh menyelamatkan dunia ini sebab Rayz ini manusia biasa sahaja,” kata Rayz, cuba menyangkal kata – kata Spirit of The Xyver mengenai dirinya itu.

“Colline faham Rayz. Tapi, bagaimana kalau Grogan yang dikatakan oleh Spirit of The Xyver itu benar – benar mampu memusnahkan dunia kita ini? Bagaimana kalau Rayz adalah kunci untuk menyelamatkan dunia kita ini? Colline rasa tidak salah kalau kita cuba untuk membuktikan samada apa yang dikatakan oleh Spirit of The Xyver itu benar atau salah kan?” kata Colline lagi.

Apa yang dikatakan oleh Colline itu agak logik. Sudah terlalu lama misteri ini terbuku di dalam hidup Rayz. Mungkin sudah tiba masanya bagi Rayz untuk mengetahui rahsia di sebalik misteri identitinya dan misteri Xyver itu sendiri. “Rayz setuju dengan kata – kata Colline itu. But, where do we start?”

“Inilah yang Colline ingin bincangkan dengan Rayz sebenarnya.”

“Apa dia? Colline beritahulah.”

Colline pun memberitahu keputusan Wiseman Commitee untuk membenarkan Rayz pergi mengikuti ekspedisi ke Gurun Gobi itu. Colline juga menerangkan yang Rayz telahpun diiktiraf sebagai tetamu terhormat ISRC oleh ahli – ahli Wiseman Commitee sekaligus menjadikan Rayz sebagai salah satu staf rasmi ISRC. Itulah sebabnya mengapa Danny tidak berapa menggemari keputusan Wiseman Commitee itu. Dia juga memberitahu Rayz mengenai piramid purba yang dijumpai oleh ISRC US itu kepada Rayz memandangkan dia telah dilantik menjadi staf rasmi ISRC.

“Piramid di Gurun Gobi... Rayz pernah bermimpikan piramid sedemikian rupa. Tetapi Rayz tak sangka Rayz akan pergi melawatnya di dunia yang sebenar,” guman Rayz.

“Rayz pernah bermimpikan piramid itu!?” kata Colline dengan nada terkejut.

“Ya. Rayz bermimpikan piramid itu 13 kali. Rayz sentiasa menganggap ianya hanyalah permainan tidur. Mungkin ia akan kekal sebagai permainan tidur kalau Rayz tak tahu mengenai kewujudan piramid itu dari Colline. Tapi sekarang ni, Rayz sendiri tidak tahu bagaimana untuk membezakan realiti dan mimpi.”

Colline mendiamkan dirinya sahaja. Colline mulai berasa apa yang dikatakan oleh Spirit of The Xyver itu memang benar. Apa yang berlaku kepada Rayz itu sendiri seolah – olah suatu keajaiban. Rayz bertembung dengan Xyver, berlawan dengan makhluk Grogan, bermimpi mengenai piramid itu dan kini akan melawat piramid itu di dunia yang sebenar. Ianya seperti Rayz telah pun ditakdirkan untuk pergi ke piramid di Gurun Gobi tersebut.

Coline memandang wajah murung Rayz itu. Dia dapat merasakan kekeliruan yang sedang dialami oleh Rayz itu. “Why me?” jelas tertera pertanyaan ini di wajah Rayz itu. Colline menghirup minumannya yang kian menyejuk. “Rayz, Colline minta maaf kalau semua yang berlaku ini benar – benar membebankan Rayz. Semua ini salah Colline kerana melibatkan Rayz di dalam eksperimen ISRC. I was... being selfish. Kalau Rayz rasa Rayz tak ingin teruskan dengan ekspedisi ini, Colline akan faham,” ujar Colline dengan nada kesal. Dia benar – benar rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku kepada Rayz.

Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline. Dia dapat melihat manik – manik jernih di tepi mata gadis ayu itu. Hati Rayz tersentuh melihat keadaan Colline itu. Tersentuh dengan keikhlasannya. Rayz menyentuh dagu Colline dengan lembut dan mengangkatnya perlahan – lahan. Colline memandang wajah Rayz itu. Air matanya masih lagi mengalir. Dengan perlahan Rayz menyeka air mata Colline itu dengan ibu jarinya. “What has happened to me is not your fault. Don’t blame yourself for things that you didn’t do. It was my decision to come and help you, remember?” giliran Rayz pula yang memujuk Colline. Rayz tidak mahu Colline menyalahkan dirinya di atas apa yang telah pun berlaku. “Chin up okay?” kata Rayz lagi sambil tersenyum.

Colline menyeka air matanya dan mengucapkan terima – kasih kepada Rayz di atas kata – katanya tadi. Dia benar – benar terharu dengan sikap Rayz yang understanding itu.

“Rayz dah membuat keputusan untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berdua membongkar misteri ini kan?” kata Rayz dan mengenyitkan matanya kepada Colline.

Colline tersenyum semula melihat gelagat Rayz itu. “Ya. Colline akan temani Rayz sehingga semua ini selesai,” balas Colline memberikan jaminannya.

“Malam pun semakin lewat. Ada baiknya kalau Colline balik sekarang. Lagipun, Colline kena bekerja lagi esok.”

“You are right. Kalau macam tu, Colline minta diri dulu. Kalau Rayz ada apa – apa masalah nanti, Rayz hubungi saja Handphone Colline okey?” kata Colline dan berjalan menuju ke pintu bilik Rayz.

“Uh, Colline...” Rayz memanggilnya semula.

“Apa dia?” tanya Colline.

“Colline nampak cantik malam ini,” puji Rayz.

Colline tersenyum mendengar pujian Rayz itu. “Thanks. I’ll see you later Rayz,” jawab Colline dan keluar dari bilik Rayz itu. Setibanya di luar bilik itu. Colline mengamati night dress nya dan tersenyum sendirian. Entah mengapa kata – kata Rayz itu benar – benar membuatnya gembira sekali. Dia pun berjalan menuju ke lif yang berdekatan.










No comments: