Saturday, September 26, 2009

Chapter 18



CHAPTER 18 : Secret of The Xyver

Tempat : ISRC Cawangan Sabah, Metropolis Kinabalu

Masa : 10.30 AM

Tarikh : 07 Disember 2009

Kereta Porsche milik Colline baru sahaja berhenti di pintu hadapan bangunan ISRC. Ketibaannya itu disambut oleh Valet (peyambut kereta) yang bertugas khas di tempat meletak kereta ISRC. Sebaik sahaja keluar dari kereta tersebut, Rayz melihat keadaan sekeliling bangunan ISRC tersebut. Terdapat sebuah taman yang amat besar di bahagian kiri bangunan tersebut. Taman itu dipenuhi pelbagai jenis bunga dan tanaman. Terdapat sebuah air pancut yang besar di tengah – tengah taman tersebut. Sekali sekala dapat dilihat beberapa orang kanak – kanak sedang berlarian merentasi taman tersebut. “Mungkin anak – anak pekerja di situ barangkali,” getus Rayz. Di bahagian kanannya terdapat sebuah stesen komuter yang menghubungkan lapangan terbang ISRC dan juga bangunan tersebut. Keluasan persekitaran bangunan ISRC itu lebih kurang beberapa ratus – ratus hektar. Ini jelas membuktikan betapa kayanya ISRC di Sabah.

Rayz berasa kagum dengan apa yang dilihatnya sehinggakan dia tidak sedar Colline sedang memanggil datang ke arahnya. Rayz menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berlari menuju ke arah Colline sambil tersenyum bodoh. Colline cuma tersenyum melihat gelagat Rayz itu. Mereka berdua pun berjalan menuju ke pintu utama bangunan ISRC bersama – sama. Kedatangan mereka itu ditahan oleh oleh pengawal ISRC yang sedang bertugas di hadapan pintu utama bangunan ISRC.

“Excuse me Professor but no one is allowed inside the building without proper authorization. That is the rule and regulation,” kata pengawal berbangsa negro itu kepada Colline.

“I know that Sargeant. But this person here is my guest and he is important for our research. I am taking him inside with me,” jawab Colline dengan tenang.

Kedua – dua pengawal itu berpandangan sesama sendiri. Mereka kelihatan serba salah dengan keputusan yang perlu mereka lakukan. “I am sorry Professor, but I can’t do that. Chief Danny strictly order us not to let anyone pass this point without authorization,” pengawal itu tetap dengan keputusannya tidak ingin membenarkan Rayz masuk.

“Tak apalah Colline. Kalau mereka tak benarkan, lebih baik jangan dipaksa. Rayz pun tak mahu Colline ditimpa masalah kerana Rayz,” kata Rayz. Rayz pun berpaling untuk kembali semula ke kereta. Hasratnya itu tergendala apabila Colline memegang tapak tangan kanannya dengan erat. Rayz terkejut dengan tindakan Colline itu. Dia melihat air muka Colline tiba – tiba berubah.

“Sargeant, I am the second highest commanding officer in this building. And I want you to open the door for us right now!,” kata Colline. Nada suaranya bertambah tegas. Pengawal – pengawal itu semakin panik. Bak kata pepatah, “diluah mati emak, ditelan mati bapa.” Kalau tak diturut, mereka akan dikenakan hukuman. Kalau diturut pula, Danny yang akan mengenakan hukuman!

“But Professor... We don’t want to cause you any trouble...” jawab pengawal tersebut dengan nada yang cemas.

“Then open the door! If you don’t, you’ll answer to Chief Danny later!,” balas Colline pula, separuh mengugut. Rayz cuma memerhatikan gelagat Colline itu. Dia tidak menyangka bahawa Colline yang bersifat lembut itu mempunyai ‘personaliti’ yang tegas seperti itu. Kedua – dua pengawal itu berbisik sesama sendiri. Mereka sedang berbincang samada membenarkan Colline dan Rayz masuk ataupun tidak.

“Well? What are your decision?” tanya Colline lagi.

Kedua – dua pengawal itu mendiamkan diri sebelum menjawab “Welcome back Professor Colline!”. Mereka pun membuka pintu kebal bangunan tersebut dan mempersilakan Colline dan Rayz masuk ke dalam. Rayz mengucapkan terima – kasih kepada pengawal – pengawal tersebut tetapi kata – katanya itu dibalas dengan renungan yang tajam. Colline meneruskan berjalan merentasi lobi ISRC tersebut sambil memegang tangan Rayz. Pegawai – pegawai ISRC yang melihat keadaan itu berasa hairan dan terkejut. Akhirnya Rayz pun menyuruh Colline berhenti sekejap.

“Kenapa ni? Makmal ujikaji ada di tingkat 27,” tanya Colline, hairan kenapa Rayz tiba – tiba menyuruhnya berhenti sekejap.

Rayz menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Rayz tahu Colline nak memulakan ujikaji secepat yang mungkin tapi...” Rayz tidak menghabiskan kata – katanya itu. Sebaliknya dia memandang tangan kanannya yang masih lagi digenggam oleh Colline.

“Oh my... I am so sorry!” Colline berasa amat malu dengan kejadian itu. Kenapa dia tak menyedari yang dia sedang ‘mengheret’ Rayz di dalam bangunan itu, dia sendiri pun tidak pasti. Pipinya berubah menjadi teramat merah kerana berasa amat malu. Pegawai – pegawai ISRC yang ada di dalam bangunan itu tersenyum dengan gelagat orang atasan mereka itu. Rayz pun menyuraikan mereka semua dan berkata, “Everythings fine! Please continue your work guys.”

Rayz mendekati Colline semula. Pipi Colline masih lagi kemerah – merahan. Dia menutup wajahnya dengan kedua – dua tapak tangannya. Rasa malunya sukar untuk digambarkan dengan kata – kata. Rayz memandang wajah ayu Colline itu, kemudian dia tersenyum.

“What?” tanya Colline bila Rayz merenungnya sedemikian rupa.

“Nothing. You look very adorable when you are blushing,” jawab Rayz selamba.

“Is that suppose to make me feel better?” tanya Colline lagi. Bibirnya mengukir senyuman semula.

“It did, didn’t it?” kata Rayz pula.

Selepas itu mereka berdua pun bersama – sama memasuki lif untuk pergi ke tingkat 27. Sewaktu berada di dalam lif itu, Colline menerangkan penemuan yang telah mereka temui sewaktu mereka mengkaji Xyver kepada Rayz. Rayz mengangguk – anggukkan kepalanya walaupun dia sendiri tidak berapa faham apa yang dikatakan oleh Colline itu. Selepas beberapa minit, lif itu pun tibe ke destinasinya. Colline dan Rayz berjalan keluar dari dalam lif itu dan menuju ke makmal bio-kimia no.8.

Colline cuba menghubungi Poly dan Jane tetapi kedua – dua sahabatnya itu tidak membalas panggilannya. Dia berasa agak hairan tetapi perasaan itu ditepisnya dengan membuat anggapan yang mereka berdua berkemungkinan sibuk dengan kerja. Selepas berjalan beberapa minit, mereka berdua pun tiba di hadapan makmal bio-kimia no.8. Colline berasa agak hairan melihat dua anggota B.H.U sedang berkawal di hadapan pintu makmal bio-kimia no.8. Kedua anggota itu memberi tabik hormat sebaik saja Colline tiba di depan pintu makmal tersebut.

“What’s going on here?” tanya Colline.

“Chief Danny is inside Ma’am!” jawab anggota B.H.U itu dengan pantas.

“Danny ada di dalam?” guman Colline kepada dirinya sendiri.

Kelakuan Colline itu menarik perhatian Rayz. “Ada masalah?” tanya Rayz.

“Oh. Tiada apa – apa. Jom kita masuk!” pelawa Colline. Rayz cuma mengikut Colline masuk ke dalam makmal tersebut. Kedua – dua pengawal tersebut membiarkannya sahaja. Keadaan di dalam bilik makmal itu agak tegang. Kelihatan Poly dan Jane sedang berdiri di hadapan Danny. Mereka kelihatan sedang bercakap mengenai sesuatu. Colline menyuruh Rayz duduk di sebuah kerusi sebentar sementara dia pergi menuju ke tempat ketiga – tiga orang tersebut. Rayz menurut sahaja kata – kata Colline itu dan duduk. “Is there something wrong?” tanya Colline kepada mereka bertiga. Mereka bertiga memalingkan muka kepada Colline. Poly dan Jane kelihatan serba salah manakala Danny pula kelihatan serius sambil memeluk tubuh.

“Is there something wrong Danny?” tanya Colline sekali lagi.

Danny tidak menjawab soalan Colline itu. Sebaliknya dia memalingkan mukanya ke arah Rayz yang sedang membaca senaskah majalah di tempat duduknya. Colline dapat melihat air muka Poly dan Jane semakin berubah. Dia sedar kemungkinan Danny telah memarahi mereka berdua atas tindakan yang dilakukannya itu.

“What is he doing here Colline?” kata Danny. Suaranya kelihatan amat keras. Jelas terpancar api kemarahan di matanya.

“Sebelum Colline menjawab soalan tersebut, jangan ambil tindakan terhadap Poly dan Jane. Kesalahan ini berpunca dari Colline bukannya mereka,” jawab Colline dengan tenang.

Danny tidak menyahut kata – kata Colline itu. Dia terus sahaja meninggalkan Colline tanpa menoleh ke belakang. “I want to see you in my office, now!” kata Danny sewaktu berjalan menuju ke pintu keluar makmal tersebut. Suaranya agak lantang sehingga memeranjatkan Rayz yang sedang khusyuk membaca. Danny sempat mengerling ke arah Rayz sebelum dia keluar dari makmal itu. Rayz pun berdiri untuk berjabat tangan dengan Danny. Malangnya, Danny tidak mengendahkannya dan terus sahaja keluar dari makmal itu. Rayz terpinga – pinga dengan kelakuan Danny itu.

Colline cuma mampu memandang sewaktu ‘tunang’ nya itu meninggalkan makmal tersebut. Dia menghela nafas panjang. Dia tahu dia akan berhadapan semula dengan ‘syarahan’ Danny yang membingitkan telinganya itu. Poly dan Jane menghampiri Colline.

“Sorry Colline... Danny dapat tahu Colline pergi ke Kudat,” kata Jane.

“Kami dah cuba sedaya – upaya menyembunyikannya dari pengetahuan Danny, tapi dia tetap dapat tahu,” tambah Poly pula.

Colline memegang kedua – dua tangan sahabat baiknya itu dan tersenyum. “Its okay. Biar Colline bercakap dahulu dengan Danny. Sementara itu, tolong Colline layan tetamu kita tu!” kata Colline sambil menundingkan jari ke arah Rayz yang sedang duduk itu. Rayz cuma tersengih apabila menyedari mereka bertiga sedang memandang ke arahnya.


*********************************************************************************

Tempat : Tingkat 50, Pejabat Danny Dexter, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 12.00 PM

Tarikh : 07 Disember 2009

Colline baru sahaja keluar dari lif dan terus berjalan menuju ke pejabat Danny. Tingkat 50 ialah tingkat yang agak lengang kerana hampir keseluruhan tingkat tersebut adalah milik Chief Director ISRC. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian, pejabat Danny Dexter, sebuah mini – bar, dan juga ruang berehat yang lengkap. Dinding di ruang berehat itu diperbuat oleh kaca kalis peluru. Sesiapa yang melawat ruang tersebut boleh melihat keindahan pemandangan sekitar Metropolis Kinabalu. Di hadapan pintu pejabat Danny, setiausahanya sedang menunggu ketibaan Colline.

“Good afternoon Professor Colline, Chief Danny is waiting for you inside,” kata setiausaha itu dengan sopan. Colline cuma mengangguk dan terus sahaja masuk ke dalam pejabat Danny. Ruang pejabat Danny itu hampir sama dengan pejabat Colline. Bezanya ialah, pejabat Danny itu lebih besar dan luas. Colline meliarkan matanya ke kiri dan ke kanan. Dia tidak melihat Danny di mana – mana. Kemudian dia perasan pintu koridor pejabat Danny terbuka. “Mungkin Danny ada di luar,” getus hati Colline. Dia pun berjalan menuju ke koridor tersebut.

Danny sedang berdiri menghadap lautan di koridor tersebut. Dia membuka kot hitamnya dan melipat lengan bajunya. Dia kelihatan amat tampan dan matang dengan cara berpakaian begitu. Danny sedang memegang gelas berisi lemon ais di tangan kanannya sementara tangan kirinya itu berada di dalam saku seluarnya. Wajahnya kelihatan muram seolah – olah sedang memikirkan sesuatu. Bayu laut tengah hari itu amat menyamankan walaupun matahari sedang bersinar dengan terik. Danny meneguk lemon aisnya lagi.

Colline menghampiri Danny dengan perlahan – lahan. Dia sedang memikirkan jawapan yang sesuai yang perlu diberikan kepada Danny. Dia juga sedar apa yang telah dilakukannya itu salah tetapi dia berpegang kepada prinsip, “Perjuangkan apa yang dipercayai”. Seandainya apa yang diputuskannya itu adalah betul kepada dirinya, maka dia akan memperjuangkannya bermati – matian. Itulah sikap Colline yang sebenar.

“Danny ingin berjumpa dengan Colline?” sapa Colline.

“Kenapa Colline membuat keputusan tanpa berbincang dengan Danny dulu?” tanya Danny pula tanpa memandang ke arah Colline. Dia meletakkan gelas yang dipegangnya di atas pagar koridor tersebut. Dia masih memakukan pandangannya ke arah lautan.

Bayu laut berhembus dengan lebih kencang. Rambut Colline itu pun jatuh terurai dan menutupi wajahnya. Dia membetulkan rambutnya dan juga mengalihkan pandangannya ke arah lautan. Beberapa burung camar sedang berterbangan di atas langit berhadapan dengan mereka berdua. Kedua – duanya senyap buat seketika.

“Colline buat begitu... atas kepentingan Project X dan juga kepentingan ISRC. Colline tak akan berbuat sedemikian tanpa apa – apa sebab,” Colline memulakan penjelasannya.

“Colline masih lagi belum menjawab pertanyaan Danny. Kenapa Colline buat keputusan tanpa berbincang dengan Danny? Ataupun Colline buat begitu untuk menyakiti hati Danny?” suara Danny tiba – tiba berubah menjadi sayu.

“Colline tak akan buat macam tu pada Danny. Colline tidak mahu membebankan Danny, sebab itulah Colline membuat keputusan itu.”



“Sebarang keputusan haruslah dibincang dahulu dengan Danny, it is an official ISRC Act, Colline pun tahu semua itu kan? Apa yang Danny tak faham, mengapa Colline melibatkan kajian ISRC dengan orang luar? More importantly, Mengapa RAYZ yang Colline libatkan di dalam hal ini!!” kata Danny suaranya agak meninggi ketika menyebut nama Rayz. Dia memalingkan mukanya kepada Colline.

“Ada sesuatu perkara yang belum Colline ceritakan pada Danny. Mungkin sudah tiba masanya bagi Colline untuk menceritakannya kepada Danny,” Colline juga memalingkan mukanya kepada Danny. Mata mereka bertembung. Keadaan menjadi senyap buat seketika.

*********************************************************************************

Di makmal bio-kimia no.8...

Rayz sedang mengamati Xyver yang berada di dalam sebuah balang kaca yang agak besar. Balang kaca itu setinggi 7 kaki dan lebarnya hampir 5 kaki. Terdapat beberapa buah pengimbas laser sedang menghalakan cahayanya kepada Xyver tersebut. Jane sedang melakukan imbasan laser terhadap Xyver dan bentuknya itu sedang dirakam ke dalam komputer. Poly pula sedang sibuk di dapur makmal untuk menyediakan minuman petang untuk tetamu mereka.

Rayz memandang tulisan – tulisan aneh yang terdapat pada Xyver. Dia memegang dagunya sambil berfikir seketika. “Tulisan ini sama dengan tulisan yang saya jumpa di dalam mimpi,” bisik hatinya. Apakah kaitan mimpinya dengan Xyver ini, dia sendiri tidak pasti, tapi satu yang pasti ialah rahsia di sebalik mimpi dan Xyver itu akan terbongkar tidak lama lagi. Dia dapat merasakannya.

PAP! Tiba – tiba bahu Rayz ditepuk dari belakang. Rayz memalingkan mukanya ke belakang. Poly sedang tersenyum kepadanya. “Mari Encik Rayz, kita minum petang dahulu sebelum Colline datang semula!” pelawa Poly. Rayz juga tersenyum dan mengikuti Poly ke sebuah meja bulat berdekatan dengan pejabat makmal tersebut. Jane sudah pun berada di meja tersebut. Poly dan Rayz pun duduk berhadapan dengan Jane.

“Jemput minum Encik Rayz,” pelawa Jane sebaik sahaja Rayz melabuhkan punggungnya.

“Terima kasih Profesor Poly, Profesor Jane,” ucap Rayz dan mengambil secawan kopi di atas meja tersebut. Kehangatan kopi tersebut melegakan ‘kesejukan’ yang dirasai oleh Rayz di bangunan berhawa dingin tersebut.

“Awak sejuk ke Encik Rayz? Kalau awak kesejukan, saya boleh ambilkan jaket untuk awak,” kata Jane pula.

Rayz menggelengkan kepalanya dan berkata,” Its okay. Umm, Profesor Poly dan Profesor Jane memang dah biasa dengan keadaan di sini?” tanya Rayz lagi.

“Tak payah panggil Profesor Encik Rayz, panggil Poly dan Jane sudahlah,” kata Poly.

“Betul tu. Rasa kekok pula kalau dipanggil macam tu,” sokong Jane.

“I see, sorry. Kalau macam tu, Poly dan Jane pun panggil saya Rayz ajalah. Tak payah ber encik – encik dengan saya!” balas Rayz.

Mereka bertiga pun tertawa bersama – sama. Walaupun mereka bertiga baru sahaja berkenalan, mereka sudah mesra seperti sudah bersahabat bertahun – tahun. Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh Rayz. Semua orang yang baru sahaja kenal dengannya akan segera rapat dengannya.

*********************************************************************************

Di Koridor Pejabat Danny Dexter...

Colline baru sahaja habis menceritakan perihal kejadian di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari kepada Danny. Colline menerangkan bagaimana Rayz mengalahkan makhluk tersebut dengan menggunakan Xyver. Dia juga menceritakan mimpi – mimpi yang dialami oleh Rayz dan juga suara yang kerap muncul di dalam fikirannya. Danny mendengar setiap kata – kata Colline itu dengan bersahaja. Dia kelihatan tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Colline itu.

“Bagaimana Colline boleh buat assumption sedemikian rupa? Ada kemungkinan apa yang berlaku di Kudat itu sekadar kebetulan sahaja. Kita sebagai saintis harus melakukan lebih dari 10 kajian sebelum membuat apa – apa assumption. Colline sebagai saintis yang professional patut tahu semua ini kan?” Danny seolah – olah berceramah kepada Colline.

“Of course I know all that Danny. Tapi, bagaimana kita dapat membuktikan sesuatu kalau kita tidak menjalankan eksperimen yang lebih terperinci. Memandangkan Xyver tak boleh di bawa keluar dari makmal ini, Colline terpaksa membuat inisiatif lain iaitu membawa Rayz ke ISRC,” balas Colline pula.

Kata – kata Colline itu menyakiti hati Danny sedikit. Ianya seolah – olah Colline membuat semua itu semata – mata kerana Rayz. Seolah – olah Rayz itu terlalu penting baginya. Muncul perasaan cemburu di dalam hatinya. Hatinya mulai tertanya – tanya, adakah Colline buat semua ini untuk kepentingan Project X ataupun untuk Rayz? Tetapi dia tetap berlagak cool dan maintain. Seorang lelaki yang gentleman mestilah tahu bagaimana mengawal perasaannya.

“Danny tahu tu. Tapi Colline telah melanggar Akta ISRC yang ke lima: ‘Adalah tidak dibenarkan bagi mana – mana pegawai ISRC untuk membawa masuk mana – mana orang luar ke dalam bangunan ISRC tanpa kebenaran pihak atasan’. Colline tahu akibat melanggar akta ini?”

“Colline tahu. Tapi, bukankah Danny telah pun memberikan kuasa mutlak kepada Colline untuk menyeliakan Project X ini? Dan keputusan Colline membawa Rayz di sini juga adalah berlandaskan bidang kuasa Colline sebagai Chief Supervisor of Project X.”

Kata – kata Colline itu mematikan hujah Danny. Apa yang dikatakan oleh Colline itu memang benar kerana Chief Supervisor bagi mana – mana projek ISRC boleh membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan orang atasan selagi ianya mendatangkan kebaikan kepada projek itu sendiri. Dan apa yang dilakukan oleh Colline itu secara logiknya, betul dari segi undang – undang ISRC itu sendiri.

Mereka berdua diam semula. Matahari semakin rendah di kaki langit. Senja kian menjelang di Metropolis Kinabalu. Tidak lama lagi jalan – jalan di metropolis itu akan bertambah sibuk dengan kereta – kereta yang dalam perjalanan untuk pulang.

“We’ll continue this conversation later. I need time to think about it,” Danny kembali memerhatikan lautan di hadapannya. Fikirannya bercelaru pada waktu itu.

“Are you okay Danny?” tanya Colline apabila melihat Danny kembali senyap.

“I’m fine. Like I said, I’ll talk to you later. Please carry on with your research and inform me of the findings,” balas Danny pendek.

Colline berasa agak sayu melihat keadaan Danny. Tapi dia kenal siapa Danny. Danny ialah seorang yang professional. Dia tidak akan mencampuradukkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Walaupun begitu, Colline tetap rasa bersalah melihat keadaan Danny itu.



“Kalau macam tu, Colline keluar dulu,” Colline meminta kebenaran untuk beredar. Danny cuma mengangguk. Colline berasa serba salah melihat keadaan Danny itu. Dia pun mendekati Danny dan menggenggam kedua – dua tapak tangannya. Danny mengalihkan pandangannya kepada Colline. Pandangan mereka bertaut dan senyuman pun mulai menguntum di bibir Danny semula. Colline pun memeluk tubuh Danny dengan penuh rasa sayang.

“Maafkan Colline Danny, Colline tidak berniat melukakan hati Danny,” kata Colline sambil membenamkan kepalanya ke atas dada Danny yang bidang. Danny tersenyum, dan membalas pelukan Colline. Dia membelai – belai manja rambut Colline. “Danny pun minta maaf kalau Danny ini terlalu tegas,” kata Danny kepada tunangnya itu.

Bayu laut yang tadinya agak panas kini bertukar menjadi sejuk dan mengasyikkan. Ianya menyentuh tubuh kedua – dua pasangan kekasih itu. Jelas tergambar bagaimana dalamnya kasih – sayang di antara Colline dan Danny. “Colline pergilah dulu, I would like to stay here a little longer,” kata Danny sambil mengucup dahi Colline dengan penuh kasih sayang. Colline tersenyum dan meleraikan pelukannya.

Danny melihat Colline pergi berjalan meninggalkannya sehingga dia hilang di sebalik pintu koridor itu. Danny tersenyum puas. Akhirnya dia tahu Colline masih lagi sayangkan dia seperti dulu. Namun begitu dia tetap berasa kemunculan Rayz itu umpama ancaman kepada hubungan mereka berdua.

“Rayz...” guman Danny kepada dirinya sendiri. Dia mengenggam tangannya dengan erat...

*********************************************************************************

Makmal Bio-Kimia No.8...

Colline menekan butang di tepi makmal tersebut dan terus sahaja masuk. Dia tidak melihat Poly, Jane dan Rayz di mana – mana. Tiba – tiba dia terhidu bau masakan yang menyelerakan. Dia pun berjalan menuju ke arah dapur makmal itu. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat Poly dan Jane sedang duduk di meja bulat di dalam dapur tersebut. Manakala Rayz pula sedang memasak sesuatu. Rayz juga mengenakan apron milik makmal tersebut.

“Buat apa ni?” tanya Colline sambil duduk di sebuah kerusi.

“Kalau Colline nak tahu, Rayz ni pandai memasak orangnya. Tengok ni, banyak lauk yang dia masakkan!” kata Poly sambil menunjukkan mangkuk yang dipenuhi lauk di atas meja bulat tersebut.

“Hebat juga Rayz ni, tak sangka Rayz ni pandai memasak,” tambah Jane pula.

“Biasa saja. Waktu Rayz tinggal di rumah anak yatim piatu dulu, Rayz selalu membantu pakcik tukang masak kami di dapur asrama,” jawab Rayz jujur.

“Kalau Rayz nak tahu, diantara kami bertiga ni, ada seorang yang tak pandai memasak! Rayz nak tahu siapa dia?” kata Poly sambil tergelak kecil.

“Very funny guys!” kata Colline dengan senyuman mencuka.

Wajah Colline berubah menjadi merah. Dia berasa agak malu apabila Poly mengatakan yang dia ni sebenarnya tak pandai memasak. Jane juga ketawa melihat reaksi Colline itu. Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline dan tersenyum.

“Tak apa kalau tak pandai memasak Colline. Tapi saham akan turun 20% lah!” kata Rayz dan dia juga turut ketawa. Colline cuma mampu tersenyum melihat gelagat mereka bertiga itu. Sebenarnya Colline agak terkejut bila mendengar Rayz ini berasal dari rumah anak yatim piatu. Siapa sangka lelaki seperamah Rayz ini pernah tinggal di rumah anak yatim piatu.

Selepas selesai memasak sup cendawan, Rayz pun mempelawa mereka bertiga makan. Rayz telah menyediakan ayam masak sos, udang bakar dengan belacan dan juga salad. Masakan Rayz itu amat sedap sehingga Poly dan Jane sanggup menambah nasi lagi. Rayz tersenyum dan mengucapkan terima – kasih kerana menyukai masakannya.

“Rayz, boleh Colline tanya sesuatu?” kata Colline kepada Rayz.

“Sure. Colline tanyalah,” Jawab Rayz.

“Kenapa Rayz tinggal di rumah anak yatim piatu?”

Poly dan Jane berhenti makan mendengar soalan Colline itu. Mereka mengalihkan pandangan mereka ke arah Colline seolah – olah berkata , “Kenapa Colline tanya soalan tu?”.

“Oh, I’m sorry. Please, you don’t have to answer that,” kata Colline lagi dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya semula. Dalam hatinya dia memarahi dirinya kerana bertanya soalan bodoh begitu.

Rayz berdiri dari tempat duduknya dan mengambil jag berisi jus oren yang berada di kaunter dapur. Dia menuangkan air minuman tersebut ke dalam gelas mereka semua. Kemudian dia pun duduk semula. Dia memandang ke arah Colline yang berasa agak kekok itu lalu tersenyum.

“Tak apa. Rayz tak kisah, Colline,” kata Rayz dengan lembut. “Sebenarnya, ibubapa Rayz meninggal dunia sewaktu Rayz berumur tujuh tahun. Kami dalam perjalanan balik dari Bandar Matunggong dan kereta kami terbabas lalu melanggar sebatang tiang elektrik. Ibu dan Bapa Rayz terbunuh di tempat kejadian. Oleh kerana Rayz tidak ada saudara – mara lain, pihak berkuasa pun menghantar Rayz ke rumah anak yatim piatu di Kudat. Nama tempat itu ialah, Boys Hostel for The Homeless. Kemudian, keluarga Silman dari Metropolis Kinabalu pun mengambil Rayz sebagai anak angkat mereka. Rayz tinggal dengan mereka sehingga Rayz berumur 21 tahun. Well, thats about it!”

“Macam tu. Then why did you decide to work in Kudat?” tanya Colline lagi.

“Ish Colline ni! Macam detektif lah pula!” celah Poly sambil tersenyum.

“Tak ada apa – apa. Colline ingin mengenali diri Rayz lebih lanjut. Tak boleh kah?”

“Betul ke ni? Macam ada something saja!” giliran Jane pula yang mencelah. Poly dan Jane tergelak semula. Wajah Colline menjadi merah semula, malu dengan gelagat nakal sahabat – sahabatnya itu. Rayz merenung wajah Colline yang tengah merah itu. Dalam hatinya dia berkata, betapa bertuahnya Danny memiliki gadis seumpama Colline ini.

Kelakuan Rayz itu disedari oleh Poly. Lalu dia pun menegur Rayz dengan tujuan menyakatnya. “Wah! Lain juga cara Rayz pandang Cik Colline kita ni!” kata Poly.

“Yalah! Jangan pandang lama – lama tau, nanti ada orang marah! Ha ha ha!” sambung Jane, ketawa besar. Kali ini wajah Rayz pula berubah menjadi merah. Dia sedaya – upaya mengawal dirinya agar tidak berapa ketara rasa malunya itu.

“Ahem! Apa soalan Colline tadi tu?” kata Rayz untuk mengubah topik perbualan Poly dan Jane.

“Kenapa Rayz berkerja di Kudat dan bukannya di Metropolis Kinabalu?” Colline mengulangi soalannya semula.



“Ayah angkat Rayz ingin Rayz menjadi peneraju syarikatnya tetapi Rayz menolak. Rayz bukannya anak kandung mereka. Lagipun, orang yang paling layak adalah Wai – Wai, anak perempuan mereka.”

“Tapi mungkin ayah angkat Rayz tu memang sayangkan Rayz sebab itulah dia berikan jawatan itu pada Rayz,” giliran Jane pula menyuarakan pendapatnya.

Rayz tersenyum dan menghirup minumannya. “Siapalah diri Rayz ini untuk menerima jawatan sedemikian? Lagipun, Rayz ada prinsip Rayz sendiri iaitu, kita mesti berdikari dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan kekuatan sendiri.” Sinar mata Rayz itu menunjukkan betapa teguhnya pendiriannya itu.

Colline merenung wajah Rayz sewaktu dia mengatakan prinsipnya itu. Wajah Rayz ketika itu amat serupa dengan wajah mendiang adiknya Daryl sebelum dia meninggal dunia. Colline tahu Daryl juga memegang prinsip sedemikian. Entah macam mana, Colline dapat merasakan Daryl dekat dengan dirinya apabila melihat wajah Rayz itu.

“Poly rasa prinsip Rayz itu memang betul. Kita haruslah berusaha mendapatkan sesuatu dengan usaha kita sendiri,” sokong Poly.

“Exactly,” kata Rayz pula.

Mereka pun meneruskan makan petang mereka itu. Jam sudah pun menunjukkan 5.30 petang. bangunan ISRC baru sahaja masuk fasa Curfew. Fasa ini ialah fasa di mana tidak ada sesiapa pun yang boleh keluar dan masuk ke dalam bangunan ISRC kecuali dengan kebenaran khas.

*********************************************************************************

Tempat : Makmal Bio-Kimia No.8

Masa : 08.00 PM

Tarikh : 07 Disember 2009

Selepas menjamu makan petang mereka itu, Colline pun membuat beberapa kali eksperimen awal dengan Rayz sebelum membuat eksperimen secara langsung di hadapan Danny. Dia telah menerangkan kepada Rayz apa yang perlu dilakukannya dengan Xyver itu. Rayz menurut sahaja arahan Colline itu. Beberapa jam telah pun berlalu dan Colline berpendapat Rayz sudah cukup bersedia untuk membuat eksperimen secara langsung di hadapan Danny dan orang – orang kehormat ISRC.

Colline telah mengaturkan supaya Rayz mendapat tempat tinggal di bangunan ISRC tersebut. Mereka akan memulakan eksperimen pada jam 8.30 malam nanti. Makmal itu dipenuhi dengan saintis – saintis ISRC yang terlibat dengan Project X. Saintis dari GDTF juga menghadiri eksperimen tersebut. Ada juga saintis yang bukannya terlibat dengan projek tersebut tetapi datang untuk melihat eksperimen yang bakal dijalankan oleh pasukan Colline. Mereka amat berminat dengan perihal Xyver tersebut sehingga sanggup tidak pulang untuk menyaksikan eksperimen yang akan dilaksanakan pada malam itu.

Beberapa orang yang berpangkat besar telah di jemput untuk menyaksikan eksperimen tersebut. Antara yang hadir ialah Menteri Kesihatan Sabah, Madam Paloma Samuel, Jeneral Razak dari GDTF Cawangan Labuan, Profesor Modin dari GDTF Cawangan Labuan, dan juga Danny Dexter sebagai Chief Director ISRC Cawangan Sabah. Ruang makmal itu riuh – rendah dengan suara orang ramai yang tidak sabar melihat eksperimen yang bakal dijalankan. Danny sedang menerangkan perihal eksperimen itu kepada Madam Paloma kerana beliau langsung tidak tahu apa – apa mengenai eksperimen tersebut.



“So, tonight’s experiment will be conducted by Professor Colline?” tanya Madam Paloma.

“Yes, Madam Paloma. This experiment will try to prove whether the object will react to a certain individual. We’ve conducted many tests but none have been successful to actually try and activate the object,” jawab Danny.

“And this person we are talking about, who is he actually?” Madam Paloma meminta Danny menerangkan perihal orang yang dimaksudkannya lebih lanjut.

“His name is Rayz Silman. He is from Kudat City and he works as a pharmacist in a local pharmacy store,” balas Danny. Dahinya berkerut bila menyebut nama Rayz. Jelas menunjukkan Danny benar – benar tidak menyukai kehadiran Rayz di situ.

“A pharmacist? Why is he involved in a ISRC scientific project? Surely you are not joking Chief Director...”

“No, Madam Paloma. According to Professor Colline, he was the one who used the object to defeat the alien in Kudat City Dock the other day. I believe her. That is why this experiment is conducted to further prove whether the latter is true or not.”

“I see. This should be interesting. I am eager to see this Rayz in person,” kata Madam Paloma. Dia benar – benar berminat untuk berjumpa dengan Rayz. Danny membetulkan duduknya. Dia sebenarnya berasa tidak selesa dengan eksperimen itu memandangkan ianya melibatkan orang luar. Tetapi dia terpaksa bersetuju dengan permintaan Colline itu kerana dia percayakan kebolehan Colline. Setiausaha Colline, Gabriella pun datang dan berjalan menuju ke arah tetamu – tetamu khas itu sambil membawa dulang yang berisi minuman ringan. Dia pun meletakkan minuman tersebut di atas meja di hadapan mereka sambil mempersilakan mereka minum.

“Saya dengar kamu telah melibatkan orang luar di dalam eksperimen ini Chief Director,” kata Profesor Modin sambil membetulkan cermin matanya yang tebal.

“Itu memang benar Profesor. Tetapi saya boleh meyakinkan kamu bahawa keputusan ini telah dibuat berlandaskan undang – undang ISRC,” jawab Danny dengan tenang. Dia tidak menoleh ke arah Profesor Modin. Sebaliknya dia menumpukan perhatiannya kepada beberapa pegawai ISRC yang sedang menyiapkan peralatan eksperimen tersebut. Balang kaca di mana Xyver itu berada telah ditutup dengan kain hitam.

“Is that so? Kamu membenarkan keputusan ini kerana Profesor Colline itu tunang awak kan Chief Director? Itu boleh dikira sebagai menyalahgunakan kuasa kan?” ejek Profesor Modin.

Danny mengalihkan pandangannya kepada Profesor Modin. Dia pun merenung wajah Profesor Modin dengan tajam. Kemudian dia tersenyum sinis. “Itu memang benar Profesor Modin. Tetapi saya rasa isu ini tidak ada kaitan dengan saintis dari GDTF kan? Kalau Profesor Modin rasa eksperimen ini tidak betul prosedurnya, Profesor Modin bolehlah meninggalkan makmal ini sekarang.”

Profesor Modin benar – benar terasa dengan kata – kata Danny itu. Bak kata pepatah, “siapa yang makan lada, dialah yang terasa pedasnya”. Dia pun membetulkan duduknya sambil meminum minumannya. Jeneral Razak cuma ketawa melihat perdebatan dua orang saintis tersebut.

*********************************************************************************


Di Pejabat Makmal tersebut...

Colline sedang mengenakan labcoat nya. Dia membetulkan klip rambutnya yang berbentuk hati itu. Kemudian dia mengenakan bedak sejuk di atas kulit mukanya yang putih. Tangannya bergegar. Colline berasa agak cemas malam itu. Dia sudah pernah melaksanakan bermacam – macam eksperimen di hadapan orang kenamaan. Tetapi malam itu agak berlainan baginya. Mungkin kerana penemuan Xyver itu sendiri benar – benar membuatnya teruja. Selepas mengenakan bedak sejuk di atas mukanya, Colline melihat pakaiannya di depan cermin. Selepas itu dia mengenakan teg namanya. “You can do this Colline!” katanya pada diri sendiri. Colline pun keluar dari pejabat tersebut dan berjalan menuju ke pentas di mana eksperimen itu akan dilaksanakan.

Poly dan Jane sudah lama bersedia dan sedang menunggu ketibaan Colline untuk memulakan acara tersebut. Sementara Rayz pula sedang duduk bersebelahan dengan Poly dan Jane. Mereka sudahpun terlebih dahulu menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh Rayz untuk eksperimen tersebut.

Ketibaan Colline di situ disambut oleh orang ramai dengan tepukan yang gemuruh. Colline pun berjalan menuju ke arah sebuah podium di atas pentas eksperimen untuk memulakan acara tersebut. Dia menyentuh muncung mikrofon tersebut untuk mengujinya. Kesemua yang hadir pada malam itu pun mendiamkan diri. Keadaan di dalam makmal yang tadinya riuh rendah kini bertukar menjadi sunyi sepi. Colline mengucapkan terima – kasih di atas kerjasama para hadirin yang ada pada malam itu. Dia pun memulakan ucapannya.

“Para hadirin sekalian, malam ini pasukan saintis kami akan menjalankan eksperimen terhadap objek misteri yang telah jatuh terhempas di Pulau Banggi pada 24 November 2009. Saya juga ingin mengingatkan anda semua bahawa tidak dibenarkan mengutarakan apa – apa soalan selagi eksperimen masih belum tamat. Sesi soal – jawab akan diadakan sebaik sahaja eksperimen ini tamat. Saya juga ingin menyatakan bahawa objek yang saya maksudkan itu ada di sini pada malam ini. I will show it to all of you tonight.”

Dua pegawai ISRC pun membuka kain hitam yang menutupi balang kaca tersebut. Kelihatan Xyver itu berada di dalam balang kaca yang digunakan oleh Poly dan Jane tadi. Maka nampaklah para hadirin yang hadir pada malam itu bagaimanakah rupa objek yang terhempas di Pulau Banggi itu. Makmal itu kembali riuh rendah dengan suara mereka yang berbincang sesama sendiri.

“Saya juga ingin mengumumkan kepada anda semua bahawa mulai saat ini, objek ini akan dipanggil sebagai ‘Xyver’ dan nama ini diberikan oleh tetamu khas kita Encik Rayz Silman,” Colline meneruskan ucapannya. Kesemua yang hadir malam itu menumpukan perhatian mereka kepada Rayz yand duduk bersebelahan Poly dan Jane. Rayz sekadar tersenyum melihat mereka semua memandangnya.

“Objektif eksperimen pada malam ini ialah untuk membuktikan bahawa Xyver ini bereaksi kepada kesakitan dan juga kecederaan. Selain daripada itu, eksperimen ini juga dilaksanakan untuk membuktikan bahawa Encik Rayz Silman sahaja yang boleh mengaktifkan Xyver ini.”

Profesor Modin tiba – tiba berdiri dan menyuarakan pertanyaannya. “Mengapa pula Profesor Colline mengatakan cuma lelaki ini sahaja yang boleh mengaktifkan objek itu? Adakah Profesor sudah pun melakukan eksperimen terhadap orang lain?”. Kelakuan Profesor Modin itu menaikkan rasa berang Danny. Dia pun cuba berdiri untuk menegurnya tetapi Colline mengangkat tangannya dan menghalangnya dari berbuat sedemikian.

“Profesor Modin, bukankah saya ada maklumkan tadi sebarang soalan tidak boleh diutarakan selagi eksperimen belum lagi tamat. Malahan, Profesor sudah pun bertanya sebelum kita memulakan eksperimen,” kata Colline separuh mengejek. Hadirin yang hadir pun mentertawakan kelakuan Profesor Modin itu. Dia pun duduk semula dengan air muka yang kelat. Jeneral Razak yang duduk di sebelahnya ketawa terbahak – bahak dengan gelagatnya itu.

“Namun begitu, saya akan menjawab soalan Profesor Modin itu. Pihak kami telahpun menjalankan eksperimen terhadap 30 orang pegawai ISRC di mana setiap pegawai tersebut dikehendaki memegang Xyver selama 10 minit. Kemudian kami akan kesan sekiranya berlakunya apa – apa tindakbalas resonance. Setakat ini, tiada seorang pun daripada 30 orang tersebut berjaya mengaktifkan objek tersebut. Persoalan mengapa Encik Rayz yang dipilih... jawapannya ialah, dia ialah orang yang pertama menggunakan Xyver itu sebagai senjata untuk menewaskan makhluk asing yang muncul di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Saya ada di situ sewaktu beliau menggunakan objek tersebut. Dan dia jugalah yang menyelamatakan nyawa saya tempoh hari. Adakah penerangan saya ini cukup jelas ataupun saya perlu memberikan Profesor fail – fail sulit ISRC sebagai bukti?”

“Ya. Cukup jelas, terima – kasih Profesor Colline,” balas Profesor Modin. Dia benar – benar berasa tidak puas hati kerana dipermainkan tetapi apakan dayanya, apa yang dikatakan oleh Colline itu cukup kukuh. Danny memandang ke arah Colline. Mereka berdua tersenyum tatkala pandangan mata mereka bertaut. Danny memang kagum dengan cara Colline menjawab pertanyaan Profesor Modin itu. Itulah juga sebabnya mengapa Danny amat menyanjungi Colline. Bukan Danny sahaja yang kagum dengan Colline sebenarnya, Rayz juga berasa kagum dengan cara Colline itu.

“Lets continue. Kita akan memulakan eksperimen ini bermula dengan ciri istimewa Xyver ini, iaitu ciri penyembuhan. Dipersilakan Encik Rayz untuk bersedia. Lab assistants saya akan membawa masuk binatang ujian ke dalam makmal ini,” sambung Colline. Dia memberikan isyarat kepada Lab assistants nya yang berdiri di tepi pentas. Lab assistants itu pun mengusung sebuah kotak kaca dan meletakkannya di atas pentas itu. Di dalam kotak kaca itu terdapat seekor hamster di mana perutnya telah dibedah. Isi – isi perutnya jelas kelihatan. “Hamster ini belum lagi mati, kami telah membiusnya terlebih dahulu sebelum kami membelah perutnya. Sekarang ini kita akan menyaksikan bagaimana Xyver ini akan menyembuhkan luka di atas perut hamster ini. Encik Rayz dipersilakan,” Colline mempersilakan Rayz meneruskan eksperimen berkenaan.

Rayz pun mengangguk dan berjalan menuju ke balang kaca di mana Xyver sedang dikurungkan. Poly membantu Rayz membuka pintu balang kaca tersebut. Rayz pun menggengam Xyver itu dengan tangan kanannya. Tiba – tiba Rayz terlihat satu imej yang kabur muncul di dalam fikirannya. Serentak itu juga Rayz merasa kepalanya berasa teramat sakit sehinggakan dia hampir rebah. “Aneh? Kenapa lain macam saja rasanya kali ini...” getus hati Rayz. Rayz berasa sungguh hairan mengapa kali ini bila dia menyentuh Xyver, dia berasa lain. Tetapi Rayz mengagahinya juga kerana dia benar – benar ingin membantu Colline. Poly memegang tangan kiri Rayz dan bertanya, “Are you okay Rayz?”. Rayz tersenyum dan membalas dengan anggukan. “No problem. Terlalu cemas barangkali sampai nak pitam,” kata Rayz selamba. “Are you sure? Rayz janganlah paksa diri...” Poly bertanya lagi. Rayz menunjukkan ibu jari kanannya tanda ok.

Rayz pun berjalan menuju ke arah hamster tersebut dan berdiri di tepi kotak kaca tersebut. Dia pun mengacungkan Xyver di dalam tangan kanannya itu ke atas. Serentak itu juga, Xyver mulai mengeluarkan cahaya biru yang berdenyut – denyut. Dalam sekelip mata cahaya biru yang terang benderang memenuhi makmal tersebut. Perakam meter resonance yang dipasangkan oleh Poly dan Jane itupun mulai membaca ukuran tindakbalas resonance yang tinggi. Kemudian satu jalur cahaya pun keluar dari kristal yang berada di tengah – tengah Xyver tersebut. Jalur cahaya itu mengenai luka di atas perut hamster tersebut. Suatu keajaiban pun berlaku! Luka di atas perut hamster itu mulai sembuh dengan sendiri. Lukanya mulai terkatup semula malahan, bulu – bulu hamster itu yang dicukur pun mulai tumbuh dengan kadar yang cepat. Dalam beberapa saat, luka di atas perut hamster itu pun sembuh sepenuhnya. Hamster itu pun bangun dari tidurnya seolah – olah tidak ada apa – apa yang berlaku. Xyver yang berada di dalam tangan Rayz itu pun tidak bercahaya lagi. Apa yang berlaku itu sama dengan apa yang berlaku kepada Colline. Hadirin yang berada di dalam makmal itu semuanya berdiri dan melihat kejadian itu dengan rasa takjub yang teramat sangat! Apa yang berlaku sebentar tadi adalah di luar definisi sains dan logik. Makmal itu mulai bising dengan suara hadirin yang berbincang sesama sendiri. Mereka mulai tertanya – tanya siapakah diri Rayz ini sehingga dia mampu melakukan itu semua.

Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline. Colline membalas pandangannya itu. “Thank you,” kata Colline lembut. Rayz tersenyum dan mengangguk sahaja. Imej yang muncul di dalam fikirannya sebentar tadi muncul semula. Kali ini ianya nampak lebih jelas. Rayz dapat melihat imej sebuah piramid dengan 4 tiang yang amat tinggi kemudian imej itu pun hilang semula. Rayz jatuh terduduk kerana berasa kepalanya benar – benar sakit. Kesemua hadirin yang tadinya bising itu terus sahaja diam melihat keadaan Rayz. Colline berlari mendapatkan Rayz. “Rayz tak apa – apa!?” tanya Colline berasa agak cemas. Lab assistants yang berdiri di tepi pentas pun datang dengan peralatan kecemasan. Wajah Rayz agak pucat seolah – olah baru sahaja keluar dari hospital. “I am okay. Don’t worry, I just felt a little woozy thats all,” jawab Rayz. Dia tidak memberitahu Colline apa yang dialaminya sebentar tadi. Poly dan Jane berasa agak bimbang dengan keadaan Rayz itu begitu juga dengan Colline.

Danny datang mendekati mereka. “Apa yang berlaku ni? Kenapa kamu belum lagi bersedia dengan eksperimen yang kedua?” kata Danny dengan tenang. Air mukanya langsung tidak menunjukkan yang dia mengambil berat dengan keadaan Rayz.

“We need a little more time. There’s something wrong with Rayz. Rayz tidak berapa sihat,” Colline memberitahu keadaan Rayz kepada Danny.

“No, I’m okay Colline. Kita teruskan dengan eksperimen yang kedua,” kata Rayz pula dan berdiri dengan payah. Colline membantunya bangun. Danny melihat keadaan itu dengan perasaan meluat. Dia berpendapat Rayz sengaja membuat – buat perkara itu supaya Colline akan mengambil berat dengan dirinya. Kalau diikutkan hatinya, dia ingin sangat menumbuk muka Rayz itu!

“Rayz kata dia okey. Lekas mulakan eksperimen yang kedua!” arah Danny, kali ini suaranya agak keras.

“Tidak. Kita berehat dahulu. Keadaan Rayz tidak berapa baik. Colline tak ingin memaksa dia!” pinta Colline lagi. Danny mulai tertekan dengan keadaan tersebut. Poly dan Jane juga sedar akan perubahan wajah Danny itu. Mereka tahu kalau tiada siapa yang akan mengalah, dua pasangan ini akan bergaduh semula! Mungkin jauh lebih teruk dari biasa!

“Colline sendiri yang mahukan eksperimen ini! Kenapa Colline nak tangguh – tangguhkannya pula!? Need I remind you that this is an official ISRC experiment and there are top brass people here watching!?”

“Of course I know that Danny! But I was the one who invited Rayz for this experiment and I will not let anything happen to him!”

Kedua pasangan itu mulai bertekak. Keadaan menjadi agak membingungkan sehingga para hadirin di situ mulai berbisik – bisik di antara satu sama lain. Poly dan Jane hanya mampu melihat mereka bertelagah sesama sendiri. Manakala Rayz pula berasa kepalanya semakin berat seolah – olah ianya dipenuhi batu – batan.

“I will not have another fight with you Colline! Now do your experiment before you ruin my career!” Danny mulai hilang kesabarannya. Keenganan Colline untuk meneruskan eksperimen itu benar – benar membuatnya naik angin.

“Your career!? Is that all that you can think of Danny Dexter!!” balas Colline dengan suara yang agak tinggi. Colline juga mulai hilang sabar dengan paksaan Danny itu.



Tiba – tiba Rayz berdiri dan memegang bahu Danny dan Colline. Dia meminta mereka berhenti bertengkar. “Danny, I will do the experiment, that’s my word,” kata Rayz kepada Danny. Danny mendengus dan mengalihkan tangan Rayz dari bahunya lalu dia pun kembali ke tempat duduknya semula. Kelakuan Danny itu benar – benar membuat Colline sakit hati. Dia tak sangka Danny mementingkan hasil eksperimen itu daripada keselamatan Rayz.

“Is something wrong Chief Director?” tanya Madam Paloma kepada Danny.

“No. Everything is under control Health Minister,” jawab Danny. Dia masih lagi berang dengan kejadian tadi.

“Colline, mari kita teruskan eksperimen ini. Rayz masih boleh bertahan, betul ni,” Rayz meyakinkan Colline.

Colline tersentuh dengan keputusan Rayz itu. “Tapi Colline tak mahu apa – apa jadi dengan Rayz. Mungkin kita patut berehat dahulu, Rayz tak sihat ni,” Colline memujuk Rayz semula.

“Rayz okey, jangan bimbang, kita teruskan saja...” Rayz tetap berkeras untuk meneruskan eksperimen tersebut walaupun wajahnya kelihatan pucat.

Akhirnya Colline akur dengan keputusan Rayz itu. Dia berjalan semula ke podium dan menyambung ucapannya. “Saya ingin memohon maaf di atas masalah yang berlaku sebentar tadi. Encik Rayz tidak berapa sihat. Tapi dia okey sekarang dan kita boleh jalankan eksperimen yang kedua. Untuk eksperimen kita yang kedua ini, kita akan menyaksikan bagaimana Xyver berfungsi sebagai senjata. Lab assistants saya akan menyediakan dinding Titanium setebal lima kaki. Kita akan menyaksikan Berapakah daya kekuatan tembakan Xyver ini.” Lima orang Lab assistants pun membawa masuk sebuah dinding Titanium setebal lima kaki ke atas pentas tersebut. Colline pun mempersilakan Rayz untuk meneruskan eksperimen yang ke dua.

Rayz mengangguk dan mengacukan Xyver itu ke arah dinding Titanium tersebut. Cahaya berwarna biru mulai berkumpul di hujung Xyver itu. Cahaya itu mulai memadat dan Xyver juga mulai mengeluarkan bunyi berdengung. Selepas beberapa saat, cahaya yang tertumpu di hujung Xyver itu bertukar menjadi sebiji sfera kecil sebesar bola baseball. Kemudian, Xyver itu pun memuntahkan peluru tenaga itu ke arah dinding Titanium tersebut. PANG!! Letupan yang kecil pun berlaku sewaktu peluru tenaga itu menembusi dinding Titanium itu. Kesemua hadirin menutup telinga mereka tatkala mendengar letupan yang membingitkan itu. Lubang di atas dinding Titanium itu berasap dan kelihatan amat panas. Malahan, dinding setebal 5 kaki itu berubah menjadi merah. Ini menunjukkan betapa kuatnya kuasa peluru tenaga yang dilepaskan oleh Xyver. Rayz berdiri di depan dinding Titanium itu sambil menggengam Xyver dengan erat di tangan kanannya. Dia perasan sesuatu yang menakjubkan. Walaupun peluru tenaga itu telah menembusi dinding Titanium tersebut, ianya tidak terus menembusi dinding makmal bio-kimia itu. Seolah – olah Xyver hanya akan menghancurkan objek yang dikehendakinya. Persoalan mulai timbul semula di dalam fikiran Rayz. Siapakah dirinya yang sebenarnya? Mengapa Xyver bereaksi sedemikian rupa terhadap dirinya dan bukannya orang lain?

Kehebatan kuasa Xyver itu menarik perhatian Jeneral Razak. Dia kelihatan mengukir senyuman yang misteri. Dia memanggil Leftenan Payed datang ke arahnya. Leftenan Payed yang berdiri tidak berapa jauh dari tempat duduknya itu pun datang menuju ke arahnya. Jeneral Razak membisikkan sesuatu di telinga Leftenan Payed. Leftenan Payed pun mengangguk lalu pergi meninggalkan makmal tersebut. Apakah yang dirancangkan oleh Jeneral Razak ini?

“Para hadirin sekalian, anda telah melihat dua eksperimen yang telah dijalankan terhadap objek yang bernama Xyver ini. Terdapat satu kesimpulan yang boleh kita buat dari eksperimen ini. Xyver ini mempunyai dwi – sifat. Yang pertama, ianya mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyembuhkan luka dan juga kesakitan. Mungkinkah objek ini mampu menjadi penawar kepada semua penyakit di dunia ini? Kajian yang lebih mendalam akan dijalankan untuk mengesahkan teori ini. Sifat Xyver yang kedua, walaupun ia mempunyai kuasa penyembuhan, ianya juga boleh bertukar menjadi senjata yang mempunyai kuasa destruktif yang amat kuat. Mengapa objek ini memiliki dua sifat yang berbeza, we are still unsure. Satu yang kita boleh pasti, kita boleh gunakan Xyver ini untuk kebaikan umat manusia!.” Selesai sahaja Colline memberikan ucapannya, kesemua hadirin yang hadir pun memberikan tepukan yang amat gemuruh. Mereka benar – benar kagum dengan penemuan Colline itu. Colline tersenyum puas dengan hasil eksperiman malam itu. Colline mengalihkan pandangannya kepada Rayz yang masih lagi berdiri di atas pentas. Rayz kelihatan muram. Matanya memandang tajam Xyver yang ada di dalam genggamannya. Colline berasa hairan dengan kelakuan Rayz itu.

Danny pun berdiri dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke podium di mana Colline sedang berdiri. Dia memegang kedua – dua bahu Colline dan mengucup pipinya. “Congratulations Colline, your experiment is a success! I am proud of you,” ucap Danny kepada tunangnya.

“Semuanya kerana kerjasama yang diberikan oleh Rayz. I think you should thank him instead. After all, we could have never done this experiment without his help,” kata Colline dengan air muka yang serius. Colline masih lagi berasa terkilan dengan kelakuan Danny tadi.

Danny memandang ke arah Rayz kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Colline semula. “Of course,” balasnya ringkas. Dia pun berjalan menghampiri Rayz yang masih lagi memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.

“Encik Rayz, saya bagi pihak ISRC mengucapkan berbanyak terima – kasih di atas kerjasama yang Encik Rayz berikan. Maafkan saya juga seandainya saya bersikap kurang sopan dengan Encik Rayz,” kata Danny sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Apakah yang tersirat di dalam hati Danny waktu itu, tiada siapa yang tahu.

“Tak payah berencik – encik dengan saya Encik Danny, panggil saya Rayz sahaja. Saya berbangga dapat menolong penyelidikan ISRC. Sekurang – kurangnya saya dapat membalas budi baik Encik Danny dan Colline kerana membenarkan saya datang dan tinggal di ISRC,” balas Rayz dan menyambut tangan Danny itu.

“Rayz pun tak payah berencik – encik dengan saya. Panggil Danny sahaja. I’m glad that you say that.”

“The pleasure is all mine Danny.”

Colline memerhatikan kedua – dua lelaki tersebut. Dia berasa gembira kerana Danny tidak lagi bersikap dingin dengan Rayz. Poly mendekati Colline yang masih lagi berdiri di sebelah podium itu. “Colline nak teruskan sesi yang seterusnya?” tanya Poly. Colline memegang bahunya dan tersenyum. “Kita akan berehat sebentar kemudian baru kita teruskan sesi yang seterusnya,” jawab Colline. Poly mengangguk dan mengumumkan sesi yang seterusnya akan disambung selepas satu jam. Setiausaha Colline, Gabriella pun mempersilakan tetamu – tetamu kehormat ISRC itu untuk menjamu selera di tingkat 50, iaitu di ruang berehat Chief Director ISRC.

*********************************************************************************

Tingkat 50, Ruang Berehat....

Tetamu kehormat ISRC itu sedang menjamu selera mereka yang disediakan oleh hotel bertaraf lima bintang. Ketiga – tiga tetamu kehormat dan juga Danny sedang duduk dan makan di sebuah meja bulat di mana bahagian tengahnya boleh berputar. Di tengah – tengah meja itu terdapat bermacam – macam jenis lauk yang kelihatan amat menyelerakan. Terdapat beberapa petugas hotel sedang berdiri di belakang setiap orang kenamaan tersebut. Mereka semuanya berpakaian hitam dan putih. Tabir dinding kaca di ruang berehat itu dibuka supaya pelawat – pelawat tersebut dapat melihat keindahan Metropolis Kinabalu pada waktu malam. Keindahan malam itu diserikan lagi dengan iringan musik piano yang dimainkan oleh pemain piano yang terkenal.



“Apakah rancangan pihak ISRC Cawangan Sabah dengan objek tersebut selepas ini?” Profesor Modin menyuarakan soalannya kepada Danny.

“Seperti yang dikatakan oleh Profesor Colline sebentar tadi, kajian yang mendalam masih lagi dijalankan untuk memahami asal – usul dan kegunaan sebenar Xyver tersebut,” Danny menjawab soalan Profesor Modin itu dengan sopan.

“I see. Saya ada satu soalan lagi. Adakah objek itu telah cuba digunakan pada badan manusia? Mungkin objek tersebut berkesan dengan binatang tetapi ia mungkin memudaratkan manusia.”

“I see your point Professor. But I do think that the object will affect humans the same way they affected the hamster.”

“Are you very certain Chief Director? One mishap may dent your credibility as the Chief Director of ISRC Sabah Department...” kata Profesor Modin dengan sinis.

Danny faham akan maksud Profesor Modin itu. Dia menghirup champagne nya dan meminta petugas hotel di belakangnya untuk mengisi gelasnya lagi. “I think what you really want to say Professor is this, ada lebih baik jika objek tersebut diletakkan di bawah jagaan Pusat Sains GDTF supaya kerjaya saya tidak akan terjejas. Betul kan?”

“I am very impressed Chief Director. You are very sharp although you are still young,” puji Profesor Modin.

“I will take that as a compliment,” balas Danny sambil tersenyum. “Pihak ISRC tidak akan menyerahkan sebarang kajian kepada pihak militari tanpa ada apa – apa arahan khas daripada pihak atasan. Saya rasa Profesor Modin pun faham dengan prosedur ISRC kan?”

Profesor Modin tidak menjawab kata – kata Danny itu. Sekali lagi Danny telah membuatkannya mati akal dengan kata – katanya yang tajam lagi bijaksana. Dia pun meneguk champagne nya sehingga habis.

“Bagaimana jika pihak militari berjaya mendapatkan arahan khas tersebut dari ISRC Induk di US? Sudah tentu kamu akan meyerahkannya kepada GDTF tidak begitu Chief Director? “ celah Jeneral Razak yang tadinya mendiamkan diri.

“Sudah tentu Tuan Jeneral. Tetapi saya berharap Tuan Jeneral akan memberikan masa bagi pihak kami untuk mengkaji objek itu lebih lanjut. Saya juga amat pasti Tuan Jeneral yang arif dan bijaksana tidak akan menolak kan?” balas Danny pula.

“Of course!” jawab Jeneral Razak ringkas. Kemudian dia pun ketawa terbahak – bahak dengan gembiranya. Dia berasa amat kagum dengan kepandaian Danny berkata – kata.

“Kenapa pula Tuan Jeneral berminat dengan objek tersebut? Boleh saya tahu Tuan Jeneral?” giliran Madam Paloma pula yang bertanya kepada Jeneral Razak.

“Kenapa? Sudah tentu untuk kebaikan rakyat negeri Sabah! Kalau kita dapat membongkar rahsia objek tersebut, kita akan dapat mencipta senjata yang baru untuk menewaskan kesemua makhluk asing itu.”

“Memang betul cakap Jeneral Razak itu,” sokong Profesor Modin.

“Pada pendapat saya, Xyver itu lebih praktikal digunakan sebagai medium rawatan. Bayangkan kalau kita boleh menyembuhkan penyakit seperti Cancer, HIV malahan Ebola. Sudah tentunya ini akan menguntungkan rakyat negeri Sabah, malahan seluruh dunia daripada kita menggunakannya sebagai senjata,” balas Madam Paloma.

“Apa gunanya semua itu kalau dunia kita ini ditakluki oleh makhluk asing? What’s the use of being cured from Ebola if you are slaughtered by those aliens afterwards? In this era Health Minister, what you really need is a gun to protect yourself and not a needle or aspirin,” Jeneral Razak seolah – olah mengejek Madam Paloma. Madam Paloma berasa tersinggung dengan kata – kata Jeneral Razak itu.

“Do you have a son General?” tanya Madam Paloma pula.

“Yes. My boy will be 17 this year,” jawab Jeneral Razak ringkas.

“Tell me General, What if your son were to contract cancer? Can your gun cure your dying son?”

“Watch your mouth woman!!” bentak Jeneral Razak sambil menghempapkan tangannya di atas meja. Meja makan itu bergegar dengan kuat sehingga beberapa pinggan lauk tumpah di atas meja. Dia betul – betul marah mendengar kata – kata Madam Paloma itu.

“Ladies, Gentleman. Please don’t fight over such trifle things. Ini akan merosakkan selera makan kita semua,” kata Danny meminta Madam Paloma dan Jeneral Razak untuk tidak bergaduh. Kemudian dia mengarahkan pekerja – pekerja hotel itu menukar pinggan lauk yang tumpah itu dengan yang baru.

Jeneral Razak mendengus dengan kuat sekali. Pandangannya tajam melihat wajah Madam Paloma. Madam Paloma cuma mengukir senyuman yang puas melihat gelagat Jeneral Razak itu.
Danny mengelengkan kepalanya melihat kelakuan orang – orang tua tersebut.

*********************************************************************************

Bilik 2711, Apartment Rayz di ISRC...

Rayz baru sahaja kembali dari makmal bio-kimia no.8 selepas memberikan Xyver kepada Poly. Sakit kepalanya masih lagi belum berkurangan. Dia baru sahaja menelan dua biji pain killer sebentar tadi namun kesakitan kepalanya tidak juga berkurangan. Dia pun berbaring sebentar di atas katilnya untuk meredakan kesakitan yang sedang dialaminya.

Tiba – tiba pintu bilik Rayz diketuk dari luar. “Siapa?” tanya Rayz. “Ini Colline. Boleh Colline masuk?” kata suara di sebalik pintu tersebut. Rayz pun menuju ke pintu apartmentnya dan membuka kunci pintu tersebut. Colline sedang berdiri di depannya dengan membawa sebuah bekas makanan. Rayz pun mempersilakan Colline masuk ke dalam apartmentnya.

“Rayz dah makan? Ini Colline ada membawa sedikit makanan untuk Rayz,” kata Colline sambil memberikan bekas makanan tersebut kepada Rayz.

“Thank you very much,” balas Rayz dan menyambut bekas makanan tersebut lalu meletakkannya di atas meja. Dia cuba tersenyum tetapi, kesakitan kepalanya itu menghalangnya dari berbuat sedemikian.

“Rayz okey? Wajah Rayz masih lagi pucat.”

“Rayz tak apa – apa, pening sikit aja ni. Colline tak perlu bimbang. Oh ya, jam berapa sesi seterusnya bermula?”

“Ada 15 minit lagi. Tapi Colline rasa, Rayz tak perlulah berada di situ kalau Rayz memang tak sihat.”



“Rayz dah makan ubat tadi. Lepas ni, baiklah tu,” kata Rayz cuba meyakinkan Colline yang dia tak apa – apa.

“Emm. Kalau Rayz kata begitu, Colline jumpa Rayz di makmal nanti. Makan dulu tau, nanti sakit tu tak berkurangan pula,” Colline pun meminta izin untuk kembali ke makmal semula. Rayz mengangguk dan berkata,”I’ll be there”. Colline tersenyum kepadanya dan keluar dari bilik Rayz. Rayz memegang dahinya. Terasa seluruh urat dalam kepalanya berdenyut – denyut. “Kenapa dengan saya hari ini?” tanyanya pada diri sendiri.

*********************************************************************************

Makmal Bio-Kimia No.8...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.00 malam. Para hadirin yang berehat sebentar tadi mulai berpusu – pusu masuk ke dalam makmal semula. Sesi yang seterusnya ialah sesi soal – jawab di antara Colline dan para hadirin di situ. Danny dan tetamu kehormat yang lain sudahpun berada di tempat duduk mereka masing – masing. Manakala Colline pula sedang membantu Poly dan Jane yang sedang menutup semula balang kaca tempat Xyver itu disimpan.

Rayz baru sahaja masuk ke dalam makmal tersebut. Sakit kepalanya tadi masih lagi belum berkurangan. Dia pun berjalan menuju ke tempat duduknya. Selesai sahaja dengan urusan mereka, Poly dan Jane pun pergi ke tempat duduk mereka masing – masing.

“Kenapa Rayz ada di sini? Kan Colline suruh Rayz berehat tadi?” tanya Poly melihat Rayz berada di makmal itu semula.

“Tak apa. Rayz pun ingin menonton sesi soal – jawab ini,” jawab Rayz ringkas.

Colline sudah pun berdiri di atas podium itu semula. Dia pun memberitahu semua hadirin bahawa acara seterusnya ialah sesi soal – jawab. Semua yang hadir boleh mengemukakan soalan kepadanya dan soalan itu mestilah berkaitan dengan Xyver ataupun eksperimen tadi.

“Siapakah Encik Rayz Silman yang sebenarnya? Mengapa dia boleh mengaktifkan Xyver tersebut?” seorang profesor wanita yang agak berumur mengangkat tangan dan bertanya soalan tersebut.

“Seperti yang anda lihat, teori yang saya kemukakan sebentar tadi telah pun dibuktikan. Xyver ini cuma akan bereaksi terhadap Encik Rayz. Persoalan mengenai siapakah dan mengapa hanya Encik Rayz sahaja yang boleh mengaktifkan objek ini masih lagi misteri kepada pasukan saintis kami. Tapi kami juga berharap rahsia ini akan dapat dibongkarkan sedikit masa lagi,” jawab Colline.

Profesor wanita itu mengangguk tanda bersetuju dengan kata – kata Colline itu. Dia pun duduk semula. “Ada soalan yang lain?” tanya Colline kepada hadirin tersebut. Leftenan Payed yang berdiri di belakang Jeneral Razak mengangkat tangannya. “Ya, apa soalan anda Leftenan?”

“Pada pendapat Profesor, adakah Xyver ini ada kaitan dengan serangan makhluk asing di Kudat tempoh hari?” tanya Leftenan Payed.

“Pada pendapat saya, kewujudan Xyver ini memang ada kaitan dengan kewujudan makhluk asing di Kudat tempoh hari. Tapi pihak ISRC masih lagi dalam peringkat penyiasatan samada teori tersebut betul ataupun tidak.”

“Jadi maksud Profesor, Xyver ini akan menarik perhatian makhluk asing ke arahnya? Bukankah itu membahayakan negeri Sabah?”

Colline terkejut mendengar soalan Leftenan Payed itu. Hadirin yang mendengar soalan Leftenan Payed itu mulai berasa takut dan cemas. Seandainya itu betul, makhluk asing akan datang mencari Xyver tersebut dan sesiapa yang berada di sekelilingnya pasti akan terbunuh. Kejadian ngeri di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari mulai bermain di mata setiap hadirin berkenaan. Jeneral Razak sekadar tersenyum melihat reaksi Colline itu. “Cuba jawab soalan itu pula!” getus hatinya.

Colline membetulkan rambutnya. Dia menarik nafas dan bersedia menjawab soalan tersebut sebaik yang mungkin. “Apa yang Leftenan katakan tadi memang masuk akal. Pihak ISRC memang ada mempertimbangkan kemungkinan tersebut tapi kita kena mengambil kira satu perkara.”

“Apakah perkara itu?” tanya Leftenan Payed lagi.

“12 hari telah pun berlalu semenjak serangan makhluk asing tersebut. Dan setakat ini itu ialah serangan yang pertama. Tiada serangan yang lain telah dilaporkan dalam jangka masa tersebut. Jadi kita masih belum boleh membuat sebarang kesimpulan bahawa Xyver ini memang menarik perhatian makhluk asing tersebut,” terang Colline.

“Bagaimana pula dengan laporan berita mengenai kapal nelayan yang telah diserang oleh suatu makhluk yang tidak dikenal pasti di perairan berdekatan dengan Bandar Raya Tawau?”

“Kita tak boleh menerima berita itu bulat – bulat. Ada kemungkinan apa yang dilaporkan itu hanyalah cerita yang dibuat – buat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.”

“Tetapi kita tak boleh nafikan kemungkinan itu!”

“Itu saya faham. Mengapa Leftenan tidak mempertimbangkan kemungkinan kapal mereka karam kerana terlanggar terumbu karang pada waktu malam? Perairan yang dikatakan itu memang agak cetek. Kemungkinan mereka tersilap mengemudi kapal dan menuju ke arah perairan yang cetek lalu terlanggar terumbu karang tersebut. Tambahan pula, mungkin mereka mencipta cerita tersebut untuk mengelirukan pihak berkuasa negeri Sabah. Kita harus ingat mereka itu bukannya rakyat negeri ini,” penerangan Colline itu dibuatnya dengan tenang dan teratur.

Leftenan Payed akhirnya akur dengan penerangan Colline dan mendiamkan dirinya. Jeneral Razak berasa marah dengan kejadian itu. Dia pun berdiri dari tempat duduknya dan terus meninggalkan makmal itu diikuti oleh Profesor Modin dan Leftenan Payed. Danny dan Madam Paloma tersenyum melihat kejadian itu.

“Ada soalan yang lain?” Colline bertanya hadirin semula.

Rayz yang sedang duduk tiba – tiba berasa kepalanya bertambah sakit. Dia pun memegang kepalanya dengan kedua – dua belah tangannya. Kemudian satu imej muncul lagi di dalam fikirannya. Kali ini imej itu amat jelas dan terang. Rayz dapat melihat lembaga berbentuk manusia yang berpakaian zirah berwarna perak di seluruh badannya. Lembaga itu memakai topeng yang juga berwarna perak. Matanya yang bujur dan bulat bersinar – sinar dengan cahaya kuning keemasan yang menyilaukan. Di pergelangan tangan kanannya ialah Xyver. Lembaga itu sedang berdiri dengan gagah di hadapan sebuah piramid yang mempunyai empat tiang yang amat tinggi disetiap bucunya. Kemudian suara yang selalu muncul di dalam kepalanya berbunyi semula, “DUNAMIST, THE TIME HAS COME FOR YOU TO KNOW ABOUT YOUR LEGACY”.

Serentak itu juga lampu – lampu di dalam makmal itu mulai berkelip – kelip seolah – olah berlakunya gangguan bekalan elektrik. Hadirin yang berada disitu pun mulai bising kerana hairan dengan fenomena itu. Poly dan Jane mendekati Colline yang masih berdiri di podium. “What is happening?” tanya Poly kepada Colline. “I...don’t know,” jawab Colline. Tiba – tiba satu – persatu lampu kalimantang di dalam bilik makmal itu meletup dan pecah. Bunyi letupannya juga nyaring dan lain sekali! Danny sempat berlari menuju ke arah Colline dan memeluknya. Dia membuka kotnya dan meletakannya di atas kepala Colline untuk melindunginya dari serpihan lampu tersebut. “Semua orang tunduk! Lindungi kepala kamu!” teriak Danny, mengarahkan kesemua yang berada di dalam bilik makmal itu tunduk dan melindungi kepala mereka dengan tangan mereka. Keadaan di dalam bilik makmal itu gelap gelita. Tiada seorang pun yang berani bersuara mahupun bernafas.

Tiba – tiba bilik itu menjadi terang benderang dengan cahaya berwarna kuning keemasan. Cahaya itu datangnya daripada Xyver yang berada di dalam balang kaca tersebut. Ianya juga mulai berdengung seperti tadi. Semua yang berada di situ pun berdiri dan memerhatikan Xyver yang sedang bersinar itu. Rayz yang tadi memegang kepalanya berasa kesakitan kepalanya tadi hilang sama sekali. Dia menumpukan matanya ke arah Xyver yang sedang bersinar itu. “GO AND TOUCH THE XYVER, DUNAMIST,” suara dalam fikiran Rayz itu memintanya menyentuh Xyver semula. Tanpa disedari oleh Rayz, dia pun mulai berjalan ke arah Xyver yang sedang bersinar itu. Badannya seolah – olah bukan berada didalam kawalannya. Dia pun berjalan menuju ke arah Xyver dengan matanya yang terbeliak besar. Kemudian dia pun berhenti di hadapan balang kaca itu.

Kelakuan pelik Rayz itu disedari oleh Colline. Dia pun bingkas bangun dan bergegas menuju ke arah Rayz. Setibanya di situ, dia pun memegang bahu Rayz dan bertanya kenapa dengan diri Rayz. “Kenapa dengan Rayz ni, Rayz okey ke?” tanya Colline kerana berasa risau dengan kelakuan pelik Rayz itu. Rayz tidak menjawab, matanya masih menatap Xyver dengan tajam.

“Rayz? Kenapa ni?” tanya Colline lagi sambil menggoyang – goyangkan bahu Rayz.

“I must... touch... the... Xyver...” balas Rayz dengan tersekat – sekat.

Melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan diri Rayz, Danny juga pergi menghampirinya. “What’s the meaning of this? What are you doing Rayz!” kata Danny meminta penjelasan dari Rayz mengapa keadaan ini berlaku. Dia berpendapat apa yang berlaku di dalam makmal itu adalah perbuatan Rayz.

“Its... not... me... please... get... away... from... me...!” Rayz cuba sedaya – upaya menyuruh mereka berdua menjauhkan diri mereka daripadanya. Ada suatu kuasa yang sedang mengawal dirinya. Dia dapat merasa seluruh jiwanya sedang ditakluki kuasa yang aneh itu!

“What do you mean Rayz? Kenapa kami harus menjauhi Rayz? Apa yang sedang berlaku pada Rayz ni?” Colline masih lagi memegang bahu Rayz. Apa yang berlaku itu membuatkan Danny benar – benar sakit hati.

Tiba – tiba makmal itu mulai bergegar dengan kuat seolah – olah dilanda gempa bumi. Hadirin yang berada di dalam makmal itu mulai panik. Ada yang berasa terlalu takut dan terus sahaja berlari menuju ke pintu keluar makmal. Keadaan di dalam bertambah mencemaskan apabila dinding makmal itu mulai merekah kerana gegaran tersebut. Danny mengarahkan Jane yang berada tidak jauh darinya untuk meninggalkan makmal itu secepat yang mungkin. Dia juga memintanya untuk mennghubungi unit Bio – Hazard yang bertugas pada waktu itu.

Rayz tetap memakukan dirinya di hadapan Xyver seolah – olah tiada apa yang berlaku. Colline yang berada disisinya enggan melepaskan pegangan tangannya dari lengan Rayz. Kelakuan Colline itu semakin membuat Danny berasa sakit hati. Dia pun menghampiri Rayz dan mencengkam kolar baju Rayz. “Hentikan apa yang kau lakukan sekarang Rayz!” bentak Danny.

“Apa yang Danny buat ni! Get your hands off him! Danny tak nampakkah ada sesuatu yang tak kena dengan Rayz!” Colline cuba meleraikan cengkaman tangan Danny itu dari kolar Rayz.

“Colline tak nampakkah!? Apa yang berlaku ni semuanya sebab Rayz! Kalau kita tak hentikan dia sekarang, bangunan ISRC ini akan runtuh!”

Siling makmal itu mulai merekah dan simen – simen di siling itu juga mulai jatuh ke bawah. Poly berlari menuju ke arah Colline sambil membawa beberapa buah payung. Dia memberikan payung tersebut kepada Colline dan Danny. “Colline, apa yang patut kita buat sekarang!” katanya cemas.

“Kita kena hentikan apa yang berlaku sekarang juga, tapi Colline tak tahu apa yang nak dilakukan...” jawab Colline semakin bingung dengan keadaan tersebut.

“Hanya ada satu cara sahaja, kita pengsankan dia!” kata Danny dengan marah.

Danny tidak dapat bersabar lagi. Dia pun melepaskan tumbukan ke arah perut Rayz dengan tujuan untuk membuatnya jatuh pengsan. Colline cuba menghalangnya tetapi tangan Danny itu lebih pantas darinya! Beberapa saat sebelum tangan Danny itu menyentuhi perut Rayz, tangannya itu terhenti mendadak. Rayz telah menangkap tangan Danny itu dengan tangan kirinya dengan kecepatan yang luar biasa! “Do not interfere human...” kata Rayz. Suaranya tampak berlainan dari biasa. Danny cuba menarik tangannya dari genggaman Rayz itu tetapi tidak berjaya. Genggaman Rayz itu terlalu kuat!

“Let me go!!” Danny membentak dengan kuat sekali. Rayz tidak mengendahkannya. Matanya masih lagi tertumpu kepada Xyver. Colline segera berdiri di hadapan Rayz dan memujuknya melepaskan tangan Danny. “Rayz, jangan buat begini! Lepaskan Danny sekarang juga!” pujuknya. Rayz tidak menoleh ke arah Colline. Dia pun mengangkat Danny dengan sebelah tangannya lalu menghumbankannya jauh ke belakang. “Arghh!” Danny mengerang tatkala dia terjatuh di atas lantai marmar makmal itu. Colline tidak menyangka Rayz akan berbuat sedemikian, dia pun mendapatkan Danny yang sedang terduduk itu sambil diikuti oleh Poly yang sedang berpayung. “Budak sial!” marah Danny dan cuba berdiri untuk menumbuk Rayz lagi. Tetapi Colline menghalangnya dari berbuat sedemikian.

“The time has come!” kata Rayz dengan suara yang amat berlainan dari suaranya. Dia pun menekapkan tapak tangannya di atas balang kaca itu. Balang kaca setebal 2 inci yang mengurung Xyver itu meretak serta – merta dan kemudian meletup dalam satu dentuman yang memekakkan. Danny memeluk Colline tatkala balang kaca itu meletup. Beberapa serpihan kaca mengenai belakangnya. Poly pula sempat menutup mukanya dengan payung yang dipegangnya tadi. “Thanks Danny, but because of me you are...” Colline berasa kesal kerana Danny telah cedera melindunginya dari bahaya. “Its okay, right now, we have to stop that guy,” balas Danny sambil tersenyum. Belakangnya terasa amat pedih terkena serpihan kaca tersebut. Mereka bertiga pun mengalihkan pandangan mereka ke arah Rayz.

Rayz pun menyentuh kristal berwarna biru yang berada di tengah – tengah Xyver itu dengan jari telunjuk kanannya. Sebaik sahaja jarinya menyentuh kristal biru itu, gegaran yang berlaku sebentar tadi pun hilang. Danny, Colline dan Poly berpandangan sesama sendiri apabila menyedari gegaran itu tiba – tiba berhenti. Tiba – tiba suatu kejadian yang amat menakjubkan telah berlaku di dalam makmal tersebut. Beribu – ribu tulisan kuno berwarna keemasan kelihatan terpancar di atas dinding makmal tersebut! Tulisan itu datangnya dari Xyver. “Unbelieveable...” kata Colline tatkala menyaksikan kejadian tersebut.

Jane pun masuk ke dalam makmal dengan beberapa anggota B.H.U. Dia pun segera pergi mendapatkan Danny, Colline dan Poly. Dia sempat melihat tulisan yang terpancar di atas dinding makmal tersebut. “Apa yang berlaku ni?” tanyanya kepada Poly yang masih lagi ternganga melihat fenomena tersebut. “I have... no idea...” jawab Poly.

“Sir! We’re here, What do you want us to do?” kata kapten B.H.U itu kepada Danny. Danny membersihkan bajunya sambil menahan kesakitan luka dibelakangnya. “I want you to seize that man! Use any means neccessary, he’s dangerous,” perintah Danny kepada Kapten B.H.U itu dan menundingkan jarinya kepada Rayz yang masih lagi terpaku di depan Xyver. “Yes Sir!” sahut kapten B.H.U itu. “Wait!” Colline tiba – tiba menghalang anggota – anggota B.H.U itu dari menghampiri Rayz. “Danny, biar Colline bercakap dengan dia dulu...” pinta Colline daripada Danny. Danny melihat wajah tunangnya itu penuh dengan harapan. Lalu dia pun akur dan membenarkan Colline bercakap dengan Rayz. “I’ll go with you,” kata Danny sambil memerintahkan anggota – anggota B.H.U itu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Rayz? Are you okay?” tanya Colline sebaik sahaja dia berdiri berdekatan dengan Rayz.

Rayz memalingkan mukanya kepada Colline. Colline terperanjat melihat wajah Rayz itu! Warna mata Rayz yang tadinya hitam telah menjadi biru keputih – putihan, dan terdapat tatu berbentuk X di atas wajahnya. Hatinya tertanya – tanya apakah yang berlaku kepada diri Rayz apabila dia menyentuh kristal tersebut?

“The one you call Rayz is sleeping,” jawab Rayz dengan suara yang bukan suaranya.
[Orang yang kamu panggil Rayz itu sedang tidur]

“Who are you?” tanya Colline.
[Siapakah kamu?]

“I am the God of the Samarian. I am the Spirit that resided within the Xyver,” jawab Rayz lagi.
[Aku adalah Dewa bagi Kaum Samarian. Aku adalah Roh yang wujud di dalam Xyver]

“What did you do to Rayz! Is he alright!”
[Apa yang kamu dah lakukan kepada Rayz! Adakah dia tidak apa – apa!]

“Do not worry about the Dunamist. He is well.”
[Jangan bimbang dengan keadaan Dunamist itu. Dia baik sahaja]

“Dunamist? You mean Rayz?”
[Dunamist? Maksud kamu, Rayz?]

“Yes. ‘The One Who Is Most Worthy’...That is the Dunamist.”
[Ya.’Orang Yang Paling Layak... Itulah maksudnya Dunamist]

Danny menghampiri Colline. Dia memandang Rayz dengan perasaan hairan. Mungkinkah Rayz ini sekadar berpura – pura? Tapi, bagaimana dengan kekuatan yang ditonjolkannya tadi? Mustahil seorang manusia mempunyai kekuatan yang sedemikian rupa. “Colline rasa, dia berbohong?” tanya Danny kepada Colline, ingin mendengar pendapatnya. “Colline rasa, tidak...” jawab Colline ringkas.

“Forgive me for causing you pain and trouble. The release of my perpetual energy is beyond my control,” kata Spirit of The Xyver kepada Danny.
[Maafkan saya kerana mendatangkan kesakitan dan masalah kepada anda. Pelepasan tenaga saya adalah sukar untuk dikawal]

“Tell me, Why do you call Rayz the Dunamist?” celah Colline.
[Beritahu saya, mengapa kamu menggelar Rayz sebagai Dunamist?]

“That man, he is the inheritor of the Xyver and its rightful owner.”
[Lelaki itu, dia ialah pewaris Xyver dan juga pemiliknya yang sebenar]

“That is why he is called the Dunamist?” tambah Danny.
[Sebab itulah dia dipanggil sebagai Dunamist?]

“Yes.” Jawab Spirit of The Xyver ringkas.
[Ya]

Poly dan Jane melihat kejadian itu dengan rasa takjub. Adakah ini bermakna badan Rayz sedang digunakan oleh makhluk asing? Mereka berdua pun berbisik – bisik di antara satu sama lain. Anggota – anggota B.H.U itu pula hanya mendiamkan diri dan menunggu arahan yang seterusnya dari Danny.

“Do you have a name?” tanya Danny lagi.
[Kamu ada nama?]

“My name is too difficult for the human tongue to pronounce. You may call me, Spirit of The Xyver,” jawab Spirit of The Xyver.
[Nama saya amat sukar untuk disebut dengan lidah manusia. Kamu boleh panggil saya Roh di dalam Xyver]

“Allow me to ask you another question, why are you here in Rayz’s body?” Colline mencelah sekali lagi.
[Izinkan saya bertanya satu soalan lagi, mengapa kamu berada di sini dan di dalam tubuh Rayz?]

Rayz tersenyum dan menarik Xyver itu ke tapak tangan kanannya. Xyver itu terapung – apung di atas tapak tangannya itu. Sinaran berwarna biru pun menyentuh tubuh Danny dan dengan segera luka di belakang Danny itu sembuh dengan serta – merta. Danny memegang luka dibahagian rusuk kirinya. Ianya telah sembuh dengan sepenuhnya. Dalam hati Danny, dia benar – benar kagum dengan kehebatan penyembuhan Xyver itu.

“I am here to give you a warning of an impelling danger. I can not convey it to this man because he is still not ready to accept his true destiny. That is why I convey this message to you instead by using this man as a medium.”
[Saya datang untuk memberitakan suatu amaran tentang malapetaka yang besar. Saya tidak boleh memberitahunya kepada lelaki ini kerana dia masih belum bersedia untuk memikul takdirnya yang sebenar. Sebab itulah saya menyampaikan mesej ini kepada anda melalui lelaki ini]

“A warning about an impelling danger? What danger are we talking about?” Colline meminta penjelasan darinya.
[Amaran tentang satu malapetaka? Malapetaka apakah yang kita katakan ini?]

“The Ones that descended in the southeast,” jawab Spirit of The Xyver.
[Mereka yang mendarat di tenggara]

“The meteor that fell in Lahad Datu!” jawab Danny dan Colline serentak.
[Meteor yang terhempas di Lahad Datu!]

“Yes. The ancient evil, the destroyer of the world.”
[Ya. Kejahatan zaman silam, pemusnah dunia]

“What do you mean the destroyer of the world?” tanya Colline lagi.
[Apa maksud kamu dengan pemusnah dunia?]

“They are beings that lives solely to destroy everything. They do not have feelings. They do not fear anything. They do not have any desire. They exist only to annihilate and to kill! They are, the GROGANS.”
[Mereka ialah hidupan yang wujud hanya untuk memusnahkan segala – galanya. Mereka tidak punya perasaan. Mereka tidak takutkan apa – apa. Mereka tidak mengingini apa – apa. Mereka wujud untuk menghancurkan dan membunuh! Mereka ialah GROGAN!]



Semua yang berada di situ terkejut mendengar kata – kata Rayz itu. Persoalan siapakah makhluk itu yang sebenarnya akhirnya telah dibongkarkan. Mereka ialah makhluk asing yang wujud hanya untuk memusnahkan kehidupan di atas muka bumi ini. Dan makhluk asing ini dipanggil dengan nama Grogan. Colline memegang dadanya secara spontan. Jantungnya berdegup dengan pantas. Dia teringat semula kejadian yang berlaku di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari. Maut hampir – hampir menjemputnya hari itu. Danny perasan akan perubahan wajah Colline itu. Dia dapat melihat ketakutan di wajah wanita kesayangannya itu. Dia menggenggam tangan Colline dan berkata, “Don’t worry. I am here and I will not let anything happen to you!” katanya kepada Colline. Colline memandang wajah serius Danny itu. Serba sedikit perasaan takutnya beransur hilang.

“Is there a way to stop and defeat them?” tanya Danny kepada Spirit of The Xyver.
[Ada apa – apa cara untuk menewaskan mereka?]

“Your weapons and technology will not be able to stop them for they are invincible to any types of earthly weaponry,” terang Spirit of The Xyver.
[Senjata dan teknologi yang kamu miliki tidak akan dapat menewaskan mereka kerana mereka itu kebal dari senjata – senjata yang dicipta di atas bumi ini]

“Then what can we do? How are we going to save ourselves?” tanya Danny lagi.
[Jadi apakah yang boleh kami lakukan? Apakah caranya untuk kami menyelamatkan diri kami?]

“Do not falter humans. The way to save your world lies in this mans hand.”
[Janganlah putus asa wahai manusia. Cara untuk menyelamatkan dunia kamu terletak di dalam tangan lelaki ini]

“This man? You mean Rayz!” kata Colline separuh menjerit. Danny berasa tidak selesa dengan reaksi Colline itu. Baginya itu adalah perkara yang biasa. Dia tidak percaya nasib dunia ini ada di dalam tangan Rayz. Lagipun, Rayz cumalah manusia biasa. Apalah yang mampu dilakukan oleh seorang manusia yang biasa?

“What can one man do to defeat them? You already said that no human weapons can defeat them?”
[Apakah yang mampu dilakukan oleh seorang manusia untuk menewaskan mereka? Kamu kata tadi tiada senjata manusia yang mampu mengalahkan mereka?]

“I am afraid that is all that I can tell you. I have borrowed his body too long. Now, it is time for him to wake up.”
[Itu sahaja yang dapat saya sampaikan kepada kamu. Saya telah meminjam badan lelaki ini terlalu lama. Sudah tiba masanya untuk dia bangun]

“Wait! You have not told us the way to defeat the Grogans. Please tell us what we should do, what Rayz should do!” Colline memegang tangan Rayz itu untuk memujuk Roh di dalam Xyver memberitahunya apa yang harus mereka lakukan.
[Nanti dulu! Kamu belum memberitahu kami cara untuk mengalahkan Grogan itu. Tolong beritahu kami apa yang harus kami lakukan, apa yang harus Rayz lakukan!]

Rayz menyentuh pipi Colline itu dengan lembut. Dia tersenyum. Senyuman Rayz itu terasa lain sekali bagi Colline. Dia berasa teramat tenang tatkala renungan mata Rayz itu bertemu dengan matanya.

“Woman, if you desire to protect your world, If you desire to know the truth, then take this man to the lost Samarian Pyramid in the desert that you call Gobi,” kata Spirit of The Xyver.
[Perempuan, kalau kamu ingin melindungi dunia kamu, kalau kamu ingin mengetahui kebenaran, maka bawalah lelaki ini ke Piramid Samarian purba yang berada di sebuah gurun yang kamu panggil Gobi]



Colline tersentak mendengar kata – kata Rayz itu. Dalam hatinya dia berfikir, bagaimana Rayz boleh tahu mengenai piramid purba yang telah ditemui oleh ISRC US di Gurun Gobi? Maklumat itu ialah maklumat sulit yang hanya boleh diketahui oleh pihak ISRC. Tambahan pula, Colline tidak pernah menceritakan perihal piramid itu kepada Rayz. Persoalannya, dari manakah Rayz mengetahui maklumat yang sesulit itu?

Sebaik sahaja menamatkan kata – katanya, Rayz pun pengsan. Tatu pelik yang berada di atas wajahnya juga telah hilang. Xyver itu juga terjatuh di atas lantai. Tulisan – tulisan kuno yang ada di dinding makmal itu pun hilang dan Xyver tidak lagi bersinar seperti tadi. Keadaan dalam makmal itu gelap gelita. “Lights!” perintah Danny kepada anggota – anggota B.H.U yang berada di situ. Anggota – angota B.H.U itu pun memasang lampu suluh dihujung rifle M4A1 mereka dan menghalakannya ke arah Danny. Colline sedang memeriksa denyutan nadi Rayz yang jatuh pengsan itu manakala Danny pula sedang berdiri di sebelahnya.

“Saya dan Jane akan meminta paramedik untuk bersedia di tingkat bawah!” kata Poly dan mereka berdua pun bergegas keluar dari makmal itu untuk memaklumkan pasukan paramedik di bangunan ISRC itu. Tinggallah Colline, Danny dan Rayz bertiga sambil ditemani oleh anggota – anggota B.H.U. Colline meletakkan Kepala Rayz di pehanya. Dia mengelus – elus lembut rambut Rayz yang basah dengan peluh itu. “Dia cuma jatuh pengsan...” kata Colline dan mengalihkan pandangannya kepada Danny. Danny membalas renungannya itu.

“Why do you care so much for him, Colline?” tanya Danny. Terasa sebak hatinya ketika mengatakan soalannya itu. Danny sesungguhnya hairan, mengapa Colline terlalu mengambil berat dengan Rayz yang baru dikenalinya beberapa hari.

“Sebab dia pernah menyelamatkan Colline. Colline terhutang budi kepadanya,” jawab Colline ringkas. Tangannya diletakkan di atas pipi Rayz.

“Itu sajakah alasan Colline? Atau ada alasan yang lain?” tanya Danny lagi.

Colline tidak berani membalas renungan mata Danny itu. Dia menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri. Mengapa sukar bagi dia untuk menjawab soalan Danny itu, dia sendiri tidak tahu. Melihat Colline membatukan dirinya, Danny tidak lagi menyambung soalannya. Dia tahu kalau diturutkannya juga, mereka akan bertengkar semula. Danny pun mengarahkan beberapa anggota B.H.U untuk mendapatkan sebuah stretcher untuk menghantar Rayz ke hospital ISRC yang ada disitu.

“Danny harap, Colline akan beritahu jawapan Colline kepada Danny nanti,” kata Danny sebelum berlalu keluar dari makmal tersebut. Colline cuma memerhatikan kelibat Danny hilang di sebalik pintu makmal tersebut. Dia keliru mengapa sukar baginya untuk memberitahu Danny bahawa memang tidak ada alasan yang lain mengapa dia begitu mengambil berat tentang Rayz. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Xyver yang berada di atas lantai itu.

“Woman, if you desire to protect your world, If you desire to know the truth, then take this man to the lost Samarian Pyramid in the desert that you call Gobi.”

Kata – kata Roh di dalam Xyver yang menguasai diri Rayz sebentar tadi terngiang – ngiang semula di telinganya. Dia mengalihkan pandangannya kepada Rayz pula. Wajah Rayz yang pengsan itu benar – benar tenang seolah – olah dia sedang tidur sahaja.



“Apa yang harus Colline lakukan sekarang Rayz?” tanyanya kepada Rayz.

1 comment:

Princess said...

wow~ amazing..hbat skali..

x sngka penulis punya imginasi yg hbat...kgum nye~~~~

cpt smbng ye...tr tunggu2...untk n3 slnjut nye...