Thursday, September 3, 2009

Chapter 1







CHAPTER 1 : The Beautiful Professor

Tempat : Pulau Banggi

Masa : 07.50 AM

Tarikh : 25 November 2009

Hujan sedang turun dengan lebatnya. Ombak kelihatan bergulung – gulung kerana tiupan angin yang kuat. Kelihatan sebuah bot Polis sedang meluncur dengan laju menuju ke arah Pulau Banggi. Profesor Colline dari Pusat Penyelidikan Sains Antarabangsa (ISRC) cawangan Sabah telah dipanggil untuk mengkaji sebuah meteorit yang dilaporkan terhempas di pulau tersebut. Sekeping surat khabar Borneo Post berada di tangan kirinya. Salah satu tajuk utama di muka surat depan surat khabar tersebut berbunyi, “METEORIT BERWARNA BIRU TERHEMPAS DI PULAU BANGGI”.

Sejurus kemudian, bot itu tiba ke destinasi. Profesor Colline mengeluarkan payungnya dan mengangkat beg sandang yang dibawanya bersama. Beberapa orang anggota Polis membantunya mengangkat bagasi – bagasi miliknya. Ketibaan Profesor Colline disambut oleh salah seorang dari guru – guru yang menetap di pulau tersebut. Lelaki itu memakai jaket hujan berwarna kuning dan memegang payung di tangan kirinya. Dia berlari anak menuju ke arah Profesor Colline.

“Are you Profesor Colline? My name is Steven Jarip. We talked over the phone,” kata Steven sambil menghulurkan tangannya.

“Yes, I remember. Are you one of the residents of this island?” Jawab Profesor Colline sambil menyambut tangannnya.

“Yes. I am the only one left. Since the meteorite fell to the island, they have all left the island in fear of something bad.”

“Something bad?” dahi Profesor Colline berkerut mendengar kata-kata Steven itu

“It is nothing actually. Just an ancient Sabahan belief. Anyway, welcome to Pulau Banggi. Forgive my English. I can’t speak it very well.”

“It’s okay. Kamu boleh bercakap bahasa melayu dengan saya. Saya pun orang Kudat juga,” balas Profesor Colline sambil tersenyum.

“Oh, tak sangka pula kamu ni orang Kudat, Profesor.”

“Kebanyakan orang tidak percaya bila saya katakan yang saya ini orang Kudat.”

“Boleh tahan! Susah untuk dipercayai orang Kudat macam Profesor ini boleh bekerja dengan ISRC. Saya kagum dengan Profesor!”

“Biasa saja. Mungkin saya ni bertuah sikit,” katanya sambil tersenyum manis.

“Hujan pun semakin lebat, apa kata kalau kita singgah rumah saya dulu?” pelawa Steven.

“Baiklah,” jawab Colline.

Steven membawa Profesor Colline dan anggota-anggota Polis itu menaiki kereta Pajero berwarna merahnya. Kereta itu pun berderum dan terus meluncur membelah air hujan yang semakin lebat.

*********************************************************************************

Tempat : Pulau Banggi, Rumah Steven

Masa : 10.57 AM

Tarikh : 25 November 2009

Angin bertiup dengan kencang. Hujan yang turun pula semakin lebat seolah-olah tiada penghujungnya. Profesor Colline sedang memasangkan peralatan saintifik yang dibawanya bersama di rumah Steven.

Peralatan yang dibawanya bukanlah peralatan yang biasa dijumpai oleh kebanyakan orang. Ini jelas menunjukkan kedudukan Profesor Colline sebagai salah satu saintis yang terkenal di ISRC. Selepas selesai memasangkan peralatan tersebut, Profesor Colline membuka Laptop yang dibawanya bersama dan menyambungkannya ke salah satu peralatan tersebut.

Pintu bilik Profesor Colline diketuk dari luar. Dia meminta orang di luar tersebut masuk. Steven masuk ke dalam sambil membawa sebuah dulang dengan makanan. “Profesor, ini saya bawa makanan untuk Profesor,” kata Steven.

“Terima – kasih. Letak saja disitu, nanti saya makan,” jawab Profesor Colline. Steven meneliti peralatan yang ada didalam bilik Profesor Colline itu dengan penuh minat. Kerana terlalu ingin tahu kegunaan peralatan – peralatan tersebut, Steven pun bertanya kepada Profesor Colline akan kegunaannya.

“Err... Profesor, apa kegunaan kesemua benda ni?”

“Kegunaan biasa. Substance scanner, Satelite Phone, Video Link-Up dan lain – lain lagi,” jawab Profesor Colline tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin Laptopnya. Steven menggaru – garu kepalanya yang tidak berapa gatal. Kemudian dia pun keluar meninggalkan bilik tersebut.

Profesor Colline sedang khusyuk menaip sesuatu kedalam Laptopnya. Tiba – tiba, telefon satelitnya berbunyi. Dia pun menyambut panggilan tersebut.

“Hello, Colline bercakap.”

“Hello sayang. Ini Danny. Sayang sudah sampai di Pulau Banggi?” tanya lelaki di telefon tersebut.

“Ya. Colline baru sampai pagi tadi,” jawab Profesor Colline bersahaja.

“Hey, kenapa dengan Colline ni? Macam tak bersemangat saja?”

“Tak ada apa – apa. Penat sikit.”

“Hmm. Bagaimana dengan meteorit yang jatuh di pulau itu? Sayang sudah pergi periksa?”

“Belum lagi. Lepas ini baru Colline akan pergi memeriksanya”
“Sayang ada escort pergi ke sana?”

“Danny, please stop calling me sayang. You know I don’t like it.”

“Why not? You’re my fiance aren’t you?”

“Hmmph. Suit yourself,” jawab Profesor Colline, malas untuk melayan karenah Danny.

“Okey, okey, Colline jangan marah. Danny bergurau saja. Lepas Colline periksa meteorit itu, Colline update dengan Danny okey?”

“Hmm. Yalah,” jawab Colline semakin malas dengan Danny.

“Okey, bye” *Klik*

Profesor Colline meletakkan gagang telefon sambil menghela nafas lesu. Danny, atau Danny Dexter ialah tunang kepada Profesor Colline. Mereka telah bertunang selama setahun. Mereka juga adalah teman baik sejak dari masa universiti lagi. Danny juga merupakan Chief Supervisor kapada semua projek yang diurus oleh Profesor Colline. Malahan, Profesor Colline juga berjaya mendapat kerja di ISRC kerana bantuan Danny. Tetapi, sejak kebelakangan ini hubungan mereka agak dingin kerana bebanan tugas yang semakin berat.

Profesor Colline membetulkan rambut paras bahunya itu. Dia mengemaskan Laptop dan memakai baju hujannya. Sejurus kemudian, pintu biliknya diketuk dari luar. Seorang anggota Polis masuk ke dalam.

“Puan. Kami sudah bersedia untuk bertolak ke tapak meteorit tersebut,” kata anggota Polis itu.

“Baiklah.” Sahut Profesor Colline. Sekali lagi kereta Pajero milik Steven menderum sebelum ianya hilang dibawah titisan air hujan yang semakin lebat.

No comments: