Sunday, September 20, 2009

Chapter 17



CHAPTER 17 : Colline and Rayz – Second Meeting

Tempat : Kafeteria ISRC

Masa : 01.15 PM

Tarikh : 06 Disember 2009

“Colline nak pergi ke Kudat semula!” kata Poly separuh menjerit. Jeritannya itu menarik perhatian pegawai – pegawai lain yang sedang mengambil makanan tengah hari mereka. Colline meminta Poly memperlahankan suaranya. Poly meminta maaf kepada Colline sambil tersenyum malu.

“Kenapa Colline tiba – tiba membuat keputusan untuk pergi ke Kudat semula?” tanya Jane pula. Colline menghirup minumannya dan memandang ke arah kedua kawan karibnya itu. “Do you remember about the guy who saved me in Kudat the other day?” tanya Colline sebagai pemula cerita. Poly dan Jane mengiakan soalan Colline itu. Mereka tahu siapa yang menyelamatkan Colline di Kudat tempoh hari kerana Colline pernah menceritakannya.

“You mean that Rayz guy? What’s that have to do with you going back to Kudat? Don’t tell me you have a date with him!” soal Poly lagi.

“It’s not like that. That man, I mean Rayz, he somehow knew how to use the object. It was him who used the object to defeat the creature in Kudat,” terang Colline. “There is something about him that meets the eye. He might know something about the object.”

“Dan itulah sebabnya Colline nak ke Kudat untuk bertemu dengan Rayz semula?” celah Jane pula. Colline mengalihkan pandangannya kepada Jane. “Yes, that’s exactly it,” jawabnya.

Suasana di kafeteria itu semakin lengang. Jam sudah pun menunjukan 2.00 tengah hari yang bermaksud masa makan tengah hari telah pun tamat. Kebanyakan pegawai – pegawai ISRC sudah pun pergi menyambung kerja semula. Tinggallah Colline, Poly dan Jane yang masih lagi duduk di situ.

“Apa yang ingin Colline lakukan bila Colline berjumpa dengan Rayz di Kudat nanti?” tanya Poly sambil mengemaskan lunch box nya. Poly suka memasak sendiri kerana dia berpendapat bahawa makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik.

“Betul kata Poly tu. Lagipun, apa yang Colline dapat buktikan nanti? Objek X itu tak boleh di bawa keluar dari ISRC,” tambah Jane pula. Jane masih lagi belum menghabiskan burger yang di order nya tadi.

“It’s simple. Colline akan bawa dia ke sini!” jawab Colline selamba.

Jawapan Colline itu menyebabkan Jane tersedak. Poly tergelak melihat reaksi Jane itu. Dia pun menghulurkan minumannya kepada Jane. Jane menghirup Ice Coffee itu dan mengucapkan terima – kasih kepada Poly. “Are out of your mind! You can’t bring anyone into ISRC just like that. Besides, Danny would not approve of it!” kata Jane dengan matanya yang agak berair.

“Betul cakap Jane tu Colline. Danny tak akan benarkan sesiapapun memasuki ISRC tanpa authorization. Poly rasa Colline pun tahu akan undang – undang ISRC kan?” tambah Poly. Jane mengangguk – angguk tanda bersetuju.

“Colline tahu semua itu. Tapi Colline amat yakin yang Rayz akan dapat membantu kita memahami asal – usul objek ini. Colline dapat merasakannya dalam hati Colline!”

Poly memandang kedua – dua mata Colline itu. Dia dapat melihat kesungguhan hati Colline dari sinar matanya. “Kalau Colline dah membuat keputusan, Poly ikut aja. After all, you are the boss right?”

“You can’t be serious Poly! Benda ni bukan boleh di buat main – main tau,” kata Jane pula.

Poly memegang bahu Jane sambil tersenyum. “Jane tentu sudah masak dengan perangai sahabat kita ni kan? Kalau dia dah buat keputusan, dia tak akan mengubahnya. Furthermore, Danny did give Colline a full authorization on this project. Meaning, she can basically do what she want as long as it benefits the project,” terang Poly kepada Jane.

Jane pun memeluk tubuhnya dengan kedua – dua tangannya. Dahinya berkerut cuba memikirkan sesuatu. Apa yang Poly katakan itu memang masuk akal. “Well, that’s true I guess. If Poly agrees with you, I am also with you Colline,” Jane akhirnya bersetuju dengan keputusan Colline itu.

“It’s settled then. Kalau macam tu, lepas ini Colline akan bertolak ke Kudat. Colline akan berhubung dengan kamu berdua setibanya Colline di Kudat nanti. I’ll also take my own car. It won’t be good for me to drive the ISRC car to Kudat anyway.”

“Okey. Jane dan Poly akan tunggu di sini. Kalau kita semua pergi, nanti orang akan syak sesuatu nanti. Colline pergi aja ke Kudat. If Danny asks, we’ll cover you.”

“Thanks Poly, Jane. Colline pergi sekarang.” Colline pun pergi meninggalkan meja tersebut dan menuju ke arah tempat meletak kereta di hadapan bangunan ISRC.

“Take care okay!” pesan Jane kepada Colline. Colline tersenyum kepadanya dan hilang disebalik pintu keluar dari kafeteria tersebut.

*********************************************************************************

Tempat : Storage Area, Eduardo Pharmacy

Masa : 05.20 PM

Tarikh : 06 Disember 2009

Rayz sedang merekodkan stok ubat yang baru sahaja sampai dari Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Kawan – kawan Rayz yang lain termasuk Ady semuanya sudah pulang. Tinggal Rayz sahaja lagi yang bekerja lebih masa kerana menggantikan Lee yang jatuh sakit hari itu. Dia terlalu khusyuk melakukan kerjanya sehingga tidak menyedari kehadiran pengawal keselamatan yang sedang berdiri di sebelahnya.

“Encik Rayz, ada orang yang ingin berjumpa dengan Encik Rayz di pintu gerbang farmasi,” kata pengawal keselamatan itu dengan sopan.

Rayz pun membuka face mask nya. “Siapa pakcik James?” tanya Rayz. apa yang dikatakan oleh pengawal keselamatan bernama James itu agak membingungkannya. Siapa agaknya yang ingin berjumpa dengannya petang ini?

“Entahlah. Pakcik pun tak kenal. Dia kata dia ada urusan penting dengan Encik Rayz,” jawab Pakcik James.

“Urusan penting?” Rayz menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. “Perempuan atau lelaki pakcik?” tanya Rayz lagi.

“Perempuan, cantik pula tu!” balas Pakcik James sambil tersenyum lebar.

“Perempuan?” dahi Rayz berkerut dengan apa yang dikatakan oleh Pakcik James itu.

“Encik Rayz pergilah berjumpa dengannya, pakcik suruh dia tunggu di pondok pengawal,” jawab Pakcik James lalu pergi meninggalkan Rayz seorang diri.

“Siapa pula yang nak jumpa aku petang – petang ni? Tak kan Wai – Wai? Dia kan dah pergi ke Metropolis Kinabalu...” Rayz bercakap dengan dirinya sendiri. Selepas membuat pengiraan stok yang terakhir, Rayz pun berjalan menuju ke pondok pengawal yang terletak di hadapan pintu gerbang farmasi.

Rayz dapat melihat sebuah kereta Porsche berwarna blue silver di hadapan pondok pengawal. Rayz tertanya – tanya milik siapa kereta mewah tu. Tanpa membuang masa dia pun mengetuk pintu pondok pengawal itu dan masuk ke dalam. “Ah, ini pun dia dah datang!” sapa Pakcik James sebaik saja Rayz memasuki pondok tersebut. Rayz dapat melihat tetamu yang ingin berjumpa dengannya itu. Seorang gadis yang amat dikenalinya. Gadis itu memakai T-Shirt dengan string berwarna putih dan jeans ketat berwarna hitam. Rambutnya yang pendek dan lurus benar – benar menyerlahkan keayuan wajahnya. Buat seketika Rayz terpegun melihat tetamunya itu berpakaian sedemikian.

“Hi Rayz! Its been a long while,” kata Colline sambil menghulurkan tangannya.

“Yeah, its been a long time,” balas Rayz dan menyambut tangan Colline itu.

*********************************************************************************

Hujan sedang turun dengan lebat di luar pondok pengawal itu. Bau kopi yang amat harum memenuhi bilik pengawal itu. Pakcik James sudah lama pergi meninggalkan mereka berdua untuk membuat rondaan di sekitar farmasi. Rayz sedang membancuh dua cawan kopi di dapur bilik pengawal itu. Sementara Colline pula sedang menelefon Poly dan Jane dengan handset nya. Dia ingin memberitahu yang dia mungkin akan bermalam di Kudat dan akan balik pada keesokan harinya. Beberapa minit kemudian Rayz pun keluar dari dapur sambil membawa dua cawan kopi panas. Rayz memberikan cawan kopi itu kepada Colline dan duduk di hadapannya.

“So, what brings you all the way to Kudat again Colline?” tanya Rayz sambil menghirup kopinya. Kepekatan kopi itu benar – benar menyegarkannya. Maklumlah, dia telah bekerja lebih masa hari ini.

Colline tidak segera menjawab soalan Rayz itu. Dia memutar – mutarkan sudunya sambil memikirkan kata – kata yang sesuai untuk diberitahunya kepada Rayz. “I have something very important to discuss with you, Rayz” Colline memulakan bicaranya. Buat seketika mereka berdua membisukan diri. Bunyi rintikan hujan semakin kuat di luar pondok pengawal itu.

“Colline cakaplah apa yang boleh Rayz bantu untuk Colline,” Rayz meminta Colline meneruskan kata – katanya. Colline memandang wajah Rayz dengan air muka yang serius. Kelakuannya itu membuat Rayz agak kekok. “Colline ingin menjemput Rayz datang ke ISRC di Metropolis Kinabalu. Colline harap Rayz tak akan menolak,” kata Colline.

“ISRC Metropolis Kinabalu? Untuk apa?” tanya Rayz pula. Permintaan Colline itu agak membingungkannya.

“Colline percaya Rayz boleh membantu penyelidikan Colline,” balas Colline tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah Rayz.

“Bantu penyelidikan Colline? Tapi Rayz tak tahu apa pun mengenai penyelidikan Colline tu.”

“Objek X yang Rayz lihat hari tu,” jawab Colline ringkas.

“Apa kaitan objek X itu dengan Rayz pula?”

“Colline nak tanya, bagaimana Rayz boleh tahu cara untuk menggunakan objek itu sebagai senjata sedangkan objek itu berasal dari angkasa lepas?”

“Mungkin ianya kebetulan sahaja,” jawab Rayz selamba.

“Ok, anggaplah ianya kebetulan. Cuba Rayz terangkan mengapa pula objek itu bereaksi apabila Rayz ada berdekatan? Kenapa ianya tidak bereaksi apabila Colline memegangnya di Banggi dan di Kudat tempoh hari?”

Rayz agak terpana dengan pertanyaan Colline itu. Ada logiknya kata – kata Colline itu. Rayz mulai keliru. Apa kaitan semua yang berlaku ini dengan dirinya. Persoalan yang paling besar ialah, apakah kaitan objek itu dengan dirinya. Kemudian Rayz teringat semula kejadian di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Bagaimana dia menewaskan makhluk asing itu dengan menggunakan objek berbentuk X itu. Fikirannya mengimbas kembali mimpi – mimpinya sebelum ini. Adakah ianya petunjuk bahawa Colline adalah kunci bagi semua persoalan mimpi yang dialaminya sebelum ini? Adakah ianya kebetulan? Ataupun ianya sesuatu fenomena yang mistik dan supernatural?

“Xyver...” perkataan itu tiba – tiba muncul di bibir Rayz.

“Xyver? Apa maksud Rayz ni?” tanya Colline apabila Rayz tiba – tiba menyebut perkataan itu.

Rayz tersentak dari lamunannya. Dia mengusap wajahnya beberapa kali. “Tak ada apa – apa. Umm, boleh Rayz ceritakan sesuatu pada Colline?” tanya Rayz.

“Rayz ceritakanlah,” jawab Colline, meminta Rayz bercerita.

Rayz pun menceritakan perihal kesemua mimpi yang dialaminya kepada Colline. Dia menceritakan perihal mimpinya sebelum dan selepas bertembung dengan Colline dan Xyver. Dia juga menceritakan perihal suara misteri yang berkata – kata kepadanya kepada Colline. Colline mendengar setiap butir mimpi Rayz itu dengan penuh tumpuan. Colline dapat merasakan apa yang diceritakan oleh Rayz ini semuanya benar. Mengapa dia berasa sedemikian, dia sendiri pun tidak tahu.

“Jadi menurut mimpi Rayz itu, objek X itu dipanggil Xyver?”

“Ya. Dan Xyver ini bukanlah berasal dari Bumi. Mengapa ianya jatuh terhempas di Pulau Banggi sebagai meteor, Rayz sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya, suara yang kerap muncul dalam mimpi dan fikiran Rayz itulah yang menunjukkan Rayz cara menggunakan Xyver itu.”

“Semua persoalan ini mungkin akan terjawab kalau Rayz menyentuh Xyver semula. Sebab itulah Colline ingin menjemput Rayz ke ISRC.”

“Itu Rayz faham tapi apa yang telah berlaku dengan objek itu sehingga Colline sanggup datang berjumpa dengan Rayz di Kudat?”

Colline pun menceritakan kesemua butir – butir penyelidikan mereka terhadap Xyver termasuk kuasa penyembuhan yang dimilikinya. Kali ini giliran Rayz pula yang mendengar penerangan Colline dengan khusyuk.

“Xyver itu menyembuhkan luka di tangan Colline!?”

“Ya. Ianya sesuatu yang sukar untuk dipercayai tetapi ianya berlaku di depan mata kami sendiri. Xyver mungkin memiliki ciri – ciri yang lain yang masih tidak kita ketahui. Colline amat berharap kita dapat membongkarkannya, Rayz.”

“Apa yang Collline ceritakan itu memang menarik. Sebenarnya, Rayz juga ingin tahu lebih lanjut mengenai Xyver ini. Baiklah, Rayz akan mengikuti Colline ke ISRC esok,” akhirnya Rayz pun bersetuju dengan pelawaan Colline itu. Adakah dia bersetuju kerana dia juga berminat untuk membongkar rahsia Xyver itu? Ataupun dia bersetuju kerana Colline telah menjemputnya? Jawapan bagi persoalan itu terbuku di hati Rayz itu sendiri.

“Great! Kalau macam tu, Colline akan jemput Rayz di sini awal pagi esok,” jawab Colline.

“Ok. Malam ini, Colline nak menginap di mana?”

“Hmm. Mungkin di hotel sebab keluarga Colline pun tak ada di Kudat. Mereka tengah melancong di luar negeri.” Selepas kematian Leon Tremmel, Colline telah meminta keluarganya pergi melancong bagi menghilangkan kesedihan yang mereka alami.

“I see. Okay, I’ll take you to the best motel in Kudat,” Rayz menawarkan diri menemani Colline mencari tempat penginapan.

“Tak apalah Rayz. Colline boleh cari dengan sendiri,” Colline menolak tawaran Rayz itu dengan sopan.

“No, I insist! Lagipun ini saja yang boleh Rayz lakukan untuk Colline kerana sanggup datang ke Kudat semata – mata ingin menjemput Rayz ke ISRC.”

Colline pun berfikir sejenak. Sebenarnya, cadangan Rayz itu memang ada baiknya. Dia sendiri pun sudah lama meninggalkan Bandar Raya Kudat ini. Tambahan pula, hujan agak lebat di luar. Adalah lebih baik kalau dia ditemani seseorang. “Okay, I agree with your proposal Rayz.”

“Cool! Jom Rayz tolong drive untuk Colline!”

*********************************************************************************

Tempat : Eduardo Pharmacy

Masa : 07.35 Pagi

Tarikh : 07 Disember 2009

Colline sedang menunggu Rayz di luar kedai farmasi itu. Sekali – sekala dia akan melihat jam tangannya. Dia sudah pun berada di tempat itu lebih kurang 15 minit. Malam itu Colline tidak dapat melelapkan matanya kerana berasa terlalu gembira. Dia tidak sabar menunggu hari esok dan membawa Rayz ke ISRC Metropolis Kinabalu. Dia amat berharap dengan kehadiran Rayz di ISRC, rahsia mengenai Xyver itu akan dapat dibongkar.

Rayz baru sahaja berjumpa dengan Encik Eduardo dan meminta kebenaran untuk bercuti selama beberapa hari. Encik Eduardo pada mulanya tidak ingin Rayz bercuti kerana mereka memang kekurangan staf. Tetapi Ady dan sahabat Rayz yang lain pergi memujuknya dan mengatakan mereka sanggup kerja lebih masa untuk menutup beban kerja Rayz itu. Inilah dia sifat sahabat – sahabat Rayz, mereka suka bantu – membantu di antara satu sama lain.

Rayz pun menuju ke tempat Colline sedang menunggunya sambil ditemani oleh Ady. Dari jauh lagi Colline dapat melihat Rayz datang ke arahnya. Rayz kelihatan amat berlainan dengan penampilannya hari ini. Rambutnya digunting kemas dan juga disikat dengan rapi. Dia memakai singlet ketat berwarna merah dan seluar Khakis berwarna hitam. Pakaiannya itu jelas menunjukkan otot – otot lengannya yang agak sasa. Giliran Colline pula yang terpegun dengan penampilan Rayz itu.

“Dah lama menunggu?” sapa Rayz sebaik sahaja tiba di depan Colline.

“Tak juga. Adalah dalam 15 belas minit,” jawab Colline sambil tersenyum.

“Kenalkan, ini Ady kawan baik Rayz,” Rayz memperkenalkan Ady kepada Colline. Ady mengucapkan hello dan menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Colline menyambut salamnya itu.

“Rayz selalu bercerita tentang awak Cik Colline. Tak sangka saintis macam Cik Colline ni cantik dan ayu sekali!” puji Ady sambil tersenyum nakal. Rayz menyiku perut Ady tapi sempat ditepis oleh Ady. Kemudian mereka berdua ketawa. Colline cuma tersenyum dan menggelengkan kepalanya melihat gelagat dua sahabat itu. Dia dapat melihat keakraban mereka berdua sama seperti dirinya dan Poly.

“Colline tak payah ambil kisah dengan apa mamat ni cakap. Dia ni memang macam ni,” kata Rayz pula. Giliran Ady pula yang menyiku Rayz tapi Rayz berjaya mengelak.

“Tak apa. Colline tak kisah. Colline ambil apa yang Ady katakan itu sebagai pujian,” kata Colline sambil tersenyum manis.

“Oh ya, kenapa Colline tiba – tiba menjemput Rayz datang ke ISRC Metropolis Kinabalu? Dia ada terlibat dengan masalah negara kah?”

“Bukan macam tu. Colline meminta Rayz untuk membantu kajian kami di ISRC, itu sahaja”

“Kajian yang macam mana tu?” tanya Ady lagi. Rayz memegang bahu Ady dan berkata, “Ady ni banyak soal lah pula. Let’s just say its a top secret government research.” Colline mengangguk – angguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Rayz itu. “Sorry ya Ady!” tambah Colline lagi sambil tersenyum.

“Macam tu... Rayz akan pergi berapa hari?”

“Entahlah. Bergantung kepada berapa lama Colline perlukan Rayz di sana nanti. Anyway, kami dah lewat ni. Kami kena bertolak sekarang.”

“Okay. Kerja Rayz tu kami akan bereskan. Just make sure you help Colline with her research.”

“I will, take care of the guys for me okay?”

“You betcha, bro!”

Mereka berdua pun berpelukan selama beberapa saat. Colline pun masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Selepas memberikan pesanannya, Rayz pun masuk ke dalam kereta. Enjin kereta Porsche itu berderum dan terus memecut menuju ke lebuh raya Kudat. Ady memerhatikan kereta itu sehingga ianya hilang dari pandangannya. Kemudian dia pun pergi mendapatkan kawan – kawannya yang lain.

*********************************************************************************

Sementara itu...

Kelihatan Danny sedang berjalan menuju ke lapangan terbang mini ISRC Metropolis Kinabalu. Dia sedang ditemani oleh beberapa pegawai ISRC dan kelihatan agak tergesa – gesa. Danny berkeadaan begitu kerana pusat kawalan penerbangan di situ baru sahaja menghubunginya dan berkata ‘Jeneral Razak dari GDTF ingin melawat ISRC Metropolis Kinabalu’. Ini membuatkan Danny agak cemas. Sebaik sahaja dia menerima maklumat itu, dia pun mengerahkan kesemua anggota B.H.U untuk berbaris di lapangan terbang mini itu, bagi menyambut ketibaan Jeneral Razak.

Di tengah – tengah lapangan terbang itu, kelihatan sebuah pesawat dari jenis MK-211 (sejenis kapal terbang pengangkutan militari) baru sahaja melakukan pendaratan. Sejurus kemudian, pintu pesawat itu pun terbuka dan Jeneral Razak pun keluar dari perut pesawat berkenaan dengan ditemani oleh Leftenan Payed. Jeneral Razak meliarkan matanya melihat keadaan sekeliling ISRC itu. Dia terlihat sebuah kereta Limosin sedang bergerak menuju ke arah pesawat tersebut. Di belakang kereta Limosin itu kelihatan beratus – ratus anggota B.H.U sedang berlari mengikuti kereta tersebut. Jeneral Razak memerhatikan kereta itu dengan tajam. “Our welcoming commitee has arrived,” katanya kepada Leftenan Payed. Leftenan Payed cuma mengangguk mengiakan kata – kata Jeneral Razak itu.

Beberapa minit kemudian kereta Limosin itupun berhenti di hadapan pesawat terbang tersebut. Manakala anggota – anggota B.H.U yang mengikuti kereta Limosin itu tadi pun berbaris di belakang kereta Limosin tersebut. Danny pun keluar dari kereta Limosin itu sambil ditemani oleh setiausahanya. Dia memandang ke arah Jeneral Razak yang masih lagi berdiri di depan pintu pesawat tersebut. Pandangan mata mereka bertembung dan kini mereka berdua merenung tajam di antara satu sama lain. Danny mengukir senyuman di bibirnya lalu berjalan menuju ke arah Jeneral Razak. Jeneral Razak membalas senyuman Danny itu dan menuruni tangga pesawat terbang itu.

“Welcome to ISRC Sabah Department General! It is our utmost pleasure to have you visit us!” kata Danny dan berjabat tangan dengan Jeneral Razak.

“No, no Chief Danny. The pleasure is all mine. I take that you speak Malay?” tanya Jeneral Razak pula.

“Sudah tentu Tuan Jeneral. Saya difahamkan Tuan Jeneral berasal dari Bandar Raya Tuaran?”

“Ya. Tapi itu kisah yang lama. Saya sudah tinggalkan tempat itu 20 tahun yang lalu.”

“20 tahun yang lalu? Apa yang telah berlaku?” giliran Danny pula yang bertanya.

“Let’s just say I have buried my past there,” jawab Jeneral Razak seolah – olah tidak ingin membincangkan perkara itu lebih lanjut. Danny pun tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. Dia pun mempelawa Jeneral Razak untuk menaiki kereta Limosin ISRC itu.

*********************************************************************************

Di dalam Kereta Limosin...

Danny mengeluarkan sebotol Champagne dari peti sejuk kereta Limosin tersebut. Setiausahanya mengeluarkan tiga cawan gelas dari kabinet berdekatan dengan peti sejuk itu dan memberikannya kepada Danny, Jeneral Razak dan Leftenan Payed. Danny pun menuangkan Champagne itu ke dalam ketiga – tiga gelas tersebut sebagai tanda penghormatan kepada tetamu – tetamunya. Kemudian, mereka bertiga pun mengangkat gelas masing – masing sebelum meminumnya.

“What is the purpose of your visit today General?” tanya Danny untuk memulakan perbualan.

Jeneral Razak menyandarkan dirinya di kerusi empuk kereta Limosin tersebut. Dia meletakkan gelas yang dipegangnya di atas sebuah meja lalu menyilangkan kakinya. “I am here to see the relic that Professor Colline retrieved from Banggi Island two weeks ago. I heard that it is being kept here in ISRC.”

Kata – kata Jeneral Razak itu agak memeranjatkan Danny tetapi dia tetap berlagak tenang. Dia menghirup Champagne dari gelasnya dan meletakkan di atas meja yang sama. “Dari mana agaknya Tuan Jeneral mendapat tahu mengenai perihal objek tersebut?”

“Kami di Pengkalan GDTF Labuan mempunyai rangkaian maklumat kami sendiri,” jawab Leftenan Payed bagi pihak Jeneral Razak.

“Kenapa pula pihak militari berminat dengan kajian ISRC? As far as I know, it has no connection whatsoever. Unless of course it endangers the safety of the state...”

“You are exactly right Chief Danny. Kewujudan objek yang ditemui oleh Profesor Colline di Pulau Banggi itu telah mengundang kewujudan makhluk asing di bumi Sabah ini. Secara logiknya, keadaan ini juga mengancam keselamatan bumi Sabah kita ini. Sebab itulah pihak GDTF ingin menyimpan objek tersebut di bilik kebal GDTF di Labuan untuk mengelakkan kemunculan makhluk asing itu semula,” balas Jeneral Razak pula.

“Saya faham Tuan Jeneral. Tetapi, kita belum dapat memastikan samada objek itu adalah punca kewujudan makhluk asing itu di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Staff saya dari bahagian kajian objek itu masih lagi menjalankan kajian mereka. We would need more time to prove that theory and until then, we would need the object here in ISRC,” terang Danny.

“That’s okay Chief Danny. Pihak GDTF akan menunggu sehingga kajian pihak ISRC selesai. My army will also be arriving in ISRC in 6 hours time!”

Danny terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jeneral Razak itu. Ini bermaksud 6 jam dari sekarang, bangunan ISRC akan dibanjiri oleh askar – askar GDTF. Apakah maksud tindakan Jeneral Razak ini, Danny masih lagi belum tahu. Satu yang dia pasti ialah, tujuan Jeneral Razak ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada ISRC. Dia sedar dia mesti berhati – hati apabila dia berurusan dengan Jeneral Razak.

“We’ll prepare the best suite for you general. It must have been a long flight, so please rest first. I will contact you once our preparation is finished,” kata Danny.

“Very well,” jawab Jeneral Razak.

Kereta Limosin itu pun bergerak menuju ke stesen komuter yang menghubungi bangunan ISRC dan lapangan terbang tersebut.

No comments: