Sunday, September 13, 2009

Chapter 13


CHAPTER 13 : Sadness will subside...

Tempat : Tingkat 27, Pejabat Profesor Colline, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 08.00 AM

Tarikh : 03 Disember 2009

Colline membuka pintu pejabatnya dan masuk ke dalam. Dia menyangkutkan jaketnya ke dalam almari. Kemudian, dia pun duduk di kerusi dan menyandarkan dirinya. Dia mendongak dan melihat ke arah lampu chandelier yang tergantung di siling pejabatnya. Tujuh hari telah pun berlalu selepas Poly memberitahu Colline akan kematian adik angkatnya, Leon. Kesedihan yang dialami oleh Colline itu benar – benar mempengaruhi kerjayanya. Danny sedar dengan keadaan Colline itu. Lalu dia pun memberikan Colline cuti selama tujuh hari memandangkan keadaan emosinya tidak stabil. Pada mulanya Colline menolak cuti yang diberikan oleh Danny itu. Tetapi dia akhirnya berubah fikiran selepas dipujuk oleh Poly.

Colline masih lagi sedih mengenangkan apa yang telah pun berlaku. Kematian Leon itu benar – benar memberi kesan yang amat mendalam kepada dirinya. Secara tiba – tiba ingatannya tertumpu kepada mendiang adik kandungnya, Daryl. Daryl merupakan anak bongsu di dalam keluarga Encik Sullivan. Dia amat disayangi oleh mereka terutamanya Colline. Malangnya, Daryl telah disahkan menghidapi barah perut pada usia 14 tahun dan cuma boleh hidup selama tiga tahun lagi.

Colline terkenangkan semula perbualan di antara dirinya dan Daryl sebelum kematiannya. Dia dan Daryl sedang duduk di luar perkarangan rumah mereka. Mereka sedang menikmati minuman petang di perkarangan rumah itu.

“Sis Colline tahu apa impian Daryl?” kata Daryl.

“Emm. Entah, Daryl ceritakanlah,” pinta Colline.

“Daryl ingin mengambil jurusan Meteorology seperti Sis, selepas tamat SPM nanti.”

“Really? Kenapa Daryl tiba – tiba berminat dengan bidang Meteorology?” tanya Colline. Setahu Colline, adiknya itu sebenarnya berminat dengan bidang perubatan.

“Daryl ingin membuka rahsia angkasa lepas. Cuba bayangkan kalau suatu hari nanti kita temui hidupan yang lain di luar sana. Isn’t that amazing?” terang Daryl.

“Kalau macam tu, Daryl mesti berusaha bersungguh – sungguh untuk SPM Daryl nanti,” jawab Colline pula. Daryl mengangguk – angguk tanda bersetuju dengan kata – kata Colline itu.

“Daryl harap, Daryl akan dapat mencapai impian itu sebelum...”

Colline memandang wajah adiknya. Dia faham mengapa adiknya tidak menghabiskan kata – katanya itu. Hati Colline berasa perit. Mengapa adiknya yang menghidapi penyakit itu? Mengapa bukan orang lain? Fikirannya sering kali berputar ke arah soalan yang sama.

“Anyway, it’s okay. Kalau Daryl tak dapat mencapai impian Daryl, Sis Colline akan sempurnakannya untuk Daryl kan?” kata – kata Daryl mematikan fikiran Colline yang sedang berlegar – legar itu.

“Sudah tentu. Sis pasti akan sempurnakan impian Daryl itu!” balas Colline sambil tersenyum. Dia sanggup melakukan apa – apa sahaja untuk adiknya itu.



Sewaktu Colline berada di tahun terakhir kursus Ijazah Sarjana Mudanya, penyakit Daryl bertambah teruk. Penyakitnya tiba – tiba menjadi teruk sebaik sahaja dia menamatkan peperiksaan SPM nya. Dan ini telah memaksa Colline untuk segera pulang dan menjenguk adik kesayangannya itu. Malangnya, Daryl telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja Colline sampai ke Hospital Induk Kudat. Kesedihan Colline di waktu itu sukar untuk digambarkan. Tetapi sebagai anak sulung, dia harus tabah menghadapi dugaan. Kata – kata Daryl yang terakhir sebelum dia menghembuskan nafas ialah, dia ingin menjadi seorang Pakar Kaji Bintang supaya dia dapat membuka rahsia alam semesta. Dan kata – kata Daryl itulah yang mendorong Colline menjadi seorang Pakar Kaji Bintang. Colline ingin merealisasikan impian adik kesayangannya itu.

Air mata Colline mulai berlinangan bila mengingati kejadian tersebut. Dia telah kehilangan dua orang adik dalam seumur hidupnya. Dia mula befikir adakah kematian mereka itu adalah kerana dirinya? Adakah dirinya seorang pembawa malang? Kepalanya bertambah sakit bila memikirkan semua itu. Colline menarik laci meja dan mengambil sebuah botol dari dalamnya. “ASPIRIN” tertulis pada botol itu. Colline mengambil 2 biji tablet dan menelannya. Kemudian dia menuangkan air ke dalam sebuah gelas dan meminumnya. Dia menyandarkan dirinya di kerusi semula. Air mata yang berlinangan di pipinya dibiarkan kering dengan sendirinya.

Mungkin kerana kesakitan kepalanya yang memedihkan, Colline pun terus sahaja terlelap selepas mengambil ubat penahan sakit tadi. Fikiran Colline mulai mengimbas kembali perbualannya dengan Leon, tiga hari sebelum kematiannya...

*********************************************************************************

Colline pergi berjumpa dengan Danny untuk mendapat security clearance bagi Field Work di Pulau Banggi. Danny sedang memeriksa beberapa buah fail milik Colline. Fail – fail tersebut diperlukan bagi menguruskan Field Work nya nanti. Colline memandang gelagat Danny yang sedang memeriksa fail – fail tersebut.

Kadang – kadang dia akan mengigit pen dan kadang – kadang dahinya akan berkerut. Colline tersenyum melihatnya. Tugas Danny sebagai Chief Director memerlukan ketelitian sebab itulah dia harus memeriksa setiap projek dengan teliti sebelum membenarkannya. Sedikit kesilapan akan membuatkannya ditegur oleh pihak atasan di ISRC US. Colline faham benar dengan tugas Danny itu.

“Everything seems to be in order. Bila Colline akan berangkat pergi?” tanya Danny.

“Early in the morning on the 24th. Colline akan bertolak sehari lebih awal bagi memastikan tiada apa – apa masalah akan berlaku,” balas Colline

“Good. Colline perlukan Bio - Hazard Unit sebagai escort ke Pulau Banggi nanti?”

“Tak perlu. Colline boleh minta bantuan dari pasukan Polis Bandar Raya Kudat,” kata Colline menolak tawaran Danny itu.

“I see. In that case, please update with me before you go to the island,” balas Danny sambil menghulurkan fail – fail tadi kepada Colline. Colline menyambut fail – fail tersebut lalu berdiri untuk meninggalkan pejabat Danny itu.

“Err, Colline...” belum pun sempat Colline meninggalkan bilik itu, Danny memanggilnya semula.

“Is there anything else?” tanya Colline.

“Leon ada beritahu kamu sesuatu?” balas Danny.

“Beritahu apa?” tanya Colline semula, hairan kerana Danny tiba – tiba menyebut nama adik angkatnya itu.

Danny terdiam. Mulutnya seolah – olah terkunci. Dia sedar dia telah terlepas cakap. Tetapi tiada apa – apa lagi yang boleh dilakukannya kerana Colline sedang merenungnya dengan perasaan yang curiga.

“What’s going on Danny?” Colline mengulangi pertanyaannya. Suaranya bertukar menjadi nada yang serius.

*********************************************************************************

Tingkat 12, Pejabat Leon Tremmel. Leon sedang berbual – bual dengan beberapa rakan sekerja di luar pejabatnya. Dia kelihatan sedang asyik berbual sehingga tidak menyedari Colline berjalan menuju ke arahnya. Rakan sekerja Leon yang lain melihat Colline datang. Mereka lantas pergi ke meja masing – masing kerana takutkan Colline. Colline adalah pegawai ISRC yang kedua tertinggi pangkatnya di ISRC Cawangan Sabah. Dia amat disegani dan juga ditakuti oleh pegawai – pegawai ISRC yang lain kerana ketegasannya.

Leon terkebil – kebil melihat Colline berdiri di hadapannya. Colline berpeluk tubuh sambil membuat muka yang masam. Dia langsung tidak berkata – kata tetapi Leon tahu ada sesuatu yang telah berlaku.

“We need to talk,” kata Colline dengan nada serius.

“Sure. Let’s talk,” balas Leon. Dia pun memeluk tubuh seperti Colline. Semua pegawai ISRC yang berada di situ sekali – sekala mengerling ke arah mereka berdua. Colline tahu mereka sedang memerhatikannya dan Leon.

“In private,” kata Colline pula. Colline masuk ke dalam pejabat Leon tanpa diundang. Leon mengikutinya dari belakang. Hatinya dapat meneka topik perbualan mereka nanti. Leon sudah dapat meneka siapa yang memberitahu Colline tentang proposal Field Worknya itu.

“Kenapa Leon tidak berbincang dengan Sis dulu mengenai proposal Field Work Leon tu?” kata Colline memulakan perbualan. Leon melonggarkan tali lehernya lalu duduk di kerusi. Colline pula mundar – mandir di dalam pejabat tersebut. Dia menantikan penjelasan Leon. Hatinya agak terkilan dengan tindakan adik angkatnya itu.

“Leon minta maaf sebab tidak memberitahu Sis terlebih dahulu. Tapi Leon dah lama menunggu peluang ini. Chief Danny pun dah bagi green light,” terang Leon kepada Colline.

“Jadi, Chief Danny menggalakkan Leon pergi mengetuai Field Work?” tanya Colline lagi.

“Tidak. Chief Danny langsung tiada kaitan dengan hal ini. This is my own decision.”

“Tapi Leon langsung tak ada field experience. Field Work yang dilakukan oleh ISRC tidak sama dengan field work waktu practicum Leon tu!” tambah Colline lagi.

“Leon tahu semua tu. Tapi Leon bekerja dengan ISRC bukan untuk menjadi pegawai dalaman sahaja. Leon ingin bertugas di luar macam Sis,” balas Leon pula.

Colline tidak menjawab kata – kata Leon itu. Dia pun berjalan ke arah tingkap pejabat Leon. Dia dapat melihat matahari sedang terbenam di luar tingkap tersebut. Buat sementara waktu, bilik itu menjadi senyap semula. Yang kedengaran cumalah bunyi penyaman udara yang berada di dinding pejabat Leon.

Leon hanya memerhatikan Colline. Dia tahu Colline tidak akan bersetuju dengan keputusannya untuk menjadi ketua bagi satu projek Field Work. Sebab itulah Leon menegah Danny dari memberitahu Colline mengenai keputusannya itu. Colline amat mengambil berat tentang dirinya. Kadang – kadang sehingga ke makan minumnya pun Colline akan ambil tahu. Selain daripada itu, setiap keputusan yang bakal dilakukan oleh Leon pasti akan dibincangkannya dengan Colline terlebih dahulu.

Ada sebab – sebab tertentu mengapa Colline tidak mahu Leon bertugas di luar. Kadang – kadang tugas yang dilakukannya, sebagai seorang Meteorologist adalah amat merbahaya. Pernah sekali salah seorang anak buah Colline terkena radiasi sebiji meteorit yang terhempas di Laos. Anak buahnya itu mengalami kekejangan dan terus sahaja mati kerana saluran pernafasannya membengkak kesan daripada radiasi tersebut. Colline cuma mampu melihat kerana tiada apa – apa yang mampu dilakukannya. Colline tidak ingin kejadian yang sama menimpa Leon. Lebih – lebih lagi apabila keluarga Colline sendiri sudah menganggapnya seperti adiknya sendiri. Dia juga tidak ingin kehilangan seorang ‘adik’ lagi.

“Leon tahu Sis ambil berat dengan Leon. Leon hargai semua itu tapi kali ini, biarlah Leon membuat keputusan sendiri,” Leon menuturkan kata – kata itu dengan lembut. Leon amat menghormati kakak angkatnya itu, sebab itulah dia akan berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat apa – apa jua keputusan. Namun kali ini Leon ingin membuat keputusannya sendiri. Dia tak boleh terus bergantung dengan kakak angkatnya. Ini kerana dia memegang prinsip “Kamu yang menentukan takdir kamu sendiri.”

Colline menghela nafas dengan perlahan. Kata – kata Leon itu ada betulnya. Mungkin selama ini dia tidak pernah memberi peluang kepada Leon untuk membuat keputusan sendiri. Akhirnya dia pun bersetuju dengan keputusan Leon itu. “Okey. Sis setuju dengan keputusan Leon tetapi ada syaratnya,” ujar Colline kepada adik angkatnya itu.

“Apa syarat Sis tu?” tanya Leon pula.

“Leon mesti tunggu Sis balik dari Field Work Sis di Pulau Banggi dahulu sebelum Leon menerima apa – apa Field Work dari Chief Danny. Setuju?”

“Sis nak ikut sama dalam Field Work Leon ke?” kata Leon, hairan dengan syarat Colline itu. Seboleh – bolehnya, dia ingin menguruskan Field Worknya sendiri.

“Bukan begitu maksud Sis. Kalau Sis dah balik dari Pulau Banggi, bolehlah Sis berikan bantuan teknikal pada Leon dari HQ nanti. Leon jangan bimbang, Sis tak akan turut serta dalam Field Work Leon. Lagipun Leon ingin buat kerja sendiri kan?” jawab Colline sambil tersenyum.

Leon membalas senyuman Colline itu. Dia pun berjalan menghampiri kakak angkatnya dan memegang kedua – dua belah bahunya. “Thank you Sis,” ucapnya kepada Colline. Colline mengangguk dan menjentik hidung Leon dengan manja. Leon menyentuh hidungnya yang pedih itu. Kemudian, mereka bersama – sama ketawa.

*********************************************************************************

*Truut...Truuut*

Tiba – tiba bunyi interkom di atas meja Colline itu berbunyi. Colline lantas terbangun dari lelapnya. Dia mengesat matanya beberapa kali. Bunyi interkom itu berterusan. “It was a dream,” getus hatinya. Dia teringat kembali butir – butir mimpinya tadi. Hatinya tiba – tiba terasa hiba bila memikirkan nasib yang telah menimpa Leon. Tetapi dia membuang perasaan itu jauh – jauh. “Cukuplah semua ini,” bisik hatinya. Selepas mengeliat beberapa kali, dia pun menekan butang answer di atas interkom itu.

“Yes?” kata Colline.

“Sorry for disturbing you Professor. Professor Poly would like to see you,” suara Gabriella jelas kedengaran dari corong interkom tersebut.

“Thanks. Please send her in,” balas Colline.

“Yes Professor.”

Pintu pejabat Colline dibuka dan Poly melangkah masuk ke dalam. Dia membawa beberapa buah fail yang tebal di tangannya. Poly pun terus duduk di kerusi berhadapan dengan meja Colline. Fail – fail yang dibawanya itu diletakannya di atas meja.

“So, how was your holiday?” tanya Poly sambil tersenyum.

Colline membalas senyuman Poly itu dengan senyuman ‘pahit’. Dia membetulkan duduknya dan terus menelaah fail – fail yang dibawa oleh Poly itu. Poly memandang wajah Colline dan terus menanti jawapannya.

“Biasa saja. Colline balik ke rumah dan menerangkan parents Colline apa yang telah berlaku,” kata Colline. Air mukanya langsung tidak menunjukkan apa – apa perasaan. Poly sedar yang Colline masih tidak dapat melupakan kesedihannya.

“Bagaimana dengan penerimaan parents Colline?” tanya Poly lagi.

“Papa menerimanya dengan baik. Mama pula pitam sebaik sahaja mendengar berita tersebut. Papa dan Auntie Lin terpaksa memapahnya ke biliknya,” terang Colline.

Masih terpahat di ingatannya kesedihan yang dialami oleh mamanya ketika dia memberitahu yang Leon sudah tiada lagi di dunia ini. Mamanya tiba – tiba kaku dan terus sahaja pitam di hadapannya. Colline tahu betapa mamanya menyayangi Leon. Kehadiran Leon di dalam keluarga Sullivan seolah – olah mengisi kekosongan yang mereka rasai semenjak pemergian Daryl. Namun, kesedihan dan kesengsaraan yang melanda mereka muncul kembali dengan kematian Leon. Mereka harus belajar menerima kebenaran itu sekalipun ianya pahit bak hempedu.

“Poly faham keadaan Colline. Emm, ada apa – apa yang boleh Poly lakukan untuk membantu Colline?”

“It’s okay. Poly tak perlu buat apa – apa. Colline sedikit sebanyak sudah dapat menerimanya.”

“Baguslah kalau macam tu. Poly pun rasa mendiang Leon tak ingin kakak angkatnya terus sahaja bersedih,” kata Poly dengan nada memujuk.

“You’re right,” kata Colline, lantas tersenyum. Poly memegang tangan kawan karibnya itu dan membalas senyumannya.

“Colline banyak – banyakkan bersabar, okey?” balas Poly dan berdiri lalu meninggalkan pejabat Colline. Pintu pejabat Colline tertutup semula. Bilik itu pun sunyi semula. Sayup – sayup kedengaran bunyi kenderaan dari luar pejabat Colline itu. Colline berdiri dari tempat duduknya dan menyimpan fail – fail yang dibawa oleh Poly itu ke dalam kabinet di belakang meja pejabatnya. Dia pun berjalan menuju ke tingkap pejabatnya. Dia pun membuka sliding window pejabatnya. Angin yang menyamankan masuk ke dalam bilik berhawa dingin tersebut. Colline membiarkan angin itu menyentuh wajahnya. Di dalam hatinya dia berdoa,”God, please bless Leon’s soul and may he rest in peace.”

*********************************************************************************

Poly bertembung dengan Danny yang sedang berdiri di luar pejabat Colline. Danny sudah pun berada di situ sejam yang lalu tetapi membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja. Dia masih berasa serba – salah untuk bertemu dengan Colline.

“How is she Poly?” tanya Danny pada Poly, ingin mengetahui keadaannya.

“She’s doing fine. Danny tak perlu bimbang,” jawab Poly sambil tersenyum.

Poly dapat melihat dari riak wajah Dannya bahawa dia benar – benar bimbangkan Colline. Danny memang mengambil berat dengan diri Colline cuma mungkin dia tidak berapa pandai menunjukkannya.

“Patutkah Danny pergi bertemu dengannya?” tanya Danny meminta pendapat Poly. Danny mengutarakan pertanyaan itu kerana Colline seolah – olah mengelak dari bertemu dan bercakap dengannya sejak kejadian tersebut. Colline juga enggan menjawab panggilan telefon dan juga smsnya. Ini membuatkan Danny resah tak menentu.

Poly tersenyum dan memegang bahu kiri Danny, “Give her some more time, okay? Dia akan bercakap dengan Danny semula bila dia sudah bersedia.” Danny mengangguk lemah dan bersetuju dengan pendapat Poly itu. Poly pun meninggalkan Danny dan pergi untuk menyambung kerjanya yang belum selesai.

Danny menghela nafas lesu dan berjalan meninggalkan tempat itu sambil diperhatikan oleh Gabriella. Dalam hatinya, Danny berjanji untuk menjadi seorang teman lelaki dan tunang yang baik bagi Colline. “I will take care of you Colline. I promise you,” getus hatinya.

No comments: