Sunday, January 27, 2013

Chapter 35: The Plague - "Reunion" Part Final


Waktu malam, Di sebuah Gurun Pasir, Australia...
Pusat Penyelidikan Sains ISRC cawangan Australia, jauh di dalam gurun pasir. Kelihatan makmal – makmal dalam pusat penyelidikan sedang terbakar menyala – nyala. Lampu kecemasan berwarna hijau memenuhi seluruh ruang pusat penyelidikan. Mayat – mayat pegawai – pegawai ISRC sedang bergelimpangan di atas lantai. Tubuh mereka dipenuhi darah dan mereka semua kelihatan dibunuh dengan kejam sekali. Satu susuk tubuh berpakaian serba hitam sedang berjalan melalui makmal itu. Ianya kelihatan sedang mencari sesuatu.
Ia pun tiba di hadapan sebuah pintu kebal titanium yang berada di bahagian bawah pusat penyelidikan. Lembaga itu mengeluarkan kad keselamatan dan memasukkannya di dalam panel kawalan pintu. Selepas memasukkan password, pintu gergasi itu terbuka dengan sendirinya. Lembaga itu melangkah masuk. Ruang di dalam bilik kebal itu kelihatan kosong. Hanya terdapat sebuah peti besi berkaca di bahagian tengah – tengah bilik kebal tersebut. Di dalam peti besi itu kelihatan 3 biji picagari berbentuk pistol. Di dalam setiap picagari itu ialah cecair berwarna biru neon yang bercahaya di dalam gelap. Lembaga itu tersenyum. Ia pun menekan butang berwarna merah yang terdapat di bahagian tepi peti itu. Kaca tebal yang melindungi picagari tadi pun terbuka. Lembaga itu mengambil ketiga – tiga picagari itu dan memasukannya ke dalam kotak kedap udara. Kemudian ia pun meninggalkan makmal.
Tidak lama kemudian lembaga berbaju hitam itu telah pun berada di luar pusat penyelidikan. Ia menaiki sebuah kereta pacuan 4 roda dan memecut ke tengah – tengah gurun pasir. Beberapa minit kemudian, ia tiba di destinasi. Lembaga itu kini berada di sebuah tebing cenuram yang tinggi. Ia melihat jam tangan, tepat jam 2.03 pagi. Tiba – tiba dia terdengar derapan kaki dari arah belakang. Satu susuk tubuh berjubah merah darah sedang mendekatinya. REFLUCIS. Lembaga berbaju hitam itu pun sujud di hadapan REFLUCIS. Kemudian tudung kepalanya dibuka, menampakkan wajahnya yang sebenar. Lembaga berbaju hitam itu adalah Arufa.
Master, I have retrieved what you requested,” kata Arufa dan memberikan kotak kedap udara itu kepada REFLUCIS.
RELUCIS menolak kotak kedap udara itu. Arufa berasa hairan kenapa tuannya enggan menerima ‘barang’ yang dikehendakinya. REFLUCIS berjalan mendekati cenuram. Matanya merenung Bulan yang sedang bersinar dengan terang sekali. Dia mengukir senyuman ‘misteri’.
There is another thing that I wanted you to do,” kata REFLUCIS kepada Arufa.
Tell me what it is Master and I shall do it for you!” Arufa menjawab sambil berdiri mendekati REFLUCIS.
You must deliver this box to Chief Director Danny Dexter Lewis. Persuade him to use it!” REFLUCIS memerintahkan Arufa memberikan kotak kedap udara itu kepada Danny.
What if he refuse?
Ha ha ha, he will not refuse. Do this for me, go now.”
It will be as you commanded, my Master,” Arufa pun kembali semula ke kenderaannya dan meninggalkan tempat itu. Tinggallah REFLUCIS seorang diri di cenuram. Dia memandang semula Bulan yang sedang mengambang dan bersinar terang. Dia ketawa terkekeh – kekeh, berasa gembira tentang sesuatu.
“Tak lama lagi... Tak lama lagi, Aku akan bangkit semula. Planet ini akan menjadi pentas pertarungan terakhir di antara Aku dan kau KRAIZA!!! Muahahahahahahahah!!!”
Suara ketawa REFLUCIS itu menggeggarkan seluruh kawasan di situ. Unggas – unggas dan haiwan – haiwan bertempiaran lari ketika mendengar suara ketawa REFLUCIS yang amat nyaring. Tidak lama kemudian suatu fenomena ganjil muncul di atas permukaan Bulan. Suatu ‘titik’ seakan – akan mata gergasi berwarna merah muncul secara tiba – tiba di atas permukaan Bulan. REFLUCIS pun ghaib seperti angin.
Siapakah gerangannya “KRAIZA”? Apakah kaitan nama itu dengan REFLUCIS?
 ********************************************************
Berbalik kepada Colline...
Colline sedang berjalan melalui sebuah taman bunga yang amat cantik sekali. Dia hairan bagaimana dia boleh berada di sini. Dia kenal tempat ini. Tempat ini adalah Taman Botani yang berada di universiti di mana Colline dan Leon sama – sama menuntut dulu. Selepas berjalan selama beberapa minit, Colline terlihat Leon sedang duduk di sebuah bangku panjang seorang diri. Colline pun berjalan mendekatinya.
“Leon? Tetapi, bukankah kamu telah pun meninggal dunia?” tanya Colline.
Leon memandang wajah Colline. Air mukanya kosong. “Sis Colline perlu tinggalkan tempat ini.”
Colline berasa hairan dengan apa yang dikatakan oleh Leon. “Apa maksud Leon? Adakah in mimpi?”
Leon pun berdiri. “Sis Colline dalam bahaya. Sis Colline kena tinggalkan tempat ini sekarang.” Suara Leon itu semakin tegas.
“Bahaya? Bahaya apa Leon?” tanya Colline lagi.
Leon menundingkan jarinya ke belakang Colline. Colline memalingkan mukanya ke belakang. Alangkah terkejutnya Colline melihat G-Mother atau Queen Grogan sedang berdiri di belakangnya. Dengan ganas G-Mother berdesis dan merodok perut Colline dengan cangkuk tajamnya! Colline menjerit kesakitan!
“AAAAAH!!” Colline terjaga dari mimpi ngerinya. Dahinya dibasahi peluh dingin. Rasa seram sejuk menyerang seluruh tubuhnya. Colline mengusap wajahnya berkali – kali. Selepas menarik nafas yang dalam, Colline mulai bertenang. Di lihatnya jam tangan, hampir jam 12 tengah malam. Colline meliarkan pandangannya, mesin penganalisa bahan kimia di hadapannya sedang berkelip – kelip dengan cahaya hijau. Itu menunjukkan analisis yang dikendalikan oleh Colline tadi telah pun siap. Colline mengeliat, cuba menghilangkan rasa letihnya. Mimpi ngeri yang dialaminya tadi cuba dilupakan. Mesin penganalisa bahan kimia itu didekatinya.
Cetakan laporan komputer yang berada di sebelah mesin itu dibacanya. Dahi Colline berkerut ketika membaca isi cetakan komputer itu. “Bintik – bintik hijau yang melekat di cermin bilik Pesakit Alpha memiliki kandungan CFC (Kloroflorokarbon) sama dengan hembusan nafas manusia?” tanya Colline pada dirinya sendiri. Barulah Colline faham bagaimana penyakit ini merebak. Ianya berjangkit melalui ‘nafas’ mereka yang telah dicemari virus Grogan melalui lubang dibahagian belakang kepala mereka. Apabila mereka yang telah dijangkiti menghembus atau batuk kepada mereka yang normal, virus itu akan berjangkit melalui nafas mereka. Laporan itu dibaca lagi. Mengikut laporan itu, lendir yang dijumpai oleh Colline di dalam bilik Pesakit Alpha mempunyai 99.9% persamaan dengan struktur DNA Makhluk Grogan. Sekarang telah nyata bahawa Makhluk Grogan memang terlibat dengan perebakan wabak misteri ini. Dia harus memberitahu Poly mengenai penemuannya ini.
Colline baru sahaja ingin meninggalkan bilik itu namun ada sesuatu yang pelik membuatkannya menghentikan langkah. “Mana Dr. Hanna dan Dr. Erika?” getus hati Colline. Dia pun berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Kosong. Bilik mesyuarat itu kelihatan kosong tanpa sesiapa pun. Colline mendekati meja mesyuarat. Cawan berisi kopi itu disentuhnya. Ianya masih lagi panas. Melihat keadaan cawan yang bersih, Colline tahu minuman itu langsung tidak disentuh pun. Hati Colline mulai berdebar – debar. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Colline terlihat sesuatu pada bucu meja mesyuarat. “Bintik – bintik hijau!” jerit hati kecil Colline. Adakah ini bermaksud ‘makhluk’ itu ada masuk ke bilik ini? Tanpa membuang masa Colline bergegas ke wad kuarantin. Dia tahu Poly akan berada di sana, dan dia bimbang sesuatu telah pun berlaku. Sebaik sahaja tiba ke wad kuarantin, sekali lagi Colline terkejut. Hampir kesemua 130 pesakit yang ditahan disitu telah menghilangkan diri entah ke mana. Colline mengeluarkan telefon bimbit, nombor Poly didail. Tidak ada jawapan. “Shit!” Colline mendengus dan berlari menuju keluar dari Kem Tindakan Khas.
Belum pun Colline tiba ke pintu keluar, dia terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri berdekatan pintu keluar. Jantung Colline bertambah pantas degupannya. Colline mengamati susuk tubuh itu. Dia kenal siapa pemiliknya. “Poly? Is that you?” tanya Colline sambil mendekati Poly yang sedang berdiri berdekatan pintu. Memang itu adalah Poly, tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Wajah Poly itu kelihatan ‘kosong’ dan amat pucat sekali. Colline memegang bahu sahabatnya. “Poly tak apa – apa?” tanya Colline lagi. Tidak ada jawapan dari Poly. Apabila diamati dari jarak dekat, Colline terlihat sesuatu pada leher Poly. Urat – urat hijau  yang sama ada pada mereka yang dijangkiti!
Poly tiba – tiba mencekik leher Colline dengan kuat sekali! “Arghh! Poly buat apa ni! Ini Colline!” Colline berteriak kesakitan namun Poly tidak mengendahkannya. Poly menolak Colline sehingga Colline terduduk di meja berdekatan. Mata Poly terbeliak dan kelihatan merah dan berair! Colline tahu Poly kini telah dijangkiti oleh virus Grogan. Colline sedaya – upaya meleraikan tangan Poly itu tetapi gagal. Pada saat itu Poly mengnga – ngakan mulut dan mendekatkannya ke mulut Colline. Asap berwarna kuning mulai keluar dari kerongkong Poly, bau kayu yang dimakan anai – anai memenuhi ruang! Colline tahu jika dia tidak melepaskan diri, dia bakal dijangkiti virus itu. Colline mencapai pasu bunga yang berada di atas meja dan memukul kepala Poly dengan tujuan untuk memitamkannya. Poly rebah, tidak sedarkan diri. Colline terbatuk – batuk, sesak nafas. Namun dia segera mendekati Poly dan memeriksa nadinya. Poly hanya pitam, cuma dahi kirinya kelihatan lebam. “Maafkan Colline Poly,” kata Colline dengan kesal.
Pintu keluar Kem Tindakan Khas itu terbuka. Kolonel Ravi dengan anggota – anggota GDTF yang ditugaskan disitu masuk ke dalam. Mereka juga telah dijangkiti virus Grogan! Mereka pun berjalan seperti orang yang mabuk ke arah Colline dan cuba menyerangnya. Colline segera berlari masuk ke dalam bilik mesyuarat dan menguncinya dari dalam. Keadaan amat merbahaya bagi Colline kerana lebih ramai orang yang dijangkiti virus Grogan masuk ke dalam Kem Tindakan Khas itu. Mereka semua cuba memecahkan pintu dan tingkap kaca bilik mesyuarat. Colline mesti meninggalkan bilik itu sebelum terlambat, dia pun berlari keluar dari bilik itu melalui bilik observasi dan kembali ke wad kuarantin. Ada pintu keluar di wad kuarantin dan itu adalah destinasi Colline sekarang. Belum pun sempat Colline membuka pintu belakang wad kuarantin, dia ditarik dengan kasar dari belakang oleh seseorang! Colline jatuh tersembam ke tanah.
“Dr. Hanna! Dr. Erika!” jerit Colline. Orang yang menarik Colline itu adalah Dr. Hanna dan Dr. Erika yang juga telah dijangkiti virus Grogan. Dr. Hanna menarik tangan Colline ke belakang dan menahannya dari bergerak. Manakala Dr. Erika memegang kepala Colline agar tidak dapat bergerak dan mengelak. Dr. Erika membuka mulutnya, ingin memindahkan virus itu kepada Colline. Colline cuba sedaya – upaya untuk meloloskan diri namun gagal! Cengkaman Dr. Hanna itu luar biasa kuatnya. Colline menjerit histeria tatkala mulut Dr. Hanna itu semakin dekat ke hidungnya.
Tiba – tiba pintu wad kuarantin itu terbuka dan Lyneki meluru masuk ke dalam! Dengan gerak yang tangkas dia memukul belakang kepala Dr. Hanna dan Dr. Erika sehingga kedua – dua orang itu pengsan. Lyneki segera memegang pergelangan tangan kiri Colline dan menariknya keluar dari wad kuarantin. Mereka berdua berlari menuju ke sebuah lorong kecil di Bandar Raya Marudu untuk menyembunyikan diri. Selepas memastikan segalanya adalah selamat, Lyneki dan Colline pun duduk bersembunyi di sebalik sebuah tong sampah yang besar. Mereka berdua tercungap – cungap.
“Lyneki, saya tahu bagaimana virus itu merebak. Ianya melalui nafas yang dihembuskan oleh mereka yang telah dijangkiti,” terang Colline selepas mengatur semula pernafasannya.
“Ya, saya tahu. ‘Makhluk’ yang menyebarkan virus ini adalah juga dari Makhluk Grogan. Makhluk penyebar ini berbentuk manusia campuran serangga dan mungkin boleh menyerupai manusia. Saya ada bertempur dengan mereka di saliran bawah tanah. Nampaknya mereka sedang mengumpulkan orang – orang yang dijangkiti di situ. Untuk apa, saya juga belum cukup pasti,” giliran Lyneki memberitahu Colline apa yang diketahuinya.
“Melihat situasi sekarang, hampir keseluruhan penduduk bandar ini telah dijangkiti. Poly, Dr. Hanna dan Dr. Erika juga telah menjadi mangsa,” tambah Colline. Wajahnya sedih melihat musibah yang menimpa sahabat karibnya.
“Apa pelan tindakan kita sekarang Colline?”
There is only one thing to do. We need to find the “Vector” to devise a serum.”
That won’t be easy. Makhluk itu boleh mengubah wajahnya. Dengan keadaan sekarang ini, sukar bagi kita untuk menjejaknya.”
Mereka berdua mendiamkan diri. Masing – masing berfikir bagaimana caranya untuk mengatasi krisis yang sedang melanda Bandar Raya Marudu.
“Boleh Colline menghubungi ibu pejabat ISRC untuk meminta bantuan?” tanya Lyneki.
“Tidak. All communication is down. Ada sesuatu yang sedang mengganggu isyarat radio di kawasan Bandar Raya ini. Semua alat perhubungan termasuk telefon bimbit tidak berfungsi,” jawab Colline.
“Kalau begitu, hanya kita sahaja yang boleh mengatasi masalah ini. Colline, kita perlu pergi ke Jip yang kita naiki untuk datang ke sini. Ada alat di dalam kereta itu yang boleh membantu kita,” cadang Lyneki.
“Baiklah. Tetapi bagaimana dengan Poly dan yang lain? Kita tidak boleh membiarkan mereka begitu sahaja,” Colline menyuarakan kebimbangannya.
Don’t worry. Buat masa ini, saya yakin mereka semua tidak akan dibunuh kerana Makhluk Grogan ada fungsi yang lain untuk mereka,” jawab Lyneki.
“Jadi apa pelan Lyneki?”
“Mereka yang dijangkiti oleh virus ini pada mulanya dalam keadaan dorman. Saya rasa, ada ‘makhluk’ yang bertindak sebagai controller yang mengawal mereka semua. Kalau kita dapat pin-point kedudukan makhluk itu dan membunuhnya, link kawalan itu akan terputus dan mereka yang dijangkiti akan dorman semula. Langkah yang seterusnya adalah cuba meneutralkan virus yang ada dalam tubuh mereka. Pada pendapat saya, ini sajalah jalan yang kita boleh ambil sekarang,” Lyneki menerangkan pelannya kepada Colline.
“Saya menurut sahaja rancangan Lyneki. Mari kita bertindak sekarang!”
 ********************************************************
Pejabat Rahsia Presiden ISRC, ISRC Metropolis Kinabalu...
Lady Elita sedang menghadap 6 monitor gergasi bersaiz 60 inci. Apa yang sedang berlaku di Bandar Raya Marudu sedang terpapar di setiap monitor itu. Manusia – Manusia yang dijangkiti oleh Virus Grogan sedang merusuh dan merempuh pintu gerbang gergasi yang menjadi penghalang bagi kemaraan mereka ke Bandar Raya Kudat dan Bandar Raya Pitas. Anggota – anggota GDTF yang bertugas di situ terpaksa melepaskan tembakan bom asap dan pemedih mata untuk menghalang kemaraan mereka namun untuk berapa lama, itu tidak diketahui. Kini hampir 70% penduduk Bandar Raya Marudu telah menjadi mangsa Virus Grogan. Barta dan Gremma berdiri di belakang Lady Elita, diam sambil menunggu arahan seterusnya daripada Presiden ISRC itu.
How much time do we have?” tanya Lady Elita.
Less than 12 hours My Lady. If it continues to spread, all of Marudu City will fall to the virus by dawn,” jawab Barta.
Lady Elita mengeluh kecil. Dia sedih dengan apa yang telah menimpa Bandar Raya Marudu. Mereka sepatutnya adalah Caretaker untuk Planet Bumi. Namun krisis ini tetap berlaku dan dia harus berbuat sesuatu. Adalah menjadi hal yang terutama bagi ISRC untuk membasmi dan memusnahkan apa sahaja yang mengancam Planet Bumi sekalipun ianya melibatkan nyawa manusia. Bagi Makhluk Anjaier, melindungi Planet Bumi adalah lebih penting dari melindungi manusia sejagat. Namun, perasaan Lady Elita berbelah bahagi antara melindungi Bumi dan melindungi manusia. Presiden ISRC sebelumnya, Lord Jenkov Cassius, adalah seorang yang tidak berhati perut. Dia tidak akan teragak – agak membunuh mana – mana manusia seandainya mereka mengancam Planet Bumi. Lady Elita sendiri adalah sama sepertinya dahulu tetapi ‘seseorang’ telah mengubah persepsinya. Dan orang itu adalah orang yang teramat dicintainya.
My Lady, if this thing escalates, it will destroy this state and country. It will spread throughout the world. We must do something,” kata Gremma pula.
Commander Hezmi Ismail on the SRNF Valiant Carrier is currently deployed in Kudat City Bay. He is awaiting order on the Tactical Explosive Strike on Marudu City,” sebuah Armada Perang bernama ‘Valiant’ kini sedang menunggu arahan untuk menyerang Bandar Raya Marudu terang Barta.
Lady Elita memandang Barta dan Gremma. “Tell the Commander to stand down. Wait for further orders.”
But My Lady! The situation is grim! We need to act now!” Barta meminta Lady Elita bertindak.
Lady Elita mengangkat tangannya. “Lyneki and Professor Colline is in Marudu City. They will be able to stop this plague. We must have faith in them.”
Mendengar kata – kata Presiden mereka itu, Barta dan Gremma pun akur. Mereka pun meninggalkan bilik pejabat Lady Elita. Lady Elita berjalan keluar ke taman di luar pejabatnya. Sinaran Bulan purnama menyimbahi pokok – pokok dan air kolam di taman itu. Lady Elita memandang ke arah Bulan. Hatinya tiba – tiba tersentuh dengan memori lama. Mindanya teringat semula ketika dia masih seorang pegawai ISRC yang biasa. Ketika itu dia bertugas di bahagian ETDF (Extra-Terrestrial Defense Force) di ISRC US. Lady Elita memakai kot dengan skirt pendek berwarna hitam. Rambutnya paras bahu dan diikat kemas di belakang. Dia sedang berbicara dengan seorang lelaki kacak yang bertocang. Lelaki itu juga memakai kot hitam sepertinya.
“Elita, berjanjilah dengan saya engkau akan melindungi manusia di planet ini.”
“Kau sendiri tahu akibat mengkhianati organisasi! Kau sanggup kehilangan segala – galanya kerana seorang manusia?”
“Saya tidak boleh berkhidmat dengan organisasi yang tidak berperi – kemanusiaan. Melindungi manusia itu lebih mulia daripada melindungi planet ini.”
“Kau mencintai manusia itu?”
“Lebih daripada nyawa saya sendiri.”
“Bagaimana dengan saya? Tidakkah engkau hargai perasaan saya?”
“Maafkan saya Elita. Saya hargai perasaan kamu itu, seikhlasnya.”
“Mereka akan membunuh kau. Wanita itu juga akan dibunuh.”
“Tidak. Mereka boleh membunuh saya. Tetapi mereka tidak akan dapat menyentuh dia.”
“Tak sangka kau benar – benar mengambil berat dengan wanita itu.”
“Mungkin ini yang dikatakan ‘Cinta’. Elita, saya ada satu permintaan lagi.”
“Apa dia?”
“Tolong jaga anak saya kelak. Dia akan memerlukan pertolongan kamu.”
“Kenapa saya harus membantu dia?”
“Kerana saya tahu siapa diri kamu Elita.”
Lady Elita menitiskan air mata. Dia kelihatan menangis teresak – esak bagaikan kanak – kanak yang kehilangan ibu. Siapa agaknya lelaki bertocang yang benar – benar dicintai oleh Lady Elita itu? Lady Elita mengeluarkan seutas kalung dari bajunya. Kalung itu berbentuk bunga mawar. Lady Elita mendekatkan kalung itu di dadanya. Matanya dipejamkan. “Mengapa? Mengapa kau yang harus pergi dulu... Ra-Iz.”
********************************************************
Waktu malam, Bandar Raya Marudu...
Kini seluruh Bandar Raya Marudu dipenuhi oleh mereka  yang dijangkiti oleh Virus Grogan. Mereka kelihatan berlegar – legar di jalan raya seperti orang yang gila. Anggota tentera GDTF yang berkawal di gerbang keluar Bandar Raya Marudu juga semakin tertekan kerana, mereka tidak diberikan arahan menembak penduduk sehinggalah arahan dari Labuan diberikan. Mereka yang dijangkiti juga mulai memanjat dinding dan mengancam anggota – anggota tentera GDTF yang berkawal.
Lyneki dan Colline berjaya sampai ke jip selepas berlawan dengan berpuluh – puluh orang yang dijangkiti. Lyneki membuka pintu belakang jip dan menarik keluar sebuah kotak besi militari yang berwarna hitam. Terdapat logo SAGI pada kotak itu. Pintu kotak itu dibuka dan menampakkan isinya. Lyneki mengambil sebuah binokular canggih yang berbentuk seperti penutup mata lanun. Alat itu adalah pengesan berteknologi canggih yang perlu dipasangkan ke mata kiri si pemakai. Dia memberikan satu lagi binokular itu kepada Colline.
“Apa benda ini?” tanya Colline.
“Ini adalah gadget ciptaan ISRC US yang terbaru. Ia dipanggil G-EYE System. Ia digunakan untuk mengesan Makhluk Grogan yang berkebolehan untuk menyamar menjadi manusia. Alat ini akan menunjukkan struktur abdomen dalaman dan suhu badan mereka,” terang Lyneki sambil memasangkan alat itu ke mata kirinya.
Colline mendiamkan diri selepas mendengar penerangan Lyneki. Alat di tangannya itu direnung. Lyneki sedar perubahan wajah Colline.
“Colline tak apa – apa?” tanya Lyneki.
“Lyneki, kamu katakan SAGI ditubuhkan hanya beberapa bulan yang lalu. Tetapi peralatan yang kamu semua gunakan ini seolah – olah telah dicipta sejak dulu lagi. Beritahu saya sesuatu, adakah ancaman Makhluk Grogan hanya ada di Sabah atau negara – negara yang lain?” kata Colline dengan nada yang serius.
Lyneki terpaku mendengar persoalan Colline itu. Tak sangka gadis di hadapannya itu memiliki daya penaakulan setinggi itu. Serba sedikit dia mengkagumi profesor yang sedang berdiri di hadapannya.
“Ha ha ha. Daya penaakulan Colline memang tajam sekali. I’ll answer that question after we deal with the Grogans here, fair enough?
Fair enough,” jawab Colline sambil tersenyum. Namun kebimbangan masih jelas terpapar di hati Colline. Bagaimana kalau situasi yang sedang melanda Sabah ini juga sedang berleluasa di negara – negara lain? Mampukah ISRC menanganinya?
“Nah, Colline mungkin perlukan ini,” Lyneki memberikan Colline sebuah pistol jenis .44 Magnum dengan bekalan peluru Tranquilizer yang boleh memitamkan seekor gajah.
Colline mengambil pistol itu dan memakai G-EYE System di mata kirinya. “Tapi, bagaimana kita menjejak target kita itu nanti?” tanya Colline.
“Jangan bimbang tentang itu. Jikalau tekaan saya betul, target itu akan bertindak seperti seekor serangga. Dan lebih tepat lagi, seperti Queen Bee (Permaisuri Lebah). Dia pasti berada di tengah – tengah koloni dan bertindak sebagai controller,” terang Lyneki.
We kill the target and the link will be severed?
I think so. Baiklah, mari kita bertolak sekarang.”
Selepas membuat perancangan, mereka berdua berjalan menyusuri lorong – lorong di belakang bangunan untuk mengelak dari dikesan oleh mereka yang dijangkiti. Selepas melepasi beberapa bangunan kedai, Lyneki dan Colline tiba ke pusat Bandar Raya Marudu. Terdapat sebuah padang yang amat luas di pusat Bandar Raya Marudu. Beribu – ribu orang sedang berkumpul dan berjalan mengelilingi sesuatu di tengah – tengah padang itu. Lyneki memberi isyarat kepada Colline untuk menaiki bangunan yang lebih tinggi agar mereka boleh melihat kawasan itu dengan lebih luas. Colline mengangguk dan mereka berdua memanjat sebuah tangga besi yang menuju ke bumbung bangunan 12 tingkat. Selepas beberapa minit, mereka berdua tiba ke atas bumbung. Mereka mendekati tebing bumbung dan duduk mencangkung. Suis G-EYE System ditekan. Binokular super canggih itu pun mengzoom ke tengah – tengah padang.
Melalui G-EYE Sytem, setiap manusia yang berkumpul di situ diimbas oleh alat tersebut. Beberapa minit kemudian, Lyneki dan Colline menjejaki target. Susuk tubuh yang diimbas oleh G-EYE Sytem kelihatan seperti manusia tetapi organ dalaman dan juga suhu badannya tampak berbeza sekali. Susuk tubuh itu memakai kot bulu berwarna biru tua dan juga bertudung. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi tudung baju yang dipakainya.

“Itu target kita. Persoalan sekarang, bagaimana kita membunuhnya?” tanya Colline kepada Lyneki.
Lyneki mendiamkan diri seketika. Pandangannya tetap ke arah lembaga yang memakai jaket bulu. Di dalam hati dia mengira berapa banyak manusia yang sedang berkumpul di tengah – tengah padang. Mungkin mencapai 15000 orang. Untuk mendekatinya adalah sesuatu yang mustahil. Lyneki berdiri dan membuka kot panjang yang dipakainya. Kini dia hanya memakai singlet ketat berwarna hitam. Di pinggangnya kelihatan senjata pelik yang digunakannya untuk membunuh Ular Gergasi yang berada di sistem saliran bawah tanah Bandar Raya Marudu. Mata Colline terbeliak ketika melihat senjata itu. Ada sesuatu mengenai senjata itu yang membuatkan hatinya menjadi resah.
“Lyneki, apa senjata itu?” tanya Colline menundingkan jarinya ke arah senjata di pinggang Lyneki.
“Maaf. Saya tidak boleh memberitahu Colline sekarang. Saya ada pelan untuk mendekati target. Tetapi saya perlu melakukan ini seorang diri. I want you to stay here and wait for me,” Lyneki meminta Colline untuk tinggal di situ.
“Lyneki ingin menyerang target seorang diri! Lyneki tidak mungkin dapat melakukannya!” Colline tidak bersetuju dengan keputusan Lyneki itu.
“Jangan bimbang, saya telah dilatih untuk misi seperti ini.”
“Tidak. Kalau Lyneki ingin melakukan ini, saya akan membantu Lyneki.”
“Colline pasti? Tugas ini teramatlah bahaya.”
“Saya pasti. Lagipun saya tidak lakukan ini untuk diri saya, tetapi untuk Poly dan mereka yang dijangkiti oleh Virus Grogan.”
Lyneki tersenyum mendengar kata – kata Colline.
Lyneki dan Colline pergi mencari Balai Bomba yang berdekatan. Memandangkan Ahli Bomba juga telah dijangkiti oleh Virus Grogan, Balai Bomba itu kosong tanpa penghuni. Lyneki mencari kunci sebuah Trak Bomba. Selepas menjumpainya, mereka berdua menaiki Trak Bomba itu dan segera membawa kenderaan itu menuju ke arah himpunan orang di tengah – tengah padang. Colline segera naik ke atas belakang Trak Bomba. Hos berkuasa tinggi itu dihidupkan dan Colline menyemburkan air ke arah mereka yang dijangkiti! Mereka pun rebah dan terbaring di atas tanah ketika air itu terkena setiap mereka. Kesempatan ini diambil oleh Lyneki untuk menggunakan ruang kosong itu untuk menyerbu ke arah target yang sedang berdiri di atas pentas.
Namun bahaya masih mendekati mereka berdua. Mereka yang tidak terkena pancutan air dari Trak Bomba itu bertindak memanjat trak dan cuba menyerang Colline. Colline melepaskan tembakan ke arah mereka. Satu – persatu mereka jatuh semula ke atas tanah, pitam tidak bergerak. Colline tahu dia tidak akan dapat bertahan lama. Dia memandang ke arah Lyneki yang sedang berlari menuju ke target. “Hurry Lyneki!” getus hati Colline. Tiba – tiba Poly melompat dan berdiri di hadapan Colline. Dia merenung Colline dengan tajam sekali. “Poly!” kata Colline. Muncung pistol .44 Magnum itu bergegar di dalam genggamannya. Colline tahu peluru itu hanya akan memitamkan mangsanya, namun dia tidak sanggup menembak kawan karibnya itu.
Lyneki pula kini berhadapan dengan target. Lyneki dapat melihat mata besar bagaikan mata serangga milik makhluk itu samar – samar di bawah sinaran Bulan. Lyneki menghalakan senjata uniknya ke arah makhluk itu. Dia pun berbicara dengan makhluk itu menggunakan bahasa yang Grogan. Siapakah Lyneki ini kerana dia boleh berbicara dengan makhluk itu menggunakan Bahasa Grogan?

[Dalam Bahasa Makhluk Grogan]
“Apa yang cuba kamu lakukan di sini! Jawab atau senjata aku ini akan memecahkan kepala otak mu!” kata Lyneki dengan suara yang lantang.
Makhluk itu menggerak – gerakkan lehernya dengan gerakan yang pelik sebelum membuka tudung jaketnya. Lyneki dapat melihat wajah hodoh makhluk itu kini. Ia memiliki mata besar seperti mata semut, mulutnya terdiri daripada 4 cangkuk seperti mulut cacing pita. Terdapat jarum panjang yang terjulur keluar dari mulutnya. Wajah makhluk ini sama dengan apa yang Lyneki hadapi di saliran bawah tanah Bandar Raya Marudu yang berbeza adalah warna kulitnya yang merah gelap atau maroon berbanding hijau zamrud seperti yang lain. Mungkin makhluk ini adalah ketua bagi makhluk yang lain itu.
“IBU memerintahkan kami untuk mengumpulkan manusia di tempat ini untuk dijadikan makanan bagi menghidupkan SANG PEMUSNAH” mulut makhluk itu berdecit – decit ketika menjawab soalan Lyneki.
“Apa maksud kamu? Siapa itu SANG PEMUSNAH?”
“Planet ini akan kami ‘bersihkan’ daripada hidupan yang lain. SANG PEMUSNAH akan membersihkan planet kotor ini daripada makhluk seperti kamu semua.”
“Kamu tak akan berjaya! Aku akan pastikan kamu semua mati sebelum SANG PEMUSNAH kamu itu dapat dihidupkan!”
Pada saat itu makhluk itu memuntahkan lendir berwarna hijau ke tangan kanan Lyneki yang memegang senjata! Lendir itu segera mengeras dan mengakibatkan Lyneki tidak dapat menekan pelaras penembak senjata. “Shit!” Lyneki mendengus dan cuba memecahkan lendir itu namun lendir itu keras bagaikan keluli. Makhluk itu pun meluru ke arah Lyneki dan menyerangnya. Dengan lincah Lyneki mengelak pukulan makhluk itu, lalu dia pun mengatur serang balas dan melepaskan penendang padu tepat ke dada makhluk itu. Makhluk itu jatuh terlentang di atas pentas. Lyneki tidak membuang masa, dia segera mengambil sebatang besi paip yang berada di situ untuk dijadikan senjata. Makhluk itu bangun semula dan menyerang Lyneki dengan cakarnya yang tajam. Lyneki mengelak sedaya – upaya dan melepaskan pukulan tepat ke leher dan kepala makhluk itu! Ia menjerit kesakitan, saat itu juga Lyneki memukul kaki makhluk itu sehingga ia jatuh terlentang semula. *JUB!* Dengan sekuat – kuat hati, Lyneki menikamkan batang paip itu tepat ke dada makhluk tadi dan membengkokkannya. Kini makhluk itu terpaku di atas lantai pentas namun ia masih meronta – ronta cuba melarikan diri.
Kesempatan itu diambil oleh Lyneki untuk memecahkan lendir yang menyaluti tangan kanannya. Sebiji alat kecil berbentuk pemetik api kecil diambilnya dari saku seluar. Alat itu dihalakan ke arah lendir tadi dan dihidupkan. Suatu pancaran laser merah berkuasa tinggi muncul dari alat tadi dan memotong lendir yang bagaikan keluli itu. Selepas beberapa saat, lendir itu pecah dan tangan kanan Lyneki bebas semula. Dia segera mendekati makhluk itu dan menghalakan senjatanya ke kepala makhluk itu. “This is the end!” kata Lyneki dan mengaktifkan senjatanya. Namun pada saat itu Dr. Hanna dan Dr. Erika menarik Lyneki ke belakang dan menekannya di atas lantai. Beberapa orang lagi yang dijangkiti naik ke atas pentas dan mengerumuni Lyneki.
Sementara itu, Poly semakin mendekati Colline. Colline berundur setapak demi setapak ke belakang dan entah bagaimana, dia tergelincir dan jatuh dari atas Trak Bomba. Colline menyeringai kesakitan. Lengan kirinya terkoyak kerana bergeser dengan jalan tar dan pandangannya berpinar. Poly hanya memandang ke arahnya dari atas Trak Bomba, wajah tanpa perasaan. Tiba – tiba berpuluh – puluh orang mengelilingi Colline dan memegang seluruh anggota tubuhnya dengan kuat. Colline bertambah panik apabila melihat Poly mendekatinya dari arah hadapan. Poly membuka mulutnya seperti tadi, ingin memindahkan Virus Grogan itu kepada Colline. Keadaan amat genting sekarang baik bagi Colline mahupun Lyneki. Adakah mereka akan menjadi mangsa kepada ‘sahabat – sahabat’ mereka sendiri?
Jawapannya adalah tidak! Pada saat itu suatu sinar cahaya berawarna hijau muncul di ruang angkasa Bandar Raya Marudu. Sinar cahaya itu mengecil dan kini berwarna biru muda. Ia membentuk tubuh manusia dan turun ke bumi secara perlahan – lahan. Mereka yang dijangkiti menutup mata mereka, seolah – olah tidak menyukai cahaya biru itu. Mereka melepaskan Colline melarikan diri sedaya – upaya dari cahaya itu. Sebaik sahaja tubuh bercahaya itu mendarat di atas bumi, Colline dapat melihat apakah ia. Tubuh bercahaya itu adalah Zaiva atau lebih tepat lagi Rayz yang telah memakai baju perisai Zaiva. “Rayz!” jerit Colline, berasa amat gembira dapat bertemu semula dengan jejaka itu. Rayz mendekati Colline.
“Colline tak apa – apa?” tanya Rayz.
“Ya, cuma luka sedikit sahaja,” jawab Colline sambil memegang tangan kirinya.
Rayz mengangguk. Dia menyentuh tangan Colline yang terluka itu, dalam sekelip mata luka di tangan Colline itu mulai menyembuh dengan kadar yang amat pantas. Rayz membantu Colline berdiri. Buat seketika mereka berdua mendiamkan diri tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Namun Rayz juga tahu masa itu bukanlah yang sesuai untuk berbicara mengenai hal mereka berdua.
“Apa yang berlaku di sini?” tanya Rayz lagi.
“Makhluk Grogan telah menyebarkan Virus yang membuatkan manusia menjadi ‘zombie’ yang boleh dikawal oleh mereka. Kawan Colline sedang berlawan dengan makhluk yang mengawal mereka semua. Malangnya Poly juga telah menjadi mangsa mereka,” jawab Colline.
Rayz teringat apa yang dilihat oleh Puteri Zeyn-Da. Nampaknya gadis itu memang boleh meramal kejadian di masa akan datang. Rayz juga sedar yang dia tidak boleh mencederakan mereka semua di sini kerana mereka cuma dikawal oleh Virus Grogan. Rayz memegang tapak tangan Colline.
Don’t worry, they will all be okay. I will make sure of it. Mana kawan yang Colline katakan itu?” tanya Rayz.
“Kawan Colline berada di situ,” Colline menundingkan jari ke arah pentas di padang itu.
Sebaik sahaja Colline habis bercakap, mereka yang dijangkiti datang semula dan mengelilingi Rayz dan Colline. Mereka kelihatan amat marah dengan kemunculan Rayz di situ. Poly mengetuai gerombolan orang yang datang semula itu. Mereka semua mendengus dengan keras dan segera berlari menuju ke arah Rayz dan Colline sambil bertempik bagaikan haiwan liar. “Stay close to me and close your eyes,” kata Rayz sambil merangkul pinggang Colline dengan tangan kirinya. Colline tersipu – sipu malu dengan apa yang dibuat oleh Rayz, dia pun menutup matanya. Rayz mengacukan tapak tangan kanannya ke arah mereka yang dijangkiti, serentak itu juga kristal pada Xyver di pergelangan tapak tangannya bersinar dengan cahaya yang luar biasa terangnya.
Tiba – tiba suatu gelombang yang teramat besar muncul dari tapak tangan Rayz! Gelombang itu menjalar ke seluruh arah bagaikan shockwave gergasi yang merempuh setiap orang yang dijangkiti! Kuasa daripada Xyver itu meresap masuk ke dalam setiap sel mereka yang dijangkiti dan membunuh setiap Virus Grogan yang berada di dalam tubuh mereka. Proses itu berlaku dengan pantas sekali sehinggakan dalam masa kurang daripada 3 minit seluruh penduduk Bandar Raya Marudu yang dijangkiti telah disembuhkan oleh kuasa Xyver. Mereka semua pun rebah bergelimpangan dan tidak sedarkan diri. Colline mendekati Poly yang sedang terbaring di atas jalan raya. Nadinya diperiksa, dia dalam keadaan okey. Cecair melekit berwarna hijau sedang mengalir keluar dari mata, hidung dan telinga Poly.
“Adakah Poly okey Rayz?” tanya Colline, dia bimbang dengan apa yang sedang berlaku.
“Itu adalah Virus Grogan yang telah mati dan badan Poly sedang memaksanya keluar agar dia boleh pulih dengan kadar lebih cepat. Don’t worry, she will be okay,” terang Rayz.
“Baguslah jikalau begitu. Boleh Rayz tolong tengok keadaan kawan Colline? Colline akan stay di sini untuk menjaga Poly,” pinta Colline.
Rayz mengangguk dan segera melompat menuju ke arah pentas di mana Lyneki berada. *TUB* Rayz mendarat di atas pentas. Dia melihat seorang wanita sedang menghalakan senjata ke arah seekor makhluk pelik yang terpaku di atas tanah. Melihat Rayz yang tiba – tiba datang, Lyneki segera menghalakan senjatanya kepada Rayz pula. Sebaik sahaja melihat wajah Lyneki, air muka Rayz segera berubah. Mindanya tiba – tiba menjadi kusut. Dia seolah – olah kenal dengan wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu.
Who are you! Identify yourself!” jerit wanita itu dengan keras kepada Rayz.
Rayz mengenggam tangannya dengan erat. Hatinya tiba – tiba diasak rasa sedih dan hampa yang teramat sangat. Namun dia tidak ingin menunjukkan perasaannya kepada wanita itu. Rayz menarik nafas yang dalam. “Don’t worry I am not an enemy. Colline sent me to check on you.”
Lyneki mengamati lelaki yang memakai baju perisai pelik di hadapannya itu dari pelbagai segi. Mindanya cuba memproses apa yang diketahuinya tentang Project X yang diterajui oleh Colline tetapi tidak mengingat apa – apa tentang Rayz yang telah berubah menjadi ‘Zaiva’. Selepas yakin Rayz bukanlah musuh, dia menurunkan senjata yang dipegangnya. Pada saat itu makhluk itu memuntahkan lendir ke arah Lyneki sekali lagi dan melarikan diri dengan menarik sahaja tubuhnya yang dipaku dengan paip bengkok! Rayz dengan pantas meluru ke hadapan makhluk itu dan menumbuk kepalanya sehingga ia pitam. Tubuh makhluk itu terjelepuk di atas lantai pentas. Lyneki mendekati makhluk itu dan memeriksanya. Untuk menghasilkan serum, makhluk vektor haruslah masih hidup. Lyneki kagum kerana ‘lelaki’ di hadapannya itu tidak membunuh makhluk itu begitu sahaja. Tidak lama kemudian Colline tiba di situ.
“Lyneki tak apa – apa?” tanya Colline.
“Saya tak apa – apa Colline. Lelaki misterius ini membantu kita mendapatkan vektor yang kita perlukan,” jawab Lyneki sambil memandang ke arah Rayz.
“Oh? Kamu sudah bertemu dengan Rayz Silman? Dia adalah Dunamist Kaum Samarian, yang juga dipanggil Zaiva. Dialah subjek untuk Project X,” terang Colline.
“Rayz?... Rayz...Silman?” suara Lyneki tersekat – sekat ketika mendengar nama yang disebut oleh Colline itu. Air mukanya berubah menjadi pucat lesi. Tiba – tiba Lyneki merasa dadanya sebak sekali, entah mengapa. Air matanya jatuh berlinangan.
Colline mendekati Lyneki dan memegang bahunya. “Are you okay? What is it?” tanya Colline lagi, hairan dengan reaksi Lyneki ketika mendengar nama Rayz. Colline mengalihkan pandangannya ke arah Rayz seolah – olah meminta penjelasan.
Rayz menggenggam penumbuknya seerat yang mungkin. Hatinya juga berasa sebak. Kesedihan tiba – tiba melanda jiwanya. Rayz menyentuh kristal biru yang ada pada Xyver dengan jari kirinya. Rayz pun bertransformasi semula menjadi manusia, baju perisainya masuk semula ke dalam kristal biru Xyver.
Air mata Rayz menitis. Colline terkejut melihat senario di hadapannya itu. “Apa yang sedang berlaku ini?” getus hati kecil Colline.
Hello Lyneki, it’s been awhile,” kata Rayz sambil tersenyum pahit. 

2 comments:

xyver81 said...

Chapter 35 finished! Yay!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)