Thursday, September 3, 2009

Chapter 5



CHAPTER 5 : The Death of A Friend

Tempat : Hutan rimba Lahad Datu

Masa : 45 Minit yang lalu...

Tarikh : 25 November 2009

Leon telah ditugaskan oleh Danny untuk mengkaji objek hijau yang terhempas di Lahad Datu. Leon merupakan adik angkat kepada Profesor Colline. Mereka juga belajar di universiti yang sama selama 5 tahun. Hubungan mereka memang rapat terutamanya apabila ianya berkaitan dengan sains.

Pasukan Leon telah menemui objek hijau yang dikatakan telah melanggar 2 pesawat terbang milik GDTF itu. Ianya berbentuk bujur dan bahagian atasnya agak tajam. Ianya juga memiliki sisik – sisik yang tebal dan keras bagaikan keluli. Warnanya hijau tua seperti warna zamrud. Pokok – pokok di sekeliling kawasan hutan itu semuanya tumbang dan terbakar oleh kepanasan yang luar biasa. Ini jelas menunjukkan bahawa objek tersebut terhempas dari langit.

Pihak ISRC telah mendirikan beberapa khemah di kawasan objek tersebut. Beberapa anggota Bio – Hazard Unit sedang meronda di kawasan khemah tersebut. Leon berada di salah sebuah khemah tersebut. Dia sedang memasukkan data – data objek tersebut ke dalam Laptopnya. Selepas itu dia mengeluarkan sebuah perakam suara kecil dari laci mejanya.

“25 November 2009... Kami telah menjumpai sebuah objek yang tidak dikenal pasti. Ianya mungkin bukan berasal dari planet ini. Bentuk fizikalnya bujur, bahagian atasnya agak tajam dan berwarna hijau gelap. Tiada kesan radiasi yang ditemui di atas objek tersebut. Kami juga telah menjalankan imbasan Sinar – X dan kami telah menemui sesuatu yang menakjubkan!! Iaitu terdapat hidupan di dalam objek tersebut. Adakah ianya hidupan dari angkasa lepas?... Kebenaran akan diketahui selepas kami memindahkannya ke ibu pejabat ISRC nanti.”

Leon mematikan perakam suara kecilnya itu. Dia memasukkannya ke dalam sebuah kotak berlabel ‘ISRC’. Kemudian dia mengeluarkan sekeping gambar dari laci yang sama. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki dan seorang perempuan memakai uniform konvokesyen berwarna ungu. Gambar dirinya dengan Profesor Colline 7 tahun yang lalu. Dia mengukir senyuman melihat gambar tersebut.

“Sir, something has happened to the object. I think you should take a look at it,” seorang pegawai Bio – Hazard Unit tiba – tiba terpacul di depan pintu khemahnya.

“Okay. I’ll be there in a sec,” jawab Leon memasukkan gambar itu ke dalam lacinya semula. Dia pun mengambil kotak peralatan berlabel ‘ISRC’ itu dan berjalan menuju ke arah objek berkenaan.

Beberapa orang pegawai B.H.U mengikuti Leon dari belakang. Mereka sedang memegang rifle M4A1 Custom, bersedia menghadapi segala kemungkinan. Leon duduk mencangkung dan mengamati objek tersebut. Objek tersebut mengeluarkan cahaya berwarna hijau yang berdenyut – denyut. Leon mengeluarkan pengimbas X – ray kecil dari kotak yang dibawanya. Dia menghalakan alat tersebut ke arah objek tersebut dan melihat skrin di atas alat tersebut.

“What the hell...?” Leon sungguh terkejut dengan apa yang dilihatnya sehingga jatuh terduduk.

Kelihatan sesuatu sedang membesar dengan pantas dari dalam objek tersebut. Objek itu juga mulai bergegar dengan kuat. Ianya mengeluarkan bunyi berdengung yang nyaring. Leon berundur dari objek tersebut secara spontan. Pegawai B.H.U yang ada di situ mengangkat rifle M4A1 mereka dan menghalakannya ke arah objek tersebut. Peluh dingin mulai membasahi dahi mereka. Mereka tertanya – tanya apakah yang ada di dalam objek tersebut.

Objek itu tiba – tiba berhenti bergegar dan berdengung. Leon memberanikan dirinya berdiri untuk melihat objek tersebut. Pegawai – pegawai B.H.U masih lagi enggan mengalihkan muncung rifle mereka dari objek tersebut. “Don’t let your eyes off of the object. I am going to report this to the headquarters!” Leon berpesan kepada pegawai – pegawai B.H.U tersebut dan berlari ke arah khemahnya.

“BOOM!!” Tiba – tiba objek tersebut meletup. Letupan itu hampir menyamai letupan 10 tan metrik dinamit!! Letupan itu juga mengakibatkan semua pegawai – pegawai B.H.U di sekeliling terpelanting jauh. Leon juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa letupan tersebut. Letupan itu menghumbankannya ke belukar berhampiran. Tangannya patah akibat daripada pelanggarannya dengan sebatang pokok yang besar.

Seluruh kawasan tersebut dijilat api yang berwarna hijau. Khemah – khemah yang dibina oleh ISRC semuanya hangus dijilat api berwarna hijau itu. Tiada satu pun dari kesemua pegawai B.H.U itu terselamat dari letupan itu. Satu – satunya yang terselamat dari letupan itu ialah Leon memandangkan dia berada jauh dari objek tersebut semasa dia berlari menuju ke khemahnya. Leon cuba untuk berdiri dan melihat keadaan sekeliling. Kesakitan tangannya yang patah benar – benar menyeksanya.

Akhirnya dia pun berjaya berdiri selepas mencuba beberapa kali. Dia melihat keadaan sekeliling. Terdapat kawah yang besar di atas tanah kesan daripada letupan objek tersebut. Leon cuba untuk bertahan dari jatuh pengsan walaupun tenaganya semakin hilang. Samar – samar dia dapat melihat kelibat lembaga misteri sedang berdiri di tengah – tengah kawah letupan tersebut. Ianya berdiri tegak seperti manusia. Terdapat tanduk lebar di atas dahi lembaga tersebut. Ia juga memiliki sepasang mata yang besar dan bujur berwarna kuning keemasan. Kulitnya berwarna hijau gelap dan salah satu tangannya kelihatan seperti cangkuk Mentadak.

Lembaga itu merenungnya dengan matanya yang kuning keemasan. Tiba – tiba ia meluru ke arah Leon dengan kepantasan yang amat menakjubkan. Dalam sekelip mata ianya sudah berdiri di hadapan Leon. Tanpa disedari oleh Leon, cakarnya yang tajam itu telah menusuk dan menembusi jantungnya. Darah memancut keluar dari luka di dadanya. Makhluk itu menyeringai mempamerkan mulutnyanya yang bagaikan mulut serangga. “Sis Colline...” ialah kata – kata terakhir Leon sebelum badannya cair dihakis cecair yang keluar dari tangan makhluk tersebut.

Makhluk itu berteriak dengan suara yang nyaring sebelum melompat dan meninggalkan tempat itu. Tiada sesiapa pun yang terselamat pada malam itu. Tiada sesiapa yang mengetahui kewujudan makhluk itu. Nyalaan api berwarna hijau semakin membesar dan mulai membaham hutan – hutan di kawasan berhampiran letupan tesebut. Yang tinggal hanyalah kotak berlabel ‘ISRC’ milik Leon sahaja...

No comments: