Monday, September 7, 2009

Chapter 6





CHAPTER 6 : The Alien Attack

Tempat : Pelabuhan Bandar Raya Kudat

Masa : 05.15 PM

Tarikh : 25 November 2009

Teksi yang dinaiki oleh Profesor Colline baru sahaja tiba di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Pegawai – pegawai B.H.U sedang menunggu ketibaannya. Profesor Colline membayar tambang teksi tersebut. Kemudian dia pun berjalan menuju ke arah pegawai – pegawai tersebut.

Salah seorang daripada pegawai B.H.U itu menghulurkan tangan kepada Profesor Colline. “Hello Professor. I am Geoffry. Nice to meet you,” kata pegawai bernama Geoffry itu. Profesor Colline menyambut tangan lelaki itu. “Nice to meet you too Geoffry,” jawab Profesor Colline.

“Where is the escort car?” Profesor Colline bertanya di manakah kereta pindah yang di hantar oleh Danny itu.

“Right this way, Professor,” pelawa Geoffry. Mereka pun berjalan ke arah sebuah kenderaan berwarna hitam yang terletak tidak berapa jauh dari tambak laut. Kereta itu ialah sebuah kereta perisai beroda enam. Terdapat logo ‘ISRC’ pada badan kenderaan tersebut. Ianya sejenis prototaip kereta kebal yang digunakan khas untuk memindahkan bahan – bahan yang penting dan rahsia oleh ISRC.

“We are ready to move, Professor,” pemandu escort car itu memberitahu Profesor Colline. “Okay. Let us move now. We need to analyze this object as soon as possible,” kata Profesor Colline. Pemandu itu menghidupkan enjin kenderaan itu. Belum pun escort car itu bergerak, sesuatu yang amat berat tiba – tiba menghempapnya dari atas. Bumbung escort car yang amat keras itu melekuk ke dalam, kesan daripada hentakan yang kuat tersebut. Profesor Colline dan penumpang – penumpang yang lain di dalam escort car itu pun berteriak kerana terkejut yang amat sangat.

Satu lembaga berkulit hijau gelap sedang berdiri di atas bumbung escort car itu. Lembaga itu kelihatan menakutkan dan saiz badannya amat besar. Ketinggiannya mencapai 8 kaki. Matanya yang kuning keemasan itu bersinar dan amat menakutkan. Ia menyeringai memperlihatkan mulutnya yang menyerupai mulut serangga. Makhluk inilah yang telah mencabut nyawa Leon di Lahad Datu beberapa jam yang lalu dan ianya tiba di Bandar Raya Kudat dengan kepantasan yang amat menakjubkan. Orang ramai yang ada di sekeliling pelabuhan itu lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Makhluk itu mengangkat tangan kirinya. Tangan kirinya itu berbentuk seperti cangkuk Mentadak dan kelihatan amat tajam. Ia melibaskan cangkuknya ke bawah lalu membelah badan escort car itu kepada dua bahagian. Seorang pegawai B.H.U yang tidak berdosa menjadi korban libasan cangkuk makhluk itu. Badannya yang lembut itu terbelah dua seperti tauhu. Darahnya memercik ke seluruh dinding escort car tersebut.

“Professor! Run away from here! We will cover you!,” kata Geoffry menyuruh Profesor Colline menyelamatkan dirinya. Profesor Colline menurut perintah Geoffry dan berlari meninggalkan escort car itu. Geoffry dan dua orang lagi pegawai B.H.U mengeluarkan senapang shotgun AS -12 mereka dan menembak ke arah makhluk yang masih berdiri di atas bumbung kenderaan itu. Makhluk itu tidak mengendahkan tembakan pegawai – pegawai B.H.U itu dan menumpukan perhatiannya kepada Profesor Colline. Peluru – peluru R. Slug AS -12 itu tidak memberi kesan langsung kepada kulit makhluk tersebut.

Ia pun melompat turun dari bumbung escort car itu tanpa mengalihkan pandangannya dari Profesor Colline yang sedang berlari ketakutan. Geoffry dan rakan – rakannya memesatkan tembakan mereka tetapi usaha mereka itu sia – sia sahaja. Api berwarna hijau keluar dari tubuh makhluk itu dan menyerbu ke arah Geoffry dan rakan – rakannya. Dalam beberapa saat sahaja tubuh mereka rentung menjadi abu.

*********************************************************************************

Sementara itu, di Restoran YUMI SUSHI SHOP. Rayz sedang membantu sepupunya Yumi membersihkan restoran selepas restoran itu tutup. Tiba – tiba Rayz terasa sesuatu yang pelik. Jantungnya mulai berdegup dengan kencang. Seperti satu perkara yang buruk akan berlaku. Suara yang bercakap di dalam mindanya itu muncul kembali. “RAYZ... YOUR FRIEND IS IN DANGER! GO AND SAVE HER! SHE IS AT THE DOCK!” kata suara itu menyuruh Rayz untuk menyelamatkan Colline.

Rayz membaling pengelap meja yang dipegangnya ke lantai dan berlari keluar menuju ke arah motosikal Harley Davidson nya. Dia menekan penghidup elektrik motosikalnya dan terus memecut dengan laju ke arah Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Yumi dan beberapa pekerja yang lain berasa hairan melihat kelakuan Rayz itu. “Colline... apa yang berlaku kepadamu?” tanya Rayz dalam hatinya. Dia kelihatan amat resah dan bimbang akan diri Colline.

*********************************************************************************
Colline menyembunyikan dirinya dari penglihatan makhluk itu di dalam sebuah gudang penyimpanan beras. Dia memegang kotak objek itu dengan erat. Sayup – sayup kedengaran dengusan nafas makhluk tersebut. Pandangannya meliar ke sana ke mari mencari Colline. Degupan jantung Colline semakin pantas. Peluh dinginnya semakin deras membasahi dahinya. “Tolong... sesiapa... sesiapa tolong selamatkan saya...” Colline tidak putus – putus berdoa dalam hatinya.

Makhluk itu berteriak dengan nyaring dan mengeluarkan api berwarna hijau dari mulutnya. Ia menghalakan lidah api itu ke seluruh bahagian gudang tersebut. Api berwarna hijau mulai membakar guni – guni beras yang ada di dalam gudang itu. Colline bertambah panik melihat keadaan itu. Dia pun berlari meluru ke arah pintu keluar gudang itu selaju – lajunya. Tetapi malangnya, makhluk itu berjaya mengesannya lantas menembakkan sebiji bebola api berwarna hijau ke arahnya. Colline sempat mengelak. Bebola api itu nyaris – nyaris mengenainya. Dia berjaya keluar dari gudang itu dan terus berlari ke lebuh raya. Makhluk itu mengejarnya dari belakang.

Colline tersadung sewaktu berlari dan jatuh tersungkur di atas jalan raya. Makhluk itu semakin menghampirinya. Ia cuba mencengkam kotak objek yang sedang dipegang oleh Colline. Tiba – tiba sebuah motosikal Harley Davidson merempuh makhluk itu dengan kuat dari tepi. Makhluk itu terpelanting dan terhempas ke atas sebuah kereta berhampiran dan mengakibatkan kereta itu remuk. Colline tahu siapa pemilik motosikal itu. Kelihatan Rayz sedang berlari menuju ke arahnya. Rupa – rupanya sebelum itu, Rayz memecut ke arah makhluk itu dengan kelajuan yang tinggi. Beberapa saat sebelum motosikal itu merempuh makhluk itu, dia pun terjun dari motosikalnya.

“Colline tak apa – apa?” tanya Rayz kepada Colline. Colline menyeringai kesakitan. “Kaki Colline terseliuh?” tanya Rayz lagi. Colline mengangguk sambil menahan kesakitan. Rayz membantunya berdiri. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah makhluk tadi. Ianya diam tidak bergerak. “Rayz rasa ianya sudah mati?” tanya Colline. Rayz mendiamkan diri. Pandangan matanya masih lagi tertumpu ke arah makhluk itu.

“Baik kita tinggalkan tempat ini. Biar Rayz hantar Colline pergi ke hospital,” kata Rayz. Dia mendukung Colline di belakangnya. Tiba – tiba kereta tempat makhluk itu terbaring meletup dan makhluk itu bangun semula. Ia kelihatan amat marah dengan perbuatan Rayz. Belum sempat mereka memandang ke belakang, makhluk itu meluru ke arah mereka berdua dengan pantas dan mencekik leher mereka. Cengkaman makhluk itu menyebabkan Rayz dan Colline tidak dapat bernafas. Leher mereka hampir patah dicengkam makhluk tersebut. Keadaan mereka semakin bahaya. Adakah mereka berdua akan mati di tangan makhluk ganjil itu?

Tiba – tiba objek yang dipegang oleh Colline itu mengeluarkan cahaya biru yang menyilaukan mata. Makhluk itu berteriak kesakitan apabila pancaran cahaya itu mengenai matanya. Ia lantas melepaskan cengkamannya. Rayz dan Colline jatuh ke atas jalan raya. Makhluk itu berundur beberapa langkah ke belakang. Ianya seolah – olah takutkan objek yang ada di dalam kotak itu. “Apa yang ada dalam kotak itu?” tanya Rayz, sambil memegang lehernya yang masih sakit. “Bahan kajian kami. Sebuah objek ganjil yang jatuh dari angkasa lepas!” jawab Colline sambil bernafas dengan payah.

Makhluk itu semakin marah. Ia menghalakan kedua – dua tangannya ke arah Rayz dan Colline. Semburan cecair yang mengakis pun keluar dari tangannya. Melihat keadaan itu, Rayz memeluk Colline secara spontan, cuba untuk melindunginya dari serangan makhluk itu. Cahaya biru dari objek itu tiba – tiba membentuk sebuah lapisan aura dan menahan semburan asid itu dari mengenai mereka berdua. Rayz dan Colline terkejut melihat fenomena aneh itu.

Makhluk itu mengubah semburan cecair itu kepada semburan lidah api yang amat panas! Beberapa buah kereta yang berdekatan mulai terbakar dan meletup. Lidah – lidah api yang amat panas itu mulai menjalar ke semua arah. Beberapa pejalan kaki yang tidak berdosa menjadi mangsa lidah – lidah api itu. Api itu semakin membesar dan menjulang dengan tinggi ke udara. Gudang – gudang berhampiran mulai terbakar membuatkan kawasan pelabuhan itu menjadi lautan api yang amat besar. Keadaan semakin genting bagi Rayz dan Colline kerana lapisan aura yang melindungi mereka itu semakin pudar. “Ianya semakin pudar!” kata Rayz pada Colline. “Apa yang kita harus lakukan sekarang Rayz?!” jawab Colline semakin cemas.

“DUNAMIST, USE THE “XYVER” AND AIM IT AT THE CREATURE!” suara misteri itu berkata – kata lagi di dalam kepala Rayz. Tanpa berfikir panjang, Rayz mengambil objek yang ada di dalam kotak itu dan menghalakannya ke arah makhluk itu. Gelombang cahaya berwarna biru mulai tertumpu pada hujung objek itu. Colline terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Rayz.“Rayz buat apa ni?!” tanya Colline. “Trust me! Ini saja cara untuk mengalahkannya!” balas Rayz. Objek itu melepaskan tembakan berupa gelombang cahaya yang padat ke arah makhluk itu seperti sebiji peluru meriam!

Makhluk itu tidak sempat mengelak. Gelombang cahaya itu mengenai dadanya. Ia pun terhumban jauh ke belakang dan merempuh menembusi beberapa buah bangunan. Ia meraung kesakitan sebelum jatuh terhempas ke dalam laut. Api hijau yang membakar di sekeliling Rayz dan Colline pun tiba – tiba terpadam dengan sendirinya. Lapisan aura yang melindungi mereka berdua juga beransur – ansur hilang. Objek di tangan Rayz itu juga tidak lagi bercahaya.

“Are you okay?” kata Rayz kepada Colline sambil membantunya bangun. “Bagaimana Rayz tahu cara untuk menggunakan objek ini?” tanya Colline dengan perasaan hairan. Rayz tidak menjawab pertanyaan Colline itu. Dia menyerahkan objek itu kepada Colline. Colline memasukkan objek itu ke dalam kotak semula. Rayz pun berjalan ke tempat makhluk itu berdiri tadi. Perasaan ngeri dan seram masih lagi menyelubungi dirinya. Colline pun pergi berjalan mendekati Rayz.

“Makhluk apa tadi tu?” tanya Rayz.

“Colline pun tak tahu. Tiba – tiba saja Colline dan rakan setugas Colline diserang olehnya. Nasib baik Rayz datang tadi. Thanks Rayz,” ucap Colline kepada Rayz.

“Don’t mention it,” balas Rayz cuba tersenyum.

“Rayz rasa, makhluk itu dah mati atau belum?”

Rayz tidak menjawab pertanyaan Colline itu. Sebaliknya, dia keliru dengan apa yang berlaku. Dia keliru dengan suara misteri yang didengarnya dan juga kemunculan makhluk yang pelik tersebut. Semua yang berlaku ini benar – benar membingungkan dirinya.

Colline mengurut – urut pergelangan kakinya lalu berkata “Tapi... Bagaimana Rayz tahu yang Colline ada di sini? Lagipun, apa yang lebih menghairankan Colline, bagaimana Rayz tahu cara untuk mengalahkan makhluk itu?”

Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline. Colline menatap wajahnya dengan penuh rasa hairan. “Rayz... pun tidak tahu...” jawab Rayz selamba. Jawapan Rayz itu memberi seribu satu tanda tanya kepada Colline. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang pelik mengenai diri Rayz ini. Perasaan itu memujuknya untuk mengetahui perihal diri Rayz lebih lanjut. Tetapi dia memendamkan sahaja niatnya itu dari pengetahuan Rayz.

Beberapa minit kemudian, pasukan bomba Bandar Raya Kudat pun tiba ke kawasan gudang beras itu sambil diikuti pasukan Polis dan paramedik. Rayz dan Colline pun dibawa masuk ke dalam ambulans untuk pemeriksaan kecederaan. Ambulans itu kemudiannya membawa mereka ke Hospital Induk Kudat.

Sementara itu, makhluk asing yang tidak diketahui keadaannya itu, sebenarnya masih hidup. Ia menyelam ke dasar laut perairan Bandar Raya Kudat untuk menyembunyikan diri. Di dadanya kelihatan luka yang amat besar. Cecair seperti darah yang berwarna hitam kelihatan bercucuran dari lukanya. Tiada siapa yang tahu ke mana ianya akan pergi selepas itu...

No comments: