Thursday, September 3, 2009

Chapter 3



CHAPTER 3 : The Pharmacist

Tempat : Bandar Raya Kudat

Masa : 04.30 PM

Tarikh : 25 November 2009

Di sebuah farmasi di Bandar Raya Kudat. “EDUARDO PHARMACY” tertulis di atas papan tanda kedai tersebut. Beberapa orang pekerja sedang sibuk mengemaskan bekalan ubat di stor farmasi itu. Ada yang sedang mengangkut kotak ubat – ubatan dan ada juga yang sedang melabelkan kotak ubat – ubatan itu.

Salah seorang pekerja farmasi itu sedang sibuk melabelkan kotak ubat – ubatan yang ada disitu. Nama “RAYZ” tertulis di atas teg nama yang dipakainya. Mukanya ditutupi oleh face mask yang biasa dipakai oleh pekerja perubatan. Dia merupakan pekerja yang paling disukai oleh sahabat - sahabatnya kerana sikapnya yang ringan tulang. Dia terlalu khusyuk melakukan kerjanya sehingga langsung tidak menyedari majikannya sedang memanggil namanya.

Salah seorang rakan sekerjanya menegurnya. Dia pun menunjuk ke arah majikannya yang sedang berdiri di tepi pintu pejabat. Dia mengucapkan terima – kasih kepada rakan sekerjanya dan berjalan menuju ke arah majikannya.

“Yes Mr. Eduardo, what can I do for you?” katanya sambil membuka face mask nya.

“Ah yes, Rayz. Lets go to my office first,” kata majikannya yang bernama Eduardo itu.

Rayz mengikut majikannya masuk ke dalam pejabatnya. Majikannya mempersilakannya duduk. Rayz tertanya – tanya mengapa Encik Eduardo memanggilnya kali ini. Encik Eduardo duduk di kerusinya dan mengambil sekeping sampul surat dari laci mejanya. Dia memberikan sampul surat itu kepada Rayz.

Rayz mengambil sampul surat itu. “Please open it,” Encik Eduardo memintanya membuka sampul surat itu. Rayz membuka sampul surat tersebut dan membaca surat tersebut. Air mukanya berubah. Dahinya berkerut. Nampaknya dia tidak berapa menyukai isi surat tersebut.
“A salary cut? What does this mean Mr. Eduardo?” tanya Rayz kepada majikannya.

Encik Eduardo membetulkan cara duduknya. Dia merenung muka Rayz dengan serius. Rayz berasa sedikit kekok melihat gelagat majikannya itu.

“I noticed that you always come late to work these last few months. I don’t understand what is hapenning to you but this has really affected the shops activities,” jawab Encik Eduardo dengan muka yang serius.

“I am sorry Mr. Eduardo. It’s just that I haven’t have much sleep lately,” kata Rayz pada majikannya.

“Can you explain it to me why haven’t you have much sleep lately?”

Rayz tidak menjawab soalan majikannya itu dengan segera. Nampaknya agak sukar baginya untuk memberitahu perihal mimpinya itu kepada majikannya. Lagipun agak melucukan bagi sesiapa pun untuk menceritakan mimpi mereka kepada orang lain apatah lagi majikan mereka.

“Don’t be nervous. Just tell me about your dream. I won’t laugh or anything,” kata Encik Eduardo cuba untuk meyakinkannya.

“I have been having this dream. I dreamed that I was engulfed by this strange blue light. Then I saw this gigantic figure standing in front of me. The blue light prevented me from seeing its face” kata Rayz mula menerangkan perihal mimpinya itu.

“What does it look like? Does it look like human?”

“Yes. Well, apart from its gigantic size, it looked human.”

“Then what hapened?” tanya Encik Eduardo semakin berminat mendengar cerita Rayz itu.

“It said something to me. I don’t know what language it was using but somehow I could understand it.”

“What did it say?”

“It said, THE LIGHT OF THE DUNAMIST WILL SHINE AND PROTECT THIS PLANET FROM ANCIENT EVIL.”

Beberapa minit kemudian, Rayz pun keluar dari bilik majikannya itu. Rakan – rakan sekerjanya itu sedang menunggunya di luar. Mereka kelihatan tidak sabar untuk mengetahui kenapa dia tiba – tiba dipanggil oleh Encik Eduardo.

“Hey Rayz, kenapa Encik Eduardo tiba – tiba memanggil kamu tadi,” tanya salah seorang rakan sekerja Rayz yang bernama Ady.

Rayz membuka teg nama di bajunya dan memasukkannya ke dalam kocek seluarnya. Dia memandang wajah Ady dan tersenyum. “Tiada apa – apa. Encik Eduardo bagi Rayz off selama 2 hari,” jawabnya selamba.

“2 hari off! Aik! kenapa Encik Eduardo tiba – tiba bermurah hati hari ini?” sampuk seorang lagi rakan sekerja Rayz yang bernama Bad.

“Entahlah. Dia kata Rayz perlukan cuti rehat. He said I was having a mental fatigue. Jadi esok dan lusa Rayz tidak datang kerja. Kamu boleh ‘hidup’ ke tanpa Rayz?” tanya Rayz sambil menepuk belakang Ady.

“Jangan bimbang. Kerja kau nanti Ady akan bereskan,” balas Ady, tersenyum.

“Thanks Ady. Kalau macam itu Rayz balik dulu.”

“Okey. Kami pun ada kerja lagi ni. Happy holiday Rayz!” tambah Ady pula.

Rakan – rakan Rayz pun meninggalkannya untuk menyambung kerja mereka semula. Rayz pun berjalan menuju ke bilik loker pekerja lelaki untuk mengambil barang –barangnya.





No comments: