Monday, September 14, 2009

Chapter 15


CHAPTER 15 : Colline’s Discovery

Tempat : Tingkat 49, Bilik Persidangan, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 12.00 PM

Tarikh : 05 Disember 2009

Semenjak serangan makhluk asing di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari, pelbagai berita telah disiarkan oleh media massa mengenai kewujudan makhluk asing tersebut. Rakyat negeri Sabah mulai berasa bimbang dan terancam kesan daripada berita – berita liar tersebut. Pihak Kerajaan Sabah telah digesa untuk memberi keterangan mengenai perkara tersebut.

Selepas berbincang dengan Menteri Tinggi Sabah, Chief Danny Dexter telah diberikan suatu tempoh untuk menyiasat tentang makhluk asing tersebut sebelum membuat satu sesi Press Conference bagi menjawab pertanyaan pihak media secara rasmi. Danny telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis makhluk asing tersebut. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh kesemua pegawai kanan ISRC Cawangan Sabah termasuk, Colline, Poly dan Jane.

“Okay, let’s discuss what we know so far,” kata Danny memulakan persidangan tersebut. Dia menekan satu butang di atas meja panjang berbentuk oval tersebut. Lampu di dalam bilik itu pun terpadam. Satu layar putih yang amat besar mulai turun ke bawah di bahagian hadapan bilik persidangan tersebut. Projektor yang terdapat di siling bilik tersebut pun memancarkan cahayanya di atas layar putih tersebut. Logo ISRC pun muncul di atas layar putih tersebut. “Saya persilakan Professor Colline untuk menyampaikan hasil kajiannya setakat ini,” sambung Danny lagi.

Colline mengucapkan terima – kasih kepada Danny. Dia pun berdiri dan menekan remote control projektor tersebut. Logo ISRC di atas layar putih itu pun hilang dan digantikan dengan gambar satu objek berbentuk X. Objek tersebut ialah Xyver.

“Seperti yang anda semua ketahui, saya baru sahaja balik dari Pulau Banggi seminggu yang lepas. Saya telah ditugaskan untuk menyiasat kes sebuah meteor yang jatuh terhempas di pulau tersebut. Selepas meneroka pulau tersebut, saya telah menemui objek berbentuk X di dalam satu lubang yang dalam. Pada pendapat saya, objek tersebut jatuh terhempas bersama – sama dengan meteor itu,” Colline memulakan hujahnya. Kesemua pegawai yang berada di dalam bilik tersebut menumpukan perhatian mereka kepada gambar objek di atas layar putih itu.

“Imbasan daripada Substance Scanner menunjukkan objek ini, bukan berasal dari bumi. Ini kerana ianya diperbuat daripada bahan yang tidak diketahui. So far, this is the only info that we know of the object. Kajian terperinci mengenai objek tersebut akan dilaksanakan selepas ini,” Colline menyambung penerangannya. Pegawai – pegawai yang berada di dalam bilik tersebut mulai berbincang di antara satu sama lain. Masing – masing mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perihal objek tersebut.

Colline membiarkan mereka berbual sesama sendiri. Danny mengalihkan pandangannya kepada Colline. Colline mengangguk tatkala pandangan matanya dan Danny bertemu. Colline menekan butang remote control itu lagi. Gambar di atas layar putih itu bertukar semula. Kali ini imej sebuah objek bujur berwarna hijau tua dan satu lembaga yang samar – samar tertera di atas layar tersebut. Kesemua pegawai yang tadinya bising itu tiba – tiba terdiam. Mereka memandang imej lembaga tersebut dan menantikan penerangan dari Colline yang seterusnya.

Colline memandang imej di atas layar putih tersebut dengan tajam. Dia tahu lembaga itu siapa. Lembaga itulah yang mencabut nyawa Leon di Lahad Datu. Lembaga itu jugalah yang hampir – hampir membunuhnya di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari. Kesedihan yang dirasai oleh Colline tiba – tiba bertukar menjadi kebencian yang tidak terhingga. Hatinya mulai dibakar oleh api dendam yang menyala – nyala. Dia mengetap gigi dan mengenggam remote control di tangan kanannya dengan kuat.

Poly yang duduk di sebelahnya menyedari perubahan wajah Colline itu. Poly memegang lengan Colline dengan lembut dan memintanya bersabar. Colline meleraikan genggaman tangannya dari remote control tersebut. Dia menarik nafas panjang dan meneruskan hujahnya.

“Imej ini diambil oleh mendiang Leon Tremmel, pegawai kita yang bertugas di Lahad Datu seminggu yang lalu. Beliau telah dihantar untuk menyiasat satu lagi meteor yang dilaporkan terhempas di Lahad Datu. Objek berbentuk pelik yang berwarna hijau tua inilah meteor yang terhempas di Lahad Datu. Berdasarkan warna objek dan juga warna kulit makhluk ini, kita boleh andaikan makhluk ini muncul dari dalam objek tersebut. Ada kemungkinan, objek ini digunakan sebagai alat pengangkutan oleh makhluk tersebut. Kajian yang selanjutnya diperlukan untuk membuktikan kesahihan teori saya ini,” sambung Colline.

Bilik persidangan itu mulai bising semula dengan suara para pegawai yang mulai membuat tanggapan sendiri mengenai perihal objek dan makhluk misteri tersebut. Danny berdehem dan meminta para pegawai tersebut untuk senyap seketika. “Anyone would like to add anything or ask any question regarding this creature to Professor Colline?” tanya Danny kepada para pegawai tersebut.

Seorang pegawai yang agak pendek dan berbadan gempal mengangkat tangan untuk mengemukakan soalan. Pegawai itu berbangsa cina dan datang dari Singapore. Dia membetul – betul kan cermin matanya sebelum mengemukakan soalannya kepada Colline. “What happened to Leon Tremmel’s Team in Lahad Datu? Is this the same creature that made the attack in Kudat City Dock?” kata pegawai berbadan pendek itu.

Colline menelan air liurnya sebelum bekata – kata. Hatinya berasa tidak selesa untuk menerangkan apa yang telah berlaku kepada Leon kepada pegawai tersebut. “The creature in this picture is the one responsible in decimating the team in Lahad Datu. It’s the same creature that killed Leon and it is also the same creature who tried to kill me in Kudat City Dock the other day. Base on my own inference, there exist a connection between the object that we retrieved in Banggi Island and the creature from Lahad Datu. We are still uncertain of the connection between the two. Like I said earlier, a thorough research is needed to prove whether this theory of mine is correct or not,” terang Colline dalam bahasa inggeris. Pegawai tersebut mengangguk dan berasa kagum dengan penggunaan bahasa inggeris Colline tadi. “Thank you Professor Colline. Anyone else would like to ask another question?” tanya Danny sekali lagi. Kesemua pegawai tersebut menggelengkan kepala. Nampaknya tiada soalan lain yang akan diutarakan oleh pegawai – pegawai tersebut.

“Seandainya tidak ada soalan yang lain, saya ingin mengumumkan bahawa mulai hari ini, Profesor Colline dilantik menjadi Chief Supervisor bagi projek penyelidikan ini. Projek ini akan dinamakan “Project X”. Profesor Colline akan diberikan kesemua kuasa untuk menguruskan projek ini dibawah kebenaran saya sebagai Chief Director ISRC Cawangan Sabah. Ada sesiapa yang tidak bersetuju?” kata Danny dan memberi peluang kepada pegawai yang lain untuk mempertikaikan keputusannya. Kesemua pegawai itu amat bersetuju dengan keputusan Danny itu. Ini adalah kerana mereka kenal sikap Colline yang amat berkomitmen dan berdisiplin itu. Siapa lagi yang lebih sesuai kalau bukan dia.

“Then it’s settled. Meeting is adjourned,” kata Danny menamatkan persidangan tersebut. Poly dan Jane menjabat tangan Colline sambil mengucapkan tahniah di atas perlantikan barunya itu. Pegawai – pegawai yang lain juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Colline sebelum beredar menuju ke destinasi masing – masing. Sejurus kemudian, bilik persidangan itu pun menjadi lengang. Tinggal Colline dan Danny lagi yang masih berada di dalam bilik persidangan tersebut. Poly dan Jane pula sudah lama beredar dari bilik persidangan itu.

Danny mendekati Colline yang sedang mengemaskan Laptop dan beberapa buah failnya yang berada di atas meja. Colline berpura – pura tidak mengendahkan Danny dan meneruskan kerjanya itu.

“Colline apa khabar? Dah lama Colline tidak menghubungi Danny. Colline ingin mengelakkan diri dari Danny?” kata Danny memulakan bicara dengan ‘tunangnya’ itu.

Colline berhenti mengemaskan failnya. Dia menatap wajah Danny itu. Air muka Danny itu seolah – olah mengatakan ‘Saya perlukan penjelasan’. Colline faham maksud Danny itu. Semenjak kematian Leon tempoh – hari, Colline cuba sedaya – upaya mengelakkan diri dari bertembung dengan Danny. Colline tahu Danny tidak boleh dipersalahkan atas kematian Leon. Tetapi entah mengapa sukar baginya untuk memaafkan dan berjumpa dengan Danny semula.

Colline memberikan banyak alasan setiap kali Danny ingin bertemu dengannya. Yang menjadi mangsa selalunya adalah Poly. Poly terpaksa berbohong untuk membantu Colline. Danny pernah menunggu Colline di luar apartmennya sehari suntuk untuk memohon kemaafan darinya. Namun, hati Colline terlalu sukar untuk bertemu dengannya semula. Akhirnya Jane, yang tinggal serumah dengan Colline, menyuruh Danny pulang sahaja kerana Colline enggan bertemu dengannya.

Entah mengapa keadaan di dalam bilik persidangan itu menjadi terlalu senyap. Colline dan Danny masing – masing membisu seribu bahasa. Agak sukar bagi Colline untuk memulakan bicaranya dengan Danny. “Colline ucapkan terima – kasih kerana memberikan jawatan Chief Officer Project X pada Colline,” kata Colline sebagai pemula perbualan.

Danny tersenyum dan mengangguk. “Tak mengapa. Danny tahu ini juga adalah kemahuan Colline kan?” balas Danny.

“Colline ingin meminta maaf kalau selama ini, Colline bertindak agak keterlaluan pada Danny.”

“Danny tak kisah semua itu. Dan Colline tak perlu jelaskan pada Danny seandainya Colline belum lagi bersedia. I’m just glad that you wanted to speak to me again,” kata Danny. Bibirnya mengukir senyuman.

Colline membalas senyumannya. “Colline...” Danny cuba untuk mengucup bibir Colline. Colline tersentak dan memalingkan mukanya dari Danny. Danny terkejut dengan reaksi Colline itu. Dia tak menyangka Colline masih belum dapat menerima dirinya semula seperti dahulu. Riak wajahnya agak kecewa dengan apa yang berlaku itu.

“I’m sorry...” Danny meminta maaf dari Colline. Dia menjauhkan dirinya sedikit dari Colline. Mungkin dia belum lagi bersedia pujuk hatinya sendiri.

“No. I’m sorry Danny. Colline... masih perlukan masa,” ujar Colline. Dia tahu tindakannya itu agak melukai hati Danny. Sepatutnya dia tidak berasa sedemikian kerana Danny adalah tunangnya. Lagipun, dah lebih satu tahun mereka bertunang.

“It’s okay. Colline lupakan saja. Emm, kalau Colline tak keberatan, apa kata kita makan tengah hari bersama – sama?” Pelawa Danny. Dia benar – benar ingin meluangkan masa dengan kekasih hatinya itu.

“Lunch? Colline minta maaf. Colline dah berjanji mengkaji objek tersebut bersama – sama dengan Poly dan Jane hari ini. Lagipun, semua Lab assistants pun sudah kami arahkan untuk membantu kami nanti.”

“I see. Tak apalah, maybe some other time,” jawab Danny berasa agak kecewa.

“Colline kena pergi sekarang. Malam nanti, Colline akan hubungi Danny okey?” Colline cuba memujuk hati Danny.

“Okay,” jawab Danny pendek. Colline tersenyum kepadanya. Dia pun membawa Laptop dan fail – failnya dan meninggalkan bilik persidangan tersebut. Danny hanya mampu melihat ‘tunangnya’ itu meninggalkannya.

*********************************************************************************

Tempat : Tingkat 27, Makmal Bio-Kimia No. 8, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 05.15 Petang

Tarikh : 05 Disember 2009

Matahari sedang terbenam di ufuk timur. Lebuh raya di Metropolis Kinabalu sibuk dengan kenderaan yang sedang bergerak menuju ke destinasinya. Waktu pejabat bagi pekerja kerajaan sudah lama tamat. Mereka semua dalam perjalanan balik ke rumah untuk bertemu dengan keluarga masing - masing. Namun, masih ada golongan pekerja yang sanggup bertugas lebih masa. Colline, Poly dan Jane adalah mereka yang tergolong dalam kategori tersebut.

Bangunan ISRC Cawangan Sabah semakin lengang. Pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan mereka di luar dan di dalam bangunan tersebut. Ini adalah kerana bangunan ISRC tersebut menyimpan seribu satu rahsia ISRC seluruh dunia. Terbocornya rahsia ini boleh mengakibatkan suatu kesan global yang amat serius. Sebab itulah para pengawal yang ditugaskan di bangunan ini dipilih dari askar – askar Elit dari GDTF.

Colline, Poly dan Jane telah memulakan kajian mereka terhadap objek berbentuk X tersebut. Jane sedang menganalisa tulisan – tulisan asing yang terdapat pada objek X itu dengan Laptop yang dibawanya bersama. Poly pula sedang mengamati objek tersebut sambil merekodkan sesuatu di atas fail yang sedang dipegangnya. Manakala Colline pula sedang mengarahkan beberapa orang Lab assistants menyediakan peralatan yang dimintanya. Makmal yang digunakan oleh mereka itu merupakan salah satu makmal sains yang paling canggih di dunia. ISRC induk di US memastikan setiap cawangannya dibekalkan dengan peralatan yang bermutu tinggi supaya kajian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.

Selepas selesai memberi arahan kepada anak – anak buahnya, Colline pun pergi mendapatkan Jane yang berada di makmal bersebelahan, untuk mengetahui perkembangan kajiannya terhadap tulisan kuno yang terdapat di atas objek X tersebut. “So, how’s the progress?” tanya Colline kepada Jane yang sedang merekodkan data objek itu ke dalam Laptop nya. Jane tidak segera menyahut pertanyaan kawan karibnya itu. Dia memalingkan mukanya ke arah Colline dan berkata,”Tulisan yang terdapat di objek ini mempunyai persamaan dengan tulisan dari tamadun kuno selewat tamadun Mesopotamia. Yang amat menakjubkan ialah terdapat 3 jenis tulisan kuno dari 3 tamadun yang berlainan tertulis di atas objek ini. Tulisan Mesopotamia, Sumeria dan Mesir kuno.”

“Ini bermaksud, objek ini sudah pun berada di atas Bumi sejak tamadun Mesopotamia lagi?” soal Colline lagi.

“Saya rasa bukan sebegitu,” jawab Jane sambil membetulkan cermin matanya.

“Maksud Jane?”

Jane membalas pertanyaan Colline itu dengan senyuman. Dia pun membuka sesuatu maklumat di komputer tersebut. Kemudian dia meminta Colline melihat maklumat yang terdapat di atas skrin komputer tersebut. Di atas skrin komputer itu tertera gambar sebuah piramid purba yang berada di dalam sebuah gua di Gurun Gobi. Piramid purba itu telah ditemui oleh pasukan saintis ISRC US beberapa tahun yang lalu. Piramid purba tersebut adalah bangunan yang sama yang ditemui oleh Rayz di dalam mimpinya. Jane menukar gambar tersebut dengan mengklik butang yang seterusnya. Skrin yang seterusnya memaparkan imej beberapa buah patung yang sedang berdiri di sekeliling piramid purba tersebut.

“Cuba Colline perhatikan tulisan – tulisan yang terdapat di dinding piramid tersebut dan bandingkan dengan tulisan di atas objek X tersebut,” pinta Jane kepada Colline.

Colline mengangguk dan menurut sahaja permintaan Jane itu. “The writings are exactly the same. What does it mean?” soal Colline kepada Jane lagi setelah melihat persamaan tulisan tersebut.

“It means that this object and this ancient pyramid are in fact from the same civilization. And thats not all, according to our scientists in ISRC US, this pyramid may have existed during the Jurassic era judging from the rocks that surrounds it,” Jane menerangkan apa yang dirumuskannya kepada Colline.

“Adakah ini bermaksud objek ini pernah berada di bumi ini sebelum ini?”

“Itu adalah suatu kemungkinan yang sukar untuk disangkal. Kita boleh membuat rumusan bahawa objek X ini pernah berada di atas planet ini sebelum ianya jatuh dari angkasa lepas. Tetapi persoalan yang paling membingungkan ialah, kalau ia pernah berada di atas Bumi, mengapa ianya berada di angkasa lepas semula?” Jane meneruskan hujahnya.

Colline membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi. “Dan persoalan yang lebih membingungkan ialah, mengapa objek itu jatuh semula ke bumi,” Colline menyambung hujah Jane itu. Jane mengangguk-angguk tanda bersetuju.

“Ada satu benda lagi yang Jane nak tunjukkan pada Colline.”

“Apa dia?” tanya Colline.

Jane pun mengambil sekeping disk kecil dari beg tangannya dan memasukkan disk tersebut ke dalam laptop tadi. Selepas mengklik beberapa butang di atas skrin laptop tersebut, sebuah gambar pun terpampang di atas skrin laptop itu. Ianya gambar sebuah patung gergasi yang diperbuat daripada logam yang tidak dikenal pasti. Ianya berdiri di hadapan piramid purba itu. Patung itu setinggi 50 meter dan ianya sedang memegang sebilah pedang dengan kedua – dua tangannya. Ianya juga berbentuk seperti manusia cuma bahagian matanya sahaja yang tampak berlainan.

“Cuba Colline amati lambang yang terdapat di atas dada patung tersebut,” kata Jane.

Colline mendekati skrin laptop tersebut. Dia dapat melihat apa yang dimaksudkan oleh Jane itu. Di atas dada patung tersebut terdapat lambang yang sama seperti objek X yang sedang mereka kaji. Siapakah patung tersebut? Persoalan ini mulai bermain difikiran Colline.

“Di mana gambar patung ini diambil?” tanya Colline kepada Jane.

“Gambar patung ini diambil di hadapan piramid purba yang sama. Kalau Colline perhatikan, lambang yang terdapat di atas dada patung ini amat menyerupai dengan objek X yang sedang kita kaji. Ini memperkuatkan lagi teori Jane bahawa objek ini sememangnya pernah berada di atas Bumi ini,” terang Jane bersungguh – sungguh.


Colline mengangguk – angguk tanda bersetuju. Misteri yang menyelubungi objek X tersebut semakin menarik perhatian Colline. Kemunculan objek aneh berbentuk X dan juga sebuah bangunan kuno di padang pasir benar – benar merangsang naluri ingin tahunya. Kalau diikutkan hati, dia ingin segera ke tempat di mana piramid purba itu dijumpai supaya hubungan di antara objek X itu dan piramid purba itu dapat diungkaikan. Tetapi, apakan daya itu bukanlah di bawah bidang kuasanya.

Perbualan kedua kawan karib itu terganggu apabila seorang pegawai ISRC memaklumkan bahawa ujikaji kimia terhadap objek X tersebut akan bermula sebentar lagi dan Poly meminta kehadiran Colline di makmal bersebelahan. Colline pun meminta diri dari Jane dan mengikuti pegawai tersebut.

*********************************************************************************

Tempat : Tingkat 27, Makmal Bio-Kimia No. 8, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 12.00 AM

Tarikh : 05 Disember 2009

“The object does not react to any kind of substances. It also does not react to heat and cold. It is extremely durable and we have tested it with all types of acids,” kata Colline kepada Poly yang sedang menaip sesuatu di sebuah komputer. Jane sudah lama tidur kerana keletihan membuat analisis seharian.

“Apa lagi yang belum kita cuba?” tanya Colline kepada Poly.

Poly berhenti menaip dan mengalihkan pandangannya kepada Colline. “We’ve done all of the neccessary chemical and physical tests. Rasanya tiada apa – apa lagi yang boleh kita uji terhadap objek ini,” jawab Poly. Colline membuka labcoat nya dan duduk di sebuah kerusi bersebelahan dengan Jane. Dia mengambil botol minuman yang dibawanya tadi dan meneguknya perlahan – lahan. Poly cuma melihat gelagat kawan karibnya itu. Poly sedar Colline memaksa dirinya bekerja dengan kuat supaya dia dapat mengalihkan fikirannya dari kesemua perkara yang telah pun berlaku. Poly masak benar dengan perangai Colline itu.

“Colline berehatlah. It has been a long day,” kata Poly mencadangkan agar Colline berehat sahaja. Colline tersenyum mendengar kata – kata Poly itu. Dia tahu Poly mengambil berat dengan dirinya. “Selepas ini baru Colline berehat. Colline tak suka buat kerja separuh jalan. Lagipun Chief Danny mahukan laporan tersebut selewat – lewatnya minggu hadapan,” balas Colline.

Poly membuka labcoat nya dan memandang tepat ke arah wajah Colline. Colline perasan akan tingkah laku Poly itu. “Kenapa Poly pandang Colline macam tu?” tanyanya.

“Colline masih belum berbaik dengan Danny?” tanya Poly dengan lembut.

Colline menarik nafas yang dalam sebelum menjawab pertanyaan Poly itu. “Ya. Colline masih belum bersedia untuk berhadapan dengannya,” jawab Colline jujur.

“Colline... Danny tidak bersalah di atas kematian Leon. Apa yang berlaku kepada Leon itu adalah takdir Tuhan. Dan kita sebagai manusia harus belajar menerimanya sepahit mana pun ia.”

“Colline tahu semua itu tapi...” Colline mematikan kata – katanya.

“Tapi apa Colline?” tanya Poly lagi.

“Kadang – kadang Colline terfikir. Bagaimana kalau kematian Daryl dan Leon itu ada kaitan dengan Colline? Bagaimana kalau perkara yang sama berlaku pada Danny? Colline tak boleh terima semua itu,” Colline menjawab pertanyaan Poly itu dengan air matanya jatuh berlinangan.

Poly cuma mampu memandang ke arah kawan karibnya itu. Dia pun bingkas bangun dan duduk di sebelah Colline. “Colline jangan berfikir yang bukan – bukan. Jodoh dan ajal di dalam tangan Tuhan dan tiada kaitan dengan sesiapa pun. Tabahkan hati Colline. Ingatlah yang Colline bukannya berseorangan,” Poly memujuk Colline dengan lembut. Colline mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Poly itu.

“Thanks Poly,” ucap Colline.

“That is what friends are for, right?” balas Poly sambil tersenyum. “Anyway, rasanya kita dah terlebih bekerja ni. Masa pun dah menunjukkan jam 12 tengah malam. Apa kata kita balik ke apartment kita sekarang?” cadang Poly.

“Biar Colline bersihkan peralatan – peralatan ini dulu baru kita balik. In the mean time, please wake up Jane for me okay?” kata Colline sambil membawa radas – radas ujikaji tersebut ke sinki yang berdekatan. Poly pun memegang bahu Jane dengan lembut dan memintanya bangun. Jane mengeliat beberapa kali dan mengosok – gosok kedua – dua matanya.

Tiga kawan karib ini tinggal di apartmen yang sama. Apartmen tersebut berada di dalam kawasan bangunan ISRC itu sendiri. Selain daripada memiliki kelengkapan sains yang berteknologi tinggi, ISRC juga mempunyai kemudahan – kemudahan yang serba lengkap. Apartmen tersebut adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak ISRC untuk pegawai yang bekerja dengannya. Apartmen yang dimiliki oleh Colline adalah apartmen kelas pertama yang diberikan oleh Danny kepada Colline. Ianya amat luas dan selesa, sesuai dengan citarasa Colline.

Poly pun menuju ke arah meja di mana objek X itu sedang dikaji. Dia pun membuka peralatan seperti dawai dan wayar yang sedang melekat di atas objek tersebut. Baru sahaja Poly ingin menyimpan objek itu ke dalam bekas kedap udaranya, tiba – tiba dia terdengar Colline menjerit kesakitan dari arah sinki yang berdekatan. Poly pun segera berlari menuju ke arah Colline sambil diikuti oleh Jane yang masih lagi mamai.

“Aduh! Sakitnya!” kata Colline sambil memegang tangan kirinya. Kelihatan darah sedang bercucuran dari tapak tangan kiri Colline itu. Tangan Colline telah tergores oleh sebiji bikar yang pecah ketika dia sedang membersihkannya.

“Jane, ambil kotak kecemasan cepat!” arah Poly setelah melihat terlalu banyak darah yang keluar dari luka Colline itu. Jane segera berlari menuju ke tempat penyimpanan ubat. Tiba – tiba bilik makmal itu tiba – tiba diterangi oleh cahaya biru yang terang benderang. Ketiga – tiga mereka mengalihkan pandangan ke arah objek X itu dengan serentak. Objek X yang berada di atas meja ujikaji itu mulai terapung – apung dengan sendiri dan mengeluarkan bunyi berdengung yang sama seperti di Pelabuhan Bandar Raya Kudat.

Tiba – tiba satu pancaran cahaya pun keluar dari kristal yang berada di tengah – tengah objek X itu. Pancaran cahaya itu menuju ke arah luka yang ada di atas tangan kiri Colline. Serentak dengan itu juga luka di atas tangan kiri Colline itu mulai sembuh dengan sendirinya. Poly dan Jane menyaksikan kejadian itu dengan mata yang tidak berkelip – kelip. Manakala Colline pula dapat merasakan cahaya yang sedang mengenai tapak tangan kirinya itu terasa amat hangat dan selesa. Selepas beberapa saat, luka di tangan kiri Colline itu pun hilang sepenuhnya. Objek X itu juga tidak lagi berdengung dan bercahaya.

Colline menyentuh telapak tangan kirinya yang luka itu. Baru sebentar tadi tangannya terluka dan sekarang ianya sudah hilang dengan sepenuhnya. Colline tahu dia tidak bermimpi kerana masih ada tompokan darah di atas lantai kesan dari luka di tangan kirinya tadi. Poly mendekati Colline dan menyentuh tangan kiri Colline. Ianya memang benar – benar telah sembuh! Malahan, tidak ada kesan calar pun di atas telapak tangan kiri Colline itu. Ketiga – tiga kawan karib itu saling berpandangan. Kejadian yang berlaku sebentar tadi amat membingungkan mereka. Sebagai saintis, mereka tahu setiap apa yang berlaku boleh diterangkan dengan logik dan rasionaliti. Tetapi apa yang mereka saksikan sebentar tadi amat sukar diterangkan dengan logik dan rasionaliti.

Selepas membisukan diri hampir tiga minit, Colline memecahkan kesunyian tersebut dan berkata,”Nampaknya kita berjaya menjumpai satu lagi ciri istimewa yang dimiliki oleh objek ini. Poly rekodkan data ini di komputer sekarang. Jane, teruskan menganalisa tulisan – tulisan kuno yang terdapat di atas objek X itu.” Tanpa banyak soal, Poly dan Jane menurut sahaja arahan Colline itu. Mereka bertiga sedar yang tiada gunanya untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Lebih baik ianya dikaji dengan lebih mendalam supaya mereka akan dapat menjumpai jawapan bagi kejadian yang berlaku sebentar tadi. Nampaknya malam ini mereka akan tidur lewat sekali lagi.

Colline memegang objek X itu dengan kedua – dua tangannya. “What are you actually?” tanya Colline kepada objek X tersebut. Sinar kesungguhan dapat dilihat dari kedua – dua matanya. Colline betekad untuk membongkar kemisterian yang menyelubungi objek X itu.

2 comments:

Princess said...

wow~ citer ni mkin best la...smbng lgi ye...

suke tau...tpi...colline lupa lorh tepon danny...ish..

knape colline x pnggl rayz je nk ungkaikn msteri X tu???

yela...rayz kn reti guna kn objek tuh...heheheh..ape pon...cpt smbng ye..

kraizer81 said...

Colline dgn Danny tu tengah gaduh :) Princess memang pandai he he he. Next chapter Colline akan pergi mencari Rayz untuk mendapatkan bantuan dia. Tunggu tau?