Friday, January 8, 2010

Chapter 26 (Part 3-End)

Kesemua yang berada di kuil itu hanya mendiamkan diri selepas menonton kisah mengenai pertarungan di antara Kaum Samarian dan juga Makhluk Grogan itu. Apa yang mereka saksikan sebentar tadi adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Adalah sukar dipercayai bahawa 70 juta tahun yang dulu Bumi ini telah dihuni makhluk asing yang bernama Samarian.Yang lebih menakjubkan adalah bagaimana mereka memberi kehidupan di Bumi dengan menggunakan Xyver. Tak sangka Xyver yang dipegang oleh Rayz itu memiliki suatu kuasa yang luar biasa yang amat menakjubkan. Ia memiliki dwisifat iaitu bersifat “mencipta” dan “memusnahkan”.

“Le-na, boleh tolong beritahu kami apakah sebenarnya Xyver ini?” pertanyaan Colline itu memecahkan kesunyian yang menyelubungi kuil itu.

“Saya tidak diprogram untuk menjawab soalan makhluk Bumi,” jawab Le-na. Nampaknya, Le-na hanya akan mendengar arahan Rayz sahaja.

“Tak apa Le-na. Tolong jawab pertanyaan Colline,” Rayz pun membantu Colline.





“Baiklah. Xyver ialah suatu artifak yang telah pun wujud sebelum alam semesta ini terbentuk. Pada zaman dahulu, terdapat dua entiti yang sering berperang di antara satu sama lain. Dua Entiti itu dikenali sebagai “VAHSYAH” dan “REFLUCIS”. Pertarungan di antara VAHSYAH and REFLUCIS ini telah berlarutan berbillion – billion tahun lamanya. Melihat ketidaksudahan pertarungan itu, VAHSYAH telah mencipta satu artifak yang mampu mengalahkan REFLUCIS. Artifak itu adalah Xyver. Dengan bantuan Xyver, VAHSYAH berjaya mengalahkan REFLUCIS. Namun, VAHSYAH juga menjadi mangsa di dalam pertarungan itu. Xyver itu telah menyerap kesemua intipati kuasanya. Dan akibatnya, VAHSYAH terpaksa mengurung dirinya di dalam Xyver sebagai langkah terakhir menyelamatkan nyawanya. Sebelum REFLUCIS mati, ia telah menggunakan sisa – sisa tenaganya yang terakhir untuk melahirkan warisnya iaitu, Shatan Godra. Shatan Godra kemudian melarikan dirinya sementara menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam,” terang Le-na.

“Adakah itu bermaksud Spirit of The Xyver itu adalah VAHSYAH?” kata Rayz.

“Apa yang dikatakan oleh Tuan Rayz itu adalah betul,” balas Le-na.

“Apa yang berlaku kepada Xyver selepas itu?” tanya Colline pula.

“Bagi memastikan keselamatan dirinya, VAHSYAH telah menciptakan dua makhluk baru bagi melindungi Xyver. Satu ialah seorang lelaki iaitu Maharaja Xatria yang juga dipanggil “The First Emperor”. Dan satu lagi seorang wanita iaitu Permaisuri Yulina. Kedua – dua waris VAHSYAH ini telah mendirikan empayar mereka di atas sebuah planet yang kini dipanggil Planet Xatrian. Keturunan Maharaja Xatria dan Permaisuri Yulina ini kemudiannya dikenali sebagai Kaum Samarian. Namun demikian, Empayar yang dibina oleh Maharaja Xatria itu tidak berkekalan keamanannya kerana Shatan Godra telah menceroboh planet itu dan memusnahkannya. Permaisuri Yulina telah terkorban kerana amukan Shatan Godra itu. Kesedihan yang dialami oleh Maharaja Xatria telah membangkitkan kuasa VAHSYAH yang ada di dalam Xyver itu. Maka, Maharaja Xatria pun menggunakan kuasa Xyver itu untuk menjadi “Zaiva” yang pertama. Zaiva bermaksud “Kesatria Suci”. Maharaja Xatria dan Shatan Godra bertempur dengan hebat. Dengan menumpukan sepenuh kekuatannya, akhirnya Maharaja Xatria telah mencederakan Shatan Godra. Shatan Godra yang cedera parah itu melarikan diri sekali lagi. Selepas pertarungan itu selesai, Maharaja Xatria membangunkan empayarnya semula bagi memperingati isterinya yang tersayang. Kesan daripada serangan Shatan Godra itu, Planet Xatrian tidak lagi stabil. Gempa bumi kerap berlaku dan cuacanya sering berubah. Maharaja Xatria khuatir planet itu tidak akan dapat hidup lama. Maka, baginda pun melaksanakan operasi pencarian planet baru sebagai pengganti Planet Xatrian,” tambah Le-na.



“Sekarang barulah saya faham mengapa Kaum Samarian ini datang ke Bumi. Mereka ingin mencari petempatan yang baru,” kata Colline.

“Saya ingin bertanya satu soalan lagi,” kata Rayz pula.

“Silakan. Le-na akan menjawab sebaik yang mungkin,” balas Le-na.

“Kenapa saya dipilih menjadi Dunamist? Dan apakah kaitan saya dengan makhluk – makhluk Grogan itu?”

“Tuan Rayz ialah waris kepada Tuan Ra-iz. Dewa VAHSYAH (Spirit of The Xyver) telah memilih Tuan untuk melindungi planet ini. Di masa akan datang, Kaum Samarian akan berhijrah ke planet ini kelak dan adalah menjadi misi Tuan Rayz untuk melindunginya sehinggalah ketibaan mereka,” terang Le-na pendek.

Semua yang berada di situ terkejut mendengar jawapan Le-na itu. Adakah itu bermaksud Kaum Samarian akan datang untuk ‘menuntut’ planet ini dari manusia? Colline pun menerangkan apa yang sedang berlaku itu kepada Dr. Mon Dali kerana beliau tidak memahami Bahasa Melayu.

“Maksud kamu, Kaum Samarian akan datang menakluki Bumi ini?” celah Danny.

“Apa yang anda katakan itu 90% betul. Namun, itu bergantung kepada keputusan Dewa kami,” jawab Le-na.

“Itu tidak betul! Planet ini sekarang dihuni oleh manusia. Kalau Kaum Samarian datang, apakah yang akan berlaku kepada kaum manusia!?” kata Leftenan Payed yang berada di sebelah Jeneral Razak itu.

“Seperti yang saya katakan. Itu semua terpulang kepada Dewa...” balas Le-na pendek.

“Bagaimana kalau saya enggan menjadi Dunamist yang Le-na katakan itu?” Rayz mengajukan soalan itu kepada Le-na.

Le-na memandang wajah Rayz itu dan hanya mendiamkan diri. “Maka planet ini akan dimusnahkan oleh Grogan sekalipun Kaum Samarian tidak datang ke planet ini. Apa yang saya katakan ini mungkin tidak dapat diterima oleh Tuan Rayz tetapi Tuan Rayz tidak ada pilihan lain.”

Giliran Rayz pula yang terpaksa mendiamkan diri. Apa yang dikatakan oleh Le-na itu memang betul. Seandainya dia tidak menjadi Dunamist dan melindungi Bumi, Grogan akan memusnahkannya. Dan seandainya dia berlawan dengan makhluk – makhluk Grogan itu dan melindungi Bumi, suatu hari nanti Kaum Samarian akan datang dan menaklukinya. Apa yang sedang berlaku itu seperti “Ditelan mati bapa, diluah mati emak.” Rayz semakin pening dengan keadaan itu. Apakah yang harus dilakukannya sekarang?

PAP! PAP! PAP! Ketegangan di dalam kuil itu pun terganggu dengan bunyi tepukan yang agak nyaring. Mereka semua pun mengalihkan pandangan mereka kearah bunyi tepukan tersebut. Kelihatan Jeneral Razak sedang bertepuk tangan dengan senyuman yang ‘misteri’. Rayz berasa hairan dengan kelakuan Jeneral Razak itu.

“What are you doing General?” tanya Danny.

“I am just so happy to finally understand everything, that is why I clapped. Furthermore, my suspicion has finally been proven...” jawab Jeneral Razak.

“What are you saying?” tanya Colline pula.

“Kaum Samarian... Makhluk Grogan... kedua – duanya adalah musuh manusia! Saya sebagai Jeneral tentera yang berpangkat tinggi tidak akan membiarkan makhluk asing jahanam seperti mereka merampas Bumi ini!” bentak Jeneral Razak.

Dengan pantas kesemua anggota unit GDTF yang dibawa oleh Jeneral Razak itu mengeluarkan sepucuk pistol jenis SOCOM dari belakang uniform mereka. Mereka mengelilingi Rayz, Colline, Danny, Dr. Mon Dali dan Lab Assistants yang lain. Pistol mereka diacukan kepada mereka semua. Rayz dan kesemua yang lain berasa terkejut dengan tindakan Jeneral Razak. Dengan langkah yang angkuh, Jeneral Razak pun berjalan menuju ke arah Rayz.

“Rayz Silman. Tak sangka awak adalah kacukan makhluk asing. Patutlah saya berasa loya dan jijik bila melihat wajah awak sejak di ISRC Metropolis Kinabalu!” kata Jeneral Razak dengan nada sinis.

Rayz berasa terhina dengan kata – kata Jeneral Razak itu, dia pun mengenggam penumbuk kanannya dan cuba menumbuk mulut Jeneral Razak yang kurang ajar itu! Dengan pantas Jeneral Razak menarik sepucuk revolver jenis Magnum .44 dari dalam mantel yang dipakainya lalu mengacukan pistol itu ke dahi Rayz. Rayz tersentak dengan tindakan Jeneral Razak itu. Penumbuknya terhenti serta – merta.

“What are you gonna do now, boy?” kata Jeneral Razak dengan senyuman mengejek. Rayz hanya mampu mengetap giginya menahan marah.

Melihat keadaan Rayz yang terancam itu, Le-na pun mengaktifkan sistem keselamatan piramid itu dan menghalakan kesemua muncung meriam itu ke arah Jeneral Razak dan orang – orangnya. Namun Jeneral Razak bukanlah seorang yang bodoh. Dia tahu Le-na akan sanggup membunuh semua orang yang ada di dalam kuil itu untuk melindungi Rayz. Jeneral Razak menangkap Colline yang berdiri tidak jauh dari Rayz itu dan mengacukan revolver ke kepala Colline pula. Rayz dan Danny terkejut dengan tindakan Jeneral Razak itu.

“Kalau kamu tidak mahu Profesor Colline mati, arahkan komputer itu mematikan sistem keselamatan piramid ini sekarang juga!” ugut Jeneral Razak. Tangan kirinya yang sasa itu mencekik leher Colline yang kecil. “Let me go you a**h**e!!” jerit Colline cuba meronta. Jeneral Razak menguatkan cengkamannya sehingga Colline menjerit kesakitan.

“Berhenti! Baiklah, saya turuti kehendak kamu. Le-na, matikan sistem keselamatan dan tunggu arahan seterusnya...” kata Rayz, terpaksa akur dengan perintah Jeneral Razak itu. Le-na menurut perintah Rayz itu dan mematikan sistem keselamatan semula.

Danny cuba mendapatkan Colline tetapi salah seorang anggota GDTF E.F itu mencengkam bahunya dengan kasar dan menghalakan pistolnya ke belakang kepala Danny. Danny memandang ke arah Jeneral Razak dengan tajam. Jeneral Razak membalas renungan tajam Danny itu. Renungan Danny itu seolah – olah berkata, “Kalau kau cederakan dia, saya bersumpah akan membunuh kau!”.

“You are a lucky woman Professor Colline. Both these men really care about you. I hate to see what will happen to them if something were to happen to you,” bisik Jeneral Razak di telinga Colline. Colline mendengus dan menjauhkan telinganya dari mulut Jeneral Razak itu. Jeneral Razak hanya ketawa melihat kelakuan Colline itu. Leftenan Payed mendekati Jeneral Razak dan memberitahunya sesuatu. Jeneral Razak mengangguk – angguk mendengar apa yang dikatakan oleh Leftenan Payed itu.

“Apa yang sebenarnya ingin kau lakukan Jeneral! Lepaskan Colline sekarang juga!” marah Danny. Kalau dia mampu, dia juga ingin menghadiahkan Jeneral Razak itu sebiji penumbuk sebagai buah tangan. Namun, dia sedar dia tidak akan dapat melakukan sedemikian kerana kehadiran anggota – anggota GDTF E.F itu.

“It’s simple really. Apa yang saya inginkan ialah mendapatkan Xyver dan saya sanggup lakukan apa – apa sahaja untuk mendapatkannya,” jawab Jeneral Razak dengan bongkak.

“Apa gunanya Jeneral mendapat Xyver kalau ianya cuma boleh digunakan oleh Rayz?” kata Danny lagi.

“Saya memang sedar perkara itu. Namun, saya berpendapat dengan kelengkapan yang mencukupi dan tenaga kerja yang professional, saya pasti boleh membongkarkan cara untuk mengaktifkannya tanpa bergantung kepada Rayz.”

“Jangan bermimpi! Pihak ISRC tidak akan membantu projek gila Jeneral itu!”

“Oh, you said it too soon Chief Director Danny Dexter. Saya adalah seorang lelaki yang amat berkebolehan,” jawab Jeneral Razak. Dia mengukir senyuman yang misteri.

“Apa maksud Jeneral?” soal Danny lagi.

Tanpa disangka – sangka, Dr. Mon Dali tiba – tiba berdiri di sebelah Jeneral Razak. Dia juga mengukir senyuman yang misteri. Mereka kemudiannya ketawa terbahak – bahak, berasa gembira tentang sesuatu. Apakah yang sedang berlaku ini?

“Doctor Mon Dali, what’s the meaning of this?” tanya Danny kepada Dr. Mon Dali.

“It is as you see it. I decided to work for the general. I am terribly sorry but the general is really a great man. He knows what I desire most. By working for him, he will let me research Xyver and even gladly give funds for it. As a scientist like yourselves, I only wish to discover the mysteries that surrounds this amazing artifact,” jawab Dr. Mon Dali. Rupa – rupanya Dr. Mon Dali telah dirasuah oleh Jeneral Razak untuk bekerja dengannya. Jeneral Razak menjanjikan beliau peruntukan tanpa had untuk mengkaji Xyver.

“Doctor, why?” kata Rayz pula. Dia berasa amat hampa dengan tindakan Dr. Mon Dali itu.

“Forgive me Mr. Rayz. I’m just a curious scientist who only wish to satisfy my hunger for scientific knowledge,” balas Dr. Mon Dali.

“What makes you think you can get away with this General? The Wiseman’s Commitee will surely send in a Search and Rescue Team if they don’t hear from us soon,” celah Danny. Danny tahu pihak ISRC US akan menghantarkan pasukan penyelamat seandainya sesuatu yang buruk berlaku kepadanya dan dia percaya mereka tidak akan melepaskan Jeneral Razak.

“I won’t worry about that Chief Director. Kerana pada waktu mereka menghantarkan pasukan penyelamat, kamu semua akan diisytiharkan meninggal dunia kerana ‘kemalangan’ yang tidak disangka – sangka!”

Darah Danny berderau mendengar kata – kata Jeneral Razak itu. Adakah itu bermaksud Jeneral Razak akan membunuh mereka semua di piramid tersebut dan melaporkannya sebagai satu ‘kemalangan’? Lab Assitants yang mengikuti ekspedisi itu mulai ketakutan dan merayu meminta mereka tidak diapa – apakan.

“Kalau kamu semua ingin selamat, Rayz mesti menyerahkan Xyver kepada saya!” jerit Jeneral Razak. Suara jeritannya itu membuatkan kesemua Lab Assistants itu mendiamkan diri.

“Kenapa Jeneral tidak mengambilnya sendiri?” tanya Rayz dan merenung wajah Jeneral Razak itu dengan tajam.

“Awak jangan pandang rendah kepada saya! Saya bukannya bodoh! Hanya “Dunamist” sahaja yang boleh memegang Xyver. Jadi saya mahu awak masukkan Xyver ke dalam bekas kedap udara ini,” jawab Jeneral Razak. Salah seorang dari anggota GDTF E.F itu membawa sebuah bekas kedap udara dan meletakkannya berdekatan kaki Rayz. Nampaknya Jeneral Razak itu memang seorang yang teramat bijak. Dia seolah – olah telah pun merancang segala – galanya dengan sempurna sekali.

Mahu tak mahu Rayz terpaksa menurut sahaja kehendak Jeneral Razak itu. Dia pun mendekati altar di mana Xyver itu dimasukkannya. Le-na sekadar memerhatikan tindak – tanduk Rayz itu. Apabila Rayz cuba mengambil Xyver dari altar itu, Le-na pun bercakap dengan Rayz melalui gelombang suara yang hanya boleh didengari oleh Rayz.

“Tuan Rayz sanggup memberikan Xyver kepada manusia itu semata – mata ingin melindungi manusia – manusia yang lain?” tanyanya. Air muka Le-na itu seolah – olah menunjukkan ianya tidak memahami kenapa Rayz bertindak sedemikian.

“Ya. Mereka adalah sahabat saya. Le-na jangan bimbang, saya pasti tidak akan memberikan Xyver kepada mereka,” balas Rayz.

“Namun begitu, saya ingin memberitahu Tuan Rayz, seandainya Xyver diambil dari altar ini, ada kemungkinan seluruh sistem pesawat ini akan mati dan tidak akan dapat dihidupkan semula. Tuan Rayz akan kehilangan seluruh legasi yang disimpan oleh nenek – moyang Tuan Rayz. Tuan Rayz sanggup menerima risiko itu?”

“Kalau itulah yang harus saya lakukan untuk melindungi sahabat – sahabat saya, biarlah ‘legasi’ ayah saya itu hilang bersama nyawa piramid ini. Maafkan saya Le-na, ianya sesuatu yang harus saya lakukan.”

“Walaupun saya tidak faham mengapa Tuan Rayz membuat keputusan tersebut, saya akan turuti kemahuan Tuan Rayz kerana ianya merupakan tujuan mengapa saya diprogram.”

“Terima – kasih Le-na kerana sudi memberitahu perkara mengenai ayah saya. Maafkan saya kerana terpaksa mematikan sistem komputer piramid ini.”

Selepas mendengar kata – kata Rayz itu, Le-na pun mulai padam dengan perlahan – lahan. Rayz pun mendekati altar di mana Xyver itu berada. Dia memandang Xyver yang berada di dalam kotak emas tersebut. Dia menarik nafas panjang dan mengambilnya. Sebaik sahaja Xyver itu dikeluarkan dari kotak emas itu, piramid itu pun ‘mati’ semula. Lampu – lampu terang yang menerangi kuil itu padam dan hanya lampu yang berwarna biru yang menerangi ruang dalaman kuil itu sekarang. Selepas memasukkan Xyver ke dalam bekas kedap udara itu, Rayz pun memberikannya kepada Jeneral Razak.

“You’ve got what you want, now let her go,” Rayz meminta Jeneral Razak melepaskan Colline. Rayz memandang mata Jeneral Razak itu dengan tajam sekali.

“Of course, I am a man of my word,” balas Jeneral Razak. Dia pun melepaskan Colline dengan kasar. Danny pun mendapatkan Colline dan memeluk tunang yang amat dikasihinya itu. “Colline tak apa – apa?” tanya Danny. “I am okay. Leher Colline sakit sedikit sahaja,” jawab Colline. Giliran Danny pula yang memandang Jeneral Razak dengan tajam. Kalau diikutkan hatinya, dia ingin membelasah Jeneral Razak itu dengan kedua – dua penumbuknya sekarang juga namun apakan daya, musuh – musuhnya itu memiliki senjata api.

“Memandangkan saya telah mendapat apa yang saya perlukan, kamu semua tidak lagi berguna pada saya. Men! Tie them all up and prepare the time-bomb!” Jeneral Razak memrintahkan orang – orangnya untuk mengikat Rayz dan yang lain. Malahan, dia juga mengarahkan orang – orangnya untuk menyediakan bom masa! Adakah Jeneral Razak itu akan meletupkan piramid itu bersama – sama dengan Rayz sekali?

*********************************************************************************

Sementara itu di pintu masuk ke dalam gua...

Sarjan Helmer dan anggota GDTF E.F yang lain telah pun menyiapkan ‘kerja’ mereka. Kelihatan kesemua pekerja – pekerja ISRC US bergelimpangan di atas tanah. Tubuh mereka berlumuran darah. Rupa – rupanya mereka telah dibunuh oleh Sarjan Helmer dan konco – konconya. Tempat itu depenuhi dengan asap tembakan yang datangnya dari senjata MP5A5 milik anggota GDTF E.F itu. Semuanya adalah dirancangkan oleh Jeneral Razak.

“Tell the general ‘clean-up’ has been done on the surface. We have also secured the main gate to enter the cave. Everything is working according to plan,” Sarjan Helmer melaporkan keadaan itu kepada Leftenan Payed.

Selepas melaporkan perkara itu, Sarjan Helmer mengarahkan anggota GDTF E.F itu untuk memunggah kesemua mayat pekerja ISRC US itu ke dalam sebuah stor yang berdekatan. Sambil mereka memunggah mayat – mayat itu, mereka juga bergelak keawa kerana memikirkan ganjaran yang bakal diberikan oleh Jeneral Razak kepada mereka nanti.

Sarjan Helmer pun mengeluarkan sebatang rokok berjenama ‘Malboro’ dari kocek kanan uniformnya. Selepas menyalakan hujung rokok itu, dia pun duduk di sebuah kerusi panjang yang berdekatan. Sambil merokok, dia membersihkan senapang MP5A5 yang dibawanya. Tiba – tiba seorang anggota GDTF E.F yang menjaga pintu gerbang masuk ke gua itu berlari menuju ke arahnya. Wajahnya kelihatan cemas.

“Sir! There’s something approaching this facility! It’s moving extremely fast!” kata anggota GDTF E.F itu sambil tercungap – cungap.

“What are you saying? Is it a military vehicle?” tanya Sarjan Helmer, marah kerana anak buahnya itu menganggu sesi berehatnya.

“I don’t know how to explain it Sir! You better take a look yourself!” jawab anggota GDTF E.F itu dan meninggalkan Sarjan Helmer semula.

“Shit! Just when I was planning to relax,” guman Sarjan Helmer dan berdiri mengikuti anak buahnya itu.

Sesampainya dia di pintu gerbang berkenaan, dia pun terperanjat melihat apa yang sedang berlaku di hadapannya. Nun jauh di tengah – tengah gurun pasir itu kelihatan sesuatu sedang bergerak dengan laju sekali. Ribut pasir pun berlaku kesan daripada pergerakan objek – objek misteri itu. Sarjan Helmer mengeluarkan binokularnya untuk melihat apakah objek itu sebenarnya. Sebaik sahaja dia dapat melihat objek itu dengan jelas, wajahnya pucat lesi! Apakah yang dilihatnya sehingga membuatkannya ketakutan sebegitu rupa?

*********************************************************************************

Di dalam piramid...

Rayz, Colline dan Danny telah diikat oleh orang – orang Jeneral Razak begitu juga Lab Assistants yang mengikuti ekspedisi itu. Anggota – anggota GDTF E.F itu pula sedang menyiapkan bom masa yang telah dibawa oleh mereka. Bom masa itu adalah jenis yang paling canggih. Ianya hanya sebesar penumbuk seorang lelaki dewasa dan berbentuk bulat, leper. Ianya berwarna hitam dan terdapat sebuah pemasa dan butang berwarna merah di atasnya. Bom jenis itu dipanggil sebagai “Smart Bomb” di dalam militari. Walaupun ianya bersaiz kecil tetapi kuasa setiap bom itu mampu menyamai kekuatan 100 biji grenade biasa.

Anggota GDTF E.F itu meletakkan bom masa itu di setiap sudut piramid itu untuk memastikan letupannya mampu menghancurkan keseluruhan bahagian di dalam piramid itu. Sementara Jeneral Razak pula mengarahkan anggota – anggota GDTF E.F yang lain untuk mengangkut apa sahaja barang yang boleh dijadikan sampel kajian. Rayz hanya mampu melihat orang – orang Jeneral Razak itu ‘mencemari’ kesucian Kuil Xyver itu.

“Damn it! Kita mesti cuba melepaskan diri!” kata Danny sambil meronta – ronta.

“Tak ada gunanya Danny. Kalau kita dapat lepaskan diri sekalipun, Jeneral Razak tetap tak akan lepaskan kita,” kata Rayz pula.

“Shut up! Kau tak ada hak untuk bercakap kepada kami. Kau bukan penduduk Bumi ini! Kau adalah keturunan makhluk asing!” marah Danny

“Stop it Danny! Apa yang Danny katakan ni!? Apa yang berlaku itu bukanlah kehendak Rayz. Kalaupun dia adalah dari puak Samarian, apa salahnya? Lagipun kalau bukan kerana Rayz, Colline mungkin telah lama dibunuh oleh makhluk Grogan tersebut. Who cares where he comes from!” kata Colline, mempertahankan Rayz.

“Stop defending him Colline! Look at what he have done to us? It’s all his fault!” jerkah Danny pula. Dia mendengus kegeraman.

Danny dan Colline yang diikat bersama – sama itu pun mulai bertekak. Mereka cuba menegakkan pendapat mereka sendiri. Rayz yang melihat pertengkaran mereka itu bertambah sayu. Tak pernah disangkanya bahawa nasibnya itu benar – benar malang sekali. Fikirannya kusut. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Apa yang harus dipercayainya? Apa yang harus diperjuangkannya?

“Cukup Colline... apa yang dikatakan oleh Danny memang benar. Rayz... adalah ‘baka’ puak Samarian. Rayz adalah keturunan mereka...” kata Rayz dengan sayu.

“Rayz...” Colline juga menjadi sayu melihat keadaan Rayz itu. Danny hanya mendengus melihat ‘drama’ yang dipertunjukkan oleh mereka berdua itu. Pada masa yang sama, hatinya juga sakit melihat Colline mengambil berat terhadap keadaan Rayz.

Pertelingkahan mereka bertiga itu terhenti apabila mereka terdengar bunyi nyaring walkie – talkie milik Jeneral Razak. Janeral Razak mengambil walkie – talkie itu dari tali pinggangnya. “Yes, it’s me,” Jeneral Razak menjawab panggilan walkie – talkie nya.

“Sir! We are in trouble... it’s THEM!! They are here and there are too many of them... we can’t hold them off!” kedengaran suara Sarjan Helmer yang kelihatan panik. Bunyi tembakan senapang dan suara jeritan manusia yang mengerikan juga kedengaran dari corong walkie – talkie tersebut.

“What do you mean!? Sargeant, tell me what’s going on!”

“Run! Sir, you... bett...r...RUN!..UARGHHHH!!” kedengaran suara Sarjan Helmer menjerit kesakitan. Jeritannya benar – benar mengerikan seolah – olah dia sedang berada di dalam kesakitan yang teramat sangat. Apakah yang telah berlaku di permukaan gua tersebut?

“Sargeant!? Sargeant Helmer!? Answer me g** damn it!!” jerit Jeneral Razak meminta Sarjan Helmer menjawab panggilannya. Namun, hanya kedengaran bunyi statik sahaja dari corong walkie – talkie nya. Leftenan Payed yang berada berdekatan dengan mendekatinya. “Apa yang berlaku Jeneral?” tanyanya kepada Jeneral Razak.

“Entahlah. Nampaknya sesuatu telah berlaku di atas. Damn it! What the hell is going on up there...” jawab Jeneral Razak.

“Jeneral, apa yang telah berlaku dengan anak buah Jeneral?” tanya Danny.

“Itu kau tak perlu tahu! Jangan nak menyibuk. Lebih baik kau berdoa kerana hayat kamu ada beberapa minit sahaja lagi,” balas Jeneral Razak dengan angkuh.

Danny mengetap giginya. Dia benar – benar berasa marah dengan Jeneral Razak. Namun persoalan tetap muncul di dalam hatinya. Apa yang telah berlaku di permukaan? Dia cuba meneka namun otaknya tidak ingin membantu. “Biarkan saja. Paling penting sekarang adalah cuba memikirkan cara untuk melepaskan diri dari ikatan tali ini,” katanya dalam hati.

*********************************************************************************

Di satu sudut lain di dalam piramid itu...

3 orang anggota GDTF E.F itu telah pun siap memasang bom masa di seluruh kawasan piramid tersebut. Mereka pun bersedia untuk kembali semula ke Kuil Xyver untuk memaklumkan Jeneral Razak. Baru sahaja beberapa langkah mereka berjalan, tiba – tiba mereka dikejutkan dengan bunyi nyaring yang datang dari dalam sebuah bilik kosong di hadapan mereka. Bunyi itu kedengaran seperti bunyi anjing yang menderam dengan kuat. Namun yang menghairankan, adalah mustahil bagi seekor anjing berada di dalam piramid purba itu.

Dengan pantas mereka mengacukan pistol SOCOM mereka ke hadapan! Lampu suluh berkuasa tinggi di bawah muncung pistol itu mereka hidupkan untuk menerangi keadaan bilik itu yang gelap gelita. Dengan perlahan – lahan mereka masuk ke dalam bilik kosong tersebut.

Mereka menggunakan isyarat untuk berkomunikasi agar “benda” di dalam bilik itu tidak dapat melarikan diri. Mereka pun berpisah. Satu ke kiri, satu ke kanan dan satu ke tengah. Dengan penuh tumpuan mereka memeriksa setiap penjuru bilik itu bagi mencari bunyi pelik itu tadi. Selepas memeriksa keseluruhan ruang di dalam bilik itu, mereka pun berkumpul semula di suatu sudut untuk berbincang.

“Kamu ada jumpa apa – apa Roberto?” tanya salah seorang anggota GDTF E.F itu kepada rakannya.

“Tak ada Manboyo. Kamu Zalman?” tanya anggota bernama Roberto itu kepada anggota GDTF yang bernama Zalman itu pula.

“Juga tak ada. Mungkin ianya imaginasi kita sahaja,” jawab anggota GDTF bernama Zalman itu.

Mereka pun memadam lampu suluh yang terdapat di pistol mereka dan meninggalkan bilik itu. Baru sahaja mereka berjalan beberapa langkah, dua pasang tangan yang amat besar pun mencengkam kepala Manboyo dan Zalman itu! Tangan itu menarik mereka masuk ke dalam kegelapan bilik itu semula. Kedengaran suara mereka berdua berteriak kesakitan diiringi dengan bunyi tulang dipatah – patahkan. Roberto yang panik itu mengacukan pistolnya ke dalam kegelapan itu dan melepaskan tembakan yang bertalu – talu sambil menjerit ketakutan!

Bunyi tembakan yang nyaring itu bergema di seluruh piramid tersebut. Selepas beberapa ketika, Roberto pun menghentikan tembakannya. Dia baru sahaja menghabiskan satu clip pluru. Dengan cemas dia memasukkan satu clip peluru lagi ke dalam pistol SOCOM nya itu sambil berjalan berundur ke belakang. Matanya ditumpukan ke arah bilik yang gelap itu. Bunyi deraman seperti anjing itu kedengaran semula. Sekonyong – konyong muncul dua biji mata yang bersinar kuning dari dalam bilik gelap itu. Ianya memandang ke arah Roberto dengan tajam!

“Die you son of a b***h!!” bentak Roberto dan melepaskan tembakan yang bertalu – talu ke arah mata yang bersinar itu.

Dengan perlahan – lahan makhluk yang berdiri di dalam bilik gelap itu berjalan menuju ke arah Roberto tanpa mengendahkan tembakan pistolnya. Barulah Roberto dapat melihat makhluk itu dengan jelas. Ianya setinggi 8 kaki dan berwarna hijau gelap. Kepalanya seakan – akan buaya dan terdapat cebisan daging di dalam rahangnya. Makhluk itu adalah Reptilian Grogan yang membunuh pasukan GDTF Kapten Endra di Tawau!

Dengan pantas Ia melibaskan ekornya yang sasa itu ke arah kepala Roberto! Kepala Roberto itu pun patah dan tercerai dari badannya. Kemudian Reptilian Grogan itu memegang badan Roberto itu dan melahapnya perlahan – lahan. Tidak lama kemudian muncul beberapa ekor lagi Reptilian Grogan dari dalam bilik gelap tersebut. Nampaknya makhluk yang menyerang Sarjan Helmer dan orang – orangnya itu adalah makhluk – makhluk Reptilian Grogan. Mereka telah sampai ke piramid itu untuk memburu Rayz!

*********************************************************************************

Balik ke Kuil Xyver semula...

Bunyi tembakan yang dilepaskan oleh 3 anggota GDTF E.F di luar Kuil Xyver itu telah didengari oleh Jeneral Razak. Dia pun mengarahkan Kolonel Chris untuk keluar menyiasat kejadian tersebut. Kolonel Chris pun keluar dari kuil tersebut dan bergegas menuju ke arah bunyi tembakan tersebut. Belum pun dia sampai ke pintu keluar kuil itu, seekor Reptilian Grogan pun muncul menghancurkan pintu Kuil Xyver tersebut dan terus mencengkam kepalanya dan memecahkannya! Badan Kolonel Chris yang tidak bernyawa itu pun dicampakkannya ke tepi. Reptilian Grogan itu mengalihkan pandangan matanya ke arah Jeneral Razak dan yang lain pula.

Kemunculan makhluk Reptilian Grogan itu mengejutkan semua orang yang berada di dalam Kuil Xyver itu. Perasaan terkejut mereka itu berubah menjadi perasaan panik apabila beberapa ekor lagi Reptilian Grogan muncul dari dinding Kuil Xyver tersebut! Dengan ganas makhluk – makhluk Reptilian Grogan itu menyerang anggota – anggota GDTF E.F yang tidak bersedia itu! Tembakan pistol SOCOM mereka itu umpama gigitan nyamuk sahaja malahan mereka terus mara menuju ke arah anggota – anggota GDTF E.F tersebut. Dengan ganas, mereka mencakar tubuh anggota GDTF E.F itu dengan kuku mereka! Pakaian kalis peluru yang dipakai mereka itu gagal melindungi mereka. Kuku Reptilian Grogan itu mengoyakkan dada mereka seperti mengoyakkan kepingan kertas! Ada anggota GDTF E.F yang telah hilang semangat berlawan dan cuba melarikan diri namun gagal kerana diterkam oleh Reptilian Grogan tersebut.

Nasib para Lab Assistants itu juga malang kerana mereka juga dibunuh tanpa belas kasihan oleh makhluk – makhluk durjana itu. Keganasan makhluk – makhluk itu sukar digambarkan dengan kata – kata! Mereka memakan tubuh askar dan Lab Assitants yang terbunuh itu seperti memakan lauk yang menyelerakan! Darah segar yang banyak membasahi lantai Kuil Xyver itu. Bau darah yang meloyakan memenuhi segenap ruang Kuil Xyver itu juga!

Leftenan Payed pula masih lagi melepaskan tembakan ke arah makhluk – makhluk itu walaupun dia tahu ianya tidak berguna. Seekor Reptilian Grogan membelit tubuh Leftenan Payed itu dengan ekornya lalu membaringkannya di lantai. Leftenan Payed cuba bergelut namun tidak berjaya. Dengan rakus, Reptilian itu menggigit leher Leftenan Payed itu sehingga putus! Tubuh Leftenan Payed itu menggelepar seperti ayam kena sembelih dan akhirnya berhenti bergerak. Darah memancut – mancut dari lehernya yang putus itu.

Jeneral Razak yang angkuh itu mulai panik. Kesemua anggota GDTF yang dibawa olehnya telah mati dibunuh oleh makhluk Reptilian Grogan tersebut. Dr. Mon Dali yang ketakutan itu berlindung di belakang Jeneral Razak sambil menjerit seperti orang histeria.

“Jeneral! Lepaskan saya sekarang juga! Hanya Xyver yang dapat membunuh mereka!” jerit Rayz meminta Jeneral Razak melepaskan ikatan talinya.

Tiba – tiba seekor Reptilian Grogan muncul dari belakang Jeneral Razak dan Dr. Mon Dali! Dr. Mon Dali tidak sempat mengelak dan terkena cakaran kuku Reptilian Grogan yang tajam itu. Daging belakangnya terkoyak dan dia menjerit kesakitan. Jeneral Razak melepaskan tembakan ke arah Reptilian Grogan itu untuk melindungi Dr. Mon Dali yang jatuh tertiarap. TUM! TUM! TUM! Bunyi pistol .44 Magnum Jeneral Razak itu. Reptilian Grogan itu mendengus dan melibaskan ekornya ke arah kepala Jeneral Razak. Jeneral Razak menahan libasan ekor Reptilian Grogan itu dengan tangan kanannya! Malangnya kekuatannya itu langsung tidak dapat menandingi kekuatan ekor Reptilian Grogan itu. Tangan kanannya terputus dua dan dia terpelanting jauh ke belakang sambil meraung kesakitan yang teramat sangat! Jeneral Razak pun jatuh pengsan kerana kepalanya terhantuk dinding Kuil Xyver itu.

Keganasan Reptilian Grogan itu tidak berhenti di sana sahaja. Ia memijak – mijak tubuh Dr. Mon Dali itu sehingga lumat. Bunyi retakan tulang – temulangnya itu jelas kedengaran walaupun dia meraung – raung kesakitan. Dalam sekelip mata, tubuh Dr. Mon Dali bertukar menjadi longgokan daging yang lumat. Darahnya membasahi lantai piramid itu.

Rayz, Danny dan Colline bertambah panik melihat kejadian ngeri itu. Mereka meronta – ronta cuba melepaskan diri dari tali yang membelenggu tubuh mereka itu. Makhluk – makhluk Reptilian Grogan itu mengalihkan pandangan mereka kepada mereka bertiga pula. Rahang mereka itu dipenuhi darah dan cebisan daging mangsa – mangsa mereka tadi. Mereka pun mulai berjalan mendekati mangsa baru mereka itu.

Keadaan menjadi semakin genting apabila seekor Reptilian Grogan menghampiri Colline terlebih dahulu! Ketakutan yang dirasai oleh Colline itu bukan kepalang! Dia merasa jantungnya berdegup lebih pantas dari kereta Formula One! “Danny!! Help me!!” Colline pun menjerit – jerit meminta Danny menolongnya tetapi apakan daya kerana dia dan Danny diikat bersama – sama. Danny pula bertungkus – lumus cuba melepaskan diri dari ikatan itu. “Don’t worry Colline! I will protect you!” katanya untuk menenangkan Colline.

Melihat keadaan Colline itu, Rayz bertambah panik. “Apa yang harus dilakukan sekarang!?” getus hatinya. Reptilian Grogan itu semakin lama semakin dekat dengan mereka bertiga. Rayz pasrah kepada takdir, namun nasib masih lagi menyebelahinya. “RAYZ SILMAN, DUNAMIST, DO NOT BE DESPAIR... FOR I WILL HELP YOU” suara yang sering didengari oleh Rayz itu kini bergema di seluruh Kuil Xyver itu.

Tiba – tiba, kotak kedap udara yang menyimpan Xyver itu meletup dan hancur. Xyver yang berada di dalam kotak itu terapung – apung di udara dan bersinar – sinar dengan cahaya kebiru – biruan. Makhluk – makhluk Grogan itu berhenti mendekati mereka bertiga. Xyver itu tiba – tiba meluru ke arah tali yang mengikat Colline dan Danny itu dan memutuskannya. Kemudian ia meluru ke arah tali yang mengikat Rayz dan juga memutuskannya. Rayz pun berdiri dan mengenggam Xyver itu dengan tangan kanannya kemudian dia mendapatkan Colline dan Danny.

“Saya mahu kamu berdua pergi ke tempat di mana Jeneral Razak berada, saya rasa dia belum mati lagi. Kita harus menyelamatkannya. Biar saya yang menghalang mereka semua di sini,” kata Rayz kepada mereka berdua.

“Adakah kamu dah gila Rayz! Orang tua itu ingin membunuh kita bertiga baru sebentar tadi. Lebih baik kita biarkan dia dibaham makhluk asing ini!” marah Danny. Dia tidak bersetuju mendengar cadangan Rayz itu.

“Danny, apa yang dikatakan oleh Rayz itu memang benar. Walaupun dia seorang yang jahat, kita tidak boleh biarkan dia mati. Remember, we are scientists which also qualifies us as doctors,” Colline menyokong pendapat Rayz itu.

“Kita tak ada masa untuk bertengkar! Kamu berdua pergi sekarang. Saya akan melindungi kamu berdua,” Rayz meminta mereka beredar segera.

Danny terpaksa akur dengan apa yang dikatakan oleh Rayz dan Colline itu. Dia pun memungut pistol .44 Magnum milik Jeneral Razak itu. Dia juga memungut sepucuk pistol SOCOM milik anggota GDTF E.F dan menyerahkannya kepada Colline sebagai senjata mempertahankan diri.

“Saya harap apa yang kamu katakan itu betul Rayz,” kata Danny sebelum menarik tangan Colline menuju ke tempat di mana Jeneral Razak berada. Rayz hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Dia pun mengalihkan pandangannya kepada musuh – musuh yang berdiri di depannnya itu. Rayz menganggarkan ada lebih kurang 50 hingga 80 ekor Reptilian Grogan sedang berdiri di hadapannya. Jantungnya berdegup pantas. Peluh dingin menuruni dahinya. “I hope you are with me now. Give me your strength,” kata Rayz sambil memandang kilauan kristal biru yang ada pada Xyver itu.

Seekor Reptilian Grogan tiba – tiba meraung dan menerkam ke arah Rayz! Dengan pantas Rayz mengacukan Xyver itu sama seperti yang dilakukannya di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Xyver itu pun melepaskan peluru tenaganya itu tepat ke kepala Reptilian Grogan itu! PRAK! Kepala Reptilian Grogan itu hancur berkecai terkena tembakan peluru tenaga tersebut. Melihat kejadian tersebut, Reptilian Grogan yang lain pun menerkam ke arah Rayz dengan serentak. Rayz pun melepaskan beberapa das tembakan peluru tenaga lagi ke arah musuhnya itu. Satu persatu Reptilian Grogan itu jatuh tersungkur. Maka benarlah kata – kata Spirit of The Xyver itu. Hanya kuasa Xyver itu sahaja yang mampu membunuh mereka dan hanya Rayz sahaja yang mampu mengaktifkannya!

Sementara itu Danny dan Colline baru sahaja tiba di tempat Jeneral Razak sedang terbaring meniarap. Tangan kanan Jeneral Razak itu putus di siku terkena libasan ekor Reptilian Grogan itu. Uniform yang dipakainya itu habis dibasahi darahnya sendiri. Colline segera menelentangkan Jeneral Razak dan membuka jaket yang dipakainya. Dia mengoyak – ngoyakkan jaketnya itu dengan menggunakan serpihan batu yang tajam kemudian mengikat siku Jeneral Razak itu. Danny berdiri di samping Colline sambil mengenggam pistolnya dengan erat.

“There. That should do it,” kata Colline sambil mengesat peluh di dahinya. Siku Jeneral Razak itu telah siap dibalutnya. Colline berdiri semula dan mengalihkan pandangannya ke arah Rayz yang sedang berlawan dengan Reptilian Grogan yang banyak itu. Reptilian Grogan itu tidak dapat mencederakan Rayz kerana suatu pelindung aura berwarna biru sedang melindunginya dan pada masa yang sama, Rayz membelasah mereka dengan tembakan peluru tenaga dari Xyver yang dipegangnya itu.

“Rayz perlukan pertolongan kita!” kata Colline. Dia pun menarik pelaras pistol yang dipegangnya dan bergegas menuju ke arah Rayz. Niat Colline itu terbantut apabila lengan kanannya itu dipegang oleh Danny. Colline terkejut dengan tindakan Danny itu. “Kenapa Danny menghalang saya?” tanya Colline.

“I can’t let you go there! It’s too dangerous,” jawab Danny.

“Danny, he needs our help,” balas Colline.

“Danny tak benarkan Colline ke sana. I’ll go instead. You stay here and protect the general.”

Colline memandang wajah Danny. Dia dapat melihat kesungguhan Danny. Colline pun mengangguk tanda bersetuju. Danny melepaskan tangannya dan segera berlari menuju ke arah Rayz. Colline berasa kagum dengan tindakan Danny itu.

Sebaik sahaja Danny berada berdekatan dengan Rayz, dia segera melepaskan tembakan ke arah makhluk Reptilian Grogan yang sedang mengerumuni Rayz itu. Rayz yang sedang sibuk berjuang itu terkejut melihat kehadiran Danny di sisinya. “Danny buat apa di sini!? Cepat tinggalkan tempat ini! Saya boleh uruskan mereka,” kata Rayz.

“Danny tak akan biarkan Rayz berjuang seorang diri! Let’s fight them together!” jawab Danny. Rayz terkejut dengan jawaban Danny itu. Rayz tak menyangka yang Danny seorang yang berani dan setiakawan. Dia berasa terharu dengan tindakan Danny itu. “Okay, let’s fight them together!” balas Rayz dan berdiri mendekati Danny. Lapisan pelindung aura itu pun mengembang dan melindungi Danny sekali. Walaupun tembakan Danny itu tidak dapat mencederakan Reptilian Grogan tersebut, namun kekuatan peluru .44 Magnum itu cukup untuk membuatkan mereka terhenti melangkah dan Rayz mengambil kesempatan ini untuk membunuh mereka dengan tembakan peluru Xyver itu.

Kerjasama di antara Rayz dan Danny itu membuatkan hati Colline benar – benar berasa gembira. Buat pertama kalinya dia percaya suatu hari nanti mereka berdua itu benar – benar akan menjadi sahabat yang akrab. “Unnh...” kedengaran suara Jeneral Razak yang sedang terbaring itu. Colline segera mendapatkannya. “Jangan cuba bergerak Jeneral. Kecederaan Jeneral agak teruk,” Colline menghalang Jeneral Razak dari bangun. Jeneral Razak memandang tangan kanannya yang berbalut itu. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada Colline.

“Mengapa kamu menolong saya? Bukankah saya cuba membunuh kamu tadi?” tanya Jeneral Razak. Ada rasa kesal di dalam tutur katanya itu.

“Manusia tidak memerlukan sebab untuk menolong orang yang memerlukan. Tuan Jeneral cedera parah jadi sudah semestinya kami cuba menolong dan melindungi Tuan Jeneral,” jawab Colline.

Jeneral Razak mengalihkan pandangannya ke arah Rayz dan Danny yang sedang bertarung dengan Reptilian Grogan tersebut. Dia berasa hairan mengapa kedua – dua lelaki itu sanggup bertarung dan melindunginya yang berniat jahat kepada mereka sebentar tadi. Perlahan – lahan perasaan insaf mulai timbul di dalam sanubarinya. “Alangkah mulianya mereka bertiga ini,” getus hati Jeneral Razak. Air matanya mengalir tanpa disedarinya.

Keadaan tidak berapa menguntungkan Rayz dan Danny memandangkan lebih banyak Reptilian Grogan mulai menyerbu masuk ke dalam Kuil Xyver tersebut. Keletihan jelas kelihatan di wajah mereka berdua. Mereka harus meninggalkan piramid ini secepat yang mungkin. “Danny pergi dapatkan Colline dan Jeneral Razak! Tinggalkan tempat ini sementara saya menghalang mereka,” kata Rayz kepada Danny.

“Bagaimana dengan Rayz?” tanya Danny.

“I’ll be fine. Cepat! Bawa mereka pergi.”

Danny mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Rayz itu. Dia pun berpusing ke belakang dan berlari mendapatkan Colline dan Jeneral Razak. Sebaik sahaja tiba di tempat mereka berdua, Danny pun menolong Jeneral Razak berdiri dan menyuruh Colline pergi meninggalkan tempat itu.

“Bagaimana dengan Rayz?” tanya Colline. Hatinya risau akan keadaan jejaka itu.

“Dia akan okey, kita tinggalkan tempat ini dahulu,” jawab Danny.

“But... We can’t just leave him here.”

“Colline! jangan fikirkan itu dulu! Rayz yang meminta kita pergi sekarang!”

“Ba, baiklah.”

Mereka pun pergi menuju ke pintu masuk Kuil Xyver itu. Oleh sebab kesemua Reptilian Grogan itu sedang sibuk menyerang Rayz, mereka tidak menyedari apa yang sedang dilakukan oleh mereka bertiga itu. Danny memapah Jeneral Razak sambil menarik tangan kanan Colline itu. Sementara Colline pula asyik memerhatikan keadaan Rayz itu. Reptilian Grogan itu menyerang Rayz dengan menggunakan tangan dan ekor mereka dengan ganas. Kalau bukan kerana lapisan aura yang melindungi Rayz itu, sudah tentulah dia cedera parah.

Tiba – tiba dinding berdekatan pintu Kuil Xyver itu runtuh dan seekor Reptilian Grogan tiba – tiba meluru ke arah mereka bertiga! Pada saat yang genting itu Danny menolak Colline dan Jeneral Razak ke tepi untuk melindungi mereka berdua. Akibat daripada tindakannya itu, Reptilian Grogan itu merempuh tubuh Danny dengan kuat dan dia terhumban ke tepi. Bahu kirinya cedera terkena rahang Reptilian Grogan yang keras itu. Darah merah mengalir deras di bahunya. Danny menyeringai sambil memegang bahu kirinya itu. Pandangannya berpinar namun digagahkannya jua untuk melihat keadaan Colline dan Jeneral Razak. Jeneral Razak berjaya mengengsot ke tepi untuk menyelamatkan dirinya sementara Colline pula pengsan kerana kepalanya terhantuk ke lantai piramid itu. Keadaan semakin genting apabila Reptilian Grogan tadi mengalihkan perhatiannya kepada Colline yang tidak sedarkan diri itu.

“Colline!” jerit Danny. Dengan payah dia cuba mengangkat pistolnya dan cuba menembak Reptilian Grogan itu namun kekuatannya semakin hilang kerana kecederaannya agak parah. Danny rebah tersungkur ke bumi. Air matanya mulai bercucuran, takut akan musibah yang bakal menimpa Colline itu.

Rayz menyedari apa yang berlaku kepada mereka bertiga itu namun asakan demi asakan yang dibuat oleh Reptilian Grogan yang mengerumuninya itu membuatnya terpaku di tempat berdirinya itu sahaja. Dia memandang ke arah Colline yang terbaring di atas lantai dan Reptilian Grogan yang semakin menghampirinya. Dia juga semakin panik. “Apa yang harus dilakukan sekarang!” jerit hatinya. Semakin banyak Raptilian Grogan yang cuba membunuhnya walaupun dia menembak mereka dengan Xyver. Apa yang berlaku seterusnya adalah sesuatu yang tidak mungkin diduga oleh sesiapa pun. Mungkin kerana tumpuannya yang terganggu, aura yang melindungi Rayz itu tiba – tiba menjadi lemah dan akibatnya ekor Reptilian Grogan yang tajam itu merodok perutnya! Rayz tidak menyangka keadaan itu boleh berlaku. Dia terbatuk dan darah menyembur dari mulutnya!

Dengan ganas Reptilian Grogan yang banyak itu menyerang Rayz dengan cakar mereka. Dengan tidak semena – mena, satu jalur cahaya biru muncul dari hujung Xyver itu dan membentuk mata pedang. Rayz melibaskan pedang cahaya biru itu 360 darjah dan memenggal kepala kesemua Reptilian Grogan yang mengerumuninya. Tubuh mereka yang tidak berkepala itu pun rebah menyembah bumi. Dia terbatuk semula. Penglihatannya mulai kabur namun tumpuannya masih kepada Colline. Reptilian Grogan itu kini berada di sisi Colline. Ia mengangkat kakinya dan bersedia memijak tubuh Colline yang kecil itu. Di saat itu Rayz mengagahkan dirinya untuk berdiri dan menghalakan Xyver ke arah Reptilian Grogan itu. ZUP! Sebiji peluru tenaga meluru ke arah Reptilian Grogan itu dan mengenai tubuhnya. Ia terpelanting melanggar dinding Kuil Xyver dan hancur berkecai! “Jangan harap kamu dapat menyentuh Colline!” katanya.

Darah mengalir dari kedua – dua bucu mulut Rayz itu. Wajahnya pucat. Peluh dingin menitis di dahinya. Dengan langkah yang longlai dia mendapatkan Colline yang terbaring itu. Dia pun meletakkan kepala Colline itu di atas ribaannya dan menghalakan kristal Xyver ke wajah gadis manis itu. Cahaya biru yang hangat pun mengenai wajah Colline itu. Sejurus kemudian Colline pun sedar dari pengsannya. Dia dapat melihat wajah Rayz yang pucat itu sedang tersenyum ke arahnya.

“Rayz!” kata Colline terkejut dengan keadaan Rayz itu. Dia memegang wajah Rayz itu dengan kedua – dua tangannya. “Apa yang terjadi pada Rayz!?” tanyanya panik.

Rayz memegang dagu Colline itu dengan lembut. “I have always loved your smile...” suara Rayz itu semakin sukar didengari.

“Don’t talk! I will take care of your wounds now.”

“It doesn’t matter... I guess even heroes have to die.”

“No! I won’t let you die! I won’t!”

“You are safe now. I am sorry that I couldn’t protect you even sooner...” jawab Rayz. Rayz dapat mengira degupan jantungnya. Degupan jantungnya semakin perlahan. Dia tahu masanya untuk pergi sudah tiba. Sekalipun begitu, dia berasa gembira kerana dapat melindungi Colline dengan nyawanya sendiri. Dia terbatuk semula dan akhirnya rebah di dalam ribaan Colline. Colline memeluk tubuh Rayz itu dengan erat. Air matanya bercucuran dengan banyak sekali. “Please don’t die! I’m begging you! Don’t die!” suara raungan Colline itu bergema di seluruh ruang Kuil Xyver itu. Danny berasa kecewa dan hatinya terasa perit sekali. Colline seolah – olah telah pun terlupa akan keadaan Danny yang tercedera itu. Dia mengenggam pasir yang ada di hadapannya itu. Buat kedua kalinya Danny Dexter Lewis menangis semula. Danny telah pun berhenti menitiskan air mata sejak kematian ibu kandungnya. Sebab itulah dia sentiasa kelihatan dingin kesan daripada kejadian tersebut. Namun air matanya tidak dapat ditahan lagi pada saat itu.

“Rayz benar – benar adalah seorang lelaki yang mulia...”kata Jeneral Razak yang sedang bersandar di dinding Kuil itu.



1 comment:

Anonymous said...

its really really interesting.
your imagination is wonderful
i like it. please continue it .