Thursday, October 1, 2009

Chapter 19



CHAPTER 19 : The Creature’s Nest

Tempat : Pekan Baru Sungai Udin di Daerah Tawau

Masa : 08.30 PM (Masa yang sama Colline menjalankan eksperimennya)

Tarikh : 07 Disember 2009

Kelihatan beberapa buah lori yang dipenuhi anggota tentera sedang memasuki perkarangan pekan kecil tersebut. lori – lori itu datang dari GDTF Labuan. 24 jam yang lalu, beberapa polis hutan yang meronda di kawasan tersebut telah menghubungi ibu pejabat polis Bandar Raya Tawau dan mengatakan mereka telah bertembung dengan suatu makhluk yang tidak dikenal pasti. Apabila ibu pejabat polis Bandar Raya Tawau cuba menghubungi mereka, mereka langsung tidak memberikan respons. Maka ibu pejabat polis Bandar Raya Tawau pun menghubungi GDTF Labuan dan memberitahu mereka laporan yang diberikan oleh polis – polis hutan itu. Mendengar saja laporan tersebut, Jeneral Razak telah mengarahkan bala tenteranya untuk menyiasat kejadian tersebut.

Pasukan tentera yang datang di kampung tersebut diketuai oleh Kapten Endra. Dia pun turun dari Jip Hummer yang dinaikinya dan memerhatikan kawasan sekeliling pekan tersebut. Kemudian dia pun mengarahkan tentera – tentera GDTF untuk turun dari lori – lori tersebut. Tentera – tentera itu pun menurut arahan Kapten Endra dan berbaris di hadapan lori – lori tentera tersebut. Keadaan agak suram memandangkan ianya sudah pun malam. Kapten Endra dapat melihat beberapa tiang elektrik di sekitar kampung tersebut tetapi semua rumah yang ada disitu langsung tidak berlampu. Tidak jauh dari pondok penjaga pekan itu Kapten Endra dapat melihat Jip polis hutan itu tersadai dengan lampu hadapannya masih lagi belum padam.

Dia pun berjalan menghampiri Jip tersebut. Sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Jip tersebut, dia terhidu bau tembakan seolah – olah pernah terjadi kejadian tembak menembak di pekan tersebut. Kapten Endra berlutut berhampiran Jip tersebut. Dia memungut beberapa buah kelongsong peluru. Dia tahu kelongsong peluru itu ditembakkan dari rifle jenis M – 16 yang biasanya dibawa oleh polis hutan. “Masih panas lagi,” getus hati Kapten Endra. Dia pun berjalan mengelilingi Jip tersebut. Kemudian dia membuka pintu sebelah kanan dan memasukkan kepalanya ke dalam Jip tersebut. Di dalam dia dapat melihat kotak peluru terbuka luas dan pelurunya berselerakan di atas lantai Jip itu. “Dia orang terlalu panik dan membuka kotak ini secara tergesa – gesa,” katanya kepada dirinya sendiri.

Seorang anggota tentera GDTF yang bercermin mata menghampiri Kapten Endra yang masih tercongok – congok memerhatikan keadaan dalaman Jip tersebut. “Sir, the men are getting anxious. What should I do?” tanya anggota tentera GDTF berkenaan. Kapten Endra mengeluarkan kepalanya dari Jip tersebut. Dia tidak menjawab pertanyaan anggota tentera GDTF itu. Sebaliknya dia berjalan menuju ke pondok pengawal pekan tersebut. Tentera yang bercermin mata itu mengikutinya dari belakang. Kapten Endra memerhatikan keadaan dalaman pondok pengawal itu dengan teliti sekali. Dia dapat melihat kertas, gelas dan pinggan berselerakan di bawah meja di dalam pondok pengawal itu.

“There is no blood,” kata Kapten Endra pendek.

“Pardon Sir?” Tentera yang bercermin mata itu pun menggaru – garu kepalanya, tidak faham dengan kata – kata orang atasannya itu.

“This is not a terrorist attack. A shoot out happened here, but there is no blood. What kind of terrorist that doesn’t leave any blood behind,” terang Kapten Endra kepada tentera bercermin mata itu.

“Then... then... who attacked the people here?” tanya tentera bercermin mata itu dengan gugup. Dia mulai berasa cemas. Dengan spontan dia memegang pemegang revolver nya.

“Something... not human,” jawab Kapten Endra pendek. Matanya kelihatan merenung tajam ke arah pekan tersebut. Keadaan pekan itu akhirnya dapat dilihat sedikit apabila bulan muncul dari sebalik awan tebal. Tiba – tiba beberapa burung gagak kelihatan terbang melintasi pasukan tentera tersebut. AAK! AAK! Bunyi burung – burung gagak itu sambil hilang di dalam kepekatan malam. Anggota – anggota tentera yang lain pun berpandangan sesama sendiri. Mereka mulai merasakan terdapat sesuatu yang pelik mengenai pekan ini.

Kapten Endra berjalan menuju ke arah tentera – tentera GDTF yang sedang berbaris itu. Dia pun berhenti di hadapan mereka. Dia dapat melihat kegelisahan setiap anggota tenteranya. “Men, listen up! Our mission today will be search and destroy. We will be moving out in groups of 5. I want you to sweep the entire area. If you find any hostile, eliminate them at all cost! Is this understood!” kata Kapten Endra dengan suara yang nyaring. “Yes Sir!!” sahut kesemua anggota tentera tersebut. Mereka pun bergerak menuju ke arah kampung tersebut di dalam kumpulan sebanyak lima orang.

“Sir, what if there are any survivors?” tanya tentera yang bercermin mata itu sambil memberikan Kapten Endra sepucuk rifle M4A1 Grenade Launcher Custom. Kapten Endra mengambil rifle itu darinya dan menarik pelaras rifle tersebut. KA-CHAK!! “Private, there is no survivor,” jawab Kapten Endra dengan tegas. Dia juga berjalan mengikuti anggota – anggota tentera yang lain. Tentera yang bercermin mata itu menarik revolver nya dari sarungnya dan berlari mengikuti Kapten Endra.

Setiap satu kumpulan tentera itu memasuki kesemua rumah yang berada di pekan tersebut. Mereka menendang pintu rumah tersebut dengan kuat dan mengacukan rifle mereka ke dalam rumah tersebut. Di dalam mereka dapat melihat kesemua perabot – perabot dan perkakasan elektrik bersepahan di atas lantai. Tanda – tanda pergelutan dapat di lihat pernah berlaku di dalam rumah – rumah tersebut. Tetapi yang menghairankan anggota – anggota tentera tersebut ialah langsung tiada darah yang dijumpai di dalam setiap rumah tersebut. Kalau pergelutan pernah berlaku, kesan darah pasti akan dapat dikesan walaupun sedikit. Ini mengundang persoalan apakah yang berlaku di dalam pekan ini sebenarnya.

Kapten Endra menendang pintu sebuah rumah dengan kuat sehingga pintu itu tercabut. Dia pun masuk ke dalam rumah tersebut dengan perlahan – lahan dan senantiasa menghalakan muncung rifle nya ke hadapan. Dia dapat melihat keadaan di dalam rumah tersebut dengan bantuan lampu suluh di hujung rifle nya. Keadaan di dalam rumah tersebut sama dengan keadaan rumah yang dijumpai oleh tentera – tentera yang lain. Ianya bersepahan di sana – sini. “What the hell happened here?” kata Kapten Endra berasa amat hairan dengan apa yang berlaku di pekan ini. Tiba – tiba seorang anggota tentera masuk ke dalam rumah secara tergopoh – gapah sehingga tersungkur di hadapan Kapten Endra.

“What are you doing soldier! Which team are you from!” marah Kapten Endra.

“I’m sorry sir. I am Private Malalau from Team 12. There is something that you need to see right away!” jawab tentera bernama Malalau itu dengan cemas.

Kapten Endra pun bergegas mengikuti Private Malalau ke tempat yang dimaksudkannya. Kumpulan – kumpulan tentera yang lain mengikuti Kapten Endra dari belakang. Mereka berjalan meredah lalang – lalang selama beberapa minit. Tanah yang agak becak itu menyukarkan perjalanan mereka keluar dari lalang – lalang itu. Selepas bergelut dengan lalang dan ranting – ranting yang berjuntaian, mereka semua pun berjaya keluar dari lalang – lalang itu. Di hadapan mereka terdapat sebatang sungai yang bercabang dua. Di antara cabang sungai tersebut kelihatan satu objek yang agak pelik. Ianya setinggi 12 kaki dan berbentuk bulat di mana di tengah – tengahnya ada lubang yang juga berbentuk pelik. Terdapat lendir – lendir yang melekit, berlumuran di sekitar objek pelik itu.

Kapten Endra menutup hidungnya. Bau yang amat busuk tiba – tiba muncul di kawasan sungai tersebut. “Must be that thing,” getus hati Kapten Endra. Dia mengarahkan kesemua anggota yang berada di situ untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Kesemua anggota itu pun mengangguk dan menggenggam rifle mereka dengan erat. “Private, you and the others come with me,” kata Kapten Endra dan berjalan meredah sungai yang agak lebar itu. Air sungai itu tidak berapa dalam kerana ianya hanya mencecah dada Kapten Endra sahaja. Private Malalau dan 5 orang anggota tentera yang lain pun mengikuti Kapten Endra dan meredahi sungai berkenaan. Air sungai itu amat sejuk sehingga membuat Private Malalau dan yang lain menggigil kesejukan.

Anggota – anggota tentera yang berada di tebing sungai itu hanya memerhatikan Kapten Endra dan yang lain menyeberangi sungai tersebut. “What do you think that thing is?” tanya seorang anggota tentera yang berbangsa negro kepada seorang tentera berbangsa jepun. “Beats me. Whatever it is, I don’t wanna get close to that thing,” jawab tentera berbangsa jepun itu. “I second that!” balas tentera berbangsa negro tersebut. Tanpa mereka sedari tindak – tanduk mereka itu sedang diperhatikan oleh sesuatu di dalam semak – samun tepi sungai tersebut.

Selepas menyeberangi sungai tersebut, Kapten Endra dan orang – orangnya pun berjalan mendekati objek pelik tersebut. Mereka semua menekup hidung mereka dengan tangan mereka. Bau objek tersebut terlalu meloyakan sehingga salah seorang dari tentera yang mengikuti Kapten Endra itu termuntah. Kapten Endra menggelengkan kepalanya melihat perlakuan anak buahnya itu. Dia menghampiri objek tersebut dengan berhati – hati. Muncung rifle nya dihalakan ke hadapan dan dipegangnya erat. Dia mendekati lubang yang ada di atas objek tersebut. Saiz lubang itu lebih kurang 25 sentimeter lebarnya. Di bahagian tepi lubang itu mengalir lendir – lendir yang tidak diketahui asal – usulnya.

Kapten Endra menghalakan lampu suluh rifle nya ke dalam lubang di atas objek itu. Di dalam objek itu dipenuhi cecair berwarna merah gelap yang pekat. Dia pun perlahan – lahan memasukkan tangannya ke dalam lubang itu untuk menyentuh cecair tersebut. Selepas menyentuh cecair itu dengan jari telunjuk kanannya, dia mendekatkan jarinya itu ke lampu suluh rifle nya itu. “What’s inside that thing Captain?” tanya Private Malalau. Dia masih lagi menggigil kesejukan. Kapten Endra tidak menjawab. Dia menghidu cecair itu. Matanya terbeliak luas. “Sir?” tanya Private Malalau lagi. “Its blood!” katanya pendek. Kesemua anggota tentera yang berada di belakang Kapten Endra itu terkejut besar mendengar kata – kata Kapten Endra itu. Dengan spontan mereka menarik pelaras rifle masing – masing!

Tentera – tentera lain yang berada di tebing sungai itu berasa hairan dengan kelakuan rakan – rakan mereka di seberang sungai. “Hey guys! What’s going on over there?” tanya anggota tentera berbangsa jepun itu. “The Captain found blood inside the thing!” teriak Private Malalau kepada mereka yang berada di tebing sungai. Mendengar sahaja kata – kata Private Malalau itu mereka pun menarik pelaras rifle mereka dengan serentak dan terus sahaja bersedia untuk segala kemungkinan!

Kapten Endra menyuluhkan lagi lampu suluhnya ke dalam lubang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila dia terlihat kepala seorang wanita tiba – tiba terapung – apung di atas permukaan takungan darah itu! Dia berundur beberapa langkah dan terduduk di atas tanah. Tentera – tentera yang berada di belakangnya membantunya bangun semula. “Be alert! There’s something here!!” jerit Kapten Endra meminta anak – anak buahnya bersedia.

Tiba – tiba lalang – lalang di belakang tentera di tebing sungai itu bergerak – gerak dengan kasar seolah – olah ada sesuatu yang sedang bergerak di dalamnya. TA-TA-TA-TA!! Mereka pun segera berpaling ke belakang dan melepaskan tembakan ke arah lalang – lalang tersebut. Bunyi tembakan semua anggota tentera itu amat nyaring dan membingitkan telinga. “Hold your fire!!” perintah Kapten Endra. Mereka pun menghentikan tembakan. Lalang – lalang itu tidak lagi bergerak – gerak.

“Is it dead?” kata seorang tentera. Peluh dingin menuruni dahinya. Jantungnya berdegup dengan pantas.

“I don’t know man!” jawab seorang lagi tentera. Matanya melilau ke sana ke mari, memerhatikan lalang – lalang itu dengan tajam sekali.

Tiba – tiba satu makhluk yang besar dan tinggi melompat keluar dari lalang itu dan terus sahaja menerkam salah satu anggota tentera di tebing sungai itu! Anggota tentera itu tidak sempat mengelak serangan makhluk misteri itu. Kuku makhluk misteri yang tajam dan runcing itu menembusi mukanya. Dia terhempas ke tanah dan menggelupur kesakitan sebelum mati. Tentera – tentera yang lain mengalihkan muncung rifle mereka ke arah makhluk tersebut. Cahaya lampu suluh di hujung rifle mereka itu menyimbahi tubuh makhluk miseri itu.

Makhluk itu setinggi 8 kaki dan berdiri tegak bagaikan manusia. Saiz badannya besar dan sasa. Terdapat sisik – sisik seperti sisik ular di bahagian kakinya. Kulitnya pula kelihatan keras dan amat menyerupai kulit Buaya. Kulitnya juga berwarna hijau gelap dengan bahagian perutnya berwarna kekuningan sedikit. Bahagian kepala makhluk itu juga menyerupai Buaya. Muncungnya itu dipenuhi gigi yang bergerigi dan kelihatan amat tajam. Di kepalanya juga terdapat satu tanduk yang panjang. Matanya bersinar merah sewaktu cahaya lampu suluh itu mengenainya.

Tanpa berlengah – lengah lagi anggota – anggota tentera itu pun berteriak ketakutan dan melepaskan tembakan bertalu – talu ke arah makhluk yang mengerikan itu. Peluru – peluru M4A1 itu mengenai tubuh makhluk itu tetapi ianya seolah – olah kebal terhadap tembakan. Peluru itu cuma melekat di kulitnya dan terus sahaja jatuh ke tanah. Makhluk itu merenung tentera yang paling berdekatan dengannya dan terus sahaja melompat dan mencakar dada anggota tentera itu! rifle tentera itu terpatah dua dan bahagian dadanya terburai terkena cakaran makhluk tersebut. Anggota tentera itu terjelepuk ke tanah dan tidak bergerak lagi. Darah segar keluar dari luka di dadanya dan membasahi tanah yang becak itu.

Melihat keadaan itu, anggota – anggota tentera yang lain pun bertempiaran melarikan diri! Ada yang berlari menuju ke sungai dan ada yang berlari meredah lalang – lalang itu semula. Makhluk itu cuma memerhatikan gelagat mangsanya itu. Ia pun mengalihkan pandangan matanya kepada Kapten Endra dan orang – orangnya. Makhluk itu menyeringai mempertunjukkan giginya yang tajam bagaikan mata gergaji! Ia pun mulai berjalan menuju ke arah Kapten Endra dan orang – orangnya.

Kapten Endra mengarahkan orang – orangnya untuk menembak makhluk tersebut. Tembakan demi tembakan dilepaskan oleh mereka tetapi makhluk itu tetap maju ke hadapan. Melihat keadaan semakin genting, Kapten Endra memanggil tentera yang bercermin mata itu datang kepadanya. “Call for back up! Tell them the monster that attacked in Kudat is here!” Kapten Endra memerintahkan tentera yang bercermin mata itu untuk menghubungi ibu pejabat GDTF Labuan untuk memohon bantuan. Mereka berdua pun berlari ke belakang objek pelik itu untuk menghubungi ibu pejabat GDTF Labuan. Tentera bercermin mata itu pun mengambil radio yang ada di belakangnya dan cuba menghubungi ibu pejabat GDTF Labuan secepat yang mungkin.

Suara – suara mengerang kesakitan dapat didengari dari lalang – lalang tadi. Nampaknya ada makhluk – makhluk yang sama berada di dalam lalang – lalang tersebut. Mereka yang cuba menyeberangi sungai itu pula telah hilang ditarik sesuatu dari dalam air. Berapakah banyaknya makhluk – makhluk tersebut?




Makhluk yang menuju ke arah Kapten Endra itu melompat tinggi dan melibaskan ekornya yang panjang ke arah 4 orang anggota tentera berdekatan dengan Private Malalau. Kepala – kepala askar yang tidak berdosa itu lantas tercabut dari badan mereka! tubuh mereka rebah ke tanah lalu menggelupur beberapa saat sebelum berhenti bergerak. Darah pekat dari anggota tentera yang terkorban itu mengenai wajah Private Malalau. Private Malalau merasakan seluruh badannya kaku lalu dia pun jatuh terduduk. Dia menatap muka makhluk itu tanpa berkelip – kelip. Tanpa disedarinya, dia telah terkencing di seluarnya. Dengan payah dia mengangkat revolver nya dan menghalakannya kepada makhluk tersebut. “AAAAHHHHH!!!” teriak Private Malalau dan melepaskan tembakan yang bertalu – talu ke arah makhluk tersebut.

Makhluk itu mendengus dengan kuat lalu mencakar tangan Private Malalau! Tangan Private Malalau itu patah lalu tercabut dengan mudah sekali! Betapa kuatnya pukulan makhluk itu sehingga ianya mampu berbuat sedemikian kepada Private Malalau! Private Malalau meraung kesakitan. Suara raungannya itu bergema di seluruh kawasan tersebut. Makhluk itu terus sahaja mencengkam leher Private Malalau dan mematahkannya seperti ranting kayu! Ia pun melemparkan mayat Private Malalau ke atas tanah. Beberapa minit kemudian, berpuluh – puluh makhluk yang sama muncul dari lalang – lalang dan juga sungai yang ada di situ. Mereka memegang mayat kesemua tentera tadi di dalam tangan mereka.

Kapten Endra yang berada di sebalik objek pelik itu semakin cemas! Jantungnya berdegup dengan pantas. Dia mencengkam rifle nya dengan erat. “Have you contacted them yet!!” kata Kapten Endra semakin panik. “I am trying!” balas tentera bercermin mata itu. Tangannya sibuk mendail nombor kecemasan GDTF Labuan di radionya. Tiba – tiba dia berasa jantungnya sakit sekali! Tentera bercermin mata itu melihat bahagian dadanya perlahan – lahan. Satu benda yang tajam telah menerobosi bahagian dadanya. Benda itu berwarna hijau gelap dan berbentuk seperti ekor Kala Jengking. Darah memancut keluar dari luka di dadanya! Tentera itu pun memuntahkan darah dan rebah, tidak bernyawa!

“Holy S**t!!” Kapten Endra menjerit dengan kuat ketika melihat kejadian itu! Dia terus sahaja berdiri dan berlari menuju ke arah sungai untuk melarikan diri. Tetapi hasratnya itu tergendala apabila berpuluh – puluh ekor makhluk tadi muncul dari sungai dan berdiri di hadapannya. Kapten Endra mengacukan rifle nya dan berkata,”Stay back f**king bastards!!” Dia melepaskan sebutir grenade 40mm dari muncung rifle M4A1 Grenade Launcher Custom nya ke arah makhluk – makhluk tersebut. BOOM!! Grenade itu meletup dengan kuat sekali sehingga mengakibatkan Kapten Endra terpelanting ke belakang. Bahunya terkehel kesan daripada perlanggarannya dengan sebiji batu yang besar. Mata Kapten Endra tertumpu kepada tempat letupan itu. “Did I get them?” tanyanya kepada dirinya sendiri. Asap dari letupan itu pun beransur – ansur hilang. Alangkah terkejutnya Kapten Endra ketika melihat makhluk – makhluk itu masih berdiri di situ seolah – olah tiada apa – apa yang berlaku! Nampaknya letupan sekuat itu juga tidak dapat melukai makhluk – makhluk tersebut.

Makhluk – makhluk itu tetap berdiri di situ dan langsung tidak mendekati Kapten Endra. Tingkah laku pelik makhluk – makhluk itu membuatkan Kapten Endra berasa hairan. Tiba – tiba dia terdengar bunyi derapan kaki di belakangnya. Baru dia perasan ada satu bayang – bayang yang besar sedang berdiri di belakangnya. Kapten Endra terasa badannya kaku! Kerongkongnya tersumbat! Tahap kepanikannya telah mencapai tahap maksimum! Badan Kapten Endra tiba – tiba dibelit oleh benda berbentuk ekor Kala Jengking yang membunuh anak buahnya sebentar tadi. Badannya terangkat perlahan – lahan. Kemudian dia berasa badannya diputarkan menghadap benda yang berdiri di belakangnya sebentar tadi.

Akhirnya Kapten Endra dapat melihat benda itu dengan jelas. Matanya besar, bujur dan berwarna kuning keemasan. Mata yang sama membunuh Leon Tremmel di Lahad Datu, dan mata yang sama cuba membunuh Colline di Pelabuhan Bandar Raya Kudat – Makhluk Grogan yang pertama tiba di bumi Sabah! Barulah Kapten Endra sedar, pekan ini telah menjadi sarang makhluk Grogan ini dan semua manusia yang berada di situ telah dijadikannya sebagai makanan. Makhluk ini gemarkan darah manusia itulah sebabnya tiada setitik darah pun yang tertinggal di pekan tersebut. Kapten Endra juga sedar makhluk yang seperti Buaya itu tidak menyerangnya kerana menghormati makhluk yang membelitnya itu. “It must be their Queen!” teka Kapten Endra di dalam hatinya. Makhluk Grogan itu berdesis bagaikan ular. Mulutnya yang bagaikan mulut serangga itu terbuka luas dan satu benda bagaikan lidah keluar darinya. Kapten Endra sedar inilah penghujung nyawanya. Dia pun berteriak sekuat hatinya! ZUUP!! Lidah Makhluk Grogan itu menembusi dahi Kapten Endra dan dia mati serta – merta. Dengan perlahan – lahan makhluk Grogan itu menyedut otak Kapten Endra seperti menyedut jus buah - buahan!

Malam itu unit GDTF yang dibawa oleh Kapten Endra telah dihancurkan oleh makhluk – makhluk Grogan. Tiada siapa pun yang tahu akan kejadian tersebut, dan tiada siapa pun yang akan tahu kemanakah unit Kapten Endra dan juga penduduk – penduduk pekan itu menghilang...

1 comment:

Virtual Writer said...

owhh.. feels like I'm watching The Predator.