Monday, September 7, 2009

Chapter 7


CHAPTER 7 : The Pharmacist and His Past

Tempat : Hospital Induk Kudat

Masa : 08.25 PM

Tarikh : 25 November 2009

Beberapa jam telah pun berlalu selepas serangan makhluk asing di Pelabuhan Bandar Raya Kudat. Sejurus selepas insiden tersebut, kawasan Pelabuhan itu telah dibanjiri oleh askar – askar GDTF yang datang dari Metropolis Kinabalu. Mereka telah menjadikan kawasan pelabuhan itu kawasan larangan dan rakyat Bandar Raya Kudat dilarang mendekatinya. Perintah berpindah juga dikenakan kepada semua penduduk Bandar Raya Kudat kerana dikhuatiri makhluk tersebut datang mengganas semula. Sebuah tapak penempatan sementara telah dibuka di Bandar Sikuati untuk menempatkan penduduk – penduduk Bandar Raya Kudat. Kawasan penempatan itu seluas 20 kilometer persegi. Ianya dilengkapi pagar berelektrik dan juga diawasi pasukan tentera GDTF untuk memastikan keselamatan mereka.

Pihak Polis pula sedang berkerjasama dengan SRNF atau nama penuhnya “Sabah Royal Navy Force” untuk meronda kawasan perairan daerah Kudat bagi mengesan kedudukan makhluk asing tersebut. SRNF juga adalah salah satu daripada badan militari milik negeri Sabah dan tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan perairan negeri Sabah bebas daripada ancaman luar.

Keadaan agak tegang di Bandar Raya Kudat. Ramai penduduk bandar raya tersebut membuat keputusan untuk berpindah buat sementara kerana bimbang akan keselamatan mereka. Jalan raya utama untuk keluar dari Bandar Raya Kudat sesak dengan kenderaan – kenderaan yang ingin meninggalkan bandar raya tersebut. Dalam jangkamasa beberapa jam sahaja, kawasan Kudat telah menjadi Bandar Raya ‘berhantu’. Cuma segelintir penduduk sahaja yang tinggal di situ kerana bimbangkan harta – benda mereka dicuri orang.

Rayz dan Colline telah dihantar oleh ambulans ke Hospital Induk Kudat untuk menerima rawatan. Hospital Induk Kudat merupakan salah satu hospital terbesar di negeri Sabah. Setinggi 5 tingkat dan memiliki keluasan 1350 hektar persegi. Ia juga hospital ke tiga yang memiliki kelengkapan terbaik di seluruh negeri Sabah.

Rayz sedang menerima beberapa jahitan kecil pada bahu kirinya. Luka tersebut disebabkan oleh aksi terjunnya dari motosikal Harley Davidson miliknya sewaktu cuba menyelamatkan Profesor Colline. Rayz hanya mendiamkan diri sewaktu doktor menjahit lukanya. Wajahnya langsung tidak menunjukkan perasaan kesakitan.

“Bagaimana dengan bahu kamu sekarang?” tanya doktor itu pada Rayz. Rayz memegang bahunya dan mengerak – gerakkan tangan kanannya. Kemudian dia menjawab, “No sweat!”. Doktor itu tersenyum melihat gelagat Rayz itu lalu membalut bahu Rayz. Rayz mengenakan T-shirt berwarna merahnya. Selepas itu, dia pergi mencari bilik rawatan di mana Colline sedang di rawat.

Selepas berjalan ke sana – sini, dia membuat keputusan untuk bertanya dengan jururawat yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan. Jururawat itu sedang menyambut panggilan telefon di mejanya. Rayz menghampiri meja jururawat itu dan tersenyum. Melihat Rayz sedang berdiri di depan mejanya, jururawat itu meletakkan gagang dan membalas senyuman Rayz.

“Boleh saya bantu encik?” tanya jururawat itu kepada Rayz.

“Ya. Boleh saya tahu di mana patient bernama Colline sedang dirawat?” balas Rayz.

“Sudah tentu. Tunggu sebentar ya?” kata jururawat itu sambil mempersilakan Rayz duduk sementara dia memeriksa di mana Colline berada di komputernya. Rayz mengangguk dan berjalan menuju ke arah tempat duduk kosong bertentangan dengan kaunter pertanyaan tersebut. Dia melabuhkan punggungnya sambil membelek – belek salah satu surat khabar yang ada di atas meja di depan tempat duduknya.

Perhatiannya beralih kepada beberapa orang awam yang sedang menangis di ruang menunggu hospital itu. Rupa – rupanya mereka adalah sanak – saudara mangsa serangan makhluk asing di Bandar Raya Kudat sebentar tadi. Tangisan mereka benar – benar memilukan hati Rayz. Ini kerana Rayz tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang tersayang. Dalam hatinya dia benar – benar berharap makhluk itu dapat dimusnahkan sebelum lebih ramai orang yang tidak berdosa menjadi korban. Tetapi dia juga bersyukur kerana tidak menjadi mangsa makhluk tersebut. Apa yang berlaku di Pelabuhan Bandar Raya Kudat sebentar tadi merupakan suatu keajaiban. Jika bukan kerana objek tersebut, dia dan Colline mungkin sudah pun mati dibunuh makhluk itu.

Lamunannya terhenti apabila jururawat tadi memanggilnya. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah kaunter pertanyaan tersebut. “Cik Colline Sullivan ada di bilik rawatan nombor E123, di tingkat 5,” kata jururawat itu kepada Rayz. Rayz mengucapkan terima – kasih dan berjalan menuju ke lif yang berdekatan. Pintu lif terbuka dan Rayz masuk ke dalamnya. Sambil menunggu lif itu sampai ke destinasinya, Rayz mengeluarkan telefon bimbit Motorola V9000nya dan menghubungi keluarga angkatnya di Pekan Baru Santina.

“Hello?” kata suara yang menyambut di telefon bimbitnya.

“Hello, Wai – Wai?” jawab Rayz.

“Abang Rayz! Abang Rayz mana sekarang? Daddy dan Mummy bimbangkan Abang tau?” balas gadis bernama Wai – Wai tersebut.

“Abang ada di Hospital Induk Kudat sekarang. Maaf sebab tak hubungi kamu secepat yang mungkin. Abang ada hal sikit tadi.”

“Abang di Hospital? Abang tak apa – apa?!”

“Abang okay. Don’t worry.”

“Bila Abang nak balik? Bandar Raya Kudat sekarang ni tak selamat lagi. Jadi Daddy dan Mummy akan pulang ke Metropolis Kinabalu esok.”

“Abang tahu. Listen, I still have something to do here. I’ll come home once I’ve settled everything. Until then, take care of Mom and Dad, okay?”

“Okay. But please hurry Rayz. I don’t... I mean, we don’t want anything bad happen to you...”

“I will. I’ll call you later,” kata Rayz dan menamatkan perbualannya dengan adik tirinya. Fikirannya tiba – tiba mengimbau kembali saat pertama dia berkenalan dengan keluarga Silman. Rayz merupakan anak yatim piatu dan tinggal di Boys Hostel for The Homeless, sebuah agensi kerajaan yang menjaga kanak – kanak yatim piatu di Bandar Raya Kudat. Rayz mula tinggal di situ sejak berumur 7 tahun lagi.

Keluarga Silman mengambil Rayz sewaktu dia berumur 16 tahun. Keluarga Silman merupakan salah satu keluarga yang terkaya di Bandar Raya Kudat. Pada waktu itu, keluarga Silman mempunyai seorang anak perempuan berumur 15 tahun bernama Wai – Wai. Kehidupan Rayz dengan keluarga itu amat menggembirakan kerana pasangan Silman menganggapnya seperti anak mereka sendiri. Namun Rayz tidak pernah mengambil kesempatan di atas layanan keluarga Silman terhadap dirinya. Malah, dia amat bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Wai – Wai juga amat rapat dengan Rayz kerana sikapnya yang amat mengambil berat. Pernah sekali Wai – Wai diganggu beberapa orang samseng dan Rayz datang menyelamatkannya. Walaupun Rayz berlawan seorang diri, dia masih mampu berlawan dengan lima orang samseng tersebut sekaligus. Bila mereka meningkat dewasa, perasaan Wai – Wai mulai berubah terhadapnya. Suatu perasaan yang melebihi batasan seorang adik dengan abang.

Rayz sedar dengan perasaan Wai – Wai itu namun dia tak boleh mengizinkan perasaan itu bertunas. Rayz amat terhutang budi dengan keluarga Silman dan dia tidak ingin menderhaka kepada mereka dengan menerima cinta Wai – Wai itu. Sebab itulah dia membuat keputusan untuk berpindah rumah dan mencari pekerjaan sendiri. Dia ingin berdikari. Dia membuat keputusan itu kerana dia tidak ingin memberikan harapan kepada Wai – Wai.

Beberapa minit kemudian lif itu sampai ke destinasinya. Rayz memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam poket seluarnya. Lalu dia pun melangkah keluar dari dalam lif dan berjalan mencari bilik rawatan E123.

No comments: