Thursday, April 28, 2011

Chapter 33 - Part 3 of 5

Tempat             : Pejabat Rahsia Presiden ISRC, ISRC Cawangan Sabah, Metropolis Kinabalu
Masa                : 9.01 AM
Tarikh               : 8 Mac 2010
Colline, Poly dan Jane telah diarahkan untuk bertemu dengan Lady Elita Lucas di pejabatnya. Pejabat Lady Elita Lucas memang berada di ISRC Cawangan Sabah namun ianya tersembunyi di tingkat yang tertinggi. Tidak ada seorang pun yang tahu akan kewujudan pejabat rahsia ini kecuali Lady Elita Lucas, Bodyguard Elitnya dan juga ahli – ahli Wiseman’s Commitee. Bilik pejabat Lady Elita itu sangat besar dan hampir sama dengan bilik pejabat Danny. Yang berbeza ialah bilik pejabat Lady Elita menggunakan interior designing ala – ala orang Jepun. Terdapat tikar tatami dan dinding kertas yang biasanya boleh dilihat di Negara Jepun.
Colline, Poly dan Jane sedang duduk berlutut di hadapan sebuah meja kecil. Lady Elita duduk bertentangan dengan mereka bertiga. Dia kelihatan sedang membancuh Teh Jepun. Gerak geri jemarinya ketika memotong daun dan membancuh teh kelihatan lembut dan mengasyikkan. Colline sendiri merasa kagum dengan seni yang ada pada Lady Elita itu. Selepas selesai membancuh teh, Lady Elita menuangkan teh di dalam teko kecil itu ke setiap gelas di hadapan Colline dan sahabat – sahabatnya. “Dozo,” kata Lady Elita sambil tersenyum manis. ‘Dozo’ bermaksud silakan di dalam Bahasa Jepun. Colline mengucapkan terima – kasih dan meminum teh tadi, begitu juga Poly dan Jane. Bancuhan teh Lady Elita itu tampak berlainan dari teh yang biasanya diminum di kedai sushi. Ianya amat sedap dan menyegarkan. Mereka bertiga berasa amat beruntung kerana dapat merasa teh sesedap itu.
I hope I have given the best hospitality to all of you,” kata Lady Elita memulakan bicara.
Yes. We thank you my Lady, your tea is exceptionally unique. We have never tasted anything like it before,” puji Colline.
Lady Elita tersenyum. Dia menuangkan lagi teh itu ke setiap gelas Colline, Poly dan Jane. Jane menguis – nguis peha Poly seolah – olah menyuruhnya berbuat sesuatu. Poly mengerutkan dahinya, meminta Jane bersabar. Lady Elita perasan akan gelagat kedua – dua orang berkenaan. Dia tersenyum.
Is there something you wish to ask me Professor Poly?” tanya Lady Elita.
Umm, if I may my Lady. We would like to know why you decided to help us from ISRC’s Capital Punishment,” Poly bertanya akan tujuan Lady Elita membantu mereka bertiga. Colline juga ingin tahu akan motif Lady Elita itu.
I suppose my decision and action was indeed mysterious and illogical, considering that I am the President of ISRC,” kata Lady Elita. Dia pun mempersilakan mereka bertiga berjalan mengikutinya ke taman di belakang bilik pejabat. Taman itu dibina ala – ala taman di zaman kerajaan China purba kala. Terdapat kolam dengan ikan tropika berwarna merah dan putih. Air di kolam itu kelihatan jernih sekali dan pemandangannya begitu mengasyikkan. Lady Elita membawa mereka ke sebuah jambatan yang merentasi kolam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di tengah – tengah jambatan sambil melihat ikan – ikan yang sedang berenang di bawah jambatan.
“Saya membantu kamu semua kerana saya berpendapat hanya kamu bertiga yang akan dapat mengatasi ancaman Grogan yang sedang berleluasa di Negeri Sabah ini,” tiba – tiba Lady Elita bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Sekali lagi ketiga – tiga sahabat itu terkejut dengan kebolehan Presiden ISRC itu.
“My Lady boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu?” tanya Jane.
Lady Elita ketawa kecil mendengar kata – kata Jane. “Ya. Sudah seharusnya kita mempelajari bahasa yang digunakan oleh staff kita agar urusan dan perbincangan boleh dijalankan dengan lebih licin.”
“My Lady, boleh saya tanya sesuatu,” giliran Colline pula bercakap.
“Sudah tentu,” jawab Lady Elita pendek.
“Apa yang my Lady katakan itu belum lagi menjelaskan dengan sepenuhnya tujuan my Lady membebaskan kami dari hukuman ISRC. Ada banyak pegawai ISRC yang boleh membantu mengatasi ancaman Grogan, bukan kami sahaja. Malahan kami bertiga telah dilabel sebagai pemberontak ISRC oleh Lord Arufa. Mengekalkan kami sebagai pegawai ISRC bukanlah suatu tindakan yang bijak, walaupun my Lady sendiri mengarahkannya,” tutur Colline.
Lady Elita berasa kagum dengan daya penaakulan yang dimiliki oleh Colline itu. Poly dan Jane bersetuju sangat dengan apa yang disampaikan oleh Colline tadi.
“Nampaknya khabar mengenai kebijaksanaan dan kebolehan Professor Colline bertutur bukanlah sesuatu yang dibuat – buat. Baiklah, biarlah saya berterus terang sahaja. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa petugas ISRC yang tidak lagi menurut perintah dan undang – undang perlembagaan ISRC. Saya kini hilang kepercayaan terhadap mereka,” Lady Elita meluahkan kata – katanya yang berbaur kesedihan dan kekecewaan.
Colline mengerutkan dahi. “Tapi my Lady, bukankah kami juga telah melanggar undang – undang ISRC dengan membebaskan Rayz Silman?”
“Apa yang Professor katakan itu memang benar, namun tindakan Professor itu adalah atas dasar ‘kebenaran’ dan ‘perikemanusiaan’. Yang bersalah dalam perkara ini adalah, Lord Arufa. Tindakannya menangkap dan melakukan ujikaji terhadap Rayz Silman adalah sesuatu yang tidak pernah saya arahkan ataupun benarkan. Dia telah pun ditangkap dan kini berada di dalam siasatan pihak berkuasa ISRC.”
“Bagaimana dengan Tuan Pengarah Danny? Bukankah dia bersekongkol dengan Lord Arufa?”
Lady Elita dapat melihat kebimbangan di wajah Colline. “Professor bimbangkan dia?”
Colline menganggukkan kepala. Danny memang bersalah dalam hal ini, tapi Colline tahu dia hanya menurut perintah Lord Arufa. “Apakah yang akan berlaku kepada dia?”
“Tak perlu Professor bimbang,” balas Lady Elita sambil tersenyum. “Tuan Pengarah Danny tidak akan dikenakan tindakan kerana dia hanya bertindak dibawah arahan Lord Arufa.”
“My Lady, apa yang perlu kami lakukan sekarang? Kami sendiri bukan lagi bertugas sebagai pegawai ISRC. Malahan, pihak ISRC Metropolis Kinabalu telah pun memadam nama kami dari sistem,” celah Jane.
“Ha ha ha. Itu kamu bertiga tidak perlu risaukan. Kamu bertiga tidak perlu lagi bertugas di ISRC Metropolis Kinabalu kerana kamu bertiga ada tugas yang baru,” jawab Lady Elita.
Poly dan Jane berpandangan. “Apa maksud my Lady? Kami tak faham,” kata Poly pula.
“Inilah tujuan saya memanggil kamu bertiga pada hari ini. Biar saya berterus terang sahaja, saya ingin mengambil kamu bertiga sebagai Pegawai Kanan saya bermula pada saat ini. Kamu bertiga akan bekerja secara khas bersama – sama dengan saya untuk membanteras aktiviti Grogan di Sabah. Professor Jane, kamu akan menjadi Pengarah bagi Bahagian Persenjataan ISRC, Professor Poly akan menjadi Pengarah Bahagian Teknologi Perubatan ISRC dan Professor Colline akan menjadi Pengarah Bahagian Pertahanan Keselamatan ISRC. Ini bermaksud, kamu bertiga adalah ahli baru dalam Wiseman’s Commitee. Tahniah untuk kamu bertiga,” terang Lady Elita sambil tersenyum manis.
Poly dan Jane benar – benar terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Lady Elita itu. Mereka bertiga telah ditawarkan untuk menjadi ahli Wiseman’s Commitee, yang merupakan impian setiap pegawai ISRC kerana ianya jawatan yang paling tinggi dan berprestij. Poly dan Jane mengucapkan ribuan terima – kasih di atas perlantikan baru mereka itu, dan kelihatan teramat gembira. Namun lain pula reaksi bagi Colline. Apa yang ditawarkan oleh Lady Elita itu langsung tidak menggembirakannya.
“Professor Colline, adakah kamu tidak sudi menerima tawaran ini?” tanya Lady Elita. Poly dan Jane menumpukan perhatian mereka kepada sahabat mereka itu. Colline menarik nafas panjang. “Maafkan saya. Saya menolak tawaran my Lady itu,” jawab Colline dengan wajah yang serius. Poly dan Jane berpandangan sesama sendiri lagi.
I see. Boleh saya tahu kenapa Professor menolak?” tanya Lady Elita.
“Saya telah banyak berfikir sepanjang 3 hari kebelakangan ini. Terlalu banyak yang telah berlaku sehinggakan saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya percayai. Terlalu banyak perkara mengenai ISRC yang tidak saya ketahui dan ini telah menghilangkan keyakinan saya untuk terus berkhidmat. Selepas mempertimbangkan perkara ini, saya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan,” jawab Colline. Terdapat keazaman yang teguh pada raut wajahnya.
“Tapi Colline, bukankah ‘Sains’ adalah segala – galanya untuk Colline? Science to you, is LIFE my dear!” pujuk Poly, tidak bersetuju dengan keputusan Colline itu.
“Benar tu Colline. Lagipun, keadaan tidak akan sama tanpa Colline di sini,” tambah Jane. Wajahnya kelihatan sedih.
Colline memegang bahu kedua – dua sahabatnya itu. “My dear friends, ini mungkin noktah bagi kerjaya Colline dengan ISRC. Tapi mungkin ianya juga permulaan baru bagi Colline. Don’t worry, I will be fine. Kamu berdua teruskan sahaja dengan tawaran Lady Elita ini, ini adalah peluang yang sangat baik dan berharga. Jangan kerana Colline, kamu berdua mensia – siakan peluang ini. After all, persahabatan kita ini tidak akan berakhir sekalipun Colline bukan lagi pegawai ISRC.”
Poly dan Jane memeluk Colline dengan erat sekali. Mereka bertiga menitiskan air mata kesedihan. Sedih kerana Colline tidak akan bertugas lagi bersama – sama mereka. Colline mengucup dahi kedua – dua sahabatnya itu, “Be well” katanya dengan lembut.
“Professor Colline, saya mengerti dan faham akan keputusan Professor itu. Saya menghormatinya, namun ketahuilah, jawatan ini akan kekal kosong dan masih menanti untuk diisi oleh Professor,” Lady Elita benar – benar menghargai bakat yang ada pada Colline sehingga jawatan yang ditawarkan itu tetap dikosongkan sekalipun Colline tidak menerimanya.
Colline tersenyum. “Thank you for you kind concern and offer my Lady, tetapi saya rasa saya tidak akan berganjak dari keputusan saya ini. Apa – apa pun, saya ucapkan terima – kasih di atas peluang yang my Lady berikan kepada kedua – dua sahabat saya ini. Kalau tidak ada apa – apa lagi, saya minta diri.”
Colline pun berjalan meninggalkan mereka bertiga. Pemergiannya diperhatikan oleh Lady Elita, Poly dan Jane. “Betulkah Colline ingin melepaskan ‘Sains’? Bukankah menjadi saintis adalah aspirasi dan cita – cita Colline selama ini?” tanya Jane kepada Poly. Poly tersenyum dan memegang bahu Jane. “Jangan bimbang, Colline tidak pernah melupakan cita – citanya. Suatu hari nanti dia akan kembali kepada kita.”

2 comments:

Anonymous said...

pendek...apapun still best...
nextt...citer nie makin suspen...

kraizer81 said...

Don't worry. Next cahpter is in progress. Cerita ini sebenarnya hampir mencapai kofliknya yang terbesar. Stay tuned!