Thursday, November 12, 2009

Chapter 24

CHAPTER 24 : Wiseman’s Commitee – A Dark Gathering

Tempat : Tidak Diketahui

Masa : Tidak Diketahui

Tarikh : 16 Disember 2009

Di sebuah bilik yang kelihatan agak suram, kelihatan ketiga – tiga ahli Wiseman’s Commitee itu sedang duduk di sebuah meja yang berbentuk oval. Wajah mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana keadaan pencahayaan di dalam bilik tersebut. Mereka seolah – olah sedang membincangkan sesuatu yang penting. Salah seorang dari ahli Wiseman’s Commitee itu menekan sebuah punat di atas meja oval tersebut. Dari tengah – tengah meja oval itu, muncul sebuah sfera yang berwarna jingga. Lelaki yang menekan punat tadi menekan satu lagi punat di atas meja yang sama.

Imej Xyver pun terpapar pada sfera yang berwarna jingga itu. Ketiga – tiga lelaki itu menumpukan perhatian mereka terhadap Xyver itu. Keadaan di dalam bilik itu senyap selama beberapa minit. Masing – masing mendiamkan diri seolah – olah menunggu siapa yang akan bersuara terlebih dahulu.

“Is it really alright for us to let Chief Director Danny and Professor Colline bring Xyver to the Lost Pyramid?” akhirnya lelaki pendek yang duduk di sebelah kiri itu pun bersuara.

“It was inevitable. We need to assess whether ‘He’ is an enemy or a friend,” jawab lelaki tinggi yang duduk di sebelah kanan itu pula.

“Allowing that ‘man’ to come with them was also part of the plan?” kata lelaki pendek itu lagi.

“Yes. That ‘man’... The Dunamist. Rayz Silman. He is a factor that needs to be supervised,” celah lelaki yang duduk di tengah – tengah itu.

Imej Xyver yang terpapar di sfera jingga itu pun bertukar dengan imej Rayz. Mereka bertiga memerhatikan imej Rayz itu dengan khusyuk sekali. Lelaki tinggi itu pun menekan satu lagi punat di meja oval itu. Data – data mengenai diri Rayz pun terpampang sekali di sfera jingga itu.

“Our data shows that Rayz Silman is an ‘anomaly’...” kata lelaki tinggi itu.

“An ‘anomaly’? What does that mean?” tanya lelaki pendek itu pula.

“It means, his genetic data is not the same as other human beings. There is something in his DNA that is totally unknown, even to us. Although human research shows that he is indeed human, his genetic data proves otherwise. It is possible that he is a ‘Hybrid’ of a higher level life form and a normal human,” terang lelaki tinggi itu.

“Is he a ‘threat’ to us?” lelaki di tengah – tengah itu mencelah sekali lagi.

Lelaki tinggi dan lelaki pendek itu mengalihkan pandangan mereka kepada lelaki di tengah –tengah itu. Lelaki di tengah – tengah itu kelihatan seperti ketua mereka. Sekali lagi bilik itu diselubungi kesunyian.

“We can only be certain once Rayz Silman enters the pyramid in Gobi Desert,” jawab lelaki tinggi itu.

“I see. What about the Grogan activity? Have they been active again?” ketua mereka bertanyakan makhluk Grogan itu pula.

Giliran lelaki pendek itu pula menekan sebuah butang di meja itu. Imej Rayz itu pun ditukar dengan Imej makhluk Grogan berbentuk buaya itu. Kelihatan beratus – ratus makhluk Grogan buaya itu sedang berenang di dalam lautan dengan kelajuan yang tinggi. Mereka kelihatan sedang menuju ke suatu tempat. Adakah mereka sedang mencari Xyver?

“They are on the move. Our computers calculation suggests that there is a 90% certainty that they are headed for the lost pyramid in Gobi Desert. I think they are after Xyver,” lelaki pendek itu menerangkan pendapatnya.

“They are not targetting the Xyver. They are after the Dunamist, Rayz Silman,” tambah ketua itu.

“Yes. It is apparently so. Once they eliminated Rayz Silman, Xyver is of no danger to them anymore,” kata lelaki tinggi itu.

“What is our option? Should we not send our military force to help the Dunamist?” tanya lelaki pendek itu.

“We do not need to do so. General Razak of the GDTF Labuan Division is there with them. He also brought along his Elite Force,” jawab lelaki tinggi itu pula.

“His motive in volunteering as Chief Director Danny’s escort is highly suspicious. Was it alright for us to allow him to go with them? Should we not take action against him?” tanya lelaki pendek itu kepada ketua mereka.

“It seems General Razak has his own agenda. Nonetheless, we should not be bothered by him. Our priority is Rayz Silman and the Grogans.,” ketua mereka memberikan pendapatnya mengenai motif Jeneral Razak itu.

“What if the Grogans were able to kill Rayz Silman? Won’t it jeopardize our goals?” kata lelaki tinggi itu pula.

“They will not be able to do so. Rayz Silman’s ‘awakening’ is at hand, we must make sure that he is not against us. Continue with our surveillance, report back every little details,” kata ketua mereka dengan tegas. Dia pun berdiri dan berjalan meninggalkan bilik tersebut. Lelaki pendek dan lelaki tinggi itu hanya mampu berpandangan di antara satu sama lain.

No comments: