Wednesday, March 3, 2010

Chapter 28

CHAPTER 28 : The Awakening

Tempat : Piramid Samarian Purba, Bahagian dalam

Masa : 09.33 PM

Tarikh : 17 Disember 2009

Entah mengapa keadaan di dalam Kuil itu sunyi sekali sehingga suara esakan Colline itu jelas kedengaran. Colline mendekatkan wajah pucat Rayz itu ke pipinya. Tubuh lelaki yang semakin dingin itu didakapnya dengan penuh kasih sayang. Air matanya menitis di atas pipi Rayz itu. “Rayz... kalau Colline tahu lebih awal keadaan ini akan berlaku... Colline akan beritahu Rayz apa yang Colline rasakan selama ini...” bisiknya di telinga lelaki itu.

Danny yang sedang memapah Jeneral Razak itu sudah pun berdiri di sebelah Colline. Dia sekadar memerhatikan sahaja tubuh Rayz yang tidak bernyawa itu. Walaupun dia tidak menyukai Rayz, namun dia tetap berasa sedih di atas kematiannya. Tetapi jauh disudut hatinya yang lain, dia juga berasa lega kerana Rayz tidak akan muncul lagi di antara dia dan Colline. “Colline kita harus pergi sekarang. Kita belum lagi pasti samada kesemua Reptilian Grogan itu telah pun mati ataupun belum,” kata Danny sambil meletakkan tangannya di atas bahu Colline.

“Tetapi kita tidak boleh meninggalkan mayat Rayz di sini. We have to try and bring it with us,” balas Colline sambil mengesat air matanya.

“Itu Danny faham tapi dengan keadaan Jeneral Razak dan kecederaan Danny, adalah mustahil bagi kita untuk membawa mayatnya bersama.”

“Apa yang dikatakan oleh Danny itu betul Profesor. Lagi lama kita berada di sini, lagi bahaya bagi kita bertiga,” tambah Jeneral Razak.

Colline mendekatkan pipinya ke dahi Rayz. Air matanya menitis di atas pipi Rayz itu, lalu terurai bagaikan manik – manik kristal. “Rayz, jangan tinggalkan Colline. Masih ada banyak lagi perkara yang belum Colline nyatakan pada Rayz,” katanya kepada tubuh jejaka yang kian menyejuk itu.

*********************************************************************************

Sementara itu, di ruang misteri yang dipanggil sebagai Other Realm...

Kelihatan tubuh Rayz sedang terapung – apung di tengah – tengah tempat tersebut. Tubuh yang berada di tempat itu bukanlah tubuh Rayz yang sebenar melainkan ‘Roh’ nya. Tiba – tiba air yang berada di lantai di bawah tubuh Rayz itu bergerak dan membentuk sebuah sfera yang menyelaputi roh Rayz yang sedang terapung – apung. Kemudian Spirit of The Xyver pun muncul secara tiba – tiba lalu berdiri di sebelah sfera tersebut.

“Kebangkitan mu telah pun tiba Rayz Silman, Dunamist!” kata Spirit of The Xyver lalu menekapkan kedua – dua telapak tangannya di atas sfera yang menyelaputi roh Rayz itu. Kelihatan aliran kuasa elektrik yang berwarna biru muncul dari kedua – dua telapak tangannya dan memasuki lapisan aura yang menyelaputi roh Rayz itu.

*********************************************************************************

Colline yang sedang memeluk tubuh Rayz itu terkejut apabila melihat tubuh Rayz yang sedang dipeluknya itu sedang bersinar dengan cahaya kebiru – biruan. Tiba – tiba tubuh Rayz itu pun mulai terapung – apung dengan sendirinya. Colline hanya mampu melihat fenomena itu dengan penuh perasaan takjub. Danny dan Jeneral Razak juga berasa takjub melihat fenomena itu.

Tubuh Rayz yang terapung – apung itu mulai diselaputi oleh sfera aura yang berwarna biru. Dari bahagian dalam, suatu fenomena yang pelik sedang berlaku kepada tubuh Rayz itu. Seluruh kulit Rayz mulai mengelupas dan memperlihatkan daging – daging dalamannya. Kemudian perkara yang sama juga berlaku kepada daging – daging tubuh Rayz itu. Dan sekarang hanyalah kelihatan tulang – temulang dan organ – organ dalaman Rayz sahaja. Struktur dalaman tulang – tulang dan organ Rayz itu juga mulai mengalami perubahan di mana struktur genetiknya berevolusi menjadi struktur tulang dan organ dalaman Orang Samarian.

Kemudian dengan perlahan – lahan daging – daging dan juga kulit yang baru muncul dan menutupi tubuh Rayz semula. Bukan itu sahaja, darah yang mengalir di tubuh Rayz juga telah bertukar menjadi darah yang berwarna kuning keemasan. Darah yang berwarna kuning keemasan ini adalah trademark bagi Orang Samarian. Nampaknya Rayz telah dilahirkan semula sebagai Kaum Samarian yang sejati. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Spirit of The Xyver sebagai ‘kebangkitan’ Rayz?

Colline memerhatikan sfera berwarna biru itu sambil menudung matanya dengan tangan kanan kerana cahaya terang yang datang dari sfera biru itu. Danny pun berdiri di sebelah Colline. “Apa yang sedang berlaku Colline?” tanya Danny meminta penerangan dari Colline. Colline membisukan diri tidak menjawab terus pertanyaan Danny itu. Dahinya berkerut, cuba menganalisa apa yang sedang berlaku di depan matanya. Colline berjalan mendekati sfera berwarna biru itu. Danny menegahnya dari berbuat sedemikian tetapi Colline mengendahkan tegahan Danny.

Colline kini berdiri berekatan dengan sfera biru yang terapung – apung itu. Selepas memerhatikan sfera berwarna biru itu selama beberapa saat, dia pun menyentuh permukaan sfera itu dengan jari telunjuk kanannya. Sebaik sahaja dia menyentuh sfera itu, air mukanya berubah. Air mukanya memancarkan ketakjuban yang teramat sangat. Colline pun memberi isyarat supaya Danny dan Jeneral Razak pergi mendekatinya. Danny pun memapah Jeneral Razak mendekati Colline.

“What’s wrong Colline?” tanya Danny sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Colline.

“Cuba Danny sentuh sfera ini,” jawab Colline meminta Danny menyentuh sfera itu pula.

Danny pun menyentuh sfera itu dengan jari telunjuk kanannya. Sekarang dia mengerti apakah maksud air muka Colline sebentar tadi.

“Is it what I think it is?” tanya Danny kepada Colline meminta pendapatnya.

Colline mengangguk. Sfera yang membaluti tubuh Rayz itu adalah seperti struktur rahim seorang ibu yang telah mengandung 7 bulan. Fenomena ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan kerana bagaimanakah sebuah sfera yang amat menyerupai rahim seorang wanita boleh muncul dan membaluti tubuh Rayz. Kuasa apakah yang sedang berlaku di hadapan mata Colline, Danny dan Jeneral Razak ini?

Tiba – tiba sfera berwarna biru itu mulai bergerak ke bawah dan mendarat di atas permukaan lantai berhampiran Colline, Danny dan Jeneral Razak. Dengan serentak Danny dan Jeneral Razak berundur 2 langkah ke belakang. Mereka tidak dapat menjangka apakah yang akan berlaku kepada sfera itu seterusnya sebab itulah mereka menjauhkan diri. Namun perasaan bimbang Colline terhadap Rayz itu membuatkannya menjadi berani. Colline tidak mengundurkan diri sebaliknya dia berjalan mendekati sfera itu. Danny cuba menghalangnya tetapi Jeneral Razak menegahnya dari berbuat sedemikian seolah – olah tahu yang Colline akan selamat dan tidak ada apa – apa yang akan berlaku kepadanya.

Colline mendekati sfera itu dan menyentuhnya semula dengan telapak tangannya. “Rayz...” bisik Colline dengan perlahan kepada sfera itu. Gema suara Colline itu seolah – olah menembusi dinding sfera itu dan tiba ke telinga Rayz yang masih tidak sedarkan diri itu. Tiba – tiba Rayz membuka kedua – dua matanya. Serentak dengan itu juga ‘tatu’ yang sama yang pernah muncul di wajah Rayz itu muncul semula. Sfera itu juga bersinar dengan cahaya biru yang menyilaukan mata. Dengan perlahan – lahan permukaan sfera itu mulai mengeras dan meretak bagaikan kaca. Sebaik sahaja kaca – kaca itu habis jatuh di atas lantai piramid, kelihatan Rayz sedang duduk berlutut sambil menekapkan telapak tangannnya ke atas telapak tangan Colline. Rayz memandang tepat wajah Colline dengan air muka yang kosong.

Colline tahu apa yang sedang berlaku itu. Rayz yang sedang duduk di hadapannya itu bukanlah Rayz yang sebenar melainkan “Spirit of The Xyver” yang telah merasuk tubuhnya. Rayz yang baru sahaja bangkit itu pun berdiri dan tiba – tiba berjalan menuju ke tengah – tengah ruangan Kuil Samarian itu. Dia seolah – olah sedang mencari sesuatu. Kejadian itu benar – benar membuatkan Danny dan Jeneral Razak tergamam! Rayz yang telah meninggal dunia sebentar tadi kini hidup semula dan sedang berjalan – jalan di hadapan mereka!

Colline pula tidak berasa hairan dengan kejadian itu. Dia tahu dan faham akan kuasa dan kebolehan Kaum Samarian. Namun Colline tidak gembira dengan hidupnya semula Rayz kerana yang hidup semula itu bukanlah ‘Rayz’ tetapi “Spirit of The Xyver” yang telah menguasai tubuhnya. Colline berjalan menuju ke arah Rayz dan memegang lengannya dengan kasar.

“You are Spirit of The Xyver? You are VAHSYAH. Tell me, what has happened to Rayz?” tanya Colline dengan perasaan yang marah.

[Kamu adalah Spirit of The Xyver? Kamu adalah VAHSYAH. Beritahu saya, apakah yang telah berlaku kepada Rayz?]

VAHSYAH memandang Colline dengan tajam. Air mukanya kosong seperti tadi. Dia tidak mengendahkan pertanyaan Colline itu dan masih lagi meliarkan pandangannya seolah – olah mencari sesuatu. Kelakuannya itu membuat Colline bertambah berang. Sekali lagi Colline menarik lengannya dengan kasar untuk mendapatkan perhatiannya.

“Answer my question! Where is Rayz, what has happened to him?” tanya Colline sekali lagi.

VAHSYAH mendiamkan diri sambil memandang wajah Colline seperti tadi. Dia dapat melihat kebimbangan Colline terhadap diri Rayz. Dia juga dapat merasakan perasaan istimewa wanita itu terhadap diri Rayz.

“Rayz is sleeping deep within the recesses of his mind,” jawab VAHSYAH dengan tenang.

[Rayz sedang tidur jauh di dalam ruang mindanya yang paling dalam]

“What do you mean by that? Why are you taking over his body?”

[Apa maksud kamu? Mengapa kamu menggunakan tubuhnya?]

“Rayz, The Dunamist, must fulfill his destiny to destroy The Grogans. In his present state, he is not yet ready to fight and accept his destiny. Therefore, I shall take matters into my own hand and settle this once and for all.”

[Rayz, Dunamist, harus menyempurnakan takdirnya untuk menewaskan makhluk – makhluk Grogan tersebut. Dalam keadaannya yang sekarang ini, dia belum lagi bersedia untuk berperang dan memikul takdirnya. Jadi, saya akan menyelesaikan dan mengakhiri perkara ini sekarang juga]

“You can’t do that! That is not your decision to make but Rayz’s!”

[Kamu tak boleh buat begitu! Ianya bukan keputusan kamu melainkan keputusan Rayz sendiri!]

VAHSYAH tidak mengendahkan kata – kata Colline. Dia memandang ke siling atas piramid itu lalu menghalakan telapak tangan kanannya ke atas. Serentak itu juga siling piramid itu runtuh. Colline yang berdiri di bawah siling itu tidak sempat melarikan diri. Serpihan batu – batan siling itu pun jatuh ke arahnya. Tanpa membuang masa, Danny pun segera menerpa ke arah Colline dan menolaknya ke tepi. Serpihan batu – batan itu nyaris mengenai Colline dan Danny.

“Colline tak apa – apa?” tanya Danny. Dia menyeringai kesakitan kerana luka di bahunya itu tehantuk ke lantai piramid itu.

“Colline tak apa – apa. Thank you Danny,” jawab Colline. Colline tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh Danny itu. Ternyata Danny memang benar – benar menyintainya. Tindakan Danny menyelamatkannya itu membuatkan Colline rasa bersalah di atas apa yang pernah berlaku kepada mereka berdua. Colline juga rasa terkilan akan tindakan ‘Rayz’ itu. Meskipun bukan Rayz yang mengawal tubuh itu, tindakan VAHSYAH itu melahirkan rasa kecewa Colline terhadap Rayz.

Danny membantu Colline berdiri. Dia merenung ke arah VAHSYAH dengan perasaan yang marah. “You could have hurt her!” kata Danny kepada VAHSYAH dengan suara yang kasar.

“My apology Danny Dexter Lewis. But I already knew that you were going to save her. I deliberately did that to prove to Colline of your feelings,” jawab VAHSYAH.

[Saya meminta maaf Danny Dexter Lewis. Tetapi saya telah mengetahui terlebih awal yang kamu akan menyelamatkannya. Saya sengaja berbuat sedemikian untuk membuktikan perasaan kamu terhadap Colline]

Colline hairan mendengar apa yang dikatakan oleh VAHSYAH itu. “What do you mean by that?” tanya Colline meminta penjelasan.

“Please refrain from having the same feeling towards Rayz for it will jeopardize his mission in saving your planet,” jawab VAHSYAH.

[Jangan menyimpan perasaan yang sama terhadap Rayz kerana ini akan mengganggu misinya didalam menyelamatkan planet kamu ini]

Colline berasa amat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh VAHSYAH itu. Bagaimana dia boleh mengetahui akan ‘perasaan’ yang dimilikinya terhadap Rayz. Danny memandang Colline seolah – olah meminta penjelasan darinya. Colline tidak membalas pandangan Danny itu sebaliknya dia hanya membisukan diri, bingung dengan apa yang dikatakan oleh VAHSYAH sebentar tadi.

VAHSYAH menghalakan telapak tangan kirinya ke hadapan. Xyver yang berada di atas lantai piramid itu tiba – tiba terbang dan pergi kepadanya. VAHSYAH pun mengenggam Xyver dengan tangan kirinya. “Please stand back,” kata VAHSYAH kepada Colline dan Danny. Danny membawa Colline berundur ke belakang, ke arah Jeneral Razak yang sedang duduk di atas lantai piramid itu.

Kemudian VAHSYAH meletakkan Xyver di atas pergelangan tangan kanannya. Serentak dengan itu juga tubuh VAHSYAH itu diselubungi arus – arus elektrik berwarna biru dan muncul aura tekanan yang kuat dari tubuhnya. Seluruh ruang di dalam kuil itu bergegar diikuti dengan hembusan angin daripada tubuh VAHSYAH. Danny terpaksa memeluk Colline dengan erat untuk mengelakkannya dari rebah manakala Jeneral Razak terpaksa menutup kedua – dua matanya dengan tangan untuk menahan hembusan angin yang kuat itu.

Urat – urat besi yang misteri pun keluar daripada Xyver dan menjalar ke seluruh tubuh VAHSYAH. Ianya kemudian bercantum lalu membentuk sebuah baju perisai yang menutupi tubuh dan kepala VAHSYAH. Bahagian kepalanya menutupi mata dan wajah atas. Manakala mulut dan hidung VAHSYAH pula terdedah. Baju perisai itu berwarna keperak – perakan dan terdapat tulisan Samarian purba di atasnya. Rekabentuk baju perisai itu adalah ajaib kerana ia menyerap dan bergabung dengan kulit, daging dan tulang – temulang VAHSYAH itu sendiri. Terdapat sebiji kristal berwarna biru di atas dada baju perisai itu yang sama dengan kristal yang dipakai oleh Baginda Ra-iz. Apabila diamati, bentuk baju perisai itu adalah sama dengan bentuk baju perisai yang dipakai oleh patung perwira yang berdiri di bahagian hadapan piramid Samarian purba itu.

“Behold! ZAIVA – The Holy Warrior of The Samarian Clan,” kata VAHSYAH dengan nyaring sebaik sahaja transformasinya selesai.

[Lihatlah ZAIVA – Kesatria Suci Puak Samarian]




Colline, Danny dan Jeneral Razak berasa takjub melihat transformasi VAHSYAH itu. Baju perisai yang dipakai oleh VAHSYAH itu bersinar – sinar dengan kilatan cahaya keperak – perakan. Penutup mata yang dipakai oleh VAHSYAH itu juga bersinar dengan cahaya kuning keemasan. Colline mendekati VAHSYAH untuk bertanya apa yang akan berlaku seterusnya.

“Tell us, what will happen now. What will happen to Rayz?”

[Beritahu kami, apa yang akan berlaku sekarang. Apa yang akan berlaku kepada Rayz?]

“The fate of The Dunamist is sealed. I shall now fulfill his destiny.”

[Nasib Dunamis telah pun terkunci. Saya akan menyempurnakan takdirnya]

“What do you mean? What is Rayz’s destiny?” tanya Colline lagi.

[Apa maksud kamu? Apakah takdir Rayz itu?]

“The Dunamist must defeat The Queen of The Grogans. I will guide him to her and he shall destroy her and end this war.”

[Dunamist mesti menewaskan “Permaisuri Grogan”. Saya akan membawa Dunamist kepadanya dan Rayz akan memusnahkannya dan menamatkan peperangan ini]

Selepas selesai menjawab pertanyaan Colline itu, sebuah Kapal Angkasa berbentuk ‘X’ tiba – tiba muncul dari lubang di siling piramid itu. Ianya sebesar keranda orang dewasa dan mampu memuatkan satu saja penumpang. Kapal itu mengeluarkan gelombang bunyi yang amat membingitkan kepala. Colline, Danny dan Jeneral Razak terpaksa menutup telinga mereka kerana bunyi itu amat menyakitkan kepala dan gegendang telinga mereka.


 
Selepas berlegar selama beberapa saat, ianya mendarat di hadapan VAHSYAH. Kapal Angkasa itu adalah Kapal Angkasa yang sama yang pernah digunakan oleh Kaum Samarian beberapa juta tahun dahulu. Kapal yang diberi nama “X-Strider”. Dengungan Kapal Angkasa itu berterusan sehingga membuatkan Colline dan yang lain meronta – ronta menahan kesakitan kepala mereka. VAHSYAH mengalihkan pandangannnya kepada mereka bertiga. Tiba – tiba Colline, Danny dan Jeneral Razak dapat mendengar suara VAHSYAH yang bercakap kepada mereka melalui kuasa Telepathy.

“I will transport the three of you out of this pyramid. You must get away as fast as you can for in 1 hour this pyramid will explode and nothing will remain. The technology of The Samarians must not fall in the hands of humans. I fare thee well Colline Sullivan,” kata suara VAHSYAH di dalam minda Colline.

[Saya akan memindahkan kamu bertiga keluar dari piramid ini. Kamu bertiga mesti melarikan diri sejauh yang boleh kerana dalam 1 jam piramid ini akan meletup dan tidak akan ada apa – apa pun yang akan tertinggal. Teknologi milik Kaum Samarian tidak boleh jatuh ke tangan manusia. Selamat tinggal Colline Sullivan]

Colline cuba bertanya sekali lagi akan keadaan Rayz tetapi baru sahaja dia mengelipkan matanya, dia, Danny dan Jeneral Razak telah pun berada di luar piramid itu. Mereka berada betul – betul di hadapan pintu masuk gua. Kemunculan mereka yang secara tiba – tiba itu mengejutkan Gashikh Yuan dan orang – orangnya yang kebetulan telah datang untuk menyelamatkan mereka bertiga. Gashikh Yuan segera mendapatkan mereka bertiga. “What has happened? Where is Lord Rayz?” tanya Gashikh kepada Danny.

“It is a long story. Rayz is still inside the pyramid. We don’t know what happened but we are suddenly transported out of the pyramid by some unknown force. Please take care of General Razak’s wound, he is badly injured,” terang Danny kepada Gashikh.

Dua orang pemuda Rumsyad pun datang membantu Jeneral Razak. Mereka membawanya ke dalam sebuah kereta kuda di mana bekalan perubatan mereka berada. Jeneral Razak memberikan isyarat kepada Danny seolah – olah mengucapkan terima – kasih kepada Danny. Danny mengangguk membalas isyarat Jeneral Razak itu.

Yui Yuan yang turut serta dengan orang – orang Rumsyad yang lain itu pun menghampiri Colline. Colline langsung tidak menyedari Yui Yuan menghampirinya. Dia kelihatan mengelamun dan tidak sedar akan keadaan sekelilingnya. Yui mencuit lengannya. Colline terkejut dari lamunannya dan mengalihkan pandangannya kepada Yui.

“Are you alright Miss Colline?” tanya Yui.

Colline cuba tersenyum. “I’m okay. I am just exhausted,” jawabnya.

“Where is Lord Rayz? Is he alright?”

Pertanyaan Yui itu mengingatkan Colline akan apa yang telah dikatakan oleh VAHSYAH sebentar tadi. “NASIB DUNAMIS TELAH PUN TERKUNCI” itulah yang dikatakan oleh VAHSYAH. Adakah ini bermaksud Rayz telah pun hilang buat selama – lamanya? Adakah VAHSYAH telah menakluki jiwa dan tubuh Rayz sepenuhnya? Bolehkah Colline berjumpa dengan jejaka itu semula? Asakan demi asakan pertanyaan melanda minda Colline. Mindanya buntu memikirkan semua itu. Tiba – tiba jiwa Colline dilanda sebak yang entah datangnya dari mana. Air matanya nyaris menitis memikirkan nasib yang menimpa Rayz.

“Miss Colline? Are you alright?” tanya Yui semula.

Colline mengesat kelopak matanya. “He’s alright. He’s in there. He just need to do something right now.”

“But where is he? Is he still in the pyramid? Those creatures are still in there! We need to help him!” kata Yui cemas selepas mengetahui Rayz masih berada di dalam piramid yang diserang oleh Reptilian Grogan itu.

“Don’t worry about him Yui. We need to get out of here as soon as possible,” kata Danny pula, tiba – tiba muncul di sebelah Colline. Dia mengusap – usap bahu Colline. Colline Cuma mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Danny itu.

“Danny is right. The pyramid will explode in 1 hour from now. We need to hurry,” tambah Colline pula. Apa yang dikatakan oleh Colline itu mengejutkan Gashikh dan Yui Yuan. Piramid yang telah dijaga oleh mereka itu selama beratus – ratus tahun itu bakal musnah. Perkara ini benar – benar membuat mereka rasa terkilan

“But why? Why would he do this?” tanya Gashikh meminta penjelasan.

“It is the will of Rayz himself, descendants of your Lord Ra-iz,” jawab Colline tenang.

“Rayz is doing this to prevent other people from desecreting the pyramid any further. If he doesn’t do this, people will try to take advantage of the technology that belongs to the Samarian Clan,” tambah Danny pula.

Gashikh Yuan faham akan apa yang dikatakan oleh Danny dan Colline itu namun, dia tetap berasa sedih kerana piramid itu merupakan suatu amanah yang diberikan oleh Baginda Ra-iz kepada nenek moyangnya. Namun dia akur dan pasrah dengan keputusan Rayz yang juga merupakan anak tunggal Baginda Ra-iz itu.

*********************************************************************************

Di dalam piramid itu...

VAHSYAH menyentuh kokpit Kapal Angkasa Strider itu dengan tangannya. Dengan automatik kokpit itu terbuka seolah – olah sedar bahawa VAHSYAH merupakan tuannya yang baru. Dia pun masuk ke dalam kokpit Kapal Angkasa Strider itu. Serentak itu juga mekanisma Kapal Angkasa Strider itu pun hidup dengan sendirinya.

VAHSYAH menekan beberapa punat di atas dashboard Kapal Angkasa Strider itu. Kapal itu pun mulai terapung – apung dengan sendiri. Deruan enjin Kapal Angkasa Strider itu membelah kesunyian di dalam piramid purba itu. VAHSYAH pun berkata sesuatu kepada komputer Kapal Angkasa Strider itu dan serentak itu juga bunyi deruan enjin Kapal Angkasa Strider itu bertambah nyaring. Muncung Kapal Angkasa Strider itu mulai menghala ke atas. Dengan kelajuan yang tinggi Kapal Angkasa Strider itu segera melanggar dan menerobos siling piramid purba itu dan segera meluncur ke dada langit yang terbentang luas.

*********************************************************************************

Kapal Angkasa Strider itu menerjah ke langit dengan kelajuan yang tinggi sambil mengeluarkan bunyi dengungan nyaring yang amat membingitkan telinga. Danny, Colline dan orang – orang Rumsyad yang berada di situ mengalihkan pandangan mereka ke arah Kapal Angkasa Strider itu. Dalam sekelip mata Kapal Angkasa Strider itu hilang dari pandangan mata mereka. Mereka tidak tahu ke mana arah Kapal Angkasa Strider itu.

“Rayz... ke manakah VAHSYAH akan membawa engkau...” bisik hati Colline.

P/S: Semoga anda menyukai Chapter ini :)

4 comments:

Tsel said...

when is d next episode??

kraizer81 said...

Coming soon. Kinda BZ with my second E-NOVEL ROSAG over at Rumah Fantasi. Wait for it, I will post it soon :)

Anonymous said...

I WANT NEXT N3...pleaseeee...i love this story damm muchhhhh!!!!
i want ryaz with colline..huuhu
i hope the next n3 will be coming verrrrryyyyyyyy soooonnnnn ok..;p

~ameera~

kraizer81 said...

:) So glad you love this story Ameera. Don't worry, Chapter 29 is almost ready to be uploaded. Wait for it okay? Thanks for the morale support, I appreciate it :)