Wednesday, October 28, 2009

Chapter 23



CHAPTER 23 : The Village of The Pyramid Keepers

Tempat : Di hadapan Pusat Penyelidikan ISRC US, Gurun Gobi, Mongolia

Masa : 07.00 AM

Tarikh : 16 Disember 2009

Angin kencang yang bertiup malam itu mulai reda menjelang pagi. Kedatangan pagi itu di sambut oleh lolongan Coyote yang berkeliaran di gurun tersebut. Burung – burung juga mulai berterbangan mencari makanan. Di luar pusat penyelidikan itu beberapa orang petugas B.H.U ISRC US sedang memunggah barang – barang masuk ke dalam beberapa buah jip. Dr. Mon Dali telah memerintahkan jip – jip tersebut disiapkan sebelum tetamu – tetamu dari Malaysia itu bangun.

Di kantin pusat penyelidikan itu, beberapa petugas pusat penyelidikan itu sedang mengambil makanan mereka. Antara mereka yang telah berada di kafeteria itu adalah anggota – anggota GDTF Elite Force. Dr. Mon Dali pula baru sahaja tiba ke kafeteria itu bersama – sama dengan Danny dan Colline. Mereka segera duduk di meja mereka. Sebenarnya mereka baru sahaja selesai dengan taklimat pagi mereka.

Dr. Mon Dali, Danny dan Colline duduk di meja mereka yang khas. Beberapa petugas kafeteria itu pun datang dan membawa beberapa buah pinggan berisi makanan. Mereka meletakkan pinggan itu di hadapan Dr. Mon Dali, Danny dan Colline. seorang petugas kafeteria itu pula menuangkan kopi di dalam cawan yang berada di hadapan mereka.

“Please, enjoy your breakfast,” pelawa Dr. Mon Dali.

“Thank you,” balas Danny dan mengambil cawan kopinya. Colline mengambil pisau dan garfu yang berada ditepi pinggan sarapannya. Colline meliarkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Danny perasan akan kelakuan pelik Colline itu. “What’s wrong Colline?” tanyanya. Colline tersentak dan melepaskan pisau dan garfunya ke atas meja. “Oh! Maaf. Colline... umm, never mind,” kata Colline cuba berdalih.

Dr. Mon Dali tersenyum melihat gelagat Colline itu. “Are you by perhaps, looking for Mr. Rayz?” tanyanya kepada Colline. Colline bertambah malu mendengar kata – kata Dr. Mon Dali itu. Danny berdehem lalu berkata, “Ah, yes. Where is he Doctor?”

“He already took his breakfast. He woke up earlier than anyone else. He said he wanted to take fresh air outside the facility,” jawab Dr. Mon Dali.

“I see. Rayz ada di luar. Kalau Colline ingin berjumpa dengannya, selepas sarapan nanti. Boleh kan?” kata – kata Danny itu berbaur sedikit sindiran.

Colline menundukkan kepalanya sedikit dan memakan sarapannya. Dr. Mon Dali tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Dia pun menghalakan pandangannya ke luar kafeteria itu...

*********************************************************************************

Rayz sedang berdiri menghadap matahari yang sedang terbit di ufuk timur. Perasaannya berkecamuk ketika teringat kembali mimpi yang dialaminya malam tadi. Dahinya berkerut cuba mencari jawapan, namun otaknya beku pagi itu. Rayz memungut seketul batu berhampiran kakinya. Dia mengenggam batu itu dengan erat. “Tak payah difikirkan. It’s juts a dream,” getus hati Rayz.

Rayz pun melemparkan batu itu sekuat hatinya. Batu itu pun terbang melayang melepasi pagar tinggi yang mengelilingi pusat penyelidikan itu. Kemudian dia pun melepaskan nafas lesu dengan perlahan – lahan. Dia tidak menyedari kedatangan Colline dari belakangnya.

“Good morning. Rayz buat apa kat sini?” sapa Colline.

Rayz memalingkan wajahnya ke arah Colline sambil tersenyum. “Tak ada apa – apa. Saja menghirup udara segar,” jawabnya selamba. Colline pun berdiri di sebelah Rayz dan mereka bedua bersama – sama melihat matahari yang sedang terbit perlahan – lahan.

“Rayz, boleh Colline tanya sesuatu?” kata Colline, memulakan perbualan.

“Sure, what’s up?” balas Rayz.

“Rayz percaya dengan takdir?”

“Takdir? You mean Fate? He he he,” Rayz ketawa kecil mendengar soalan Colline itu.

“Apa yang lucu sangat? Colline serius ni!” Colline mencebikkan bibirnya melihat reaksi Rayz itu.

“He he he, Rayz minta maaf. It’s just that I never expected a scientist like you would suddenly ask about Fate. Bukankah saintis tidak percaya dengan Takdir? Bahawa setiap perkara di dunia ini wujud atas konsep Cause and Effect?” ujar Rayz pula.

Colline mengalihkan pandangannya dari wajah jejaka itu. Dia menumpukan perhatiannya ke arah matahari yang kian meninggi di kaki langit itu sebelum menjawab kata – kata Rayz itu.

“Sepatutnya begitu... tetapi, sejak kebelakangan ini, Colline terfikirkan sesuatu.”

“Apa yang Colline fikirkan?” kata Rayz dan mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu.

“Colline sedang memikirkan semua yang telah terjadi sejak kebelakangan ini. Dari penemuan Xyver sehingga kedatangan kita ke Gurun Gobi. Ianya seolah – olah apa yang berlaku ini bukan lagi sekadar kebetulan. Seolah – olah ada satu kuasa yang sedang menentukan arah perjalanan kita berdua. Bagi Rayz pula bagaimana?”

Rayz memasukkan kedua – dua tangannya ke dalam saku seluarnya. “Rayz sebenarnya percaya dengan takdir. But, “coincidence” is something that I can’t really accept. Hidup kita ditentukan oleh kita sendiri. Tiada orang lain yang boleh mengatur jalan kehidupan kita. The choice is ours to make.”

Colline memandang wajah Rayz yang sedang bercakap itu. Wajah Rayz kelihatan tampak gagah sewaktu menuturkan kata – kata tersebut. Secara tidak sedar, Colline menatap wajah Rayz itu dengan sepenuh hatinya. “Rayz memang seorang lelaki yang tampan,” getus hati Colline.

Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline semula. Dia perasan gelagat Colline yang sedang memandangnya itu. “Ada apa – apa di wajah Rayz?”

“Huh? Oh! Tiada apa – apa! He he he,” jawab Colline terkulat – kulat. Pipinya yang putih menggebu itu bertukar menjadi kemerah - merahan. Rayz sekadar tersenyum melihat gelagat Colline itu. Mereka berdua pun mendiamkan diri sambil menikmati udara segar pagi itu. Perjalanan ke piramid misteri itu akan bermula tidak lama lagi.

Tempat : Perkampungan Orang – Orang Rumsyad, Gurun Gobi, Mongolia

Masa : 03.45 PM

Tarikh : 16 Disember 2009

Perkampungan orang – orang Rumsyad di Gurun Gobi. Mereka adalah orang nomad pada asalnya tetapi telah mengubah cara hidup mereka. Sekarang mereka tinggal berdekatan dengan sebuah Oasis dan membina sebuah perkampungan yang agak besar. Ciri – ciri fizikal mereka tidak banyak jauhnya dengan orang Badwi. Kulit mereka perang dan mempunyai wajah mirip orang – orang cina. Dari segi pemakaian pula, kaum lelakinya memakai jubah panjang berwarna hitam dan berserban. Manakala kaum wanitanya memakai kain sarung yang juga berwarna hitam paras dada. Mereka juga memakai perhiasan kepala yang dipebuat dari manik.

Kelihatan beberapa wanita sedang memasak makanan dengan menggunakan unggun api. Beberapa orang budak – budak kecil sedang berlari – larian di sekeliling perkampungan tersebut. Rumah – rumah orang – orang Rumsyad itu berbentuk khemah yang diperbuat dari bulu kambing biri – biri yang ditenun. Beberapa orang lelaki pula sedang menggembala kambing biri – biri mereka menuju ke oasis berkenaan untuk memberi mereka minum. Walaupun perkampungan itu terletak di tengah – tengah padang pasir, ia tetap kelihatan selesa untuk didiami.

Di tengah – tengah perkampungan itu terdapat satu khemah yang lebih besar dari khemah – khemah yang lain. Khemah tersebut milik ketua kampung orang – orang Rumsyad yang dikenali dengan nama Gashikh Yuan. Beliau adalah seorang ketua kampung yang bijaksana dan amat disegani oleh penduduk kampung berkenaan. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Yui Yuan yang cantik jelita. Ramai pemuda – pemudi baik dari kampung tersebut mahupun kampung berdekatan ingin memperisterikannya. Tetapi Yui Yuan tidak menerimanya. Gashikh amat menyayangi anak perempuannya sebab itulah keputusan anaknya itu amat dihormatinya.

Keadaan di dalam khemah Gashikh itu riuh – rendah dengan suara – suara orang yang berkumpul di dalam khemah tersebut. Orang – orang tua perkampungan itu telah berkumpul bagi membincangkan sesuatu perkara. Perkara itu berkenaan lawatan pasukan penyelidikan ISRC ke piramid purba berkenaan. Isu itu menjadi perbincangan hangat mereka petang itu kerana sudah sekian lama mereka menjaga piramid itu dan tidak ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke dalam gua tempat beradanya piramid itu. Hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam piramid itu kerana mereka menganggap tempat itu sebagai tanah suci. Permintaan Dr. Mon Dali Ashraf untuk masuk ke dalam gua itu dengan orang – orang yang lain menimbulkan kekecohan di kalangan orang – orang kampung tersebut.

“Tok Ketua, membenarkan orang luar masuk ke dalam Tanah Suci kita adalah suatu perkara yang melampau!” kata seorang lelaki tua yang berserban.

“Betul tu! dengan berbuat demikian bukankah kita telah menghina amanat yang diperturunkan oleh Baginda Ra-iz?” sahut seorang lelaki tua yang lain pula.

Gashikh sedang berdiri membelakangkan hadirin tersebut. Dia memakai jubah berwarna coklat dengan serban berwarna putih. Tangan kanannya kemas memegang sebatang tongkat diperbuat daripada kayu Belian. Tangan kirinya asyik melurut – lurut janggutnya yang kian memutih. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

“Tok Ketua, kita tak boleh membenarkan mereka masuk ke dalam Tanah Suci!” kata seorang lelaki yang lain pula.

Gashikh mengangkat tangan kirinya. Kesemua hadirin di dalam khemah itu pun diam. Dia memalingkan mukanya kepada hadirin tersebut. “Saya faham apa yang dikatakan oleh kalian itu. Tetapi ini adalah keputusan yang telah saya pertimbangkan semasak – masaknya,” kata Gashikh kepada mereka semua.

“Tetapi mengapa Tok Ketua membuat keputusan ini tanpa berbincang dengan kami semua terlebih dahulu?” tanya mereka lagi.

Gashikh tersenyum dan berjalan menuju ke tempat duduknya. Sebaik sahaja dia duduk, dia pun mengeluarkan sebuah kotak kecil yang agak usang dan meletakkannya di atas meja di hadapannya. Kesemua hadirin di situ berpandangan di antara satu sama lain.

“Saya hanya menurut wasiat yang ditinggalkan oleh bekas Tok Ketua yakni ayah saya Humkan Yuan,” katanya dan mengambil sebuah skrol lama dari dalam kotak kecil tersebut.

“Wasiat bekas Tok Ketua?” tanya seorang lelaki yang duduk berdekatan dengan Gashikh.

“Ya. Wasiat ini telah diperturunkan sejak dari moyang saya lagi,” jawab Gashikh.

“Apa bunyi wasiat itu Tok Ketua?” tanya mereka lagi.

“Apabila tempohnya sesuai, pewaris kepada Baginda Ra-iz akan datang menuntut haknya yakni, apa yang terdapat dalam piramid di dalam gua itu.”

“Pewaris kepada Baginda Ra-iz? Tetapi bagaimana kita boleh mengenalpasti bahawa dia adalah pewaris yang sebenar?”

“Saya telah menjangka kalian akan bertanya soalan sebegini rupa. Jawapannya ada tertulis di dalam wasiat ini. Pewaris itu akan membawa suatu tanda milik Baginda Ra-iz. Tanda itu, ialah lukisan ini,” kata Gashikh dan menunjukkan sekeping kertas berisi sebuah lukisan objek yang pelik. Hadirin semua pun menumpukan pandangan mereka kepada lukisan tersebut.

Di atas kertas itu terdapat lukisan sebuah objek pelik berbentuk huruf X. Tidak dinafikan lagi, lukisan itu ialah lukisan Xyver yang kini berada di dalam pegangan Rayz. Siapakah gerangannya Baginda Ra-iz yang disembah oleh orang – orang Rumsyad ini? Dan apakah kaitannya dengan Rayz Silman? Misteri ini semakin mendalam...

*********************************************************************************

Di Tawau...

Makhluk – makhluk Grogan yang berbentuk Buaya itu sedang berkumpul mengelilingi kokun tempat Permaisuri Grogan itu sedang memulihkan dirinya. Kawasan sungai itu dipenuhi oleh beribu – ribu ekor makhluk Grogan Buaya tersebut. Mereka seolah – olah sedang menanti – nantikan permaisuri mereka keluar dar kokun tersebut. Tiba – tiba benda berbentuk ekor Kala Jengking pun mulai keluar dari kokun tersebut. Nampaknya Permaisuri Grogan itu sudah pun sembuh dari lukanya. Dengan perlahan – lahan ia keluar dari kokun tersebut. Lendir berwarna merah menyaluti tubuhnya yang kehijau – hijauan itu.

Sebaik sahaja ia keluar dari kokun itu, kesemua Grogan Buaya itu bertempik seolah – olah gembira dengan kembalinya permaisuri mereka. Permaisuri Grogan itu memandang ke arah anak – anak buahnya satu – persatu. Dengan serentak Grogan – Grogan Buaya itu pun berhenti dari bertempik. Ia mengangkat tangan kanannya dan bersedia untuk “bercakap” dengan anak – anak buahnya.

*Perbualan ini adalah di dalam bahasa makhluk – makhluk Grogan.

“Anak – anakku, musuh kita Kaum Samarian yang durjana itu telah muncul semula di atas planet ini. Misi kita untuk menakluki planet ini akan terjejas seandainya mereka tidak diselesaikan secepat yang mungkin!!” kata Queen Grogan itu.

“Apa perintah Permaisuri?” tanya salah seekor dari Grogan Buaya tersebut.

“Bunuh musuh kita! Bunuh Samarian durjana itu!! Carilah baunya dan bunuhnya!!” jawab Permaisuri Grogan itu dengan suara yang keras.

Serentak itu juga semua Grogan Buaya itu bertempik semula! Suara tempikan mereka bergema di seluruh kawasan tersebut. Nampaknya mereka telah membuat keputusan untuk membunuh Rayz!

*********************************************************************************

Jip – Jip yang dinaiki oleh Rayz dan yang lain baru sahaja tiba di perkarangan perkampungan tersebut. Kanak – kanak mulai mengerumuni kereta – kereta tersebut kerana ingin tahu siapakah orang – orang yang ada di dalamnya. Dr. Mon Dali pun keluar dari perut jip itu sambil di ikuti oleh Danny, Colline dan Rayz. Jeneral Razak dan orang – orangnya pun baru sahaja keluar dari kenderaan mereka.

Rayz memerhatikan keadaan sekeliling perkampungan tersebut. Walaupun cuaca di gurun itu agak panas, mereka masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan mereka dengan biasa. Rayz kagum dengan semangat mereka untuk meneruskan hidup di gurun yang panas itu. Gashikh Yuan pun keluar dari khemahnya sambil diikuti oleh orang tua – tua yang lain. Manakala penduduk – penduduk kampung itu juga mengikuti Gashikh untuk menyambut kedatangan tetamu – tetamu mereka.

“Welcome back Doctor!” sapa Gashikh sebaik sahaja tiba di hadapan Dr. Mon Dali.

“Yes. It is good to see you again Gashikh,” balas Dr. Mon Dali sambil memeluk Gashikh. Gashikh membalas pelukannya itu kemudian mereka ketawa terbahak – bahak.

Danny dan Colline cuma memerhatikan gelagat kedua orang tua itu, manakala Rayz pula tersenyum melihat keakraban mereka berdua.

“Gashikh, let me introduce you. This is Mr. Danny Dexter. He is the chief of ISRC Sabah Department. I am in the same organization as he is,” kata Dr. Mon Dali memperkenalkan Danny kepada Gashikh.

“Hello Chief Gashikh. It is an honor to be here,” kata Danny dan menghulurkan tangannya.

Gashikh menyambut tangan Danny itu dan membalas kata – katanya dengan senyuman. Kemudian Dr. Mon Dali memperkenalkan pula Colline kepada Gashikh.

“I am Colline Sullivan. How do you do Chief Gashikh. I am very grateful for allowing us to visit this village,” kata Colline dan menjabat tangan Gashikh pula.

“My... I never thought that I would see someone so beautiful outside of our village. He he he, we are happy to have you here Miss Colline,” balas Gashikh.

Kata – kata pujian Gashikh itu membuat Colline tersipu – sipu malu. Sekali lagi pipinya yang putih itu bertukar menjadi kemerah – merahan. Danny dan Rayz tersenyum melihat gelagat Colline itu.

“Yes, she is indeed very beautiful. Now, let me introduce you to someone who is very special. This is Mr. Rayz Silman,” Dr. Mon Dali memperkenalkan Rayz pula.

Gashikh Yuan mengalihkan pandangannya kepada Rayz. Rayz membalas pandangannya sambil menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan. “It is nice to meet you Chief Gashikh,” kata Rayz. Gashikh tidak segera menyambut tangan Rayz itu. Sebaliknya, dia mengamati wajah Rayz itu dengan tajam. Air mukanya serius. Rayz berasa kekok melihat Gashikh berkelakuan sedemikian terhadapnya. “Is there something on my face?” tanya Rayz.

“You are indeed the one! Oh, welcome my Lord!” kata Gashikh dan dengan segera bertekuk lutut di hadapan Rayz. Melihat tindakan Gashikh itu, kesemua penduduk kampung itu juga bertekuk lutut dan berkata “Welcome my Lord!” yang bermaksud “Selamat datang Tuanku!”. Sekali lagi Rayz terkejut dengan tindakan mereka semua itu. Dia benar – benar tak faham mengapa mereka berbuat sedemikian. “What the hell is going on?” kata Jeneral Razak yang sedang berdiri tidak berapa jauh dari Rayz. Danny mendiamkan dirinya sahaja manakala Colline pula mengalihkan pandangannya kepada Dr. Mon Dali meminta penjelasan. Dr. Mon Dali sekadar tersenyum sahaja tanpa menerangkan apa – apa.

Rayz pun segera memegang bahu Gashikh Yuan dan memintanya bangun. “Please stand up, don’t do this!” kata Rayz memujuk Gashikh untuk bangun. Gashikh pun bangun sambil diikuti oleh penduduk – penduduk kampung yang lain. Gashikh dapat melihat seribu satu persoalan di atas wajah Rayz itu. Dia kembali tersenyum.

“We have been waiting for you for more than 200 years Mr. Rayz,” kata Gashikh.

“Excuse me?” kata Rayz dengan kebingungan. Apa yang dikatakan oleh Gashikh itu mengundang seribu satu persoalan dalam diri Rayz. Apakah maksudnya mereka telah pun menunggu kedatangan Rayz sejak 200 tahun yang lalu?

“What do you mean Chief Gashikh?” kali ini giliran Colline pula yang meminta penjelasan.

“Now, now Professor Colline. Let us first follow Chief Gashikh to his tent before he explains everything,” kata Dr. Mon Dali meminta Colline bersabar.

“Oh, sorry! That was rude of me.”

“Oh no, it is okay Miss Colline. Come, let us go first to my tent. I will explain everything then,” pelawa Gashikh. Dia pun mempersilakan Rayz dan yang lain untuk datang ke khemahnya. Danny tidak berkata apa – apa dan terus sahaja pergi mengikuti Gashikh ke khemahnya di ikuti oleh Dr. Mon Dali dan Jeneral Razak. Penduduk – penduduk kampung itu pun mengerumuni Rayz untuk memegang tangannya. Rayz membiarkan sahaja mereka mendekatinya walaupun dia sendiri tidak berapa faham mengapa mereka berkelakuan sedemikian. Colline yang berdiri di sisi Rayz itu memandang wajah Rayz dengan serius. Dia tahu jauh di sudut hati Rayz dia berasa keliru dengan apa yang berlaku itu. Colline bersimpati dengannya tetapi apakan daya dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku itu.

“Are you coming Colline?” kata Danny melihat tunangnya itu tidak mengikutnya dari belakang. Kata – kata Danny itu mengejutkan Colline. Dia pun segera berlari anak ke arah Danny. Rayz juga membuat keputusan untuk pergi mengikuti mereka berdua. Di suatu khemah yang lain seorang gadis yang jelita sedang menumpukan matanya ke arah Rayz yang sedang berjalan menuju ke arah khemah Gashikh Yuan.

“Itukah pewaris kepada Baginda Ra-iz?” tanya gadis itu kepada seorang lagi gadis yang berada di sebelahnya. “Ya, Cik Muda. Khabarnya, mereka datang dari satu negara yang jauh,” jawab gadis berkenaan. Gadis jelita itu membuka selendang di atas kepalanya. Matanya hitam galak dan kulit wajahnya putih melepak. Rambutnya yang ikal mayang menambahkan lagi kejelitaan wajahnya. Gadis ini ialah Yui Yuan anak perempuan tunggal Gashikh Yuan. Dia amat tertarik dengan berita kedatangan pewaris Baginda Ra-iz itu, itulah sebabnya dia mengintai kedatangan Rayz dari khemah tersebut.

“Mio, ikut saya pergi ke khemah ayah sekarang,” kata Yui kepada gadis bernama Mio itu. Nampaknya gadis bernama Mio itu ialah pengasuh kepada Yui Yuan.

“Tak boleh Cik Muda! Kan Tok Ketua dah pesan yang sesiapa pun tak boleh masuk ke khemahnya sewaktu ada pelawat tiba!” jawab Mio pula.

“Arahan siapa yang Mio ikut? Saya atau ayah saya?” balas Yui pula. Dia mencebikkan bibir.

“He he he! Sudah tentulah arahan Cik Muda. Cik Muda janganlah marah sangat, orang kata, kalau selalu marah muka cepat berkedut!” gurau Mio.

“Ke situ pula dia, sudahlah! Kalau Mio tak nak ikut, saya pergi seorang sajalah!” kata Yui dan terus berjalan meninggalkan khemah itu. Mio pula terkulat – kulat mengejarnya dari belakang. Begitulah perangai Yui Yuan yang kelihatan agak manja dengan pengasuhnya.

*********************************************************************************

Tempat : Perkampungan Orang – Orang Rumsyad, Gurun Gobi, Mongolia

Masa : 07.45 PM

Tarikh : 16 Disember 2009

Sementara itu, di Khemah Gashikh Yuan...

Ruang di dalam khemah Gashikh itu kelihatan mewah. Khemahnya itu terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian yang pertama ialah bahagian tetamu yang kelihatan luas. Terdapat 3 meja panjang yang rendah yang membentuk huruf ‘U’ di tengah – tengah ruang tamu tersebut. Di atas lantai di tengah – tengah ruang tamu itu terhampar sebuah permaidani yang diperbuat dari kulit harimau. Siling di atas khemah itu dihiasi dengan perhiasan yang diperbuat dari kayu dan tanduk binatang liar. Walaupun keadaan di luar itu kelihatan amat panas, tetapi keadaan di dalam khemah itu sejuk dan nyaman. Bahagian yang kedua ialah bilik tidur Tok Ketua dan yang ketiga ialah bilik makan. Kedua – dua bahagian ini kelihatan biasa sahaja.

*Ketinggian meja itu agak rendah kerana orang – orang Rumsyad makan di atas meja sambil bersila di atas lantai.

Danny, Colline, Dr. Mon Dali dan Rayz duduk di meja sebelah kiri manakala Jeneral Razak dan orang – orangnya duduk di meja sebelah kanan. Gashikh Yuan pula duduk di meja yang berada di tengah – tengah ruang tamu itu. Beberapa orang perempuan kaum Rumsyad sedang menghidangkan makanan kepada tetamu – tetamu berkenaan. Gashikh pun mempersilakan mereka untuk menjamu selera. Mereka pun menerima pelawaan Gashikh itu dan menjamu selera mereka.

Rayz langsung tidak menyentuh makanannya. Perutnya terasa lapar tetapi seleranya langsung tidak ada. Fikirannya kusut sekali. Kejadian di mana mereka menyembahnya tadi benar – benar membuatnya penasaran. Dr. Mon Dali perasan akan kelakuan Rayz yang duduk di sebelah kanannya itu. Dia pun meletakkan sudu dan garfunya ke atas pinggan dan bertanya mengapa Rayz tidak makan.

“Why are you not eating Mr. Rayz? Is something bothering you?” tanya Dr. Mon Dali.

“Oh, it’s nothing. I just... um, not hungry at the moment,” jawab Rayz sambil tersengih.

“Is that so? Well, it has been a long journey. You should eat something before we depart for the Pyramid tommorow. You need to have a lot of energy.”

“I guess so. Well, I think I’ll eat something then.”

Rayz pun akur dengan pendapat Dr. Mon Dali itu. Dia pun memakan sedikit daging panggang yang ada di atas pinggannya. Dr. Mon Dali tersenyum melihat Rayz mendengar nasihatnya. Dia juga meneruskan makannya. Perbualan mereka itu menarik perhatian Colline yang duduk di sebelah kiri Dr. Mon Dali. Dia mengalihkan pandangannya kepada Rayz. Rayz kelihatan muram dan langsung tidak bersemangat. Colline faham apa yang sedang bergolak di dalam benak Rayz itu. Semenjak Rayz terlibat dengan Project X, lebih banyak persoalan yang timbul dan bukannya jawapan di dalam kehidupannya. Persoalan inilah yang benar – benar mengganggu fikiran Rayz sekarang. Colline bersimpati dengannnya tetapi apakah yang boleh dilakukannya?

*Kling! Ting!* Danny tiba – tiba melepaskan sudu dan garfu yang sedang dipegangnya di atas pinggannya itu. Apa yang dilakukannya itu mengejutkan Colline dari lamunannya. Dia pun mengalihkan pandangannya kepada Danny. Danny tidak menoleh langsung kepadanya.

“Does it bother you that much?” kata Danny dengan nada serius.

“Apa maksud Danny? Colline tak faham...” jawab Colline keliru.

“Mengapa Colline mengambil berat sangat dengan keadaan Rayz itu? Sejak bila Colline bersikap sedemikian?” tanya Danny lagi.

“It’s not like that. I’m just worried about the things that have happened to him. Rayz belum lagi dapat menerima kesemua yang berlaku ini itu saja.”

“Is it? Bagi Danny, tak macam begitu pun?” Danny pun memandang tepat ke arah mata Colline.

Colline terpana dengan pandangan mata Danny itu. Dia pun membisukan diri sahaja. Rayz yang terdengar perbualan mereka itu juga berhenti makan. Dr. Mon Dali pun berdehem dan pura – pura tidak mengambil tahu akan percakapan mereka itu. Danny mengalihkan pula pandangan matanya ke arah Rayz. Rayz membalas pandangan Danny itu dan cuba membuka mulutnya untuk bercakap. Dia ingin meminta Danny berhenti dari membuat prasangka buruk terhadap Colline dan dirinya.Tetapi niatnya itu dihalang oleh Dr. Mon Dali yang tiba – tiba mengenggam pergelangan tangannya. Rayz mengalihkan pandangannya kepada Dr. Mon Dali. Dr. Mon Dali menggelengkan kepalanya seolah – olah berkata, “Jangan. Itu cuma akan mengeruhkan lagi keadaan.”

Sekali lagi Rayz akur dengan permintaan Dr. Mon Dali itu. Buat seketika, ketiga – tiga insan itu mendiamkan diri. Dr. Mon Dali dapat menangkap apa yang sedang berlaku itu walaupun dia langsung tidak memahami Bahasa Melayu. Dia pun cuba untuk mencari jalan supaya ketegangan itu dapat diredakan. “Chief Gashikh, I don’t suppose you provided us with a little bit of entertainment?” tanya Dr. Mon Dali. Pertanyaan Dr. Mon Dali itu berjaya mengambil perhatian Gashikh Yuan yang sedang menjamu seleranya.

“Now that you mention it, yes I do have some entertainment for my honorable guests,” katanya sambil ketawa terbahak – bahak. Dia pun menepuk tangannya beberapa kali. Beberapa orang gadis yang berpakaian seperti penari pun masuk ke dalam khemahnya. Penari – penari itu memakai pakaian yang agak jarang dan kelihatan agak seksi. Mereka masing – masing memegang rebana di tangan kanan mereka. Gashikh menepuk tangannya sekali lagi. Kali ini beberapa orang lelaki yang berserban pun masuk ke dalam khemah tersebut. Mereka membawa bersama mereka peralatan – peralatan muzik yang bermacam – macam jenis. Mereka pun memainkan alat – alat muzik yang dibawa oleh mereka itu. Penari – penari itu pun menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh pemuzik – pemuzik berkenaan.

Orang – orang Jeneral Razak itu pun menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap penari – penari tersebut. Nampaknya mereka sangat tertarik dengan kejelitaan dan juga bentuk tubuh penari – penari tersebut. Dr. Mon Dali juga memerhatikan tarian tersebut sambil bertepuk tangan. Danny, Colline dan Rayz pula masih lagi mendiamkan diri. Nampaknya persembahan mereka itu tidak menarik perhatian mereka langsung.

Selepas mempersembahkan tarian tersebut, penari – penari dan juga pemuzik – pemuzik itu pun meninggalkan ruang tamu itu dan masuk ke ruang dalam khemah melalui tabir di belakang Gashikh Yuan. Tidak lama kemudian seorang lagi gadis pun keluar dari tabir belakang khemah tersebut dan duduk di sebelah Gashikh Yuan. Gadis itu juga memakai pakaian yang agak jarang. Cuma kali ini dia memakai tudung yang menutupi mulutnya. Gashikh Yuan memberikan tangannya kepada gadis itu. Gadis itu pun mencium tangan Gashikh Yuan tanda hormat.

“My honorable guest, our next entertainment will be done by this lady. She is a master in the art of reading fortunes using a crystal ball. She is able to predict the future accurately with it. Most of her predictions really happened. If anyone of you wishes to be read come, speak to her,” terang Gashikh. Menurut Gashikh Yuan gadis itu adalah seorang tukang tilik yang mampu melihat masa hadapan seseorang dan tilikannya memang tepat. Siapakah gadis ini sehingga Gashikh benar – benar mempercayainya?

“Is she who I think she is Chief Gashikh?” tanya Dr. Mon Dali. Dia seolah – olah kenal siapakah gadis itu. Gashikh Yuan tersenyum mengiakan kata – kata Dr. Mon Dali itu. Rayz mengalihkan pandangannya kepada gadis itu. Barulah Rayz perasan, gadis itu dari tadi sedang memandang ke arahnya dengan matanya yang galak. Rayz berasa agak kekok dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“I’ll let my fortunes be read!” kata Kolonel Chris meminta nasibnya di tilik.

“Good! We now have a volunteer. My dear, if you please?” kata Gashikh mempersilakan gadis itu melakukan kerjanya. Gadis itu pun mengangguk perlahan dan berjalan menuju ke arah Kolonel Chris.

“You better be careful Chris! She might predict you died in her vision! Ha ha ha!” kata Sarjan Helmer, sengaja ingin menakutkan Kolonel Chris.

“I don’t believe in these things. Let her read my future. It’s just a bunch of crap,” jawab Kolonel Chris dengan ego. Nampaknya dia langsung tidak percaya dengan benda – benda sedemikian.

Gadis itu meletakkan sebiji bebola kristal berwarna ungu cerah di atas meja di hadapan Kolonel Chris. “What would you like to know Colonel?” tanya gadis itu dengan suara yang lunak dan lembut sekali. Kolonel Chris mendekatkan wajahnya ke arah wajah gadis itu. “You can read anything about me as long it proves that your predictions are indeed true. But, if your predictions are wrong, you must do something for me,” kata Kolonel Chris. Nada suaranya kelihatan mengejek.

“What is it that I must do if my predictions are indeed wrong?” tanya gadis itu.

“It is simple really. I want you to remove the veil on your face, hows that?” jawab Kolonel Chris. Nampaknya dia meminta gadis itu membuka tudung mulutnya seandainya tilikannya salah.

“Alright. I accept. But what if my predictions are indeed true? What will you do for me?” balas gadis itu pula.

“You can ask anything from me! Ha ha ha!” jawab Kolonel Chris sambil ketawa terbahak – bahak. Sarjan Helmer yang duduk di sebelahnya itu juga ketawa terbahak – bahak.

“Very well,” jawab gadis itu dengan tenang. Dia pun mendekatkan kedua – dua telapak tangannya ke bola kristal itu. Dia merenung kristal itu selama beberapa saat kemudian menghela nafas yang panjang. Dia membetulkan duduknya dan memandang tepat ke arah Kolonel Chris.

“Well? What is my future lady fortune-teller?” tanya Kolonel Chris semula.

“I saw you future. You will experience pain soon.”

Kata – kata gadis itu membuat Kolonel Chris keliru sekejap. “What is that suppose to mean? Ha ha ha! I’m not feeling any pain! That’s a crock of Bullshit!” kata Kolonel Chris sambil ketawa dengan nyaring sekali. Dia berasa amat lucu sehingga menepuk – nepuk meja di hadapannya. Jeneral Razak hanya memerhatikan gelagat anak buahnya itu. Tidak lama kemudian, datang beberapa orang pelayan membawa minuman panas kepada tetamu – tetamu Gashikh Yuan itu.

“Your predictions are wrong. As we have agreed, please remove your veil he he he,” Kolonel Chris meminta gadis itu membuka kain yang menutup mulutnya itu. Gadis itu tidak menjawab kata – kata Kolonel Chris itu. Dia hanya memejamkan matanya. Pada saat itu, tiba – tiba seorang pelayan tersadungkan kepala harimau di atas permaidani itu dan menumpahkan jag berisi minuman panas itu di atas kelangkang Kolonel Chris. Kepanasan air itu membuatkan Kolonel Chris menjerit kesakitan dan tanpa membuang masa dia pun segera menanggalkan seluar tenteranya. Melihat keadaan itu, kesemua yang berada di situ pun ketawa terbahak – bahak melihat gelagat Kolonel Chris yang melucukan itu. Pelayan itu meminta maaf berkali – kali dari Kolonel Chris tetapi Kolonel Chris menolaknya ke tepi dan berlari keluar dari khemah itu dengan hanya berseluar dalam! Dia kelihatan amat marah dan malu sekali.

Gadis itu sekadar tersenyum melihat kelakuan Kolonel Chris itu. Hadirin yang ada di situ benar – benar kagum dengan apa yang mereka lihat itu. Gadis itu benar – benar dapat menilik masa hadapan. Lantaran itu, beberapa orang Lab Assistants yang mengikuti ekspedisi itu juga mengangkat tangan ingin nasibnya di tilik. Keadaan di dalam khemah itu riuh – rendah dengan suara – suara mereka. Gadis itu tidak mengendahkan mereka semua, sebaliknya dia pun berjalan dan menghampiri Rayz yang sedang menguis – nguis sisa makanan di atas pinggannya. Melihat gadis itu datang, Dr. Mon Dali pun menyiku perlahan lengan Rayz. Rayz terkejut dari ‘aktiviti’nya tadi dan mengalihkan pandangannya kepada gadis yang kini sedang duduk bersila di hadapannya.

“I did not raise my hand...”kata Rayz selamba. Dia tidak meminta nasibnya di tilik.

“I know. I will read your fortune for my sake,” jawab gadis itu. Kata – kata gadis itu membuatkan Rayz terkejut sedikit. Mahu tak mahu, Rayz pun membenarkan nasibnya ditilik oleh gadis itu. Gadis itu pun meletakkan bebola kristal itu di hadapan Rayz. Sekali lagi dia mendekatkan kedua – dua telapak tangannya ke bola kristal itu. Bola kristal itu direnungnya dengan tajam sekali.

Gadis itu pun dapat melihat sesuatu gambaran di atas bola kristal itu. Gambaran di bola kristal itu menunjukkan dunia di dalam kemusnahan. Langitnya dilitupi awan yang hitam, sekali – sekala kilat dan guntur sabung – menyabung di gumpalan awan hitam itu. Gunung berapi meletus di merata – rata tempat, puting beliung gergasi berada di mana – mana, dan lautan pula berombak dengan ganas sekali. Bangunan – bangunan di seluruh dunia hancur dimamah api yang menyala – nyala. Keadaan itu seolah – olah pemandangan di Hari Kiamat!. Di antara runtuhan bangunan – bangunan yang terbakar itu, gadis itu dapat melihat Rayz yang koyak – rabak pakaiannya sedang berdiri dengan payah sekali. Nampaknya, Rayz kelihatan cedera parah di dalam gambaran itu. Di tangan kanan Rayz itu ialah Xyver yang kelihatan sudah meretak. Rayz menghalakan pandangannya ke langit seolah – olah ada sesuatu yang menakutkan di langit itu.

Gambaran itu menunjukkan langit yang sedang dilihat oleh Rayz itu. Kelihatan bayang berwarna hitam yang teramat besar sedang melayang – layang di langit tersebut. Bayang itu kelihatan seperti Iblis dan ia merenung Rayz dengan keenam – enam biji matanya yang merah menyala. Iblis itu meraung dan seketika itu juga bola kristal itu pecah dan membuatkan gadis itu terpelanting ke belakang.

Kesemua hadirin yang berada di situ terkejut dengan kejadian tersebut. Rayz pun segera berlari menuju ke gadis itu untuk melihat keadaannya. Dia pun meletakkan gadis itu di pangkuannya.

“Are you alright miss?” tanya Rayz sambil menepuk – nepuk pipi gadis itu dengan perlahan.


Gadis itu membuka kelopak matanya perlahan – lahan dan memandang wajah Rayz. “I saw your future... I saw you...” belum pun sempat gadis itu menghabiskan kata – katanya, dia pun pengsan dan tidak sedarkan diri lagi.

Gashikh juga pergi mendapatkan gadis itu. Rayz berasa amat bersalah dengan apa yang telah berlaku pada gadis itu. Ini kerana dia beranggapan kejadian itu disebabkan olehnya. Gashikh pun memanggil beberapa orang pembantu rumahnya untuk memapah gadis itu masuk ke dalam ruang berehat di dalam khemahnya. Jamuan pada malam itu pun terpaksa dihentikan. Gashikh pun meminta para tetamunya itu untuk pulang ke khemah masing – masing sementara mereka memeriksa keadaan gadis itu.

“My future? Apa yang dilihatnya...” guman Rayz pada dirinya sendiri. Apa yang dikatakan oleh gadis itu semakin menambah kekusutan kepalanya.

*********************************************************************************

Jam 11.30 malam, di perkampungan orang Rumsyad...

Rayz sedang berbaring di atas katilnya. Dia teringat semula akan kejadian yang menimpa gadis itu sebentar tadi. Apakah sebenarnya yang telah dilihat oleh gadis itu sehingga dia terpelanting ke belakang? Fikiran Rayz bertambah kusut memikirkan kejadian itu. Rasa bersalahnya juga semakin membuak – buak. Dia ingin meminta maaf dari gadis itu kerana dia berasa kejadian itu berlaku kerana dirinya. Selepas mempertimbangkannya selama beberapa minit, dia pun memakai jaket kulit yang dibawanya bersama dan bergegas keluar dari khemah itu. Belum pun sempat dia sampai di pintu khemahnya, Mio, pengasuh Yui Yuan itu tiba – tiba terpacul di depan pintu khemahnya.

Mio menundukkan kepalanya seperti memberikan salam hormat kepada Rayz. Rayz membalas salam hormat Mio itu dengan menundukkan kepalanya juga. Mio pun membuat isyarat tangan, meminta Rayz mengikutnya. Rayz faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Mio itu. Mereka berdua pun bersama – sama berjalan menuju ke arah sebuah khemah yang bersebelahan dengan khemah Gashikh Yuan. Mio pun mempersilakan Rayz masuk ke dalam khemah tersebut. Rayz pun mengangguk dan mengucapkan terima – kasih. Dia pun masuk ke dalam khemah tersebut. Sebaik sahaja Rayz masuk ke dalam khemah itu dia pun terhidu bau ubat – ubatan yang agak kuat.

Rayz melihat Gashikh Yuan sedang duduk di tepi katil gadis yang pengsan itu. Tangannya mengusap – usap lembut rambut gadis itu. Secara automatik, Rayz dapat meneka yang gadis itu adalah anak kepada Gashikh Yuan. Melihat Rayz telah pun tiba, Gashikh pun perlahan – lahan berdiri dari katil tersebut dan berjalan menuju kepada Rayz. Rayz menundukkan kepalanya sekali lagi sebagai salam hormat. Gashikh membalas salam Rayz itu.

“I am sorry for causing your daughter pain Chief Gashikh. I feel terrible...” ujar Rayz dengan nada kesal. Dia benar – benar rasa bersalah dengan apa yang berlaku itu.

Gashikh tersenyum mendengar kata – kata Rayz itu. Dia pun memegang bahu kanan Rayz dan berkata, “It is not your fault Mr. Rayz. This things do happen to her each time she foresaw something. Please, do not let it bother you that much.” Kata – kata Gashikh yang lembut itu serba sedikit mengurangkan rasa bersalah Rayz itu. Dia pun kembali tersenyum.

“If you do not mind, I would like to invite you to come to my tent later on. You wish to know more about Lord Ra-iz yes?” kata Gashikh mempelawa Rayz datang ke khemahnya nanti.

Rayz memang berminat mengetahui perihal Baginda Ra-iz yang sering diperkatakan oleh Gashikh itu. Dia pun bersetuju dengan pelawaan Gashikh itu. Gashikh juga meminta Rayz membawa Colline, Danny dan Dr. Mon Dali bersamanya.

“One more thing. Do you want to see the girl for a moment?” tanya Gashikh.

“Would it be alright? I mean she is your daughter right?” soal Rayz pula.

Sekali lagi Gashikh tersenyum mendengar kata – kata Rayz itu. “I see that you have a very sharp eye Mr. Rayz. How did you know she was my daughter?”

“Just a lucky guess really,” jawab Rayz ringkas.

“I see. Well, you may see her. You have my consent.”

“Then, by your permission Chief Gashikh.”

“Of course. I will wait for you in my tent then. I’ll see you later Mr. Rayz,” Gashikh pun meninggalkan khemah tersebut. Rayz pun mengalihkan pandangannya ke arah katil tempat gadis itu sedang tidur. Gadis itu sedang berbaring di sebalik tirai jarang berwarna emas. Rayz pun berjalan menghampiri katil tempat gadis itu sedang berbaring. Dia menyelak tirai itu dan melihat gadis itu sedang tidur dengan nyenyak.

“Dia nampak ok saja. Tak apalah, saya tak patut ganggu dia berehat,” getus hati Rayz. Dia pun berpaling ke belakang dan berjalan perlahan – lahan menuju ke pintu keluar khemah itu.

“Wait. Please stay for a while...” tiba – tiba gadis itu bersuara memanggil Rayz semula.

Rayz pun mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu semula. Gadis itu sudah pun tersedar dan sedang duduk di katilnya. Matanya yang jernih itu memandang Rayz dengan lembut. Rayz menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal dan berjalan menghampiri gadis itu semula.

“You were awake? I’m sorry for disturbing your sleep,” kata Rayz sambil tersenyum.

Gadis itu tidak menjawab kata – kata Rayz itu. Dia pun membuka tudung mulut yang dipakainya itu. Maka terserlah wajah gadis itu. Gadis itu tersangatlah jelita bagaikan seorang puteri di dalam cerita dongeng. Matanya yang galak boleh mencairkan hati mana – mana lelaki yang memandangnya. Buat seketika Rayz juga terpana melihat kejelitaan gadis itu.

“I am Yui Yuan. It is an honor to finally meet you, Heir of Lord Ra-iz,” kata gadis itu lalu memberikan sembah sujud kepada Rayz. Rayz segera memegang bahu Yui itu dan memintanya bangun semula.

“Please! Don’t do this I am not Lord Ra-iz’s heir. I’m just a nobody.”

“Forgive me, My Lord. It’s just that I am so excited to finally meet you in person,” balas Yui. Dia pun mempersilakan Rayz duduk di sebelahnya.

“Don’t be. I’m just an ordinary person, just like you. Anyway, how are you feeling?” Rayz pun bertanyakan keadaan Yui itu.

Yui pun memegang bahu kanannya. “My right shoulder hurts a little bit but my father has already put some ointment on it. It should be okay by tommorow,” jawab Yui. Nampaknya bahu kanan Yui itu tercedera kesan daripada perlanggarannya dengan lantai di khemah Gashikh tadi.

“Do you mind if I take a look?” Rayz meminta kebenaran untuk melihat luka di bahu kanan Yui itu. Pipi Yui pun bertukar menjadi kemerah – merahan mendengar apa yang diminta oleh Rayz itu. Hatinya berasa lain mendengar kata – kata itu daripada seorang lelaki. Rayz dapat menangkap apa yang sedang difikirkan oleh Yui itu.

“It’s okay, I just want to see if I can do something about it. I do know a little bit about medication,” terang Rayz cuba meyakinkan Yui untuk membenarkannya melihat luka tersebut. Yui pun membenarkan Rayz melihat luka tersebut selepas mempertimbangkannya. Dia pun menarik baju yang dipakainya ke bawah sedikit untuk menunjukkan luka di bahunya itu. Rayz pun melihat luka itu selama beberapa saat. Wajah Yui bertambah merah melihat Rayz memandang bahunya yang terdedah itu. Denyutan jantungnya juga bertambah pantas tanpa disedarinya.

“Looks kinda bad. Would it be okay if I try to heal it?” Rayz meminta kebenaran Yui untuk merawatnya. Yui dapat melihat keikhlasan di wajah Rayz itu, dia pun mengangguk tanda bersetuju. Rayz pun mengeluarkan Xyver dari beg kecil di pinggangnya dan menghalakan kristal biru itu ke luka Yui itu. Suatu jalur cahaya berwarna biru pun keluar dari kristal itu dan menyentuh luka di bahu Yui itu. Dengan serta – merta luka di bahu Yui itu pun sembuh. Yui berasa takjub melihat kejadian itu.

“May I know what is that thing? How did it heal my wound?” tanya Yui sambil menarik bajunya ke atas semula. Rayz memandang Xyver di dalam genggamannya itu. “This is the reason why I am here Miss Yui.”

“Your reason to be here?” kata Yui pula, tidak faham mengapa Rayz berkata sedemikian. Rayz sekadar tersenyum melihat reaksi Yui itu. “Let’s just say that this object led me here to seek the answers that I have been looking for,” jawab Rayz.

“I see. Can you tell me what is the answer that you have been looking for?”

Rayz tidak terus menjawab pertanyaan Yui itu. “The reason for my existence. The reason why I have this relic in my hand,” jawab Rayz ringkas. Rayz merenung Xyver semula, matanya dihalakan semula di kristal biru di atas Xyver itu. Yui merenung wajah Rayz yang muram itu. Wajah Rayz itu kelihatan seperti seseorang yang sedang memikul beban yang teramat berat. Yui bersimpati dengannya. Yui kembali teringat akan imej yang dilihatnya sewaktu dia sedang menilik nasib Rayz sebentar tadi. Adakah apa yang dilihatnya itu ada kaitannya dengan ‘Beban’ yang sedang dipikul Rayz itu?

“My Lord, may I say my opinion?” Yui meminta kebenaran Rayz untuk mengatakan pendapatnya.

“Of course! And please, don’t call me My Lord. Rayz would be enough,” ujar Rayz pula.

Yui tertarik dengan sikap Rayz yang merendah diri itu. Hampir kesemua lelaki yang berada di kampungnya itu terlalu bangga dengan diri mereka sendiri, sebab itulah Yui amat meluat dengan mereka. Itulah juga sebabnya mengapa Yui langsung tidak rapat dengan mana – mana lelaki di kampungnya. Rayz pula amat berlainan dengan mereka semua, mungkin sebab itulah adalah senang bagi Yui untuk menjadi rapat dengannya.

“If you insist My Lord, I mean, Rayz,” kata Yui tergagap – gagap.

Rayz tersenyum melihat kelakuan Yui itu. “It is okay. So, what is your opinion Yui?”

“I think, there is a reason why you received that relic. Each one of us, have a our own role to fulfill in this world. This role might be our destinies. I just think that your role is a lot more important than any other person in this world. If you do find it, I sincerely think that that is the reason for your existence Rayz,” terang Yui dengan air muka yang serius.

Rayz mendengar kata – kata Yui itu dengan khusyuk. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh gadis jelita itu. Setiap orang di dunia ini ada peranan dan tanggungjawabnya masing – masing. Apa yang perlu kita sempurnakan itu mungkin adalah ‘Takdir’ yang kita cari selama ini. Mungkin apa yang sedang berlaku ini adalah takdir yang sudah ditentukan untuk dirinya fikir Rayz.

“I think I agree with what you said Yui. Maybe one day I will learn the meaning of my existence. Until then, I’ll keep on to this relic,” kata Rayz sambil tersenyum. Yui berasa gembira melihat kata – kata nya itu dapat mengembalikan senyuman Rayz semula.

“I do have another question, if you don’t mind.”

“Yes? You can ask me anything Rayz.”

“That evening when you were reading my future, what did you see Yui?” Rayz bertanyakan apa yang telah Yui lihat ketika dia menilik nasib Rayz petang tadi. Air muka Yui tiba – tiba berubah mendengar kata – kata Rayz itu. Sekali lagi gambaran yang Yui lihat itu kembali bermain di kotak fikirannya. Melihat Rayz yang cedera teruk itu membuatkan hati Yui terasa berat untuk memberitahu Rayz. Entah mengapa dia berasa sedemikian...

“Yui? Can you tell me what you saw?” tanya Rayz sekali lagi.

“The future is not something that has already been set. I believe if you have a strong willpower, you can change the future,” jawab Yui.

Rayz berasa hairan dengan jawapan Yui itu. “So, what exactly did you see? Is my future that bad?” tanyanya sekali lagi.

Yui membetulkan rambutnya yang mayang mengurai itu. Matanya tajam menatap wajah Rayz. Kelakuannya membuatkan Rayz kekok sedikit. “What I am saying is this... No matter what the future may hold for you, you must fight on and continue your life.” Rayz tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Yui itu. Dia pun membuat kesimpulan yang Yui tidak ingin memberitahu apa yang dilihatnya kepadanya.

“I don’t get what you are trying to say but I won’t force you if you feel uncomfortable telling me about it. It’s okay then,” jawab Rayz sambil tersenyum. Dia langsung tidak ambil hati walaupun Yui tidak ingin memberitahunya.

“I’m sorry...”

“No. It’s okay, you don’t have to apologize to me about it.”

Sekali lagi mereka berdua mendiamkan diri. Tiba – tiba pengasuh Yui itu iaitu Mio masuk ke dalam khemah itu dan berjalan menuju ke arah Yui. Dia memberi salam hormat kepada mereka berdua sebelum membongkok sedikit untuk membisikkan sesuatu di telinga Yui. Yui mengangguk – angguk mendengar bisikan Mio itu. Selepas selesai memberitahu Yui apa yang ingin disampaikannya, Mio pun meninggalkan khemah itu.

“It seems my father is calling for you at his tent. Your other friends were also called there,” Yui pun memberitahu Rayz apa yang dikatakan oleh Mio sebentar tadi kepada Rayz.

“Oh, is it time already? I suppose I better get going too. Thank you for talking to me Yui,” Rayz pun berdiri dari katil Yui itu dan berjalan menuju ke pintu khemah tersebut.

“Wait! Before you go, there’s something else that I wanted to ask you,” Yui pun menahan Rayz sebelum dia keluar dari khemah tersebut.

“Yes? What is it that you wanted to ask?”

“Do you... do you, do you have someone that you like?” tanya Yui, suaranya tersekat – sekat.

Mendengar soalan itu, sekali lagi Rayz tersenyum. “Soalan yang sama lagi...” getus hati Rayz.

“There is someone that I like. But fate has decided that we couldn’t be together.”

“Because she doesn’t like you?”

“No, that’s not it. Let’s just say she belongs with someone else. If she is happy, I am also happy. ”

Mendengar kata – kata Rayz itu, wajah Yui pun menjadi muram. “Nampaknya, ada orang lain yang disukai oleh Rayz... alangkah beruntungnya gadis itu,” getus hati Yui.

“Is there something else that you wanted to ask me?”

“Huh? No. I mean, there’s nothing else.”

“I see. Then I’ll get going now. Make sure to rest Yui, it will help you body to heal faster,” pesan Rayz sebelum keluar meninggalkan khemah Yui itu. Yui pun kembali duduk di katilnya. Entah mengapa hatinya berasa sakit. Adakah dia berasa sedemikian kerana Rayz sudah ada orang yang disukainya? Ataupun itu bermaksud Yui telah jatuh hati pada Rayz dan pada masa yang sama telah kehilangan cinta tersebut? Yui pun memegang bahunya yang terluka itu. “Rupanya beginilah rasanya apabila kehilangan cinta...” kata Yui pada dirinya sendiri.

Rayz pun berjalan menuju ke arah khemah Gashikh Yuan. Cuaca pada malam itu sangat sejuk. Rayz pun menarik zip jaketnya dan memasukkan tangannya di saku jaket itu. Kebetulan pula Colline juga baru sahaja dalam perjalanannya ke khemah Gashikh. Dia ternampak Rayz dan terus menyapanya.

“Rayz! Kamu ke mana tadi? Colline ada datang ke khemah Rayz tapi Rayz tak ada di sana,” tanya Colline sebaik sahaja di berada di sebelah Rayz.

“Yakah? Sori. Rayz pergi melawat gadis yang pengsan petang tadi. Rupanya dia anak Gashikh Yuan,” jawab Rayz ringkas.

“Oh. Macam mana dengan keadaan gadis itu? Dah bertambah baik?”

“Luka di bahunya agak teruk. Jadi Rayz pun gunakan Xyver untuk mengubatinya. Rayz rasa bersalah sebab dia terluka kerana Rayz.”

Colline terkejut mendengar kata – kata Rayz itu. Dia telah menggunakan Xyver tanpa kebenaran Danny ataupun kebenarannya. Sebenarnya itu telah pun menyalahi undang – undang ISRC dan ianya tidak sepatutnya dilakukan.

“Jadi Rayz menunjukkan Xyver itu kepada gadis itu?” nada suara Colline tiba – tiba menjadi serius.

“Kenapa Colline berkata sedemikian? Tak bolehkah Rayz menggunakan Xyver ini untuk membantu orang?” tanya Rayz semula.

Colline pun berhenti berjalan. Rayz juga menghentikan langkahnya. “Rayz, Xyver is a top secret artifact of the ISRC. You can not simply use or show it without proper authrization. It’s against the rules and regulations of the ISRC. If Danny were to find out, you’ll be in big trouble. Do you understand now?” terang Colline.

“Begitu rupanya. I’m sorry. Rayz minta maaf sebab bertindak melulu sekali lagi. Rayz cuma ingin menolong gadis itu.”

“Baguslah kalau macam tu. Menolong orang tu memang baik Rayz, tapi kita kena berhati – hati sebab ekspedisi ini adalah top secret,” kata Colline. Dia memegang lengan Rayz untuk memujuknya. Rayz membalas senyumannya itu. Mereka berdua pun berjalan bersama – sama menuju ke khemah Gashikh Yuan.

Yui Yuan sedang memandang mereka berdua dari khemahnya. “Saya dah faham apa yang kamu katakan tadi itu Rayz. Gadis yang Rayz sukai tetapi tidak dapat Rayz miliki... ‘Dia’ kah yang Rayz maksudkan?” katanya pada diri sendiri. Dia tersenyum sendirian kemudian kembali semula ke dalam khemahnya.

1 comment:

alucardbelmonte said...

sape pelukis character kau yang terbaru ni xyver...dia punye animation stroke...ala ala Akira Toriyama la....