Sunday, December 20, 2009

Chapter 26 (Part 1)





CHAPTER 26 : The Samarian’s Legacy – Fallen Hero!


Tempat : Perkampungan Orang – Orang Rumsyad

Masa : 07.23 AM

Tarikh : 17 Disember 2009

Akhirnya masa telah pun tiba bagi pasukan penyelidikan Danny dan Colline untuk memasuki tapak cari gali di mana Piramid Samarian Purba itu berada. Jip – Jip yang akan mereka naiki untuk ke sana sudah pun siap dan kesemua barangan keperluan mereka telah pun dipunggah masuk. Jeneral Razak dan orang – orangnya sudah lama bersedia dan kini sedang menunggu arahan bertolak dari Danny. Sementara Danny dan Dr. Mon Dali pula sedang berbincang mengenai proses lawatan mereka ke piramid itu nanti. Gashikh telah pun memberikan mereka kebenaran untuk melawat piramid tersebut. Semuanya sudah sedia, mereka hanya menunggu kedatangan Rayz dan Colline di tempat parking Jip – Jip itu.

Rayz mengenakan singlet hitam dan seluar khakis yang selalu dipakainya. Xyver dimasukkannya ke dalam sebuah pouch dan diikat kemas di pinggangnya. Selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Gashikh semalam, Rayz bertambah tidak pasti dengan dirinya yang sebenar. Baginda Ra-iz yang dikatakan oleh Gashikh itu memang seorang yang mulia, tetapi hakikat bahawa dia mungkin ayah kandungnya membuatkan Rayz menjadi takut dengan dirinya sendiri. Dia mengambil sekeping gambar dari dompetnya. Gambar itu ialah gambar keluarga yang diambil sewaktu Rayz berusia 5 tahun lebih. Rayz menatap wajah ibu bapanya.

Rayz teringat kembali akan ayahnya iaitu Encik Rewan Mark. Beliau adalah seorang yang amat tegas tetapi penyayang. Dia sentiasa mengajar Rayz untuk menjadi seorang lelaki yang tabah. Satu pesan ayahnya yang sering diingat oleh Rayz ialah, “You are destined to do something great my son. Therefore, never lose your spirit and believe in yourself”. Rayz tidak pernah faham apakah yang dimaksudkan oleh ayahnya dengan berkata dia ditakdirkan akan melakukan sesuatu yang ‘hebat’. Mungkin usia Rayz yang masih muda itu membuatkannya jahil sedikit untuk memahami kata – katanya.

Rewan meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Bandar Matunggong. Ibunya Delores juga meninggal dunia di dalam kemalangan itu. Sebelum kejadian itu, Rewan sempat berpesan supaya Rayz sentiasa tabah di dalam menghadapi apa saja dan dia dan Delores tidak akan sentiasa berada di sisinya selama – lamanya. Mungkin takdir telah tersurat bahawa mereka harus meninggalkan Rayz sewaktu dia baru sahaja berumur 7 tahun. Rayz tidak menangis ketika ibu bapanya dikebumikan. Dia menahan air matanya dengan sedaya – upaya kerana ingin menyempurnakan nasihat ayahnya itu.

“Dad, hari ini, barulah saya faham apa yang Dad maksudkan. Kalau Dad sememangnya Baginda Ra-iz yang dikatakan oleh Gashikh itu, saya sudi menerima takdir ini sekalipun sukar bagi saya. Semoga Dad dan Mum bahagia di sebelah sana,” kata Rayz sambil menatap gambar tersebut. Tanpa disedarinya, air matanya jatuh dengan sendiri.

“Rayz, may I come in?” suara Colline kedengaran dari pintu khemahnya.

“Oh, Colline! Yeah sure, come in!” kata Rayz sambil mempersilakan Colline masuk. Air matanya dikesatnya cepat – cepat.

“Are you okay?” tanya Colline.

“Sudah tentu. Colline buat apa kat sini? Preparation dah siap?” jawab Rayz, cuba untuk menyembunyikan apa yang sedang dirasakannya.

“Ya. Semua dah bersedia, hanya menunggu kedatangan Rayz saja.”

“I see. Rayz akan datang kejap lagi. Ada beberapa barang lagi yang Rayz perlu kemaskan.”

“Sebenarnya, tujuan Colline ke sini bukannya untuk memanggil Rayz ke sana,” katanya sambil menundukkan kepala.

“Maksud Colline?” tanya Rayz tidak faham dengan apa yang Colline katakan itu.

“Rayz benar – benar okey ke? Sebab, sejak kebelakangan ini Rayz kelihatan murung sahaja. Ada apa – apa yang Colline boleh bantu untuk Rayz?” Colline memandang wajah Rayz dengan tajam. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia mengambil berat dengan Rayz.

Rayz tersentuh dengan kata – kata Colline itu. Selama ini, hanya Colline sajalah yang benar – benar mengambil berat dengan dirinya selain daripada keluarga Silman dan kawan karibnya Ady.

Rayz tersenyum. “Rayz O-K-E-Y, okey!” katanya sambil mengenyitkan mata.

“Rayz ni! Colline serius ni. Kalau Rayz ada sesuatu yang Rayz ingin kongsikan, Rayz beritahulah kepada Colline. I’m willing to listen you know?” kata Colline pula.

“I know. But you don’t have to worry about it. If I wanted to share something, the one I would look for... would be you Colline,” balas Rayz.

Colline tersenyum mendengar kata – kata Rayz itu. Dia gembira kerana Rayz tetap mempercayainya walaupun keadaan semakin mengusutkan pemikiran Rayz itu. Mata mereka bertaut seketika, masing – masing membisu seribu bahasa. Tiba – tiba Walkie Talkie yang di bawa oleh Colline itu berbunyi.

“Colline, kamu berada di mana sekarang? Danny perlukan kamu sekarang,” kedengaran suara Danny di corong Walkie Talkie tersebut.

Colline pun menekan butang answer di atas Walkie Talkie itu dan berkata, “Colline akan pergi ke sana sekejap lagi.”

“Baiklah, tapi cepat sedikit. Masa untuk bertolak tidak lama lagi,” kata suara Danny lagi.

Colline menyangkutkan Walkie Talkie itu di pinggangnya semula. “Rayz dah siap? Kalau dah, jom kita sama – sama pergi ke sana?” pelawa Colline.

“Rayz masih ada beberapa barang lagi yang perlu dikemaskan. Colline pergilah dulu. Kejap lagi Rayz menyusul. You don’t want to keep Danny waiting,” jawab Rayz, menyuruh Colline pergi dahulu.

“Okay. Colline pergi dulu ya,” kata Colline dan meninggalkan khemah itu.

Rayz sengaja tidak ingin pergi bersama – sama dengan Collline kerana dia tahu itu hanya akan memburukkan lagi keadaan diantara dia dan Danny. Rayz pun segera mengemaskan barang – barangnya yang lain dan berjalan menuju ke pintu keluar khemahnya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari khemahnya itu, tiba – tiba kepalanya menjadi sakit bukan kepalang. Rayz melepaskan beg yang dibawanya ke tanah dan memegang kepalanya. “Arghhh! Sakitnya! What’s going on?” Rayz mengerang kesakitan.

Kerana tidak dapat menahan kesakitan tersebut Rayz jatuh terjelepuk di atas tanah. Dia berguling – guling menahan kesakitan kepalanya. Giginya diketap dengan kuat. Kesakitan yang dirasai Rayz itu seperti otaknya ingin keluar dari kepalanya. Selepas berguling – guling di atas tanah selama beberapa minit, kesakitan kepala Rayz itu pun beransur kurang. Dengan payah dia berdiri semula sambil tercungap – cungap. Baju Rayz itu habis dibasahi air peluhnya sendiri. “Apa yang berlaku tadi? Kesakitan tadi sama seperti di bangunan ISRC tempoh hari... Adakah perkara yang sama akan berulang semula kepada saya?” Rayz bertanya – tanya dengan dirinya sendiri. Dia menyapu debu – debu yang melekat di bajunya dan menggalas semula begnya tadi. Langkahnya di arah menuju ke tempat Colline dan yang lain.

*********************************************************************************

Di hadapan pintu masuk ke gua Piramid Samarian Purba...

Jip – jip yang dinaiki oleh Rayz dan yang lain baru sahaja tiba di hadapan pintu masuk gua tersebut. Terdapat sebuah pejabat yang agak besar di pintu masuk berkenaan. Tidak jauh daripada pejabat itu tedapat sebuah terminal lif yang digunakan oleh pegawai – pegawai ISRC untuk turun ke tempat di mana Piramid itu berada. Kedatangan mereka disambut oleh pegawai – pegawai ISRC US yang bertugas di gua berkenaan. Seorang lelaki berbangsa Amerika pun berjalan menujuj ke arah mereka semua.

“Good morning Doctor! We have been expecting you,” kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Dr. Mon Dali menyambut tangan lelaki itu. “Same to you Dr. Joshua. Let me introduce you to our honorable visitors,” kata Dr. Mon Dali memperkenalkan Danny, Colline, Rayz dan Jeneral Razak kepada lelaki bernama Dr. Joshua itu. Dr. Joshua pun berjabat tangan dengan mereka semua.

“Is the preparation complete?” tanya Dr. Mon Dali kepada Dr. Joshua.

“Yes. Preparation is complete, Let us proceed to the lift terminal,” jawab Dr. Joshua.

Mereka pun dibawa menuju ke sebuah terminal lif yang menyambungkan pintu masuk itu dengan gua di mana Piramid Samarian Purba itu berada. Rayz dan yang lain pun menaiki lif itu. Dr. Mon Dali pun menekan butang bertulis ‘DOWN’ yang terdapat di tepi pintu lif itu. Beberapa saat kemudian lif itu pun mulai bergerak ke bawah. Lif itu amat besar dan mampu mengangkut penumpang dan juga kargo sekaligus. Kesemua mereka mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke Piramid Samarian Purba itu. Masing – masing berfikir mengenai hal sendiri.

Selepas beberapa minit berlalu, lif itu pun tiba ke destinasinya. Rayz dan yang lain sekarang sedang berada di sebuah ruangan yang teramatlah besar. Di hadapan mereka tersergam sebuah bangunan berbentuk segitiga yang teramat besar. Itulah dia Piramid Samarian Purba yang dikatakan oleh Spirit of The Xyver kepada Colline tempoh hari. Piramid itu setinggi 500 meter dan terdapat 4 tiang yang teramatlah tinggi di setiap bucu piramid itu. Piramid itu seperti apa yang dilihat oleh Rayz di dalam mimpinya cuma kali ini ianya berada di dunia sebenar.

Rayz berdiri tegak dan memandang piramid itu dengan tajam. Matanya tidak berkedip melihat piramid itu. “Piramid dalam mimpi saya... This is real,” getus hati Rayz.

Selepas membawa mereka di tempat itu, Dr. Joshua pun meminta diri untuk kembali ke tingkat atas. Dr. Mon Dali pun membawa mereka semua berjalan menuju ke piramid itu. Walaupun piramid itu dikatakan telah berusia lebih dari jutaan tahun, ia tetap kelihatan kukuh dan teguh. Kawasan gua itu juga kelihatan amat bersih kerana dijaga oleh orang – orang Rumsyad selama ini. Mereka pun tiba di kaki piramid itu selepas berjalan selama beberapa minit. Di bahagian hadapan piramid itu terdapat satu tangga yang menuju ke puncak piramid itu. Seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Mon Dali, piramid itu memang tidak mempunyai apa – apa pintu masuk. Dinding piramid itu juga dihiasi tulisan – tulisan kuno yang tidak diketahui asal – usulnya.

Di hadapan piramid itu terdapat sebuah patung perwira seperti yang diceritakan oleh Dr. Mon Dali. Ianya sedang berdiri gagah menghadap mereka semua. Bagi Rayz pula, ini adalah kali ke 14 dia bersua muka dengan patung perwira itu. Colline mendekati patung tersebut. Patung itu diamatinya dengan khusyuk sekali. Dipandangnya patung itu dari bahagian atas sehingga ke bawah. Colline mendapati sesuatu yang menarik mengenai patung itu. Patung itu mirip manusia dan ianya memakai topeng yang kelihatan seperti wajah robot. Dua biji matanya kelihatan seperti lampu mentol yang bujur. Badannya dilitupi perisai yang amat pelik reka bentuknya. Di atas bahagian dada patung itu terdapat sebiji kristal yang bulat. Apa yang membuat Colline benar – benar tertarik dengan patung itu ialah gelang tangan yang dipakainya. Danny mendekati Colline yang sedang khusyuk mengamati patung perwira itu.

“Apa yang Colline tengok tu?” tanya Danny.

“Ada sesuatu yang agak menarik mengenai patung ini,” jawab Colline tanpa mengalihkan pandangannya dari patung perwira itu.

Danny pun berjalan mengelilingi patung itu. Matanya diliarkan ke segenap pelusuk badan patung perwira tersebut. “Apa yang Colline maksudkan dengan ‘menarik’?”

“Look at this!” kata Colline. Jari telunjuk kanannya mengarah ke bahagian pergelangan tangan kanan patung perwira tersebut. Danny mengalihkan pandangannya ke tempat yang ditunjukkan Colline itu. Mata Danny terbeliak sebaik sahaja dia melihat apa yang ditunjukkan oleh Colline itu. Di pergelangan tangan kanan patung perwira itu ialah replika Xyver yang sedang dikaji oleh mereka. Apakah maksud semua ini? Siapakah patung perwira itu? Dan apakah kaitannya dengan Xyver dan juga Rayz? Bertalu – talu persoalan ini mengasak fikiran Danny.

Dr. Mon Dali mendekati Colline dan Danny. “Chief Director, this is the statue that I spoke of to you the other day. I do think that this statue is deeply related to you project,” katanya kepada Danny. Danny tidak menjawab pertanyaan Dr. Mon Dali itu. Dia membisukan dirinya sahaja.

“Doctor, what is this inscription?” tanya Colline sambil menundingkan jarinya ke tapak kaki patung perwira tersebut. Dr. Mon Dali pun berlutut di sebelahnya. Cermin matanya dibetulkan sebelum dia menjawab pertanyaan Colline itu.

“It says... ‘The light of the Dunamist will save this world from ancient evil’. This is the stone tablet that I was talking about the other day,” jawab Dr. Mon Dali.

“I think this statue is related to our Project X. This object on its right hand, it is definitely Xyver,” terang Colline pula.

Dr. Mon Dali mengamati pula gelang tangan yang ditunjukkan oleh Colline itu. “Hmm, I did not notice that before... This is truly amazing Professor Colline!” balas Dr. Mon Dali. Mereka berdua benar – benar teruja dengan penemuan tersebut. Colline pun berjalan menuju ke arah Rayz untuk membawanya melihat patung perwira tersebut. Rayz sedang duduk di atas sebuah batu sambil memegang kepalanya dengan tangan kanannya.

“Rayz nak tengok sesuatu yang menarik? Rayz, are you okay?” tanya Colline.

Rayz tidak menjawab pertanyaan Colline itu. Mukanya pucat seperti orang yang sakit. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Nampaknya kesakitan kepala yang dialaminya tadi datang menyerang kembali. Kepalanya berdenyut – denyut dan kesakitannya bukan kepalang!

“Rayz! Rayz tak apa – apa!” tanya Colline cemas. Dia memegang dahi Rayz itu dengan tangannya. “My God! Your body is really hot!”. Badan Rayz itu teramatlah panas seperti cerek yang baru mendidih. Colline mengambil botol air dan tuala kecil dari beg galasnya. Dia membasahkan tuala itu dengan air dari botol itu tadi. Dia menyuruh Rayz berbaring sebentar dan membiarkan Rayz berbaring di atas pehanya. Tuala itu diletakkannya di atas dahi Rayz itu. Dr. Mon Dali pun bergegas mendapatkan Rayz.

“Is he alright?” tanya Dr. Mon Dali. Dia juga kelihatan cemas melihat keadaan Rayz itu.

“His body temperature is too hot. Doctor, do you have any medicine that we can use?” Colline meminta bantuan dari Dr. Mon Dali.

“Yes. I’ll go get them now. We’ll take a rest here before we proceed everybody!” Dr. Mon Dali mengarahkan kesemua anggota ekspedisi itu untuk berehat seketika sementara dia membantu Colline mengubati Rayz.

“Rayz, bersabarlah. Colline ada di sini!” kata Colline. Rambut Rayz yang dibasahi peluh itu dibelainya dengan lembut. Danny yang berdiri tidak berapa jauh darinya hanya membisukan diri. Tidak diketahui apakah yang sedang difikirkannya...

*********************************************************************************

Di dalam minda Rayz...

Rayz sedang berada di suatu alam yang lain. Tempat itu seperti terowong yang dipenuhi cahaya yang berwarna biru nila. Lantai yang sedang dipijak oleh Rayz itu kelihatan seperti air tetapi ianya langsung tidak membasahkan kaki Rayz. Sekali – sekala terdapat kelipan cahaya berwarna putih di atas langit tempat itu. Rayz sendiri keliru mengapa dia berada di tempat itu.

“Di mana saya sekarang ni? Takkan saya sedang bermimpi... Kan tadi saya berada di dalam piramid purba itu dengan Colline?” getus hati Rayz.

Tiba – tiba suatu sinaran cahaya yang teramatlah terang muncul di hadapan Rayz. Dengan spontan Rayz menutup matanya dengan tangannya. “What the hell...” katanya, hairan dengan kejadian tersebut.

Sebaik sahaja cahaya itu pudar, Rayz dapat melihat satu susuk tubuh manusia sedang terapung – apung di hadapannya. Bentuk tubuh makhluk itu seperti manusia tetapi kulitnya itu bersinar – sinar dengan cahaya keemas – emasan. Di atas dada makhluk itu terdapat satu objek pelik berbentuk X yang amat besar. Kulitnya itu juga dihiasi jalur – jalur berwarna biru tua. Wajah makhluk itu amat serupa dengan patung yang baru sahaja dilihat oleh Colline dan yang lain. Apa yang membezakannya ialah wajah makhluk terdapat tatu berbentuk X yang juga berwarna biru tua. Gaya makhluk itu bagaikan Dewa kerana ianya terapung – apung di udara.

Rayz teramat kagum melihat makhluk tersebut. Walaupun ini adalah kali pertama Rayz melihat makhluk itu, dia langsung tidak berasa takut berhadapan dengannnya.

“Rayz Silman... ‘Dunamist’” kata makhluk itu. Suaranya bergema – gema di tempat tersebut.

Rayz terkejut bagaimana makhluk itu tahu mengenai namanya. “Siapakah kamu? Bagaimana kamu tahu nama saya?” tanya Rayz.

“Rayz, pertemuan kita bukanlah suatu kebetulan. Ini juga bukanlah kali pertama kita bertemu...”

“Kamu belum menjawab pertanyaan saya, dan di mana saya sekarang ni?” tanya Rayz semula.

“Nama saya amatlah sukar untuk disebut oleh lidah manusia. Kamu boleh panggil saya Spirit of The Xyver kerana saya ada di dalam Xyver yang kamu pegang itu. Ruang ini dipanggil Other Realm satu – satunya tempat di mana saya boleh wujud dan berkomunikasi dengan kamu,” kata makhluk itu.

“Spirit of The Xyver! Jadi, kamulah yang mengawal tubuh saya tempoh hari di ISRC Metropolis Kinabalu!” suara Rayz meninggi. Dia kelihatan amat marah dengan tindakan yang dibuat oleh Spirit of The Xyver itu.

“Maafkan perbuatan saya itu Rayz Silman. Ianya perlu dilakukan supaya ‘kesedaran’ yang kamu perlukan itu tiba dengan lebih awal,” jawab Spirit of The Xyver itu.

“Kesedaran? apa yang kamu merepekkan ni?” tanya Rayz lagi.

“Masa semakin suntuk bagi kamu Rayz Silman. Malapetaka akan menyelubungi dunia ini tidak lama lagi. Hanya kamu, Dunamist, yang dapat melindungi dunia ini daripada malapetaka itu.”

“Boleh tak kamu bercakap dengan waras sedikit? Kamu langsung belum menjawab pertanyaan saya lagi. Apa yang kamu maksudkan dengan ‘kesedaran’?”

Spirit of The Xyver membisukan dirinya di hadapan Rayz.

“Hei! Jawablah, saya sedang menunggu ni,” bentak Rayz.

“Masanya akan tiba tidak lama lagi. Kamu akan ‘sedar’ dari ‘badan manusia’ kamu ini. Bila tiba masa itu, semua persoalan kamu itu akan bakal terjawab,” jawab Spirit of The Xyver itu.

“Argh! You’re not making any sense damn it! Tell me, what do you mean by ‘awakening’!”

“Masa untuk kita berbicara telah tamat. Kita akan bertemu lagi Rayz Silman,” kata Spirit of The Xyver itu. Badannya pun diselubungi cahaya keemas – emasan yang amat terang. Sekali lagi Rayz melindungi matanya dari silauan cahaya itu. Rayz mulai merasa tubuhnya semakin ringan dan matanya semakin mengantuk. Dia pun terlelap kerana berasa mengantuk yang teramat sangat...

*********************************************************************************

Piramid Samarian Purba semula...

Rayz membuka kelopak matanya perlahan – lahan. Dia dapat melihat siling gua itu dengan jelas. Pandangannya di alihkan di kiri dan kanan. Dia sedang berbaring di dalam sebuah Sleeping Bag. Dia juga dapat melihat Danny, Dr. Mon Dali, Jeneral Razak dan orang – orangnya sedang duduk tidak berapa jauh dari tempat dia berbaring. Mereka sedang menikmati makanan tengah hari mereka. Nampaknya dia telah kembali semula ke dunia yang sebenar. Kepala Rayz yang teramat sakit sebentar tadi pun telah beransur kurang. “Mimpi yang pelik lagi... bila agaknya semua ini akan berakhir,” fikir Rayz dalam hatinya.

Dia pun bangun dan duduk di atas Sleeping Bag nya itu. Kepalanya terasa basah. Rayz pun terlihat sehelai tuala basah di sebelah Sleeping Bag nya itu. “Siapa yang menjaga saya tadi?” getus hati Rayz. Dari jauh Rayz dapat melihat Colline sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia sedang membawa satu talam berisi makanan dan minuman.

“Rayz dah sedar? Nah, ini Colline bawakan makanan untuk Rayz. Eat it, ,” kata Colline dan memberikan talam itu kepada Rayz. Rayz mengucapkan terima – kasih dan menyambut talam itu dari tangan Colline.

“Colline yang... menjaga Rayz tadi?” tanya Rayz sebelum menyuapkan nasi kari itu ke dalam mulutnya.

“Hmm-emm,” angguk Colline pendek sambil tersenyum.

“Thanks. I can’t thank you enough Colline,” Rayz mengucapkan terima – kasih atas pertolongan Colline tadi sambil menyuapkan nasi kari itu ke mulutnya lagi. Colline sekadar memperhatikan gelagat Rayz yang tengah makan itu.

“Boleh Colline tanya sedikit?”

Rayz mengalihkan perhatiannya kepada Colline, “Sudah tentu. Colline tanyalah.”

“Sebelum kita bertolak ke piramid ini, Rayz ada diserang sakit kepala lagi?” tanya Colline.

Pertanyaan Colline itu mengejutkan Rayz. Rayz pun terfikir bagaimana Colline boleh meneka bahawa dia pernah diserang sakit kepala sebelum bertolak ke piramid tersebut. Dia tidak menjawab pertanyaan Colline itu secara terus. “What makes you say that?”

“Nothing in particular. I suspected as much because you look paler than usual before we came here. Jadi Rayz berterus terang sajalah dengan Colline, Rayz sihat juga kebelakangan ini?”

“I am okay. Rayz tak apa – apa, Colline tak perlu bimbang sangat dengan Rayz. Rayz mungkin tidak berapa sihat sebab belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini,” terang Rayz cuba untuk berdalih.

“Ada apa – apa perkara yang Rayz tidak ingin berkongsi dengan Colline?” Colline memandang wajah Rayz itu dengan serius.

Rayz mengukir ‘senyuman’ yang palsu untuk menghentikan rasa curiga Colline itu. Dia tidak ingin Colline berasa bimbang dengan dirinya. Bagi Rayz, semua yang berlaku itu adalah tanggungjawab yang perlu dipikulnya sendirian. “Of course not Colline. I wouldn’t hide anything from you. Rayz OK. Jangan bimbang. Mungkin selepas berehat sekejap, badan Rayz akan pulih semula.”

“Baiklah kalau Rayz katakan begitu. But just promise me that you wouldn’t hide anything from me okay? We are a team and team always rely on each other right?” senyum Colline.

Rayz juga tersenyum. “Yeah. I understand.”

“Kalau macm tu, Rayz berehatlah dulu okey? Colline masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan,” Colline pun berdiri dan kembali semula ke tempat di mana Danny dan yang lain sedang berkumpul.

Rayz sekadar memerhatikan Colline. Dia pun meletakkan piring makanannya ke bawah dan kembali semula berbaring. Matanya ditumpukan kepada siling gua tersebut. Apa yang dikatakan oleh “Spirit of The Xyver” sebentar tadi kembali menghantui pemikirannya. Rayz mendengus perlahan. “My awakening?” gumannya seorang diri.

*********************************************************************************

“When Rayz has fully recuperated, we will continue our expedition,” kata Danny kepada Dr. Mon Dali. Nampaknya mereka sedang berbincang tindakan mereka yang seterusnya.

“All of us are eager to go on top of the pyramid Chief Danny but I do think Mr. Rayz still needs more rest. After all, there is no point in rushing,” jawab Dr. Mon Dali.

“I understand what you’re trying to say Doctor but this mission takes top priority and I do believe Rayz came along knowing that,” balas Danny pula.

Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Colline di situ. “How’s Mr. Rayz?” tanya Dr. Mon Dali cuba mengalihkan topik perbualan mereka kerana bimbang Colline akan terasa pula.

“He’s fine now. I think we can continue the expedition soon,” jawab Colline sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Danny. Colline pun mancapai pinggan makanannya, nampaknya dia sendiri belum lagi makan kerana sibuk menjaga keadaan Rayz tadi. Danny menghirup kopi panasnya dan diam seribu bahasa. Dr. Mon Dali berasa agak kekok dengan keadaan mereka berdua itu dan mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka berdua dengan alasan ingin menguruskan sesuatu.

“Bagaimana keadaan Rayz sekarang?” tanya Danny. Nada suaranya mendatar.

“Dia bertambah baik. Kenapa Danny bertanya keadaannya?” jawab Colline tanpa mengalihkan pandangan matanya ke arah Danny. Danny ‘terasa’ dengan kelakuan Colline itu tetapi berlagak seperti biasa sahaja.

“Nothing in particular. Danny harap dia boleh teruskan perjalanan dalam satu jam lagi. This expedition has been delayed already.”

Colline meletakkan pinggannya ke bawah. “Apa yang Danny tak puas hati sangat dengan Rayz?” tiba – tiba suara Colline meninggi. Dia benar – benar tak faham kenapa Danny benar – benar tidak menyukai Rayz.

Danny tidak mengendahkan kata – kata Colline itu dan terus meminum kopi panasnya. Mata Colline masih lagi memandang tepat wajah tunangnya itu seolah – olah mengharapkan penjelasan dari Danny. Selepas mendiamkan diri selama beberapa saat, Danny pun meletakkan gelas aluminium yang dipegangnya ke bawah. Dengan tenang dia berdiri dan berjalan mendekati unggun api yang berada di hadapan mereka berdua.

“Masalah kita bukan berpunca dari Rayz, tapi dari Colline sendiri,” jawab Danny dengan tenang.

Kata – kata Danny itu membuatkan Colline keliru. “Apa maksud Danny? Kenapa masalah ini berpunca dari Colline pula?”

Danny memasukkan tangannya ke dalam saku dan mengalihkan pandangan matanya ke arah Colline. “Sejak Rayz muncul di ISRC, tumpuan Colline terhadap Danny semakin berubah. Colline lebih menumpukan perhatian Colline terhadap Rayz dan mengendahkan kewujudan Danny di sisi Colline. Mungkin Colline sendiri yang tak sedar bahawa tindakan Colline itu serba sedikit membuat hati Danny terluka...”

Colline terpana mendengar kata – kata Danny itu. Setiap bait kata – kata yang keluar dari mulut Danny itu bagaikan cahaya yang menyinari suatu kegelapan di dalam hati Colline. Mungkin apa yang dikatakan oleh Danny itu memang betul. Selama ini, dia tidak pernah terfikir akan perasaan Danny setiap kali dia mendampingi Rayz. Rasa menyesal dan rasa bersalah mulai mengasak sanubari Colline. Dia sedar, selaku tunang Danny, dia tidak sepatutnya terlalu merapatkan diri dengan lelaki lain.

Kedua pasangan itu duduk membisukan diri. Tiada kata – kata lain yang dapat keluar dari mulut mereka berdua. Danny menarik nafas panjang dan mendekati Colline. Colline tunduk, suara esakan dapat didengarinya. Danny memegang bahu tunang yang disayanginya itu dengan lembut. “I’m sorry for saying that Colline. It’s just that, you’ve changed so much,” kata Danny meminta maaf atas kata – katanya tadi.

Colline menggelengkan kepala. “No. It’s my fault Danny. I should have considered your feeling. I’m... I’m truly sorry for what I’ve done,” jawabnya. Suara esakannya bertambah kuat. Danny memeluk tubuh tunangnya itu dengan penuh kasih sayang. Colline menangis di dalam pelukan Danny itu.

Di sebalik batu – batan yang meliputi lantai gua itu, kelihatan Rayz sedang berdiri tidak berapa jauh dari pasangan kekasih tersebut. Nampaknya dia sedang mendengar butir – butir perbualan mereka tadi. Rayz memasukkan tangannya ke dalam saku seluar. Dia tersenyum sendirian. “You are a lucky man Danny,” katanya perlahan.

*********************************************************************************

Selepas berehat hampir dua jam, pasukan ekspedisi ISRC itu pun meneruskan perjalanan mereka untuk mendaki piramid purba tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mon Dali, piramid itu tidak mempunyai pintu masuk dan terdapat tangga yang kelihatan amat panjang yang menuju ke arah puncak piramid tersebut. Ahli – ahli ekspedisi itu pun mulai mendaki piramid itu. Terdapat lukisan mural – mural purba di bahagian dinding tangga tersebut. Ianya seolah – olah menceritakan sesuatu. Selepas mendaki hampir 3 jam lebih, mereka semua pun berjaya tiba di puncak piramid tersebut. Pemandangan di puncak piramid tersebut adalah sama seperti di dalam mimpi Rayz.

Terdapat satu arca yang tinggi ditengah – tengah puncak piramid tersebut. Ianya berbentuk seperti huruf ‘Y’ di mana di celah – celahnya terdapat satu sfera yang mengeluarkan cahaya yang kebiru – biruan. Lantainya pula terdapat corak – corak asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Mereka semua pun berdiri mengelilingi arca tersebut. Dr. Mon Dali membawa Danny, Colline dan Rayz mengamati tulisan – tulisan purba yang tedapat di badan menara tersebut.

“Look at these writings. These writings might be the key for us to enter the pyramid,” kata Dr. Mon Dali sambil menundingkan jarinya ke arah tulisan purba yang berada di badan menara tersebut. Danny membetulkan cermin matanya manakala Colline pula mengambil beberapa keping gambar tulisan – tulisan tersebut.

“What does these writings say Doctor?” tanya Danny.

“Well, it says...”

“Put your hand on the sphere. If you are a friend, the way shall be opened for you,” celah Rayz dengan pantas. Dr. Mon Dali, Colline dan Danny mengalihkan pandangan mereka dengan serentak ke arah Rayz.

“How did you know what it means Mr. Rayz?” tanya Dr. Mon Dali, terpinga – pinga.

“I’ve been to this pyramid before. In my dreams actually, that’s why I know what the writings says,” jawab Rayz sambil tersenyum.

“That’s amazing!” kata Dr. Mon Dali pula. Dia berasa kagum dengan diri Rayz itu kerana bukanlah biasa bagi seseorang untuk melihat pyramid yang sebegitu rupa apatah lagi dapat menafsir tulisan – tulisan kuno yang terukir di atas arca tersebut.

“Rayz tahu bagaimana cara untuk masuk ke dalam piramid ini?” tanya Colline.

“Yeah. I think I know how,” jawab Rayz. Dia pun meminta kesemua orang yang berada di tempat itu untuk berundur beberapa langkah ke belakang, menjauhi arca tersebut. Kemudian Rayz pun berdiri di hadapan raca tersebut. Matanya ditumpukan ke arah sfera yang berwarna biru itu. Rayz menarik nafas yang dalam dan berkata, “I hope this works.”

Rayz pun mendekati arca itu dan meletakkan kedua – dua telapak tangannya pada sfera biru itu. Sebaik sahaja telapak tangannya itu menyentuh sfera itu, sfera itu pun memancarkan cahaya kebiru – biruan yang amat menyilaukan mata. Danny, Colline dan yang lain terpaksa menutup mata mereka kerana tidak dapat menahan silauan cahaya yang misteri itu. Mereka semua pun diselubungi oleh cahaya biru tersebut selama beberapa saat.

To be continued...

No comments: