Tuesday, January 5, 2010

Chapter 26 (Part 2)





Mereka semua berasa terkejut sebaik sahaja mereka membuka mata mereka. Mereka bukan lagi berada di atas piramid tersebut tetapi berada di satu tempat yang lain. Tempat itu kelihatan suram kerana sedikit cahaya sahaja yang meneranginya. Mereka berada di dalam satu ruang yang seakan – akan bilik yang amat besar.


“Where are we?” tanya Colline separuh berbisik. Matanya diliarkan di sekeliling tempat tersebut.

“It seems we were transported here by that strange bluish light,” jawab Dr. Mon Dali sambil melurut janggutnya yang putih itu.

“Rayz, do you know where we are?” tanya Colline kepada Rayz.

“We are inside the pyramid. The ‘door’ to enter is actually the sphere on top,” terang Rayz.

“I see. The sphere only reacts to those who are worthy. That explains why Dr. Mon Dali and the other scientists were not able to enter the pyramid. I’m surprised you know how to operate the sphere Rayz,” puji Danny.

Rayz pun tersenyum dan menjawab, “Like I said, I have been to this pyramid in my dreams. That’s why I know how and what to do.”

“Regardless, we should try to look around this place for a while,” Colline mencadangkan mereka meneroka bahagian dalaman piramid tersebut.

“Allow me to show the way,” kata Rayz dan meletakkan kakinya di atas sebuah petak berbentuk segi-empat tepat. Sebaik sahaja Rayz meletakkan kakinya di atas petak tersebut, seluruh tempat itu pun diterangi oleh bebola berwarna biru yang berada di dinding piramid tersebut. Mereka semua pun berjalan mengikuti Rayz dari belakang. Piramid itu mempunyai lorong berjalan kaki yang agak lebar dan dindingnya dihiasi oleh tulisan – tulisan kuno sama seperti yang dilihat oleh Rayz didalam mimpinya.

Colline dan Dr. Mon Dali tidak berhenti – henti mengambil gambar di dalam piramid tersebut. Sementara Rayz pula sekadar tersenyum melihat gelagat mereka berdua itu. Danny pula diam seribu bahasa. Sekali sekala pandangannya dialihkan kepada Jeneral Razak dan pengikut – pengikutnya. Kelakuan Jeneral Razak yang hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan itu membuatkan Danny tidak sedap hati. Dia tahu Jeneral Razak mengikuti ekspedisi itu atas motifnya yang tersendiri. Namun motifnya itu masih lagi misteri bagi Danny.

“You are awfully silent Danny. Is something wrong?” tegur Rayz.

“It’s nothing. Saya sekadar memikirkan fungsi piramid ini dan mengapa ianya berada di sini,” jawab Danny.

Mereka berdua meneruskan langkah sambil membisukan diri. Keadaan tetap dingin di antara mereka berdua.

“Boleh saya tanya Danny satu soalan?” tanya Rayz pula.

“Of course. Tanyalah,” balas Danny.

“Mengapa Danny benarkan saya mengikuti ekspedisi ini?”

“It was not my decision. Pihak pengurusan ISRC tertinggi yang membenarkan Rayz mengikuti ekspedisi ini,” jawab Danny dengan tenang.

“I see. Danny tahu mengapa mereka berbuat sedemikian?”

"Saya tidak tahu apa – apa mengenai itu. Saya Cuma tahu itu adalah arahan dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menurutinya.”

“I understand. Is it okay if I ask you another question?”

“Yes, what is it?”

“Danny okey dengan keadaan ini?”

“Saya tak faham apa yang kamu maksudkan?”

“I mean, penglibatan saya di dalam ekspedisi ini...”

Danny mengentikan langkahnya. Rayz juga menghentikan langkahnya. Kelakuan kedua – dua jejaka itu menarik perhatian Colline yang sedang khusyuk berbual dengan Dr. Mon Dali. Dia pun berjalan menghampiri mereka berdua kerana bimbang mereka akan bertengkar lagi. Dr. Mon Dali menghalang niat Colline itu. “Let them be for now. They know what they are doing,” kata Dr. Mon Dali. Colline mengangguk, akur dengan kata – kata Dr. Mon Dali itu.

Danny membuka cermin matanya dan memandang wajah Rayz dengan tajam. Air mukanya serius. “Personally, I don’t like you Mr. Rayz. Pada hari pertama saya melihat kamu di Bandar Raya Kudat tempoh hari, saya memang tidak menyukai kamu. Kalau diikutkan hati saya, saya memang tidak ingin menjemput kamu mengikuti ekspedisi ini.”

Rayz kelihatan tenang walaupun melihat reaksi Danny itu. “Saya faham. Saya juga ingin memaklumkan Danny yang saya akan berhenti melibatkan diri di dalam urusan ISRC selepas tamat ekspedisi ini. Jadi, Danny tak perlu bimbang.”

“Bagaimana dengan Colline?”

“Itu pun Danny tak perlu bimbang. I’ll tell her about my decision once everything is settled. I’m sure she’ll agree with my decision.”

“Good to hear that then. Saya juga ada satu soalan untuk kamu.”

“Tanyalah.”

“Apa pendapat kamu dengan Colline? What is the extent of your relationship?” soal Danny dengan serius.

Rayz ketawa kecil mendengar soalan Danny itu. “Colline’s a nice woman. Rayz suka berbual dengannnya tapi Danny tak perlu risau tentang itu. Rayz hanya menganggap dia sebagai teman biasa. There is no ‘extent’ to our relationship. I hope you’re cool with that.”

“Glad to hear that. Mari, teruskan perjalanan kita?” jawab Danny sambil memakai cermin matanya. Dia meneruskan langkahnya semula. Rayz juga meneruskan langkahnya. Kata – kata Rayz itu serba sedikit membuatkan hati Danny lega semula. Dia mengukir senyuman di dalam hatinya. Dia tahu sekarang yang Rayz tidak berniat merampas Colline dari sisinya.

“What do you think they talked about just now?” tanya Colline kepada Dr. Mon Dali. Dia ingin tahu apakah butir – butir perbualan Danny dan Rayz tadi.

“I don’t know either. Maybe some important stuff,” jawab Dr. Mon Dali.

Di belakang Colline dan Dr. Mon Dali, topik perbualan Jeneral Razak dan Kolonel Chris pula lain isinya. Mereka sedang membincangkan sesuatu yang amat penting. Suara mereka separuh berbisik, bimbang didengari oleh orang lain.

“How is the preparation on the surface?” tanya Jeneral Razak pada Kolonel Chris.

“Everything is ready. Half of our unit is on the surface with Sargeant Helmer. They are awaiting your orders Sir,” jawab Kolonel Chris.

“Good. Has anyone suspected anything?”

“Yes Sir. It’s the Chief Director Danny Dexter.”

“I see. That man has a very sharp eye. We must be very careful. Keep your eye on him Colonel.”

“Don’t worry about him General. He won’t ‘live’ to uncover our real objective.”

“I am counting on you Colonel,” kata Jeneral Razak dan menepuk bahu Kolonel Chris.

Apakah sebenarnya yang sedang dirancang oleh Jeneral Razak itu?

Perjalanan untuk meneroka piramid itu pun diteruskan. Mereka melihat bermacam – macam arca dan mural sepanjang penerokaan mereka itu. Ruang di dalam piramid itu tiada bezanya dengan piramid – piramid purba zaman mesir purbakala. Yang membezakannya adalah teknologi yang terdapat di dalamnya. Piramid Samarian itu memiliki teknologi yang tidak terdapat di atas bumi seperti lampu bebola biru tadi. Malahan keadaan di dalam piramid itu tetap sejuk dan nyaman sekalipun ianya terkubur lebih 50 meter di dalam tanah. Apakah sistem penghawa dinginnya? Mereka sendiri tidak tahu.

Selepas berjalan dan mengumpul sampel kajian selama dua jam, mereka semua pun tiba di hadapan satu pintu gerbang yang teramat besar. Ketinggian pintu gerbang itu ialah 15 meter dan kelihatan amat tebal dan kukuh sekali. Pintu gerbang itu juga dihiasi oleh tulisan kuno dan terdapat dua buah patung perwira yang berdiri di sebelah kanan dan kiri pintu gerbang tersebut.

“What should we do now?” tanya Colline kepada Rayz yang tercegat di hadapan pintu gerbang itu. Rayz mendiamkan dirinya kemudian berjalan menghampiri pintu gerbang tersebut. Colline mengikutinya dari belakang. Rayz membaca tulisan kuno yang terdapat di atas pintu gerbang tersebut.

“THE HOLY TEMPLE OF XYVER,” kata Rayz pendek.

“HOLY TEMPLE OF XYVER?” tanya Colline.

“Rayz rasa ini adalah tempat di mana Kaum Samarian itu menyimpan Xyver. Menurut inscription yang ada di pintu ini, tempat ini juga adalah arkib di mana mereka menyimpan data – data penting perjalanan mereka.”

“Really!? This is interesting! Rayz tahu bagaimana caranya untuk membuka pintu ini?” kata Colline berasa teruja sekali.

Rayz menggelengkan kepala melihat gelagat Colline yang seperti kanak – kanak mendapat gula – gula itu. “Biar Rayz cuba.”

Rayz membaca inskripsi lain yang terdapat pada pintu itu. Selepas membacanya, Rayz mengacungkan telapak tangan kanannya ke arah pintu tersebut. Dengan tidak semena – mena muncul tatu yang pelik di atas dahi Rayz itu semula. Tatu itu sama seperti yang pernah berlaku di ISRC Metropolis Kinabalu tempoh hari. Pintu gerbang itu pun mulai bergegar dengan kuat. Sejurus kemudian, jalur – jalur cahaya berwarna biru pun menyala di atas pintu tersebut. Beberapa saat kemudian, pintu itu pun terbuka dengan sendirinya.

“Let’s go in,” kata Rayz dan melangkah masuk ke dalam kuil yang dinamakan Holy Temple of Xyver itu. Mereka yang lain pun mengikuti Rayz dari belakang. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam kuil itu, beratus – ratus bebola cahaya berwarna kuning keemasan pun hidup dengan sendirinya. Tempat itu pun terang – benderang seperti di suluh oleh matahari. Mereka dapat melihat keadaan di dalam kuil itu dengan jelas. Di sebelah kiri dan kanan kuil itu terdapat tiang – tiang yang mempunyai arca perwira yang bermacam – macam wajahnya. Di setiap tiang itu ada pula lukisan mural yang bagaikan menceritakan sesuatu. Apa yang lebih menakjubkan adalah lantai kuil itu di mana ianya seperti projektor yang sedang menayangkan keadaan di angkasa lepas. Di bahagian hadapan kuil itu berdiri satu lagi patung yang terbesar dari yang lain. Patung itu sedang memegang sebilah pedang yang amat besar dan ianya memakai baju zirah yang dihiasi emas dan juga berlian. Baju zirah itu juga memiliki tulisan – tulisan kuno seperti yang ada pada Xyver. Patung itu juga memakai helmet seperti topi samurai jepun. Matanya kelihatan seperti mentol lampu dan amat mirip wajah Baginda Ra-iz.

Kata – kata langsung tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya Colline dan juga Dr. Mon Dali waktu itu. Mereka segera berjalan di sekeliling kuil itu sambil mengambil beberapa keping gambar di tempat tersebut. Danny kekal tenang seperti biasa manakala Rayz pula berjalan mendekati patung gergasi di hadapan mereka itu.

“We meet again...” kata Rayz kepada patung tersebut sambil memandang patung gergasi itu dengan khusyuk sekali. Rayz teringat semula apa yang berlaku di dalam mimpinya. Dia rasa dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Colline berjalan menghampirinya dari belakang.

“Apa yang Rayz fikirkan tu?” tanyanya.

“Rayz tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jawapan kepada semua perkara yang sedang berlaku ini,” jawab Rayz.

“Oh? Bagaimana caranya?”

“Colline pergi ke tempat Danny sebentar. Arahkan yang lain untuk berdiri berdekatan di antara satu sama lain,” pinta Rayz kepada Colline.

Colline mengangguk dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Rayz itu kepada Danny. Danny pun mengarahkan Jeneral Razak dan orang – orangnya untuk berdiri berdekatan di antara satu sama lain. Lab assistants yang mengikuti ekspedisi itu juga mengikut sahaja kata – kata Danny itu. Mereka semua menumpukan perhatian mereka kepada Rayz yang sedang berdiri di hadapan patung gergasi itu.

Rayz mengeluarkan Xyver dari beg kecil di pinggangnya. Kotak berwarna emas yang berada di kaki patung gergasi itu pun dihampirinya. Seperti yang berlaku di dalam mimpinya, Rayz memasukkan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantunya ke dalam lubang di atas kotaktersebut. KAK! Penutup kotak itu terbuka. Di dalam kotak itu terdapat satu lubang yang sama bentuknya dengan bentuk Xyver. Rayz menarik nafas panjang. “Here goes nothing,” katanya dan memasukkan Xyver itu ke dalam lubang itu.

Sebaik saja Xyver itu berada di lubang itu, kuil itu pun bergegar dengan kuat. Xyver yang berada di dalam kotak itu pun bersinar dengan cahaya keemas – emasan yang menyilaukan mata. Rayz berundur beberapa langkah ke belakang. Kotak di mana Xyver itu berada pun mulai naik ke atas. Rupa – rupanya kotak itu adalah sebuah menara kecil yang tertanam separuh di dalam lantai piramid itu. Beberapa minit kemudian, gegaran itu berhenti. 3 buah tiang yang melengkung pun mulai keluar dari lantai di hadapan Rayz itu.

Satu lembaga wanita pun muncul di tengah – tengah 3 tiang melengkung tersebut. Ianya memakai pakaian yang pelik sekali dan gaya pakaian itu amat mirip dengan pemakaian Baginda Ra-iz. Jubahnya panjang dan berwarna hitam mencecah kaki. Di bahagian bahunya terdapat zirah berwarna perak dan juga dihiasi tulisan – tulisan kuno yang sama. Di dadanya terdapat kristal bulat yang berwarna biru. Rambutnya panjang mencecah lantai. Lembaga wanita itu kelihatan seperti wanita yang berumur lingkungan 40 tahun dan kelihatan matang. Di dahinya terdapat gelang yang warnanya sama dengan zirah di bahunya. Nampaknya, wanita itu adalah imej 3D yang dipancarkan oleh 3 tiang melengkung tersebut.

“SYSTEM RESTORED...XYVER GENERATOR CONNECTED...SAMARIAN SHIP, CLASS “GAZIO”...UP AND RUNNING...XYVER DATA STORAGE...IN-TACT...BEGIN START-UP...START-UP COMPLETE...” wanita itu berkata – kata seperti komputer. Bahasa yang digunakannya juga bahasa asing yang hanya difahami oleh Rayz sahaja.

“VISITORS DETECTED...DUNAMIST EXISTENCE DETECTED...UNKNOWN LIFE-FORM DETECTED...COMMENCING SECURITY SYSTEM...” sebaik sahaja wanita itu selesai bercakap, berpuluh – puluh senjata seperti muncung meriam muncul dari dalam dada patung yang berada di tiang kuil tersebut. Muncung senapang itu dihalakan kepada Colline dan yang lain tetapi tidak dihalakan kepada Rayz.

Melihat keadaan itu, Rayz pun berlari di hadapan mereka yang lain sambil menjerit menyuruh wanita itu berhenti. “Stop! They are not dangerous! They are my friends!,” kata Rayz cuba melindungi Colline dan yang lain.

“ORDERS FROM DUNAMIST RECEIVED...UNKNOWN LIFE-FORM IS NOT A THREAT...SECURITY SYSTEM DEACTIVATED” senapang – senapang itu pun masuk ke dalam dada patung – patung tersebut. Nampaknya, wanita itu mendengar arahan Rayz. Selepas keadaan menjadi tenang, Rayz kembali berjalan mendekati wanita tersebut. Danny dan Colline mengikutinya dari belakang.

“Who are you?” tanya Rayz kepada wanita itu.

“NATIVE LANGUAGE DETECTED...COMMENCING LINGUISTIC ADAPTATION PROGRAM,” jawab wanita itu. Ia tidak menjawab pertanyaan Rayz itu tetapi hanya memandang ke arahnya.

“Who are you?” tanya Rayz semula.

“Salam sejahtera kepadamu Dunamist. Saya ialah program komputer yang mengendalikan Kapal Angkasa ini. Kamu boleh panggil saya, “Le-na”. Saya sudah lama menanti kedatangan mu” jawab program komputer bernama Le-na itu.

Rayz berasa terkejut kerana Le-na menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengannya. Nampaknya teknologi komputer yang dimiliki oleh Kaum Samarian ini amatlah hebat sehingga ia mampu menjanakan imej 3D Le-na itu. Malahan, ia juga mampu menukar bahasanya untuk disesuaikan dengan keadaan. Mungkin itu jugalah sebab mengapa Baginda Ra-iz juga mampu menguasai bahasa Kaum Rumsyad tersebut.

“Bagaimana Le-na dapat menguasai bahasa yang kami gunakan?” tanya Rayz.

“Saya dilengkapi dengan pemproses komputer yang direka dengan keupayaan mengadaptasi keadaan persekitaran saya. Program penganalisa-bahasa yang dipasang di dalam pemproses tersebut menyimpan lebih 1.5 billion jenis bahasa yang terdapat di seluruh cakerawala. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kamu gunakan itu ada terkandung di dalam pemproses komputer tersebut,” terang Le-na.

“Begitu rupanya. Kami ada pertanyaan untuk Le-na kalau Le-na tidak keberatan menjawabnya,” Rayz menukar topik soalannya.

“Saya diprogam untuk menjawab semua pertanyaan yang Dunamist utarakan. Silakan,” balas Le-na sambil tersenyum.

Rayz membalas senyuman Le-na itu. “Baiklah. Soalan saya yang pertama, boleh ceritakan siapakah Kaum Samarian dan apakah kaitan mereka dengan makhluk Grogan yang sedang mengganas di planet kami ini?”

“Baiklah. Biar saya tunjukkan imej hologram kepada anda semua supaya kamu semua boleh memahami situasi yang sebenar,” jawab Le-na. Sebaik sahaja Le-na selesai bercakap, lantai kuil itu pun mulai berubah dan menunjukkan suatu imej yang baru...

<70 Juta tahun yang lalu, berlaku pertempuran yang amat dahsyat di atas Bumi...>

Bumi merupakan satu planet yang tidak bernyawa. Ianya seperti sebiji bola berwarna kelabu yang bergantung di tengah – tengah kegelapan. Kesunyian angkasa lepas itu terganggu dengan kehadiran seratus Kapal Angkasa berbentuk piramid. Dengan perlahan – lahan kapal – kapal itu mendekati Bumi dan memasuki ruang udaranya.

Permukaan bumi kering kontang. Hanya terdapat gunung – ganang yang tinggi di permukaannya. Dan tidak ada setitik air pun di planet ini. Kapal – Kapal Angkasa itu pun mendarat. Beberapa minit kemudian, puncak Kapal Angkasa berbentuk piramid itu pun mengeluarkan cahaya yang berwarna biru. Apabila cahaya itu padam, maka terlihatlah susuk – susuk tubuh lembaga berbentuk manusia sedang berjalan menuruni tangga yang terdapat di kapal – Kapal Angkasa itu. Mereka membawa peralatan pelik yang tidak dikenal pasti kegunaannya. Nampaknya Kaum Samarian ini sedang mencari planet baru yang boleh didiami.

Sebaik sahaja mereka berada di atas tanah, mereka pun mulai membuat kajian terhadap permukaan planet Bumi itu. Jumlah bilangan makhluk – makhluk itu dianggarkan hampir seribu orang. Mereka mempunyai pemakaian yang sama iaitu berjubah hitam mencecah lantai. Muka mereka ditutupi topeng di mana matanya berbentuk mentol lampu. Berdasarkan bentuk tubuh mereka, boleh dikatakan hampir kesemua mereka itu jantinanya lelaki. Mereka inilah makhluk asing yang dipanggil Kaum Samarian yang datang dari Planet Xatrian.

Sebaik sahaja mereka selesai dengan pengkajian mereka itu, Kaum Samarian itu pun kembali ke Kapal Angkasa mereka. Tiba – tiba, 4 buah Kapal Angkasa daripada 100 buah kapal itu pun bergerak ke satu lokasi dan mulai bercantum di antara satu sama lain untuk membentuk satu piramid gergasi. Selepas selesai percantuman itu, 4 buah tiang yang amat tinggi pun mulai timbul di setiap bucu piramid gergasi itu.

Di bahagian dalam piramid itu, kelihatan kesemua Kaum Samarian itu sedang berkumpul di sebuah tempat seperti kuil. Seorang Kaum Samarian yang jubahnya berwarna putih dan bertudung kepalanya kelihatan sedang membawa sebuah kotak yang diperbuat dari kristal berwarna biru laut. Dia membawa kotak itu ke hadapan sebuah patung gergasi yang sedang memegang sebilah pedang yang amat besar. Di hadapan patung itu terdapat sebuah altar yang dihiasi oleh emas dan berlian. Di atas altar itu terdapat sebuah kotak emas yang mempunyai 3 buah lubang yang pelik.

Kaum Samarian yang membawa kotak kristal itu berhenti di hadapan altar tersebut. Kemudian dia pun meletakkan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantunya ke dalam lubang pada kotak emas tersebut. Pintu kotak emas itu pun terbuka. Kaum Samarian yang membuka kotak itu mengambil Xyver dari kotak kristal yang dibawanya tadi. Dia pun membaca mantera di dalam bahasa yang pelik. Kaum Samarian yang lain pun bertekuk lutut apabila mendengar mantera yang dibaca oleh Kaum Samarian berjubah putih itu.

Selesai sahaja dia membaca mantera tersebut, dia pun memasukkan Xyver tadi ke dalam kotak di atas altar itu tadi. Piramid itu pun bergegar sebaik sahaja Xyver itu dimasukkan ke dalam kotak emas tersebut. Cahaya biru yang amat menyilaukan mata pun bersinar dari kotak emas tersebut. Cahaya biru itu pun bersatu dan menjadi satu jalur cahaya biru yang menuju ke atas siling kuil tersebut. Ia mengenai objek seperti kristal besar di atas siling kuil tersebut.

4 jalur cahaya berwarna biru muncul dari hujung keempat – empat tiang yang berada di penjuru piramid tersebut lalu memancar ke langit. Sebaik sahaja cahaya itu sampai ke langit, ia pun membentuk suatu lapisan yang meliputi seluruh planet Bumi. Lapisan tersebut bertukar menjadi lapisan atmosfera planet Bumi. Awan hitam mulai berkumpul di atmosfera yang terbentuk di langit itu. Kemudian hujan yang teramat lebat dan deras pun mulai turun dari awan hitam tadi. Dalam jangkamasa yang singkat, seluruh Bumi ini dipenuhi air dan hanya terdapat beberapa daratan yang terpisah di antara satu sama lain. Maka terbentuklah lautan dan daratan yang pertama di atas planet Bumi.

Selepas beberapa tahun dan lapisan atmosfera yang meliputi Bumi itu stabil, Kaum Samarian itu pun mulai melaksanakan tugas mereka iaitu, memberi “kehidupan” di atas planet Bumi ini. Dengan menggunakan kuasa Xyver, mereka telah berjaya mencipta benih tumbuh – tumbuhan yang bakal menghiasi planet Bumi ini. Benih – benih ini disebarkan dengan menggunakan kapal – kapal kecil yang berbentuk ‘X’. Kapal – kapal tersebut dikenali dengan nama “Strider”. Kapal – kapal ini juga dilengkapi senjata berat yang canggih bagi tujuan mempertahankan diri. Benih tumbuh – tumbuhan itu mulai tumbuh dengan subur kerana lapisan yang meliputi planet Bumi itu. Lapisan itu mampu memperkuatkan cahaya matahari supaya ianya menjadi sumber haba yang sesuai untuk pertumbuhan tumbuh – tumbuhan.

Dalam jangkamasa seratus tahun, planet Bumi ini telah dilitupi hutan – hutan yang tebal. Kaum Samarian yang melihat keadaan itu berasa gembira dengan pekerjaan yang telah mereka lakukan. Fasa kedua rancangan mereka itu adalah membawa “haiwan” yang pertama di atas Bumi. Maka sekali lagi Xyver mencipta hidupan dengan menggabungkan elemen seperti protein, lemak dan enzim yang terdapat di permukaan planet Bumi itu. Maka terhasillah haiwan – haiwan prasejarah yang pertama. Haiwan – haiwan itu pun dilepaskan oleh Kaum Samarian itu ke dalam lautan.

Beratus tahun berlalu. Melalui proses evolusi yang lama, haiwan lautan tersebut berevolusi menjadi makhluk yang baru. Mereka kini tinggal di atas permukaaan bumi dan juga di dalam lautan. Sesetengah daripada haiwan itu kini mampu terbang di udara. Rantai makanan yang pertama pun wujud di permukaan Bumi ini. Makhluk – makhluk gergasi itu akan dikenali sebagai “Dinosaur” di masa hadapan nanti. Kaum Samarian itu mengamati keharmonian yang telah mereka ciptakan itu. Mereka tinggal di atas planet Bumi hampir 50 juta tahun untuk memastikan ekosistem di atas planet ini stabil dan ia boleh berdiri dengan sendirinya.

Namun, kestabilan dan keharmonian yang telah dicipta oleh Kaum Samarian ini tidak berkekalan. Nun jauh di angkasa lepas, beribu – ribu meteor yang diselubungi bara api yang berwarna hijau sedang menghampiri planet Bumi. Bentuk meteor itu seperti buah Nenas yang diliputi cengkerang – cengkerang yang keras. Tidak syak lagi. Meteor – meteor itu adalah jentera pengangkutan yang digunakan oleh makhluk Grogan untuk merentasi angkasa lepas. Makhluk Grogan ini adalah sejenis hidupan nomad yang wujud dengan satu objektif iaitu “menghancurkan mana – mana planet yang mereka temui”.

Meteor – meteor itu memasuki ruang udara Bumi dan jatuh terhempas di permukaan Bumi. Beberapa minit kemudian kesemua meteor itu meletup, sama seperti apa yang berlaku di Lahad Datu. Apabila asap tebal yang menyelubungi letupan itu hilang, maka kelihatanlah beribu – ribu makhluk Grogan dari jenis “Queen” sedang berdiri di dalam kawah letupan meteor tersebut. Dengan tempikan yang kuat dan bersahut – sahutan di antara satu sama lain, mereka pun mulai menyerang Dinosaur – Dinosaur yang berada di permukaan Bumi itu dan memakannya. Mereka juga membakar hutan tebal tersebut dengan bara api berwarna hijau yang keluar dari tangan kanan mereka. Dinosaur – Dinosaur itu pun bertempiaran melarikan diri.

Tidak jauh dari kawasan yang diserang itu, 6 orang Kaum Samarian yang sedang menanam tumbuhan baru, terkejut melihat api hijau yang sedang membakar hutan tebal tersebut. Mereka pun membuat keputusan untuk memeriksa apakah yang sedang berlaku. Belum pun sempat mereka menaiki kapal Strider mereka, berpuluh – puluh ekor Queen Grogan itu muncul dari belukar yang berhampiran dan menyerang mereka dengan cangkuk tajam di tangan kiri mereka itu! 5 dari Kaum Samarian itu terkorban begitu sahaja manakala yang seorang lagi berjaya melepaskan diri dengan menaiki kapal Strider nya. Kapal itu pun meluncur dengan laju di udara dan menuju ke arah Piramid Gergasi, pusat pengkalan mereka. Melihat Kaum Samarian itu berjaya melepaskan diri, beberapa Queen Grogan segera mengekorinya dengan kepantasan yang menakjubkan. Mereka melompat – lompat di atas pokok untuk memastikan jejak kapal Strider itu tidak hilang dari pandangan mereka.

Kaum Samarian yang memandu kapal itu menyedari dia sedang diekori. Berasa bimbang musuh akan menyerang pengkalan, dia pun menghantar isyarat kecemasan dan memberitahu pengkalan akan bahaya yang sedang mereka hadapi. Dengan berani Kaum Samarian itu berpatah balik dan bersedia bertempur dengan musuh – musuh yang kejam itu. Dia menekan beberapa butang di atas panel kawalan pesawatnya dan sebuah meriam yang berukuran 10 inci pun muncul di bahagian bawah pesawatnya. Dia menekan satu lagi butang di panel kawalan pesawatnya dan meriam itu melepaskan peluru tenaga berwarna biru yang amat besar ke arah makhluk – makhluk Queen Grogan yang mengekorinya tadi!

Makhluk – makhluk Grogan itu pun terkejut melihat peluru tenaga itu dan cuba mengelak sedaya – upaya mereka tetapi tidak berjaya. Peluru tenaga itu mengenai hutan tempat mereka melompat – lompat. Satu letupan yang teramat kuat pun berlaku dan menghancurkan kawasan hutan tersebut. Hanya satu sahaja Queen Grogan yang berjaya menyelamatkan diri dari letupan besar tadi. Melihat anggota – anggota puaknya terkorban, Queen Grogan tadi bertempik dengan kuat dan melompat ke arah pesawat terbang Kaum Samarian itu. Kaum Samarian itu melepaskan satu lagi tembakan tetapi berjaya dielak oleh Queen Grogan itu. Ia pun berpusing di udara lalu berdiri di atas pesawat terbang Kaum Samarian itu. Dengan ganas ia melibaskan cangkuknya ke arah kokpit pesawat itu dan berjaya menembusi penutup kokpit yang tebal itu.

Cangkuk Queen Grogan itu mengenai dada Kaum Samarian tadi! Darah berwarna emas tersembur dari luka di dadanya itu. Dengan penuh kesakitan, Kaum Samarian itu memegang cangkuk Queen Grogan itu dengan tangan kanannya seolah – olah ingin menguncinya! Queen Grogan itu pun terkejut dengan tindakan Kaum Samarian itu, ia cuba sedaya – upaya untuk menarik cangkuknya tetapi cengkaman Kaum Samarian itu teramatlah kuat. Dengan sisa – sisa tenaga yang ada, Kaum Samarian itu mengaktifkan sistem ‘Letup Diri” (Self-Destruct Mechanism) pesawatnya. Queen Grogan itu berusaha melapaskan dirinya tetapi tetap gagal. Beberapa saat kemudian pesawat itu pun meletup dan menghancurkan mereka berdua!

Kaum Samarian lain yang berada di dalam Piramid Gergasi itu pun menerima isyarat kecemasan yang dihantar oleh Kaum Samarian yang terkorban itu. Dengan serta – merta piramid itu pun bergema dengan bunyi yang seakan – akan siren kecemasan. Mendengar isyarat kecemasan itu, kesemua Kaum Samarian itu pun segera berlari ke dalam sebuah bilik besar yang kelihatan seperti bilik persenjataan. Mereka pun masuk ke dalam kapsul yang bersaiz keranda. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam, satu cahaya menyelubungi mereka. Sebaik sahaja cahaya itu padam, mereka kini dilengkapi baju zirah dan topi khas untuk bertempur. Senjata yang mereka gunakan ialah lembing panjang di mana hujungnya mengeluarkan pedang cahaya berwarna biru. Selepas selesai melengkapkan diri, kesemua prajurit Kaum Samarian itu pun bergegas ke hangar yang menyimpan kapal – kapal Strider mereka. Satu – persatu kapal – kapal itu meninggalkan hangar tersebut.

Di dalam kuil itu, kelihatan Kaum Samarian berjubah putih itu meminta Kaum Samarian yang lain untuk bersedia melindungi kuil itu dari serangan musuh. Ra-iz yang berada di situ meminta kebenaran dari Kaum Samarian berjubah putih itu untuk melengkapkan diri dan membantu prajurit – prajurit yang lain. Kaum Samarian berjubah putih itu menegahnya kerana pengalaman bertempurnya masih lagi belum mencukupi. Sebaliknya Ra-iz dimintanya menjaga Xyver yang berada di dalam kotak emas di hadapan patung gergasi itu. Ra-iz akur dengan perintah Kaum Samarian berjubah putih itu. Dia mengambil lembingnya dan berdiri di hadapan patung gergasi itu. Keadaan di luar hingar – bingar dengan bunyi letupan yang membingitkan telinga mereka.

Pertempuran di antara dua puak makhluk asing itu bertambah sengit. Permukaan planet Bumi yang dulunya cantik dan indah kini bagaikan pemandangan di hari kiamat! Api hijau membakar di merata – rata tempat, malahan cuaca juga berubah kerana dipengaruhi pertempuran dua pihak makhluk asing tersebut. Angin kencang bertiup dan bertukar menjadi berpuluh – puluh puting beliung gergasi, lautan pula bergelora diikuti tsunami raksasa, dan langit diselubungi awan tebal yang disertai kilat yang sabung – menyabung. Hujan turun dengan lebatnya seolah – olah menangisi tragedi yang menyedihkan itu. Namun, mereka tetap meneruskan pertempuran tanpa mengendahkan keadaan sekeliling mereka.

Pertarungan kedua pihak makhluk asing itu akhirnya tiba di hadapan Piramid Gergasi tersebut. Keadaan tidak berapa menyebelahi Kaum Samarian kerana bilangan mereka yang sedikit dibandingkan dengan makhluk Grogan tersebut. Melihat keadaan semakin genting, Kaum Samarian berjubah putih itu mengarahkan Kaum Samarian yang berada di dalam kuil itu untuk membantu prajurit yang ada di luar. Ra-iz cuba mengikuti teman seperjuangannya tetapi tetap dihalang oleh Kaum Samarian berjubah putih tersebut. Kaum Samarian berjubah putih itu memberitahu Ra-iz peranannya iaitu sebagai pelindung terakhir Xyver seandainya kesemua Kaum Samarian yang lain terkorban.

Pertarungan di luar Piramid Gergasi itu bertambah sengit. Kesemua prajurit Kaum Samarian itu bertungkus – lumus mempertahankan Piramid Gergasi tersebut. Dengan sisa tenaga mereka yang ada, mereka menggabungkan kuasa lembing mereka menjadi satu melancarkan kuasa tersebut ke arah ribuan makhluk Queen Grogan yang berada di hadapan mereka. BOOM! Satu dentuman yang menggegarkan kawasan tersebut pun berlaku. Makhluk Queen Grogan itu semua hancur lebur kesan letupan kuasa lembing tersebut. Kesemua prajurit Kaum Samarian itu pun terduduk kesemuanya, lantaran menggunakan kuasa mereka dengan banyak.

Usaha mereka tadi sia – sia sahaja kerana, tidak lama kemudian kelihatan beribu – ribu lagi meteor Grogan yang turun dari langit. Kaum Samarian berjubah putih itu pun melangkah keluar dari Piramid Gergasi tersebut. Melihatnya datang, ketua pasukan prajurit tersebut mendekatinya lalu berkata sesuatu.

“Tuan Pendeta, nampaknya keadaan semakin merbahaya bagi kita semua. Saya meminta agar Tuan Pendeta dan saudara kita yang lain untuk meninggalkan planet ini sementara mereka masih lagi berada di dalam pesawat mereka,” kata ketua prajurit yang cedera parah itu.

“Bagaimana dengan kalian? Kami tidak boleh meninggalkan kalian terkorban di sini!” jawab Kaum Samarian berjubah putih itu.

“Tidak Tuan Pendeta. Ini adalah tugas kami sebagai prajurit Samarian yang terbilang. Tuan Pendeta lekas tinggalkan planet ini. Bawalah bersama Xyver, harta tidak ternilai negara kita, jauh dari planet yang tidak mempunyai harapan ini lagi,” balas prajurit itu. Selepas selesai bercakap, ketua prajurit itu mengarahkan prajurit Samarian yang lain untuk bersedia bertempur sekali lagi. Mereka menaiki pesawat Strider mereka ke tapak pertarungan terakhir mereka. Tapak pertarungan kali ini berada di tengah – tengah hutan yang sekarang telah pun bertukar menjadi padang berapi.

Kaum Samarian berjubah putih itu hanya mampu melihat saudara – saudaranya mengorbankan diri untuk melindungi mereka dan juga Xyver. Dia berasa amat sedih sekali namun dia tidak boleh mensia – siakan amanat terakhir prajurit yang berani itu. Dia pun bergegas kembali ke kuil dan meminta saki – baki Kaum Samarian yang lain bersedia untuk menghidupkan kapal piramid tersebut dan meninggalkan planet Bumi ini. Hasrat itu tidak kesampaian apabila seekor Queen Grogan tiba – tiba muncul menembusi dinding piramid itu dan mulai membunuh Kaum Samarian yang tidak bersedia itu. Dengan ganas ia menyerang mereka semua dengan semburan asid kuat dari mulutnya. Kaum Samarian berjubah putih itu juga tidak terlepas dari amukan Queen Grogan tersebut. Kepalanya tercerai dari badan terkena libasan cangkuknya yang tajam! Selepas “menyelesaikan” musuhnya, Queen Grogan itu pun cuba menghidu saki – baki musuhnya yang tertinggal.

Tiba – tiba ia tersentak. Ia terhidu bau musuh di sebalik kaki patung gergasi tersebut. Dengan langkah yang perlahan ia berjalan menuju ke arah patung gergasi tersebut. Mulutnya yang menyerupai mulut serangga berbunyi ktik! ktik! ktik! dengan nyaring sekali. Di sebalik kaki patung gergasi itu, Ra-iz menggenggam lembingnya dengan erat. Nafasnya ditahan sedaya upaya agar musuh tidak dapat mengesannya. Rasa takut dan panik Ra-iz semakin menguasainya. Lembing didekatkan di dada. Derapan kaki Queen Grogan itu semakin dekat. Bunyi dari mulutnya jua bertambah nyaring.

TUMM!! Ekor Queen Grogan yang kuat dan tajam itu menembusi kaki patung gergasi di mana Ra-iz sedang bersembunyi. Mujur pada saat itu, Ra-iz menundukkan kepalanya dan berguling ke tepi. Ra-iz kini terdedah di depan musuh. Queen Grogan itu bertempik dan melompat ke atas, lalu melibaskan cangkuknya ke arah Ra-iz! Ra-iz menahan cangkuk itu dengan lembingnya. Hujung cangkuk yang teramat tajam itu nyaris mengenai muka Ra-iz. Dengan sedaya – upaya Ra-iz mengerahkan tenaganya untuk menahan cangkuk tersebut. Queen Grogan itu menyerang Ra-iz dengan ekornya pula tetapi Ra-iz bertindak lebih pantas! Lembingnya dicabut menjadi dua bahagian, Ra-iz pun menekan butang di atas lembing itu. Pedang cahaya berwarna biru pun muncul di hujung lembing ke dua tadi!

Dengan pantas Ra-iz menusukkan lembing itu ke perut Queen Grogan itu. Namun refleks Queen Grogan itu tidak kurang hebatnya, dengan pantas ia menendang kepala Ra-iz dengan kaki kirinya! Ra-iz terpelanting dan melanggar tiang di belakangnya. Belum pun sempat Ra-iz berdiri, Queen Grogan itu meluru ke arahnya dan menyerangnya dengan cangkuknya semula. Ra-iz tahu dia tidak akan sempat mengelak jadi dia pun melemparkan salah satu lembingnya ke arah Queen Grogan itu untuk mengalihkan perhatiannya. Queen Grogan itu menepis lembing tersebut dan tetap meluru ke arah Ra-iz. Namun tindakannya menepis lembing itu telah memberikan Ra-iz 0.2 saat untuk mengelakkan dirinya. Queen Grogan itu melanggar tiang tadi dan meruntuhkannya. Kuil itu diselubungi asap tebal manakala Queen Grogan itu menghumbankan tiang yang menimpanya tadi. Matanya diliarkan ke kiri dan ke kanan, mencari kedudukan Ra-iz.

Queen Grogan itu melangkah ke dalam kepulan asap yang tebal itu sambil mengacungkan cangkuk kirinya, bersedia seandainya Ra-iz tiba – tiba menyerang curi. ZUUP! Tiga buah objek yang begerak dengan laju menuju ke arah kepala Queen Grogan dari dalam kepulan asap tersebut! Dengan pantas Queen Grogan menangkap ketiga – tiga objek itu dengan tangan kanannya. Batu? Ada seseorang membaling batu ke arah Queen Grogan. Dengan sepantas kilat Ra-iz menjunam dari siling kuil tersebut dan menusukkan lembing cahayanya ke belakang Queen Grogan itu! JUB! Dada Queen Grogan itu ditembusi oleh lembing Ra-iz. Queen Grogan meraung kesakitan. “Berjaya!” getus hati Ra-iz. Tapi kegembiraan Ra-iz itu hanya sementara kerana Queen Grogan tadi segera menyerang Ra-iz dengan ekor berbentuk Kala Jengkingnya. Ra-iz cuba mengelak namun ekor Queen Grogan itu berjaya menembusi bahu kanannya. Dengan ganas, ia membalingkan Ra-iz ke arah patung gergasi tersebut. Ra-iz terpelanting dan melanggar altar tempat Xyver berada itu.

Ra-iz memegang bahunya yang tercedera. Kelihatan asid pekat dari ekor Queen Grogan itu sedang mengakis daging bahu Ra-iz itu. Kesakitan yang dirasai Ra-iz itu bukan kepalang. Ra-iz mengambil satu alat berbentuk picagari dari tali pinggangnya, dia mencucukkan picagari itu ke bahunya. Ubat yang terdapat di dalam picagari itu segera mematikan asid pekat tadi. Ra-iz mulai berasa sakitnya berkurangan. Ra-iz memandang keadaan musuhnya pula. Queen Grogan itu terhuyung – hayang menahan kesakitan dadanya. Darah berwarna ungu pekat bercucuran dari luka di dadanya. Dengan penuh kesakitan, ia mecabut lembing itu dan mematahkannya. Matanya menyorot ganas dengan kemarahan. Tanpa mengendahkan kecederaannya, ia meluru semula ke arah Ra-iz dengan tempikan yang mengegarkan! Cangkuk kirinya dihalakan ke kepala Ra-iz!

Ra-iz sedar inilah masanya dia akan mati. Dia berserah kepada patung dewa yang berada di belakangnya itu. Beberapa saat sebelum cangkuk musuh Ra-iz itu membelah kepalanya, satu keajaiban pun berlaku. Xyver tiba – tiba mengeluarkan cahaya biru yang amat menyilaukan mata! Queen Grogan itu meraung kesakitan apabila cahaya itu mengenai matanya.

Melihat kejadian itu, Ra-iz dengan pantas mencapai Xyver tadi dan menghalakannya kepada Queen Grogan itu. Satu peluru tenaga berwarna biru yang padat pun membentuk di hujung Xyver. Ra-iz pun menembakkan peluru tenaga itu ke arah musuhnya. ZUUP! POP! Peluru tenaga itu pun menuju ke arah kepala Queen Grogan itu dan menembusinya! Serpihan otak Queen Grogan itu bersepahan di atas lantai kuil itu. Queen Grogan itu pun jatuh terjelepuk di atas lantai seperti batang buruk. Tubuhnya menggelepar beberapa kali sebelum berhenti buat selama – lamanya. Ra-iz terduduk keletihan. Dia memandang lubang di dinding kuil yang dihancurkan oleh peluru tenaga itu tadi. Nampaknya peluru tenaga itu bukan sahaja menembusi kepala Queen Grogan malah, mengahancurkan dinding kuil di belakangnya. Dia memandang Xyver dipegangnya itu. “Rupa – rupanya Xyver ini memiliki kuasa pemusnahan yang dahsyat,” guman Ra-iz dalam hatinya. Tiba – tiba Ra-iz dikejutkan dengan satu dentuman yang amat kuat dari luar piramid gergasi itu.

Ra-iz pun berlari keluar dari piramid itu untuk melihat apa yang sedang berlaku. Alangkahnya terkejutnya Ra-iz apabila melihat beratus – ratus meteor Grogan sedang menjunam ke arah saudara – saudaranya yang sedang bertempur di tengah – tengah padang berapi itu. Ra-iz tahu mereka tiada harapan untuk menang. Satu – satunya harapan ialah bergantung kepada kuasa misteri yang dimiliki oleh Xyver. Namun Ra-iz sedar, hanya Kaum Samarian yang bergelar “Dunamist” sahaja mampu mengawal kuasa luar biasa yang dimiliki oleh Xyver itu. Seandainya Kaum Samarian yang tidak layak menggunakannya, perkara yang amat buruk akan berlaku. Itulah ajaran yang diturunkan kepada semua Kaum Samarian semenjak Xyver itu dikurniakan kepada mereka.

“Dewa Kaum Samarian, kurniakanlah kekuatan Mu yang ada pada Xyver ini kepada saya. Kami memerlukan pertolongan Mu sekarang. Anak – anak Mu di dalam bahaya...” kata Ra-iz sambil memandang Xyver yang dipegangnya itu. Tanpa berlengah – lengah Ra-iz pun berlari menuruni tangga Piramid Gergasi itu dan memecut ke arah tapak pertempuran saudara – saudaranya. Xyver digenggamnya dengan erat. Sementara itu, prajurit – prajurit Samarian itu sedang berhempas pulas menentang ribuan makhluk Queen Grogan yang telah mengerumuni mereka. Walaupun bilangan mereka hanya mencapai 23 orang lagi, semangat yang mereka tunjukkan mampu mengalahkan beribu – ribu Queen Grogan. Persoalannya, berapa lama lagikah mereka mampu bertahan sedangkan musuh bertambah banyak dengan jatuhnya beratus – ratus meteor Grogan dari langit?

Pada ketika prajurit – prajurit Samarian itu mulai kehabisan tenaga, tiba – tiba mereka dikejutkan dengan letupan yang menghancurkan seperempat musuh mereka dari arah belakang mereka. Makhluk – makhluk Queen Grogan itu juga terkejut melihat kejadian tersebut. Asap tebal menyelubungi tempat tersebut, kesan daripada letupan itu tadi. Apabila asap itu beransur hilang, maka kelihatanlah Ra-iz yang sedang berdiri di tengah – tengah kawah letupan itu tadi. Badan Ra-iz itu dikelilingi arus elektrik berwarna biru, malahan matanya juga bersinar dengan cahaya keemasan. Xyver di tangan kirinya memancarkan cahaya biru yang berdenyut – denyut. Ra-iz segera menyertai saudara – saudaranya yang lain. Prajurit - prajurit Samarian itu terkejut melihat kedatangan Rayz dengan Xyver itu.

“Ra-iz!? Apa yang kamu lakukan dengan artifak suci kita itu!? Mengapa kamu membawanya se mari!?” kata ketua prajurit Samarian itu.

“Panglima Ka-zen, artifak suci ini sajalah harapan kita untuk menentang mereka. Biarlah saya sahaja yang bertarung dengan mereka Panglima Ka-zen dan lain segera tinggalkan tempat ini dan pergi ke pengkalan!” balas Ra-iz.

“Kamu dah gila Ra-iz!? Hanya “Dunamist” sahaja yang mampu mengawal kuasa Xyver itu. Kamu tak akan mampu, lebih baik kamu tinggalkan tempat in dan bawa Xyver lari dari planet ini!” balas Panglima Ka-zen seolah – olah marah dengan tindakan Ra-iz itu.

Perbualan mereka terganggu kerana makhluk – makhluk Queen Grogan itu menyerang mereka semula. Ra-iz melepaskan sebiji peluru tenaga yang amat besar ke arah musuh. Peluru tenaga itu mengenai makhluk – makhluk Queen Grogan dan terus meletup! Letupan itu teramatlah kuat sehingga Ra-iz dan Kaum Samarian yang lain juga turut terpelanting ke belakang. Ra-iz mengambil kesempatan ini untuk memujuk saudara – saudaranya meninggalkan tempat itu semula.

“Panglima Ka-zen, tolonglah, tinggalkan tempat ini sekarang. Biarlah saya sahaja yang menentang mereka semua. Maharaja masih lagi memerlukan Panglima di Planet Xatrian. Saya berjanji akan menjaga Xyver ini dengan baik dan akan mengembalikannya semula selepas saya menewaskan mereka semua!” kata Ra-iz kepada Panglima Ka-zen.

Panglima Ka-zen dapat merasakan kesungguhan Ra-iz itu. “Baiklah. Kalau itu adalah keputusan kamu. Semoga berjaya Ra-iz!” jawab Panglima Ka-zen sambil menepuk bahu Ra-iz. Dengan hati yang berat, Panglima Ka-zen mengarahkan prajurit Samarian yang lain untuk berundur ke pengkalan mereka. Mereka pun meninggalkan Ra-iz seorang diri menentang makhluk – makhluk Queen Grogan itu.

Makhluk – makhluk Queen Grogan itu berasa amat marah kerana Ra-iz telah membunuh banyak puaknya. Mereka dengan serentak menghalakan tangan kanan mereka dan menyemburkan api yang berwarna hijau ke arah Ra-iz. Ra-iz mengacungkan tapak tangan kanannya ke hadapan dan muncullah aura berwarna biru yang melindunginya dari serangan musuhnya itu. Melihat kekuatan Ra-iz itu, makhluk – makhluk Queen Grogan itu pun memesatkan semburan api hijau mereka. Ra-iz bertambah tertekan kerana jumlah bilangan musuhnya kini hampir mencapai 700,000 ekor. Ra-iz mula berasa penat menahan serangan musuhnya itu.

Sementara itu, Panglima Ka-zen mengarahkan anak – anak buahnya yang tercedera untuk berlindung di dalam piramid gergasi itu. “Ra-iz...” katanya perlahan. Kegelisahan mulai terpapar di wajah Panglima Ka-zen. “Panglima, bolehkah Ra-iz mengawal kuasa Xyver itu?” tanya seorang prajurit Samarian yang berdiri di sebelahnya. Panglima Ka-zen tidak menjawab pertanyaan anak buahnya itu tetapi tetap memandang ke arah tapak pertarungan itu.

“Panglima, ada baiknya kita tinggalkan planet ini sekarang sementara perhatian mereka dialihkan oleh Ra-iz,” kata prajurit Samarian itu lagi.

“Tidak. Kita mesti tunggu Ra-iz. Xyver adalah nyawa Planet Xatrian, kita tidak boleh meninggalkannya di planet ini,” jawab Panglima Ka-zen dengan tegas.

Ra-iz berasa kekuatannya semakin hilang tetapi kuasa Xyver pula semakin bertambah. Cahayanya bertambah terang sehingga mampu mencapai langit. Ra-iz juga mulai sedar sesuatu yang pelik sedang berlaku kepada Xyver. “Adakah ini yang dimaksudkan oleh Panglima Ka-zen itu?” getus hatinya. Dia mulai berasa bimbang.

Semakin lama semakin banyak makhluk – makhluk Queen Grogan yang datang menyerang Ra-iz. Tiba – tiba dada Ra-iz diserang kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya juga terasa seperti dicucuk dengan seribu benda tajam. Dia berlutut ke tanah kerana tidak dapat menahan kesakitan tersebut. Yang lebih mengejutkan ialah warna kristal pada Xyver yang dulunya biru kini bertukar menjadi merah! Warnanya juga telah berubah dari perak ke emas. Dengan tidak semena – mena beratus - ratus ledakan arus elektrik berwarna merah keluar dari kristal di tengah – tengah Xyver itu. Arus elektrik menembusi makhluk – makhluk Queen Grogan dan dengan serta – merta mereka bertukar menjadi abu! Melihat kejadian aneh itu, makhluk – makhluk Queen Grogan yang lain pun berundur cuba melarikan diri. Namun usaha mereka sia – sia sahaja.

Arus elektrik berwarna merah itu seolah – olah bernyawa! Ia mengejar setiap makhluk – makhluk Queen Grogan dan menghancurkan mereka. Ra-iz yang masih menahan kesakitan badannya juga terkejut melihat kejadian itu. Xyver yang berada di atas telapak tangan kirinya mulai terapung dengan sendirinya. Ia juga mulai berdengung dengan kuat sekali. Arus elektrik berwarna merah juga semakin banyak keluar dari kristalnya. Dalam sekelip mata, hampir kesemua makhluk – makhluk Queen Grogan itu hancur menjadi abu. Namun Xyver masih lagi tidak berhenti – henti mengeluarkan arus elektrik berwarna merah!

Panglima Ka-zen yang melihat kejadian itu sedar akan bahaya yang bakal berlaku. Dengan pantas dia menyuruh anak – anak buahnya masuk ke dalam piramid dan mengaktifkan sistem pertahanan “Force Field” bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Jelas terpapar perasaan panik yang dirasakan oleh Panglima Ka-zen itu.

Ra-iz sedar yang kuasa Xyver tidak lagi dapat dikawalnya. Dia pun memegangnya dengan kedua – dua tangannya sambil berharap ia akan stabil semula. Namun yang sebaliknya berlaku, Ra-iz terpelanting jauh ke belakang sebaik sahaja dia menyentuh Xyver. Gempa Bumi yang teramat dahsyat pun berlaku di mana Xyver itu berada. Ra-iz hanya mampu memandang kejadian itu. Dia benar – benar tidak menyangka kejadian itu berlaku. Selepas berfikir sejenak, Ra-iz membuat keputusan untuk mengorbankan dirinya bagi menghalang pelepasan tenaga Xyver itu. Dia pun berlari menuju ke arah Xyver dan cuba memegangnya semula.

*********************************************************************************

Sebaik sahaja Ra-iz menyentuh Xyver semula, suatu kejadian aneh pun berlaku. Ra-iz telah pun berada di satu alam yang amat pelik. Tempat itu seperti terowong yang dipenuhi cahaya yang berwarna biru nila. Lantai yang sedang dipijak oleh Ra-iz itu kelihatan seperti air tetapi ianya langsung tidak membasahkan kaki Ra-iz. Alam itu adalah alam yang sama dimasuki Rayz sewaktu dia kesakitan kepala.

Tidak lama kemudian, Spirit of The Xyver pun muncul di hadapan Ra-iz. Melihat kemunculan Spirit of The Xyver itu, Ra-iz segera bertekuk lutut tanda hormat. Nampaknya Ra-iz kenal dengan Spirit of The Xyver itu. “Dewa, ampunkan saya kerana tidak menghindarkan amaran yang Dewa telah perturunkan kepada bangsa kami,” kata Ra-iz dengan perasaan yang amat sedih. Dia berpendapat kedatangan Spirit of The Xyver itu adalah untuk menghukumnya.

“Tidak Ra-iz. Kamu tidak bersalah di atas kejadian ini. Apa yang berlaku sudah ditentukan dan ianya tidak akan dapat diubah,” jawab Spirit of The Xyver itu.

“Hukumlah saya Dewa! Saya sudi menerima hukuman di atas kesilapan saya!” kata Ra-iz sambil menepuk dadanya dengan kuat.

“Ra-iz, kedatangan Ku bukanlah untuk menghukum kamu, tetapi ingin memberitahumu perkara yang harus kamu sempurnakan demi menebus kesilapanmu,” balas Spirit of The Xyver.

Spirit of The Xyver of memperlihatkan kejadian yang berlaku sebaik sahaja Ra-iz menyentuh Xyver semula. Xyver melepaskan suatu ledakan kuasa yang mengakibatkan satu letupan yang tidak terhingga kuatnya sehingga menyebabkan seluruh planet Bumi bergegar. Satu kawah yang teramat besar terbentuk kesan dari letupan tersebut. Ini telah mengakibatkan berjuta – juta tan debu dan abu terkumpul di lapisan atmosfera Bumi. Suhu di Bumi akan menurun kerana cahaya matahari tidak dapat sampai ke permukaan Bumi. Ini juga mengakibatkan zaman ais yang bakal memusnahkan kesemua makhluk Dinosaur itu nanti.

(Trivia – “Teori Big Bang” mengatakan punca kepupusan Dinosaur adalah kerana sebiji meteorit gergasi telah merempuh Bumi berjuta tahun dahulu. Perlanggaran itu mengakibatkan berjuta – juta tan debu dan abu tekumpul di udara. Debu dan abu ini mengambil masa beratus tahun untuk hilang dari atmosfera. Susulan daripada itu, suhu Bumi akan menurun kerana cahaya matahari tidak dapat sampai ke permukaan Bumi. Maka tibalah zaman ais yang mengakibatkan kepupusan Dinosaur)

Letupan itu dapat dilihat walaupun sesorang itu berdiri di Planet Marikh. Kuasa letupan itu manyamai 30 buah Bom Atom yang memusnahkan Nagasaki dan Hiroshima di Jepun. Letupan itu juga mengakibatkan satu – satunya benua yang ada di permukaan Bumin itu terpisah menjadi beberapa bahagian. Di masa akan datang, benua – benua yang baru inilah yang akan menjadi negara – negara di planet Bumi ini. Letupan itu juga membunuh hampir tiga perempat makhluk – makhluk Queen Grogan yang mencerobohi Bumi. Ra-iz yang melihat keadaan itu tidak dapat lagi membendung rasa kesal dan kesedihannya. Dia meraung sekuat – kuat hatinya di depan Dewanya itu. Planet yang cuba mereka penuhi dengan keindahan itu kini musnah di tangannya.

Agak lama juga Ra-iz meratapi kesalahannya itu. Selepas beberapa ketika, Ra-iz pun berdiri dan mengalihkan pandangannya ke Spirit of The Xyver. “Dewa, beritahulah saya apa yang perlu saya lakukan untuk menebus dosa saya ini,” katanya kepada Spirit of The Xyver.

“Ra-iz, 65 juta di masa yang akan datang, planet ini akan menjadi subur semula. Di masa itu, planet ini akan menjadi satu planet yang boleh didiami oleh Kaum Samarian. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai “Caretaker” untuk melindungi planet ini. Musuh Kaum Samarian – Alien Grogan – akan turun semula ke planet ini untuk menyempurnakan misi mereka yang tidak selesai. Pada masa itu, tiada siapa yang akan dapat menghalang mereka,” terang Spirit of The Xyver.

“Jadi, apakah yang perlu saya sempurnakan?”

“Kamu harus tinggal di planet ini sehingga musuh itu datang semula. Pada waktu itu, Aku akan hantarkan Xyver kepadamu semula. Kuasanya akan menjadi milikmu.”

“Tapi, saya bukanlah Dunamist? Saya takut perkara yang sama bakal terjadi.”

“Kamu bukanlah Dunamist yang Aku nantikan Ra-iz, Dunamist yang Aku nanti – nantikan adalah ‘Anakmu’.”

Ra-iz terkejut mendengar kata – kata Spirit of The Xyver itu. Dunamist yang dinantikan adalah anaknya? Dia tergamam seketika. Bagaimana itu boleh terjadi sedangkan dia belum mempunyai pasangan hidup.

“Dewa, saya tidak faham akan maksud Dewa,” kata Ra-iz meminta penjelasan yang lebih lanjut.

“Masanya akan tiba. Usah kamu persoalkan kata – kata Ku. Ra-iz ingatlah pesan Ku ini,” balas Spirit of The Xyver sebelum ia menghilang.

*********************************************************************************

Ra-iz pun terjaga dari mimpinya. Rupa – rupanya dia telah pengsan kesan daripada letupan raksasa itu tadi. Dia pun berdiri dan mengamati keadaan sekeliling. Ianya sama seperti yang ditunjukkan oleh Spirit of The Xyver kepadanya. Ra-iz berasa amat kesal dengan kejadian tersebut. Planet yang sepatutnya bakal menjadi ‘Planet Jiran’ bagi Planet Xatrian kini menjadi padang tandus. Ianya suram sahaja kerana cahaya matahari tidak dapat sampai ke permukaannya. Ra-iz mendongak ke langit. Berpuluh – puluh meteor Grogan kelihatan sedang meninggalkan Bumi. Nampaknya mereka membuat keputusan untuk mengundurkan diri selepas letupan yang maha dahsyat itu. Namun Ra-iz tidak berasa gembira di atas kemenangan itu. Ra-iz terlihat Xyver yang separuh terbenam di dalam tanah. Dia membongkok dan mengambilnya. Rasa bersalah kembali menguasai dirinya.

Tiba – tiba dia tersentak. Dia teringatkan saudara – saudaranya yang lain dan juga Panglima Ka-zen. Ra-iz pun tidak berlengah dan terus sahaja berlari menuju ke arah Piramid Gergasi iaitu pengkalan mereka. Hatinya berasa sedikit tenang apabila melihat piramid itu masih lagi ada dan hanya mengalami kerosakan yang sedikit. Dia meneruskan berlari mendaki tangga piramid itu. Sebaik sahaja tiba di pintu utama, Ra-iz terlihat saudara – saudaranya sedang menunggu kedatangannya. Dia pun berhenti di hadapan mereka. Keadaan menjadi sunyi. Kaum Samarian itu memandang Ra-iz dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Ra-iz tahu mengapa mereka memandanganya sedemikian rupa.

“Rupanya kamu tidak apa – apa Ra-iz...” kata Panglima Ka-zen dengan lemah.

“Ya. Saya juga gembira melihat kamu semua selamat,” balas Ra-iz.

“Panglima, kenapa Panglima menunggu lagi! Bukankah Ra-iz telah melanggar perintah negara kita? Malahan lihatlah apa yang telah dilakukannya terhadap planet ini!?” kata seorang Kaum Samarian di belakang Panglima Ka-zen itu.

“Betul cakap dia itu Panglima. Hukuman bagi mana – mana Kaum Samarian yang menyentuh Xyver ialah maut! Adakah dia fikir yang dia seorang “Dunamist”! Jangan berlengah lagi, hukum dia sekarang!” sahut seorang lagi Kaum Samarian.

Tempat itu pun riuh – rendah dengan suara meminta Ra-iz dihukum bunuh. Jelas betapa marahnya mereka dengan perbuatan Ra-iz itu. Menurut undang – undang Planet Xatrian, hanya mereka yang bergelar “Dunamist” sahaja yang boleh menyentuh Xyver. Malahan, Maharaja sendiri pun tidak boleh menyentuhnya seandainya dia bukan seorang “Dunamist”. Dalam sejarah Planet Xatrian, hanya ada dua sahaja Maharaja yang bergelar Dunamist. Maharaja Xatria ialah yang pertama dan Maharaja Reez yang kedua.

Info: “Dunamist” ialah Kaum Samarian yang ‘diberkati’ dan dipilih khas oleh Dewa (Spirit of The Xyver) untuk menerima kuasa Xyver. Apabila mereka menggunakan Xyver, mereka akan berubah menjadi Kesatria Suci atau “Holy Knight” yang dipanggil ”Zaiva”. “Zaiva” ini boleh menggunakan kuasa Xyver tanpa had.

Info: Punca mengapa Kaum Samarian tidak dibenarkan menyentuh Xyver kerana berlaku satu trajedi dimana seorang Maharaja menggunakan Xyver untuk berperang walaupun baginda bukanlah seorang “Dunamist”. Akibatnya, berjuta – juta nyawa Kaum Samarian terkorban kerana ledakan kuasa Xyver yang tidak terkawal.

“DIAM SEMUA!!” bentak Panglima Ka-zen. Kesemua Kaum Samarian itu pun mendiamkan diri. Ra-iz sekadar menundukkan kepala. Apa yang dikatakan oleh saudara – saudaranya itu memang betul. Sekali lagi tempat itu diselubungi kesunyian.

Panglima Ka-zen berjalan mendekati Ra-iz. Dia mengambil Xyver dari tangan Ra-iz dengan kasar. Kemudian dia kembali semula ke tempat di mana dia berdiri. Dia menghunus lembing cahayanya! Dengan pantas dia menusukkan lembing itu tepat ke dahi Ra-iz. CHAK! Bunyi lembing itu menyentuh dahi Ra-iz dengan kuat sekali. Masa seolah – olah berhenti pada saat lembing itu mengenai kepala Ra-iz...

Tidak lama kemudian, kedengaran dua benda jatuh berdentingan di atas lantai. Lembing cahaya itu telah membelah dua topeng yang dipakai oleh Ra-iz dan menampakkan wajahnya yang sebenar. Wajah Ra-iz itu adalah wajah lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun! Rupa – rupanya Kaum Samarian amatlah mirip dengan manusia cuma darah mereka sahaja yang berbeza. Darah segar berwarna emas kelihatan sedang mengalir dari luka di dahi Ra-iz itu. Namun Ra-iz tetap mendiamkan diri sambil memejamkan mata.

“Dengar semua! Ra-iz telah mati. Dia tidak akan pulang bersama dengan kita pada hari ini. Hukumannya adalah untuk mati di planet ini. Kamu akan merahsiakan perkara ini dengan nyawa kamu sendiri. Seandainya kamu membocorkannya, lembing saya ini akan merodok perut kamu!!” jerit Panglima Ka-zen.

Kaum Samarian yang lain hanya mendiamkan diri sahaja. Ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Panglima Ka-zen itu tetapi melawan arahannya samalah dengan mencari nahas sendiri. Panglima Ka-zen mengarahkan kesemua anak – anak buahnya masuk ke dalam Piramid Gergasi itu untuk menaiki pesawat penyelamat. Setiap piramid dibekalkan dengan satu pesawat penyelamat yang teramat besar seandainya berlaku kecemasan. Piramid Gergasi itu mengalami kerosakan yang agak teruk jadi ianya tidak sesuai untuk perjalanan jauh. Semua Kaum Samarian itu pun masuk ke dalam piramid dan tinggalah Panglima Ka-zen dan Ra-iz sahaja.

Panglima Ka-zen menekan satu butang di tepi topeng yang dipakainya. Topeng itu berubah menjadi gelang dahi dan menampakkan wajah sebenar Panglima Ka-zen. Wajahnya agak berumur dan bermisai tebal. Kedut – kedut di wajahnya itu menunjukkan beliau merupakan seorang yang telah lama turut serta di dalam peperangan. Panglima Ka-zen merupakan salah seorang Panglima Di Raja Empayar Xatrian dan juga merupakan orang yang paling dipercayai oleh Maharaja kerana kesetiaannya. Panglima Ka-zen merenung wajah Ra-iz. Terdapat kesayuan di wajahnya.

“Ra-iz... maafkan pakcik kerana tidak dapat berbuat apa – apa untuk Ra-iz. Semenjak ibubapa Ra-iz meninggal dunia, pakcik tak pernah melaksanakan tugas sebagai pakcik yang baik. Dan sekarang, pakcik langsung tidak dapat melindungi Ra-iz. Pakcik memang tak berguna!” kata Panglima Ka-zen sambil menepuk – nepuk dadanya. Air matanya jatuh bercucuran. Rupa – rupanya, Panglima Ka-zen itu adalah adik kepada ayah Ra-iz dan merupakan pakcik kepada Ra-iz.

Ra-iz memegang kedua – dua bahu Panglima Ka-zen. “Pakcik, janganlah salahkan diri pakcik. Ra-iz rela menerima hukuman ini. Semua yang berlaku ini adalah salah Ra-iz dan biarlah Ra-iz seorang sahaja menanggungnya,” jawab Ra-iz.

Panglima Ka-zen memeluk tubuh anak saudaranya itu dengan erat. Ra-iz membalas pelukan Panglima Ka-zen itu. “Masanya hampir tiba. Ra-iz, piramid ini masih lagi mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi. Seandainya Ra-iz ingin pergi ke planet yang lain, gunakanlah ia,” kata Panglima Ka-zen. Rupanya tujuan Panglima Ka-zen menggunakan pesawat kecemasan itu adalah untuk mengabui mata Kaum Samarian yang lain. Dia tidak ingin Ra-iz terkandas di atas planet Bumi yang tiada harapan itu lagi.

“Tidak pakcik. Ra-iz tidak akan tinggalkan planet ini. Seandainya planet ini musnah suatu hari nanti, Ra-iz sanggup musnah bersama – samanya,” balas Ra-iz.

“Tapi...”

“Pakcik, tak apa. Ra-iz redha dengan semua yang berlaku ini. Terima – kasih di atas jagaan pakcik selama ini.”

“Baiklah. Jaga diri kamu baik – baik. Ayahmu pasti bangga dengan kamu.”

Panglima Ka-zen pun meninggalkan Ra-iz dan menuju ke arah pesawat keselamatan tersebut. Beberapa minit kemudian, pintu belakang Piramid Gergasi itu pun terbuka dan pesawat keselamatan itu pun terbang lalu meluncur ke langit dengan kelajuan yang menakjubkan. Ra-iz memandang sahaja pesawat itu hilang di kaki langit. Dia kini berseorangan di atas planet itu.

Kata – kata Spirit of The Xyver itu terngiang – ngiang di telinganya semula. Seperti yang dikatakan Nya, Ra-iz harus tinggal di planet itu sehingga kedatangan musuhnya dan juga kelahiran “waris” nya. Dia pun berjalan menuju ke kuil di dalam piramid itu. Sebaik sahaja dia berada di hadapan patung gergasi itu. Dia pun menekan beberapa butang pada satu panel kawalan yang berada di atas altar di kaki patung gergasi tersebut. Sejurus kemudian, muncul satu imej hologram di tengah – tengah kuil tersebut. Imej hologram itu adalah Le-na, program komputer yang mengawal keseluruhan sistem piramid tersebut.

“MAINFRAME COMPUTER ACTIVATED... COMMENCING DATABASE STORAGE MECHANISM...” kata hologram bernama Le-na itu.

“Le-na, imbas memori mengenai trajedi yang berlaku di atas planet ini. Simpankan ia sehingga ‘waris’ saya tiba,” kata Ra-iz kepada Le-na.

“Baiklah. Tetapi, amaran untuk Tuan Ra-iz, seandainya imbasan memori dilakukan, hayat Tuan Ra-iz akan dipendekkan sebanyak 15 peratus. Adakah ini boleh diterima?”

“Ya. Rekodkan memori saya ke dalam komputer. Ianya penting bagi ‘waris’ saya untuk mengetahui kebenaran.”

“Baiklah. Pengimbasan memori dimulakan sekarang!”

Sebaik sahaja Le-na selesai bercakap, satu jalur cahaya pun keluar dari altar tadi dan mengenai dahi Ra-iz. Ra-iz mengerang kesakitan dan nyaris – nyaris rebah sebaik sahaja cahaya itu menyentuh dahinya. Segala memori tentang kejadian itu direkodkan ke dalam komputer utama piramid tersebut. Proses itu memakan masa selama 5 minit. Selepas sahaja proses pengimbasan selesai, Ra-iz pun jatuh terlentang di atas lantai. Dia tercungap – cungap keletihan yang teramat sangat.

“Le-na, aktifkan sistem Cryostasis. Saya perlu berehat sekarang.”

“Baik. Sistem Cryostasis diaktifkan. Sila Tuan Ra-iz masuk ke bilik Cryostasis sekarang.”

“Bagus. Selepas saya tertidur, sila masuk ke mod hibernation untuk memelihara tenaga kamu.”

“Arahan Tuan Ra-iz diterima. Saya akan memasuki mod hibernation sebaik sahaja Tuan Ra-iz terlena.”

Walaupun tubuhnya berasa teramat letih, Ra-iz mengagahinya jua. Dengan payah, dia melangkah menuju ke bilik yang dikatakan oleh Le-na itu. Bilik tersebut agak besar. Terdapat objek yang seakan – akan keranda berderet di dalamnya. Bentuknya oval dan penutupnya diperbuat daripada kristal. Pintu salah satu keranda itu pun terbuka selepas Ra-iz menekan butang ditepinya. Ra-iz pun masuk ke dalam dan pintu itu pun tertutup secara automatik. Selepas Ra-iz berbaring, keranda itu pun dipenuhi asap yang teramat sejuk. Dalam sekelip mata Ra-iz telah pun bertukar menjadi bongkah ais yang keras.

“Tuan Ra-iz di dalam status Cryo... memasuki mod hibernation sekarang,” suara Le-na bergema di setiap pelusuk piramid tersebut. Satu – persatu lampu yang berada di dalam piramid itu malap. Semua pintu keluar dan masuk piramid itu juga tertutup dengan rapat. Di puncak piramid itu, muncul arca berbentuk ‘Y’ yang mempunyai sebiji sfera diantara cabangnya. Piramid itu pun ‘tidur’ sama seperti Ra-iz...

<...Tamat imbas kembali>

No comments: