Wednesday, February 3, 2010

Chapter 27

CHAPTER 27 : Prelude to Catastrophe

Tempat : Bangunan Utama Silman Software Corporation, Metropolis Kinabalu

Masa : 09.33 PM

Tarikh : 17 Disember 2009

Adik tiri Rayz, Wai – Wai Silman sedang berbual dengan beberapa orang executive officer nya. Selepas Rayz menolak untuk mewarisi perniagaan Encik Silman itu, Encik Silman pun menyerahkan jawatan sebagai Pengurus Besar syarikat itu kepada anak perempuannya, Wai – Wai Silman. Mereka sedang membincangkan strategi pemasaran produk baru syarikat mereka yang bakal dikeluarkan bulan depan di Singapore.

Wai – Wai kelihatan matang dengan pemakaiannya itu. Dia memakai kot dan skirt pendek berwarna ungu muda. Rambutnya lurus sehingga mencecah belakang. Kejelitaannya kian terserlah dengan contact lens berwarna hijau yang dipakainya itu. Ramai jejaka baik di syarikatnya mahupun syarikat yang lain ingin menjalinkan hubungan cinta dengannya namun ditolaknya mentah – mentah. Bagi dirinya cuma ada seorang “lelaki” yang benar – benar memiliki hatinya.

Wai – Wai membelek – belek bekas minumannya. Ianya gelas berwarna merah yang mempunyai lambang zodiak Saggitarius di atasnya. Sekali – sekala dia akan tersenyum sendirian. Kelakuannya itu sering menarik perhatian pekerja – pekerjanya. “Wai – wai, any other things that you wanted us to do for you?” tanya seorang pekerja wanita yang bernama Lucy.

“Oh, sorry! Where was I? Oh yeah, we’ll do our final preparation one week before the product launching. That’s it, meeting is adjourned,” kata Wai – Wai terkulat – kulat menjawab soalan Lucy itu.

Pekerja – pekerjanya itu pun meninggalkan bilik persidangan itu memandangkan mesyuarat mereka telah pun tamat. Tinggalah Wai – Wai dengan Penolong Pengurusnya, Jevin di dalam bilik persidangan tersebut. Jevin adalah seorang lelaki yang kacak dan tinggi lampai. Keluarganya adalah keluarga yang berada dan juga merupakan kawan baik kepada keluarga Silman. Seperti jejaka – jejaka yang lain, Jevin juga menaruh perasaan terhadap gadis jelita itu. Sebab itulah dia sanggup menjadi orang bawahan Wai – Wai semata – mata ingin sentiasa berdekatan dengannya.

“Saya sering melihat Wai – Wai membelek – belek gelas tu. Is it special?” tanya Jevin. Nadanya jelas menujukkan bahawa dia ingin tahu “siapa” yang memberikan gelas itu kepada Wai – Wai.

“Yeah, it’s very special to me,” jawab Wai – Wai sambil tersenyum manis.

Jevin mengeluh melihat reaksi Wai – Wai itu. “Is it... from someone that you like?”

“It’s from someone I really hold dear in my heart,” jawab Wai – Wai pendek. Jawapan Wai – Wai itu menambah rasa kecewa di dalam sanubari Jevin.

Wai – Wai mengalihkan pandangan kepada Jevin. Dia berasa hairan kenapa jejaka itu beria – ia ingin mengetahui si “pemberi” gelas itu. “Is there anything else that you wanted to discuss Jevin?” tanya Wai – Wai memandangkan jejaka itu seolah – olah ingin mengatakan sesuatu.

Jevin terkejut mendengar pertanyaan Wai – Wai itu. “Tak ada apa – apa lagi! Umm, kalau Wai – Wai tidak keberatan, apa kata Jevin belanja Wai – Wai makan malam ni?”

“It’s okay. Wai – Wai akan makan di rumah. Daddy ingin Wai – Wai balik awal malam ni,” jawab Wai – Wai dengan jujur.

Sekali lagi jawapan Wai – Wai itu menambah rasa kecewa Jevin. “I see. Well, send my regards to Uncle Silman for me. I... I better go now. See you tommorow,” kata Jevin dan meninggalkan bilik persidangan itu.

Wai – Wai pun berjalan menuju ke lif yang berdekatan untuk pergi ke tingkat atas. Pejabatnya berada di tingkat atas bangunan tersebut. Dia ingin menghabiskan kerja – kerjanya yang lain sebelum berangkat pulang. Sambil dia menunggu lif itu tiba ke destinasinya, dia pun mengimbas semula suatu kisah yang mengubah hidupnya...

Sewaktu berusia 19 tahun, Wai – Wai merupakan seorang gadis yang liar dan sering melawan kata – kata ibu dan bapanya. Dia sering keluar malam dengan rakan sekelasnya kerana pada waktu itu dia sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta di Metropolis Kinabalu. Kelakuannya itu membuatkan Encik Silman dan isterinya bimbang dengan keadaan dirinya. Kadang – kadang mereka berdua sering tidur lewat semata – mata menunggu kepulangannya. Meskipun ibubapanya berbuat sedemikian, Wai – Wai tidak pernah insaf dengan apa yang dilakukannya itu.

Perangainya mulai berubah apabila Encik Silman membuat keputusan untuk mengambil anak angkat lelaki. Keputusan Encik Silman itu membuatkan Wai – Wai berasa dia tidak dihargai oleh kedua – dua ibubapanya. Kehadiran Rayz di dalam keluarga Silman tidak dapat diterima oleh Wai – Wai. Dia sering mencari kesalahan Rayz agar ayahnya akan menghalaunya keluar dari rumah mereka namun, Rayz yang bersikap sederhana dan jujur itu semakin disayangi oleh ibubapanya.

Oleh kerana tidak dapat menahan rasa tidak puas hatinya, Wai – Wai pun membuat keputusan untuk meninggalkan rumah. Dia telah hilang berhari – hari lamanya. Orang yang pertama cuba mengesan jejaknya adalah Rayz. Selepas mencari selama hampir seminggu, Rayz berjaya menjumpai Wai – Wai. Rupa – rupanya dia bersembunyi di rumah kawan baiknya. Pada mulanya dia tidak ingin pulang ke rumah walaupun dipujuk oleh Rayz. Tetapi Rayz berjaya mengubah pendiriannya itu apabila Wai – Wai mengetahui Rayz sanggup bermalam di luar rumah kawannya itu semata – mata ingin menemaninya pulang.

Selepas kejadian tersebut, perasaan benci Wai – Wai terhadap Rayz bertambah kuat. Dia semakin liar dan semakin suka memberontak. Dia memberitahu kedua ibubapanya, seandainya mereka inginkan dia berubah, Rayz mesti meninggalkan rumah tersebut. Perkara itu didengari oleh Rayz. Dengan rela hati, Rayz menerima cadangan Wai – Wai itu dan bersetuju meninggalkan rumah Encik Silman. Rayz kembali semula ke rumah lamanya di Bandar Matunggong. Walaupun Rayz sudah meninggalkan rumah tersebut, ternyata perangai Wai – Wai itu tidak berubah. Malahan kegiatan keluar malamnya itu semakin menjadi – jadi.

Pada suatu malam, Wai – Wai keluar dari rumahnya lewat jam sebelas dan keluar bersama rakan sekelasnya yang bernama Tina dan Florance. Mereka menaiki kereta Aston Martin milik Wai – Wai kemudian mereka menuju ke salah sebuah kelab malam yang terkenal di Metropolis Kinabalu. Di situ mereka berkenalan dengan 5 jejaka yang juga merupakan penuntut kolej yang sama. Wai – Wai terlalu seronok bersembang dengan mereka sehingga dia terlupa bahawa tidak semua orang yang baru sahaja ditemui adalah orang yang baik. Tanpa pengetahuannya, salah seorang dari jejaka itu memasukkan pil khayal di dalam minuman yang dipesannya.

Selepas meminum minuman itu, Wai – Wai mulai berasa pening kepala. Salah seorang dari jejaka itu yang bernama Jeff, menawarkan diri untuk menghantarnya. Tanpa sedikit pun perasaan ragu, Tina dan Florence mengizinkan sahaja jejaka yang baru sahaja mereka kenali itu untuk menghantar Wai – Wai. Jeff rupa – rupanya telah pun memasang niat yang tidak baik terhadap Wai – Wai. Nampaknya pemakaian Wai – Wai yang agak seksi itu telah menimbulkan nafsu syaitannya. Kereta Aston Martin itu melencong menuju ke tempat pembinaan bangunan terbengkalai yang berada di luar kawasan Metropolis Kinabalu.

Setibanya di situ, Jeff pun mengangkat Wai – Wai masuk ke dalam sebuah bilik yang kosong. Dia pun mengamati tubuh Wai – Wai itu dengan penuh nafsu. Wai – Wai langsung tidak menyedari dirinya bakal menjadi mangsa lelaki bertopengkan syaitan itu kesan daripada pil khayal yang digunakan oleh Jeff. Dia pun cuba membuka baju yang dipakai oleh Wai – Wai itu. Belum pun sempat dia membuka baju Wai – Wai, satu pukulan yang kuat tiba – tiba hinggap di belakang kepalanya. Jeff terjelepuk rebah ke bumi dan tidak sedarkan diri.

Orang yang memukul kepala Jeff itu ialah Rayz. Rupa – rupanya, Encik Silman meminta Rayz mengawasi Wai – Wai semula kerana bimbang perkara buruk akan berlaku terhadapnya. Dia memberikan Rayz sebuah apartmen sementara supaya dia dapat menjaga keselamatan Wai –Wai. Rayz menurut sahaja permintaan ayah angkatnya itu kerana dia sendiri telah pun menganggap Wai – Wai sebagai adik kandungnya sendiri. Rayz sering mengikut Wai – Wai acapkali dia pergi keluar malam. Dan pada malam itu dia terlihat Jeff memandu kereta Wai – Wai menuju ke tempat yang tidak sepatutnya. Itulah sebabnya dia mengekori Jeff dari belakang.

Rayz membuat panggilan kepada Balai Polis Induk Metropolis Kinabalu dan memberitahu perbuatan Jeff itu. Jeff diikatnya dengan tali supaya dia tidak dapat melepaskan diri. Kemudian dia pun membetulkan pakaian Wai – Wai dan mendukungnya ke kereta. Selepas ketibaan pihak polis, dia pun menghantar Wai – Wai ke rumahnya. Kemudian Rayz kembali semula ke Balai Polis Induk Metropolis Kinabalu untuk membuat keterangan. Selepas itu, Rayz kembali semula ke Bandar Matunggong. Dia masih lagi ingat akan janjinya untuk menunaikan permintaan Wai – Wai iaitu, jangan kembali semula ke rumah Encik Silman.

Selepas mengetahui perkara tersebut daripada mulut ibubapa dan juga kedua – dua sahabatnya iaitu Tina dan Florence, Wai – Wai pun menangis kerana berasa teramat bersalah terhadap Rayz. Lelaki yang amat dibencinya itu, rupa – rupanya memiliki hati yang teramat mulia. Wai – Wai bertekad meminta maaf dari Rayz. Dengan bertemankan Tina dan Florence, Wai – Wai pun memandu menuju ke Bandar Matunggong untuk berjumpa dengan Rayz. Sebaik sahaja mereka tiba di rumah Rayz itu, sekali lagi Wai –Wai terpegun.

Dia terlihat Rayz sedang bermain dengan banyak kanak – kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun. Pada permulaannya mereka menyangka mereka tersalah rumah. Setelah bertanya dengan seorang pekerja yang sedang membersihkan halaman rumah berkenaan, barulah mereka mendapat tahu bahawa rumah Rayz itu telah dijadikannya sebagai TASKA bagi kanak – kanak yatim piatu. Rayz menggunakan kesemua harta peninggalan mendiang ibubapanya untuk membina TASKA tersebut.

Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh pekerja itu, Wai – Wai semakin rasa bersalah terhadap Rayz. Selama ini, dia menyangka Rayz tinggal dengan keluarganya kerana inginkan harta dan kekayaan ayahnya, Encik Silman. Sebab itulah dia berasa benci terhadap Rayz. Namun pada hari ini, tanggapannya itu berubah sama sekali. Lelaki seperti Rayz ini amat jarang dijumpai pada zaman sekarang ini. Timbul perasaan kagum di dalam hati Wai – Wai.

Rayz pun menyapa Wai – Wai dan kedua – dua sahabatnya sebaik sahaja melihat mereka masih lagi tercegat di luar pagar TASKA tersebut. Dia mempelawa mereka masuk dan minum dahulu. Tina dan Florence mengucapkan terima – kasih terhadap pelawaan Rayz itu dan membuat keputusan untuk menunggu di kereta sahaja. Wai – Wai pun mengikuti Rayz masuk ke dalam TASKA tersebut. Selepas Wai – Wai dipersilakan duduk, Rayz memohon diri ke dapur kemudian kembali semula dengan dua cawan teh. Dia memberikan satu cawan itu kepada Wai – Wai.

“So, what brings you all the way to Kudat Wai – Wai?” kata Rayz bertanyakan tujuan kedatangan Wai – Wai itu.

Wai – Wai tidak menjawab pertanyaan Rayz itu dan hanya mendiamkan diri sahaja. Rayz berasa hairan melihat reaksi Wai – Wai itu.

“Is something bothering you? Want to discuss about it?” tanya Rayz semula.

“Wai – Wai ingin meminta maaf atas semua perkara yang Wai – Wai lakukan terhadap Rayz,” kata Wai – Wai memulakan bicaranya.

“Oh, pasal itu. It’s okay, you don’t have to worry about it,” jawab Rayz sambil tersenyum.

“But, I’ve been such a terrible person. I don’t even know if I could ever forgive myself...” air mata Wai – Wai mulai menitis. Dia benar – benar insaf dan menyesal terhadap semua perkara yang pernah dilakukannya terhadap Rayz.

“Wai – Wai tak buat apa – apa pun terhadap Rayz. Tidak ada apa yang perlu Rayz maafkan. Cukuplah kalau Wai – Wai sedar sendiri akan kesilapan Wai – Wai,” pujuk Rayz.

“Betulkah apa yang dikatakan oleh Rayz itu? Bukankah Wai – Wai banyak menyakiti hati Rayz?”

“Seperti apa yang Rayz katakan tadi, Wai – Wai tidak bersalah terhadap Rayz. So, there’s nothing for me to forgive. Lagipun, prinsip Rayz ialah “Forgive and Forget”. Apa yang sudah berlaku itu, biarkan sahaja berlalu.”

Hati Wai – Wai lega sedikit mendengar kata – kata Rayz itu. Dia benar – benar tertarik dengan prinsip “Forgive and Forget” yang diamalkan oleh Rayz itu. “Wai – Wai ada satu permintaan daripada Rayz.”

“Apa dia? Kalau Rayz dapat tunaikan, Rayz akan cuba.”

“Wai – Wai mahu Rayz kembali semula ke rumah. Ia adalah rumah Rayz juga dan Rayz juga merupakan....” Wai – Wai tidak menamatkan kata – katanya. Dia tertunduk malu. Pipinya kelihatan merah.

“Rayz juga merupakan?” kata Rayz meminta Wai – Wai menyambung kata – katanya.

“...Abang Wai – Wai.”

Rayz tersenyum mendengar kata – kata Wai – Wai itu. Nampaknya Wai – Wai benar – benar dapat menerimanya sebagai abang sekarang. “Boleh. Rayz boleh tunaikan permintaan Wai – Wai itu tapi dengan satu syarat?”

“Apa syaratnya?”

“Wai – Wai kena belikan Rayz buku “Secrets of Zodiac Signs” setiap bulan. Bagaimana?”

“Ok. Wai – Wai janji,” jawab Wai – Wai sambil tersenyum manis. Dia benar – benar berasa gembira mendengar Rayz sanggup pulang semula ke rumah ayahnya. Bermulai dari situ, perhubungan mereka kembali pulih seperti biasa. Namun jauh di sudut hati Wai – Wai dia juga sedar yang dia mulai menaruh perasaan yang istimewa terhadap Rayz. Perasaan itu terpaksa dipendamkan lantaran ‘hubungan’ diantara mereka berdua itu.

Lamunan Wai – Wai itu terhenti tatkala telefon bimbit Nokia X1720 nya tiba – tiba berbunyi. Dia mengambil telefon bimbit itu dari kocek skirtnya dan menekan butang ‘answer’. “Hello, Wai – Wai Silman speaking?”

“Wai – Wai, ini Daddy bercakap,” kata suara di corong telefon tersebut. Suara itu milik Encik Silman, ayah kepada Wai – Wai.

“Oh, Daddy. Kenapa Daddy menelefon Wai – Wai lewat malam ini?”

“Daddy Cuma ingin mengingatkan Wai – Wai mengenai perjumpaan dengan keluarga Dato Brauner tengah hari esok.”

Wai – Wai terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Encik Silman itu. Dato Brauner merupakan seorang ahli perniagaan Saudi Arabia yang terkenal. Keluarga mereka merupakan salah satu keluarga terkaya di seluruh dunia. Anak lelaki Dato Brauner, Jamal Brauner telah jatuh hati kepada Wai – Wai sewaktu mereka bersama – sama menghadiri suatu majlis perasmian di Amerika Syarikat. Mereka telah datang ke Sabah semata – mata untuk meminang Wai – Wai dari keluarganya.

“Daddy, Wai – Wai tidak ingin berkahwin dengan Jamal. I’m still young. There’s so much more that I wanted to do.”

“Wai – Wai, jangan terlalu berfikir tentang perkara ini. Jamal Brauner adalah seorang lelaki yang baik. Keluarganya juga keluarga yang berada. Tidak rugi bagi Wai – Wai seandainya Wai – Wai berkahwin dengannya.”

Wai – Wai menarik nafas lesu. Dia semakin rimas dengan keadaan ini. Sebenarnya telah banyak lelaki yang ingin mengahwininya namun hatinya tetap milik seorang lelaki. Dan lelaki itulah yang selama ini ditunggunya.

“Daddy. Wai – Wai benar – benar tidak ingin berkahwin dengan Jamal. Wai – Wai sudah pun ada seseorang yang Wai – Wai cintai.”

“Hmm. That has been the same answer that you gave me for the last 2 years Wai – Wai. Kalau benar Wai – Wai sudah ada seorang lelaki yang Wai – Wai benar – benar cintai, kenapa Wai – Wai tidak ingin menjemput dia datang ke rumah?”

Keadaan menjadi sunyi seketika. Sekali lagi Wai – Wai terkedu, tidak dapat memberikan jawaban yang sesuai kepada pertanyaan ayahnya itu. Setiap kali ada lelaki yang ingin mengahwininya, Wai – Wai pasti memberikan alasan yang sama iaitu dia telah ada ‘seseorang’ yang istimewa.

“Alright. I’ll be home before 12 o’clock in the afternoon. Daddy jangan bimbang.”

“Excellent. Daddy harap Wai – Wai akan mempertimbangkan perkara ini. Baiklah, hari pun dah semakin lewat, pastikan Wai – Wai memandu dengan cermat nanti okay?”

“Ok. Wai – Wai akan memandu dengan cermat. Take care Daddy.”

Wai – Wai menekan butang ‘end’ di telefon bimbitnya. Dia mengetuk – ngetukkan telefon bimbit itu ke dahinya. Wai – Wai semakin rimas dengan keadaan yang selalu dialaminya itu. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek skirtnya semula. Gelas dengan lukisan gambar zodiak Saggitarius itu direnungnya. Masih lagi teringat di kotak fikirannya sewaktu Rayz memberikan Gelas itu pada hari ulang tahunnya yang ke 21. Dia tersenyum sendirian.

Wai – Wai pun berjalan menuju ke meja pejabatnya. Dia meletakkan gelas itu berhampiran dengan telefon mejanya. Dia pun duduk di kerusi dan mematikan Laptop yang masih lagi terpasang. Selepas mengemaskan fail – fail yang ada di atas mejanya, dia pun mengambil tas tangannya sambil memusing – musingkan kunci keretanya. Tiba – tiba dia terdengar bunyi kaca pecah terhempas ke lantai. Dia berpaling ke belakang dan terlihat gelas pemberian Rayz itu telah pecah terjatuh di atas lantai.

Wai – Wai memungut serpihan gelas tersebut. Hatinya dilanda kerisauan yang tidak terkata. Seolah – olah apa yang berlaku itu ingin memberitahunya sesuatu.

“Rayz, Wai – Wai harap Rayz tidak apa – apa...”

*********************************************************************************

Rumah sewa Rayz di Bandar Raya Kudat...

Kelihatan Ady sedang berdiri di jendela biliknya. Dia sedang merenung ke langit yang dipenuhi bintang – bintang itu. Dia meneguk bir sejuk yang berada di tangan kanannya. Ady terkekeh sendirian seolah – olah sedang berfikir tentang suatu yang lucu. Dia kelihatan tersenyum namun senyumannya itu tampak misteri.

“It has begun...” katanya dengan perlahan.

*********************************************************************************

Bangunan Utama ISRC US...

3 orang Pegawai Tertinggi ISRC itu sedang memerhatikan sebuah layar komputer yang besar. Gambar pada layar itu menunjukkan 2 jaluran tenaga yang berwarna biru dan merah. Jaluran tenaga itu kelihatan berdenyut - denyut dengan irama yang sama.

"Another type of resonace... but who does it belong to?" tanya pegawai yang pendek dan gemuk itu.

"The blue one represents Rayz Silman, The Dunamist. But the "RED" one...," kata pegawai tinggi lampai.

Ketua Pegawai ISRC itu mengerutkan dahi. Kepalanya ligat berfikir.

"Is it the Grogan's?" tanya pegawai pendek dan gemuk itu lagi.

"No. The Grogan's emits green energy resonance and it is different than Rayz Silman's. This "RED" resonace is exactly like Rayz Silman's," tambah pegawai tinggi lampai itu.

Ketua Pegawai ISRC itu berpaling ke belakang dan meninggalkan bilik tersebut. Kedua - dua pegawai pendek dan tinggi lampai itu berpandangan sesama sendiri.

Ketua Pegawai ISRC itu membuka tali leher yang dipakainya. Peluh dingin membasahi seluruh wajahnya. Dia kelihatan takut sekali. Dia mengambil sebuah alat berbentuk picagari kecil diperbuat dari logam aluminium dari dalam kot hitamnya. Terdapat cecair berwarna biru nila di dalam picagari itu. Dia menyuntikkan picagari itu ke lehernya. Kelegaan jelas terpancar di wajahnya.

Tiba - tiba dia tersentak tatkala mendengar bunyi derapan kasut sepatu yang kuat. Pandangannya dialihkan ke hujung lorong tempatnya berdiri. Nun jauh kelihatan kelibat seorang lelaki yang memakai kot hitam dengan tali leher merah sedang berjalan menuju ke arahnya. Wajahnya ditutup dengan sebuah topeng hitam yang cuma menampakkan mata. Lelaki itu berhenti lebih kurang 5 meter jauhnya dari Ketua Pegawai ISRC itu. Matanya menyorot ganas. Dengan spontan Ketua Pegawai ISRC itu berlutut di hadapan lelaki misteri itu.

"Master..." kata Ketua Pegawai ISRC itu pendek.

No comments: