Wednesday, September 16, 2009

Chapter 16


CHAPTER 16 : The General

Tempat : Pengkalan Militari GDTF Cawangan Sabah, Labuan Island

Masa : 09.00 AM

Tarikh : 06 Disember 2009

Pengkalan Militari GDTF Cawangan Sabah terletak di Pulau Labuan. GDTF Induk di US telah membeli keseluruhan pulau tersebut dan ianya telah dijadikan sebuah pengkalan tentera yang terbesar sekali di Asia Tenggara. Teknologi ketenteraan yang terdapat di situ hampir – hampir menandingi kekuatan Militari US itu sendiri.

Pengkalan Militari ini di perintah oleh seorang Jeneral yang bernama Razak. Beliau berusia 54 tahun dan juga merupakan orang ketiga berkuasa di negeri Sabah selepas Menteri Tinggi Sabah dan Menteri Pertahanan Sabah. Beliau juga telah di beri gelaran sebagai “Shark Boss” atau “Tuan Jerung” kerana perangainya yang tidak suka diperintah orang lain terutamanya arahan dari pihak atasan seperti Menteri Pertahanan Sabah. Gelaran itu juga ada kaitan dengan pasukan tentera udara yang berada di bawah kekuasaannya. Pasukan tentera udara itu di gelar “JAWS” yang sesuai dengan nama panggilannya “Shark Boss”.

Selain menguasai Pasukan JAWS, beliau juga memiliki separuh dari kuasa Militari di negeri Sabah. Di antara pasukan tentera yang dikuasainya, yang paling terkenal ialah pasukan “E.F.” atau “Elite Force”. Pasukan ini merupakan yang terbaik di antara yang terbaik. Mereka semua mahir dalam pertempuran laut, darat mahupun hutan. Misi – misi yang dikendalikan oleh mereka biasanya amat rahsia dan merbahaya. Selain daripada itu, pasukan ini juga bertugas sebagai pengawal peribadi kepada Jeneral Razak.

*********************************************************************************

Jeneral Razak sedang berdiri menghadap tingkap pejabatnya yang bertentangan dengan permukaan laut. Dia memakai pakaian seragam berwarna hitam gelap. Di bahu kirinya ada mantel yang panjang sampai ke lutut. Terdapat logo GDTF di atas mantel tersebut. Di pinggang kanannya, tersisip pedang tentera. Dia sedang mengamati kapal – kapal laut yang sedang berlayar di perairan pulau tersebut. Mukanya tampak menunjukan beliau tidak berapa gembira. Misainya yang tebal membuatkan wajahnya yang kian berusia itu tampak garang. Tiba – tiba interkom di atas mejanya berbunyi. Satu suara wanita kedengaran dari interkom tersebut.

“Sir, Lieutenant Payed is here to see you,” kata suara di interkom itu.

Jeneral Razak mendengus dan berkata,”Send him in.”

Sejurus kemudian pintu pejabatnya terbuka dan seorang lelaki berambut pendek ala tentera pun masuk ke dalam. “L.T. Payed” kelihatan tertulis di atas poket sebelah kirinya. Lelaki itu memberi tabik hormat dan berjalan menuju ke arah meja Jeneral Razak.

“Lieutenant Payed reporting, Sir!” kata lelaki bernama Payed itu dengan tegas.

“At ease soldier,” balas Jeneral Razak.

“Thank you Sir!” balas Leftenan bernama Payed itu. Dia pun meletakan sebuah fail berwarna hitam di atas meja Jeneral Razak. Terdapat tulisan GDTF: CONFIDENTIAL FILE di atas kulit fail tersebut. Jeneral Razak mengambil fail tersebut dan membelek – beleknya.

Jeneral Razak mengalihkan perhatiannya kepada Leftenan Payed. Mata kanannya itu memandang tepat ke arah Leftenan Payed. Jeneral Razak cuma mempunyai satu lagi mata yang baik. Mata kirinya telah buta akibat terkena letupan periuk api sewaktu dia pergi berperang di Vietnam. Oleh itu dia pun menutup mata kirinya dengan penutup mata berwarna hitam. Air muka Jeneral Razak pada waktu itu amat serius. Dia seolah – olah berasa tidak puas hati dengan sesuatu.

“Bagaimana dengan siasatan kita terhadap insiden di Lahad Datu tempoh hari?” tanya Jeneral Razak kepada Leftenan Payed dengan air muka yang serius.

Leftenan Payed menelan air liurnya sebelum menjawab pertanyaan orang atasannya itu. “Menurut laporan Kapten Endra di Lahad Datu, meteor yang jatuh di Lahad Datu tempoh hari adalah meteor yang sama yang memusnahkan dua pesawat KB – 51 tempoh hari. Dia juga pasti yang insiden ini ada kaitan dengan kewujudan makhluk asing,” terang Leftenan Payed.

“Meteor tersebut meletup dan membunuh pasukan saintis dari ISRC Metropolis Kinabalu, betul?”

“Betul Tuan. Menurut maklumat dari pihak ketenteraan, satu makhluk yang tidak dikenali telah muncul dari dalam meteor tersebut. Makhluk itu jugalah yang telah membunuh ketua Field Work ISRC di Lahad Datu iaitu Leon Tremmel.”

Jeneral Razak berdiri dari kerusinya dan berjalan menuju ke Mini Bar yang berada di dalam bilik pejabatnya itu. Dia menuangkan arak jenis Scotch ke dalam sebiji gelas dan meneguknya. Leftenan Payed cuma melihat gelagatnya itu. Jeneral Razak kembali semula ke tempat duduknya dan meletakkan gelas berisi Scotch itu di atas mejanya.

“Insiden di Pelabuhan Bandar Raya Kudat, adakah ianya berkaitan dengan insiden di Lahad Datu?” tanya Jeneral Razak lagi.

“Menurut pegawai GDTF yang di hantar di Pelabuhan Bandar Raya Kudat, terdapat kesan serangan makhluk yang tidak dikenali di tempat tersebut. Beberapa orang penduduk dan juga beberapa pegawai B.H.U dari ISRC juga terbunuh di tempat kejadian,” jawab Leftenan Payed.

“Ada orang yang terselamat?”

“Ada Tuan. Profesor Colline Sullivan, Deputy Chief Director ISRC Metropolis Kinabalu.”

“Profesor Colline Sullivan? Mengapa pula makhluk tersebut pergi menyerangnya dan juga pegawai – pegawai B.H.U yang ada bersamanya?”

“Menurut maklumat ketenteraan kita, Profesor Colline baru sahaja balik dari Pulau Banggi. Beliau berada di situ untuk mengkaji sebuah meteor yang jatuh terhempas di pulau tersebut. Kita juga menerima maklumat bahawa beliau telah menemui suatu objek misteri di mana tapak meteor itu terhempas.”

“Objek misteri? Kamu pernah melihat objek ini?” nada suara Jeneral Razak tiba – tiba berubah.

“Tidak Tuan. Tetapi saya rasa objek itu mungkin berada di ISRC Metropolis Kinabalu,” balas Leftenan Payed dengan jujur.

“Bagaimana dengan saintis – saintis kita? Apa pendapat mereka terhadap ke dua – dua insiden bekenaan?”

“Saya tidak berasa pasti dengan apa yang mereka katakan. Tetapi, mereka kata objek yang jatuh di Pulau Banggi dan juga kemunculan makhluk asing di Lahad Datu memang ada kaitan. Mereka juga memerlukan data dan masa yang lebih panjang untuk membuktikannya.”

Jeneral Razak meneguk Scotch itu dari gelasnya lagi. Dahinya berkerut seolah – olah sedang memikirkan sesuatu. “Berdasarkan kedua- dua insiden yang berlaku di Kudat dan Lahad Datu, saya boleh merumuskan bahawa objek yang berada dengan ISRC dan juga makhluk asing dari Lahad Datu itu mempunyai connection yang istimewa. Itulah sebabnya makhluk itu menyerang Professor Colline dan juga mereka yang ada bersamanya. To put it more accurately, if we have the object, we can lure the alien towards us!”

“What do you propose General?” tanya Leftenan Payed kepada Jeneral Razak.

Jeneral Razak tidak menjawab pertanyaan Leftenan Payed itu. sebaliknya dia menjawab dengan memberikan satu senyuman yang misteri. “Lieutenant, we are going to ISRC Metropolis Kinabalu!”

No comments: