Monday, September 7, 2009

Chapter 8


CHAPTER 8 : The Professor, The Pharmacist and The Chief

Tempat : Hospital Induk Kudat

Masa : 09.00 PM

Tarikh : 25 November 2009

Selepas bertanya dengan beberapa orang jururawat, akhirnya Rayz berjaya menemui bilik rawatan E123. Dia melihat ke dalam bilik itu melalui cermin kaca pada pintu bilik rawatan itu. Kelihatan di dalam, Colline sedang duduk di atas katil sementara seorang doktor wanita sedang membalut pergelangan kakinya sambil dibantu oleh dua orang jururawat. Rayz membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja memandangkan doktor itu masih belum selesai.

“There you go, Miss Colline. I’ve finished applying the bandage on your ankle. Just make sure to take a lot of rest, and your ankle will heal faster.” ujar doktor itu selepas selesai membalut pergelangan kaki Colline. “Thanks doctor, I appreciate it,” balas Colline sambil tersenyum. Doktor itu pun mengarahkan salah seorang jururawat tadi mengambil sebuah kerusi roda di belakang bilik rawatan tersebut dan meminta Colline duduk di atasnya. Selepas itu, doktor itu menolak kerusi roda itu keluar dari bilik rawatan.

Colline terlihat Rayz sedang menunggunya di luar. Sebaik sahaja melihat Colline datang, Rayz menghampirinya dan berkata,”How are you doing?”.

“Biasa sahaja. Kaki Colline terseliuh, but it’s okay now,” balas Colline. “Rayz pula macam mana?” giliran Colline pula yang bertanya.

“Rayz okay. Dapat jahitan secara ‘free’ di bahu,” balas Rayz tersenyum bodoh.

“Apa – apa pun, Colline ucapkan terima – kasih sebab selamatkan Colline.”

“Don’t mention it. Secara kebetulan Rayz melalui kawasan itu tadi,” jawab Rayz sambil tersenyum.

Tiba – tiba Colline terlihat seorang lelaki sedang berjalan menuju ke arahnya. Lelaki itu berambut pendek dan juga memakai cermin mata. Lelaki itu juga memakai kot berwarna hitam. Penampilannya menunjukkan dia adalah seorang yang berkedudukan kelas atasan. Terdapat sejambak bunga mawar putih di tangan kanannya. Colline kenal benar siapa lelaki itu, Danny Dexter.

“I came as fast as I could. Colline tak apa – apa?” Danny mendekati Colline dan mengucup dahinya. Colline memejamkan mata tatkala bibir Danny itu menyentuh dahinya. Kemudian Danny menyerahkan jambangan bunga mawar itu kepada Colline. Rayz berasa agak janggal dengan keadaan itu. “Thank you for treating Colline, doctor,” lelaki bernama Danny itu bersalam dengan doktor tersebut. “It was our pleasure, Chief Danny,” doktor itu menjawab sambil tersenyum.

Doktor itu pun meninggalkan mereka bertiga. Mereka bertiga senyap seketika. Kemudian Colline berdehem untuk memecahkan kesunyian itu. “Danny, kenalkan, ini Rayz Silman. Dia yang menyelamatkan Colline dari serangan makhluk asing di pelabuhan sebentar tadi. Rayz, this is my fiance, Danny,” kata Colline memperkenalkan mereka berdua. Kedua – dua lelaki tersebut berjabat tangan dan cuba tersenyum.

“Saya mengucapkan terima – kasih atas bantuan Encik Rayz. Kami benar – benar menghargainya,” kata Danny kepada Rayz.

“Oh, it’s okay really. I just happened to pass there, so I only did what was necessary,” jawab Rayz merendahkan diri.

“So, Encik Rayz bekerja sebagai...?” tanya Danny sambil menolak kerusi roda Colline itu menuju ke bilik berehatnya.

“Just call me Rayz. Saya bekerja di EDUARDO PHARMACY. Salah satu kedai farmasi di Bandar Raya Kudat,” jawab Rayz bersahaja.

“I see. Well, I am the Chief Director of ISRC Sabah Department. And Colline here is working for me,” ujar Danny. Rayz dapat melihat Colline tidak berapa menyukai perbualan mereka itu. Beberapa minit kemudian mereka pun tiba ke bilik Colline. Danny mendukung Colline dan membaringkannya di atas katil. Rayz cuma mendiamkan diri. Air muka Colline menunjukkan yang dia tidak berapa selesa berbual dengan Danny kerana kehadirannya di situ. Dia faham. Jadi, dia membuat keputusan untuk meminta diri.

“Well, I think I have to go now. I still have something that I need to do. Colline, Mr. Danny, I bid you farewell,” kata Rayz dan berjalan menuju ke arah pintu keluar.

“Wait Mr. Rayz. It is only natural that I give you a reward for your help,” Danny meminta Rayz menunggu sebentar. Kemudian dia mengeluarkan sekeping buku cek dari dalam kocek kotnya dan menulis sesuatu angka. Dia menceraikan cek itu dari bukunya dan memberikannya kepada Rayz. Apa yang dilakukan oleh Danny itu membuat Rayz dan Colline agak terkejut.

“It’s okay Mr. Danny. Like I said, I just did what I think was right,” balas Rayz menolak pemberian Danny itu.

Danny tersenyum dan menjawab,”I see. I thought people like ‘you’ are used to accept rewards”. Kata – kata itu membuat Rayz terkedu. Dia benar – benar tidak faham mengapa Danny berkata sedemikian. Adakah dia berkata begitu kerana dia menyangka Rayz ni orang yang suka mengambil kesempatan? Adakah kerana dia tidak senang dengan kehadiran Rayz di situ? Ataupun dia ‘cemburu’? Rayz cuba meneka – neka sendiri dalam hatinya.

“Danny... Rayz bukan orang yang sebegitu,” Colline mencelah perbualan Danny dan Rayz untuk mengurangkan ketegangan yang sedang berlaku di antara mereka.

“Oh! Maaf. Saya tidak bermaksud apa – apa. Tetapi, saya benar – benar ikhlas memberikan cek ini,” kata Danny menghulurkan cek itu kepada Rayz sekali lagi.

Rayz tersenyum dan berkata, ”Saya tak boleh terima pemberian ini. Seperti yang saya katakan, saya juga ikhlas membantu Colline. Kalau tiada apa – apa lagi, saya minta diri dulu Encik Danny, Colline?”. Selepas berkata sedemikian, Rayz meninggalkan bilik itu dan berjalan menuju ke arah lif hospital tersebut.

“He’s a nice guy,” guman Danny kepada Colline. Colline pula berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Apa yang dilakukan oleh Danny itu adalah sesuatu yang kurang sopan. Danny pun duduk di atas katil Colline dan cuba untuk mengucup pipinya semula. Colline mengelak kucupan tersebut dan membuat muka yang masam.

“Hey, kenapa ni?” tanya Danny sambil membelai rambut Colline. Colline tidak segera menjawab pertanyaan Danny itu. Dia cuba untuk mencari kata – kata yang sesuai untuk dikatakan kepada Danny.

“Kenapa ni?” Danny mengulangi pertanyaannya semula.

“What you did wasn’t very nice, Danny. How can you treat someone like that? Sometimes I really don’t understand you,” ujar Colline memulakan bicaranya. Colline merenung wajah Danny dengan air muka yang tidak puas hati.

Danny bangun dari katil Colline dan berjalan menuju ke arah tingkap bilik tersebut. Dia membuka tingkap tersebut dan melihat pemandangan yang ada di depannya. Bunyi kenderaan kedengaran dari luar bilik itu. Colline masih lagi menanti jawapan dari Danny. Danny membetulkan kotnya tanpa menoleh ke arah Colline.

“Sesetengah orang dari golongan seperti dia itu memiliki niat yang jahat. Kita tidak boleh terlalu mempercayai seseorang,” kata Danny dengan tenang. Dia masih lagi melihat pemandangan di luar tingkap tersebut.

“Don’t judge a book by it’s cover Danny. Colline tidak rasa Rayz seperti orang yang Danny maksudkan itu,” balas Colline pula.

“You know, that has always been your problem, Colline. Colline terlalu mudah mempercayai seseorang. Tell me, what makes you so sure that this Rayz guy is not a bad guy?”

“Because I once live like him...” jawab Colline pula. Jawapan Colline itu mematikan kata – kata Danny yang seterusnya. Adakah Danny mengalah dengan Colline? Ataupun ada sesuatu yang membuatnya terdiam.

Colline sebenarnya datang dari keluarga yang sederhana. Dia dan keluarganya tinggal di Bandar Matunggong. Ayahnya, Encik Sullivan, bekerja sebagai seorang Kerani di Pejabat Daerah Matunggong. Sementara ibunya pula bekerja sebagai Guru Tadika di Bandar Matunggong.

Selepas tamat Tingkatan 5 di Sikuati Advanced Secondary School (SASS), dia membuat permohonan untuk masuk ke ISC atau International Science College di Bandar Raya Kudat dan mengambil Matrikulasi Sains selama setahun. Pertemuannya dengan Danny berlaku sewaktu pendaftaran pelajar baru di ISC. Danny telah membantunya membayar yuran pengajiannya ketika itu. Dari titik perkenalan itu, mereka menjadi kawan baik memandangkan mereka mengambil jurusan yang sama. Malahan mereka juga berada di kelas yang sama. Tetapi mereka berpisah selepas itu kerana mengikut jejak masing – masing.

Selepas menamatkan matrikulasi, Colline melanjutkan pelajarannya ke Semenanjung Malaysia. Di sana, dia mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam Micro – Meteorology di Universiti Malaya. Berkat usaha gigihnya, dia berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Mudanya dalam 2 tahun sahaja. Oleh kerana keputusannya yang cemerlang, dia telah ditawarkan biasiswa oleh sebuah syarikat swasta untuk meneruskan pengajiannya di US. Colline menerima tawaran itu dan melanjutkan pelajarannya di The Illinois University of Advanced Science. Colline mengambil Master in Macro – Meteorology bagi menamatkan jurusan kaji bintangnya itu. Di sana, dia telah bertemu semula dengan Danny yang sedang mengambil jurusan Rocket Engineering. Colline dan Danny sama – sama mengambil jurusan kedoktoran mereka di The Illinois University of Advanced Science. Colline mengambil jurusan Meteorology bagi sijil kedoktorannya. Mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih dan sama – sama menamatkan jurusan kedoktoran pada tahun 2007.

Colline dan Danny mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mereka kembali ke tanah air Sabah. Selepas setahun, Danny telah dilantik menjadi Chief Director ISRC cawangan Sabah kerana ayahnya memiliki ‘hubungan’ dengan orang – orang yang berpangkat besar di Pejabat Utama ISRC di US. Sebaik sahaja dia menjadi Chief Director, Danny menjemput Colline bekerja dengan ISRC.

Mereka berdua diam seketika. Danny masih lagi melihat pemandangan di luar tingkap bilik itu. Sementara Colline pula merenung jam tangan yang ada di tangan kirinya. Ianya sudah menunjukkan jam 10.45 PM. Selepas itu dia mengalihkan pandangannnya kepada Danny pula. Danny menutup tingkap itu semula memandangkan hawa sejuk malam semakin banyak menyerbu masuk ke dalam bilik itu.

“Danny tahu maksud Colline itu. Dan, Danny minta maaf sebab berkata sedemikian kepada Rayz,” akhirnya Danny bersuara memecahkan kesunyian. Kata – kata Danny itu membuatkan Colline tersenyum. Colline menghargai kata – kata Danny itu. “It’s okay. You don’t have to apologize, Danny,” balas Colline. Danny menghampiri katil Colline semula dan duduk di sebelahnya. Dia memegang lembut tangan Colline dan mengucupnya. Pandangan mereka bertemu dan mereka sama – sama tersenyum.

“Okay. Let’s change the subject. Bagaimana dengan meteor yang terhempas di Pulau Banggi tu? Colline ada membawa objek yang Colline temui itu?” tanya Danny sambil membelai rambut Colline dengan manja.

“Seperti yang Colline telah laporkan kepada Danny sebelum ini, Colline telah menemui satu objek asing di mana meteor itu terhempas. Ianya berada di dalam lubang sedalam 13 meter. Kalau teori Colline tidak silap, objek itu terhempas bersama – sama dengan meteor di pulau itu,” terang Colline.

“Interesting. Apa yang Colline boleh rumuskan tentang ciri – ciri objek itu?” tanya Danny semula, semakin berminat.

“Well, the Substance Scanner indicated that the object is not from this planet. I mean, there is no match with any substances found on planet Earth,” Colline menambah lagi.

“I see. Can I take a look at the object?” balas Danny, meminta kebenaran untuk melihat objek itu sendiri.

“Of course. Ianya di dalam bekas kedap udara, di dalam almari ini,” terang Colline menunjukkan almari kecil yang berada di tepi katilnya. Danny mendekati almari tersebut. Dia membongkok dan mengambil satu bekas kedap udara berwarna perak dari dalam almari kecil tersebut. Kemudian Danny meletakkan bekas itu di atas katil berdekatan dengan kaki Colline. Sebaik saja dia membuka penutup bekas itu, objek berbentuk X itu mulai terapung – apung dengan sendirinya. Ia juga mengeluarkan kilauan cahaya berwarna kebiru – biruan.

“Amazing!” Danny meluahkan rasa kagumnya melihat objek tersebut. Dia mengamati objek tersebut dari pelbagai sudut. Sesungguhnya objek tersebut adalah sesuatu yang amat mengagumkan sesiapa jua yang melihatnya. Colline hanya memandang gelagat Danny itu sambil tersenyum.

“Ada apa – apa ciri lagi yang Colline temui pada objek ini?” soal Danny lagi. Colline tidak segera menjawab pertanyaan Danny itu. Ingatannya mengimbas semula kepada serangan makhluk asing tempoh hari. Colline membuat inference sendiri bahawa mungkin ada kaitan di antara objek itu dengan kemunculan makhluk asing tersebut. Adakah makhluk asing itu tertarik dengan objek itu sehingga ia muncul dan menyerangnya? Seandainya benar, maka sesiapa jua yang memegang objek itu berkemungkinan diserang oleh makhluk asing itu!

“Colline? Are you okay?” kata Danny sambil memetik jari kanannya di depan muka Colline. Colline tersentak dari lamunannya dan memandang tepat ke arah muka Danny. “Oh! Sorry. Apa yang Danny katakan tadi?” Colline meminta Danny mengulangi soalannya semula. Danny menggeleng – gelengkan kepalanya dan mengulangi soalannya semula.

“I said, did you find any other characteristics that this object may possess?”

“Setakat ini, belum ada lagi. I need to conduct a more thorough research on the object at the lab in ISRC headquarters,” Colline menyembunyikan apa yang difikirkannnya tadi dari pengetahuan Danny.

Danny membetulkan kotnya dan berkata,”Mungkin lebih baik kalau Danny yang membawa objek ini ke HQ. Lagipun Colline kena berehat.”

“Oh! It’s okay, I’ll bring the object personally to the HQ. Don’t worry about my ankle, I think I’ll be able to walk tomorrow,” balas Colline cuba menghalang niat Danny untuk membawa objek itu ke ISRC sendiri. Dia tidak ingin Danny menjadi sasaran makhluk asing itu apabila dia membawa objek itu ke ISRC nanti.

“Are you sure? Colline laratkah nanti?” kata Danny pula. Air mukanya berasa pelik dengan jawapan Colline itu.

“Yeah. I’m pretty sure. Danny jangan bimbang, Colline akan pastikan objek itu dihantar ke HQ esok,” balas Colline lagi, ingin meyakinkan Danny.

“Well, if you say so. Danny akan tugaskan 2 orang pegawai keselamatan menjaga di depan pintu bilik Colline. Danny juga ada meminta pihak tentera untuk membuat rondaan sekitar hospital ini, just in case.”

“Thanks Danny. I really appreciate it,” kata Colline berterima – kasih kepada Danny.

“It’s my pleasure. Call me if you need anything,” balasnya pula sambil membuat isyarat telefon dengan ibu jari dan jari telunjuk kanannya.

“I will,” balas Colline sambil tersenyum manis. Danny membalas senyumannya itu. Dia mendekati Colline dan mengucup bibirnya. Buat seketika, bibir mereka bertaut. Kemudian Danny memeluk tubuh Colline dengan erat.

“Okeylah. Danny kena bergerak dulu. Ada banyak lagi benda yang Danny kena uruskan di pejabat. I’ll see you tommorow, okay?” kata Danny sambil meleraikan pelukannya. Colline mengangguk dan meleraikan pelukannya juga. Danny berjalan menuju ke pintu bilik dan sekali lagi melambai ke arah Colline sebelum keluar. Colline tersenyum ke arahnya dan membalas lambaiannya itu.

Selepas Danny meninggalkan bilik itu, Colline membuat keputusan untuk tidur kerana merasakan tubuhnya amat letih. Dia pun melelapkan matanya dan cuba melupakan kejadian ngeri yang menimpanya itu.

No comments: