Monday, October 19, 2009

Chapter 22

CHAPTER 22 : Arrival at ISRC US Gobi Desert Research Facility

Tempat : Gurun Gobi, Mongolia

Masa : 07.45 PM

Tarikh : 15 Disember 2009

Penerbangan pesawat KT – 1159 telah mencapai harinya yang ke tiga. Juruterbang pesawat itu sedang mengumumkan bahawa pesawat itu akan memulakan pendaratan dalam 3 minit lagi. Dia juga meminta kesemua penumpang untuk duduk di bilik masing – masing dan tidak berjalan di dalam kapal semasa pendaratan sedang dilakukan. Dengan perlahan – lahan pesawat itu mulai turun ke bawah.

Mendengar kata – kata Juruterbang itu, Rayz menghampiri jendela biliknya. Dia dapat melihat Gurun Gobi di luar pesawat tersebut. Pandangan Rayz tertumpu kepada satu tempat perkhemahan yang ada di Gurun Gobi itu. Keluasan perkhemahan itu mencapai beratus – ratus hektar. Khemah – khemahnya semua berwarna kuning. Terdapat sebuah lapangan terbang mini berhadapan dengan tempat perkhemahan itu. “Mungkin inilah pusat penyelidikan ISRC US,” teka Rayz dalam hatinya.

Pesawat itu pun berjaya mendarat dengan selamatnya di lapangan terbang mini tapak perkhemahan itu. Ketibaan pesawat itu telah disambut oleh anggota – anggota B.H.U ISRC US yang berada di situ. Anggota – anggota B.H.U itu memakai pakaian seragam yang berlainan warnanya dengan anggota B.H.U ISRC Cawangan Sabah. Pakaian mereka berwarna kelabu berbanding dengan unit B.H.U ISRC Sabah yang berwarna hitam dan putih.

Beberapa minit kemudian pintu pesawat itu pun terbuka. Jeneral Razak dan anak – anak buahnya pun keluar terlebih dahulu. Kolonel Chris mengarahkan anggota – anggota Elite Force itu berbaris di hadapan Jeneral Razak. Jeneral Razak pun berdiri di hadapan anggota – anggota Elite Force itu dan menunggu Danny keluar dari pesawat tersebut.

Danny dan Colline keluar bersama – sama dari perut pesawat itu, diikuti oleh Rayz dari belakang. Sebaik sahaja Danny, Colline dan Rayz menjejakkan kaki mereka ke tanah, beberapa buah Jip Hummer pun berhenti tidak berapa jauh dari tempat mereka berdiri. Seorang lelaki kurus, botak dan berjanggut keluar dari Jip Hummer yang paling hadapan sekali. Beliau memakai pakaian ahli arkeologi berwarna cream. Beliau tersenyum dan berjalan menuju ke arah mereka bertiga.

“Welcome to the ISRC US Gobi Desert Research Facility! I am Dr. Mon Dali Ashraf,” kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Danny dan Colline.

Danny menyambut tangan Dr. Mon Dali itu. “Thank you Doctor. I am Danny Dexter, the Chief Director of Malaysian ISRC Sabah Department. This is my fiance, Professor Colline Sullivan,” kata Danny sambil memperkenalkan Colline kepada Dr. Mon Dali.

“How do you do Doctor?” ucap Colline dan menghulurkan tangannya.

“Fine, thank you. I heard a lot about you Professor. Your research on the meteor that fell in Laos is truly remarkable!” puji Dr. Mon Dali.

“Its nothing really,” balas Colline merendahkan dirinya.

Dr. Mon Dali mengalihkan pandangannya kepada Rayz pula. Rayz berasa agak kekok melihat beliau memandangnya. Dr. Mon Dali pun berjalan menuju ke arah Rayz yang berdiri di belakang Danny dan Colline.

“Hello Doctor, I am...”

“Rayz Silman. I know,” Dr. Mon Dali memotong kata – kata Rayz sebelum Rayz sempat memperkenalkan dirinya.

“How did you know my name?” tanya Rayz dengan perasaan hairan.

“I heard a lot about you, -Dunamist-!” jawab Dr. Mon Dali dan tiba – tiba menundukkan kepalanya dan berlutut di depan Rayz seolah – olah menyembahnya!

Rayz terkejut melihat perlakuan Dr. Mon Dali itu. Danny dan Colline berpandangan sesama sendiri. Mereka bukannya terkejut dengan perlakuan Dr. Mon Dali itu. Sebaliknya mereka berdua terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Mon Dali tadi. Perkataan ‘Dunamist’ yang terkandung di dalam Project X yang juga merupakan rahsia ISRC Cawangan Sabah. Mereka hairan bagaimana Dr. Mon Dali mengetahuinya.

Rayz segera memegang bahu Dr. Mon Dali dan memintanya bangun. Dr. Mon Dali pun bangun dan memeluk Rayz dengan erat seperti seorang yang telah lama tidak berjumpa dengan kawan karibnya. Dia kelihatan begitu gembira dengan kehadiran Rayz di Pusat Penyelidikan itu. Rayz masih lagi terpinga – pinga dengan reaksi Dr. Mon Dali kepadanya itu.

Danny menghampiri Dr. Mon Dali. “Doctor, may I know where did you get the information about Project X? Did the Wiseman Commitee told you?” tanya Danny dengan wajah yang serius.

Dr. Mon Dali melepaskan pelukannya dari Rayz dan menepuk bahu Rayz beberapa kali sebelum mengalihkan pandangannya kepada Danny. “As a matter of fact, yes. But let me be frank with you, we know about the Project X even before the Wiseman Commitee told us about it.”

Jawapan Dr. Mon Dali itu sekali lagi membuat Danny dan Colline berasa hairan. Apakah yang dimaksudkan oleh Dr. Mon Dali apabila dia berkata dia telah mengetahui mengenai Project X lebih awal sebelum diberitahu oleh pihak Wiseman Commitee?

“Could you be more specific?” tanya Danny lagi. Dia tidak berpuas hati dengan kata – kata Dr. Mon Dali.

“Of course. But before that, let us go into the Research Facility first. The weather is quite nasty during the night here in Gobi Desert,” pelawa Dr. Mon Dali.

Dia pun mengarahkan anggota – anggota B.H.U ISRC US yang berada di situ memunggah barang – barang krew Danny yang masih berada di dalam pesawat tersebut. Dia pun mempelawa Danny, Colline dan Rayz menaiki Jip yang dinaikinya tadi. Dia juga mempelawa Jeneral Razak dan orang – orangnya menaiki Jip – Jip yang lain. Jip – Jip itu pun mulai bergerak dan menuju ke arah bangunan utama Pusat Penyelidikan itu.

*********************************************************************************

Di dalam Jip yang dinaiki oleh Danny...

“You have not answered my question Doctor,” Danny mengulangi soalannya semula.

“I see that you are very persistent Chief Director,” kata Dr. Mon Dali sambil ketawa kecil.

“It is my nature to be suspicious Doctor,” balas Danny sedikit sinis. Colline dan Rayz yang juga duduk di belakang Jip itu hanya mampu mendiamkan mereka dan mendengar perbualan mereka berdua itu.

Dr. Mon Dali ketawa lagi. Dia berasa tertarik dengan sikap Danny yang amat berhati – hati itu. “Alright. I will tell you. I suppose that you already know about the lost pyramid that was found under the sand here in Gobi Desert?”

“Yes. We are also told that the pyramid is in fact related to our Project X. Which reminds me of my original question, how did you know about Project X?” jawab Danny pula.

“It is really not that simple really. I work as a professional archeologist in ISRC US. My best skills were in terms of deciphering ancient heiroglyphics text in which the pyramid that was found here was full of ancient writings that may have even dated before the Mesopotamian Civilization. I spent 5 whole years to decipher the meanings of the writings on the walls of the pyramid. But most of the information on the walls does not mean anything except one...” Dr. Mon Dali tidak menghabiskan kata – katanya.

“Which is?” tanya Danny meminta Dr. Mon Dali menyambung kata – katanya.

“In front of the pyramid stood a great statue of a warrior. This statue is humanoid and the only difference that can be seen was the face and the eyes. The face looks like a robot of some sort with bulging eyes almost the same as light bulbs. On the foot of this statue was a stone tablet containing ancient information,” Dr. Mon Dali menyambung hujahnya.

Rayz terkejut mendengar kata – kata Dr. Mon Dali itu. Patung perwira yang dikatakannya itu amat mirip sekali dengan imej yang dilihat oleh Rayz sewaktu dia diserang sakit kepala di makmal bio-kimia no.8 tempoh hari. Perubahan wajah Rayz itu disedari oleh Colline tetapi dibiarkannya sahaja kerana bimbang Danny akan terasa pula.

“What is this information Doctor?” tanya Colline.

“The writings on the stone tablet said, ‘The light of the Dunamist will save this world from ancient evil’... After deciphering the word Dunamist, we have found that the word means ‘He who is most worthy’. But most worthy of what? We decided to further investigate the word Dunamist and finally we have found what it really means. The word means a special person or in this case, a special alien life form who can interact and harness the power of a certain Relic,” Dr. Mon Dali menerangkan penemuannya secara panjang lebar.

“That is almost the same with the information that we found in Project X. This ‘Relic’ that the writings refer to, it must be Xyver!” kata Colline dengan perasaan yang amat teruja.

“Yes. And Mr. Rayz here, is the Dunamist that the writings were talking about. I have read the Project X file and it is stated that he is the only one who can use the ‘Relic’,” sambung Dr. Mon Dali lagi. Rayz mendiamkan dirinya sahaja. Dia tidak pasti samada dia perlu berasa gembira ataupun tidak mendengar penerangan Dr. Mon Dali itu.

“That maybe true. But until we visit the pyramid ourselves, we can not be too sure,” celah Danny pula dan mengerling tajam ke arah Rayz. Rayz tidak mengendahkan kelakuan Danny itu.

Colline pun berdehem untuk mengurangkan ketegangan yang sedang berlaku di antara Danny dan Rayz. “Doctor, tell us something that is not related to Project X?” Colline cuba mengubah topik perbincangan mereka itu.

“Certainly. The pyramid that we have found under the sands, although the ISRC US have discovered it in 2005, we are still unable to get inside it. The pyramid doesn’t seem to have any doors or entranceway,” Dr. Mon Dali pun menjawab persoalan Colline itu.

“I see. Any clues from the writings outside the pyramid?” tanya Colline lagi.

“Well, there is one phrase that remains to be understood. At the top of the pyramid, there is this huge pedestal with a large sphere on top of it. The writings on that sphere said this; PUT YOUR HAND ON THE SPHERE. IF YOU ARE A FRIEND, THE WAY SHALL BE OPENED FOR YOU. If my hypothesis is correct, the pyramid will only accept those who are related with it. In this case, Mr. Rayz maybe the person that we have been waiting for.”

“I agree with your hypothesis Doctor,” Colline bersetuju dengan hypothesis Dr. Mon Dali itu

“What do you think Mr. Rayz?” Dr. Mon Dali mengalihkan pandangannya kepada Rayz. Dia ingin mendengar komen Rayz pula.

Rayz berpura – pura tidak mendengar kata – kata Dr. Mon Dali itu. Dia menumpukan perhatiannya di luar Jip tersebut. Perasaannya agak berkecamuk pada waktu itu. Dr. Mon Dali dapat melihat wajah muram Rayz itu. Dia tidak faham mengapa Rayz berkelakuan sedemikian lalu dia pun mengalihkan pandangannya kepada Danny pula. Danny juga berkelakuan yang sama. Pandangannya dialihkan kepada Colline pula. Colline menggeleng – gelengkan kepalanya. Dr. Mon Dali segera dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Colline itu.

“Well, let us continue this discussion tommorow then. You all must be very tired of your long journey,” kata Dr. Mon Dali sambil ketawa kecil.

Jip – Jip Hummer itu pun meluncur dengan pantas menuju ke arah bangunan utama Pusat Penyelidikan itu. Hari juga semakin gelap memandangkan masa hampir menunjukkan jam 8.30 malam. Bayu malam di Gurun Gobi juga mulai bertukar menjadi agak kencang. Sayup –sayup kedengaran bunyi lolongan haiwan – haiwan liar di gurun tersebut.

*********************************************************************************

Tempat : Pusat Penyelidikan ISRC US, Gurun Gobi, Mongolia

Masa : 09.00 PM

Tarikh : 15 Disember 2009

Jip – Jip Hummer yang membawa krew ISRC Cawangan Sabah itu baru sahaja tiba di tempat meletak kereta di hadapan bangunan utama Pusat Penyelidikan tersebut. Dr. Mon Dali pun mempersilakan Danny dan yang lain memasuki bangunan tersebut. Danny dan Dr. Mon Dali pun masuk ke dalam bangunan tersebut dan diikuti oleh Jeneral Razak dan orang – orangnya.

Rayz masih lagi berdiri di luar bangunan tersebut. Dia mengamati keadaan di sekeliling tempat tersebut. Bangunan itu agak rendah dan berwarna cokat cerah. Ianya hanya mempunyai satu tingkat sahaja dan hampir menyamai keluasan klinik – klinik luar bandar di sabah. Bangunan itu juga dikelilingi kawat berduri setinggi 10 kaki. Di setiap penjuru pagar itu terdapat pondok pengawal yang tinggi dan juga lampu spotlight yang dapat menyuluh berpuluh – puluh meter jauhnya. Terdapat beberapa orang pengawal sedang berkawal di pondok – pondok berkenaan.


“Tempat ini benar – benar seperti penjara,” getus hati Rayz.

Colline yang baru sahaja ingin masuk ke bangunan itu terlihat Rayz masih terpaku di luar. Dia pun menghampiri Rayz dan mencuit lengan bajunya. “Rayz tengok apa tu?” tanyanya sambil tersenyum.

“Oh, tak ada apa – apa. Rayz hanya berfikir sejenak,” jawab Rayz dan membalas senyuman Colline itu. Dia membetulkan rambutnya yang ditiup bayu malam itu.

“Tentang apa?” tanya Colline.

“Tempat ini. Its heavily guarded. Looks more like a prison than a research facility,” balas Rayz.

“Betul juga tu. Tapi Rayz kena ingat, penyelidikan mereka di sini teramatlah penting dan pasti ada orang – orang luar yang ingin mempergunakan kajian mereka itu untuk kepentingan mereka sendiri.”

“I guess you are right. Rayz tak berapa biasa dengan tempat seperti ini.”

“Colline faham. Jom masuk ke dalam! Mereka semua pasti sedang menunggu kita berdua,” Colline pun mengajak Rayz masuk ke dalam bangunan itu.

“Okay. Jom,” balas Rayz pendek.

Mereka berdua pun bersama – sama masuk ke dalam bangunan tersebut. Seorang pegawai ISRC US menyambut mereka berdua. Pegawai itu memakai lab coat dan kad IPC di bajunya. Pegawai itu memperkenalkan dirinya sebagai Obi, seorang wanita yang agak berumur dan gempal tubuh badannya.

“Professor Colline I presume? The rest of the crew members are already at the conference room. Please follow me,” kata Obi dan meminta Colline dan Rayz mengikutinya.

Colline dan Rayz mengangguk dan mengikuti sahaja wanita tersebut. Wanita bernama Obi itu pun membawa mereka berdua melintasi beberapa makmal dan pejabat. Colline dapat melihat beberapa pegawai di bangunan itu sedang melakukan imbasan infra – merah terhadap sebuah batu. Rayz pula dapat melihat beberapa orang pegawai sedang menyusunkan sebuah blok batu yang sudah pecah. “Most of the artifacts you see here are recently excavated around the pyramid,” wanita bernama Obi itu menerangkan apa yang berlaku di dalam makmal itu tanpa di minta. Selepas berjalan hampir 3 minit, mereka bertiga pun tiba di hadapan sebuah pintu kayu yang agak besar dan tinggi. “CONFERENCE ROOM” dapat dilihat di atas pintu tersebut.

“Please go inside,” wanita bernama Obi itu mempersilakan Colline dan Rayz masuk ke dalam Bilik Persidangan itu.

“Thank you,” ucap Colline pendek dan membawa Rayz masuk sekali ke dalam bilik tersebut. Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik persidangan itu, mereka dapat melihat Dr. Mon Dali sedang menerangkan program yang akan dijalankan esok iaitu aktiviti melawat piramid purba tersebut. Colline duduk di sebelah Danny manakala Rayz duduk di sebuah kerusi yang agaka jauh dari mereka berdua. Jeneral Razak dan orang – orangnya pula duduk bertentangan dengan Danny dan Colline.

“We will visit the pyramid exactly at 8 o’clock sharp tommorow morning. Please be ready then. Breakfast will also be sent to your room for your convenience. But if you prefer, we usually have our breakfast together at the dining room 2 blocks from this main building. Your rooms have been prepared earlier so all of of you can retire early for the night,” terang Dr. Mon Dali.

“I have questions regarding tommorows expedition,” Kolonel Chris yang duduk bersebelahan dengan Jeneral Razak mengangkat tangannya.

“Yes Colonel. What is your question?” Dr. Mon Dali meminta Kolonel Chris mengutarakan soalannya.

“What about weapons? Can we bring our weapons inside the digsite?”

“No. Guns are not allowed inside the digsite. The digsite is pretty much safe so there is no need to bring any.”

“That is preposterous! We are soldiers for C****t sake! We can’t leave our weapons behind. What if something unexpected happened!” celah Sarjan Helmer sambil berdiri dari tempat duduknya.

“I am sorry but that is the rules and regulations of the ISRC. Weren’t you briefed about this matter Sargeant?” tanya Dr. Mon Dali, hairan dengan reaksi Sarjan Helmer itu.

Jeneral Razak mengangkat tangannya. Sarjan Helmer pun segera duduk semula dan meminta maaf darinya. “Please forgive my subordinates Doctor. He is a new recruit so he was not briefed about the rules and regulations of ISRC,” Jeneral Razak meminta maaf bagi Sarjan Helmer.

Danny memandang tajam wajah Jeneral Razak itu. Jeneral Razak kelihatan tenang. Wajahnya yang tenang itu mengundang rasa curiga Danny semula. “What are you plotting General Razak?” getus hati Danny.

“Very well then. If there is no other questions, let me show all of you to your rooms. The Elite Force has already been sent to their respective rooms so you don’t have to worry about them General,” kata Dr. Mon Dali kepada Jeneral Razak. Janeral Razak sekadar menganggukkan kepalanya.

Dr. Mon Dali pun membawa mereka semua menuju ke bilik mereka masing – masing. Bilik yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan itu adalah bilik kelas pertama yang amat luas dan selesa. Ini kerana organisasi yang membiayai Pusat Penyelidikan ini ialah ISRC US sendiri. Tidur malam bagi mereka semua pastinya amat selesa nanti.

*********************************************************************************

Bilik Rayz...

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Rayz tiba – tiba terjaga dari tidurnya. Badannya yang tegap itu basah dengan air peluh. Dia baru sahaja mengalami mimpi yang agak menakutkan. Rayz pun bingkas bangun dari katilnya dan berjalan menuju ke arah tingkap biliknya. Dia membuka tabir penutup tingkapnya itu. Angin sedang bertiup dengan kencang di luar biliknya. Pasir kelihatan berpuing – puing membentuk puting beliung kecil ketika angin itu melandanya.

Ingatan Rayz tertumpu semula kepada mimpinya tadi. Dia bermimpi dia berada di suatu kawasan lapang yang dipenuhi bunga – bungaan. Colline sedang berdiri dan tersenyum di hadapannya. Dia memakai blaus panjang berwarna putih. Rayz pun berjalan ke arah Colline merentasi kawasan lapang yang berbunga itu. Sebaik sahaja Rayz berada di hadapan Colline, tiba – tiba dia teramat terkejut bila melihat bahagian dada Colline itu berlumuran darah. Colline pun rebah di dalam pangkuan Rayz. Rayz memeluk tubuh Colline dengan erat dan mengoyang – goyangkannya beberapa kali. Colline tidak bergerak dan wajahnya mulai menjadi pucat. Melihat keadaan itu, Rayz berteriak dengan sekuat hatinya dengan diiringi titisan – titisan air matanya. Kemudian Rayz pun tersedar dari mimpinya.

Rayz menggeleng – gelengkan kepalanya, cuba menepis mimpi itu jauh – jauh. Jauh di sudut hati Rayz dia mulai berasa bimbang dengan ekspedisi tersebut. Mungkin yang lebih tepat, dia bimbangkan Colline. Adakah mimpinya itu ingin memberitahunya sesuatu? Rayz pun berjalan menuju ke sebuah peti sejuk kecil yang berada di dalam bilik itu. Dia membuka pintu peti sejuk itu dan mengambil sebotol minuman Mountain Dew. Dia membuka penutup botol itu dan meneguk minuman itu sehingga habis. Pandangan matanya tajam. “Saya tak akan biarkan apa – apa berlaku kepadamu Colline!” kata Rayz pada dirinya.

*********************************************************************************

Bilik Colline...

Colline tidak dapat tidur malam itu. Puas untuk dilelapkan matanya tetapi matanya enggan untuk ditutup. Fikirannya menerawang jauh. Sebenarnya dia amat teruja untuk melawat piramid itu keesokan harinya itulah sebabnya dia sukar untuk melelapkan mata. Memandangkan badannya enggan untuk berehat, Colline pun mancapai Laptop nya yang berada di dalam kabinet di sebelah katilnya. Dia pun meletakkan Laptop itu di atas pehanya.
Colline pun menaip sesuatu ke dalam Laptop nya. Apa yang sedang ditulisnya itu adalah diari kehidupannya. Apa sahaja yang pernah berlaku di dalam hidupnya akan dituliskan di dalam diari tersebut. Colline menulis kesemua kejadian yang pernah berlaku kepadanya sejak kebelakangan ini. Jari – jemarinya yang halus itu kelihatan pantas menekan papan kekunci laptopnya itu.

15 Disember 2009

Kami baru sahaja tiba di Pusat Penyelidikan ISRC US di Gurun Gobi, Mongolia. Di sini pasukan kami telah disambut oleh seorang Doktor yang dipanggil Dr. Mon Dali Ashraf. Saya rasa dia berketurunan Arab melalui cara dia berbahasa Inggeris dengan kami semua. Namun ada sesuatu yang agak mengelirukan diri saya.

Sebaik sahaja dia bertemu dengan Rayz, dia tiba – tiba sahaja bertekuk lutut dan menyembah Rayz! Apa yang dilakukannya itu memang memelikkan tetapi saya masih belum berkesempatan untuk bertanya beliau mengenai hal tersebut. Keadaan Danny dan Rayz masih lagi seperti dahulu. Entahlah... sampai bila agaknya baru mereka berdua ini akan dapat bersahabat.

Mungkin keesokan hari saya akan bertanya dengan Dr. Mon Dali Ashraf mengenai hal tersebut. Esok juga merupakan hari di mana kami semua akan melawat piramid purba itu. segala persoalan mengenai Xyver dan identiti Rayz sebagai “Dunamist” mungkin akan dapat dijawab esok. Saya benar – benar tidak sabar untuk menunggu hari esok!

Colline tersenyum puas dengan apa yang ditulisnya itu. Dia menguap beberapa kali. Nampaknya badannya sudah mulai letih dan mengantuk. Dia pun menutup Laptop nya dan memasukkannya semula ke dalam begnya. Colline menletakkan semula Laptop itu ke dalam kabinet di sebelah katilnya. Dia pun membuat keputusan untuk menyediakan barang keperluannya esok lebih awal.

*********************************************************************************

Bilik Danny...

Danny baru sahaja siap meneliti beberapa fail yang dimintanya dari Dr. Mon Dali. Fail itu adalah fail mengenai terjemahan – terjemahan tulisan asing yang terdapat di atas piramid berkenaan. Kebanyakkan maklumat di dalam fail itu sudah pun diketahui oleh Danny daripada ahli – ahli Wiseman Commitee tempoh hari. Namun demikian, terdapat satu maklumat yang agak pelik dan lain daripada yang lain. Terjemahan itu menuliskan sesuatu yang agak membingungkan.

THE DUNAMIST SHALL FALL INTO THE REALM OF THE DEAD. FROM THE BREATH OF THE GODS, HE SHALL RISE AGAIN AND BECOME THE WARLORD THAT PROTECTS THE UNIVERSE FROM THE CLUTCHES OF DARKNESS

Danny mengerutkan dahinya. Terjemahan itu membuatkannya berasa tidak senang hati. Apakah yang dimaksudkan oleh terjemahan ini apabila ianya berkata “Dunamist akan memasuki alam kematian?” Adakah ini bermaksud Rayz akan mati? Danny menepis fikiran tersebut. Walaupun dia memang tidak suka dengan Rayz, dia juga tidak berharap sesuatu yang buruk berlaku kepadanya. Fail yang berada di tangannya itu diletakkan di atas meja tulisnya.

Dia teringat semula perbualannya dengan Dr. Mon Dali sebentar tadi. Perbualan itu adalah mengenai terjemahan yang dibacanya tadi. Dr. Mon Dali mengatakan dia sendiri tidak faham dengan maksud terjemahan tersebut. Bahagian di mana ianya mengatakan Dunamist akan mati adalah sesuatu yang senang difahami tetapi yang memeningkan Dr. Mon Dali ialah bahagian yang seterusnya. Bahagian di mana ia mengatakan Dunamist akan bangkit semula dan menjadi perwira yang akan mempertahankan alam semesta dari kegelapan.

Seandainya difikirkan secara logik, orang yang mati tidak mungkin akan hidup semula. Jadi apakah pula yang ingin disampaikan oleh terjemahan tulisan di atas piramid tersebut? Adakah terjemahan itu sekadar maklumat pelik yang sukar dimengertikan? Danny menyandarkan badannya di atas kerusi yang didudukinya itu. Pandangannya dihalakan di atas siling. “Mungkinkah tulisan itu suatu amaran supaya kami tidak membawa Rayz memasuki piramid tersebut?” getus hati Danny. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu biliknya dan keluar.

Ruangan penginapan mereka itu terletak di tingkat dua dan setiap bilik di tingkat tersebut di sambungkan oleh satu ruang berjalan kaki. Bilik Colline terletak di hujung lorong yang sedang dilalui oleh Danny itu. Timbul niat untuk berjumpa dengan Colline di dalam hati Danny. Danny harus melalui beberapa buah bilik sebelum tiba ke bilik Colline. Antara bilik yang harus dilaluinya ialah bilik Jeneral Razak. Danny dapat melihat dua anggota Elite Force sedang berdiri di hadapan pintu bilik Jeneral Razak itu.

Danny mengucapkan selamat malam kepada anggota – anggota Elite Force yang bertopeng itu tatkala dia melewati bilik tersebut. Anggota – Anggota Elite Force itu tidak menjawab apa – apa. Mereka kekal berdiri bagaikan patung batu. “Mereka benar – benar setia hanya kepada Jeneral Razak...” bisik Danny dalam hatinya. Dia meneruskan langkahnya sehingga dia tiba di hadapan pintu bilik Colline. Pintu bilik itu diketuknya beberapa kali.

“Who is it?” kedengaran suara Colline dari dalam bilik tersebut.

“Its me, Danny,” jawab Danny pendek.

Beberapa saat kemudian pintu bilik itu pun terbuka. Colline pun tercegat di depan Danny dengan muka yang kehairanan. Danny kelihatan terpegun melihat penampilan Colline itu. Colline memakai baju tidur yang agak sexy berwarna ungu cerah paras peha. Rambutnya dibiarkan jatuh tanpa klip rambut. Kedua – dua mereka diam selama beberapa minit.

“Yes?” akhirnya Colline bersuara untuk memecahkan kesunyian itu.

“Oh, ehem! ehem! Colline dah tidur tadi?” Danny pun menjawab soalan Colline itu dengan tersekat – sekat.

Colline hairan sedikit dengan kelakuan tunangnya itu. “Belum lagi. Colline tengah mengemas barang – barang yang Colline kena bawa esok. Why?”

“Ada sesuatu yang Danny ingin bincang dengan Colline. Boleh Danny masuk?”

“Boleh, masuklah,” pelawa Colline.

Danny pun masuk ke dalam bilik Colline itu dan mengucapkan terima – kasih. Danny duduk di atas kerusi bilik Colline itu manakala Colline pula duduk di atas katil berhadapan dengannya. Colline mengambil jaketnya yang berada di atas katil dan memakainya. “Apa yang Danny nak cakap?” Colline pun bertanya maksud kedatangan Danny pagi itu.

Danny mendiamkan dirinya seketika. “You look so sexy tonight. I love that pyjama you are wearing,” puji Danny dan tersenyum.

Colline agak terkejut mendengar kata – kata Danny itu. Dengan spontan dia menutup pehanya yang agak terdedah itu dengan bantalnya. “Very funny! Danny janganlah bergurau pula. Apa yang Danny nak bincangkan tu?” kata Colline. Pipinya yang gebu itu berubah menjadi merah. Danny sekadar tersengih melihat reaksi Colline itu.

“Okay. Danny nak tahu... sejauh mana komitmen Colline dengan Project X?” Danny memulakan pertanyaannya.

“Sepenuh hati Colline. Why do you ask?”

“Bagaimana kalau berlaku apa – apa consequences di dalam projek ini nanti? Colline sedia untuk menerimanya?” wajah Danny yang agak selamba tadi berubah menjadi serius.

Colline berasa kurang selesa dengan soalan Danny itu. “There are many risks and consequences that a scientist must take in order to discover the truth. But we can not take risks that endangers human life.” Apa yang dikatakan oleh Colline itu ialah falsafah yang dipegangnya sebagai seorang saintis.

Danny terdiam tatkala mendengar kata – kata Danny itu. Dia teringat semula petikan dari fail yang diberikan oleh Dr. Mon Dali itu. Kematian Dunamist ataupun lebih tepat lagi, kematian Rayz. Adakah Colline sanggup menerima kematian Rayz untuk membuka rahsia Xyver dan Grogan itu? Adakah komitmennya setinggi itu sehingga sanggup menerima kejadian tersebut? Tidak! Walaupun Colline mementingkan kerjayanya, dia tidak akan mengambil risiko di mana nyawa manusia mungkin terlibat... Danny tahu benar sikap Colline itu.

Colline berasa agak hairan apabila melihat Danny mendiamkan dirinya. “What’s wrong?” tanya Colline lagi. Danny menggeleng – gelengkan kepalanya dan berkata tidak ada apa – apa.

“Danny, kamu tidak menyembunyikan apa – apa dari Colline kan?”

“Like I said, there’s nothing wrong. Danny datang untuk mengingatkan Colline akan ekspedisi kita ke piramid itu esok,” jawab Danny cuba untuk menghilangkan rasa syak wasangka Colline.

Colline tetap berasa hairan dengan perilaku Danny itu namun dia melupakannya sahaja kerana beranggapan tidak ada apa – apa yang berlaku. “Danny jangan bimbang. Nanti Colline tidur selepas mengemaskan barang – barang yang Colline perlu bawa esok.”

“Baiklah. Kalau macam itu, Danny pergi dulu,” kata Danny dan berjalan menuju ke arah pintu bilik Colline itu. Colline mengekorinya dari belakang. Danny pun keluar dan berdiri di hadapan pintu bilik Colline itu. “Colline jangan tidur lewat sangat okay?” kata Danny dan mengucup pipi tunangnya itu. Colline membiarkan Danny mengucup pipinya dan mengangguk – anggukan kepalanya sahaja. Danny pun kembali semula ke biliknya.

Buat beberapa ketika Colline masih lagi berdiri di hadapan pintu biliknya. Entah mengapa dia dapat merasa Danny bukannya datang sekadar ingin mengingatkannya akan ekspedisi mereka esok. “Pelik...” getus hati Colline. Dia pun masuk semula ke bilik dan menutup pintunya semula.

*********************************************************************************

Bilik Jeneral Razak...

Jeneral Razak sedang duduk di hadapan meja tulisnya. Di atas meja itu kelihatan sebotol arak Scotch yang hampir habis kandungannya. Jeneral Razak meneguk arak Scotch itu. Dia kelihatan sukar untuk melelapkan matanya malam itu. Dengan perlahan dia mengeluarkan sekeping gambar dari dalam laci meja tulisnya. Gambar itu menunjukkan 2 orang lelaki yang berumur belasan tahun sedang berdiri di tepi sebatang sungai. Mungkin kedua – dua lelaki itu sedang berkhemah berdasarkan dari cara pemakaian mereka.

Jeneral Razak menarik nafas yang dalam. Fikirannya mulai tertumpu kepada satu memori zaman silamnya. Satu memori yang amat sukar untuk dilupakannya. Kisah itu berlaku 30 tahun yang lalu. Jeneral Razak dan abang kandungnya, Hafiz sedang berkhemah di tebing sungai Kinabatangan di daerah Sandakan. Mereka berdua sedang menghabiskan masa cuti mereka dengan berkhemah dan memancing bersama – sama.

“Abang, ikan dah hampir masak!” jerit Razak kepada abangnya yang sedang berdiri di tebing sungai. Razak sedang memanggang ikan berdekatan dengan khemah mereka.

“Ya. Nanti abang datang,” sahut Hafiz.

Hafiz menarik mata kailnya lagi. Sekali lagi ikan yang ingin dipancingnya itu mempermainkannya. Umpan yang dipasang di mata kailnya itu disambar sang ikan sekali lagi. Hafiz mendengus kegeraman. Dia telah berada di tebing sungai itu sejak 30 minit yang lalu. Adiknya Razak telah pun mendapat beberapa ekor ikan dan sudah pun sedia untuk dimakan. Manakala dirinya pula masih lagi terkial – kial untuk mendapatkan seekor ikan.

Mata kail dibuang lagi ke tengah sungai Kinabatangan. PLUP! Bunyi mata kail itu terjatuh ke dalam air sungai yang agak deras itu. Sekali lagi Hafiz menunggu dengan sabar di tebing sungai itu. Razak sekadar memandang gelagat abangnya itu. Bayu pada malam itu agak menyegarkan. Dada langit terbuka dengan luas dan bintang – bintang sedang bersinar dengan terang benderang sekali. Sekali – sekala kelihatan burung – burung terbang menyeberangi sungai Kinabatangan itu.

Sedang Hafiz asyik menunggu umpannya dipagut ikan, tiba – tiba dia terlihat sebiji komet yang sedang bergerak – gerak dengan pergerakan yang pelik sekali di muka langit itu. Ianya berwarna putih kebiru – biruan. Komet itu bergerak sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan sekejap ke atas dan bawah. Dia berasa amat tertarik dengan fenomena tersebut.

“Adik, datang sini sekejap! You better take a look at this!” jeritnya memanggil Razak datang ke arahnya. Razak pun berlari anak menuju ke arah abangnya itu.

“Kenapa bang?” tanya Razak sebaik sahaja dia berdiri di sebelah abangnya.

“Cuba Razak tengok tu!” kata Hafiz dan menundingkan jarinya ke arah komet yang pelik itu. Razak mendongakkan kepalanya dan menumpukan pandangannya ke arah komet yang ditunjukkan oleh abangnya itu.

“What is that?” kata Razak. Dia pun mengeluarkan sebuah binokular mini dari poket seluarnya lalu menggunakannya untuk melihat komet itu dengan lebih jelas. Melalui corong binokular itu, Razak dapat melihat dengan jelas komet tersebut. Ianya berbentuk bujur dan terdapat lampu – lampu yang sedang berkilau – kilau berputar mengelilinginya.

“Abang nak ambil kamera sekejap! This is exciting!” kata Hafiz pula dan segera berlari ke arah khemah mereka untuk mendapatkan kameranya. Razak masih lagi mengamati komet tersebut dengan binokularnya. Pergerakan komet itu semakin tidak seragam dan ianya seolah – olah semakin menghampiri permukaan bumi. Beberapa minit kemudian Hafiz muncul dari khemah mereka sambil membawa kamera digitalnya.

Sedang dua beradik itu leka memerhatikan komet yang pelik itu, sebiji komet lagi tiba – tiba muncul dari arah yang bertentangan. Warna komet yang satu ini ialah jingga kemerah – merahan. Ianya segera meluncur laju menuju ke arah komet putih tersebut. Dengan reaksi yang pantas, komet berwarna putih itu mengelak dari serbuan komet jingga itu. Maka berlakulah perlagaan di antara dua komet itu. Percikan – percikan cahaya kelihatan muncul setiap kali kedua – dua komet itu berlaga di antara satu sama lain. Kedua – dua komet itu juga semakin rendah dan menghampiri permukaan bumi.

Razak yang bediri di sebelah abangnya itu berasa tidak selesa. Hatinya dapat merasakan sesuatu yang kurang enak. Komet – komet misteri itu juga semakin menghampiri sungai Kinabatangan itu. Razak segera mencuit bahu abangnya. “Bang, saya rasa baik kita tinggalkan tempat ini. I have a bad feeling...” katanya sambil memandang ke arah kedua komet yang semakin rendah itu.

“Mana boleh! Kalau kita jual rakaman gambar ini ke RTM, TV3 ataupun Astro, kita boleh jadi kaya tau!!” Hafiz enggan mendengar kata – kata adiknya itu.

Percikan cahaya yang keluar dari pertembungan kedua komet itu berubah menjadi percikan api. Ianya jatuh ke atas beberapa batang pokok yang berdekatan. Pokok – pokok itu segera terbakar dan hangus dalam sekelip mata! Proses pembakarannya amat menghairankan kerana ianya tidak sampai satu minit. Ini jelas menunjukkan percikan api itu bukannya api yang biasa. Pertembungan di antara dua komet itu semakin sengit. Bunyi berdengung dapat didengar ketika kedua – dua komet itu bertembung di antara satu sama lain.

Razak semakin panik melihat kejadian tersebut. Percikan – percikan api itu semakin banyak jatuh ke permukaan bumi. Air sungai Kinabatangan itu juga mendidih apabila percikan api itu jatuh ke dalamnya. “Abang! Kita kena pergi! Keadaan amat bahaya sekarang!” Razak menjerit dan menarik tangan abangnya. Melihat keadaan sekeliling yang mulai menjadi panas, Hafiz pun akur dengan kata – kata adiknya itu.

Mereka berdua segera berlari ke arah khemah mereka. Razak mengemaskan barang – barang mereka secepat yang mungkin manakala Hafiz pula sibuk mencari kunci keretanya. Selepas mencari beberapa minit, dia pun menjumpai kunci keretanya di bawah sebuah kotak. Tanpa berlengah – lengah lagi, kedua adik – beradik itu segera berlari menuju ke arah kereta mereka sambil menutup kepala dengan beg – beg yang mereka pegang.

Beberapa langkah sebelum mereka sampai ke kereta mereka, komet berwarna jingga itu tiba – tiba jatuh terhempas tidak beberapa jauh dari kereta mereka. Kawasan sekeliling tempat komet itu terjatuh segera bertukar menjadi lautan api yang amat besar! Api yang membakar itu menyerbu ke arah kereta mereka dan mengakibatkannya meletup! Hafiz dan Razak terpelanting jauh ke belakang kerana letupan tersebut. Mereka berdua jatuh terhempas di sebuah belukar yang berdekatan. Razak cuma mengalami cedera yang ringan tetapi abangnya patah tulang di bahagian peha kanannya. Suara erangannya jelas kedengaran.

Razak mengesat darah yang menitis di atas dahinya dan merangkak menuju ke arah abangnya. Kawasan itu kelihatan terang – benderang dengan cahaya api yang semakin membesar. Selepas merangkak beberapa minit. Razak pun menemui abangnya. “Abang tak apa – apa?” tanya Razak sambil menahan kesakitan di bahagian dahinya. “Razak, abang dah tak ada harapan. Baik Razak pergi sekarang sebelum benda tu datang lagi. Tinggalkan saja abang di sini...” jawab Hafiz. Tangannya memegang pehanya yang patah. Jelas tersembul tulang di permukaan pehanya itu.

Razak tidak menjawab kata – kata abangnya itu. Dia segera merapati abangnya dan memapahnya. Dengan payah kedua adik – beradik itu berjalan untuk meninggalkan kawasan sungai yang semakin panas itu. Belum pun sempat mereka bergerak lebih jauh, komet yang berwarna putih itu pula yang mendarat di hadapan mereka. Berlainan dengan komet yang berwarna jingga, komet putih ini kelihatan sejuk. Razak dan Hafiz merasa pembuluh darah mereka berdua hampir – hampir membeku. Mereka berdua mulai berasa terancam dengan kewujudan komet misteri itu. Dengan secepat yang mungkin Razak memapah abangnya menuju ke arah yang bertentangan.

Malang tidak berbau, komet berwarna jingga itu pula muncul di belakang mereka. Kepanasan komet itu hampir – hampir membakar baju Razak dan Hafiz. Kedua – dua komet itu mara ke arah satu sama lain dan memerangkap Razak dan Hafiz. Keadaan mereka berdua seolah – olah “gajah dan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah – tengah”. Melihat keadaan semakin genting, Hafiz menolak adiknya sehingga jatuh ke dalam sebuah lubang yang berdekatan. Razak yang jatuh itu terkejut dengan tindakan abangnya.

“Abang buat apa ni!” jeritnya dengan perasaan yang cemas sekali.

“Adik, ini sajalah yang dapat abang berikan untuk adik. Jaga papa dan mama baik – baik,” jawab Hafiz.

“ABANGGG!!!!!!”

Kedua – dua komet itu pun mengeluarkan cahaya putih dan jingga yang amat terang. Kedua – dua cahaya itu bertembung dan serentak itu juga satu letupan yang amat kuat pun berlaku. Letupan itu teramatlah kuat sehingga mengakibatkan kawasan sungai itu berubah menjadi kawasan tandus yang teramat luas. Api yang amat besar menjulang – julang ke udara. Kelibat Hafiz tidak lagi kelihatan, rentung menjadi abu...

Jeneral Razak mengenggam gelas di dalam genggamannya dengan erat sekali. PRANG! Bunyi gelas itu pecah. Darah merah pekat mengalir keluar dari tapak tangannya itu. Jeneral Razak memerhatikan luka di tangannya itu dengan pandangan yang kosong. Semenjak kematian abangnya, Jeneral Razak telah berubah menjadi seorang yang panas baran. Dia bersumpah untuk memusnahkan kesemua makhluk asing yang datang ke bumi. Dendamnya itu menjadi sumber semangatnya untuk menjadi seorang anggota tentera. Beliau berharap dengan kedudukannya nanti, dia akan dapat mencari makhluk asing yang membunuh abangnya itu suatu masa dahulu.

Jeneral Razak memerhatikan gambar di atas mejanya itu. Kemudian dia menyandarkan kepalanya di atas kerusi duduknya. Dia menutup matanya dan berharap alkohol yang diminumnya itu akan dapat membantunya melelapkan matanya....

No comments: