Saturday, September 12, 2009

Chapter 12


CHAPTER 12 : Rayz and His Friends

Tempat : Bandar Raya Kudat, Rumah sewa kediaman Ady

Masa : 08.00 PM

Tarikh : 26 November 2009

Malam itu kawan baik Rayz, Ady mengadakan parti ulang tahun hari kelahirannya yang ke 27. Semua rakan sekerja Ady seperti Lee, Bad, Fren dan juga Rayz telah dijemput menghadiri parti itu. Suasana agak meriah walaupun rumah sewa Ady itu agak kecil. Bunyi lagu berentak techno berkumandang dari dalam rumah tersebut.

Ady dan Bad sedang memanggang sayap ayam dan hot dog di perkarangan rumah. Manakala Lee dan Fren sedang berbual dengan teman wanita mereka di dalam rumah tersebut. Manakala, teman wanita Ady, Joyce sedang membuat minuman di dapur sambil dibantu oleh teman wanita Bad iaitu Lilly.

Ady melihat jam tangannya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke jalan raya di luar pagar rumahnya. Dia kelihatan sedang menunggu kedatangan seseorang. Bad mengambil sayap ayam dan hot dog yang telah masak dan menghantarnya ke dalam rumah. Lilly mengangkat kek ulang tahun kelahiran Ady ke perkarangan rumah sambil diikuti oleh Lee, Fren dan teman wanita mereka.

Tiba – tiba sebuah kereta Porsche berwarna merah berhenti di hadapan pintu pagar rumah Ady. Mereka semua mengalihkan perhatian mereka ke arah kereta Porsche tersebut. Sejurus kemudian dua kelibat manusia muncul dari dalam kereta tersebut. Mereka ialah Rayz dan adik tirinya Wai – Wai. Rayz memakai T – shirt ketat berwarna hitam dan juga seluar Khakis berwarna cream. Wai – Wai pula memakai Night Dress berwarna biru laut dan kelihatan amat menawan.

Ady dan Joyce menyambut kedatangan mereka berdua. Rayz menjabat tangan Ady dan mengucapkan happy birthday kepadanya. Wai – Wai juga mengucapkan happy birthday dan menyerahkan dua kotak hadiah kepada Ady. Ady menerimanya dan memberikannya kepada Joyce. Kemudian, Ady mengajak mereka berdua ke perkarangan rumah untuk bersama – sama dengan yang lain.

Mereka semua pun bersama – sama menyanyikan lagu ‘Panjang Umur Mu’ dan juga lagu ‘Happy Birthday To You’ bagi meraikan ulang tahun hari lahir Ady yang ke 27. Ady meniup lilin di atas kek tersebut dan memotongnya. Mereka pun menepuk tangan dengan perasaan yang amat gembira.

*********************************************************************************

Rayz sedang berdiri seorang diri di luar perkarangan rumah sewa Ady. Dia sedang menikmati pemandangan langit pada malam itu. Langit kelihatan terbentang luas, menayangkan bintang – bintang yang menghiasinya. Tidak banyak awan yang kelihatan di atas langit. Bulan yang bersinar pada malam itu menambahkan lagi keindahan langit di malam itu. Rayz memejamkan matanya bila pipinya di sapa oleh bayu malam yang menyamankan.

Ady yang sedang sibuk berbual dengan kawan – kawannya yang lain, terlihat Rayz yang sedang berdiri di perkarangan rumah. Dia mengambil gelas minumannya dan berjalan menuju ke arah Rayz.

“Yo! Rayz buat apa di luar ni?” sapa Ady sambil menepuk bahu Rayz dari belakang.

Rayz tersenyum dan menjawab,”Nothing much. Saja berdiri di sini. Dalam tu agak panaslah.”

“Yalah tu. Biasanya kalau Rayz berdiri seorang diri di mana – mana, itu menunjukkan dia sedang memikirkan sesuatu. What’s on your mind bro?” tanya Ady lagi ingin mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh Rayz.

“Tiada apa – apa. Rayz teringatkan seseorang,” balas Rayz sambil tersenyum.

“I see. Siapa agaknya gadis yang bertuah tu?”

“Gadis yang Rayz temui di Pelabuhan Bandar Raya Kudat tempoh hari,” terang Rayz.

“Maksud Rayz, gadis yang cuba membunuh diri hari tu?” tanya Ady pula.

“Huh? Oh ya, gadis yang itulah,” jawab Rayz sambil ketawa kecil. Gadis yang dimaksudkan oleh Rayz itu ialah Colline. Ady mendapat tahu yang Rayz telah dimasukkan ke Hospital Induk Kudat. Bila Ady bertanya kenapa Rayz dimasukkan ke hospital, Rayz menerangkan dia tercedera semasa cuba menyelamatkan seorang gadis dari membunuh diri. Rayz berkata sedemikian kerana tidak ingin memberitahu sahabat – sahabatnya bahawa dia telah bertembung dengan makhluk asing. Lagipun, siapa akan percaya kalau dia katakan dia ada bertembung dengan makhluk asing?

“Rayz tiada contact number gadis tu?” tanya Ady lagi.

“Tiada. Tapi Rayz rasa, Rayz tak perlukannya.”

“Eh, lain macam saja bunyinya tu. Dia tak bagi respond dengan Rayz ke?”

“Bukanlah. Dia ni bukan calang – calang orangnya. She’s working as one of the scientist of ISRC Sabah department.”

“Really?! Good for you bro! Ady pun rasa sudah tiba masanya Rayz ‘bercouple’ dengan seseorang. Bolehlah kita pergi triple date dengan Bad dan Lee,” kata Ady sambil ketawa terbahak – bahak.

Rayz tersenyum melihat reaksi Ady itu. “Mungkin harapan Ady tu tak akan kesampaian,” kata Rayz pula sambil membetulkan rambutnya yang panjang itu.

Ady menghentikan ketawanya dan melihat wajah Rayz dengan air muka yang hairan. “Tadi beria – ia menceritakan perihal gadis tu, sekarang lain pula. Mana satu ni?”

“Gadis tu sudah pun bertunang,” jawab Rayz selamba.

“Bummer bro.”

“It’s okay. Mungkin bukan nasib Rayz kan?”

“That maybe true. Tapi kan, dia baru bertunang. Peluang tu masih ada lagi.”

“Nah. That’s not my style Ady. Rayz tak suka mengganggu ‘rumah tangga’ orang.”

“Whatever bro. Anyway, jom masuk ke dalam. Dia orang sedang tunggu kita,” ajak Ady.

“Tak apalah. Nanti Rayz masuk. Rayz masih lagi ingin menikmati udara malam di luar ni,” balas Rayz dengan sopan.

“Okeylah. See you inside,” ujar Ady menepuk bahu Rayz sebelum meninggalkannya.

Rayz sekadar mengangguk. Dia mengalihkan pandangannya ke langit. Bayu malam menyentuh pipi Rayz semula. Dia mempertimbangkan kata – kata sahabatnya semula. “Tapi kan, dia baru bertunang. Peluang tu masih ada lagi” kata – kata Ady tadi terngiang – ngiang semula di telinganya. Rayz tersenyum dan menggelengkan kepalanya, cuba menangkis pendapat sahabatnya itu. Rayz menarik nafas panjang dan melangkah masuk ke dalam rumah sewa Ady itu.

No comments: