Thursday, September 3, 2009

Prologue



PROLOGUE

Tempat : Ruang udara di Laut China Selatan

Masa : 12.00 AM

Tarikh : 19 November 2009

Dua Jet Pejuang KB – 51 milik GDTF (Global Defense Task Force) sedang melakukan rondaan di ruang udara di Laut China Selatan. GDTF ialah sebuah badan militari milik negeri Sabah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negeri Sabah daripada serangan pihak asing. Teknologi militari yang dimiliki oleh mereka mampu menyamai teknologi yang dimiliki oleh Jepun mahupun Amerika Syarikat. Rondaan sekitar ruang udara Sabah merupakan rutin harian bagi juruterbang – juruterbang GDTF.

“Menara Kawalan MK, ini Fire Fox 1 melaporkan keadaan stabil di sini,” kata salah satu juruterbang Jet Pejuang tersebut.

“Alan, apa kata kita berlumba balik ke pengkalan?” celah salah seorang juruterbang tersebut kepada rakannya.

“Heh. Kali ini pun kau akan kalah Dick,” jawab juruterbang bernama Alan itu.

Tiba – tiba isyarat kecemasan berbunyi lantas mematikan perbualan mereka. Beberapa kilometer jauhnya dari pesawat mereka kelihatan sebiji bebola cahaya berwarna hijau. Cahayanya tersangatlah terang sehingga menyilaukan pandangan kedua – dua juruterbang tersebut.

“Menara kawalan, kami telah menjumpai objek yang tidak dikenali. Kemungkinan UFO. Minta kebenaran untuk mengejar objek tersebut,” Alan melaporkan kepada Menara Kawalan.

“Roger, Fire Fox 1. Anda diberikan lampu hijau untuk mengejar objek berkenaan,” jawab operator dari Menara Kawalan tersebut.

Kedua – dua pesawat tempur itu meluncur ke depan dengan laju. Bebola hijau itu seakan – akan mengetahui ianya telah dikesan, lalu ia juga mulai bergerak ke arah selatan dengan pantas sekali. Walaupun kedua – dua pesawat itu bergerak selaju 850 kilometer sejam, bebola hijau itu masih lagi berada jauh di hadapan mereka. Pergerakannya yang pelik menyukarkan kedua – dua pesawat tempur itu untuk mendekatinya.

“Shit! Apa benda ni! Lajunya melebihi Mach 3!” kata juruterbang bernama Dick kepada sahabatnya Alan.

“Tak tahulah. Tapi kita mesti cuba untuk mengejarnya juga,” jawab Alan.

Bebola hijau itu telah melepasi ruang angkasa negeri Sabah. Ianya sedang menuju ke daerah Tawau. Kedua –dua pesawat tempur itu masih lagi cuba mengejar dengan sedaya – upaya mereka. Kejadian kejar – mengejar itu telah menarik perhatian orang ramai yang sedang menikmati makan malam di tepi pantai daerah Tawau itu.

“Menara Kawalan. Kami tidak dapat mengejar objek ini. Ianya sudah memasuki ruang angkasa Sabah. Minta kebenaran untuk menggunakan senjata api,” Alan menghubungi Menara Kawalan sekali lagi.

“Negatif. Jangan gunakan senjata api Fire Fox 1. Anda berada didalam kawasan yang ramai penduduk. Teruskan pengejaran dan tunggu arahan seterusnya,” jawab operator kawalan tersebut.
Kejadian kejar – mengejar semakin rancak diantara kedua – dua pihak tersebut. Alan dan Dick menambah kelajuan pesawat mereka. Meter kelajuan mereka melonjak dari 850 kilometer sejam ke 1000 kilometer sejam. Kali ini, mereka hampir – hampir dapat mengejar bebola hijau itu.

“Alan. Saya akan gunakan Rail Gun. Kita mesti hancurkan objek ni sebelum ianya membahayakan ketenteraman rakyat Sabah,” Dick meminta kebenaran dari Alan.

“Jangan Dick. Kita tidak dibenarkan gunakan senjata api. Jangan bahayakan rakyat negeri kita!” jawab Alan.

“Ah! Saya tidak akan benarkan makhluk asing ini terlepas!!” balas Dick yang memang terkenal dengan sikap kurang sabarnya. Tanpa banyak bicara, dia menekan butang merah di atas gear pengawal pesawatnya.

Muncung Rail Gun pesawat KB – 51 itu memuntahkan pelurunya tetapi berjaya dielak oleh bebola hijau tersebut. “Sial!” bentak Dick. Kelicikan musuhnya itu membuatkannya bertambah marah.

“Dick! Hentikan tembakan! Jangan ingkari arahan pihak atasan!” Alan mengingatkannya lagi.

“Persetan!” jawab Dick. Dia mematikan alat komunikasi pesawatnya. Alan cuba menghubungi lagi tetapi gagal. Dick menambah kelajuan pesawatnya dan melepasakan beberapa das tembakan lagi ke arah musuhnya itu.

Dick memesatkan tembakannya. Bebola hijau itu mengelak lagi. Tiba – tiba bebola hijau itu mengubah haluannya. Nampaknya tindakan Dick itu telah membuatnya membalas serangan mereka. Ianya bergerak menuju ke arah kedua – dua pesawat tersebut! Alan dan Dick cuba mengelak tetapi gagal. Bebola hijau itu merempuh mereka dengan kelajuan yang tinggi. Kedua – dua pesawat itu meletup dan hancur berkecai. Serpihannya jatuh ke bumi dan menimpa beberapa buah rumah yang ada disitu. Rumah – rumah itu pun ranap dan terbakar kerana ditimpa serpihan kapal terbang tersebut. Orang ramai bertempiaran lari dari kawasan kebakaran. Keadaan kelihatan kelam – kabut kerana kejadian tersebut. Sementara itu, bebola hijau itu bergerak menuju ke arah Lahad Datu. Ianya kemudian hilang dengan kepantasan yang sukar dipercayai.

2 comments:

Mr Hijack said...

Lahad Datu? hik3...

Prologe yang menarik minat untuk terus membaca... best!

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)