Friday, April 8, 2011

Chapter 31 - Part 2

Di dalam Bangunan ISRC, Pejabat Profesor Colline...

Colline, Poly dan Jane sedang duduk di meja bulat. Air muka mereka tampak serius. Colline baru sahaja menceritakan apa yang dilihatnya di Sector-0 kepada Poly dan Jane. Seperti Colline, mereka berdua juga tidak dapat mempercayai kewujudan Sector-0 di Bangunan ISRC itu. Namun yang menjadi poko persoalan mereka bukanlah Sector-0 melainkan keberadaan Rayz Silman yang telah menghilangkan diri hampir 3 bulan. Jane mengigit – gigit penutup pen yang dipegangnya. Dahinya berkerut. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Colline. Colline dia membisu sambil memegang gelas berisi Koko panas. Jane mengalihkan pandangannya kepada Poly pula. Poly juga bekeadaan begitu. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

“Apa yang Colline katakan itu memang Poly dapat terima dan percayai. Tapi, mengapa pula pihak ISRC ingin menangkap Rayz? Dan bagaimana pula Colline mengetahui Rayz ada di dalam tawanan ISRC?” kata Poly memulakan bicara.

Jane bingkas bangun. Dia membawa cawan – cawan kosong yang berada di atas meja itu ke sinki. Jane tidak ingin mengganggu perbincangan sahabatnya itu.

“Colline pun tidak berapa pasti. Namun hati Colline benar – benar percaya Rayz memang berada di sini, di Sector-0. Think of the logic Poly, how could ISRC produced the Exium Gun without direct data from Xyver? To add to that, we know Rayz is the only one who can use the Xyver as a weapon and yet ISRC manage to create its energy beam and created a weapon that emulates its power. Doesn’t this show that they are hiding something and that something is Rayz and Xyver?” Colline menjawab pertanyaan Poly itu dengan air muka yang serius.

“What you said is true... but why would Danny, I mean ISRC kept this as a secret from you? Bukankah Colline masih Chief Supervisor bagi Project X?”

“ISRC ingin menjadikan Rayz bahan kajian mereka. Kerana Danny tahu Colline tidak akan bersetuju kalau Rayz dijadikan bahan kajian...”

“Colline tak boleh katakan macam tu. Kita belum pasti lagi samada Rayz memang berada dalam tawanan ISRC ataupun tidak,” balas Poly seolah – olah cuba melindungi Danny.

“Poly, Colline masak benar dengan perangai Danny. Ini bukanlah kali pertama dia merahsiakan sesuatu daripada Colline. Cuma kali ini apa yang dirahsiakannya adalah sesuatu yang Colline benar – benar tidak sukai,” suara Colline itu berbaur perasaan tidak berpuas hati.

Poly membetulkan cermin matanya. Apa yang dikatakan oleh Colline itu memang benar. Danny sering kali merahsiakan sesuatu daripada Colline sejak dari mereka berada di Universiti lagi. Jauh benar perubahan diri Danny semenjak dia memegang jawatan Ketua Pengarah ISRC Metropolis Kinabalu. Jane pun datang membawa dulang berisi 3 cawan dan sebuah teko dengan teh panas. Jane melabuhkan punggungnya ke kerusinya semula.

“What do you propose then Colline?” tanya Poly.

“Jane, boleh bantu Colline sesuatu tak?” tanya Colline kepada Jane.

“Sudah tentu. Apa yang Colline ingin Jane lakukan?” jawab Jane.

Colline membawa mereka ke komputer pejabatnya. Dia meminta mereka berdua masuk dan menguncikan pintu. Colline juga mematikan kamera litar tutup yang berada di pejabatnya itu bagi memastikan tidak ada sesiapa yang mendengar atau melihat apa yang bakal mereka lakukan. Colline meminta Jane duduk di hadapan komputer. Jane dan Poly masih lagi bingung dengan apa yang berlaku itu.

“Apa yang Colline mahu Jane lakukan?” Jane mengulang pertanyaannya.

“Colline mahu Jane hack ke dalam rekod kemasukan bahan bekalan ISRC,” jawab Colline ringkas.

“Is that legal?” kata Poly pula.

“Yeah Colline, is that legal? Tidakkah pusat sekuriti akan mengesan apa yang sedang kita lakukan?” kata Jane pula. Dia kelihatan tidak berapa bersetuju dengan apa yang dipinta oleh Colline.

“Sudah tentulah ianya tidak legal sebab itulah kita tidak akan menggunakan talian telefon kita ataupun talian pejabat. Kita akan menggunakan talian prepaid awam,” jawab Colline sambil mengeluarkan modem mudah alih dari saku skirtnya. Dengan cermat Colline menghidupkan alat tersebut dan menyambungkannya ke desktop pejabatnya.

"Are you sure about this? Kalau ada orang lain tahu, nahas kita semua nanti," Jane menyuarakan kebimbangannya.

"Don't worry about it. Colline akan tanggung apa sahaja yang berlaku nanti. Please, Jane, I need to know where Rayz is," pujuk Colline lagi.

Jane melepaskan keluhan kecil. Dia melipat lengan labcoat yang dipakainya. Dengan pantas jari jemarinya menekan papan kunci komputer pejabat Colline itu. Jane membuka pengkalan data ISRC dan memasukkan username dan password encryption. Beberapa saat kemudian, Jane berjaya menerobos ke ruang utama pengkalan data ISRC. Namun sebuah "Firewall" menghalang kemaraannya. Jane membuka cermin mata yang dipakainya. Air mukanya kelihatan serius sekali. Jari – jemarinya kemas menekan butang keyboard yang ada di hadapannya. Colline dan Poly sekadar memerhatikan sahaja kerja Jane itu. Jane Watson adalah seorang pakar didalam bidang pengkomputeran tahap tinggi. Ijazah kedoktorannya adalah Advance Computer Programming di salah sebuah universiti yang terkenal di Russia.

Namun Firewall yang dipasang oleh ISRC US itu bukanlah calang – calang. Jane terpaksa menggunakan sepenuh kepakarannya untuk memecahkan inskripsi – inskripsi digital yang menghalang kemaraannya. Hampir 15 minit berlalu namun Jane masih lagi belum dapat menerobos masuk ke dalam pengkalan data ISRC US. Poly mengambil sapu tangannya dan mengelap dahi dan pipi Jane yang kini kerana basah dengan penuh. Jane mengucapkan terima – kasih namun matanya langsung tidak dialihkan dari monitor komputer. Sejurus kemudian Colline muncul dengan membawa dulang berisi 3 gelas nescafe panas dan sepinggan biskut perancis. Colline memanggil Poly datang ke arahnya, dia tidak ingin mengganggu konsentrasi Jane itu.

Kedua – dua wanita itu melabuhkan punggung di sofa pejabat. Colline menghulurkan gelas berisi nescafe panas itu kepada Poly. Poly menyambutnya dan mengucapkan terima – kasih. Colline mengambil sekeping biskut perancis dan memasukannya ke dalam mulut dengan sopan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Jane yang kelihatan khusyuk sekali dengan kerjanya. Serba sedikit dia berasa bersalah kerana memaksa Jane melakukan pekerjaan yang amat payah itu.

“Colline, apa yang akan kau lakukan seandainya tekaan Colline itu memang benar?” pertanyaan Poly itu mengejutkan Colline dari lamunannya.

“I don’t know yet. But one thing is for sure, Colline tidak akan biarkan mereka melakukan ujikaji mereka terhadap Rayz. Colline akan lepaskan Rayz apabila ada peluang,” jawab Colline dengan yakin sekali. Dia pun berdiri dan menghampiri Jane yang sedang sibuk menggodam sistem keselamatan ISRC itu.

“Boleh Jane cuba cari maklumat kemasukan peralatan dan bekalan makmal ke ISRC dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini?” pinta Colline.

“Sure. Tapi apa yang Colline cuba dapatkan sebenarnya?” tanya Jane.

“Colline ingin memastikan samada ada bekalan peralatan dari ISRC US yang diterima oleh ISRC Metropolis Kinabalu dalam 3 bulan kebelakangan ini.”

“I get it. Colline ingin menyiasat samada ISRC US benar – benar ada menculik Rayz dan menyeludup dia masuk ke Sector-0!” jawab Jane separuh menjerit.

Apa yang dikatakan oleh Jane itu serba sedikit membuat hati Colline tersentuh. Apabila dia terkenangkan nasib Rayz, Colline berasa teramat sedih. Poly mencubit lengan Jane, tanda tidak menyukai apa yang dikatakan oleh Jane itu.

“I am sorry Colline, I didn’t mean it that way,” Jane segera meminta maaf atas kesilapan kata – katanya itu.

“It’s okay Jane, could you please dig up that information that I asked?”

“Of course!” dengan pantas jari – jemari Jane segera menari – nari di atas papan kekunci komputer itu semula. Dalam masa kurang dari 10 saat, Jane telah pun berjaya menggodam masuk ke dalam sistem penyimpanan data ISRC. Jane segera mencari data kemasukan kelengkapan makmal 3 bulan kebelakangan, dan memaparkannya pada skrin komputer. Jane mempersilakan Colline duduk sementara dia pergi ke dapur untuk membancuh secawan Nescafe.

“Colline membaca log kemasukan kelengkapan pada skrin komputer itu. Setiap nombor dan huruf yang tertera pada skrin komputer itu dibacanya dengan teliti sekali. Tiba – tiba hati Colline seolah – olah berhenti berdegup. Tarikh 12 Disember 2009 yang tertera pada skrin komputer itu menarik perhatiannya. Data yang tertera itu mengatakan ISRC US telah menghantar sebuah kontena besar masuk ke Sector-0. Butir – butir data itu mengatakan Sistem Pemulihan Nyawa Model 5970 berada di dalam kontena besar itu. Sistem yang dikatakan itu adalah sebuah prototaip penyembuhan yang dicipta oleh saintis – saintis terhebat ISRC US dimana ia kononnya boleh menyembuhkan apa – apa jenis kecederaan meskipun kecederaan yang teramat parah. Kewujudan sistem penyembuhan itu adalah teramat rahsia dan hanya orang – orang atasan ISRC sahaja yang mengetahuinya.

“Why would ISRC US send that Life Resuscitation Model 5970 to our headquarter?” tanya Poly.

“I don’t know. But, we are going to find out,” jawab Colline.

Colline mengklik beberapa data lagi di atas skrin komputer itu. Pengirim sistem pemulihan nyawa itu adalah ISRC US sendiri dan penerimanya adalah Danny Dexter Lewis. “Kenapa Danny memerlukan sistem ini di ISRC Sabah?” gumam hati Colline. Dia meneruskan pembacaannya. Terdapat arahan melalui e-mail dikirimkan bersama – sama kontena besar itu. Colline mengklik butang open untuk membaca isi e-mail tersebut.

Chief Director Danny Dexter Lewis;

The existence of this equipment must be hidden from public view. No person may know that it is in ISRC Sabah Department, even your staffs may not now of this. Proceed with your next directive, make sure the DUNAMIST life is preserved. Sector-0 will be the front for our next operation. We will deploy in one week.

Lord Arufa

Colline amat terkejut selepas membaca isi e-mail itu. Danny telah berbohong kepadanya dalam jangka masa tiga bulan ini. Rayz memang berada di ISRC Metropolis Kinabalu, dan e-mail itu adalah buktinya. Hati Colline terguris dengan perbuatan Danny itu. Tergamak Danny berbohong kepadanya, malah menawan Rayz seperti bahan kajian saintifik. Air matanya mengalir dengan sendiri.

Poly memegang bahu kanan Colline dengan lembut. “Poly minta maaf Colline. Apa yang dikatakan oleh Colline itu memang betul... Dannylah yang telah mengurung Rayz di ISRC. Tapi, Poly tak faham mengapa dia sanggup berbuat sedemikian terhadap Rayz yang telah banyak membantu ISRC?”

“It doesn’t matter Poly. Yang penting Colline tahu Rayz berada di Sector-0,” jawab Colline.

“Jane juga meminta maaf kerana meragui kata – kata Colline pada awalnya,” kata Jane sambil memegang bahu kiri Colline.

“It’s okay my friends.” Jawab Colline.

Poly dan Jane memeluk Colline serentak untuk mengurangkan kesedihan yang dirasakan oleh Colline itu. Betapa akrabnya persahabatan ketiga – tiga insan ini. Colline pun meminta diri dan berjalan menuju ke koridor pejabatnya. Bayu laut pada malam itu teramat mengasyikkan. Lampu – lampu yang berwarna – warni di Metropolis Kinabalu pada malam itu menambahkan lagi keindahan kota kebanggaan Negeri Sabah itu. Serba sedikit, kesedihan Colline itu mulai berkurangan. Tekadnya membara semula. Tekad untuk membebaskan Rayz dari cengkaman ISRC. Poly dan Jane mendekati Colline, mereka berdua berdiri di tepi Colline sambil menikmati pemandangan pada malam itu.

“Colline sudah membuat keputusan...” kata Colline tenang.

Poly dan Jane memandang ke wajah sahabat mereka itu. Colline menghalakan pandangannya ke arah Menara Metropolis Kinabalu yang tersergam di tengah – tengah kota raya yang sibuk itu. Wajah Danny muncul di hadapan matanya. Detik – detik indah sewaktu mereka menari di restoran Menara Metropolis Kinabalu itu bermain – main di kotak fikirannya. Serentak itu juga wajah kacak Rayz Silman menggantikan apa yang dilihatnya. Colline menelan air liur. Marahnya kepada Danny muncul semula. Genggaman tangan diketatkan.

“Colline akan masuk ke Sector-0 dan menyelamatkan Rayz,” Colline manyambung kata – katanya.

“I am with you Colline,” kata Poly dan menggenggam telapak tangan kanan Colline. Colline tersenyum kepadanya.

“Hey! Mana boleh kamu berdua aja yang berseronok. I am in too,” Jane menggenggam telapak tangan kiri Colline.

“Thank you. Colline akan masuk ke Sector-0 malam esok. Colline akan cuba dapatkan Kad Authorization Danny nanti. Colline mahu Jane mematikan sistem kamera litar tutup Sector-0 sebaik sahaja Colline berada di dalam,” Colline memulakan perancangannya.

“Bagaimana dengan Poly? Apa yang boleh Poly bantu?” tanya Poly.

“Colline perlukan Poly mengalihkan perhatian Danny pada ketika Colline masuk ke pejabatnya. I need to access his personal computer to open his safe,” terang Colline.

“Baiklah, Poly akan cuba sebaik yang mungkin.”

“Umm guys, I know that this may sound unmotivating but doesn’t this mean we are actually going against our superiors? If we are caught, doesn’t that mean we will be charge with treason and possibly be sent to prison for the rest of our lives?” kata Jane dengan raut muka yang skema.

Colline memegang bahu Jane,”Jane, it’s okay if you won’t help me, I understand. You have already helped me by hacking through ISRC’s firewall. Thank you for helping me.”

“Tapi apa yang dikatakan oleh Jane itu memang betul Colline. Apa yang bakal kita lakukan ini teramat merbahaya, seandainya kita ditangkap, Poly sendiri tidak yakin Danny dapat membantu kita,” Poly menyuarakan kebimbangannya.

“Colline tahu. Tapi Colline harus lakukan ini semua demi Rayz. Rayz telah banyak membantu Colline dan Colline tidak mahu Rayz menjadi mangsa kerana Project X. I have to do this.”

“Adakah Rayz terlalu penting dalam hidup Colline sehingga Colline sanggup kehilangan segala – galanya untuk menyelamatkan dia?” tanya Poly lagi.

Colline tidak menjawab pertanyaan Poly itu. Dia tergamam mendengar soalan itu. Soalan yang sama diutarakan oleh Danny kepadanya. Buat seketika mereka bertiga mendiamkan diri.

“You have fallen in love with him aren’t you?” Jane memecahkan kesunyian itu.

Colline membisukan diri. Adakah benar apa yang dikatakan oleh Jane itu. Jatuh cintakah dia kepada Rayz? Pada saat itu juga memori tentang Rayz bermain di mindanya. Dia mengimbas ketika Rayz menyelamatkannya di Pelabuhan Bandar Rayz Kudat dan ketika Rayz mengorbankan dirinya untuk melindunginya dari serangan Reptilian Grogan di Piramid Samaria purba. Kemuliaan dan kegagahan diri Rayz pada ketika itu benar – benar memukau sanubarinya. Jawapannya jelas kini. Colline bukannya tertarik kepada “Misteri” yang ada pada diri Rayz. Dia seikhlas dan sejujurnya telah jatuh cinta kepada lelaki itu dan hakikat itu tidak dapat dielakkannya lagi.

“It’s okay Colline. Poly dan Jane faham apa yang Colline rasakan. Dan kami tidak berniat menghalang apa yang Colline rasakan itu cuma kami bimbang akan masa depan kamu berdua nanti,” Poly meluahkan pendapatnya pula.

“Terima – kasih Poly, Jane. Hanya kamu berdualah yang benar – benar memahami Colline,” Colline kembali tersenyum. Hatinya terharu dengan kejujuran kedua – dua sahabat karibnya itu.

“Okay I have decided. Kalau Jane kena tangkap nanti, Jane tak akan kisah merengkok dalam penjara bersama – sama dengan Poly dan Colline. Let’s do this, let’s save Rayz!” kata Jane bersemangat sekali.

Poly tersenyum melihat gelagat Jane itu. “Kalau begitu, nampaknya kita akan berkongsi satu sel penjara!” kata Poly tergelak kecil.

Colline tersenyum kepada mereka berdua. Dia mengalihkan pandangannya ke bulan yang mengambang di langit. “Wait for me Rayz, I am coming to save you...”

********************************************************

Sector-0, INCUBATION CHAMBER...

Kelihatan Arufa sedang berdiri di atas sebuah laluan yang diperbuat dari logam. Di hadapannya adalah sebuah dewan yang teramat besar. Kelihatan 100 buah objek yang kelihatan seperti inkubator bersusun di dalam dewan itu. Inkubator – inkubator itu berbentuk oval dan bujur seperti telur ayam. Ianya berwarna kelabu dan kelihatan diperbuat daripada logam. Penutup inkubator – inkubator itu diperbuat dari kaca setebal 3 inci. Terdapat sesuatu di dalam inkubator itu namun sukar untuk dikenalpasti apakah ia. Saintis – saintis Sector-0 yang memakai jaket “Hazmat”berwarna kuning sedang merekodkan data – data yang dikumpul dari inkubator – inkubator tersebut. Dahi Arufa berkerut seolah – olah beliau sedang memikirkan sesuatu.

Dai Dai Lo berjalan menuju ke arahnya lalu tunduk tanda hormat. “Excuse me sir, Chief Director Danny is here as you requested.” Danny kelihatan sedang berdiri di belakang Dai Dai Lo. Arufa memberi isyarat kepada Dai Dai Lo untuk meninggalkan mereka berdua. Dai Dai Lo mengangguk tand faham lalu beredar dari situ. Danny pun menghampiri Arufa dan berdiri di sebelahnya.

“Do you know the reason why you are summoned here?” tanya Arufa kepada Danny.

“No sir. But I would like to know the reason,” jawab Danny dengan sopan.

“That is what I like about you Chief Danny, your straightforwardness,” balas Arufa sambil tersenyum.

“Thank you for the compliment sir,” jawab Danny Pendek.

“Walk with me,” Arufa mempelawa Danny untuk berjalan bersama dengannya di laluan besi itu. Danny mengekori Arufa dari belakang, berhati – hati dengan langkahnya agar tidak kekok. Sebenarnya setiap kali Danny dipanggil oleh orang atasan ISRC US, dia berasa agak tertekan dan mungkin gementar.

“PROJECT DOPPELANGER. What is the progress?” tanya Arufa sambil melangkah perlahan. Tumpuannya dihalakan kepada para saintis – saintis yang sedang bekerja di dewan besar itu.

“We are nearing completion sir. We have taken enough samples from the Alpha Subject. 90% of the test subjects are nearing completion. Activation is imminent. We are still programming the Neuro-Motor Response System for complete stability,” jawab Danny dengan tutur kata yang tepat dan padat.

Arufa memberhentikan langkahnya. Danny juga memberhentikan langkah. Arufa memandang tepat ke arah Danny dengan matanya yang berwarna biru ais itu. Wajahnya serius sekali. Danny dapat merasakan denyutan jantungnya bertambah pantas.

“Tell me Chief Danny, do you feel anything towards the Alpha Subject?” tanya Arufa.

Danny menelan air liur. “No sir. I have no personal feelings towards the Alpha Subject.”

“He was helping you with your fiance’s Project X. Surely the two of you did get acquainted?”

“He was. But that was the extent of our relationship,” wajah Danny jelas menunjukkan dia tidak menyukai soalan itu.

Arufa ketawa kecil mendengar jawapan Danny itu. “I am sorry if I sound rude Chief Director.”

“It’s alright sir,” kata Danny, membetulkan tali lehernya.

“What is the status the Alpha Subject?”

“The Alpha Subject is stable. We are constantly supervising his vital signs, 24-7. Everything is under control sir.”

“Good. PROJECT DOPPELANGER must be completed in one week time. The Grogan threat needs to be controlled. We will deploy in one week time. I hope I have made myself clear Chief Director?” Arufa menghalakan pandangannya ke arah inkubator – inkubator di hadapannya.

“I understand sir. It will be as you instructed,” jawab Danny sambil menundukkan kepalanya tanda hormat.

“One more thing...”

“Yes sir?”

“Keep a close eye on your fiance. Her actions lately... is “DOUBTING”...”

Apa yang dikatakan oleh Arufa mengenai tunangnya itu membuat hati Danny bertambah gusar. Nampaknya tindak – tanduk Colline sejak kebelakangan ini tidak terlepas dari pengetahuan orang atasannya itu. Danny takut seandainya Colline akan melakukan sesuatu yang ‘Bodoh’. Mereka berdua mamandang ke arah dewan yang dipenuhi inkubator oval itu.

Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh ISRC di dewan itu? Apakah yang ada di dalam setiap inkubator oval berkenaan? Apakah PROJECT DOPPELANGER yang diperkatakan oleh Arufa dan Danny itu?

********************************************************

Malam, ISRC Metropolis Kinabalu...

Danny sedang menelaah fail berkaitan dengan PROJECT DOPPELANGER. Dahinya berkerut, cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum PROJECT DOPPELANGER dilancarkan. Kebimbangan jelas tertera di wajahnya. Danny membuka cermin mata yang dipakainya dan diletakkan di atas meja. Matanya yang letih itu diusap – usap dengan jari. Kemudia dia menyandarkan diri di kerusi. Pandangannya dihalakan ke siling. Danny mulai berfikir samada apa yang sedang dilakukannya itu adalah ‘Betul’ ataupun ‘Salah’. Wajah ayu Colline bermain – main dimindanya. YA. Apa yang penting sekarang ialah mendapatkan Colline semula. Ketiadaan Rayz adalah suatu peluang yang terbaik bagi mendapatkan hati Colline semula. Danny mulai berangan – angan untuk membelikan Colline kuntuman bunga mawar untuk dihadiahkan kepada Colline. Dia merindui perhubungan mereka berdua yang seperti dahulu. Danny tersenyum sendirian.

Tiba – tiba interkom di atas mejanya berbunyi. Butang answer ditekan. “Yes?” tanyanya.

“Sorry for disturbing sir, Professor Poly would like you to come to her laboratory. She says it’s urgent," kedengaran suara setiausahanya.

“Very well. Tell her I will arrive shortly.”

“Yes sir.”

Danny mengemaskan fail berkaitan PROJECT DOPPELANGER dan meletakkannya di dalam lacinya yang dikunci secara elektronik. Dia pun berdiri dan berjalan menuju ke pintu pejabat. Sebaik sahaja Danny masuk ke dalam lif, Colline yang sedang bersembunyi tidak berapa jauh dari lif itu pun berjalan menuju ke arah pejabat Danny. Dia sedang memegang sebuah bungkusan hadiah berwarna biru muda. Colline berhenti di depan setiausaha Danny.

“Evening Mary. Is the Chief Director in?” tanya Colline sambil tersenyum.

“Oh, Professor Colline. You just missed him, he’s headed to Professor Poly’s laboratory,” jawab setiusaha bernama Mary itu.

“Oh shoot! I wanted to give this present to him... Umm, is it okay if I come into his office and put this on his table? I wanted to surprise him.”

“Of course it is okay Professor, please come in.”

“Thanks Mary, I owe you one,” kata Colline dan berjalan masuk ke dalam pejabat Danny. Sebaik sahaja pintu ditutup, Colline menghela nafas lega. Nasib baiklah pengalaman berlakon pementasan sewaktu di universiti dahulu membantunya. Tanpa membuang masa Colline segera menuju ke komputer peribadi Danny. Hadiah yang dibawanya itu diletakkan di atas meja. Dia meletakkan handsfree telefon bimbitnya di telinga kanan.

“Jane, pasangkan rakaman palsu pada kamera CCTV di dalam bilik Danny sekarang,” Colline segera menelefon Jane yang sedang berada di pejabatnya. Jane mengangguk dan segera menggodam sistem sekuriti kamera ISRC, dalam beberapa saat, dia berjaya menukar imej Colline yang sedang memeriksa komputer peribadi Danny itu dengan rakaman statik yang lain.

“All set. Do your thing girl!” jawab Jane pada headset digitalnya.

“Thanks Jane.” Colline pun mengakses data – data peribadi ISRC yang terdapat di dalam komputer peribadi Danny itu. Colline pun berjaya mencari pengunci elektronik pada laci meja Danny itu namun ianya dilindungi oleh kata laluan. Colline memasukkan namanya, “ACCESS DENIED” muncul pada skrin komputer. Colline membetulkan duduknya. Colline menaip nama penuh Danny pula, “ACCESS DENIED” muncul semula pada skrin komputer. Colline memandang jam tangannya, dia sudah berada lebih dari tiga minit di dalam pejabat Danny. Kalau dia berada terlalu lama, Mary pasti mengesyaki sesuatu. Dia harus pantas!

Colline menaip namanya dan nama Danny, “ACCESS DENIED” tetap mucul pada skrin komputer. Colline mendengus geram. Mindanya ligat berfikir. Colline terpandang foto dia dan Danny ketika mereka bertunang di rumah agam Tuan Lewis. Hati Colline tersentuh tatkala melihat foto itu. Hatinya berdetak, dia akhirnya menjumpai jawapan yang diperlukan. Colline tersenyum. Dia memasukkan “03-09-2007”. “ACCESS GRANTED” tertera pada skrin komputer. Laci di meja Danny itu terbuka dengan sendirinya. “Tarikh pertunangan kami,” getus hati Colline. Rasa sayu menerpa dalam hatinya.

“Colline kena bertindak pantas. 4 minit sudah berlalu,” suara Jane berbunyi di handsfree pada telinga Colline. Colline tersentak mendengar suara Jane. “Got it!” jawabnya pendek. Colline segera mengambil Kad Authorization milik Danny. Kad itu berwarna merah dan diperbuat dari logam aluminium. Ianya sebesar kad metrik pelajar. Colline memasukkan kad itu ke dalam saku jeans yang dipakainya. Colline baru sahaja ingin beredar tapi fail hitam bertulis “ISRC US: PROJECT DOPPELANGER” itu menarik perhatiannya. Dia ingin mengambil fail itu namun Jane menegahnya dan menyuruhnya meninggalkan pejabat Danny. Tidak lama kemudian Mary masuk ke dalam pejabat Danny itu memeriksanya.

“Is everything alright Professor?” tanya Mary, hairan kerana Colline berada terlalu lama di dalam pejabat danny.

“Oh. Yes everything’s alright I was just tidying up the Chief’s table it was quite messy,” jawab Colline sambil ketawa kecil. Dengan pantas Colline menekan butang “OFF” pada komputer Danny, dan laci itu juga masuk semula ke dalam meja. Colline pun berpura – pura mengemaskan meja Danny kemudian meminta diri. Mary sekadar memandang gelagat Colline itu.

“Jane, boleh bantu Colline check sesuatu?” katanya kepada Jane.

“Sure. Apa yang Colline perlukan?” jawab Jane.

“I want you to check an ISRC project called PROJECT DOPPELANGER. Call me as soon as you find anything.”

“Roger that. Be careful Colline.”

“I will. I’ll call you again once I’m in Sector-0,” Colline membuka handsfree di telinganya dan memasukkannya ke dalam saku jeans. Dia segera berlari anak ke lif utama di tengah – tengah bangunan ISRC yang juga merupakan lif penghubung Sector-0 dengan bangunan itu. Hatinya kini nekad untuk menyelamatkan Rayz. Sebaik sahaja Colline masuk ke dalam lif, dia membuka papan litar rahsia yang berada di tepi lif utama itu. Kad Authorization Danny dimasukkan ke dalam papan litar tersebut.

WELCOME CHIEF DIRECTOR DANNY DEXTER

Suara komputer itu bergema di dalam lif. Colline mengeluarkan perakam suara dari tas tangannya. Butang “PLAY” ditekan. Suara Danny pun kedengaran dari perakam suara itu.

VOICE AUTHORIZED...ACCESS TO SECTOR-0 GRANTED

Lif itu mulai bergerak dengan pantas menuju ke Sector-0. Colline menyandarkan dirinya di dinding lif. Perasaannya berkecamuk kini. Dia diasak rasa sayangnya kepada Danny dan cintanya yang baru sahaja berputik kepada Rayz. Colline berasa keliru kini. Apa jua pilihan yang dibuatnya, salah seorang jejaka itu pasti akan terluka. Colline memegang dadanya. “Am I doing the right thing?”

********************************************************

Di hadapan Pintu Utama ISRC Metropolis Kinabalu...

Kelihatan 2 kelibat manusia berpakaian jubah bertudung serba hitam sedang berjalan menuju ke arah 2 pegawai GDTF yang berkawal di hadapan pintu utama ISRC. Kedua – dua lembaga itu adalah lembaga yang sama berdiri di atas bangunan berhadapan dengan ISRC. Wajah mereka berdua tidak dapat dilihat memandangkan ianya ditutup oleh jubah hitam itu. Pegawai GDTF yang berbangsa Amerika dan Korea itu berjalan mendekati kedua – dua lembaga berjubah hitam itu.

“This is a restricted area, I have to ask the two of you to leave now,” kata pegawai negro berbangsa Amerika itu kepada kedua – dua lembaga berjubah hitam itu.

Lembaga berjubah hitam yang pendek itu memandang ke arah mata kedua – dua pegawai GDTF berkenaan, matanya yang berawarna ungu kristal itu berkilau dan seolah – olah memukau kedua – dua pegawai GDTF itu. Tiba – tiba mereka berdua mulai berjalan ke arah pintu utama ISRC dan membukakannya. “Please come in,” kata mereka berdua dengan air muka yang kelihatan seperti orang dungu. Kedua – dua lembaga itu pun melangkah masuk dengan tenag ke dalam Bangunan ISRC. Kedatangan mereka berdua itu menarik perhatian pengawal – pengawal malam yang bertugas di situ. Mereka segera mengepung kedua – dua lembaga itu.

“Kansli oi verta bile,” kata lembaga yang tinggi kepada yang pendek dan bertubuh kecil disebelahnya.

[Uruskan mereka tapi jangan cederakan]

Lembaga yang bertubuh kecil itu mengangguk dan segera meluru ke arah para pengawal malam yang seramai 15 orang. Dengan kepantasan yang sangat menakjubkan, lembaga itu membelasah pengawal – pengawal itu dengan tangan kosong. Satu persatu pengawal – pengawal itu tersembam ke lantai dan pengsan. Dalam masa kurang dari 45 saat, lembaga bertubuh kecil itu telah menyelesaikan kesemua pengawal – pengawal itu.

“Monyi kert vien dez, Unperra mort.”

[Cuba kesan di mana “Bakal Maharaja” berada]

Lembaga bertubuh besar itu meminta lembaga yang bertubuh kecil mengesan kedudukan “Bakal Maharaja”. Siapakah “Bakal Maharaja” yang ingin mereka cari itu? Adakah mereka sedang mencari Rayz? Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh lembaga bertubuh besar itu, lembaga bertubuh kecil itu memejamkan matanya. Mindanya mulai bekerja, dia dapat melihat keadaan sekeliling yang seakan – akan berbentuk tiga dimensi berwarna biru muda. Dia dapat melihat sebuah pintu logam setinggi 10 meter dengan 12 pengunci titanium. Di sebalik pintu itu kelihatan sebuah inkubator berbentuk bujur telur dan seorang lelaki yang sedang tidur nyenyak di dalamnya. Di atas inkubator itu, adalah “Xyver” yang berada di dalam sebuah balang kaca.

Lembaga bertubuh kecil itu membuka matanya. “Dies bik ker toz mem Unperra Mort kadz,” kata lembaga bertubuh kecil yang bermaksud “Bakal Maharaja ada di bahagian bawah bangunan ini.” Lembaga bertubuh besar itu pun mengangguk dan mereka berdua melangkah menuju ke lif utama yang digunakan oleh Colline untuk turun ke Sector-0.

********************************************************

Sector-0...

Colline telah berada di Sector-0 kini. Jantungnya berdegup kencang. Colline berasa agak cemas ketika berada di tempat itu. Bimbang sendainya terdapat pengawal – pengawal yang akan menjumpainya. Colline mengeluarkan telefon bimbit, handsfree dipasangkan di telinga kanan. “Jane, Colline ada di Sector-0 sekarang, tolong upload kan peta skematik tingkat ini.” Jane berkata ok di corong handsfree dan tidak lama kemudian, telefon bimbit Colline berbunyi *DING*. Colline melihat telefon bimbitnya. Sistem GPS telah pun diaktifkan dan peta skematik Sector-0 pun tertera pada paparan telefon bimbit Colline.

“Colline ikut sahaja signal yang tertera di paparan telefon bimbit Colline. Ia akan membawa Colline kepada kedudukan Rayz,” kata Jane. Jane telah menggunakan sistem satelit GDTF untuk mengesan di mana Life Resuscitation Model 5970 itu dipasang. Dengan menggunakan sistem CCTV Sector-0 dan digabungkan dengan sistem pengkalan data komputer ISRC, Jane telah berjaya mereka alat pengesan elektronik mini untuk digunakan oleh Colline melalui telefon bimbitnya.

Colline mengangguk dan segera berlari anak sambil mengikut isyarat yang ditunjukkan oleh peta skematik pemberian Jane. Suatu perkara pelik agak menghairankan Colline, tidak ada satu pun petugas ISRC kelihatan di situ. Seolah – olah tempat itu telah dikosongkan dengan sengaja. “Ke mana saintis – saintis yang bertugas di sini?” getus hati Colline. Hatinya mulai diserang perasaan hairan, namun perasaan itu ditepis dengan jauh. Perkara yang paling penting adalah mencari kedudukan Rayz dan melepaskannya. Selepas melalui beberapa laluan dan bilik – bilik pejabat di Sector-0, peta skematik Colline membawanya ke sebuah dewan besar yang bertulis “PD-ICUBATION CHAMBER”. Tiba – tiba hati Colline berdegup pantas dengan sendirinya. Ada sesuatu di sebalik pintu di hadapannya yang membuatkannya berasa sedemikian.

Colline membaca nama dewan itu semula, “PD-ICUBATION CHAMBER”. “PD... mungkinkah, PROJECT DOPPELANGER!?” kata Colline dalam hatinya. Fail hitam yang berada di laci meja Danny itu menggamit semula ingatan Colline. ‘Doppelanger’ bermaksud ‘hantu atau sesuatu yang menyerupai seseorang yang hidup’. Apakah maksud tajuk projek yang diterajui oleh Danny itu? Rasa seram sejuk tiba – tiba menyerang Colline. Hatinya teragak – agak untuk memasukkan Kad Authorization ke dalam slot kad yang berada di tepi pintu dewan itu.

“Colline? Are you alright? Colline sudah melalui PD-ICUBATION CHAMBER?” suara Jane kedengaran lagi di corong handsfree.

Suara Jane itu membuatkan Colline tersentak. “Err, belum. Colline baru nak membuka pintunya.”

“Ok. Kalau ada apa – apa masalah, Colline hubungi Jane.”

“Baiklah.”

Colline memandang pintu yang berada di hadapannya. Fikirannya berkecamuk. Bermacam – macam tanggapan kini muncul di mindanya. Dia menggelengkan kepala, menepis apa jua ‘kejahatan’ yang mungkin telah dilakukan oleh ISRC dan juga Danny. Kad Authorization dimasukkan ke dalam papan kekunci pintu. Nombor password numerik di masukkan. Perkataan “CODE ACCEPTED” muncul pada paparan. Butang berwarna merah berbunyi “ENTER” Colline tekan. Pintu yang diperbuat dari logam titanium itu pun terbuka dengan perlahan. Asap sejuk nitrogen cair menghembus keluar dari bilik dewan itu. Colline menggigil kesejukan. Mujur dia memakai jaket kulit yang tebal. Dia melangkah masuk ke dalam dewan itu.

Di hadapannya kini terdapat lebih kurang 100 buah inkubator berbentuk bujur telur, tersusun bertentangan di antara satu sama lain. Setiap inkubator itu dikawal oleh mesin yang kelihatan seperti alat bantuan nyawa. Bunyi *Bip* *BIP* kedengaran dari ECG (Electro-Cardiogram) yang terpasang pada setiap inkubator berkenaan. Colline meliarkan pandangannya ke seluruh tempat itu. Tidak ada sesiapa pun di situ. Perasaan hairan menggamit hatinya semula. Pandangannya di alihkan ke arah inkubator yang terdekat. Langkah diatur menghampiri inkubator itu. Inkubator itu bertulis “PD-001”. Penutup kaca inkubator itu diselubungi fros yang datang dari nitrogen cair. Colline menyapu fros itu dengan telapak tangannya, dan menjenguk ke dalam penutup kaca. Tidak ada apa – apa di dalam. Colline tidak berpuas hati. Diperiksanya inkubator yang lain. Namun tidak ada apa – apa di dalam inkubator. Ketika Colline memeriksa inkubator bertanda “PD-006”, jantung Colline seolah – olah berhenti berdetak ketika melihat apa yang ada di dalam inkubator itu. “RAYZ!!!” Colline menyebut nama itu separuh menjerit dan dia terduduk tidak dapat menerima apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Di dalam inkubator bertanda “PD-006” itu adalah Rayz Silman yang sedang tidur dengan nyenyak. Dia kelihatan hanya memakai seluar dalam di dalam inkubator. Namun persoalannya adalah jikalau itu adalah Rayz, bagaimana pula dengan inkubator – inkubator yang lain? Tubuh Colline menggeletar bila memikirkan perkara itu. Colline menggagahkan dirinya untuk berdiri. Dia menghampiri inkubator – inkubator yang lain. Memang benar tanggapannya. Setiap inkubator itu ada Rayz Silman atau lebih tepat lagi klonnya. Air mata Colline mulai mengalir, dia teresak – esak setiap kali memeriksa inkubator – inkubator yang lain. Sebaik sahaja dia tiba ke inkubator yang terakhir, Colline terduduk dan menyandar di inkubator yang terakhir. Colline menangis semahu –mahunya. Dia berasa teramat bersalah kepada Rayz kerana membiarkan ISRC melakukan eksperimen terhadapnya seperti binatang ujian. Dia dikhianati oleh pertubuhan yang benar – benar dipercayainya, malahan dikhianati oleh Danny sendiri yang membenarkan pihak ISRC melakukan eksperimen keji terhadap Rayz.

“Colline, are you alright? Why are you not moving?” kali ini suara Poly pula kedengaran di corong handsfree Colline. Poly dan Jane berada di apartmen mereka dan membantu Colline dari situ kerana bimbang dikesan oleh pihak ISRC.

Colline mengesat matanya namun esakannya tetap kedengaran. Poly dan Jane berpandangan sesama sendiri. “Colline, talk to me, I am here for you dear,” pujuk Poly.

“Poly, mereka, mereka, ISRC, Danny... mereka telah mengklon Rayz!” kata Colline dengan esakan dan suara yang tersekat – sekat.

“APA!!” kata Poly dan Jane serentak. Betapa terkejutnya mereka mendengar apa yang dikatakan oleh sahabat mereka itu. Tergamak ISRC melakukan ekperimen itu terhadap Rayz yang telah membantu mereka dalam Project X. Poly menutup mulutnya dengan tangan, hatinya terasa sebak, air matanya gugur dengan sendiri. Jane mengusap – usap bahu Poly, memintanya bersabar. Namun Jane lebih bimbangkan keadaan Colline kini. Tentu Colline lebih hebat penderitaannya melihat nasib yang menimpa jejaka yang kini dicintainya itu. Tiba – tiba skrin laptop Jane menunjukkan kehadiran 2 lembaga manusia sedang mendekati Dewan Inkubasi.

“Colline, you gotta move! Someone is coming there, you must find the real Rayz now!” Jane meminta Colline meninggalkan tempat itu, bimbang yang datang itu adalah pengawal – pengawal ISRC.

Colline bingkas bangun, matanya dikesat. Hatinya teguh kini. Satu – satunya yang boleh dilakukannya sekarang adalah mencari Rayz dan membebaskannya dari cengkaman ISRC yang keji itu. Dengan pantas Colline melalui pintu belakang dan mengikut arahan GPS telefon bimbitnya untuk mengesan kedudukan Rayz yang sebenar.

********************************************************

Kedua – dua lembaga berjubah hitam itu baru sahaja tiba di hadapan Dewan Inkubasi. Mereka tidak dapat masuk ke dalam memandangkan pintu berkenaan dikunci secara elektronik. Lembaga bertubuh besar itu menarik penumbuk kanannya ke belakang, dengan sepenuh kuasa dia melepaskan penumbuknya ke pintu yang setebal 6 inci itu. BANGG!! Pintu itu tercabut dan terpelanting jauh ke belakang. Betapa kuatnya kuasa tumbukan lembaga bertubuh besar itu. Dengan automatik, penggera keselamatan mulai berbunyi di Sector-0. Kedua – dua lembaga berjubah hitam itu membiarkan sahaja bunyi yang nyaring itu. Mereka melangkah masuk dengan tenang. Mereka berdua memerhatikan inkubator – inkubator yang tersusun itu. Lembaga bertubuh kecil itu mendekati inkubator yang berada di sisinya. Air mukanya berubah tatkala melihat apa yang terdapat di dalam inkubator itu.

“Cer tu ning pear diz Unperra Mort!,” kata lembaga bertubuh kecil.

[Mereka telah membuat ‘Salinan’ Bakal Maharaja!]

Air muka lembaga bertubuh besar itu juga berubah. Kemarahan jelas terpancar di wajahnya. Dengan marah dia mengacukan telapak tangannya ke hadapan, cas elektrik berwarna biru keluar dari telapak tangannya dan menyambar kesemua inkubator yang ada di situ. Kesemua inkubator – inkubator itu meletup dalam satu letupan yang teramat besar! Sector-0 kelihatan bergegar kesan dari letupan itu. Bekalan elektrik pun terputus, dan bekalan elektrik kecemasan pun terpasang secara automatik. Api yang menyala – nyala membanjiri keseluruhan Dewan Inkubasi itu. Ajaibnya kedua – dua lembaga berjubah hitam itu langsung tidak apa – apa! Malahan jubah mereka itu juga langsung tidak dimakan api. Siapakah kedua – dua lembaga berjubah hitam ini?

“Eram boz dopi hiut Unperra Mort!!” kata lembaga bertubuh besar kepada yang satu lagi. Mereka berdua pun melangkah tanpa mempedulikan lidah – lidah api yang menyala – nyala di tenpat itu.

[Kita harus mencari Bakal Maharaja secepat yang mungkin!]

********************************************************

Colline telah rebah ke lantai ketika letupan itu berlaku. Bahunya tercedera kesan daripada perlanggarannya dengan dinding. Colline menyeringai kesakitan sambil memegang bahunya. Keadaan di situ samar – samar, hanya lampu kecemasan berwarna merah yang menerangi laluan di hadapannya. Colline bingkas bangun dan meneruskan berlari. Signal dari GPS yang dibawanya menyatakan bahawa di semakin dekat dengan tempat sebenar Rayz dikurungkan. Colline tidak ingin membuang lebih banyak masa, letupan di Sector-0 bermaksud tidak lama lagi pegawai – pegawai ISRC akan berpusu – pusu datang ke tempat itu.

Selepas berlari – lari anak dan melintas beberapa buah makmal, akhirnya signal GPS itu membawanya ke sebuah pintu gergasi setinggi 30 meter. Pintu itu kelihatan besar dan kukuh sekali. Ianya diperbuat daripada logam titanium dan mempunyai 12 pengunci sebesar batang pokok pinang. Perhatian Colline tertumpu kepada nama yang tertera pada pintu gergasi berkenaan “DUNAMIST CHAMBER-LEVEL 10 CLEARANCE REQUIRED”. Hati Colline yakin, Rayz berada di sebalik pintu gergasi ini. Colline segera mendekati panel elektronik yang berada pada pintu tersebut. Colline memasukkan Kad Authorization milik Danny. “ERROR!-ACCESS DENIED” tertera pada skrin panel elektronik. Nampaknya kad milik Danny itu tidak sesuai dengan panel elektronik pada pintu itu. Colline mencubanya berkali – kali namun tetap gagal.

“Why! Why won’t it open... Please open! I need to see him, I need to see Rayz!” Colline terduduk di hadapan pintu gergasi. Dia menangis semahu – mahunya. Jarak antara dia dan Rayz kini hanya dipisahkan oleh pintu gergasi itu. Kenapa agaknya pintu itu enggan terbuka sedangkan Kad Authorization Danny adalah ‘LEVEL 10 CLEARANCE’?


Bilik Pejabat Danny, 50 Minit yang lalu...

Sebaik sahaja Danny kembali dari makmal Poly, dia pun kembali ke pejabatnya. Mary memberitahunya Colline ada masuk ke dalam pejabat. Danny terlihat hadiah berbungkus biru di atas mejanya. Danny tersenyum, dia tidak mencurigai tindakan Colline itu pada mulanya. Namun suatu perkara menarik pehatiannya. Komputer peribadi Danny berada dalam mod ‘Shutdown’ sedangkan sebelum dia meninggalkan bilik pejabat komputernya itu berada dalam mod ‘Standby’. Hati Danny berderau. Dengan pantas dia menghidupkan komputer. Selepas memeriksa membuka laci mejanya, Danny tergamam. Jantung Danny berdegup dengan kencang, kemarahan jelas terpampang pada wajahnya.

Danny mengambil telefon bimbit dan mendail IDMC atau ISRC DATA MANAGEMENT CENTRE (Pusat Pengurusan Data ISRC) yang berpusat di US. Pusat ini mengendalikan kesemua pengurusan data dan sekuriti ISRC seluruh dunia. “Hello, this is Chief Director Danny Dexter Lewis of the ISRC Sabah Department, commence lockdown procedure on Sector-0 immediately!”. Sebaik sahaja menerima arahan Danny, pegawai yang mengurus data di ISRC US segera mengunci kesemua pintu elektronik yang berada di Sector-0. Itulah sebabnya Colline gagal membuka pintu gergasi tempat di mana Rayz dikurung.

Danny mendail Kem Militari GDTF yang berpengkalan di ISRC Metropolis Kinabalu. “What the hell are you people doing! Someone has breached security in Sector-0!! Move out now and apprehend the suspects!!!” suara Danny meninggi sehingga kedengaran di luar pejabat. Danny menumbuk mejanya dengan kuat sekali. Dia bercekak pinggang. Nafasnya turun naik. Dia mendail lagi di telefon bimbitnya.

“It’s me Sir. I’m afraid I have bad news. Professor Colline has breached Sector-0. I am on my way to stop her,” kata Danny. Nampaknya dia telah mendail nombor pejabat Arufa dan Wiseman’s Commitee yang lain. Selepas itu dia segera mencapai jaket kulitnya dan segera berlari menuju ke arah lif utama.


Colline memeluk lututnya sambil menangis teresak – esak. Di dalam hatinya dia benar – benar ingin berjumpa Rayz semula. Tiba – tiba dia terdengar bunyi tapak kaki sedang berjalan di atas laluan logam. Colline mengalihkan pandangannya ke arah datangnya bunyi tersebut. Sangka Colline adalah pengawal keselamatan ISRC, tetapi yang datang adalah dua lembaga berjubah hitam. Tudung jubah mereka menutup wajah mereka sepenuhnya. “Siapa?” getus hati Colline. Colline pun berdiri dengan spontan sambil memegang bahunya yang sakit. Kedua – dua lembaga itu tidak mengendahkan Colline dan berjalan melepasinya. Mereka kini berdiri di hadapan pintu gergasi itu.

“Fior din gi supo enk” lembaga bertubuh besar itu berkata.

[Undur ke belakang]

Lembaga bertubuh kecil itu berundur ke belakang. Colline juga berbuat sedemikian. Lembaga bertubuh besar itu menghunuskan senjatanya yang berbentuk rod panjang berwarna perak. Tiba – tiba dua mata pedang cahaya berwarna biru muncul dari kedua – dua hujung rod perak itu. Dengan pantas lembaga bertubuh besar itu melibaskan rod perak itu ke arah pintu gergasi di hadapannya. Bunyi berdesing yang nyaring kedengaran tatkala mata pedang cahaya itu menyentuh pintu gergasi. Tidak lama kemudian, bahagian bawah pintu gergasi setebal 3 kaki itu pun rebah diiringi dengan dentuman yang memekakkan. Kekuatan lembaga bertubuh besar itu memang menakjubkan sekali. Mata Colline hampir tidak berkelip melihat kejadian yang baru sahaja berlaku itu. Rod yang tadinya panjang kini memendek semula seperti cota polis. Lembaga bertubuh besar itu memasukkan rod perak itu ke dalam jubahnya semula. Dia pun melangkah masuk ke dalam bilik besar di sebalik pintu gergasi tadi. Lembaga bertubuh kecil itu mengikutinya dari belakang.

Colline segera mengikut mereka dari belakang lantaran pintu gergasi itu kini telah rosak. Di hadapan Colline sekarang adalah sebuah bilik perubatan dengan teknologi yang paling canggih di dunia. Di depannya adalah sebuah inkubator berbentuk bujur sama seperti di dewan yang meletup sebentar tadi. Bezanya adalah inkubator itu bersambung dengan 6 buah Sistem Pemulihan Nyawa Model 5970. Colline dapat meneka Rayz memang berada di dalam inkubator itu. Tidak jauh dari inkubator Rayz ialah Xyver yang berada di dalam balang kaca berbentuk silinder. Tidak syak lagi, Rayz lah yang berada di dalam inkubator itu!

Lembaga bertubuh besar itu segera mendekati inkubator yang mengurungkan Rayz, tiba – tiba aura elektrik berwarna merah menyambarnya entah dari mana! Dia terpelanting ke belakang dan merempuh beberapa peralatan makmal. Colline sempat mengelak ke tepi ketika lembaga bertubuh besar itu terpelanting. Lembaga bertubuh kecil itu segera mendapatkan lembaga bertubuh besar tadi. Kebimbangan jelas terpampang di wajahnya.

“Kena rion sid ker!?” kata lembaga bertubuh kecil yang bermaksud “Ayah tak apa – apa!?”

“Refurucis nier jin sied fed!”

[Itu adalah aura Reflucis!]

“Refurucis!!”

Mereka mengalihkan pandangan mereka ke arah inkubator Rayz. Dengan mata mereka, mereka dapat melihat aura berwarna merah darah sedang membentuk dinding mengelilingi inkubator Rayz itu. Aura itu adalah milik REFLUCIS (Rujuk Chapter 30), musuh kepada VAHSYAH. Tapi mengapa aura REFLUCIS muncul di Sector-0? Dan mengapa ianya mengurung Rayz?

Colline yang hanyalah manusia biasa tidak dapat melihat aura milik REFLUCIS itu. Dia pun berlari anak mendapatkan inkubator Rayz. Fros yang ada di atas penutup inkubator Rayz itu disapunya dengan tangan. Akhirnya wajah Rayz dapat dilihatnya. Wajah Rayz kelihatan tenang seolah – olah sedang tidur dengan nyenyak sekali. Air mata Colline jatuh dengan sendirinya. Colline memanggil – manggil nama Rayz namun jejaka itu tetap tidak sedarkan diri. Colline cuba menghubungi Jane untuk meminta bantuan mengenai cara – cara membuka inkubator berkenaan namun gagal seolah – olah ada gelombang elektromagnetik yang menganggu frekuensi telefon bimbit di situ.

Lembaga bertubuh besar itu pun bangun sambil dibantu oleh lembaga bertubuh kecil. Mereka perasan Colline tidak terpengaruh oleh aura milik REFLUCIS itu. Mungkin kerana Colline hanyalah manusia biasa. Lembaga bertubuh besar itu mendapat suatu akal. Dia pun berjalan menghampiri Colline. Dia berdiri di antara aura merah itu dengan Colline. Dia pun memejamkan mata selama beberapa saat.

“Makhluk Bumi, bolehkah kamu membantu saya,” kata lembaga bertubuh besar itu kepada Colline.

Colline tersentak kerana mendengar lembaga bertubuh besar itu bertutur dalam Bahasa Melayu. Colline pun memandangnya, “Siapa kamu berdua ini?”

Lembaga bertubuh besar itu membuka tudung kepalanya. Dia adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur 58 tahun. Rambut dan janggutnya putih. Wajahnya berkedut dimamah usia namun sorotan matanya seolah – olah lagak pahlawan yang agung. Lembaga bertubuh kecil itu juga membuka tudung kepalanya. Ianya seorang wanita berumur lingkungan awal 30-an. Dia kelihatan sangat jelita dengan rambutnya yang hitam berkilat dan kulit putih melepak. Matanya galak dan berwarna ungu kristal. Di kedua – dua kepala lelaki dan wanita itu terdapat perhiasan kepala mirip perhiasan kepala yang dipakai oleh Baginda Ra-Iz.


“Adakah kamu, Kaum Samarian!?” kata Colline kerana cara mereka berpakaian itu mirip dengan cara berpakaian Baginda Ra-Iz dan juga Kaum Samarian yang dilihatnya di dalam hologram 3D di Piramid Samarian Purba di Gurun Gobi.

Lelaki dan wanita itu berpandangan di antara satu sama lain. Hairan bagaimana makhluk bumi itu tahu mengenai asal – usul mereka. “Nama saya Ka-Zen Valiar dan ini adalah anak perempuan saya Bre-Ya Valiar. Memang benar, kami memang Kaum Samarian,” kata lelaki bernama Ka-Zen itu.

“Ka-Zen? Adakah kamu Panglima Ka-Zen, pakcik kepada Baginda Ra-Iz? Saya ada mengetahui banyak tentang diri kamu dari Piramid Samarian Purba yang berada di Gurun Gobi tetapi tak sangka pula boleh bertemu dengan kamu di sini!” kata Colline dengan suara teruja.

“Itu tidak penting. Kami perlukan bantuan kamu Makhluk Bumi untuk membebaskan “Bakal Maharaja” kami yang berada di dalam objek itu,” kata wanita bernama Bre-Ya itu pula.

“Bakal Maharaja? Maksud kamu Rayz?” Colline mengalihkan pandangannya ke arah inkubator Rayz.

“Berani kau menyebut nama Bakal Maharaja dengan namanya!!” tiba – tiba Bre-Ya menjadi bengis mendengar cara Colline menyebut nama Rayz sedemikian rupa.

Ka-Zen memegang bahu Bre-Ya menyuruhnya bersabar. “Dia tidak faham dengan adat kita Bre-Ya, biarkan sahaja. Makhluk Bumi, lelaki yang kamu panggil Rayz itu adalah Bakal Maharaja kami. Kami telah dititahkan oleh Regent Dara-Gon Lezaria, Pemerintah Planet Xatrian Ke-2 untuk membawanya pulang.”

“Membawa Rayz pulang? Tapi dia bukan Kaum Samarian. Mungkin dia berdarah Samarian tapi dia adalah penduduk Bumi. Lagipun saya rasa Rayz juga tidak tahu bahawa dia adalah Bakal Maharaja yang kamu katakan itu,” kata Colline. Apa yang dikatakan oleh Ka-Zen itu membuatnya risau sekali kerana ada kemungkinan dia tidak akan dapat bertemu dengan Rayz lagi jika mereka membawanya pulang ke Planet Xatrian Ke-2.

“Itu bukan urusan kau! Kau tidak berhak berkata apa – apa, Makhluk Bumi yang keji! Berani kau mencemari kesucian “Dunamist” pilihan DEWA dengan melaksanakan ujikaji bersifat binatang terhadapnya. Kau patut di bunuh sekarang!!” serentak itu juga Bre-Ya menghunus pedang cahayanya dan cuba memenggal kepala Colline! Colline amat terkejut dengan tindakan Bre-Ya itu, dengan spontan dia berundur ke belakang.

Mujur Ka-Zen menangkap lengan Bre-Ya dengan pantas. Pedang cahaya Bre-Ya itu pun terlepas dari tangannya. “Bre-Ya! Kawal perbuatan kamu! Kita datang bukan untuk bermusuhan dengan mereka!” suara Ka-Zen meninggi, matanya dijegilkan ke arah Bre-Ya tanda tidak suka dengan tindakannya itu. Bre-Ya menundukkan kepala, “Ampunkan Bre-Ya ayah.” Bre-Ya memandang ke arah Colline dengan penuh kebencian. Colline berasa serba salah dengan apa yang berlaku itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh Bre-Ya itu. ‘Makhluk Bumi’ lah yang melakukan ujikaji yang keji itu terhadap Rayz.

“Makhluk Bumi, ampunkanlah perbuatan anak perempuan saya ini. Dia ini masih muda dan masih perlu belajar untuk menghormati makhluk lain. Namun bukan itu yang penting Sekarang ini, saya perlukan bantuan anda untuk membebaskan Bakal Maharaja kami,” rayu Ka-Zen sekali lagi.

“Panggil saya Colline. Baiklah, saya bersetuju membantu kamu. Tapi, apa yang boleh saya lakukan? Inkubator ini dikunci dengan ketat dan rumit sekali?” jawab Colline.

“Objek yang mengurung Bakal Maharaja itu bukanlah rekaan Makhluk Bumi macam kamu ini. Ianya adalah rekaan makhluk lain yang berakal tinggi. Untuk membukanya, Bakal Maharaja harus dibangunkan dari tidurnya,” kata Bre-Ya sambil berpeluk tubuh.

Apa yang dikatakan oleh Bre-Ya itu serba sedikit mengejutkan Colline. Jika inkubator itu bukanlah ciptaan saintis – saintis Bumi, siapakah pula yang mencipta dan membawanya ke ISRC Metropolis Kinabalu? Persoalan demi persoalan benar – benar membuat fikiran Colline semakin bercelaru. “Tapi bagaimana caranya saya boleh membangunkan Rayz? Sudah tentu Tuan Ka-Zen tahu bagaimana caranya membangunkan Rayz?”

“Colline harus masuk ke dalam minda Bakal Maharaja dan membangunkannya dari situ. Objek yang kamu panggil inkubator ini akan terbuka dengan sendirinya. Tambahan pula, saya dan Bre-Ya tidak dapat menghampiri objek itu. Ada satu kuasa kejahatan yang menghalang kami dari mendekatinya. Colline tidak dapat melihat aura kejahatan ini kerana Colline adalah Makhluk Bumi,” terang Ka-Zen.

“Aura Kejahatan?” getus hati Colline. Kejadian apakah yang sedang berlaku di ISRC ini? “Tuan Ka-Zen, saya benar – benar ingin membantu Rayz. Tunjukkanlah saya bagaimanakah caranya saya boleh membangunkan dia.”

“Baiklah,” kata Ka-Zen pendek. Ka-Zen mengalihkan pandangannya ke arah Bre-Ya dan menganggukan kepala. Bre-Ya membalas anggukan kepala Ka-Zen itu. Dia meminta Colline menghampirinya. Colline berbuat apa yang diminta oleh Bre-Ya itu. “Kamu dekati objek itu dan sentuh ia. Pejamkan mata kamu dan tumpukan perhatian kamu terhadap Bakal Maharaja. Saya akan memindahkan jiwa kamu masuk ke dalam minda Bakal Maharaja kami. Dari situ, kamu harus berusaha membangunkan dia. Ingat, kita tidak ada cukup masa untuk melakukan ini,” Bre-Ya memberi peringatan.


“Baiklah. Saya akan lakukan apa yang Bre-Ya arahkan,” jawab Colline. Dia pun menghampiri inkubator Rayz itu dan melekapkan tapak tangannya di atas penutup inkubator. Matanya dipejamkan. Tumpuannya diarahkan kepada Rayz. Bre-Ya juga memejamkan matanya. Dia pun membaca mantera yang hanya diketahui oleh Kaum Samarian. Aura asap berwarna ungu mulai muncul dari tubuh Bre-Ya dan bergerak menuju ke arah Colline. Sebaik sahaja ianya menyentuh Colline, Colline tiba – tiba berasa mindanya diserap masuk ke dalam terowong yang sangat dalam.

Roh Colline kini bergerak di dalam terowong yang gelap. Colline berasa takjub dengan fenomena yang sedang dialaminya. Sebagai seorang saintis, kejadian seumpama itu adalah sesuatu yang teramat sukar diterima baginya kerana ianya di luar jangkauan pengetahuan sains itu sendiri. Namun bukan itu yang penting baginya. Yang penting dia harus mencari ‘jiwa’ Rayz dan membangunkannya. Roh Colline melayang dan meluncur jauh menyusuri terowong yang gelap tadi. Selepas meluncur selama beberapa ketika, Colline dapat melihat penghujung terowong. Sebaik sahaja Colline tiba di penghujung terowong dia dapat merasakan tubuhnya kelihatan ringan sekali. Dia kini berdiri di dalam sebuah gurun tandus dengan pemandangan pada waktu malam. Gurun itu kelihatan tersangatlah luas, ada kemungkinan ianya tidak berpenghujung. Lautan demi lautan pasir dapat dilihat oleh Colline di seluruh kawasan tersebut. “Adakah ini adalah minda Rayz?” getus hati Colline. Adakah jiwa Rayz kesunyian sama seperti gurun tandus di tempat itu? Adakah gurun itu sendiri melambangkan jiwa Rayz? Colline berteka – teki dalam hatinya. “Tapi, bagaimana saya ingin mencari Rayz dalam gurun yang luas sebegini?” sekali lagi Colline buntu.

Colline memandang langit di tempat itu. Ianya penuh dengan bintang – bintang bergemerlapan dan kelihatan indah sekali. Sekalipun gurun itu tandus, namun langitnya kelihatan tersangat cantik. Colline menyebut nama Rayz dan berkata betapa dia ingin bertemu dengannya. Tiba – tiba sebutir bintang yang besar dan terang – benderang tiba – tiba bercahaya di bahagian barat gurun itu. Bintang misteri itu berkelip – kelip seolah – olah sedang berkomunikasi dengan Colline. “Adakah bintang itu sedang menunjukkan kedudukan Rayz?” kata Colline. Tanpa membuang masa, Colline berlari mengikut arah di mana bintang itu sedang bersinar. Nalurinya mengatakan Rayz ada di situ. Selepas meredah gurun pasir yang teramat luas dengan berpandukan bintang misteri itu, Colline pun tiba di sebuah Oasis. Colline dapat melihat kelibat seseorang sedang duduk di hadapan sebuah unggun api. Colline mengamati wajah orang tersebut. “RAYZ!” getus hatinya. Dia segera mendapatkan lelaki itu.

Rayz sedang duduk termenung di depan unggun api tadi. Wajahnya muram dan tidak bermaya. Sekali – sekala dia membaling ranting – ranting kayu ke dalam unggun api tersebut. Tiba – tiba Rayz terlihat kelibat orang berlari menuju ke arahnya. Rayz bingkas bangun dari duduk. “Siapa yang datang?” getus hatinya. Rayz mengamati bayang – bayang orang yang semakin dekat itu. Adakah Arufa dengan konco – konconya datang sekali lagi atau...?

“COLLINE!?” jerit Rayz.

Colline kini berdiri di hadapannya. Dia tercungap – cungap kepenatan kerana berlari merentasi gurun pasir. Buat seketika mereka berdua berpandangan. “I have found you...” kata Colline. Tiba – tiba Colline menerpa ke arah Rayz dan memeluk tubuh lelaki itu dengan erat sekali seolah – olah enggan dilepaskan. Rayz terpana dengan tindakan Colline itu. Colline mulai menangis teresak – esak. Rayz membiarkan sahaja gadis itu memeluknya, tangannya juga merangkul pinggang gadis itu. Rayz tidak faham mengapa Colline menangis tapi dia bersimpati dengan keadaan Colline. Rambut gadis itu di usapnya dengan lembut.

“Are you alright? What are you doing here and how did you find me?” tanya Rayz.

“Itu tidak penting Rayz. Colline datang ke sini untuk membawa Rayz pulang. We have to leave this place, you have to wake up. ISRC telah menawan badan Rayz sebab itulah Rayz berada di tempat ini!” jawab Colline. Kedua – dua tangan lelaki itu dipegangnya dengan erat sekali.

Rayz melepaskan tangan Colline perlahan – lahan. Dia mendekati unggun api dan merenungnya. “Sebenarnya Rayz yang tidak ingin sedar dari tempat ini Colline,” katanya.

“What? Tapi mengapa? Colline tak faham...”

Rayz menatap wajah ayu Colline Sullivan itu. “Rayz telah membuat keputusan untuk tidak ingin lagi kembali ke dunia sebenar. Rayz tidak ingin ada kaitan dengan Kaum Samarian, mahupun Grogan, mahupun VAHSYAH, mahupun REFLUCIS, mahupun ISRC...”

“...mahupun Colline?” celah Colline. Dia merenung mata Rayz.

Rayz mengalihkan pandangannya. “Bukan itu maksud Rayz, Colline bukanlah alasan mengapa Rayz tidak ingin kembali. Cuma Rayz benar – benar tidak dapat tahan lagi dengan keadaan ini. Mengapa Rayz yang harus memikul semua beban ini? Rayz hanyalah manusia biasa. I am NOT a hero or a ‘Saviour’... this is too much for me that it really hurts.”

Sekali lagi mereka berdua mendiamkan diri. Rayz kembali merenung unggun api di hadapannya. Colline memandang bahagian belakang lelaki yang kini dicintainya itu. Sesungguhnya Colline ingin membantu Rayz dengan sepenuh hatinya. Kalau boleh dia ingin mengurangkan beban yang sedang dipikul oleh lelaki itu. Colline ingin memberitahu Rayz ‘isi hatinya’. Sesuaikah masa itu sekarang? Adakah Rayz akan menerima cintanya yang baru sahaja berputik itu selepas segala apa yang telah berlaku?

“Rayz, ada sesuatu yang Colline ingin nyatakan pada Rayz...” jantung Colline kian berdegup dengan pantas. Terasa seluruh darah dalam tubuhnya berkumpul di wajahnya.

Rayz memandang wajah Colline semula. “Apa yang ingin Colline beritahu pada Rayz?” tanya Rayz. Dia dapat melihat air muka Colline yang kekok itu. “Kenapa dengan Colline ni?” getus hati Rayz.

“Colline...Sebenarnya, Colline...” suaranya tersekat – sekat kini. Degupan jantung Colline kini hampir – hampir menyamai kereta lumba F1.

“Yes?” dahi Rayz berkerut memandang gelagat gadis di depannya itu.

“Umm... tak ada apa – apa. Ehem. Yang penting sekarang kita kena tinggalkan tempat ini. Nyawa Rayz dalam bahaya. Sebenarnya ISRC telah menahan jasad Rayz di dunia sebenar!” akhirnya Colline menukar tajuk perbualan dan membatalkan niatnya memberitahu Rayz akan isi hatinya.

“Rayz tahu. Rayz tahu jasad Rayz dalam tawanan ISRC,” jawab Rayz dengan air muka yang biasa.

“Jadi kenapa Rayz tidak cuba membebaskan diri!” kata Colline, berasa sangat terkejut dengan jawapan Rayz itu.

“Rayz sudah berputus asa. Rayz tidak ingin ada kaitan dengan apa – apa lagi di luar sana. Apa yang ISRC ingin lakukan, Rayz tidak peduli lagi...”

*PAP!* tangan Colline singgah di pipi kiri Rayz. Colline telah menampar Rayz kerana tidak dapat menahan cara Rayz berkata – kata itu. Rayz memandang wajah Colline. Rayz terpana melihat Colline. Gadis itu sedang menitiskan air mata, air mata untuknya. Tapi mengapa? Rayz meneka – neka dalam hatinya.

“Jangan anggap semua ini tentang Rayz sahaja. You are not alone! You are never alone! We are here for you and we can go through this together! Mungkin Rayz tidak peduli dengan kehidupan Rayz tetapi di luar sana masih ada banyak orang yang sangat menyayangi Rayz. Ayah angkat Rayz, Wai-Wai, Ady, mereka semua di farmasi, dan saya!” kata Colline menahan rasa geram yang ada di dalam hatinya.

********************************************************

Kembali ke dunia sebenar...

Bre-Ya kelihatan sedang menumpukan sepenuh kekuatannya untuk menstabilkan ‘Psycho Connection’ di antara Colline dan Rayz. Dahi dan pipinya kini dibasahi peluh. Nampaknya apa yang dilakukan oleh Bre-Ya itu memang teramatlah payah dan memakan tenaga. Ka-Zen meminta Bre-Ya bertahan sehingga Colline berjaya membangunkan Rayz. Pada saat itu, Ka-Zen dapat melihat sesuatu yang pelik. Aura merah yang membentuk dinding itu mulai meresap masuk ke dalam inkubator Rayz. “Bahaya! Bre-Ya, REFLUCIS cuba untuk menghalang Makhluk Bumi Colline! Arahkan dia untuk berjaga – jaga dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin!” Bre-Ya mengangguk tanda faham. Dia segera menghantar isyarat kepada Colline dan juga Rayz.

********************************************************

Di dalam jiwa Rayz...

Rayz dan Colline sama – sama mendiamkan diri. Apa yang dikatakan oleh Colline sebentar tadi berlegar – legar di dalam minda Rayz. Ada benar kata – kata Colline itu. Mungkin dia tidak peduli lagi dengan kehidupannya tapi saudara – saudara dan sahabat – sahabatnya masih memerlukan dia. Buat pertama kali minda Rayz mulai berfikir secara rasional. Dia terlalu berfikir tentang dirinya sendiri sehingga terlupa akan perkara yang paling utama sekali. ‘Kehidupan’ nya bukanlah dikawal oleh sesiapa pun. ‘Dia’ yang mengawal hidupnya sendiri. Rayz menghampiri Colline dan memegang bahunya.

“Thank you Colline. I have finally found the answer that I needed. Terima – kasih kerana datang bertemu dengan saya di sini.”

Colline mengesat air matanya. “Adakah Rayz sudah membuat keputusan untuk meninggalkan tempat ini?”

“Of course. Selepas Rayz melepaskan diri dari ISRC barulah Rayz akan berfikir tentang apa yang perlu Rayz lakukan,” jawab Rayz sambil tersenyum. Rayz menyentuhkan penumbuk kanannya ke pipi Colline.

“Thank you Rayz for considering again,” Colline memeluk tubuh Rayz semula. Rayz membalas pelukan Colline itu. Terasa betapa selesa dan hangatnya tubuh gadis itu. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan! Unggun api di sebelah mereka itu tiba – tiba meletup dan suatu lembaga bagaikan syaitan terbentuk dari percikan api yang terbang di udara. Rayz segera berdiri di hadapan Colline untuk melindunginya.

“I WILL NOT LET YOU LEAVE THIS PLACE “DUNAMIST”! YOU SHALL DIE HERE!” raung lembaga berbentuk syaitan api itu. Serentak itu juga gurun itu mulai bergegar bagaikan dilanda gempa bumi yang dahsyat! Beratus – ratus tiang api pun mulai muncul dari gurun pasir itu dan menjulang ke udara. Suhu di tempat itu tiba – tiba meningkat dan kelihatan amat panas sekali. Air di oasis itu juga mulai menggelegak kesan dari kepanasan di tempat itu.

“Who are you!” bentak Rayz kepada lembaga itu.

“I AM REFLUCIS! I AM YOUR DEATH!” jawab lembaga itu. Pada saat itu REFLUCIS melibaskan cakarnya yang besar ke arah Rayz dan Colline! Adakah Rayz dan Colline akan mati di tempat itu? TIDAK! Tiba – tiba suatu aura ungu berbentuk seorang wanita muncul dan menahan cakar REFLUCIS! Lembaga wanita itu adalah Bre-Ya, nampaknya dia juga menghantar rohnya di tempat itu untuk membantu Rayz dan Colline.

“Tuanku, maafkan patik kerana terlambat! Makhluk Bumi, bawa Bakal Maharaja kami meninggalkan tempat ini. Di belakang saya ada portal berwarna ungu, gunakan ia untuk meninggalkan tempat ini!” kata Bre-Ya.

“Bagaimana dengan Bre-Ya!?” tanya Colline cemas.

“Jangan bimbang tentang saya! Selamatkan Bakal Maharaja kami!” jerkah Bre-Ya.

“Baiklah.” Colline segera menarik Rayz meninggalkan oasis itu dan mencari portal yang dimaksudkan oleh Bre-Ya itu. Rayz pun ditarik oleh Colline sambil pandangannya diarahkan kepada wanita tadi. “Colline, siapa wanita itu? Apa maksud dia Bakal Maharaja?” tanya Rayz keliru. “I will explain later. Right now we have to go!” jawab Colline pendek. Rayz pun mengangguk sambil berlari berpegangan tangan dengan Colline mencari portal itu. Colline tersenyum bahagia melihat tangannya digenggam erat oleh Rayz.

“FOOLISH SAMARIAN! YOU THINK YOU CAN DEFEAT ME!” raung REFLUCIS. Dia melibaskan tangannya yang satu lagi ke arah Bre-Ya! Bre-Ya menjerit kesakitan dan dia terhumban ke langit, lalu tubuhnya bertukar menjadi aura asap ungu dan hilang begitu saja. REFLUCIS segera mengejar Rayz dan Colline, nampaknya dia ingin membunuh Rayz di tempat itu agar Rayz tidak akan bangun lagi buat selama – lamanya.

Rayz dan Colline berjaya menemui portal yang dikatakan oleh Bre-Ya itu. Namun REFLUCIS semakin menghampiri mereka, Rayz sedar mereka tidak akan sempat melepaskan diri. Dia pun berhenti berlari untuk berhadapan dengan REFLUCIS. Colline terkejut melihat tindakan Rayz itu. “Rayz! Rayz buat apa tu! Cepat, portal itu ada di situ sahaja!”

“Colline pergi tinggalkan tempat ini sekarang. Rayz akan menyusul kemudian,” jawab Rayz. Dia kelihatan berdiri dengan teguh berhadapan dengan REFLUCIS yang setinggi 30 meter itu. Air mukanya langsung tidak melahirkan rasa takut.

“Rayz! Please, don’t do this!” panggil Colline lagi.

“Jangan bimbang Colline, I’ll be right behind you, I promise,” kata Rayz lagi dan tersenyum ke arah Colline.

Senyuman Rayz yang tampak yakin itu serba sedikit mengurangkan kebimbangan Colline. “You promised!” jerit Colline.

Rayz menunjukkan isyarat OK dengan ibu jari kanan. Melihat aksi Rayz itu, Colline segera berlari menuju ke portal ungu untuk meninggalkan ruang jiwa Rayz itu. Kini tinggalah Rayz dan REFLUCIS sahaja. Rayz merenung makhluk hodoh berbentuk syaitan itu dengan tajam. Wajahnya tampak yakin.

“SO AT LAST YOU AND I MEET FACE TO FACE DUNAMIST OF VAHSYAH,” suara REFLUCIS itu tampak garau dan setiap kali dia bersuara gurun pasir itu akan bergegar, menunjukkan kuasanya yang menakutkan.

“What do you want from me REFLUCIS?” tanya Rayz.

“ISN’T IT OBVIOUS? I COME TO KILL YOU! AND NOW YOU DIE!” REFLUCIS meraung dan melancarkan cakar kanannya semula ke arah Rayz. Cakar berapi itu menuju ke arah Rayz dengan kepantasan yang luar biasa. Rayz tetap tenang walaupun keadaan langsung tidak menguntungkannya.

Rayz segera menarik penumbuk kanannya ke belakang. Pada saat itu, tatu VAHSYAH muncul di wajah Rayz, penumbuknya mulai berapi dengan aura berwarna biru muda, dengan sekuat hati, Rayz melepaskan penumbuk kanannya ke hadapan untuk membalas serangan REFLUCIS itu! Kedua – dua tangan mereka bertembung dan suatu letupan yang teramat besar pun berlaku! Aura biru dan merah bersimpang – siur memenuhi gurun pasir itu. Sebaik sahaja kedua – dua aura itu menghilang, kelihatan Rayz sedang mengacukan penumbuk kanannya ke hadapan. Bagaimana dengan REFLUCIS? Kelihatan lengan kanan REFLUCIS itu telah hancur berkecai terkena tumbukan berkuasa Rayz tadi. REFLUCIS memandang Rayz dengan tajam.

“GOOD, VERY GOOD DUNAMIST OF VAHSYAH...HA HA HA HA HA HA, BECOME STRONGER, BECOME STRONGER, HA HA HA HA HA HA!!!!!!!!!!!”

Lembaga REFLUCIS itu pun hilang bagaikan asap berwarna merah. Kata – kata REFLUCIS sebentar tadi mengganggu fikiran Rayz. REFLUCIS tahu dia tak akan dapat mengalahkan Rayz di tempat itu tetapi mengapa dia mencuba juga? Tambahan pula, kata – katanya sebentar tadi “BECOME STRONGER” membuat Rayz bertambah bingung. Apa maksudnya? Namun perkara itu bukanlah yang terpenting sekarang, Rayz mesti bangun dari tidurnya dan melepaskan diri dari ISRC. Dia pun berlari menuju ke arah portal yang digunakan oleh Colline sebentar tadi.

********************************************************

DUNAMIST CHAMBER...

Ka-Zen pun menghampiri Colline. Selepas aura berwarna merah itu hilang, Ka-Zen pun dapat menghampiri inkubator Rayz itu. Dia pun memgang bahu Colline. Colline membuka matanya. Dia kini berada di hadapan inkubator Rayz. “Adakah kamu tak apa – apa Makhluk Bumi Colline?” tanya Ka-Zen. Colline mengesat matanya beberapa kali, kejadian yang dialaminya sebentar tadi benar – benar menakjubkan. “Saya tak apa – apa Tuan Ka-Zen. Bagaimana dengan Bre-Ya?” tanya Colline. “Dia... cedera tetapi tidak berapa serius. Saya telah mengubati dia. Bagaimana dengan Bakal Maharaja kami? Adakah dia akan bangun tidak lama lagi?” tanya Ka-Zen kepada Colline.

“Rayz!” jerit Colline dan segera mendekati inkubator Rayz. Wajah Rayz tetap macam tadi, dia kelihatan sedang tidur dengan nyenyak. “You promised, you promised me that you would return! Now wake up!” kata Colline sambil menangis. Kelakuan Colline itu menghairankan Ka-Zen. Tiba – tiba dia mengetahui sesuatu. “Makhluk Bumi ini jatuh hati dengan Bakal Maharaja kami?” getus hati Ka-Zen. Janggutnya dilurut lembut, “Adakah ini yang dikatakan ‘CINTA’?”.

Tiba – tiba kelopak mata Rayz terbuka dengan perlahan. Serentak itu juga penutup inkubator itu terbuka dengan sendirinya seperti yang dikatakan oleh Bre-Ya. Rayz pun bangun dari tilam yang empuk di dalam inkubator itu. Dia membuka kesemua wayar – wayar dan jarum – jarum yang melekat pada tubuhnya dan memandang ke arah Colline. “I kept my promise,” kata Rayz sambil tersenyum bodoh.

“Idiot.” Kata Colline pendek dan memeluk tubuh lelaki itu dengan erat. Rayz membalas pelukannya. Terasa kebahagiaan kini memutik di sanubari Colline. Betapa cintanya dia dengan Rayz, namun keberaniannya belum ada untuk meluahkan perasaannya. Ka-Zen berdehem kecil, membuatkan kedua – dua insan itu berhenti. Rayz pun melangkah keluar dari inkubatornya. Ka-Zen berlutut di hadapan Rayz dengan kedua – dua tapak tangannya di atas lantai, kepalanya disentuhkan ke lantai jua. Ini adalah sujud hormat Kaum Samarian untuk “Bakal Maharaja” mereka. Rayz memintanya bangun. Ka-Zen mengucapkan terima – kasih dan membuka jubahnya dan diberikan kepada Rayz. Colline membantu Rayz memakai jubah itu, maklumlah, Rayz hanya berseluar dalam di dalam inkubator itu.

“Tuanku, nama patik Ka-Zen Valiar. Patik dan anak perempuan patik diperintahkan oleh Regent Dara-Gon Lezaria, pemerintah Planet Xatrian Ke-2 untuk membawa Tuanku balik,” Ka-Zen meperkenalkan dirinya semula kepada Rayz.

“Ka-Zen? Panglima Ka-Zen, adakah tuan pakcik kepada Ra-Iz?” kata Rayz pula.

“Ya Tuanku. Patik adalah pakcik kepada Ra-Iz. Dan merupakan...”

“...Datuk saya kan?” celah Rayz sebelum Ka-Zen sempat menghabiskan kata – katanya.

“Benar Tuanku. Tapi Tuanku adalah Bakal Maharaja, jadi patik sekarang hanyalah orang bawahan Tuanku,” balas Ka-Zen menundukkan kepala, tidak berani berpandangan mata dengan Rayz.

Rayz pun memeluk tubuh Ka-Zen dengan erat dan mesra sekali. Ka-Zen terkejut dengan perbuatan Rayz itu. Buat pertama kalinya Rayz berasa sangat gembira kerana mengetahui bukan dia sahaja ‘Samarian’ di dunia ini. Dia dapat merasakan kasih persaudaraan yang erat dengan Ka-Zen. Selepas memeluk tubuh Ka-Zen selama beberapa saat, Rayz pun melepaskan pelukannya.

“Terima – kasih Datuk kerana sudi membantu Colline menyelamatkan saya,” kata Rayz sambil tersenyum. Colline juga tumpang gembira dengan Rayz.

“Ehem. Patik juga gembira dapat membantu Makhluk Bumi Colline dan juga Tuanku,” jawab Ka-Zen dan menundukkan kepalanya sekali lagi.

“Di mana Makcik Bre-Ya?” tanya Rayz pula.

Air muka Ka-Zen berubah. Dia pun membawa Rayz kepada Bre-Ya yang sedang berbaring di atas lantai. Wajah Bre-Ya itu pucat sekali, darah berwarna emas mengalir dengan banyak dari mulutnya. Sekali sekala Bre-Ya akan terbatuk dan memuntahkan darah dengan banyak. Nampaknya serangan REFLUCIS itu telah mencederakan organ dalaman Bre-Ya.

“Patik sudah menggunakan kekuatan patik untuk menyembuhkan lukanya tetapi gagal,” wajah Ka-Zen itu kelihatan bimbang sekali. Pada ketika dia menjunjung titah Regent Planet Xatrian Ke-2, mereka sudah tahu akan risiko dalam melaksanakan misi tersebut. Namun Ka-Zen tidak sangka anak perempuannya akan menanggung padah pada misi kali ini. Colline memegang bahu Ka-Zen dan memintanya banyak bersabar.

Rayz berasa simpati dengan datuk yang baru sahaja ditemuinya itu. Rayz tidak akan membiarkan makciknya terkorban kerana cuba menyelamatkannya. Rayz mengarahkan telapak tangan krirnya ke arah balang kaca yang menyimpan Xyver itu. Tiba – tiba balang kaca itu meletup dan Xyver terbang menuju ke tapak tangan Rayz. Rayz pun meletakkan Xyver di atas dada Bre-Ya. Kemudian dia menyentuh kristal biru yang ada pada Xyver. Serentak itu juga tatu VAHSYAH muncul semula di wajah Rayz. Colline terkejut melihat tatu itu. Dia tahu benar apa maksud tatu tersebut. “Don’t worry. It is still me,” kata Rayz pendek seolah – olah berjaya membaca fikiran Colline. Tangan kiri Rayz mengenggam lengan Colline dengan erat. Colline pun tersenyum dan berasa lega mendengar kata – kata Rayz itu.

Xyver itu mulai bercahaya dengan aura berwarna biru muda. Dalam sekelip mata tubuh Bre-Ya diselimuti oleh aura biru berkenaan. Luka dalaman didalam tubuh Bre-Ya itu mulai sembuh dengan kadar yang tersangat menakjubkan. Sekejap sahaja semua luka Bre-Ya telah disembuhkan oleh kuasa Xyver. Selepas beberapa saat, Xyver pun tidak lagi bercahaya. Tatu pada wajah Rayz itu juga hilang. Bre-Ya pun membuka matanya. Ka-Zen membantunya bangun.

“Syukur kepada DEWA! Terima – kasih Tuanku kerana mengubati anak patik,” kata Ka-Zen terharu dengan apa yang telah Rayz lakukan.

“Ayah? Apa yang telah berlaku?” tanya Bre-Ya.

“Bakal Maharaja kita telah menyembuhkan kamu dari kecederaan. Tuanku kita memanglah seorang yang teramat mulia!” kata Ka-Zen, benar – benar terhutang budi kepada Rayz.

“Patik amat berterima – kasih Tuanku!,” Bre-Ya pun memberi sembah sujud. Namun Rayz memegang lengannya. Bre-Ya terkejut dengan tindakan Rayz. Wajah Rayz ditatap. Entah mengapa jantungnya mulai berdegup tatkala matanya bertentangan dengan mata Rayz. Bre-Ya mengakui ketampanan lelaki bergelar Bakal Maharaja di depannya itu.

“Tak perlu sujud makcik. Bre-Ya adalah makcik Rayz, sudah tentunya Rayz harus membantu,” jawab Rayz sambil tersenyum ramah.

Bre-Ya kagum dengan sikap Rayz ini. Kebanyakkan mereka yang berdarah bangsawan di Planet Xatrian Ke-2 bersikap angkuh dan kurang ajar. Jikalau tidak dihormati, silap sikit kepala akan bercerai dari badan. Dan ini bertentangan sekali dengan sikap Rayz, sekalipun dia adalah Bakal Maharaja mereka.

“Tuanku, adalah penting bagi kita untuk meninggalkan tempat ini sekarang,” Ka-Zen memperingatkan Rayz.

“Nanti dulu Datuk. Boleh jelaskan kenapa Datuk dan Makcik memanggil saya dengan gelaran ‘Bakal Maharaja’? Saya tidak berapa mengerti,” tanya Rayz.

Ka-Zen pun menerangkan perkara itu kepada Rayz. Planet Xatrian Ke-2 sudah lama tidak mempunyai seorang “Maharaja”. Kali terakhir Planet Xatrian Ke-2 mempunyai seorang Maharaja adalah 2000 tahun yang dahulu. Baginda adalah seorang “Dunamist” sama seperti Rayz. Dan mengikut undang – undang Planet Xatrian Ke-2, sesiapa yang menjadi “Dunamist” akan ditabalkan menjadi Maharaja secara autokratik. Semenjak kemangkatan baginda, tidak ada lagi seorang Samarian yang bergelar “Dunamist” akibatnya tampuk pemerintahan baginda digantikan dengan pemerintahan “Regent” yang bermaksud “Wakil Maharaja”. Regent sekarang ini bernama Regent Dara-Gon Lezaria, seorang bangsawan yang amat dihormati kerana bersikap adil dan saksama terhadap rakyat. Baru – baru ini beliau telah jatuh sakit dan semakin lama kesihatan beliau bertambah teruk. Apabila dia mengetahui Xyver telah hilang dari Kuil Suci kerana mencari Dunamist yang baru, dia tahu dia harus membawa Dunamist yang baru itu balik ke Planet Xatrian Ke-2 sebagai Maharaja kerana itu adalah hak Dunamist itu. Jeneral Agung Ka-Zen (dulu Panglima Ka-Zen) merupakan orang kanan yang amat dipercayai oleh Regent Dara-Gon. Beliau menitahkan Ka-Zen untuk pergi menjejak Dunamist baru itu dan membawanya balik ke planet mereka. Ka-Zen pun meninggalkan Planet Xatrian Ke-2 bersama – sama anak perempuannya, Leftenan Agung Bre-Ya, untuk sama – sama menjejaki Dunamist baru berkenaan. Sepeninggalan mereka berdua, perang saudara yang teramat dahsyat telah berlaku di mana hampir kesemua menteri di Planet Xatrian Ke-2 memberontak untuk mengambil takhta pemerintahan Regent Dara-Gon. Tentera Di Raja Xatrian terpaksa dikerahkan untuk memberhentikan mereka namun berapa lamakah mereka boleh bertahan, Ka-Zen sendiri tidak tahu.

Rayz dan Colline terdiam mendengar penerangan Ka-Zen. Nampaknya Rayz perlu kembali ke Planet Xatrian Ke-2 untuk menghentikan perang saudara itu dan memulihkan keamanan di situ. Tapi bagaimana dengan Planet Bumi yang kini diancam Grogan dan juga REFLUCIS? Bagaimana dengan nasib Rakyat Sabah? Bagaimana dengan Colline? Persoalan itu mengasak pemikiran Rayz. Tidak disangka oleh Rayz dengan kembalinya dia ke dunia sebenar, sekali lagi dia terpaksa menghadapi beban yang teramat berat. Mampukah dia membuat keputusan yang boleh diterima oleh semua orang? Dia bermonolog dengan dirinya sendiri.

Tiba – tiba kedengaran bunyi derapan beratus – ratus kasut tentera menuju ke pintu hadapan DUNAMIST CHAMBER. Sejurus kemudian muncul Arufa, Danny dan berpuluh – puluh anggota tentera GDTF. Kesemua anggota tentera GDTF itu lengkap dengan peralatan berperang. Nampaknya Danny tidak akan membiarkan Rayz dan yang lain keluar dari tempat itu. Ka-Zen dan Bre-Ya segera bergerak menuju ke depan Rayz dan Colline untuk melindungi mereka berdua. Danny memandang tajam ke arah Rayz yang baru sahaja bangun. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Colline yang sedang memeluk lengan kiri Rayz itu. Kemarahannya bertambah. Giginya diketap kuat.

“Chief Director, tell Professor Colline to surrender herself and she may be given mercy,” Arufa meminta Danny menyuruh Colline menyerahkan diri seandainya dia ingin dikurangkan hukuman.

Danny mengangguk dan melangkah ke hadapan. “Colline! Datang ke sini sekarang!” bentak Danny dengan suara yang kuat sekali.

“Tidak!” jerit Colline dan memalingkan wajahnya dari Danny.

“Do you realize what you have done!? You have destroyed everything that I have worked for! Colline telah menjatuhkan maruah Danny dengan mengengkari arahan pihak atasan! Kalau fikiran Colline masih lagi waras, then get over here NOW!!”

“Colline sudah buat keputusan Danny. Colline tidak ingin bekerja dengan ISRC lagi, ataupun Danny! Cukuplah pembohongan yang Danny lakukan pada Colline selama ini,” jawab Colline.

Jawapan Colline menambah kemarahan Danny, apa yang dikatakan oleh Colline itu samalah seperti menyimbah minyak ke api. Mata Danny terjegil mendengar kata – kata “Tunang” nya itu. “Tell her if she doesn’t surrender, bad things may happen to Professor Poly and Professor Jane,” kata Arufa.

“Colline! Poly dan Jane berada di dalam tawanan ISRC! Mungkin Colline tidak peduli dengan diri Colline, tapi bagaimana dengan mereka berdua? Colline sanggup membiarkan sesuatu berlaku kepada mereka!” jerit Danny lagi.

Colline terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Danny itu. Nampaknya Poly dan Jane kini berada di dalam tawanan ISRC. Hati Colline berasa amat pedih dengan perbuatan Danny itu. Sanggup dia menangkap Poly dan Jane semata – mata untuk mengugutnya. Colline mulai menangis, takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada kedua – dua sahabat karibnya itu. Rayz bersimpati dengan keadaan Colline. Rayz memandang ke arah Danny dengan perasaan marah. “Danny, hal ini adalah di antara saya dan kamu, jangan libatkan Colline dan sahabat – sahabatnya!”

“SHUT UP!! Kau diam!! Kau tidak layak bersuara anak bangsat keturunan makhluk asing!! Kerana kaulah keadaan ini berlaku, kerana kaulah Colline memberontak terhadap aku!!” bentak Danny sekuat – kuat hatinya. Kata – katanya itu diiringi dengan titisan air mata kekecewaan yang teramat sangat. Danny menangkis air mata di pipinya, enggan dilihat oleh sesiapa pun.

“Danny, mengapa kau telah berubah sejauh ini? What happened to you?” kata Colline, teresak – esak. Rayz memegang bahu Colline untuk memujuknya.

“Colline, I am giving you one last chance. Surrender yourself or something bad will happen to Poly and Jane. If you give up now, I promise they will not be harmed.”

Colline keliru kini dengan apa yang berlaku. Tidak disangka – sangkanya lelaki yang pernah dicintainya itu kini telah berubah menjadi seorang yang kejam dan tidak berhati perut. Colline memandang wajah Rayz. “Rayz, apa yang harus Colline lakukan sekarang? Colline tidak mahu sesuatu berlaku kepada Poly dan Jane. Patutkah Colline menyerahkan diri kepada Danny?”

Rayz terkedu dengan soalan – soalan yang ditanya oleh Colline itu. Jauh di sudut hati Rayz, dia juga tidak ingin sesuatu berlaku kepada Poly dan Jane. Rayz memandang ke arah Danny. Wajah Danny itu kelihatan serius sekali. Rayz tahu Danny tidak berbohong dan sanggup mencederakan Poly dan Jane untuk memaksa Colline kembali ke pangkuannya. Rayz mengenggam penumbuknya. Dia tahu dalam keadaan itu, satu – satunya cara adalah membiarkan Danny mengambil Colline.

“Colline, Rayz rasa, ada baiknya Colline menurut arahan Danny itu. Rayz tahu Colline pasti tidak ingin sesuatu berlaku kepada mereka kan?” Rayz tersenyum dan menyentuh dagu Colline itu dengan lembut. Air mata di pipi Colline itu dikesatnya perlahan.

“Bagaimana dengan Rayz?” tanya Colline. Dalam keadaan seperti itu, dia masih mengambil berat tentang diri Rayz.

“Don’t worry about me. Datuk dan Makcik Bre-Ya akan membantu saya.”

“Rayz.” Tiba – tiba Colline memegang kedua – dua pipi Rayz itu dan mengucup bibirnya. Rayz terkejut dengan tindakan Colline! Matanya terbeliak lantaran tidak menyangka tindakan drastik Colline itu! Bukan Rayz sahaja yang terkejut, Bre-Ya yang berdiri di hadapan Rayz itu juga terkejut. Bre-Ya segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Bre-Ya terasa ‘sesuatu’ dalam hatinya tapi dia tidak dapat menjelaskan apakah ‘sesuatu’ itu. Ka-Zen perasan akan perubahan wajah anak perempuannya. Ka-Zen menggeleng – gelengkan kepala melihat kelakuan anak perempuannya.

Danny yang melihat perbuatan Colline itulah yang berasa benar – benar terluka dan tertekan. Siapakah di dunia ini yang tidak akan berasa sedemikian rupa jika melihat tunangnya mengucup lelaki lain di hadapan matanya. Tubuh Danny bergegar, tanda menahan perasaan marahnya yang kini berada di tahap yang keterlaluan.

Colline melepaskan kucupannya dan memegang kedua – dua tangan lelaki yang amat dicintainya. “I love you.” Pendek sahaja ucapan kata Colline itu namun ianya cukup membuat Rayz penasaran. Rayz tidak tahu bagaimana untuk bereaksi mahupun menjawab. “Colline... I...” Rayz cuba menjawab. Colline meletakkan jari telunjuknya di mulut Rayz sambil menggelengkan kepalanya, meminta Rayz tidak usah menjawab. “You don’t have to answer me now, I’ll wait until we both have the best time,” kata Colline dan mengusap pipi Rayz. Colline pun melangkah ke arah Danny dan berhenti di hadapannya. Air muka Colline itu serius sekali. Danny menjegilkan matanya kepada Colline. PIAP! Danny menampar pipi kanan Colline dengan sekuat – kuat hatinya. Colline rebah ke lantai. Rayz cuba membantu tetapi ditegah oleh Ka-Zen. Rupa – rupanya kesemua anggota tentera GDTF itu menghalakan senjata api mereka kepada mereka bertiga.

“Take her away!” bentak Danny. 2 orang anggota tentera GDTF pun berjalan menuju ke arah Colline dan membawanya berdiri di belakang Arufa. Arufa tersenyum melihat ‘Drama’ yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya itu. “Professor Colline, you do know what you have done is considered high-treason? You do know the penalty for high-treason right?” kata Arufa kepada Colline. Colline memegang pipinya dan tidak menjawab kata – kata Arufa itu. Hukuman bagi high-treason di dalam undang – undang ISRC adalah, penjara seumur hidup ataupun hukuman bunuh jika disabitkan kesalahan. Namun bukan itu yang Colline bimbangkan sekarang, dia lebih bimbangkan keadaan Rayz dengan saudara – saudaranya.

Arufa melangkah ke depan dan berdiri di sebelah Danny. “Rayz Silman, you have been found guilty of high-treason against the council of ISRC, I shall give you one chance to surrender,” Arufa meminta Rayz menyerahkan diri.

“Berani kau berkata sedemikian terhadap Bakal Maharaja kami!” jerit Bre-Ya lantas meluru ke arah Arufa untuk mengajarnya! Bre-Ya menghunus pedang cahayanya dan bersedia menikam kepala orang yang telah menghina Bakal Maharaja Planet Xatrian Ke-2. Arufa langsung tidak menunjukkan reaksi takut dengan serangan Bre-Ya itu.

“Stop her,” kata Arufa pendek.

Tiba – tiba 5 bayang hitam meluru ke arah Bre-Ya dan menyerangnya! Bayang – bayang yang menyerupai kelibat manusia itu bergerak dengan kepantasan yang luar biasa. Mujur Bre-Ya juga tangkas dan dapat menangkis setiap serangan musuh misteri itu. Namun kekuatan musuh itu terlalu hebat dan Bre-Ya terhumban semula ke belakang. Dia nyaris – nyaris jatuh tetapi Rayz memegang bahunya agar dia stabil semula. Bre-Ya mendengus, “Saya tak apa – apa, jangan bantu saya!”. Rayz hairan melihat perubahan sikap Bre-Ya itu terhadapnya. Ka-Zen pula menumpukan perhatian terhadap 5 penyerang misteri itu tadi. Mereka berlima pun berdiri di hadapan Arufa dan Danny.

Alangkah terkejutnya Rayz melihat wajah 5 penyerang itu tadi. Mereka semua adalah “DIA” sendiri, atau lebih tepat lagi, klonnya. Kelima – lima klon Rayz itu memakai sut ketat diperbuat dari polimer berteknologi tinggi berwarna putih. Di setiap tengkuk kanan klon – klon itu terdapat kod bar dengan nombor siri mereka. Mereka langsung tidak memberi apa – apa reaksi pun. Arufa ketawa terbahak – bahak, gembira melihat reaksi wajah Rayz itu. “Let me introduce you, Rayz Silman please meet PD-001, 002, 003, 004 and 005.The greatest soldiers of the ISRC!!”

Colline teringat inkubator – inkubator di dalam dewan yang telah meletup itu. 5 daripadanya kosong, maksudnya mereka ini adalah klon Rayz yang terselamat dari letupan di dewan berkenaan. Colline bimbang akan Rayz, Colline mengalihkan pandangannya ke arah Rayz. Rayz kelihatan bingung dengan apa yang disaksikannya. Sanggup ISRC melakukan ujikaji terhadapnya hanya kerana dia kini bukan ‘manusia’ lagi?

“Bagaimana Rayz? Terkejut bukan dengan teknologi ISRC? Kami sendiri dapat mencipta Kaum Samarian milik kami sendiri. Kaum Samarian yang tunduk di bawah perintah kami. Ingat Rayz, kami sekali – kali tak akan membiarkan Kaum Samarian ‘kau’ itu datang dan menakluki Bumi,” ejek Danny dengan senyuman sinis.

Danny pun mengarahkan askar – askar GDTF itu melepaskan tembakan terhadap Rayz, Ka-Zen dan Bre-Ya. Beratus – ratus butir peluru pun dimuntahkan oleh senapang jenis M4A1 milik askar – askar GDTF. Dengan spontan Ka-Zen dan Bre-Ya pun berdiri melindungi Rayz dari tembakan – tembakan peluru tersebut. Tiba – tiba suatu fenomena yang amat menakjubkan pun berlaku. Peluru – peluru itu kelihatan berhenti 3 meter di hadapan Ka-Zen dan Bre-Ya. Seolah – olah ada kuasa yang luar biasa telah menghilangkan momentumnya. Tidak lama kemudian, tempat itu mulai bergegar dengan kuat sekali bagaikan dilanda gempa bumi!

“Tak boleh dimaafkan...” kedengaran suara Rayz yang kelihatan garang sekali. Rayz memandang tepat ke arah Arufa dan Danny. Tatu VAHSYAH kini muncul semula di wajahnya. Cuma yang berbeza kini anak mata Rayz kelihatan merah menyala, melambangkan kemarahannya. Danny terkejut ketika memandang sorotan mata Rayz yang teramat menakutkan itu, serta – merta lututnya goyah dan dia terduduk di atas lantai. Lutut Danny itu kelihatan menggeletar dengan kuat sekali. Danny cuba untuk menghentikannya namun gagal. 2 orang anggota tentera GDTF cuba untuk membantunya bangun tetapi dipukulnya pula kerana menjaga tepi kain orang!

Arufa yang tadinya tersenyum tiba – tiba berubah menjadi kelat. Tanpa disedarinya, sebutir peluh dingin telah jatuh menitis di bucu matanya. Adakah dia berasa takut terhadap Rayz? Colline yang berada di belakang Danny itu juga berasa bimbang terhadap keadaan Rayz. “Rayz...” getus hatinya, takut lelaki itu berubah dan hilang kawalan. Rayz melangkah ke depan melepasi Ka-Zen dan Bre-Ya. “Alangkah hebatnya kuasa mereka yang telah dipilih oleh DEWA!” kata Ka-Zen dalam hatinya. Bre-Ya memandang wajah Rayz yang amat garang itu. Bre-Ya mengakui Bakal Maharaja di hadapannya itu kelihatan kacak dan tampan sekali. Jantungnya berdegup dengan pantas semula. “Apa yang saya rasakan ini?” bisiknya dalam hati dan memegang dadanya dengan spontan.

“Datuk, Makcik, biar saya yang berhadapan dengan mereka. Kamu berdua berehat sahaja,” kata Rayz kepada Ka-Zen dan Bre-Ya. Ka-Zen dan Bre-Ya menganggukkan kepala. Rayz menggenggam Xyver dengan tangan kirinya. Matanya tetap diarahkan kepada Arufa.

“Damn it! Why am I afraid of him! This is ridiculous! NO! I will not be afraid!” kata Arufa dalam hatinya. Arufa mengarahkan kelima – lima klon Rayz itu bersedia untuk melindunginya. Pandangan mata Rayz itu seolah – olah berkata “Di mana sudah keangkuhan kamu sebentar tadi?”. Arufa mengetap giginya, kini dahinya basah dengan peluh dingin yang banyak. Arufa membentak dan memerintahkan kelima – lima klon itu menyerang Rayz yang berdiri di hadapannya. Seperti robot, kelima – lima klon itu menurut arahan dan menyerbu ke arah Rayz.

Tiba – tiba Rayz juga meluru ke depan! Dengan kepantasan yang teramat luar biasa Rayz melancarkan tumbukan padu di dada setiap klon itu dengan sepenuh tenaga! Klon – klon itu terpelanting ke belakang dan merempuh dinding titanium dan jatuh terjelepuk tidak sedarkan diri! Betapa hebatnya serangan Rayz itu sehingga klon – klon itu langsung tidak dapat membaca pergerakannya. Kini Rayz berdiri kurang dari 20 inci di hadapan Arufa. Mata mereka bertembung. Jantung Arufa mulai berdegup kencang. “What are you going to do now?” tanya Rayz dengan sinis. Arufa menelan air liurnya, dia tidak menyangka kekuatan Rayz sebagai “Dunamist” itu adalah menakjubkan sekali!

Danny pun berteriak dan berdiri meninggalkan tempat itu sambil menjerit histeria. Para anggota tentera GDTF itu pun bingung, apa yang harus dilakukan sekarang. Mereka pun melarikan diri lintang pukang mengikut Danny. Arufa sedar dia harus melakukan sesuatu. Dia adalah Prajurit Anjaier yang bermaruah tinggi, dia pun berteriak dan cuba menumbuk kepala Rayz. Usahanya itu sia – sia saja! Rayz menjentik dahinya dengan jari telunjuk kanan, lalu dia terpelanting ke belakang sambil meraung kesakitan. Arufa merempuh meja makmal berhampiran dan jatuh pengsan. Rayz segera melangkah mencari Danny. Nampaknya amarahnya belum reda lagi. Colline sedar keadaan Rayz itu, dia pun memeluk tubuh Rayz dan memintanya bersabar. Rayz tersentak dari kemarahannya. Tatu di dahinya pun hilang, Rayz jatuh terduduk. Betapa hebatnya kuasa Samarian yang kini dimilikinya sehingga dia hilang kawalan. Mujur Colline ada di situ.

“Rayz okey sekarang?” tanya Colline.

“Ya. I think so. Maaf Colline, Rayz hampir – hampir hilang kawalan tadi,” jawab Rayz. Nafasnya turun naik. Rayz dapat merasakan tubuhnya belum lagi pulih sepenuhnya, kalau Arufa menghantar lebih banyak klon, ada kemungkinan Rayz akan berasa sukar menghadapinya.

Ka-Zen dan Bre-Ya mendekati mereka berdua. “Tuanku, ada baiknya kita tinggalkan tempat ini. Mereka mungkin kembali membawa bantuan. Tuanku pun baru sahaja bangun dari tidur, pertarungan dalam jangka masa yang lama, tidak akan menguntungkan kita,” Ka-Zen menyuarakan pendapatnya.

“Betul apa yang dikatakan oleh ayah itu Tuanku,” Bre-Ya menyokong Ka-Zen. Rayz memandang wajah Colline. Dahinya berkerut. “Bagaimana dengan Colline?” tanya Rayz kepada Colline.

“I have to stay Rayz. Kalau Colline pergi dari ISRC, Poly dan Jane mungkin dalam bahaya,” jawab Colline. Wajahnya menzahirkan kebimbangan terhadap Poly dan Jane. Rayz faham dengan apa yang dirasakan oleh Colline itu.

“Danny tidak akan bertindak melulu terhadap mereka berdua Colline, jangan bimbang. Sekalipun Danny beperangai begitu, dia pasti akan mengikut protokol ISRC,” kata Rayz memujuk Colline. Colline membantunya bangun. “Colline berharap begitu juga,” jawab Colline tersenyum pahit.

“Tuanku, kita kena pergi sekarang, patik dapat merasakan kekuatan REFLUCIS berdekatan! Keadaan tidak berapa baik jika kita masih bersinggah di sini,” Ka-Zen menyentuh bahu Rayz. Rayz menganggukkan kepala. “Rayz terpaksa pergi sekarang,” Rayz merangkul tubuh genit Colline dengan erat. Perlahan – lahan air mata Colline menitis semula. Gembira bercampur sedih, kerana terpaksa berpisah semula dengan lelaki yang baru sahaja ditemuinya itu. Bre-Ya segera mengalihkan wajahnya, tidak ingin melihat keadaan di hadapannya.

“I will find you again. I promise!” Rayz memegang kedua – dua pipi Colline. Colline menyentuh kedua – dua tangan Rayz yang berada di pipinya. Colline mengangguk lembut, mengiakan kata – kata Rayz. Rayz membalas anggukan Colline. Rayz pun melangkah sedikit ke depan, dan mengacukan Xyver ke arah siling di hadapannya. Xyver pun mulai bercahaya dan melepaskan sebiji peluru tenaga yang amat besar! Tembakan peluru tenaga itu membuat lubang sebesar 10 kaki di siling di tempat itu. Sebuah kereta yang berada di permukaan Bumi meletup terkena bedilan peluru tenaga yang terus sahaja meluru ke langit. Orang yang lalu – lalang terkejut melihat fenomena itu. Mereka pun berpusu – pusu datang untuk melihat apa yang telah berlaku.

Rayz meminta Ka-Zen dan Bre-Ya pergi dahulu. Mereka berdua pun menurut arahan Rayz dan melompat masuk ke lubang di siling tadi. Rayz dan Colline berpandangan selama beberapa ketika. Colline memeluk tubuh sambil mengesat air matanya,” Go, I’ll be okay.” Hati Rayz terasa berat untuk melangkah, namun digagahinya juga. Kerana dia tahu dia pasti akan kembali mencari Colline semula. Rayz pun berpaling dan melompat masuk ke dalam lubang. Mereka bertiga pun berlari mendaki lubang itu, beberapa minit kemudian mereka tiba di penghujung lubang dan segera melompat tinggi melangkaui sebuah bangunan. Orang ramai yang ‘menonton’ lubang itu terkejut melihat 3 kelibat orang berpakaian hitam yang tiba – tiba melompat keluar.

Rayz, Ka-Zen dan Bre-Ya pun meninggalkan tempat itu dengan melompat dari bumbung ke bumbung bangunan. ‘Aksi’ mereka itu sedang diperhatikan oleh satu lembaga yang berjubah merah yang sedang terapung – apung di udara. Wajahnya tidak dapat dilihat lantaran tudung jubah yang dipakainya. Namun sorotan matanya yang merah menyala kelihatan menakutkan sekali. Lembaga itu memandang tapak tangan kanannya. Ianya menggeletar seolah – olah baru sahaja mengangkat sesuatu yang berat. Lembaga itu menyeringai, memperlihatkan barisan giginya yang putih.


“Ha ha ha, tak ku sangka Rayz Silman yang baru sahaja ‘bangkit’ dari tidurnya memiliki kekuatan yang hebat sekali. Bagus Rayz Silman, itulah yang aku harap – harapkan, berevolusilah dan capailah tahap kekuatan yang lebih tinggi. Kemudian akan aku tunjukkan kedahsyatan KEGELAPAN yang tiada tolok – bandingnya ha ha ha ha ha!!!!” lembaga itu ketawa terbahak – bahak sambil mendepangkan tangan. Dia kelihatan sangat seronok dengan kekuatan yang ditunjukkan oleh Rayz. Suatu ‘komplot’ gelap sedang berlaku namun adakah Rayz akan sempat menyedarinya?

Berbalik kepada Colline...

Danny kini kembali semula untuk menyelamatkan Arufa dan membawa Colline ke penjara ISRC. Colline kelihatan sedang merawat luka di dahi Arufa. “Tak perlu menunjukkan kebaikan kamu Colline, kesalahan kamu tidak akan diampunkan,” kata Danny dengan suara yang cemas. Danny tahu Colline pasti telah melihat aksi ketakutannya terhadap Rayz sebentar tadi jadi dia sengaja mempertunjukkan kuasanya sebagai Chief Director untuk menutup keaibannya.

“Colline tak akan meminta ampun dari Danny sekalipun Danny memberikannya,” jawab Colline dengan sinis.

“You won’t be saying that once you are in prison with your two friends,” sekali lagi Danny mengugut Colline dengan ‘kuasa’ nya.

“Prison is better than having to see your filthy face,” tempelak Colline pula.

Danny berasa geram diperlekehkan oleh Colline sebegitu rupa di depan anggota – anggota GDTF. Dia pun membentak dengan kuat sekali dan mengarahkan 2 anggota GDTF untuk menggari Colline dan membawanya ke tingkat atas. Colline memandang ke arah Danny dengan pandangan yang jijik sekali. Danny bercekak pinggang, menahan nafasnya yang turun – naik. Rasa sakit hatinya bukan kepalang. Dia telah dimalukan oleh Rayz dan ditinggalkan oleh ‘tunang’ nya kerana lelaki kacukan Makhluk Asing itu. Tiba – tiba Danny teringat semula sorotan mata Rayz yang ganas sebentar tadi. Lututnya bergegar semula, perasaan itu ditepisnya jauh – jauh. Dia pun mendapatkan Arufa. Luka di dahi Arufa itu kelihatan parah sekali, tengkoraknya pecah dan masuk ke dalam kesan daripada jentikan jari Rayz. Danny mengarahkan 4 orang anggota paramedik ISRC membawa Arufa ke ICU untuk rawatan kecemasan. Mayat – mayat klon Rayz itu juga diangkut oleh beberapa saintis ISRC US untuk dibedah siasat. Sejurus kemudian tempat itu lengang semula.

Kedengaran bunyi derapan kasut berjalan masuk ke dalam DUNAMIST CHAMBER. Seorang wanita yang amat jelita sedang berdiri di tengah – tengah DUNAMIST CHAMBER. Perempuan itu memakai jubah panjang berwarna putih ala – ala pakaian tradisi bangsa Korea. Perhiasan yang berada di atas baju wanita itu pula berwarna perak dan kelihatan bersinar – sinar. Kulit wajah wanita itu putih bagaikan telur yang dikupas. Bulu matanya melentik, pandangan matanya galak dengan anak mata berwarna zamrud. Bibirnya merah seperti biji saga. Rambut wanita itu panjang mencecah lantai dan di sanggul dengan perhiasan berbentuk bulan sabit. Terdapat tatu merah di dahinya. Wanita itu kelihatan muram sambil memandang lubang di hadapannya. Siapa agaknya wanita misteri yang muncul secara tiba – tiba ini?

To be continued...

Phew, finally uploaded. Sorry for the delay :) Comments please! please! please!

4 comments:

Anonymous said...

citer nie mmg menarik...best2...
teruskan lagi...

Anonymous said...

nextt...jgn la delay lama sgt...

Anonymous said...

THE BEST..LOV IT...HEHE.....smbg lg

kraizer81 said...

Thanks for the comments. Don't worry, cerita ini hampir sampai ke penghujungnya. Tunggu!