Thursday, September 3, 2009

Chapter 4


CHAPTER 4 : The Professor and The Pharmacist – A Destined Meeting

Tempat : Pelabuhan Bandar Raya Kudat

Masa : 04.41 PM

Tarikh : 25 November 2009

Kapal Polis yang dinaiki oleh Profesor Colline baru sahaja berlabuh di pelabuhan Bandar Raya Kudat. Dua orang anggota Polis itu sedang mengangkat barang – barang milik Profesor Colline keluar dari kapal Polis tersebut. Sejurus kemudian, Profesor Colline pun keluar dari perut kapal tersebut sambil membawa sebuah bekas kedap udara. Bekas itu mengandungi objek yang telah ditemuinya di Pulau Banggi.

Selepas memunggah barang – barang Profesor Colline dari kapal Polis tersebut, anggota – anggota Polis itu meminta kebenaran untuk pulang ke Pengkalan Polis Bandar Raya Kudat. Profesor Colline membenarkan mereka pergi memandangkan mereka telah menyempurnakan tugas mereka.

Profesor Colline melihat jam tangannya. Air mukanya menunjukkan dia sedang menunggu sesuatu. Selepas menunggu selama beberapa minit, dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia 9030 nya dan mendail nombor pejabat Danny. Dia pun berjalan mundar – mandir sambil menunggu panggilannya disambungkan.

*********************************************************************************

ISRC Metropolis Kinabalu. Di pejabat Danny...

Danny sedang berbincang dengan beberapa orang executive nya. Interkom di atas mejanya berbunyi. Dia menekan butang answer di atas Interkomnya dan menyambut panggilan tersebut.

“Excuse me sir, your fiance is on the line,” suara setiausaha Danny kedengaran dari Interkom itu.

“I see. Put her on,” jawab Danny.

“Yes sir.” Suara di Interkom itu pun berubah ke suara Profesor Colline.

“Danny, Colline di Pelabuhan Bandar Raya Kudat sekarang. Mana escort car yang Danny katakan tu?” tanya Profesor Colline.

“Mungkin belum sampai lagi. Danny dah arahkan Bio – Hazard Unit pergi ke Pelabuhan Bandar Raya Kudat untuk menyambut Colline. Mereka dalam perjalanan,” jawab Danny dengan tenang.

“Transfer ke ISRC nanti by air atau by land?”

“Escort car akan bawa kamu ke Lapangan Terbang Bandar Raya Kudat. Helikopter ISRC akan membawa Colline ke sini nanti.”

“Okeylah kalau macam tu. Oh ya, ada apa – apa berita dari Leon?”

“Leon sudah pun sampai di Lahad Datu sejam yang lalu. Everything is okay with him.”

“I see. Kalau macam tu nanti arahkan Pegawai B.H.U (Bio – Hazard Unit) untuk hubungi Colline bila mereka sampai ke Kudat nanti. I’m gonna go shopping until they arrive.”

“Emm. Will you buy me something?”

“I’ll think about it. Okay, I’m going now,” jawab Profesor Colline. Dia pun menekan butang end di atas telefon bimbitnya. Titisan hujan baru sahaja berhenti di Bandar Raya Kudat. Profesor Colline dapat merasakan kehangatan cahaya matahari yang menyentuh kulit mukanya yang putih itu. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Bekas kedap udara yang dibawanya bersama di pegangnya dengan erat.

Dia meminta salah seorang pekerja pelabuhan untuk menjaga bagasi – bagasinya sementara dia pergi membeli – belah di pusat Bandar Raya Kudat. Tanpa disedarinya, objek asing di dalam bekas kedap udara itu mulai mengeluarkan cahaya yang berdenyut – denyut.

*********************************************************************************

Sebuah motosikal berkuasa tinggi ‘Harley Davidson’ sedang meluncur membelah kesibukan Bandar Raya Kudat. Penunggangnya memakai jaket kulit berwarna hitam, seluar jeans berwarna biru tua dan kasut boot berwarna hitam. Penunggang motosikal ini ialah Rayz. Dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan Baru Santina. Rayz memberhentikan motosikalnya di depan sebuah kedai buku. Di meletakkan topi keledarnya di atas motosikal dan masuk ke dalam kedai buku tersebut. “MOLOKI BOOKSTORE” tertulis di atas papan tanda kedai itu.

Dia pun menuju ke kaunter pembayaran. Kelihatan seorang cashier yang tinggi lampai sedang berurusan dengan beberapa orang pelanggan. Melihat Rayz menuju ke arahnya, dia pun mengukir senyuman yang manis. Nampaknya Rayz mengenali cashier tersebut.

“Hai Abang Rayz! Lama tak jumpa,” kata cashier tersebut apabila melihat Rayz menuju ke arahnya.

“Hai Rika. Kamu nampak semakin tinggilah! Kamu makan apa di rumah?” gurau Rayz kepada cashier yang bernama Rika itu.

“Abang Rayz ni selalu aje ejek Rika. Rika tahulah yang Rika ni terlalu tinggi,” kata Rika separuh merajuk.

“He he, abang bergurau saja. Oh ya, buku “Secrets of Zodiac Signs” tu sudah sampai atau belum?”

“Sudah. Tapi tinggal satu lagi. Buku tu ada di belakang, Rak bertanda S.”

“Okey. Rayz ke sana dulu, okey?” kata Rayz meminta diri. Dia pun menuju ke arah bahagian belakang kedai tersebut. Hatinya tidak sabar menunggu untuk membeli buku tersebut kerana dia telah menunggu selama 2 bulan untuk mendapatkan buku itu.

Setibanya di rak bertanda S, Rayz melihat seorang wanita sedang membaca buku kegemarannya itu. Wanita itu terlalu khusyuk membaca sehingga tidak menyedari kehadiran Rayz di tepinya. Rayz dapat melihat wanita itu dengan jelas. Dia memakai T – shirt berwarna putih dengan seluar jeans gelap, sendat. Wajahnya yang cerah itu menarik perhatian Rayz. Rambut paras bahunya itu memperlihatkan lagi keayuan dan kematangan dirinya.

Tiba – tiba wanita itu terkejut melihat Rayz berada tidak jauh di sisinya. Dia pun berteriak kerana terkejut dan dengan tidak sengaja dia pun membaling buku hard cover yang sedang dipegangnya itu tepat ke hidung Rayz. PAP!! Bunyi buku itu menyentuh hidung Rayz dan kedengaran suara Rayz menjerit ADOI! selepas itu.

Teriakan wanita itu mengundang perhatian pelanggan – pelanggan lain. Rika bergegas ke situ untuk melihat apakah yang terjadi. Wanita itu sedang meminta maaf dari Rayz yang sedang terlentang di atas lantai dengan hidungnya yang berdarah.

*********************************************************************************

“Sorry ya! Saya tidak perasan kamu berdiri di sana tadi. Jadi... buku tu pun. Saya harap kamu tak marah,” kata wanita itu meminta maaf dari Rayz berkali – kali.

“It’s okay. Berdarah sikit saja ni. Emm, kalau kamu tidak keberatan, boleh saya tahu nama kamu?” jawab Rayz. Rika memberikannya beberapa plaster untuk membalut hidungnya yang agak lebam itu.

“Nama saya Colline. Saya bekerja sebagai profesor di salah sebuah agensi kerajaan di Sabah,” jawab wanita itu memperkenalkan dirinya.

“Wow! A professor huh? Nama saya Rayz. Kerja sebagai pharmacist di salah sebuah kedai ubat di bandar ni. Colline ni minat membaca buku mengenai zodiak?” tanya Rayz kepada Colline.

“Tak juga. Cuma baca macam itu sajalah,” jawabnya sambil tersenyum ‘pahit’.

“He he. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh belajar dari zodiak, tau?” kata Rayz sambil berdiri. Colline mengikutinya berdiri dan mengulang kata maafnya sekali lagi.

“It’s okay. Apa kata Colline belanja Rayz minum sebagai ganti rugi hidung Rayz yang berdarah ini?” cadang Rayz.

“Sure. Emm, Rayz tahu di mana kedai yang okey di sini?” tanya Colline.

“Apa kata kita pergi ke restoran sepupu Rayz, dia boleh beri diskaun kepada kita nanti?”

“Ok. Colline ikut saja.”

“Great! Colline pernah naik motosikal?”

“Huh?”

*********************************************************************************

Di Restoran tepi pantai “YUMI SUSHI SHOP”...

Rayz dan Colline sedang berbual dengan rancak. Mereka berdua baru sahaja berkenalan tetapi mereka kelihatan sudah lama saling kenal – mengenali di antara satu sama lain.

“Rayz tahu, inilah kali pertama Colline berbual dengan sepuas hati selepas 3 tahun. Itu pun waktu menuntut di universiti dulu,” kata Colline kepada Rayz.

“Hmm? Kenapa Colline cakap macam tu?” tanya Rayz, ingin tahu lebih lanjut.

Colline mengalihkan pandangannya ke tepi pantai Bandar Raya Kudat. Ingatannya mulai tertumpu ke zaman universitinya. Zaman di mana dia berasa benar – benar gembira kerana dikelilingi oleh sahabat – sahabat yang setia. Dan juga kerana kehadiran Danny di dalam hidupnya. Suatu masa dahulu, dia dan Danny pernah berbual dengan mesra seperti mana perbualannya dengan Rayz sekarang. Tetapi semua itu mulai berubah semenjak mereka bekerja dengan ISRC. Kesibukan tugasan yang dilakukan oleh mereka tidak memberikan mereka masa untuk diluangkan bersama. Sebab itulah hubungan mereka kelihatan dingin sejak kebelakangan ini.

“Siapa Danny tu, Colline?” pertanyaan Rayz itu mematikan angan – angannya.

“Oh, sorry. Apa soalan Rayz tadi?”

“Tadi Colline ada sebut nama Danny. Danny tu siapa? Boyfriend Colline?” tanya Rayz lagi.

Colline tersenyum. Dia menunjukkan cincin berlian di jari manis tangan kirinya kepada Rayz. Rayz tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Tunang Colline?”

“Yup. Tapi entahlah. Sejak kebelakangan ini, keadaan kami tak seperti dulu lagi. Kami jarang ada masa untuk bersama...” Colline menyambung ceritanya tanpa diminta oleh Rayz.

“I see. Sebenarnya itu perkara yang biasa. Suatu hari nanti, masa untuk kamu bersama pasti akan tiba. Yang paling penting ialah Colline mencintai dia, dan dia mencintai Colline. Cuma Colline perlu lebih banyak bersabar,” ujar Rayz cuba untuk menghilangkan rasa sayu Colline.

“Rayz ni bercakap macam kaunselor pula!” usik Colline.

“Natural talent barangkali,” ujar Rayz seraya ketawa.

“Oh ya, dari tadi lagi kamu tanya Colline soalan. Sekarang, Colline ingin tanya soalan untuk Rayz pula.”

“Boleh. Apa yang Colline ingin tahu?”

“Firstly, Rayz ni single lagi atau sudah ada yang special?”

Rayz tersenyum mendengar pertanyaan Colline itu. Baginya, ini mungkin kali ke 88 orang bertanya soalan yang sama. Dia menghirup Japanese tea yang dimintanya sebelum menjawab soalan Colline itu.

“Still single. I haven’t taught about it yet.”

“Why not?” kata Colline semakin berminat untuk mengetahui perihal diri Rayz.

“He he. I am still looking for Miss Perfect. Belum jumpa lagi.”

Jawapan Rayz itu membuatkan Colline berfikir sejenak. Adakah Danny ialah Mister Perfect yang selama ini dicari – carinya? Ataupun Mister Perfect yang dicarinya itu masih lagi menunggunya di luar sana?

Tiba – tiba telefon bimbit Colline berbunyi dan menghentikan perbualan mereka. “Excuse me,” kata Colline dan menyambut panggilan itu di luar restoran.

“Colline speaking.”

“Good Evening Ma’am. This is Geoffry. I am with the ISRC Bio – Hazard Unit sent by Chief Danny. We are here at the Kudat City Dock. We are waiting for you,” kata pegawai bernama Geoffry itu.

“Very well. I’ll be there shortly. Please put my things on the escort car first.”

“Yes Ma’am. May I enquire about the well – being of the object?”

“The object is safe with me. I will bring it personally to the headquarters. Inform Chief Danny.”

“As you wish Ma’am.”

Colline menekan butang end di atas telefon bimbitnya. Dia menghela nafas lesu. Kemudian dia pun kembali ke meja makan untuk memberitahu Rayz.

“Emm. Colline kena pergi sekarang. It was nice knowing you Rayz,” katanya sambil menghulurkan tangan.

“Oh, it’s okay. It was nice knowing you too Colline,” jawab Rayz dan menyambut tangan Colline.

Tiba – tiba suatu suara bercakap ke dalam mindanya. “HER LIFE IS IN DANGER!” kata suara itu. Rayz terkejut mendengar suara tersebut. Colline merasa hairan melihat perubahan wajah Rayz itu.

“Emm. Rayz boleh lepaskan tangan Colline sekarang...”

“Oh, sorry! Rayz hilang fokus sekejap,” kata Rayz, melepaskan tangan Colline. “Boleh Rayz tahu ke mana destinasi Colline seterusnya?”

“Emm. Colline tidak boleh beritahu kamu. It’s kinda private and confidential. Government stuff,” terang Colline berseloroh.

“I see. Tak apalah. Take care of yourself.”

“He he. Lucunya Rayz ni. Tapi okeylah. You take care too!” jawab Colline. Kemudian Colline pun meninggalkan restoran tersebut. Rayz melihatnya masuk ke dalam sebuah teksi. Colline sempat melambai ke arahnya sebelum teksi itu bergerak. Rayz membalas lambaiannya itu. Rayz merasakan sesuatu yang pelik di dalam hatinya. Hatinya menjadi tidak keruan dilanda resah.

No comments: