Thursday, February 7, 2013

CHAPTER 36 : The Professor, The Dunamist and The Agent – “LOVE Triangle” [Part 1]

CHAPTER 36 : The Professor, The Dunamist and The Agent – “LOVE Triangle”

Tempat                  : Hospital Mini ISRC, Metropolis Kinabalu

Masa                      : 11.10 AM

Tarikh                    : 21 April 2010 (Satu Minggu Kemudian)

Poly yang telah disembuhkan oleh kuasa Xyver sedang berehat di wad pesakit di Hospital Mini ISRC, termasuk mereka yang telah dijangkiti. Colline dan Jane sedang melawat beliau memandangkan dia masih di dalam keadaan lemah kesan daripada jangkitan Virus Grogan. Keadaan di Negeri Sabah kini agak tenang, serangan Mahluk Grogan kelihatan berkurangan entah mengapa. Namun, pihak ISRC dan GDTF tetap bersikap berjaga – jaga pada setiap masa kerana ada kemungkinan makhluk – makhluk durjana akan menyerang semula.

“Mama dan Papa Poly dalam keadaan yang baik. Mereka telah pun sedarkan diri dan sekarang sudah boleh berjalan. Mereka kata mereka akan menjenguk Poly petang ini,” kata Colline kepada Poly sambil tersenyum gembira melihat Poly yang semakin sembuh itu.

“Syukur kepada Tuhan. Nasib baik Rayz datang pada saat – saat genting, Poly tak akan dapat memaafkan diri Poly jika Poly mencederakan Colline,” kata Poly dengan nada yang sedih.

Colline menggenggam tangan Poly. “It wasn’t you Poly. You were under the influence of the Grogan Virus.”

But still, it was my fault that all this escalates. I wasn’t vigilant enough to check Colonel Ravi when he entered the Holding Camp,” Poly kesal kerana tidak mengesyaki apa – apa ketika Kolonel Ravi masuk ke dalam Kem Tahanan Khas dalam keadaan basah pada malam kejadian itu.

“Semua itu sudah berlalu Poly. Yang penting sekarang, Poly dan ibubapa Poly selamat. Malahan seluruh penduduk Bandar Raya Marudu juga dalam keadaan selamat,” pujuk Jane pula.

“Hmm. Benar kata – kata kamu berdua itu. Thank you,” balas Poly dan akhirnya tersenyum.

Pintu bilik Poly dibuka dan seorang jururawat masuk ke dalam. Dia pun meminta Colline dan Jane untuk meninggalkan Poly seketika dengan sopan kerana Doktor Jerry ingin menjalankan regular checkup untuk memastikan kesihatan Poly. Colline dan Jane pun memeluk dan mencium pipi Poly dan meminta izin keluar. Colline dan Jane berjalan bersama – sama menuju ke ruang meletak kereta di hadapan Hospital Mini ISRC.

“Jane, bagaimana dengan Exium Gun yang sedang Jane programkan semula? Any progress?” tanya Colline.

“Ergh! Jane masih lagi pening. Seperti hipotesis Colline, hanya mereka yang bergelar ‘Dunamist’ atau Klon Rayz sahaja yang boleh mengaktifkan senjata itu sekalipun ianya hanyalah sebuah emulator yang meniru gelombang Xyver. Untuk Mass Production, mungkin Jane perlu direct access kepada Xyver agar manusia biasa boleh menggunakannya,” jawab Jane.

Jane yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Persenjataan ISRC sedang melaksanakan kajian untuk reverse engineering Exium Gun yang diterajui oleh Lord Arufa. Dia ditugaskan oleh Lady Elita untuk mengubah senjata itu agar askar – askar biasa boleh menggunakannya kerana peperangan yang lebih besar di antara manusia dan Makhluk Grogan pasti akan menjadi lebih teruk di masa akan datang. Lady Elita sedar Colline tidak akan menggunakan Klon Rayz sebagai Pasukan Pertahanan, sebab itulah dia meminta Jane modify Exium Gun itu.

I see. Rayz sekarang berada di Bandar Raya Kudat bersama – sama dengan saudara – saudara Samariannya. Colline akan berjumpa dengan dia untuk membincangkan hal ini. Rayz akan memerlukan pertolongan dari kita semua, he can’t do this alone.”

“Jane dengar ISRC US telah menarik semula arahan penangkapan Rayz, betul kah berita ini Colline?” tanya Jane.

“Ya, ianya memang benar. Lady Elita berpendapat, the best interest for ISRC and the world would be to seek Rayz help in fighting the Grogans and not to capture him or force him to work for us. Entahlah, Colline tak tahu samada Rayz akan bersetuju atau tidak bekerjasama semula dengan ISRC selepas apa yang Lord Arufa dan Danny lakukan terhadapnya.”

“Jane faham. Sesiapa pun akan berfikir sebegitu, bukan Rayz sahaja. Oh ya, apa cerita di antara Colline dan Rayz sekarang? Any progress?”

Colline memperlahankan langkahnya ketika mendengar soalan Jane. Jane berasa hairan dengan reaksi Colline, pasti ada sesuatu yang telah berlaku kepada mereka berdua. Namun Jane bukanlah seorang yang kaki penyibuk.

“Maafkan Jane kalau soalan Jane itu terlalu personal,” Jane meminta maaf.

No! It’s okay Jane. Colline dan Rayz, umm, belum berbincang lagi mengenai hal itu. Ada benda lain yang lebih penting sekarang daripada ‘Cinta’. It can wait a little while longer,” jawab Colline dengan wajah yang muram.

Jane menghentikan langkahnya. Giliran Colline pula yang hairan dengan tindakan Jane itu. Jane merenungnya dengan serius.

“Colline, you know you love this guy. Isn’t it time that he tell you how he feels? This isn’t right for you. Jane tahu ini bukan hal Jane, tetapi Colline telah banyak berkorban untuk Rayz dan Jane yakin Rayz juga faham. Sudah tiba masanya Colline mengetahui isi hati Rayz kan?”

“Ianya bukan mudah Jane, sebab...” Colline tidak dapat menghabiskan kata – katanya. Dia mengalihkan pandangannya ke luar hospital. Mereka kini berada di gerbang utama hospital.

“Sebab wanita bernama Lyneki itu?” teka Jane.

Colline tidak memandang wajah Jane ketika nama Lyneki disebutnya. Fikirannya mengimbas kembali malam selepas Rayz menyelamatkannya di Bandar Raya Marudu seminggu yang lepas...


Rayz, Colline dan Lyneki terpaku di atas pentas. Tidak ada sesiapa pun yang berani bersuara. Suasana kelihatan amat kekok sekali di antara mereka bertiga. Yang paling keliru sekali adalah Colline. Dia tidak tahu apakah yang pernah berlaku kepada Rayz dan Lyneki tapi hatinya digaru – garu kini. Dia ingin tahu apakah hubungan di antara Rayz dan Lyneki pada masa yang lepas jika mereka berdua memang sudah pernah berkenalan.

“Umm, mungkin Poly telah pun sedar. Jadi biar Colline pergi menjenguk dia,” Colline pun berpaling ke belakang untuk meninggalkan mereka berdua.

“Jangan pergi Colline. Colline perlu tahu kebenaran. Kebenaran di antara Rayz dan Lyneki,” Rayz meminta Colline untuk tidak pergi.

Pada saat itu, bayu malam bertiup dengan kencang. Kemeja yang dipakai oleh Rayz berkibar – kibar ditiup angin itu. Colline membetulkan rambutnya yang ditiup angin, pandangannya diarahkan kepada Rayz. Lyneki pula diam terpaku, membisu seribu bahasa.

“Colline ingat lagi pertanyaan Colline ketika kita berbual di Yumi Sushi Shop? Kenapa Rayz masih lagi single?” Rayz memulakan kata – kata.

Colline mengangguk mengiakan kata – kata Rayz. Dia mengalihkan pandangan ke arah Lyneki pula. Lyneki memeluk tubuhnya, pandangannya tajam melihat ke arah Rayz.

“Kerana Rayz telah pun memberikan seluruh hati dan hidup Rayz pada ‘seseorang’. Bagi Rayz, ‘dia’ adalah pelengkap kepada kehidupan Rayz. Dulu, Rayz pernah membuat keputusan untuk mengakhiri kehidupan Rayz kerana tidak dapat menerima kematian ayah dan ibu Rayz. ‘Dia’ mengajar Rayz bahawa hidup Rayz ini masih bermakna dan dunia ini bukanlah diwarnai oleh kesedihan dan kesengsaraan sahaja. ‘Dia’ mengajar  Rayz apakah itu ‘Cinta’. ‘Dia’ mengajar Rayz untuk mencintai sepenuh hati, dan untuk dicintai sepenuh hati. I swore to her that I would never leave her... I swore to her that I’d died for her,” kata Rayz. Air matanya jatuh berlinangan lantaran kesedihan yang mengasak sanubarinya.

Melihat keadaan Rayz itu, tanpa Colline sedari, dia sendiri menitiskan air mata. Adakah ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Rayz itu adalah Lyneki?

Rayz mengesat air matanya. Matanya kekal menatap wajah Lyneki. Lyneki kini menutup mulutnya dengan tangan, kerana dia juga berasa sedih yang amat sangat.

“Tetapi, takdir menentukan cinta kami tidak berkekalan. Tanggal 27 November 2002. Yumi Sushi Shop, Rayz dan ‘dia’ sepatutnya menyambut hari ulang tahun kelahiran Rayz yang ke 21 bersama – sama. Rayz menunggu ‘dia’ datang dari jam 7 malam. 3 jam berlalu dan dia tidak muncul – muncul, Rayz sangat bimbang dengan keselamatan ‘dia’. Henfonnya berkali – kali Rayz cuba hubungi tetapi tidak berjawab. Tidak lama kemudian, Ady dan sahabat – sahabat Rayz yang lain datang mencari Rayz di Yumi Sushi Shop. Mereka membawa khabar buruk,” Rayz mengesat air matanya semula. Colline benar – benar bersimpati dengan keadaan Rayz.

Keadaan semakin sejuk pada malam itu. Rayz melihat Lyneki menggigil kesejukan lantaran dia hanya memakai singlet ketat hitam. Rayz membuka kemeja yang dipakainya, menampakkan bentuk tubuhnya yang tegap dan sasa. Rayz mendekati Lyneki. Kemeja itu dipakaikannya di tubuh Lyneki. Lyneki tersentuh dengan tindakan Rayz itu, dia memandang mata Rayz, Rayz langsung tidak memandangnya. Rayz pun berjalan mendekati Colline dan berdiri di sebelahnya.

“Apa yang berlaku selepas itu benar – benar menghancurkan hidup Rayz. Ady memberitahu Rayz, kereta yang dipandu oleh Lyneki terbabas dan jatuh ke dalam Sungai Matunggong. Pada saat itu, Rayz sedar Rayz telah pun ‘mati’. Sewaktu kereta yang kami pandu bergerak menuju tempat kejadian, Rayz berdoa kepada Tuhan agar Lyneki tidak akan apa – apa dan semuanya hanyalah mimpi atau gurauan semata – mata. Namun itu adalah harapan yang sia – sia, hakikat adalah tetap hakikat. Pihak Polis tidak menjumpai mayatnya dan dia diisytiharkan telah meninggal dunia selepas 7 hari operasi pencarian dilaksanakan. Hidup Rayz terumbang – ambing selepas itu. Mujur Ady dan sahabat – sahabat Rayz yang lain ada untuk memberikan Rayz semangat untuk terus berjuang. Rayz telah dapat menerima ‘kematian’ Lyneki sekalipun kejadian itu telah meninggalkan ruang yang kosong dalam hidup Rayz,” Rayz menyambung kata – katanya.

Colline mengesat air matanya. Tak sangka kisah di antara Rayz dan Lyneki adalah sesuatu yang amat menyayatkan hati. Colline juga tidak menyangka Lyneki adalah kekasih yang amat dicintai oleh Rayz 9 tahun yang lalu. Namun persoalan yang terbesar sekali adalah, jika Lyneki telah disahkan mati 9 tahun yang lalu, bagaimana pula dia boleh berdiri di hadapan Rayz dan Colline sekarang ni?

“Lyneki, Rayz tidak kisah dengan apa yang telah berlaku 9 tahun yang lalu. Rayz telah pun belajar untuk menerimanya. Namun, Rayz berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam itu,” Rayz meminta penjelasan daripada Lyneki.

Lyneki mendiamkan diri. Dia tidak berani bertentang mata dengan Rayz mahupun Colline. Dia menarik nafas dalam. Selepas mengumpul seluruh kekuatan diri, Lyneki mengangkat muka dan memandang wajah Rayz. “I am Lyneki Manawali, acting Captain of SAGI Unit Sabah Division. I am not authorized to answer your question,” kata Lyneki dengan air muka yang serius.

Rayz menelan air liur. “Is that how it’s gonna be?” air muka Rayz juga serius.

The answer you seek is ISRC confidential, I am sorry,” balas Lyneki.

Air mata Rayz menitis lagi. Selepas Lyneki hampir – hampir menghancurkan hidupnya, kini dia enggan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku 9 tahun yang lalu. “Alangkah kejamnya engkau Lyneki!” getus hati kecil Rayz. Colline tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang, dia betul – betul keliru. Selama ini Colline berpendapat dia dan Rayz akan dapat bersama tanpa apa – apa halangan ataupun masalah. Tetapi kemunculan Lyneki membuatkan dia sendiri tidak pasti akan hubungannya dengan Rayz nanti.

Rayz memegang lengan kanan Colline dan membawanya pergi menuju ke tempat di mana Poly berada, bagi Rayz perbualan itu telah tamat dan tidak bererti. Colline yang keliru hanya membiarkan Rayz membawanya pergi. Colline memandang wajah Rayz, tidak pernah dilihatnya wajah Rayz yang seserius itu. Colline memandang ke arah Lyneki pula. Colline dapat melihat kesedihan dan kesayuan yang teramat sangat dalam pandangan mata Lyneki. Colline tahu, pasti ada penjelasan kenapa Lyneki enggan memberitahu apa yang berlaku 9 tahun yang lalu kepada Rayz.

“Rayz, Colline rasa, jika Rayz berbicara dengan Lyneki dengan baik, dia pasti akan memberitahu Rayz apa yang ingin Rayz ketahui,” kata Colline, memujuk Rayz untuk mempertimbangkan semula keputusannya.

Rayz tersenyum, terharu dengan keprihatinan Colline terhadap masalahnya. Rayz memegang pipi Colline dengan penuh kasih sayang. “It’s okay. Rayz sudah lama melupakan kisah itu.”

“Tapi Rayz, Colline rasa Lyneki tidak sengaja untuk merahsiakan perkara itu. If you were to talk to her softly, she would tell you what happened. Please, consider her again okay?” pujuk Colline lagi.

“Emm. Okey, Rayz akan pertimbangkan. Tapi yang lebih penting, Colline perlu membantu mereka di sini.”

Tiba – tiba kedengaran bunyi helikopter yang amat banyak datang dari kejauhan. Nampaknya ISRC dan pihak tentera telah menghantarkan bantuan ke Bandar Raya Marudu. Benda yang mengganggu sistem komunikasi di tempat itu akhirnya hilang selepas Makhluk Grogan yang mengawal mereka yang dijangkiti ditewaskan oleh Rayz dan Lyneki. Tempat itu tiba – tiba menjadi terang benderang disinari sinaran spotlight berkuasa tinggi yang datang dari setiap helikopter. Rayz tahu dia tidak boleh berada di sana sekarang, ISRC masih lagi ingin menangkapnya.

“Colline, Rayz terpaksa pergi sekarang,” kata Rayz kepada Colline. Dia memberikan Colline sekeping kertas mengandungi alamat Pejabat Pos di mana dia bekerja. Rayz tahu, Colline pasti akan mencarinya sebab itulah dia bersedia lebih awal.

“Rayz masih tinggal di Kudat?” tanya Colline.

“Ya. Kalau Colline ingin mencari Rayz, Rayz akan berada di sana,” jawab Rayz.  

Rayz pun mendakap tubuh genit Colline itu dengan erat. Dahi Colline dikucup mesra. “Take care. I ‘ll wait for you there.” Colline mengangguk tanda faham. Pada ketika itu, Lyneki berada tidak berapa jauh daripada mereka berdua. Hati Lyneki terasa sebak ketika melihat Rayz mendakap tubuh Colline. Barulah Lyneki sedar, cinta Rayz telah beralih kepada orang lain. Tak sangka, rakan sekerja yang kini dibantunya adalah wanita yang dicintai oleh lelaki yang pernah bergelar kekasih dalam hidupnya. Lyneki mengetatkan kemeja yang membalut tubuhnya yang diberikan oleh Rayz. Dia mengesat air matanya. “Maybe it’s better this way...”

Rayz memakai Xyver pada pergelangan tangan kanannya semula. Dalam sekelip mata, dia berubah semula menjadi Zaiva. Rayz pun melonjak ke udara dan dia berubah menjadi gergasi hijau yang bersayap dan meluncur ke udara sambil menembusi awan tebal di langit. Colline sekadar memerhatikan pemergian Rayz. Hatinya berasa bahagia sekali bersama – sama dengan Rayz. Tetapi ketika dia melihat Lyneki yang sedang memandang ke arahnya, rasa bersalah dan keliru melanda jiwanya semula.


Colline? Your phone’s ringing,” kata Jane sambil mencuit bahu Colline.
Oh! Sorry bout’ that. Excuse me,” jawab Colline. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. Butang answer ditekan.
Hello, Colline speaking?”
Hello, this is Sarah Miller, the Dean of MKUAS. Professor Colline, will you be able to see me this evening?” kata seorang wanita di corong telefon bimbit.
Madame Miller, yeah, I’ll be there this evening,” jawab Colline.
Good. Just making sure, had to rearranged my plans then. I will see you in my office then.”
Thank you. Sorry for the inconvenience.”
Colline menamatkan perbualan. Panggilan itu datang dari Dekan MKUAS yang ingin bertemu dengan Colline di pejabatnya pada waktu petang. Colline menarik nafas.
“Jane, update maklumat yang terkini mengenai Exium Gun pada Colline. Colline perlu kembali ke MKUAS untuk menguruskan prosedur perpindahan.”
Of course. Anyway, Colline ingat apa yang Jane katakan okey? Whatever she is, it’s all in the past. Rayz wants to be with you. Remember that,” pesan Jane dan berjalan masuk semula ke dalam Hospital Mini ISRC.
Colline mendiamkan diri. Ada betulnya kata – kata Jane itu. Namun naluri wanita Colline kini bertembung dalam jiwanya. Baik kah bagi dia untuk menjadi orang di antara Rayz dan Lyneki sedangkan mereka berdua adalah pasangan kekasih yang amat cinta mencintai? Colline menepuk – nepuk pipinya beberapa kali. Mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan hal itu. Colline pun berjalan ke arah kereta jenis Aston Martin Vantage yang diberikan oleh ISRC sebagai hadiah penerimaan jawatan baru Colline di dalam Wiseman’s Commitee. Enjin dihidupkan, dan kereta Colline meluncur meredah lebuh raya menuju ke MKUAS.
********************************************************
Pejabat Rahsia Presiden ISRC, Metropolis Kinabalu...
Lyneki sedang berjumpa dengan Lady Elita di pejabatnya untuk melaporkan apa yang telah berlaku di Bandar Raya Marudu. Mereka berdua sedang duduk di atas lantai tikar Tatami sambil meminum Teh Jepun yang dibancuh oleh Lady Elita.
“Makhluk Grogan yang menyerang Bandar Raya Marudu berbentuk seperti serangga. Ianya bertubuh seperti manusia dan amat sukar untuk menjejak mereka tanpa bantuan G-Eye System. Mengikut maklumat penyiasatan saya dan Professor Colline, makhluk ini ditugaskan oleh G-MOTHER untuk mengumpul ‘manusia’ untuk dijadikan makanan kepada suatu makhluk yang mereka gelar SANG PEMUSNAH. Seluruh penduduk Bandar Raya Marudu dilumpuhkan dengan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sistem badan manusia tetapi pada masa yang sama memastikan mereka semua hidup dan dalam keadaan yang sihat. Kebanyakkan penduduk yang dijangkiti dijumpai di dalam saliran bawah tanah. Makhluk ini juga dibantu oleh beberapa ekor makhluk lain seperti ular gergasi yang bertindak sebagai pelindung kepada makhluk seperti serangga ini,” Lyneki menerangkan apa yang disaksikannya di Bandar Raya Marudu kepada Lady Elita.
“Kapten tahu apakah benda yang dipanggil SANG PEMUSNAH oleh G-MOTHER itu?” tanya Lady Elita meminta pendapat Lyneki.
“Saya juga kurang pasti My Lady. Tetapi apa yang dirancangkan oleh G-MOTHER itu pasti akan mengancam Negeri Sabah mahupun seluruh dunia.”
“Maksud Kapten?” dahi Lady Elita berkerut.
Lyneki memberikan sekeping fail hitam berlabel ISRC kepada Lyneki dengan sopan. Lady Elita membuka fail tersebut dan membaca isinya. Serta – merta air mukanya berubah. Apa yang dilaporkan di dalam fail itu jelas membimbangkannya.
“Benarkah laporan ini Kapten?” Lady Elita meminta kepastian.
“Benar My Lady. Virus Grogan kini dilaporkan melanda beberapa petempatan kecil di seluruh negara – negara Asia Tenggara. Thailand, Myanmar, Indonesia dan juga Kepulauan Filipina adalah beberapa negara yang diserang virus ini. Staf – staf ISRC dan Unit SAGI di setiap negara itu sedang bertungkus lumus menentang virus ini. ISRC US telah pun menghantar bekalan serum ke setiap negara tersebut. Diharap ia dapat membantu mengawal perebakan virus ini.” Terang Lyneki.
Lady Elita berdiri dan berjalan menuju ke jambatan merentasi kolam buatan di luar pejabatnya. Lyneki mengikutinya dari belakang. Lady Elita mendengus perlahan. Krisis Grogan di Negeri Sabah kini telah menular ke negara – negara lain. Apa agaknya yang cuba dicapai oleh G-MOTHER? Minda Lady Elita ligat berfikir akan jawapan itu.
“My Lady, ada suatu perkara yang ingin saya laporkan,” kata – kata Lyneki itu menyedarkan Lady Elita dari lamunannya.
“Apa dia Kapten?” Lady Elita meminta Lyneki meneruskan kata – katanya.
There has been an increase of Giant Grogan activities throughout Sabah. Ajen SAGI kita yang bertugas di setiap daerah Sabah melaporkan kemunculan Makhluk Grogan Gergasi seperti yang dilaporkan di Daerah Bandar Raya Belud. Setakat ini, 3 Makhluk Grogan Gergasi dilaporkan muncul di tiga buah daerah. Satu di Bandar Raya Sandakan, satu di Bandar Raya Keningau dan satu di Bandar Raya Pitas.”
“Kapten, adakah mereka telah menyerang bandar – bandar berkenaan?”
“Tidak My Lady. Menurut laporan, mereka hanya memunculkan diri selama beberapa minit dan hilang begitu sahaja. Namun begitu, ianya telah mengakibatkan panik besar di kalangan penduduk. Pihak Tentera GDTF sedang berusaha mengawal keadaan dan bersedia memindahkan mereka apabila perintah dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Sabah.”
Lady Elita meletakkan tangannya ke atas pemegang jambatan. Mindanya kembali ligat berfikir. Adalah sesuatu yang mustahil bagi ISRC untuk menangani Makhluk Grogan Gergasi yang telah memunculkan diri itu. Sedangkan Makhluk – Makhluk Grogan yang kecil itu juga sukar untuk ditangani. Kini pilihannya jelas dan ianya tidak dapat dielakkan lagi. ISRC benar – benar memerlukan bantuan dari “Dunamist”, bantuan dari Rayz Silman.
My Lady, what is our next course of action?” tanya Lyneki meminta pendapat mengenai langkah yang seterusnya.
I am afraid the time has come for all of us to combine forces with Rayz and The Samarians. They are our only hope now. The situation has turn increasingly difficult for us to handle on our own. Kapten, tolong beritahu Profesor Colline untuk berjumpa dengan Rayz Silman dan menjemputnya untuk suatu mesyuarat tergempar di Bangunan Utama ISRC Metropolis Kinabalu.”
Lyneki mengerutkan dahinya. “Saya rasa itu bukanlah perkara yang mudah My Lady. Saya tidak yakin Rayz Silman akan memberikan kerjasama begitu sahaja terhadap ISRC selepas apa yang telah dilakukan oleh Lord Arufa terhadapnya.”
“Saya tahu. Sebab itulah Kapten akan menemani Profesor Colline berjumpa dengan Rayz Silman dan menerangkan situasi ini,” balas Lady Elita sambil tersenyum.
Lyneki menelan air liur. Tekaknya tiba – tiba terasa kering. “My Lady, saya meminta untuk menolak perintah My Lady itu. Saya rasa, Profesor Colline lebih sesuai untuk berbicara dengan Rayz Silman. Perkara ini akan dapat diselesaikan dengan kadar yang lebih cepat seandainya saya tidak terlibat sama.”
Lady Elita merenung wajah ayu Kapten Unit SAGI itu. Dia dapat merasakan betapa dalam ‘cinta’ Lyneki terhadap Rayz Silman, sama seperti apa yang dirasakannya terhadap ‘Ra-Iz’. Hati Lady Elita terasa sayu, situasi yang dialami oleh Lyneki ini sama dengan situasi yang dialaminya dulu. TAKDIR sesungguhnya adalah sesuatu yang lucu.
“Lyneki, saya tahu apa yang pernah berlaku di antara kamu dan Rayz Silman, 9 tahun yang lalu,” Lady Elita kini menyebut nama Lyneki secara terus.
Lyneki menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Dia tidak ingin bertentang mata dengan orang atasannya itu, entah mengapa.
Lady Elita memegang bahu Lyneki. “9 tahun adalah suatu jangka masa yang lama. Perkara itu telah lama berlalu, sudah tiba masanya Lyneki berterus – terang dengan Rayz. Dia berhak mengetahui kebenaran. Lyneki juga terseksa dalam tempoh 9 tahun ini kan? Dan saya tahu, Lyneki masih lagi mencintai dia.”
Perlahan – lahan air mata Lyneki menitis semula. Memori silam yang selama ini ingin dilupakannya kembali menghantui kotak fikirannya. Kata – kata Lady Elita itu memang benar, dia memang masih lagi mencintai Rayz dan perasaan itu tidak pernah berubah. Apabila pihak ISRC memberikannya tugasan untuk memerhatikan tindak – tanduk Rayz, dia berasa benar – benar gembira kerana dapat melihat wajah tampan jejaka itu setelah sekian lama. Meskipun tidak ada peluang baginya untuk bersua muka dengan Rayz, melihatnya melalui skrin komputer atau teropong sudah memadai bagi Lyneki. Namun takdir menentukan mereka akan bersua semula di Bandar Raya Marudu dan kejadian itu mengubah segala – galanya.
“Lyneki, tidak usah fikirkan lagi. Pergilah bersama – sama dengan Profesor Colline dan jelaskan kejadian sebenar kepada Rayz Silman,” kata Lady Elita memujuknya semula.
“My Lady, Rayz dan Colline sekarang sudah ada hubungan. Saya tidak ingin menjadi penghalang bagi mereka berdua. Kisah saya dan Rayz telah lama tamat. Rayz berhak mendapat kebahagiaan yang selama ini dicarinya,” balas Lyneki sambil mengesat air matanya.
Lady Elita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Lyneki. “Saya faham. Biarlah Lyneki sendiri yang membuat keputusan. Namun, saya tetap berharap Lyneki dapat menemani Profesor Colline kerana perkara ini amatlah penting. Samada Lyneki akan berjumpa dengan Rayz Silman ataupun tidak, itu adalah terpulang kepada Lyneki.”
Lyneki mengangguk tanda bersetuju. “Seperti yang diperintahkan oleh My Lady,” kata Lyneki dan berjalan meninggalkan pejabat Lady Elita. Tinggalah Lady Elita seorang diri di situ. Hatinya tiba – tiba terasa sebak, mungkin terusik kerana melihat situasi yang dialami oleh Lyneki...
********************************************************

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)