Thursday, November 12, 2009

Chapter 25








CHAPTER 25 : Lord Ra-iz – A Legendary Tale


Tempat : Khemah Gashikh Yuan, Perkampungan Orang – Orang Rumsyad

Masa : 12.01 AM

Tarikh : 17 Disember 2009

Gashikh dan yang lain sedang duduk mengelilingi unggun api yang berada di hadapan khemahnya. Danny dan Dr. Mon Dali sudah pun berada di situ sejak awal lagi. Mereka sedang menunggu ketibaan Colline dan juga Rayz.

“So, why did you call us here tonight Chief Gashikh?” Danny bertanya akan tujuan Gashikh memanggil mereka pada lewat malam itu.

“I would like to share with you our village’s history and legend,” jawab Gashikh.

“Would it have something to do with Lord Ra-iz?”

“Ha ha ha, you are indeed very sharp Mr. Danny. Yes, I am going to tell you the story of the saviour and the founder of our village. And he is the one we call Lord Ra-iz.”

Perbualan Danny dan Gashikh itu pun terganggu kerana kedatangan Rayz dan Colline di tempat tersebut. Rayz dan Colline memberi salam kepada Gashikh dan duduk di tempat masing – masing. Colline duduk di sebelah Danny sementara Rayz pula duduk di sebelah Dr. Mon Dali.

“Colline ke mana tadi?” tanya Danny.

“Colline dalam perjalanan ke sini tadi dan terserempak dengan Rayz. Jadi kami pun sama – sama berjalan ke sini,” jawab Colline.

“Hairan... macam mana boleh ‘terserempak’?” kata Danny lagi dengan nada menyindir. Colline terkilan dengan apa yang dikatakan oleh Danny itu. Dia telah pun memberitahu apa yang berlaku sebenarnya tetapi Danny enggan untuk mempercayainya. Colline pun membisukan dirinya. Dia tidak ingin bertengkar dengan Danny pada malam itu.

“It seems everybody is here. Let me start my story. Mr. Rayz, do you know why we call you Lord Ra-iz’s heir?” tanya Gashikh kepada Rayz.

“No. I do not know. Why did you call me his heir?” tanya Rayz semula.

Gashikh tidak menjawab pertanyaan Rayz itu. Sebaliknya, dia memberikan sebuah skrol yang agak usang kepada Rayz. Rayz pun mengambil skrol itu dengan penuh tanda tanya. Gashikh meminta Rayz untuk membuka skrol tersebut. Rayz mengangguk dan membuka ikatan skrol tersebut. Sebaik sahaja skrol itu terbuka, air muka Rayz itu segera berubah. Dia seolah – olah terlihat sesuatu yang amat mengejutkan. Danny, Colline dan Dr. Mon Dali perasan akan perubahan wajah Rayz itu.

Dr. Mon Dali meminta skrol itu daripada Rayz. Rayz memberikannya sahaja. Air muka Rayz itu masih kekal seperti tadi. Selepas melihat skrol itu, Dr. Mon Dali memberikannya pula kepada Danny dan Colline. Kali ini giliran Danny dan Colline pula yang terkejut melihat isi kandungan skrol tersebut.

“Chief Gashikh, this is the picture of Lord Ra-iz I presume?” tanya Dr. Mon Dali kepada Gashikh.

“Yes. That is Lord Ra-iz’s potrait. It was drawn some 200 years ago and was kept as a relic by my great grandfathers,” jawab Gashikh.

“But this picture... He really looks like Rayz!” celah Colline pula.

“How is that even possible Chief Gashikh? Is this portrait really drawn some 200 years ago?” kata Danny pula, tidak dapat menerima betapa besarnya persamaan wajah Baginda Ra-iz itu dengan wajah Rayz.

“I was also very shock the first time I saw Mr. Rayz here. I’ve heard from the good doctor that he looks like Lord Ra-iz, but when I saw him in person I was really amazed by the resemblance,” terang Gashikh.

“Was that the reason why you suddenly knelt down in front of Rayz Dr. Mon Dali?” tanya Colline kepada Dr. Mon Dali itu.

“Yes, that is true. During my stay here, I learned much about the Rumsyad’s history and teachings. Chief Gashikh also showed me that portrait once,” jawab Dr. Mon Dali.

“What is your opinion Mr. Rayz?” tanya Gashikh kepada Rayz pula.

Rayz mendiamkan dirinya selama beberapa saat. Dia menelan air liurnya sebelum menjawab pertanyaan Gashikh itu. “He does resemble my face but...” Rayz tidak menghabiskan kata – katanya.

“But what Rayz?” tanya Colline.

Rayz memandang wajah mereka semua. Dia menarik nafas yang agak panjang sebelum menyambung kata – katanya. “He looks exactly like my late father who died when I was 7 years old.”

Mereka semua berpandangan sesama sendiri sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Rayz sebentar tadi. Wajah Baginda Ra-iz kelihatan serupa dengan wajah mendiang ayah Rayz yang telah meninggal dunia sewaktu Rayz berumur 7 tahun? Apakah maksud yang tersirat disebalik misteri ini?

“This is highly intriguing. Is it possible for a human to live for more than 200 years?” kata Dr. Mon Dali. Dia berfikir akan kemungkinan seseorang manusia untuk hidup lebih daripada 200 tahun.

“That is highly unlikely doctor,” celah Danny. “No man can live more than 200 years, the longest a human may live is 120 years and that’s it.”

“Can we please change the subject? It’s Rayz’s father we are talking about here,” Colline meminta mereka menukar topik kerana tidak ingin Rayz terasa dengan apa yang dikatakan oleh mereka.

“It’s okay Colline, I don’t mind. It is already in the past,” kata Rayz pula.

“My sincerest apology for bringing that up Mr. Rayz,” Dr. Mon Dali meminta maaf kerana berkata sedemikian. Manakala Danny pula tidak berkata apa – apa kepada Rayz. Baginya, apa yang dikatakannya itu langsung tidak salah dan dia tidak perlu meminta maaf dari Rayz.

“I am terribly sorry about your father Mr. Rayz. He must be a good man,” Gashikh juga meminta maaf dari Rayz.

“It is alright. Like I said, it is all in the past. Chief Gashikh, could you tell us a little bit more about Lord Ra- iz? I’m really interested in learning who he was,” Rayz meminta Gashikh menceritakan lebih banyak mengenai Baginda Ra-iz.

“Certainly. Please, make yourself comfortable before I start...” Gashikh pun memulakan ceritanya.



Tahun 1807, 200 tahun dahulu...

Kelihatan sekumpulan orang – orang nomad yang digelar Kaum Rumsyad sedang merentasi padang pasir yang luas di Gurun Gobi itu. Mereka diketuai oleh Qushair Yuan yang merupakan moyang kepada Gashikh Yuan. Mereka sedang berhijrah dari petempatan asal mereka untuk mencari kawasan tempat tinggal yang lebih sesuai. Mereka menggunakan Keldai dan Unta untuk memunggah barang – barang mereka. Binatang – binatang itu juga adalah pengangkutan utama mereka di dalam perjalanan merentasi gurun tersebut.

Setelah berjalan selama 10 hari 10 malam, mereka pun tiba di sebuah Oasis yang berada di tengah – tengah gurun pasir tersebut. Qushair pun mengambil keputusan untuk berehat di Oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan mereka semua. Mereka semua pun membuat khemah di situ untuk berlindung dari kepanasan matahari. Kaum wanita dan kanak – kanak pun berjalan menuju ke Oasis tersebut untuk mendapatkan air minum dan air untuk memasak. Mereka kelihatan gembira sekali kerana mendapat bekalan air selepas sepuluh hari lamanya.

Menjelang tengah hari, keluarga – keluarga Rumsyad itu pun memasak makanan mereka kemudian makan bersama – sama. Suasana di tapak perkhemahan itu kelihatan amat tenang dan harmoni. Qushair pun berjalan dari khemah ke khemah untuk melawat setiap keluarga yang berada di tapak perkhemahan tersebut. Dia sedang ditemani oleh orang kanannya yang bernama Juma. Ini ialah kebiasaan Qushair sebagai ketua mereka. Dia ingin memastikan setiap ahli kumpulannya itu memiliki bekalan makanan yang mencukupi dan juga sihat sejahtera.

Tiba – tiba kesejahteraan pada petang itu terganggu apabila beberapa orang remaja Rumsyad datang berlarian sambil berteriak memanggil nama Qushair. Qushair meminta remaja itu bertenang sebelum memberitahunya apa yang sedang berlaku.

“Tok Ketua! Tadi, sewaktu kami sedang membawa Keldai – Keldai pergi minum, kami terlihat asap tebal datang dari arah utara!” salah seorang remaja itu melaporkan kepada Qushair.

“Arah utara? Mungkinkah puting beliung pasir yang kamu nampak?” tanya Qushair pula.

“Bukan puting beliung pasir Tok Ketua! Ia nampak macam sekumpulan orang berkuda,” tambah salah seorang remaja itu.

“Tok Ketua, ada baiknya kita pergi memastikan samada apa yang dikatakan oleh anak – anak ini benar ataupun tidak,” Juma memberikan pendapatnya.

“Baiklah. Kumpulkan kesemua orang – orang lelaki untuk mengikuti kita. Anak – anak, bawa kami ke tempat di mana kamu melihat asap tebal tersebut,” Qushair meminta remaja – remaja itu membawanya ke tempat tersebut.

Juma pula pergi memanggil kaum – kaum lelaki Rumsyad dari setiap khemah. Qushair pun mengikuti remaja – remaja itu dari belakang. Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di tempat yang berkenaan. Tempat itu berada di tepi Oasis di sebelah utara. Kali ini, Qushair sendiri dapat melihat asap tebal yang dikatakan oleh remaja – remaja tersebut. Asap tersebut bukannya datang dari puting beliung pasir, tetapi besar kemungkinan ianya orang – orang yang berkuda. Qushair menumpukan perhatiannya di tengah – tengah asap tebal tersebut.

Selepas mengamati selama beberapa saat, barulah Qushair dapat melihat dengan jelas. Ianya memang orang – orang yang berkuda. Mereka memakai seragam yang berwarna hitam dan bilangannya mungkin mencapai 300 orang. Degupan jantung Qushair bertambah kencang seolah – olah dia tahu siapakah orang – orang berkuda itu. Beberapa minit kemudian, Juma pun tiba dengan kaum – kaum lelaki Rumsyad itu.

“Adakah itu orang – orang yang berkuda Tok Ketua?” tanya Juma sambil menundingkan jarinya ke asap tebal tersebut.

Qushair tidak menjawab. Dahinya berkerut. Tongkat yang dipegangnya digenggam dengan erat. Juma berasa hairan dengan air muka Tok Ketuanya itu.

“Tok Ketua tidak apa – apa?” tanya Juma lagi.

“Belati Hitam,” jawab Qushair pendek.

“Belati Hitam!?” kata Juma dengan nada yang amat terkejut. Kaum lelaki Rumsyad itu juga terkejut mendengar nama ‘Belati Hitam’ itu. Mereka pun berbisik – bisik di antara satu sama lain. Kebimbangan jelas terpapar di setiap wajah mereka. Apakah maksud ‘Belati Hitam’ yang dikatakan oleh Qushair itu?

Belati Hitam ialah nama kumpulan perompak yang paling digeruni di kawasan Gurun Gobi tersebut. Mereka ialah kumpulan perompak yang sering berpakaian hitam dan membawa pisau belati di pinggang kiri mereka, itulah sebabnya mereka berpakaian serba hitam dan membawa pisau belati. Kumpulan perompak ini juga diketuai oleh seorang lelaki yang kejam bernama Baram. Dia ialah seorang lelaki yang tinggi dan badannya yang sasa itu dipenuhi parut kesan daripada pertempuran. Janggutnya yang lebat dan panjang itu menambahkan lagi kebengisan wajahnya. Kononnya Baram pernah menyembelih semua penduduk kampung di sebelah selatan hanya kerana mereka tidak ingin menyerahkan harta dan anak – anak gadis mereka. Kekejaman yang dilakukan oleh Baram dan kumpulannya itu menjadi ‘lagenda’ di tengah – tengah gurun pasir itu. Adakah nasib yang sama akan menimpa orang – orang Rumsyad kali ini?

“Tok Ketua, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Kalau nak melarikan diri, mereka dah semakin dekat... kalau kita melawan, kita tidak mahir di dalam pertarungan!” kata Juma dengan cemas. Kaum lelaki Rumsyad itu juga mulai bising kerana berasa takut.

“Bertenang semua!” kata Qushair dengan tegas. Mereka semua pun mendiamkan diri selepas mendengar kata – kata Qushair itu. “Pergi beritahu orang kita yang lain. Bersedia untuk bertolak! Tinggalkan barang – barang yang tidak diperlukan!” perintah Qushair. Mendengar arahan Qushair itu, mereka pun bertempiaran lari balik semula ke tapak perkhemahan untuk mengemaskan barang – barang. Tapak perkhemahan itu menjadi riuh - rendah dengan suara teriakan orang – orang Rumsyad yang cemas.

Isteri Qushair yang sedang sarat mengandung itu terbangun dari tidurnya kerana bunyi yang riuh – rendah itu. Dia pun keluar dari khemahnya dan melihat orang – orang di tempat perkhemahan sedang sibuk mengemaskan barang masing – masing dengan tergopoh – gapah. Dari jauh dia terlihat Qushair berlari menuju ke khemah itu. Perasaan cemas jelas kelihatan di wajahnya.

“Abang apa yang berlaku ni?” tanya Wen Yi, isterinya yang tersayang.

“Kumpulan Belati Hitam sedang menuju ke sini, kita tak ada masa Wen Yi! Mari, tolong abang kemaskan barang!” jawab Qushair. Wen Yi tidak berkata apa – apa dan segera menurut apa yang diperintahkan oleh suaminya itu. Selepas selesai mengemaskan barangan yang perlu, mereka berdua pun pergi menuju ke tempat Unta mereka sedang diikat. Qushair menolong Wen Yi menunggang unta dan kemudian menariknya menuju ke tempat orang – orang Rumsyad yang lain. Asap tebal itu semakin menghampiri tempat mereka membuat khemah.

Walaupun Qushair dan orang – orangnya bertungkus – lumus melarikan diri dari kejaran Kumpulan Belati Hitam itu, namun mereka tetap dikepung juga kerana anggota – anggota Kumpulan Belati Hitam itu menunggang kuda. Dalam sekelip mata, mereka semua dikelilingi oleh anggota – anggota Kumpulan Belati Hitam itu. Mereka pun ketawa terbahak – bahak selepas berjaya mengepung ‘buruan’ mereka. Gelak ketawa mereka itu menakutkan kanak – kanak Rumsyad itu. Mereka pun mulai menangis. Ibu – ibu mereka pun memujuk mereka untuk diam kerana takut perompak – perompak itu naik berang. Qushair menurunkan isterinya dari unta yang ditunggangnya. Dia memeluk isterinya dengan erat. Wen Yi membalas pelukan suaminya itu. Tangannya menggigil menahan rasa takut. Bukan Wen Yi sahaja yang begitu, kesemua orang – orang Rumsyad itu juga sedang ketakutan.

Ketua perompak bernama Baram itu pun turun dari kudanya dan berjalan menuju ke arah orang – orang Rumsyad itu. Pengikut – pengikutnya juga turun dari kuda mereka. Baram membuka penutup mulut yang dipakainya itu. Wajahnya yang bengis itu kelihatan sedang tersenyum menampakkan barisan giginya yang kuning. Janggutnya melambai – lambai ditiup angin. Dia menarik pedang lengkung yang tersisip di pelana kudanya.

“Siapa ketua kumpulan kamu ini!” jerit Baram dengan nyaring. Suaranya yang lantang itu menambah lagi ketakutan orang – orang Rumsyad itu.

“Saya. Saya ialah ketua mereka,” jawab Qushair dan maju ke depan. Genggaman tangannya kekal erat pada isterinya.

“Oh, kamu ya? Siapa nama kamu?” tanya Baram dengan bengis.

“Saya Qushair Yuan, anak kepada Yuon Yuan,” jawab Qushair. Dia cuba mengawal rasa takut yang menyelubungi dirinya.

Baram berjalan mendekatinya. Dia pun berdiri beberapa inci di hadapan Qushair. Ketinggian Baram itu hampir mencapai 8 kaki. Badannya yang tegap dan sasa itu menambahkan lagi ketakutan yang dirasai oleh Qushair. Baram mendekatkan wajahnya ke wajah Qushair. Bau badannya itu teramatlah busuk sehingga membuat Qushair hampir termuntah.

“Kamu tahu apa yang aku mahukan?” tanya Baram.

“Tidak Tuan. Kami tidak tahu apa yang Tuan mahukan,” jawab Qushair dengan tersekat – sekat.

“Aku mahukan semua barang berharga yang kamu miliki. Serahkan juga wanita dan anak – anak gadis kamu kepada aku!” kata Baram dengan nada yang lantang.

Mendengar apa yang dimahukan oleh Baram itu, orang – orang Rumsyad itu pun mulai menangis ketakutan. Mereka berpelukan sesama sendiri. Suami memeluk isteri, ibu memeluk anak perempuan dan ayah memeluk keluarganya. Baram berasa amat gembira melihat mereka di dalam ketakutan. Dia pun ketawa terbahak – bahak sambil diikuti oleh pengikut – pengikutnya.

“Tuan, kami ada harta yang tidak ternilai! Ambillah kalau Tuan mahukannya, tetapi lepaskanlah kaum wanita dan anak – anak perempuan kami,” Qushair cuba berunding dengan Baram.

Baram menjegilkan matanya. Dia mengangkat tangan kirinya dan terus menampar Qushair sekuat hatinya! Qushair pun jatuh terbaring di atas tanah. Wen Yi pun mendapatkan suaminya itu. Mulut Qushair itu lebam dan darah kelihatan bercucuran dari tepi bibirnya. Wen Yi pun membersihkan luka suaminya itu dengan sapu tangannya.

“Berani kau cuba berunding dengan aku! Akulah Baram, perompak yang paling terkenal di gurun pasir ini! Kawan – kawanku rampas semua harta milik mereka. Tangkap juga wanita – wanita dan anak – anak perempuan mereka!” kata Baram.

Pengikut – pengikut Baram itu pun bersorak dan segera menurut perintah ketua mereka itu. Wanita – wanita dan anak – anak perempuan Rumsyad itu pun ditangkap manakala harta benda berharga mereka pula dirampas. Sesiapa jua yang cuba menghalang akan dibunuh tanpa belas kasihan. Seorang pemuda cuba untuk melawan salah seorang daripada perompak tersebut kerana perompak itu cuba untuk merampas tunangnya. Akibat daripada tindakannya itu, dia telah ditetak di bahagian belakangnya oleh perompak – perompak yang lain. Pemuda itu rebah di atas tanah. Tidak cukup dengan itu, perompak – perompak itu menikam pula peha pemuda itu dengan pedang lengkung mereka. Pemuda itu menjerit kesakitan sambil disusuli oleh darah merah yang menyembur dari luka di pehanya. Tunang pemuda itu cuba membantunya tetapi ditahan oleh perompak tadi. Pemuda itu di dalam nyawa – nyawa ikan sekarang.

“Kamu nampak sekarang! Inilah akibat kalau menentang aku. Kalau kamu tidak mahu menjadi macam si bodoh ini, lebih baik kamu berdiam diri sahaja dan serahkan saja kaum wanita kamu kepada kami dengan senyap!” bentak Baram.

Baram perasan akan Wen Yi yang sedang berlutut di sebelah Qushair itu. Wen Yi merenung wajah Baram itu dengan perasaan marah dan jijik. Baram mendekati Wen Yi dan memegang dagunya dengan kasar. “Matamu sungguh menarik! Aku sukakan wanita macam kau ni!” kata Baram. Wen Yi menarik dagunya dari tangan Baram itu dan meludahi mukanya. Perbuatan Wen Yi itu membuat Baram naik berang! Dia pun menampar Wen Yi dengan kuat sekali tanpa mengambil kira wanita itu sedang mengandung ataupun tidak!

Wen Yi terbaring di atas tanah, dia mengaduh kesakitan. Perutnya amat sakit sekali! Qushair segera mendapatkan isterinya itu. Dengan penuh kasih – sayang dia menggenggam tangan isterinya. Dahi isterinya itu diusap dengan lembut. “Wen Yi tak apa – apa!?” tanya Qushair dengan cemas. “Abang, perut Wen Yi sakit bang!” jawab Wen Yi tersekat – sekat. Air mata Qushair mulai berlinangan melihat keadaan isterinya itu. Baram langsung tidak mengendahkan keadaan itu. Dia pun meninggalkan pasangan itu dan berjalan menuju ke arah kudanya.

Kesedihan Qushair itu bertukar menjadi kemarahan. “BARAAAAAAAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” bentak Qushair dan meluru ke arah Baram tanpa berfikir!

Baram kelihatan bersahaja, dia pun memalingkan mukanya ke arah Qushair. Penumbuk Qushair itu mengenai muka Baram tetapi langsung tidak mencederakannya. Baram hanya tersengih melihat tindakan sia – sia Qushair itu. Dia pun menikam perut Qushair itu dengan pedang lengkungnya! Pedang itu menembusi perut Qushair, darah pekat menyembur dari belakang Qushair. “Yang lemah akan sentiasa menjadi makanan bagi mereka yang kuat. Pergilah kau ke alam baka si bodoh!” kata Baram dan menolak badan Qushair. Qushair pun rebah di atas tanah, nafasnya terputus – putus. Melihat musibah yang menimpa suaminya itu, Wen Yi pun jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Bawa semua perempuan itu balik ke tempat persembunyian dan bunuh yang lain,” perintah Baram dengan air muka yang bersahaja. Kesemua pengikut Baram itu pun menghunus pedang lengkung mereka dan bersedia untuk membunuh kesemua orang – orang Rumsyad yang lain. Orang – orang Rumsyad itu hanya mampu berserah kepada Tuhan memandangkan tiada apa yang mampu mereka lakukan untuk mempertahankan diri.

“BERHENTI!” satu suara misteri tiba – tiba berkumandang di udara. Permukaan bumi kelihatan bergegar ketika suara itu berkata – kata. Semua yang berada di situ terkejut. Masing – masing meliarkan kepala ke kiri dan ke kanan mencari si empunya suara. Mereka semua langsung tidak dapat mengesan dari mana suara itu datang. Perompak – perompak itu berpandangan di antara satu sama lain. Orang – orang Rumsyad itu juga berasa hairan. Masing – masing bingung dengan kejadian berkenaan.

“Siapa kau! Kalau kau anak jantan, tunjukkan dirimu!” jerit Baram.

Dari arah utara, kelihatan kelibat manusia yang memakai jubah hitam yang panjang. Ianya kelihatan sedang berjalan ke arah perompak dan orang – orang Rumsyad itu. Langkahnya perlahan sahaja tetapi setiap derap kakinya itu seolah – olah dapat dirasai oleh setiap orang yang ada di situ. Akhirnya lembaga manusia itu pun tiba di tempat orang sedang berkumpul itu selepas berjalan beberapa minit. Dia berdiri tidak berapa jauh dari Baram dan orang – orangnya.

Kesemua yang berada di situ dapat melihat wajah lembaga manusia itu. Dia ialah seorang lelaki yang agak berumur. Rambutnya panjang paras pinggang. Wajahnya putih, bersih dan terdapat pengikat dahi yang aneh di dahinya. Pandangan matanya tajam dan tampak yakin. Dia juga memakai pelindung bahu yang berwarna perak yang mempunyai bentuk ‘X’ ditengah - tengahnya. Pelindung bahu itu bersinar – sinar terkena sinaran matahari. Di bahagian dadanya terdapat sebiji kristal yang berwarna biru. Jubahnya yang panjang itu berkibar – kibar ditiup angin, begitu juga rambutnya.

“Kau siapa!?” tanya Baram dengan keras.

Lelaki itu tidak menjawab pertanyaan Baram. Matanya yang tajam itu melihat ke arah Qushair yang diam tidak bergerak lagi. Dia juga mengalihkan pandangannya kepada Wen Yi yang telah pitam. Kelakuan pelik lelaki itu menambah rasa berang Baram. Dia pun mengarahkan orang – orangnya untuk menyerang lelaki misteri itu. Lima orang pengikut Baram itu meluru ke arah lelaki itu dan cuba menetaknya dengan pedang lengkung mereka!

Lelaki itu langsung tidak berganjak. Matanya tetap ditumpukan kepada pasangan yang teraniaya itu. Beberapa saat sebelum mata pedang lawan - lawannya itu menyentuh tubuhnya, lelaki itu pun berkata, “Senjata digunakan untuk melindungi, bukan untuk menzalimi hidupan lain”. Satu sinar yang teramat terang terpancar dari mata lelaki misteri tersebut! Secara tiba – tiba kelima – lima orang pengikut Baram yang menyerangnya tadi terpelanting jauh dan pedang mereka berkecai menjadi kepingan – kepingan kecil! Mereka jatuh terjelepuk ke tanah, putus nafas dan tidak bergerak lagi. Siapakah lelaki tersebut sehingga mampu berbuat sedemikian kepada perompak – perompak itu?

Baram dan pengikut – pengikutnya terlopong melihat kejadian tersebut. Beberapa orang anggota perompak itu mengesat mata beberapa kali, tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan sebentar tadi. Orang – orang Rumsyad itu juga berasa takjub melihat kejadian itu. Kaum wanita dan anak – anak perempuan Rumsyad yang ditangkap tadi itu pun mengambil kesempatan itu untuk berlari menuju ke arah keluarga mereka semula. Perompak – perompak itu pula seperti orang – orang yang bodoh, mereka langsung tidak berbuat apa – apa walaupun tawanan mereka itu sudah melepaskan diri.

Lelaki misteri itu tidak mengendahkan kumpulan perompak itu. Dia pun berjalan ke arah Qushair yang sedang sesak nafas itu. Darah membasahi perutnya. Sekali – sekala dia terbatuk dan darah juga akan keluar dari mulutnya itu. Keadaan Qushair sekarang amat kritikal. Lelaki misteri itu pun berlutut di sebelah Qushair. Qushair melihat ke arahnya dengan ekor matanya. Pandangan mata Qushair itu seolah – olah berkata, “Siapakah kamu?”. Lelaki itu tersenyum dan berkata, “Jangan takut. Saya adalah kawan.” Lelaki itu pun menutup matanya dan meletakkan telapak tangan kanannya di atas luka di perut Qushair itu. Cahaya kebiru – biruan pun mulai keluar dari tapak tangan lelaki tersebut. Kristal di dadanya juga mengeluarkan cahaya yang sama.

Perlahan – lahan luka di perut Qushair itu sembuh. Darah yang membasahi bajunya juga mulai kembali ke dalam lukanya itu. Selepas beberapa saat, luka di atas perut Qushair itu sembuh sepenuhnya! Apa yang berlaku itu adalah suatu keajaiban! Orang – orang Rumsyad itu pun berlutut di atas tanah selepas menyaksikan kejadian tersebut. Mereka berasa seolah – olah seorang ‘Dewa’ telah muncul dan menyelamatkan mereka. Sekali lagi kumpulan perompak itu terlopong melihat kejadian tersebut. Ada yang mulai berasa takut dan bimbang. Baram bertambah marah melihat kejadian tersebut. Dia mulai terasa kedudukannya terancam dengan kemunculan lelaki misteri itu.

“Bodoh! Kamu tengah tunggu apa? Serang dia sekarang!” Baram memerintahkan pengikut – pengikutnya menyerang lelaki itu lagi. Pengikut – pengikut Baram itu kelihatan teragak – agak untuk menyerang lelaki itu. Mereka tidak ingin apa yang berlaku pada sahabat – sahabat mereka tadi berlaku kepada mereka pula. Baram bertambah marah dengan kelakuan pengikut – pengikutnya itu. Dia pun meluru ke arah lelaki itu! Pedang lengkungnya diangkat tinggi – tinggi dan dihayunkan ke kepala lelaki misteri yang masih berlutut di sebelah Qushair itu!

“Matilah Kaaaauuuu!!” jerit Baram dan menghayunkan pedangnya sekuat – kuat hati.

Pedang Baram itu tiba – tiba berhenti beberapa saat sebelum ianya menyentuh kepala lelaki misteri itu. Baram terkejut melihat kejadian tersebut. Apabila diamatinya, barulah dia sedar yang mata pedangnya itu telah dipegang oleh lelaki misteri itu dengan hanya menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya! Kekuatan lelaki misteri itu benar – benar di luar dugaan Baram. Lelaki itu pun berdiri tanpa melepaskan mata pedang Baram itu. Baram kelihatan bertungkus – lumus cuba melepaskan pedangnya dari pegangan lelaki itu namun gagal kerana ianya langsung tidak berganjak sedikit pun. Lelaki itu memandang Baram dengan pandangan matanya yang tajam dan menggerunkan itu.

“Ramai manusia yang telah kau bunuh dengan pedang ini. Mulai dari hari ini, pedang ini tidak akan membunuh lagi. ‘Kau’ juga tidak akan membunuh lagi!” kata lelaki itu dengan suara yang tegas. Dia mencengkam mata pedang itu sehingga hancur berkecai, dengan kepantasan yang amat menakjubkan, dia melepaskan dua tumbukan yang amat kuat pada kedua – dua siku Baram itu! Baram meraung kesakitan kerana kedua – dua tangannya patah dan tercabut dari sikunya! Betapa kuatnya tumbukan lelaki misteri itu sehingga dapat mematahkan kedua – dua lengan Baram yang sasa itu! Darah pun memercik ke merata – rata tempat! Baram jatuh berguling – guling sambil meraung seperti orang gila di atas tanah! Beberapa saat kemudian, Baram berhenti menggelepar. Dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat kejadian yang menimpa ketua mereka itu, pengikut – pengikut Baram yang lain pun meluru ke arah lelaki itu kerana ingin membalas dendam bagi pihak ketua mereka! Lelaki itu mengangkat cakar kanannya ke atas dan serentak itu juga kesemua pedang yang dipegang oleh perompak – perompak itu berkecai! Sepihan pedang mereka itu mengenai mereka sendiri! Ada yang terkena di mata, ada yang terkena di dada dan ada yang terkena di bahagian sulit. Kawasan itu pun menjadi riuh – rendah dengan raungan orang yang kesakitan. Orang – orang Rumsyad itu pun menutup telinga mereka kerana tidak tahan dengan bunyi raungan mereka itu. Lelaki itu menarik penumbuk kanannya ke belakang. Aura kebiru – biruan mulai berkumpul di penumbuk kanannya itu. Dia pun melepaskan tumbukannya ke arah perompak – perompak yang tengah meraung kesakitan itu!

TUB! TUB! TUB! TUB! TUB! TUB! Beratus – ratus tumbukan dilepaskan ke arah perompak – perompak itu dan mereka pun terpelanting jauh ke belakang dan terus mati, tidak bergerak lagi. Selesai sahaja ‘menguruskan’ perompak – perompak itu, lelaki itu kembali semula kepada Qushair. Dia pun membantu Qushair bangun. Orang – orang Rumsyad yang lain pun mengerumuninya.

“Siapakah gerangan Tuan ini?” tanya Qushair masih lagi tidak dapat percaya bahawa lelaki itu telah menyembuhkan luka di perutnya.

Lelaki misteri itu tersenyum. “Jangan ambil kisah perkara itu dulu. Isteri awak perlukan awak sekarang,” katanya sambil menundingkan jarinya ke arah Wen Yi.

“Wen Yi!!” jerit Qushair dan berlari mendapatkan isterinya. Lelaki itu menyusulinya dari belakang. Qushair meletakkan kepala isterinya di ribaannya. Dia mengusap – usap lembut wajah isterinya itu. “Tuan, bolehkah Tuan sembuhkan isteri saya ini?” rayu Qushair. Lelaki itu memegang bahunya. “Isteri awak tak apa – apa. Bayi di dalam kandungannya juga tidak apa – apa. Dia cuma perlukan rehat. Apabila dia bangun nanti, semuanya akan baik,” kata lelaki itu. Entah mengapa setiap kata – kata lelaki itu memberi ketenangan kepada Qushair. Siapakah agaknya lelaki yang amat baik hati ini?

“Masih ada yang perlukan bantuan. Awak berehat dahulu, saya akan bantu pemuda itu pula,” kata lelaki itu dan berjalan ke arah pemuda yang cedera parah itu. Tunangnya sedang menangis di sebelahnya. Lelaki misteri itu memegang bahu tunang pemuda itu dengan lembut. Air mata tunang pemuda itu disekanya dengan jari. “Jangan bimbang. Dia pasti tidak akan apa – apa,” ujar lelaki itu kepada tunang pemuda itu. Kata – kata lelaki itu memberikan ketenangan kepada tunang pemuda itu. Dia mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Sekali lagi lelaki misteri itu melakukan mukjizatnya. Luka di belakang dan di kedua – dua belah peha pemuda itu pun mulai sembuh. Pemuda itu pun membuka matanya. Dia berasa amat hairan kerana melihat badannya telah sembuh. Tunang pemuda itu pun memeluk pemuda itu sambil menangis teresak – esak. Dia juga tidak putus – putus mengucapkan terima – kasih kepada lelaki misteri itu. Lelaki itu tersenyum sahaja.

Qushair pun mendekati lelaki itu sekali lagi. Mereka yang lain juga mengelilinginya. “Bolehkah kami tahu siapakah sebenarnya Tuan ini?” sekali lagi Qushair bertanyakan identiti lelaki tersebut.

Lelaki itu sekali lagi tersenyum. “Seperti yang saya katakan tadi, saya adalah kawan. Nama saya, Ra-iz.”

“Tuan Ra-iz!” kata Qushair dan terus sahaja berlutut dan menyembahnya. Orang – orang Rumsyad yang lain itu juga berlutut menyembahnya. Mereka benar – benar terhutang budi dan rasa bersyukur kepada Ra-iz. Ra-iz meminta mereka semua bangun dan jangan menyembahnya kerana dia juga adalah makhluk yang sama seperti mereka semua.

“Tuan Ra-iz, kalau Tuan tidak keberatan, tinggallah bersama – sama dengan kami buat seketika,” kata Qushair.

“Di manakah destinasi kamu yang seterusnya?” tanya Ra-iz.

“Kami sebenarnya sedang mencari petempatan yang baru. Sebab itulah kami merentas gurun pasir yang luas ini,” terang Qushair.

“Rupanya begitu. Kalau kamu tidak keberatan, saya boleh tunjukkan satu tempat yang amat sesuai untuk petempatan yang baru. Tetapi ada syaratnya,” kata Ra-iz.

“Tuan Ra-iz katakan sajalah apa syaratnya. Kami semua terhutang budi kepada Tuan Ra-iz,” jawab Qushair pula.

“Baiklah. Kalau begitu, biar saya tunjukkan tempat tersebut kepada kamu semua. Setibanya di situ, saya akan beritahu apa syaratnya,” balas Ra-iz.

Ra-iz pun membawa orang – orang Rumsyad itu ke tempat yang dikatakannya. Tempat itu kelihatan amat cantik dan indah. Oasis yang ada di situ lebih besar daripada Oasis yang tadinya dijumpai oleh mereka. Kawasan itu juga ditumbuhi pokok – pokok yang rimbun seperti pokok kurma. Di bahagian barat kawasan itu terdapat sebuah dataran tinggi yang agak luas. Orang – orang Rumsyad itu pun membuat khemah di kawasan tersebut, mereka kelihatan amat gembira kerana tempat itu memang sesuai untuk mereka.

Selepas mereka selesai membuat khemah mereka, Ra-iz membawa Qushair dan beberapa orang lelaki Rumsyad ke dataran tinggi tersebut. Sesampainya di sana, Ra-iz menunjukkan sebuah lubang yang agak besar di tengah – tengah dataran tinggi itu. Dia memberitahu Qushair yang dia datang dari dalam lubang itu. Qushair berasa agak terkejut mendengar apa yag dikatakan oleh Ra-iz itu.

“Tuan Ra-iz datang daripada gua itu?” tanya Qushair sambil menundingkan jarinya ke arah lubang berbentuk gua tersebut.

“Ya. Saya telah tinggal di dalam gua itu lebih dari seratus tahun,” jawab Ra-iz.

“Seratus tahun!” kata Qushair dengan yang lain, separuh menjerit.

“Kamu tidak perlu berasa bimbang. Bagi kaum kami, seratus tahun itu adalah jangkamasa yang biasa,” terang Ra-iz.

“Kami masih tak faham akan kata – kata Tuan itu. Bagaimana manusia boleh hidup lebih dari seratus tahun?” tanya Qushair lagi.

Ra-iz tersenyum mendengar kata Qushair. Ra-iz menutup kedua – dua matanya. Tiba – tiba tubuh Ra-iz mulai bersinar – sinar dengan cahaya biru yang menyilaukan mata. Qushair dan yang lain terpaksa melindungi mata mereka dari silau cahaya tersebut. Selepas beberapa saat, sinaran cahaya itu pun mulai pudar. Qushair menurunkan tangannya dari matanya. Alangkah terkejutnya Qushair kerana yang sedang berdiri di hadapan mereka itu bukannya Ra-iz, tetapi suatu makhluk lain yang tidak dikenali. Wajah makhluk itu seperti robot dengan matanya yang besar seperti mentol lampu. Kulitnya berwarna perak dan bersinar – sinar di bawah sinaran matahari. Qushair dan yang lain pun terduduk di atas pasir kerana ketakutan.

“Janganlah takut! Ini saya, Ra-iz,” kata makhluk itu.

“Tuan Ra-iz!? Tapi mengapa wajah Tuan seperti itu?” tanya Qushair dengan terketar – ketar.

“Qushair, biarlah saya ceritakan siapakah saya kepada kamu. Kami adalah bangsa Samarian, makhluk yang berasal daripada alam – semesta yang berjuta – juta jauh jaraknya dari dunia kamu ini. Kami telah pun berada di atas planet ini 50 juta tahun yang lalu. Suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan telah berlaku di atas planet kamu ini. Saudara – saudara saya yang lain telah kembali semula ke angkasa lepas manakala saya telah dihukum untuk tinggal di planet kamu ini selama – lamanya. Seperti yang saya katakan tadi, kami memiliki jangka – hayat 100 kali ganda daripada manusia biasa. Sebab itulah saya boleh tinggal di dalam gua itu lebih dari seratus tahun,” terang Ra-iz.

“Tuan, maafkan kami kerana berkelakuan sebegitu rupa terhadap mu,” Qushair pun berasa kesal kerana berkelakuan sebegitu terhadap Ra-iz yang telah menyelamatkan nyawa mereka sebentar tadi. Mereka yang lain juga meminta maaf terhadapnya. Ra-iz mengubah semula wajahnya seperti manusia, dan berkata ianya tidak apa – apa. Dia juga berpesan bahawa perkara itu tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Qushair dan yang lain pun bersumpah untuk merahsiakan perkara tersebut.

“Qushair, ada satu lagi permintaan yang ingin saya minta daripada kamu,” kata Ra-iz.

“Apakah permintaan Tuan itu? Tuan beritahu sahaja, kami pasti akan cuba untuk tunaikan,” jawab Qushair.

“Baiklah. Di dalam gua tempat saya bersembunyi itu, terdapat satu bangunan purba. Ianya adalah suatu yang amat penting bagi saya. Saya berharap kamu semua akan menjaga bangunan purba itu bagi pihak saya,” pinta Ra-iz.

“Tuan telah menyelamatkan kami dari maut. Kalau itu dapat membalas budi Tuan terhadap kami, kami pasti akan menjaga bangunan itu dengan nyawa kami sendiri!” Qushair berjanji dengan sepenuh hatinya.

“Terima – kasih Qushair,” ucap Ra-iz sambil memegang bahu Qushair itu.

*********************************************************************************

6 bulan lamanya Ra-iz tinggal bersama dengan orang – orang Rumsyad itu. Di dalam enam bulan itu, banyak ilmu yang telah diperturunkan oleh Ra-iz kepada mereka. Ilmu – ilmu yang diajar oleh Ra-iz adalah ilmu yang mereka perlukan untuk hidup di gurun pasir yang mencabar itu. Antara ilmu yang diperturunkannya ialah bagaimana untuk bercucuk – tanam dengan lebih baik. Dia juga mengajar mereka bagaimana untuk membuat sistem saliran untuk meyiram hasil tanaman mereka. Selain daripada itu, Ra-iz juga mengajar mereka seni mempertahankan diri supaya mereka boleh melindungi diri mereka kelak. Kehadiran Ra-iz di situ, mengubah cara hidup mereka sepenuhnya. Mereka kini bukan lagi orang – orang nomad. Mereka telah membuat keputusan untuk tinggal di tempat itu buat selama – lamanya.

Ra-iz juga mengajar mereka bagaimana untuk menulis dan membaca. Kaum Rumsyad kini telah bertukar menjadi kaum yang serba berpengetahuan. Banyak cendikiawan telah lahir dari perkampungan tersebut. Mereka inilah yang telah merekodkan kesemua kisah kehidupan dan juga ajaran Ra-iz. Hasil daripada usaha mereka itu, mereka telah menghasilkan sebuah kitab yang dinamakan “Selepas Kedatangan Baginda Ra-iz”. Kitab ini telah menjadi asas kepada kehidupan mereka seharian. Ra-iz juga hampir – hampir diangkat menjadi ketua mereka yang baru tetapi dia menolak kerana berpendapat Qushair lebih layak menjadi ketua mereka. Orang – orang Rumsyad pun bersetuju dengan keputusan Ra- iz itu.

Keamanan perkampungan itu berterusan selama 3 tahun sehinggalah tibanya satu saat yang menyedihkan bagi orang – orang Rumsyad. Ra-iz telah membuat keputusan untuk menyambung perjalanannya semula. Mereka semua berkumpul di atas dataran tinggi itu untuk melihat kepergiannya. Pemergiannya itu ditangisi oleh orang – orang Rumsyad itu. Kaum wanita dan kanak – kanak menitiskan air mata kerana berasa sedih dengan pemergian ‘Pelindung’ mereka itu. Kaum lelaki pula hanya mendiamkan diri, tidak berani menunjukkan persaan hiba mereka itu.

“Tuan Ra-iz, perlukah Tuan meninggalkan kampung ini?” tanya Qushair, sedikit tidak bersetuju dengan keputusan Ra-iz itu.

“Ini adalah sesuatu yang perlu saya lakukan Qushair. Ada banyak lagi manusia di luar sana yang perlukan bantuan saya. Mungkin, dengan berbuat sedemikian, saya akan dapat menebus dosa yang telah saya lakukan terhadap saudara – saudara saya,” jawab Ra-iz.

“Tetapi kami perlukan Tuan di sini... kami perlukan bimbingan Tuan,” kata Qushair pula.

Ra-iz memegang bahu Qushair dengan lembut. “Sahabatku, saya telah memperturunkan segala pengetahuan yang kamu perlukan dalam mengharungi hidup. Kamu semua tidak perlukan bimbingan saya lagi. Kamu sekarang boleh berdiri di atas kaki kamu sendiri dan saya percayakan kamu semua. Sekalipun saya tidak lagi berada di sisi kamu, semangat saya akan kekal dengan kamu semua.”

Air mata Qushair tiba – tiba menitis tanpa disedari oleh Qushair. Wen Yi yang sedang mendukung bayi sulung mereka, memandang suaminya itu dengan perasaan hiba. Dia tahu betapa Qushair menyanjungi dan menghormati Ra-iz. Bagi Qushair, Ra-iz ibarat ‘Tuhan’nya dan dia amat bermakna di dalam hidupnya. Semua orang – orang Rumsyad juga berpendapat sebegitu.

Ra-iz menghulurkan segulung skrol berwarna emas yang diikat dengan reben berwarna merah kepada Qushair. Qushair mengesat air matanya dan mengambil skrol itu daripada Ra-iz. Dia berasa hairan mengapa Ra-iz menghulurkan skrol itu kepadanya.

“Tuan, untuk apa skrol ini?” tanyanya.

“Suatu hari nanti. ‘Waris’ saya akan datang semula ke kampung ini. Dia akan masuk ke dalam bangunan yang berada di dalam gua itu. Kamu hendaklah membenarkannya kerana ‘Dia’ adalah harapan bagi planet kamu ini. Skrol itu, ialah lukisan sebuah arca dan ‘Waris’ saya itu akan membawanya bersama. Itulah tanda bahawa dia adalah ‘Waris’ saya. Ingat dan tuliskanlah pesan saya ini Qushair. Perturunkan pesan ini kepada kesemua keturunan mu. Buatlah ini bagiku,” Ra-iz berpesan kepada Qushair.

Qushair membuka ikatan skrol itu dan melihat lukisan tersebut.“Pesan Tuan pasti akan saya ingat. Izinkan saya bertanya satu soalan, apa maksud Tuan waris Tuan itu adalah harapan untuk dunia kami ini?”

“Suatu hari nanti, dunia kamu ini akan ditimpa suatu malapetaka yang besar. Malapetaka ini akan memporak – perandakan seluruh dunia ini dan hanya ‘Waris’ saya yang akan dapat mengatasi malapetaka itu. Ingatlah pesan ini Qushair.”

Qushair mengangguk, mengiakan kata – kata Ra-iz itu. Ra-iz pun memeluk Qushair dengan mesra sekali. Qushair membalas pelukan Ra-iz dengan erat. Selepas itu, Ra-iz pun pergi bersalam – salaman dengan orang – orang kampung yang lain. Mereka menyambut tangan kanan Ra-iz dan menciumnya, jelas menunjukkan betapa hormatnya mereka dengan Ra-iz. Selepas Ra-iz bersalaman dengan mereka semua, Ra-iz pun berjalan menuju ke arah Wen Yi yang sedang mendukung anaknya.

Ra-iz mencium dahi anak Wen Yi itu. “Berkat saya ada dengan kamu,” katanya kepada Wen Yi. Wen Yi pun berlutut dan menyentuh kaki Ra-iz. Air matanya mengalir dari bucu matanya. Ra-iz memegang bahu Wen Yi dan memintanya bangun. Air mata Wen Yi disekanya dengan jari. Ra-iz tersenyum dan menganggukkan kepalanya seolah – olah berkata, “Janganlah bersedih.”

Ra-iz melambaikan tangannya kepada mereka semua buat kali terakhir. Kemudian Ra-iz pun mulai melangkah menuju ke arah selatan. Qushair dan yang lain memandang Ra-iz berjalan meninggalkan perkampungan itu sehinggalah dia hilang dari pandangan mereka itu. Qushair menggenggam erat skrol itu. Dia percaya suatu hari nanti ‘Waris’ Ra-iz itu pasti akan datang ke perkampungan mereka...



“...and so, that was the last time my great grandfather Qushair saw Lord Ra-iz. His final words, has always been a mystery for us all. But even so, we kept our promise until now by looking after the ancient building inside the cave. We have also been waiting for the return of Lord Ra-iz heir,” kata Gashikh menamatkan ceritanya.

Mereka berempat pun mendiamkan diri selepas mendengar kisah Baginda Ra-iz itu daripada Gashikh. Apa yang baru sahaja mereka dengar itu benar – benar suatu kisah yang menakjubkan. Rupa – rupanya Baginda Ra-iz yang disanjung oleh orang – orang Rumsyad itu bukannya manusia tetapi pelawat daripada planet yang berbilion – bilion jauh jaraknya dari Bumi. Meskipun Baginda Ra-iz itu bukannya manusia tetapi dia tetap menunjukkan perikemanusiaan terhadap makhluk lain. Betapa mulianya Baginda Ra-iz itu kerana sanggup menolong mereka yang di dalam kesusahan.

Selepas mendiamkan diri selama beberapa minit, Danny memecahkan kesunyian itu dengan satu soalan, “Chief Gashikh, I do not mean to offend your belief but, can you really be sure that Lord Ra-iz is indeed an alien from outer space? What if your ancestors was mistaken?”

Kata – kata Danny itu mengejutkan Colline dan Rayz. Bagi mereka apa yang ditanyakan oleh Danny itu adalah sesuatu yang tidak patut dan tidak bersopan. Soalannya itu ibarat menghina ‘kepercayaan’ Gashikh itu sendiri.

“Danny! Kenapa tanya soalan macam tu!” Colline menegur perbuatan Danny itu.

“Ha ha ha. Do not be concern about it Miss Colline. I am used to hearing such questions.Why, even Dr. Mon Dali here asked the same question when I told him about Lord Ra-iz,” kata Gashikh. Nampaknya dia langsung tidak mengambil hati dengan pertanyaan Danny itu.

“I apologize again if my question is too harsh Chief Gashikh. It is just my nature to be straight-forward,” kata Danny meminta maaf atas kata – katanya sebentar tadi.

“That is quite alright Mr. Danny. Anyway, if you truly wish to know whether I am telling the truth or not, I will show you our tribe’s most prized possession,” ujar Gashikh. Selesai sahaja di bercakap, dia pun mengambil kotak kecil yang pernah ditunjukkan olehnya kepada orang – orang tua yang lain petang tadi. Dia membuka penutup kotak kecil itu dan mengambil segulung skrol yang berwarna emas dan diikat reben merah yang sudah kelihatan usang dari kotak kecil itu.

“This is the exact scroll that Lord Ra-iz entrusted us. Our tribe have preserved it over the years, waiting for his ‘Heir’ to arrive,” kata Gashikh dan menunjukkan skrol itu kepada mereka semua. Gashikh pun menyerahkan skrol itu kepada Danny. Danny menyambut skrol itu daripada Gashikh dan membukanya secara perlahan – lahan. Colline pun menumpang melihat apakah yang ada di atas skrol usang itu. Sebaik sahaja skrol itu dibuka, sekali lagi Danny dan Colline terkejut besar kerana melihat sesuatu yang amat mereka ‘kenali’. Danny dan Colline mengalihkan pandangannya mereka kepada Rayz dengan serentak. Rayz berasa hairan melihat cara mereka berdua memandangnya itu. “Apa agaknya yang dia orang nampak?” getus hati Rayz.

Danny menyerahkan skrol itu kepada Gashikh semula. Wajah Danny kelihatan muram sekali selepas melihat lukisan tersebut. Gashikh pun menyerahkan skrol itu pula kepada Rayz. Kali ini Dr. Mon Dali pula yang menumpang untuk melihat apa yang tertera di atas skrol itu. Apa yang tertera di atas skrol itu ialah lukisan suatu artifak yang berbentuk ‘X’ yang memiliki sebiji kristal bulat di tengah – tengahnya.

“Oh? What an interesting sketch of an artifact. Don’t you think so Rayz?” kata Dr. Mon Dali kepada Rayz.

Rayz kenal benar artifak itu. “Xyver!” kata Rayz dengan perasaan amat terkejut. Gashikh dan Dr. Mon Dali berasa hairan dengan reaksi Rayz itu.

“Have you seen this picture before Rayz?” tanya Dr. Mon Dali lagi.

Rayz tidak menjawab pertanyaan Dr. Mon Dali itu. Dia pun mencapai Xyver yang berada di dalam saku jaketnya dan meletakkannya di atas tapak tangan kanannya. Giliran Gashikh dan Dr. Mon Dali pula yang kelihatan amat terkejut dengan apa yang mereka lihat di atas tapak tangan Rayz itu.

“You are indeed the ‘Chosen One’!” kata Dr. Mon Dali dengan perasaan takjub sekali.

“It is true! You are Lord Ra-iz heir!” kata Gashikh pula.

Rayz tidak memberikan apa – apa reaksi pun. Apa yang dikatakan oleh mereka berdua itu langsung tidak didengarinya. Fikirannya bertambah kusut. “Baginda Ra-iz ialah... Ayah? Baginda Ra-iz ialah Ayah saya Rewan? It can’t be possible!” persoalan itu mengasak fikiran Rayz dengan hebat sekali. Wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia gembira selepas mengetahui mengetahui rahsia siapakah Baginda Ra-iz itu.

“Incredible!” getus hati Colline. Dia kelihatan teruja apabila mengetahui yang Rayz ialah waris kepada Baginda Ra-iz yang terkenal itu. Penemuan itu mungkin penemuan yang terbesar di dalam sejarah kehidupan manusia.

Danny pula langsung tidak gembira dengan apa yang didengarinya itu. Fikirannya tertumpu terhadap benda lain. “Mungkin inilah tujuan sebenar mengapa Wiseman’s Commitee menghantar Rayz ke sini. Tapi kalau begitu, ada kemungkinan mereka sudah pun tahu lebih awal bahawa Rayz adalah waris kepada lelaki bernama Ra-iz itu... If that is the case, doesn’t that mean that they know something more about this then what they are telling?” getus hati Danny. Dia mengalihkan pandangannya kepada Colline. Colline sedang memandang Rayz yang kebingungan itu dengan khusyuk sekali. Hati Danny sakit semula. Dia mendengus dan mengalihkan pandangannya kepada Rayz pula.

“Rayz... who the hell are you?” kata Danny dalam hati. Penumbuknya digenggam dengan erat. Sekali lagi perasaan meluatnya terhadap Rayz dibakar semula. Misteri mengenai siapakah diri Rayz yang sebenarnya telahpun terungkai sedikit demi sedikit. Apakah pula rahsia yang akan terungkai apabila Rayz menjejakkan kakinya ke dalam Piramid Samarian purba itu pula?



No comments: