Monday, October 12, 2009

Chapter 21


CHAPTER 21 : Journey To The Lost Samarian Pyramid

Tempat : Lapangan Terbang Mini, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 09.00 AM

Tarikh : 13 Disember 2009

Kelihatan Danny sedang mengarahkan beberapa orang anggota – anggota B.H.U memunggah barang – barang keperluan mereka ke dalam sebuah pesawat terbang milik ISRC. Dia kelihatan tampak berlainan hari itu dengan sweater berwarna berwarna hitam dan seluar tentera berwarna hitam dan kelabu. Di rusuk sebelah kirinya terdapat sepucuk pistol jenis ‘Glock – 17’ yang merupakan milik peribadinya. 3 hari telah pun berlalu selepas dia berbincang dengan ahli – ahli Wiseman Commitee itu. Selepas Danny menghantar fail – fail yang diperlukan mereka, ahli – ahli Wiseman Commitee itu pun memberikan kebenaran untuk pasukan Danny pergi ke Gurun Gobi di Mongolia. Perjalanan itu dijangka akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Danny berada di situ untuk menyelia barangan keperluan mereka supaya tidak akan ada masalah kelak nanti.

Kerja Danny itu tergendala apabila dia melihat kedatangan sebuah Mercedes Benz dan beberapa lori panjang berwarna hitam. Danny dapat melihat logo GDTF pada bahagian hadapan lori – lori panjang tersebut. “Jeneral Razak...” kata Danny pada dirinya sendiri. Lori – lori panjang itu berhenti tidak berapa jauh daripada pesawat terbang ISRC itu. Sebaik sahaja lori – lori itu berhenti, berpuluh – puluh tentera – tentera GDTF pun turun dari lori – lori tersebut. Mereka berbaris di hadapan Danny dan pegawai – pegawai B.H.U nya. Beberapa minit kemudian, Jeneral Razak pun keluar dari kereta Mercedes Benz berwarna hitam itu dan berjalan menuju ke arah Danny. Leftenan Payed mengikutinya dari belakang.

“Good morning Chief Director, I hope I’m not too late,” sapa Jeneral Razak sebaik sahaja berada di hadapan Danny.

Danny mengorak senyuman dan berkata, “Not at all General, we still have 60 minutes before departure. Is this the soldiers that are coming with us?”

“Bukan Chief Director. Mereka semua ini hanya menghantar saya ke lapangan terbang ini. Yang akan mengikuti kita ke Gurun Gobi ialah mereka!” kata Jeneral Razak dan menundingkan jarinya ke langit.

Danny memandang ke langit dan melihat 25 kelibat orang yang sedang turun menggunakan payung terjun. Mereka semuanya berpakaian serba hitam. Sebaik sahaja mereka mendarat di atas tanah, barulah Danny dapat melihat diri mereka itu dengan jelas. Mereka semua adalah anggota tentera yang memakai pakaian seragam berwarna hitam dan juga jaket tebal yang kelihatan keras dan kalis peluru. Selain daripada itu mereka juga memakai topi keledar dan topeng yang menyerupai anggota – anggota S.W.A.T Team di Amerika Syarikat. Di bahagian hadapan jaket keras mereka itu tertulis ‘GDTF E.F’. Danny kenal benar anggota – anggota tentera tersebut. ‘GDTF E.F’ bermaksud GDTF Elite Force satu unit ketenteraan khas yang berada dibawah kawalan Jeneral Razak. Kesemua anggota Elite Force adalah tentera professional yang dipilih khas oleh GDTF. Mereka mahir didalam semua jenis peperangan samada di udara, laut mahupun di darat. Mereka juga mahir di dalam mengendalikan senjata – senjata berat contohnya meriam magnetik. Anggota – anggota B.H.U yang berada di belakang Danny berasa sedikit tertekan dengan kehadiran unit E.F itu.

Jeneral Razak ketawa terbahak – bahak melihat reaksi Danny dan anggota – anggota B.H.U itu. Dia berasa bangga melihat unit kebanggaannya itu berjaya memberikan impresi yang baik kepada Danny. Anggota – anggota E.F itu segera berbaris di hadapan Jeneral Razak.

“GDTF Special Unit, Elite Force, reporting for duty General!” kata salah seorang anggota E.F itu dan memberi tabik hormat kepada Jeneral Razak. Anggota – anggota E.F yang lain turut serta memberi tabik hormat kepada Jeneral Razak. Jeneral Razak membalas tabik hormat mereka itu dan mengarahkan mereka untuk senang diri.

“Chief Director, biar saya perkenalkan, mereka ialah anggota – anggota Elite Force ataupun nama singkatannya E.F. Unit tentera yang paling hebat dan terkenal di dalam GDTF. Mereka akan menemani kita sewaktu ekspedisi ke Gurun Gobi itu nanti. Dengan adanya mereka, saya yakin keselamatan kita akan terjamin,” kata Jeneral Razak.

“Yes, I do think so myself General. Tapi, boleh saya tahu mengapa Tuan Jeneral membawa unit istimewa ini dan bukannya anggota tentera GDTF yang lain? Pada pendapat saya, ekspedisi ini tidaklah memerlukan kebolehan seperti yang mereka miliki ini,” tanya Danny kerana berasa agak curiga dengan tindakan Jeneral Razak membawa anggota – anggota Elite Force itu.

“Perkara seperti itu tidak perlu Chief Director bimbangkan. Saya membawa mereka untuk tujuan menjamin keselamatan Chief Director dan juga anak – anak buah Chief Director sekali. Tidak kah Chief Director berasa lebih selamat dengan kehadiran mereka semua ini?” kata Jeneral Razak pula.

“Chief Director tak perlu risau. Apa yang dilakukan oleh Jeneral Razak itu adalah untuk kepentingan Chief Director dan ISRC,” sokong Leftenan Payed yang berdiri di belakang Jeneral Razak itu.

“Baiklah kalau kamu berdua berkata sedemikian,” Danny akur dengan kata – kata mereka itu. Tetapi Danny tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan Jeneral Razak itu.

Anggota – anggota GDTF yang berbaris sebentar tadi itu pun menolong memunggah barang – barang keperluan Jeneral Razak itu ke dalam pesawat ISRC itu. Manakala Danny pula sedang menerangkan ekspedisi itu kepada Jeneral Razak. Mereka hampir bersedia untuk bertolak. Apa yang perlu mereka tunggu sekarang adalah kedatangan Profesor Colline dan Rayz.

*********************************************************************************

Di Apartmen Colline...

Colline baru sahaja siap mengemaskan barangan keperluannya di Gurun Gobi nanti. Poly dan Jane menolongnya mengangkat beberapa buah beg kecil masuk ke dalam kereta Porsche nya. Colline kelihatan lain sekali dengan penampilannya pagi itu. Dia memakai T-Shirt ketat berwarna cream dengan jaket lengan pendek berwarna hitam. Dia juga memakai seluar Khakis berwarna perang gelap dengan kasut but berwarna hitam.

“Thanks Poly, Jane. Colline minta maaf sebab tak dapat bawa Poly dan Jane ke piramid itu,” kata Colline, meminta maaf kepada Poly dan Jane.

“Its okay. Jane dan Poly tahu yang cuma kamu bertiga yang diberikan clearance untuk melawat piramid tersebut. So, Colline tak perlu minta maaf apa – apa dari kami berdua,” balas Jane.

“Betul cakap Jane tu Colline. Lagipun, Colline boleh tunjukkan kepada kami gambar piramid itu nanti kan?” tambah Poly lagi.

“Ya. Nanti Colline akan bawa rakaman di piramid itu nanti, khas untuk Poly dan Jane. Jam pun dah menunjukkan pukul 9.10 pagi. Colline kena pergi ambil Rayz di hospital ISRC dan juga Xyver dari bilik kebal ISRC sekarang.”

“Yeah. You better go now. Wouldn’t want ‘Mr. Strict’ to be angry at you again right?” usik Poly.

Colline sekadar tersenyum mendengar kata – kata Poly itu. Dia pun memeluk Poly dan Jane dengan erat sebelum masuk ke dalam kereta Porsche nya. Dia sempat melambai ke arah kedua kawan karibnya itu sebelum memecut menuju ke bangunan ISRC.

*********************************************************************************

Di Bilik Rawatan Rayz...

Rayz sedang mengenakan pakaian yang diberikan oleh pegawai B.H.U kepadanya kelmarin. Dia mengenakan jaket berwarna hitam dan juga seluar tentera berwarna hitam dan kelabu seperti seluar yang dipakai oleh Danny. Selepas itu dia memakai but tentera yang diberikan oleh pegawai B.H.U itu. Rayz memandang dirinya di hadapan sebuah cermin. Pakaian itu benar – benar sesuai sekali dengan bentuk tubuh Rayz. Mungkin jika Rayz masuk tentera, dia juga akan serasi dengan pemakaian sedemikian.

Rayz sempat mengimbas kembali kehidupannya sebelum dia terlibat dengan Project X. Dia tak pernah menyangka yang dia akan berpeluang memasuki bangunan ISRC yang merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang terkenal di Sabah. Malahan, dia juga tak menyangka yang dia akan diambil menjadi staf rasmi ISRC. Apa yang berlaku kepadanya sejak kebelakangan ini merupakan sesuatu yang amat menakjubkan bagi dirinya. Rayz tersenyum sendirian apabila memikirkan perkara itu.

Pintu bilik Rayz diketuk dari luar. Rayz pun membuka pintu tersebut. Colline sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum. “Rayz dah bersedia?” tanya Colline. Rayz mengangguk dan membuat isyarat ‘OK’ dengan ibu jarinya.

“Sebelum itu, Colline nak mengajak Rayz ke satu tempat,” kata Colline lagi.

“Sure. Tapi di mana tu? Nanti kita akan terlambat pula,” jawab Rayz.

“Sekejap aja. Rayz akan tahu nanti!” balas Colline dan memegang tangan Rayz lalu membawanya keluar dari bilik tersebut. Rayz terpinga – pinga dengan gelagat Colline itu tetapi membuat keputusan mengikut wanita itu sahaja.

*********************************************************************************

Bangunan ISRC, Tingkat bawah sekali...

Selepas menaiki lif selama beberapa minit, Colline dan Rayz tiba di sebuah tingkat yang amat berlainan sekali dari tingkat – tingkat lain di ISRC. Tingkat itu terletak di bahagian paling bawah sekali di dalam bangunan ISRC dan dipanggil “Ground Zero”. Rayz memandang kawasan di sekeliling tempat tersebut. Dia tidak melihat sesiapa pun di tempat itu. Tempat itu juga kelihatan seperti dewan yang amat luas. Dinding dewan itu diperbuat daripada simen dan dicat dengan warna kelabu. Silingnya pula dibuat daripada waja Titanium. Tempat itu juga kelihatan terang benderang dengan cahaya lampu kalimantang yang amat besar saiznya yang terletak di siling itu. Di tepi dewan itu terdapat tiang – tiang besar yang juga diperbuat daripada Titanium. Rayz dapat melihat lampu infra – merah pada tiang – tiang tersebut. Lantai dewan itu diperbuat daripada kaca yang tebal dan Rayz dapat melihat sfera – sfera kecil di dalam lantai kaca tersebut. Rayz dan Colline masih lagi berpijak di atas lantai simen tingkat itu.

“Lantai ini dipanggil Pressure Sensitivity Floor. Ianya dapat mengesan tapak kaki ataupun berat manusia yang memijaknya. So, kami akan dapat tahu seandainya ada orang menceroboh tempat ini,” terang Colline kepada Rayz yang sedang memerhatikan lantai tersebut.

Rayz mengangguk faham dengan kata – kata Colline itu. “Bagaimana dengan tiang – tiang itu pula?” tanya Rayz sambil menundingkan jarinya ke arah tiang – tiang yang diamatinya sebentar tadi.

“Tajam juga mata Rayz ini,” puji Colline. Rayz tersengih mendengar pujian Colline itu. “Kalau yang itu, biar Colline tunjukkan,” sambung Colline lagi.

Colline mendekati sebuah panel kawalan yang berada berdekatan dengan pintu lif tersebut. Dia memasukkan kad IPC nya ke dalam panel itu dan menekan sesuatu nombor. “Password Accepted. Welcome Professor Colline,” kedengaran suara komputer berkumandang di dalam dewan besar tersebut. Colline tersenyum mendengar suaru tersebut. “Computer, deactivate the security system,” kata Colline seolah – olah bercakap dengan suara komputer itu tadi. “Affirmative. Deactivating Laser Gun and Pressure Sensitivity Floors,” balas suara komputer itu pula. Colline dan Rayz dapat melihat sinaran lazer yang berwarna merah merentasi seluruh dewan itu. Kemudian lazer itu pun padam, menandakan ianya tidak aktif lagi. Rayz memeluk tubuhnya dan tersenyum. Dia berasa amat kagum dengan sistem keselamatan tempat tersebut. “Patutlah tiada orang yang berada di tingkat ini, rupanya ia tak perlukan penjaga,” kata Rayz lagi. Colline mengangguk mengiakan tekaan Rayz itu. Mereka berdua pun berjalan merentasi dewan itu bersama – sama.

“What are we doing here Colline?” tanya Rayz, masih lagi tidak faham dengan tujuan Colline membawanya ke tempat tersebut.

“This floor is called the ISRC Treasury Room. This is the place where we put all of our top secret experiments and materials. That is why it is guarded with the latest security system,” terang Colline bagi menjelaskan apakah tempat itu sebenarnya kepada Rayz.

“I understand... But what are we really doing here?”

“You’ll know soon,” balas Colline pendek.

Mereka berdua menyambung perjalanan mereka merentasi dewan luas tersebut. Selepas berjalan selama beberapa minit, mereka pun tiba di hadapan sebuah pintu Titanium berbentuk bulat. Ianya kelihatan amat kukuh sekali dan ianya juga memiliki pengunci yang amat besar. Rayz tidak dapat membayangkan berat pintu bulat tersebut. “Pintu ini setebal 5 kaki dan diperbuat dari Titanium. Beratnya pula hampir mencapai 3000 tan,” Colline menerangkan perihal pintu itu kepada Rayz. Rayz sekadar mengangguk tanpa mengalihkan pandangannya dari pintu tersebut. Rayz mengalihkan pandangannya ke arah sebuah panel kawalan yang berada di tepi pintu Titanium itu. Panel kawalan itu agak berbeza dengan yang dilihatnya di tepi lif sebentar tadi. Ianya setinggi 5 kaki dan terdapat satu alat seperti tempat meletakkan kepala pada panel kawalan itu. Alat itu hampir sama dengan alat yang digunakan oleh pakar mata untuk memeriksa mata pesakitnya.

“Yang itu alat apa pula?” tanya Rayz, menundingkan jarinya ke arah alat di panel kawalan itu.

“Biometrics. Alat untuk mengimbas mata pegawai ISRC. Ianya digunakan sebagai kunci untuk membuka pintu kebal ini,” terang Colline.

Colline mendekati panel kawalan tersebut dan memasukkan kad IPC nya ke dalam panel kawalan itu. Dia menekan papan kekunci di atas panel kawalan itu untuk memasukkan password nya semula. “Password Confirm. Proceed with the Retinal Scan Professor Colline,” suara komputer itu didengari semula oleh Rayz dan Colline. Colline mengangguk dan mendekati alat untuk mengimbas mata itu. Dia meletakkan dagunya di alat tersebut dan memandang ke arah dua sfera berwarna hijau di dalam alat tersebut. Sfera hijau itu mengeluarkan cahaya dan mengenai kedua – dua mata Colline. Selepas mengimbas mata Colline selama beberapa saat, cahaya dari sfera itu pun padam. “Thank you, Professor Colline. Unlocking Treasury Door Now,” kata suara komputer itu.

Colline menarik kepalanya dari alat pengimbas itu dan memandang ke arah pintu kebal itu. Pengunci pintu itu pun terbuka dengan perlahan – lahan. Kemudian pintu itu pun terbuka dengan luas. Colline mengajak Rayz masuk ke dalam bilik kebal itu. Rayz mengikut sahaja di belakang Colline dan masuk ke dalam bilik kebal itu.

Di dalam bilik kebal itu kelihatan berratus – ratus kabinet besi yang tersusun di dinding sebelah kanan dan kiri bilik kebal itu. Kesemua kabinet besi itu dilabelkan dengan huruf A sehingga Z. Rayz memandang kabinet itu sambil mengikuti Colline dari belakang. “Apa yang ada di dalam kabinet – kabinet ini?” tanya Rayz kepada Colline. “Yang di sebelah kanan itu, bahan eksperimen. Manakala yang berada di sebelah kiri pula adalah fail – fail sulit ISRC,” terang Colline sambil berjalan.

Rayz mengalihkan pandangannya ke arah hadapan pula. Di hujung bilik kebal itu kelihatan ada sebuah lagi pintu besi yang amat besar. Bezanya pintu ini dengan pintu Titanium sebentar tadi ialah, pintu ini tidak setebal pintu Titanium itu. Rayz juga dapat melihat lambang Bio-Hazard pada pintu besi itu. “What about that door? What is behind that door?” tanya Rayz lagi. Colline tidak menjawab pertanyaan Rayz itu. Selepas berhenti di hadapan pintu tersebut, Colline meletakkan telapak tangan kanannya di atas sebuah alat. Alat itu mengimbas tapak tangan Colline dan pintu besi itu pun terbuka. “Take a look inside,” pelawa Colline sambil tersenyum.

Rayz pun menerima pelawaan Colline itu dan berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Sebaik sahaja Rayz masuk ke dalam, lampu di dalam bilik itu pun terpasang secara automatik. Rayz menutup matanya seketika kerana silau lampu – lampu tersebut. Selepas menggosok matanya beberapa kali, Rayz dapat melihat satu objek yang amat dikenalinya di dalam sebuah balang kaca. “Xyver...” kata Rayz spontan. “Ya. Xyver. Bilik ini direka khas untuk menyimpan Xyver,” Colline tiba – tiba terpacul di tepi Rayz.

“Colline belum menerangkan kepada Rayz mengapa kita ada di sini?” Rayz mengulangi soalannya bagi kali yang ke tiga.

“Orang atasan ISRC iaitu Wiseman Commitee memberikan dua arahan kepada kami semua. Arahan yang pertama, kami dikehendaki membawa Rayz sekali ke piramid di Gurun Gobi,” jawab Colline.

“Arahan yang kedua pula?” tanya Rayz lagi.

“Kami dikehendaki membawa Xyver ke piramid itu.”

Rayz terdiam mendengar kata – kata Colline itu. Mengapa Xyver harus dibawa ke piramid itu? Rayz teringat semula mimpinya di mana dia menjumpai Xyver di dalam piramid itu. Adakah semua yang berlaku ini ada kaitan dengan mimpinya itu? Seandainya benar, bagaimana pula Wiseman Commitee itu mengetahui perihal mimpinya? Siapakah sebenarnya ahli – ahli Wiseman Commitee ini?

Colline perasan perubahan wajah Rayz itu. “Whats wrong Rayz?” tanya Colline sambil mencuit lengannya.

“Huh? Nothing. Just lost in thought for a moment. Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekarang?” kata Rayz, tersedar dari lamunannya.

“Colline ingin memberikan tanggungjawab menjaga Xyver ini kepada Rayz.”

Sekali lagi Rayz terkejut mendengar kata – kata Colline itu. “Apa maksud Colline? Bukankah Xyver ini bahan eksperimen penting bagi ISRC?”

“Sudah tentu. But...” Colline tidak menghabiskan kata – katanya. Dia mengeluarkan sekeping kad IPC dari saku jaketnya dan menyerahkan kad itu kepada Rayz. Rayz menyambut kad itu dengan ekspresi muka yang kehairanan.
Rayz memandang kad IPC itu. Matanya membesar sedikit apabila melihat gambar dan nama di atas kad IPC itu. Tulisan “RAYZ SILMAN” dan gambarnya tertera di atas kad IPC itu. Rayz mengalihkan pandangannya kepada Colline, meminta penjelasan.

“The Wiseman Commitee has selected and agreed to accept you as an ISRC officer. Kad itu milik Rayz dan mulai sekarang Rayz adalah staf rasmi ISRC Cawangan Sabah. Xyver, akan berada di bawah jagaan Rayz dan Rayz berhak untuk memegangnya. After all, you are the Dunamist as the Spirit of The Xyver stated. Xyver is yours to keep,” terang Colline lagi.

“Itu Rayz boleh terima... Tapi bagaimana dengan Danny?”

“Danny yang memberikan arahan ini kepada Colline dan Colline menyampaikan arahan ini kepada Rayz. Tambahan pula, ini juga adalah keputusan ahli – ahli Wiseman Commitee. Colline pada mulanya agak bingung dengan keputusan mereka ini, tapi ini adalah arahan pihak atasan dan kami tidak boleh mengingkarinya.”

Rayz mengalihkan pandangannya kepada Xyver yang sedang terapung – apung di dalam balang kaca itu. Rayz mengerutkan dahinya. Apa yang dikatakan oleh Colline itu mengusutkan lagi fikirannya. Colline segera memegang pergelangan tangan kanan Rayz itu dan memintanya supaya tidak memikirkan perkara itu sangat.

“Baiklah. Rayz terima perlantikan ini. Tapi bagaimana dengan kerja Rayz di Kedai Farmasi Eduardo?”

“Danny dah bereskan perkara itu. Rayz tak perlu bimbang.”

“Bereskan? Maksud Colline?”

Colline tersenyum. “Danny memberitahu majikan Rayz yang Rayz telah diambil menjadi pembantu makmal di ISRC. Majikan Rayz pun sudah bersetuju.”

“I see. Sahabat – sahabat Rayz pula macam mana?”

“Itu pun Rayz tak perlu bimbang. Colline dah maklumkan Ady mengenai tugas baru Rayz di ISRC. Dia ada berpesan sesuatu kepada Rayz.”

“Apa pesan Ady tu?”

“Jaga diri baik – baik dan bantu Colline sebaik yang mungkin,” kata Colline lagi.

Rayz tersenyum mendengar pesan Ady tersebut. Rayz faham benar sikap kawan baiknya itu. Ady tidak pernah mempersoalkan urusan Rayz kerana dia percaya Rayz akan memberitahunya sendiri apabila dia sudah bersedia nanti. Persahabatan Rayz dan Ady sudah lama terjalin sejak mereka di bangku sekolah lagi. Itulah sebabnya mereka berdua saling memahami di antara satu sama lain.

Rayz pun bertanya apa yang perlu mereka lakukan sekarang. Colline memberikan Rayz sebuah beg kecil dan meminta Rayz memasukkan Xyver itu ke dalam beg kecil itu. Rayz menurut sahaja arahan Colline itu. Selepas memasukkan Xyver itu ke dalam beg kecil itu, Rayz menyangkutkan beg kecil itu di pinggangnya. Selepas mengunci bilik kebal itu semula, mereka berdua pun menuju ke tingkat atas untuk merekodkan pengambilan Xyver itu kepada bahagian pengurusan bahan eksperimen dan fail sulit. Telefon bimbit Colline berbunyi, nama Danny tertera di atas skrin telefon bimbit Colline itu. Colline segera menjawabnya.

“Hello, Colline speaking?”

“Colline, kamu ada di mana sekarang? Dah hampir masa untuk berlepas,” suara Danny kedengaran di corong telefon bimbit tersebut.

“Colline dan Rayz baru sahaja mengambil Xyver dari bilik kebal ISRC. We are on our way to the air port,” jawab Colline.

“Good. I’ll be waiting for you here.”

“Okay.”

Mereka berdua pun mempercepatkan langkah menuju ke kereta Colline semula. Perjalanan ke Gurun Gobi akan bermula tidak lama lagi.

*********************************************************************************

Tempat : Lapangan Terbang Mini, ISRC Cawangan Sabah

Masa : 09.55 AM

Tarikh : 13 Disember 2009

Pesawat terbang ISRC itu telah dihidupkan enjinnya menandakan waktu untuk berlepas hampir tiba. Danny sedang berdiri di tangga pesawat itu. Dia masih lagi menunggu ketibaan Colline di lapangan terbang mini itu. Sesekali dia melihat jam tangannya. Dia kelihatan tidak dapat bertenang. “She’s late...” getus hati Danny. Dia mendengus untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya itu.

“Excuse me Sir, we are ready to take off,” seorang Lab Assistant yang mengikuti ekspedisi itu memaklumkan Danny bahawa pesawat itu sudah bersedia untuk berlepas.

“We’ll wait for another 2 minutes. Professor Colline is not here yet. Tell the pilot to wait for a while,” kata Danny kepada Lab Assistant berkenaan.

“Very well Sir,” balas Lab Assistant itu dan kembali semula ke dalam pesawat.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Porsche berwarna biru-perak meluncur laju menuju ke arah pesawat tersebut. Danny kenal kereta itu, Colline akhirnya tiba di lapangan terbang mini itu. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Colline dan Rayz pun keluar dari perut kereta itu dan segera berlari menuju ke pesawat terbang tersebut.

“Sorry! Kami terlambat sebab terpaksa membuat clearance file untuk membawa Xyver dari bilik kebal ISRC,” kata Colline dengan tercungap – cungap.

“Maafkan kami sebab terlambat Danny,” tambah Rayz.

Danny tidak memandang ke arah Rayz. “Colline, you better go inside. The planes about to take off,” kata Danny pula. Colline mengangguk dan masuk ke dalam perut pesawat tersebut. Rayz bergerak untuk mengikuti Colline ke dalam pesawat itu tetapi Danny menahannya.

“Lets get one thing clear. Saya memang tak suka awak berada di sini. Kalau diikutkan hati, saya sendiri akan menghalang awak daripada mengikuti ekspedisi ini. Tetapi orang atasan kami telah menyokong kehadiran awak di sini. Just remember one thing, awak berada di sini hanya untuk membantu kajian kami. Jadi awak kena mengikut arahan saya dan Colline, do you understand?” kata Danny dengan wajah yang serius.


Rayz faham mengapa Danny berkeadaan sedemikian. Lelaki mana yang tidak akan berasa janggal seandainya melihat tunangnya berjalan bersama dengan orang lain. “I understand. I will do as I am told,” jawab Rayz.

“Good,” balas Danny pendek. Danny pun mendahului Rayz masuk ke dalam pesawat itu. Rayz melihatnya sahaja. Kemudian dia menggeleng – gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia pun masuk ke dalam perut pesawat berkenaan. Tepat jam 10.05 minit kemudian, pesawat terbang model KT -1159 itu pun berlepas dan menuju ke destinasinya – Gurun Gobi, Mongolia.

*********************************************************************************

Di dalam Pesawat KT – 1159 itu...

Perjalanan ke Gurun Gobi itu akan mengambil masa selama 4 hari dan bergantung kepada cuaca. Pesawat KT – 1159 ini bukanlah pesawat biasa yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Pesawat ini dibeli oleh ISRC Cawangan Sabah untuk projek yang melibatkan kawasan yang jauh. Pesawat ini juga merupakan salah satu pesawat yang memiliki ciri – ciri keselamatan yang terbaik di seluruh dunia kerana kestabilan penerbangannya.

Ruang dalaman pesawat itu amat besar sehingga ianya mampu memuatkan hampir 500 penumpang sekaligus. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. Ruang kokpit untuk juruterbang, ruang executive untuk pegawai – pegawai ISRC dan orang – orang kenamaan, ruang penumpang biasa untuk penumpang biasa seperti tentera ataupun Lab Assistants, dan ruang penyimpanan bagasi.

Rayz ditempatkan di ruang penumpang biasa oleh Danny Dexter. Walaupun Colline cuba membantah kerana Rayz merupakan tetamu ISRC, Danny tetap berkeras untuk tidak membenarkan Rayz tidur di ruangan executive. Akibatnya, kedua – dua pasangan ini bergaduh semula.

“Kenapa Danny tidak membenarkan Rayz tidur di ruangan executive!? Kan tempat ini masih ada banyak bilik yang kosong?” Colline menyuarakan ketidak – puasan hatinya.

“Sebab dia adalah staf ISRC yang biasa. Dia tidak layak untuk tidur di tempat kelas pertama seperti ini,” jawab Danny tenang.

“He is our guest Danny! How can you treat him like this!” suara Colline semakin meninggi.

“Stop it Colline! I am the Chief Supervisor of this expedition. I have the rights to decide anything for him or even for you!” Danny juga meninggikan suaranya. Dia berasa tertekan dengan kelakuan Colline itu.

Colline merenung tajam mata ‘tunangnya’ itu. Betapa hampanya dia dengan tindakan Danny itu. Mengapa Danny bersikap sedemikian dengan Rayz, Colline sedikit pun tidak tahu. Danny merupakan seorang lelaki yang cool. Dia tidak mudah cemburu dengan mana – mana lelaki yang mendampingi diri Colline. Tetapi entah mengapa kelakuannya terhadap Rayz amat berlainan sekali.

“Jadi Danny memang tetap dengan keputusan Danny?” Colline bertanya dan merendahkan suaranya semula.

“Keputusan Danny adalah muktamad,” jawab Danny ringkas.

“Fine!,” balas Colline dan berjalan menuju ke pintu keluar ruangan executive itu. “Colline nak ke mana tu?” tanya Danny apabila melihat ‘tunangnya’ berjalan menuju ke pintu tersebut. Colline mendiamkan dirinya seketika. Dia menggengam erat penumbuknya.
“Colline nak pergi berjumpa dengan Rayz untuk meminta maaf dengannya bagi pihak Danny.”

Jawapan Colline itu benar – benar membuatkan Danny terkilan. “Apa yang Colline maksudkan? Mengapa pula Colline harus meminta maaf bagi pihak Danny daripadanya.”

Colline mengalihkan pandangannya kepada Danny. “Colline tak ingin Rayz terasa dengan tindakan Danny itu. Rayz sanggup turut serta dalam ekspedisi ini sebab ingin membantu ISRC, tetapi layanan Danny terhadapnya tidak setimpal dengan apa yang diberikannya.” Kata – kata Colline itu berbaur sindiran pedas kepada Danny.

“Why are you doing this Colline?” pandangan Danny kelihatan tajam sekali.

“I’m not. You’re doing this to yourself,” balas Colline dan membuka pintu itu dan keluar dari ruang executive tersebut. Danny cuma mampu memandangnya keluar dari bilik tersebut. Dia pun duduk di sebuah sofa yang berada di ruang tamu bilik executive itu. Kemudian dia menuangkan air sejuk ke dalam sebiji gelas dan meminumnya. Perasaan marah dan geramnya semakin bertambah terhadap Rayz. Danny mengenggam gelas minumannya itu sehingga pecah. Darah segar menitik – nitik dari luka di tapak tangannya itu. Danny memerhatikan lukanya itu dengan pandangan kosong. Kesakitan hatinya mengatasi kesakitan di tangannya itu...

*********************************************************************************

Di Ruangan Penumpang Biasa...

Rayz sedang memasukkan beberapa barang keperluannya ke dalam sebuah kabinet di dalam biliknya. Bilik itu bersaiz sederhana dan kelihatan seperti sebuah bilik pejabat yang kecil. Terdapat sebuah katil, meja tulis dan sebuah kerusi di dalam bilik tersebut. Walaupun keadaan bilik itu agak sempit dan kurang selesa, Rayz tetap berpuas hati. Rayz bukanlah seorang lelaki yang demanding sangat. Mungkin itulah sebabnya mengapa ramai orang yang suka bergaul dengannya.

Selepas meletakkan barang – barangnya ke dalam kabinet tadi, Rayz pun melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia meliarkan matanya dan memandang sekeliling biliknya itu. Kemudian dia mengeluarkan Xyver dari beg kecil yang diberikan oleh Colline kepadanya. Kristal berwarna biru di tengah – tengah Xyver itu kelihatan bersinar – sinar tatkala ianya terkena pancaran cahaya lampu kalimantang di bilik Rayz. Rayz menyentuh kristal tersebut dengan jarinya. Fikirannya mengimbas semula saat pertama dia bertembung dengan Xyver dan bagaimana ianya mengubah hidupnya. Wajah Colline tiba – tiba muncul di dalam fikirannya. Dia teringat semula kali pertama dia dan Colline bertemu. Kalau bukan kerana Xyver, dia dan Colline mungkin tidak akan bertemu.

Rayz tersenyum memikirkan perkara itu. Sesungguhnya Colline memiliki kesemua ciri – ciri wanita idaman Rayz. Malahan Rayz berasa Colline itu adalah seorang calon isteri yang baik bagi sesiapa pun. Dia berpendapat Danny memang beruntung kerana berjaya memiliki hati Colline. Rayz pun merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu. Dia memejamkan matanya. Fikirannya kosong seketika. Dia ingin melupakan segala perkara yang mengusutkan kepalanya selama ini. Dia juga amat berharap semua kekusutan ini akan terurai selepas dia melawat piramid yang berada di Gurun Gobi itu nanti.

*TOK! TOK!* Pintu bilik Rayz diketuk dari luar. Rayz pun bingkas bangun dan membuka pintu biliknya. Colline sedang berdiri di hadapan pintu biliknya itu. Air mukanya muram. Rayz berasa hariran dengan kelakuan Colline itu.

“Colline? Umm, is there something wrong?” tanya Rayz sambil menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.

“Tak ada apa – apa. Umm, boleh Colline masuk sebentar?” kata gadis itu meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bilik Rayz.

“Oh, sure! Masuklah!” Rayz pun mempersilakannya masuk.

Colline pun masuk ke dalam bilik Rayz dan duduk di atas kerusi yang berada di hadapan meja tulis tersebut. Rayz kembali duduk di atas katilnya. Dia memandang wajah Colline. Colline mendiamkan dirinya seketika.

“Ini mesti pasal Danny kan?” teka Rayz.

Colline tersentak mendengar kata – kata Rayz itu. Dia mengangguk mengiakan kata – kata Rayz itu. Mukanya yang comel itu kelihatan masam mencuka. Rayz berasa lucu melihat wajah Colline itu.

“So, what happened?” tanya Rayz sekali lagi.

“Colline ingin minta maaf kepada Rayz bagi pihak Danny,” kata Colline selepas mendiamkan diri.

“Minta maaf? Minta maaf untuk apa Colline? Danny tak buat apa – apa salah pada Rayz pun,” kata Rayz sambil tersenyum.

“Maksud Colline, minta maaf kerana Danny melayan Rayz bukan seperti melayan seorang tetamu,” terang Colline pula.

Rayz ketawa kecil mendengar kata – kata Colline itu. Kelakuannya itu membuat Colline berasa hairan. Tidakkah Rayz ambil hati dengan tindakan Danny membiarkannya tidur di ruang penumpang biasa dan bukannya di ruangan executive yang merupakan khas untuk tetamu ISRC?

“Rayz faham maksud Colline itu. Actually, I don’t mind really. I like this room better. Rayz tak suka bilik yang terlalu special. Rimas pula rasanya!” terang Rayz.

“Are you sure Rayz? Colline boleh pujuk Danny untuk tempatkan Rayz semula di ruangan executive,” cadang Colline.

Rayz menggelengkan kepalanya. “No need. Rayz tak kisah. Bilik ini dah cukup untuk Rayz. Send my thanks to Danny okay?”

“But!” Colline berasa tidak puas hati dengan keputusan Rayz itu.

“Colline, It’s okay, really. I don’t mind. Jangan jadikan perkara yang remeh – temeh ini sesuatu yang akan merosakkan hubungan Colline dan Danny semula.”

“Ianya tidak ada kaitan dengan itu! Sebenarnya...ah...umm...” Colline tidak dapat meneruskan kata – katanya itu. Rayz seolah – olah tahu apa yang telah berlaku di antara Colline dan Danny.

“Danny sayangkan Colline. Itulah sebabnya dia buat sedemikian. Dia tidak mahu ada lelaki lain yang mendampingi kekasih hatinya. Rayz pun faham hal ini, mengapa tidak Colline?” terang Rayz. Senyuman menguntum di bibirnya.

Wajah Colline menjadi merah sedikit mendengar kata – kata Rayz itu. Janggal rasanya mendengar pendapat seorang lelaki yang mengetahui perihal hal peribadinya itu. Colline mengalihkan pandangannya ke tempat lain untuk mengurangkan rasa malunya itu. Rayz tahu apa yang dirasakan oleh Colline itu.

“Pergilah pujuk Danny semula. Rayz okey saja, don’t worry about me,” saran Rayz kepada Colline.

Colline mendiamkan dirinya seketika. “I will. Umm, I’ll see you later then,” katanya dan berjalan menuju ke arah pintu bilik Rayz. Colline berpaling semula ke arah Rayz sewaktu membuka pintu tersebut. “Thanks Rayz!” ucap Colline dan tersenyum. Dia pun keluar dari bilik itu dan menutup pintu itu semula.

Rayz berpeluk tubuh dan juga tersenyum. Apa yang berlaku kepada Colline dan Danny itu mengingatkannya kepada memorinya semula. Satu memori yang teramat manis baginya...

*********************************************************************************

Di Ruangan Executive...

Jeneral Razak dan juga anak – anak buahnya sedang membincangkan sesuatu perkara di biliknya. Dua orang dari anggota Elite Force itu sedang duduk di sofa manakala Jeneral Razak pula sedang duduk di hadapan meja tulisnya. Leftenan Payed sedang berdiri di sebelah kanan Jeneral Razak.

“Bagaimana dengan rancangan kita Kolonel Chris?” tanya Jeneral Razak kepada salah satu anggota Elite Force yang sedang duduk di sofa itu. Kolonel yang dimaksudkan oleh Jeneral Razak itu bernama Kolonel Chris Immanuel Simmons. Dia berusia 45 tahun dan telah berkhidmat dengan Jeneral Razak selama 23 tahun. Dia merupakan ketua pasukan Elite Force di GDTF Cawangan Labuan. Dia kelihatan tegap walaupun memakai baju seragam Elite Force itu. Rambutnya digunting pendek ala – ala tentera Amerika Syarikat. Terdapat satu parut yang agak besar di kening sebelah kanannya itu.

“Ianya sudah pun diatur Tuan Jeneral. Orang – orang kita telah pun dimaklumkan mengenai operasi ini,” jawab lelaki yang bernama Kolonel Chris itu dengan suara yang garau.

“Bagus. Bagaimana dengan Lab Assistants yang mengikuti ekspedisi ini?” tanya Jeneral Razak lagi.

“Tuan Jeneral tak perlu bimbang. Mereka semua telah disogok dengan wang. Mereka tak akan membuka mulut seandainya mereka menyayangi nyawa mereka,” balas lelaki yang berada di sebelah Kolonel Chris itu.

“Splendid! Satu perkara lagi. Chief Danny Dexter... adakah dia mengesyaki sesuatu?”

“Tidak Tuan Jeneral. Saya telah memaklumkan dia yang kotak – kotak yang dibawa oleh kita itu adalah peralatan dan senjata yang biasa dibawa untuk misi seperti ini,” jawab Kolonel Chris lagi.

“I see. Walaubagaimana pun, kita harus berhati – hati dengan Chief Danny. Budak itu memang tajam pemikirannya.”

“Itu tak akan menjadi masalah. Kalau dia menyedari sesuatu nanti, saya sendiri akan membereskannya!” kata lelaki di sebelah Kolonel Chris itu.

“Ha! Ha! Ha! Itulah yang saya harap – harapkan dari orang – orang saya Sarjan Helmer,” puji Jeneral Razak pada lelaki bernama Helmer itu. Nama penuh lelaki itu ialah Helmer Byron, berpangkat Sarjan di dalam pasukan Elite Force GDTF Cawangan Labuan. Dia berumur 33 tahun dan terkenal dengan rekodnya yang tidak pernah melepaskan mana – mana Pengganas yang bertembung dengannya. Beliau dikatakan seorang yang dingin dan tidak berhati – perut.

Leftenan Payed yang berdiri di belakang Jeneral Razak itu menyediakan 4 biji gelas dan sebotol arak Tequila di atas meja Jeneral Razak. Dia menuangkan arak itu ke dalam setiap gelas itu dan memberikannya kepada mereka semua.

“A toast for good luck for our mission!” kata Jeneral Razak dan mengangkat gelasnya tinggi – tinggi.

“For General Razak!” kata Kolonel Chris.

“For General Razak!” sahut Sarjan Helmer.

“For GDTF Labuan Department!” kata Leftenan Payed pula.

Mereka meneguk minuman mereka sehingga habis. Kemudian keempat – empat anggota tentera itu ketawa terbahak – bahak, gembira dengan perancangan mereka. Apakah yang dirancang oleh Jeneral Razak sebenarnya?

*********************************************************************************

Pesawat terbang itu pun meluncur dengan laju membelah awan – awan tebal yang berada di langit. Perjalanan ke Gurun Gobi telah pun bermula. Apakah rahsia yang akan ditemui oleh Rayz, Colline dan Danny di piramid itu nanti?

No comments: