Thursday, October 14, 2010

Chapter 31 - Part 1

CHAPTER 31 : Crisis in Sabah

Tempat : ISRC Cawangan Sabah, Metropolis Kinabalu

Masa : 7.30 PM

Tarikh : 1 Mac 2010 (3 Bulan Kemudian)

Metropolis Kinabalu. Hujan sedang turun dengan lebat di Bandar raya yang besar itu. 3 bulan telah pun berlalu sejak pertarungan di antara VAHSYAH dengan Queen Grogan di Bandar Raya Tawau. Serangan Reptilian Grogan di seluruh Negeri Sabah juga kian bertambah pesat. Pasukan tentera Negeri Sabah juga mengalami kesukaran untuk membendung serangan – serangan musuh dari angkasa lepas itu. Seperti yang telah diberitahu oleh Spirit of The Xyver atau VAHSYAH, tidak ada senjata di Planet Bumi ini yang dapat memusnahkan mereka kecuali kuasa daripada Xyver. Satu – satunya cara yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pertahanan Sabah untuk melindungi rakyat Sabah ialah mengkuarantin daerah yang mempunyai kadar serangan yang tinggi. Penduduk – penduduk daerah yang dikuarantin pula dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

ISRC Metropolis Kinabalu kini telah menjadi harapan terakhir bagi menentang makhluk – makhluk Grogan yang kian mengganas itu. Kementerian Pertahanan Sabah telah memberikan satu tugasan yang besar kepada Danny dan juga staf – stafnya iaitu mencipta suatu senjata yang mampu membunuh makhluk – makhluk Grogan itu. Keadaan di ISRC Metropolis Kinabalu juga kini amat sibuk dengan staf – stafnya yang terpaksa berkerja lebih masa atas arahan Danny. Ada juga pegawai – pegawai ISRC yang terpaksa tidur di ruang lobi dan juga pejabat masing – masing kerana terlalu keletihan. Mereka kini mengharapkan suatu ‘keajaiban’ dari hasil kajian mereka agar ‘kesengsaraan’ mereka ini boleh berakhir dengan rehat yang mencukupi.

Di Hospital Besar ISRC Metropolis Kinabalu, kelihatan ramai pegawai – pegawai B.H.U dan juga anggota – anggota keselamatan sedang di rawat. Kebanyakan mereka telah cedera ketika cuba berperang dengan makhluk Reptilian Grogan demi mempertahankan rakyat negeri Sabah. Wad di hospital itu dipenuhi dengan suara erangan yang menyayatkan hati. Ada juga di antara mereka yang meraung – raung seperti orang gila kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialami. Bau ubat – ubatan dicampuri dengan bau darah memenuhi seluruh ruang wad tersebut. Bagi mereka yang kurang biasa, bau itu benar – benar meloyakan.

Di salah satu wad ICU (Internal Care Unit), Profesor Colline Sullivan kelihatan sedang merawat seorang anggota B.H.U yang telah cedera parah ketika bertempur dengan Reptilian Grogan di Bandar Raya Pitas. Anggota B.H.U itu mengalami kecederaan yang teruk di mana bahagian rusuk kirinya telah berlubang terkena cakar Reptilian Grogan yang runcing itu. Colline dengan cermat menjahit luka anggota B.H.U sambil berdoa di dalam hatinya agar beliau akan selamat. Salah seorang jururawat yang berada di situ mengesat peluh di dahi Colline. Colline mengucapkan terima – kasih kepadanya. Doktor Jerry yang juga pernah merawat Rayz tempoh hari juga berada di situ untuk membantu Colline. Rupa – rupanya, selain bertugas sebagai Meteorologist, Colline juga seorang pakar bedah yang amat berkebolehan.

Tiba – tiba tubuh anggota B.H.U itu menggelepar dengan kuat sekali! Beliau pun memuntahkan darah pekat sekalipun berada di dalam keadaan separa sedar. “He’s having a cardiac arrest!” kata salah seorang jururawat yang berada di situ. Serentak itu juga bacaan denyutan jantung anggota B.H.U pada E.C.G (Electro Cardiogram) itu melonjak tinggi. Colline meminta Doktor Jerry menyuntik Insulin ke dalam tubuh anggota B.H.U itu untuk membantu menstabilkan keadaannya namun usaha mereka itu tidak berkesan. Selepas menggelepar beberapa kali, anggota B.H.U itu pun berhenti bergerak. Bacaan denyutan jantungnya juga telah bertukar menjadi suatu garisan hijau yang lurus. Colline meminta Defibrillator dari Doktor Jerry. Colline pun mengenakan renjatan elektrik sebanyak tiga kali ke badan anggota B.H.U itu. Namun tidak ada tindak balas. Bacaan denyutan jantungnya kekal sama. “Nurse, record the time of death. Its 7.30 pm,” kata Doktor Jerry kepada salah seorang jururawat yang berada di situ.

Colline membuka face – mask yang dipakainya. Dia pun melakukan CPR dengan menekan dada anggota B.H.U itu berkali – kali. Doktor Jerry memegang bahu Colline. “He’s gone Professor. Let it go,” pujuk Doktor Jerry. “No! I won’t let him die! I won’t!” kata Colline dan meneruskan apa yang dilakukannya itu. Doktor Jerry mengarahkan para jururawat yang ada di situ untuk meninggalkan mereka berdua. Tinggalah Colline dan Doktor Jerry yang berada di situ. Colline tetap melakukan CPR walaupun dia tahu anggota B.H.U itu telah pun meninggal dunia. Tanpa disedari oleh Colline, air matanya mulai berlinangan. Doktor Jerry bersimpati dengan keadaan Colline itu. Dia pun memujuk Colline agar berhenti melakukan CPR ke atas mayat anggota B.H.U itu. Akhirnya Colline akur, dia pun mengesat air matanya lalu berjalan menuju ke tempat membersihkan diri. Doktor Jerry mengambil sehelai kain putih dan menutup mayat anggota B.H.U itu.

Di dalam tempat membersihkan diri, Colline sedang berdiri di hadapan cermin. Colline pun membuka Baju Pembedahan yang dipakainya. Sarung tangan getah yang dipakainya itu dibuka dan diletakkan di tepi sinki. Dia pun membersihkan tangannya. Sinki itu dipenuhi darah merah dari tapak tangan Colline. Darah mereka yang cuba diselamatkannya. Colline membiarkan air pili itu membersihkan darah di tapak tangannya itu. Colline merenung wajahnya di cermin. Wajah Colline itu kelihatan letih dan lesu, menampakkan kesan hitam di bawah matanya. Colline telah pun berada di Hospital Mini ISRC itu hampir 18 jam. Dia belum lagi berehat memandangkan terlalu ramai mangsa serangan Reptilian Grogan yang memerlukan rawatan kecemasan. Dia tidak perlu berada di situ namun, gerak hatinya mengatakan dia perlu membantu mereka. Dia tidak ingin lebih banyak orang yang meninggal dunia kerana mempertahankan negeri Sabah dari ancaman makhluk – makhluk Grogan itu.

Serentak itu juga dia teringatkan Rayz yang telah menghilang hampir 3 bulan. Hatinya bertanya di manakah Rayz telah pergi selepas VAHSYAH menakluki tubuhnya dan mengapa Rayz masih belum ditemui ataupun memunculkan dirinya. Colline menggelengkan kepala. “There are more pressing matter at hand. Saya perlu fokus dengan perkara lain terlebih dahulu,” katanya di dalam hati. Dia mengambil air di sinki itu kemudian membasuh mukanya. Selepas mengemaskan diri, Colline pun keluar dari tempat itu dan berjalan menuju ke Ruang Berehat Staf Hospital.

**********************************************************

Sementara itu di Pejabat Danny…

Danny sedang berdiri di hadapan 3 buah monitor tv yang besar. Di muka setiap monitor itu adalah anggota – anggota tertinggi Wiseman’s Committee. Danny kelihatan sedang melaporkan sesuatu kepada mereka. Selepas bercakap dengan anggota – anggota tertinggi Wiseman’s Committee itu Danny pun menekan suatu butang pada sebuah Remote Control yang sedang dipegangnya. Ketiga – tiga monitor tv itu pun terpadam dan dua buah rak buku pun bergerak dari kiri dan kanan lalu menutup monitor itu tadi. Danny berjalan menuju ke mejanya. Dia pun melabuhkan punggungnya di kerusi dan menghela nafas panjang. Cermin matanya dibuka dan tali lehernya dilonggarkan. Buat beberapa ketika Danny hanya merenung siling pejabatnya seolah – olah sedang berfikir sesuatu. Dahinya berkerut. Kemudian dia pun mengalihkan pandangannya ke sebuah fail hitam yang berada di atas mejanya. Fail itu dicapai kemudian dibelek perlahan – lahan. Air muka Danny bertambah tegang selepas membaca kandungan fail berwarna hitam itu. Tiba – tiba interkom di atas mejanya berbunyi. Danny menekan butang answer pada mesin itu.

“Yes?” katanya pendek.

“Sir, the Minister of Defence is here to see you,” kata setiausaha Danny.

“Thank you, send him in,” jawab Danny pendek.

Tidak lama kemudian seorang lelaki yang memakai kot biru gelap pun masuk ke pejabat Danny. Rambutnya yang bewarna putih disikat kemas dan beliau juga memakai cermin mata. Umur lelaki itu lebih kurang 58 tahun. Beliau diiringi 2 orang lelaki berbangsa Amerika yang berbadan tegap. Nampaknya mereka adalah pengawal peribadi kepada lelaki itu. Danny bingkas bangun dari kerusi dan menyambut lelaki berambut putih itu.

“Welcome to ISRC Sabah Department Defense Minister Alexus Moktih,” kata Danny Sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Menteri Pertahanan yang bernama Alexus Moktih itu pun menyambut salam Danny itu. “Thank you Chief Director,” balasnya.

Mereka berdua pun duduk di kusyen mewah yang terletak di tengah – tengah pejabat Danny itu. Kedua – dua pengawal peribadi berbangsa Amerika itu pun berdiri di belakang Alexus Moktih tanpa berkata apa – apa. Tidak lama kemudian setiausaha Danny pun masuk ke dalam pejabat itu sambil membawa sebuah dulang berisi jus buah – buahan dan sebotol arak berkualiti tinggi. Selepas meletakkan minuman berkenaan di ats meja, setiausaha Danny itu pun meminta diri dan meninggalkan pejabat Danny itu. Danny pun mempersilakan Alexus Moktih untuk menjamu diri mereka dengan minuman yang telah dibawa oleh setiausaha itu tadi.

“Let’s just go straight to the point Chief Director. Saya telah dimaklumkan bahawa ISRC telah berjaya mereka sejenis senjata yang ampuh untuk berhadapan dengan makhluk – makhluk asing itu?” kata Alexus Moktih sambil membetulkan cermin matanya.

“Maklumat itu benar tuan. Tujuan saya menjemput tuan pada hari ini adalah untuk membuat demonstrasi mengenai senjata yang saya maksudkan itu,” jawab Danny.

“Excellent. Namun demikian, mengikut laporan yang terdapat di dalam Fail Project X, makhluk – makhluk ini tidak boleh dimusnahkan dengan apa – apa jua senjata pun kecuali dengan menggunakan artifak yang dipanggil “Xyver” itu. Dari mana pihak ISRC menemukan senjata lain yang mampu menewaskan mereka?”

“Apa yang dikatakan oleh tuan itu memang benar. But rest assured, all will be revealed tonight.”

“Saya gembira dengan apa yang dikatakan oleh Chief Director itu. Oh ya, bagaimana dengan lelaki bernama Rayz Silman itu? Bukankah beliau ada kaitan secara langsung dengan artifak itu?” Alexus Moktih tiba – tiba bertanya mengenai Rayz.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku dengan Rayz Silman tuan. Mengikut laporan yang saya terima, beliau dikatakan telah menghilangkan diri 3 bulan yang lalu. Namun demikian pihak ISRC dan juga GDTF sedang melakukan pencarian dengan sepenuh kuasa kami,” jawab Danny dengan tenang.

“What a shame. I would have loved to meet him. Dalam keadaan negeri kita seperti ini, kita memerlukan pertolongan daripada beliau.”

“Jangan bimbang tuan, dengan adanya senjata ini, kita tidak akan memerlukan Rayz Silman. Kita boleh mempertahankan negeri kita ini dengan daya usaha kita sendiri!”

“Ha ha ha. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Chief Director itu.”

“Silakan minum tuan,” kata Danny sambil menghulurkan segelas jus buah – buahan kepada Alexus Moktih.

Mereka pun mengucapkan cheers dan minum bersama – sama. Benarkah apa yang dikatakan oleh Danny itu? Ataupun ada suatu rahsia di sebalik apa yang dikatakannya?

**********************************************************

Ruang Berehat Staff Hospital…

Kelihatan Colline sedang duduk di sebuah meja bulat di tengah – tengah Ruang Berehat Staff Hospital itu. Wajahnya kelihatan lesu. Nampaknya kejadian sebentar tadi masih mengganggu fikirannya. Colline mengusap wajahnya beberapa kali. Wajahnya yang ayu itu kelihatan tidak bermaya. Pintu Bilik Berehat itu dibuka dengan perlahan, Doktor Jerry pun melangkah masuk ke dalam. Kehadirannya di situ langsung tidak disedari oleh Colline. Doktor Jerry tersenyum melihat profesor muda itu. Dia pun menuju ke dapur Bilik Berehat itu dan membancuh dua cawan kopi panas. Kemudian dia pun membawa kopi panas itu ke meja di mana Colline sedang duduk.

“I see you are still here professor, here, have a coffee,” kata Doktor Jerry dan duduk di kerusi di hadapan Colline.

Colline menjawab kata – kata Doktor Jerry itu dengan anggukan lemah. Cawan kopi di capai lalu diminum dengan perlahan. Doktor Jerry sekadar mengamati kelakuannya itu. Cawan kopi diletakkan di atas meja semula. Wajah Colline masih seperti tadi, lesu dan tidak bermaya.

“You are still bothered by the incident earlier?” tanya Doktor Jerry memulakan perbualan.

Colline mengangguk, menjawab pertanyaan doktor yang telah pun berumur 60 tahun itu.

“Saya tidak menyalahkan Profesor. After all, bukanlah perkara yang mudah untuk menerima hakikat kematian seseorang apatah lagi mereka yang terdekat dengan kita,” kata Doktor Jerry cuba untuk mengalihkan fikiran Colline mengenai kematian anggota tentera itu.

“Bagaimana Doktor melatih diri Doktor berhadapan dengan keadaan seperti itu?” tanya Colline. Matanya memandang wajah doktor itu dengan tepat.

Doktor Jerry menghirup kopi panasnya itu. Senyuman diukir sebelum menjawab pertanyaan Colline itu. “Pertama, kita mesti menerima bahawa kita sebagai manusia hanya mampu berusaha sedaya – upaya untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Kedua, ajal dan maut di tangan Tuhan. Sebaik mana pun kebolehan kita itu, Tuhan jugalah yang menentukan segalanya. Dan mungkin yang ketiga, saya sudah pun bekerja sebagai doktor hampir 45 tahun. I wanted to resign earlier but it seems the government wouldn’t want me too but that is another story ha ha ha,” terang Doktor Jerry sambil berseloroh.

Colline mengangguk mengiakan kata – kata Doktor Jerry itu. Memang benar kata – katanya itu. Kita hanya mampu berusaha dan Tuhan lah yang menentukan segala – galanya. Sedikit sebanyak perasaannya kembali tenang. Dia berasa sedikit lega selepas mendengar kata – kata Doktor Jerry itu.

“Saya rasa Profesor telah pun berada di hospital ini terlalu lama. Ada baiknya kalau Profesor balik dan berehat. Don’t worry, we can handle the situation here,” saran Doktor Jerry.

“Ya, terima – kasih di atas kata – kata Doktor Jerry itu. I really appreciate it,” balas Colline. Bibirnya tersenyum manis.

“Anytime. Saya gembira melihat Profesor telah pun okey semula.”

“Hmm. Kalau begitu saya ingin meminta diri dulu. Kalau saya ada masa yang lapang, saya akan datang dan cuba membantu situasi di hospital ini semula,” kata Colline. Dia pun bangun dan menyandang tas tangannya yang berada di atas meja.

“Baiklah. Kalau kami memerlukan bantuan, kami akan maklumkan kepada Profesor.”

Colline pun berjalan menuju ke pintu Bilik Berehat untuk meninggalkan Hospital Mini ISRC itu. Sebaik sahaja Colline keluar daripada Ruang Berehat Staff Hospital itu, telefon bimbitnya bordering. Nama Danny tertera pada skrin berwarna telefon bimbitnya itu. Colline menekan butang answer pada telefon bimbitnya itu.

“Yes Danny?” tanyanya.

“Where are you right now?” suara Danny kedengaran di corong telefon bimbit berkenaan.

“Colline di Hospital Mini ISRC sekarang ni. Is there any problem?”

“ISRC akan mengadakan eksperimen prototaip senjata pada hari esok, jam 10 pagi. Danny mahu Colline turut serta didalam eksperimen ini.”

“Eksperimen prototaip senjata?” tanya Colline sedikit kehairanan.

Seingatnya, ISRC memang sibuk mencipta senjata baru yang akan digunakan untuk menentang makhluk – makhluk Grogan itu. Tetapi setahu beliau belum ada mana – mana saintis ISRC yang berjaya mencipta senjata yang baru. Kalau ada pun, sudah tentu dia akan tahu lebih awal.

“Pasukan siapa yang berjaya mencipta senjata baru tu Danny? Pasukan William Tan dari Weapons Department?” tanya Colline lagi.

“No. It’s not from our department. Prototaip senjata ini dari ISRC induk. Mereka akan datang ke Sabah esok. Mereka mahu kita menghadiri eksperimen ini sebagai escort peribadi kepada Menteri Pertahanan Sabah, Alexus Moktih,” terang Danny.

“I see. Colline tak sangka ISRC induk akan memberikan bantuan kepada kita. Danny tahu dari mana mereka dapat teknologi yang mampu membunuh makhluk Grogan itu?”

“Unfortunately, no. Danny pun tidak diberitahu mengenai senjata baru ini. Kita cuma akan tahu selepas menghadiri eksperimen itu esok.”

Entah mengapa kata – kata Danny itu seolah – olah mengundang perasaan curiga Colline. Agak kurang logik jika ISRC induk tidak memberitahu beliau apa – apa data mengenai eksperimen ini sedangkan Danny adalah Ketua Pengarah ISRC Cawangan Sabah. Colline dapat merasakan Danny menyembunyikan sesuatu darinya. Sejak kebelakangan ini, Danny jarang ditemuinya bukan kerana tidak ada masa tetapi kesibukan Danny dengan ‘sesuatu’. Colline tahu Danny jarang balik ke apartmennya dan sentiasa menghabiskan masa di ISRC dari pagi hingga pagi yang seterusnya. Kelakuannya tiga bulan kebelakangan ini merisaukannya namun Danny sentiasa meyakinkannya bahawa semuanya ok dan baik sahaja.

“Colline? Are you still there?” suara Danny itu menyedarkan Colline dari lamunannya.

“Oh, sorry. Baiklah, Colline akan bersedia esok.”

“Danny akan menjemput Colline jam 9.45 pagi esok. I’ll call you again tomorrow,” suara Danny pun tidak lagi kedengaran selepas itu.

Colline menyimpan telefon bimbitnya di dalam tas tangan. Langkahnya diatur menuju ke ruang letak kereta di hadapan Hospital Mini ISRC itu. Kini apa yang ada di fikirannya adalah untuk berehat. Tubuhnya dirasakan letih sekali. Enjin kereta dihidupkan, lantas kereta Porsche Blue Silver itu pun memecut menuju ke apartmen kediamannya.

Tanpa disedari oleh sesiapa pun, dua susuk tubuh manusia berjubah hitam yang panjang sedang berdiri di atas bumbung bangunan ISRC itu. Mata mereka memerhatikan kereta Colline yang sedang bergerak laju. Siapakah gerangannya mereka ini?

**********************************************************

Tempat : Apartmen kediaman Colline

Masa : 9.30 AM

Tarikh : 2 Mac 2010

Colline sedang menjamu selera dengan sarapan yang dibuatnya sendiri. Secawan Nescafe panas dangan 3 keping roti bakar. Poly dan Jane telah pun pergi bekerja lantaran masa bekerja mereka adalah tetap dan bukannya seperti Colline dan Danny yang mempunyai masa bekerja yang fleksibel. Colline mengenakan baju pejabat berwarna hitam dengan jalur – jalur berwarna perak. Skirt pendek yang dipakainya itu dipadankan dengan sandal berwarna perak jenama Prada. Colline sedang khusyuk membaca surat khabar pada pagi itu sambil menyuapkan sekeping roti bakar ke mulutnya.

Nampaknya kejadian serangan makhluk Grogan di negeri Sabah semakin meruncing. Rakyat Sabah dikerah untuk berpindah ke Bandar Raya berdekatan lantaran serangan makhluk Grogan itu lebih tertumpu di kawasan perkampungan atau luar bandar. Colline tertarik dengan pola serangan makhluk Grogan ini. Mengapa mereka cuma menyerang di kawasan perkampungan dan bukannya di bandar? Apa yang mereka fikirkan agaknya. Fikiran Colline ligat mencari jawaban. Kejadian itu sudah lam diperhatikan oleh Colline tetapi dibiarkannya sahaja buat sementara waktu kerana priority utama ISRC sekarang adalah mencipta senjata yang boleh mengalahkan mereka.

Sesi pembacaan Colline itu terganggu tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Colline mencapai telefon bimbitnya dan membaca mesej teks yang tertera di skrin telefon itu, “I AM OUTSIDE”. Colline pun mencapai tas tangannya lalu beredar ke pintu keluar apartmen. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, dia terlihat Danny sedang menunggunya. Danny sedang bersandar di kereta Aston Martin DB9 yang baru sahaja dibelinya bulan lalu, sambil memasukkan tangannya ke saku seluar. Danny kelihatan segak memakai kot pejabat berwarna Cream gelap itu. Selepas mengunci pintu apartmennya dengan Kad IPC, Colline pun berjalan menuju ke arah Danny.

“Been waiting long?” tanya Colline.

“Tidak juga,” jawab Danny pendek. Kucupan mesra diberikan kepada pipi Colline.

Danny pun membukakan pintu untuk Colline. Colline pun masuk ke dalam perut kereta. Sejurus kemudian kereta Danny pun bergerak menuju ke arah destinasi. Sepanjang perjalanan Danny lebih banyak mendiamkan diri. Sekali – sekala Colline akan mengerling ke arah jejaka tampan itu. Timbul niat di hatinya untuk bertanya tujuan sebenar eksperimen prototaip senjata itu namun dilupakannya sahaja lantaran air muka Danny yang agak serius ketika itu. Entah apakah agaknya yang sedang difikirkan oleh Danny sekarang.

Selepas beberapa minit, kereta Danny itu pun tiba di destinasi. Mereka berdua pun keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu utama bangunan ISRC. Kedua – dua pengawal keselamatan yang bertugas di luar pintu itu memberikan tabik hormat kepada Danny dan Colline. Danny mengangguk dan menayangkan kad IPCnya. Pengawal keselamatan itu pun mengangguk dan membuka kod pengunci pintu itu. Danny dan Colline melangkah ke dalam. Keadaan di ISRC masih lagi kelihatan sibuk dengan saintis – saintis dan pegawai – pegawai yang mundar – mandir menuju ke haluan masing – masing. Sekali sekala kedengaran mereka berbincang di antara satu sama lain mengenai keadaan yang melanda negeri Sabah sekarang.

Danny dan Colline mengatur langkah dengan kemas menuju ke lif utama yang terletak di tengah – tengah bangunan. Pintu lif itu terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam.

Sebaik saja pintu lif itu tertutup, Danny membuka sebuah kompartmen kecil yang berada di tepi pintu lif berkenaan. Satu punat rahsia berwarna merah berada di sebalik kompartmen tersebut. Di bawah punat itu terdapat papan kekunci numerik. Danny memasukkan Kad Authorization dan suatu kod rahsia dengan menekan papan kekunci tersebut lalu menekan butang merah itu tadi. Kelakuannya itu hanya diperhatikan oleh Colline.

“CODE ACCEPTED. WELCOME CHIEF DIRECTOR DANNY DEXTER”

Satu suara komputer bergema di dalam lif itu. Lif itu pun mulai bergerak ke bawah dengan kelajuan yang tinggi. Colline memerhatikan nombor yang tertera di atas pintu lif itu. Ianya bertukar dengan pantas dari angka “1” menurun ke angka “B1”,”B2”,”B3”,”B4”,”B5” dan yang seterusnya. Colline agak terkejut melihat apa yang berlaku itu. Sepanjang dia bekerja di situ, dia tidak pernah mengetahui bahawa ada “Tingkat Bawah Tanah” di Bangunan ISRC tersebut. Tingkat bawah yang diketahuinya adalah tempat meletak kereta tetapi ianya hanya ada satu tingkat iaitu “B1”. Bila masa pula Bangunan ISRC ini mempunyai tingkat bawah yang lebih dalam? Nombor yang tertera di atas pintu lif itu berubah dengan pantas sekali, kini nombornya menunjukkan nombor “60”. Colline tertanya – tanya berapa dalamkah tingkat bawah Bangunan ISRC ini.

Kelajuan lif yang turun dengan pantas itu membuatkan Colline berasa sedikit mual. Colline memegang perutnya. Terasa seluruh isi perutnya ingin keluar dari mulutnya. Colline mengalihkan pandangannya ke arah Danny. Danny cukup tenang seolah – olah telah pun biasa dengan keadaan demikian. Adakah ini bermaksud Danny sudah pun menggunakan lif ini berkali – kali? Jikalau demikian, kewujudan tempat ini telah dirahsiakan oleh Danny dari pengetahuan Colline.

Jauh di sudut hati Colline dia berasa agak terkilan kerana Danny telah merahsiakan tempat itu daripada pengetahuannya. Tidakkah dia percaya dengan Colline? Tidakkah Colline layak mengetahui kewujudan tempat itu memandangkan beliau adalah Pegawai ISRC kedua yang tertinggi di cawangan berkenaan? Colline menggigit bibirnya, berasa sedikit tidak berpuas hati dengan keputusan Danny itu. Untuk menyedapkan hatinya sendiri, Colline berpendapat Danny melakukannya atas sebab – sebab yang tersendiri.

Angka di atas lif itu telah pun menunjukkan “100”. Lif itu berhenti sepenuhnya. Sejurus kemudian pintu lif itu terbuka. Danny melangkah kemas keluar dari lif berkenaan. Colline menyusul dari belakang penuh cermat. Perasaan takjub yang teramat sangat melanda seluruh jiwa Colline tatkala melihat pemandangan di hadapannya. Di hadapan Colline sekarang adalah sebuah ruangan gergasi berbentuk segi empat yang menyerupai ‘Hangar’ kapal terbang. Keluasan tempat itu kira – kira 100 kilometer persegi. Ruangan itu diterangi oleh beratus – ratus lampu spotlight berkuasa tinggi yang bergantung di siling konkrit. Terdapat beberapa buah bangunan yang menyerupai makmal berbentuk piramid di mana kacanya adalah lutsinar di setiap sudut ruangan berbentuk segi empat itu. Setiap bangunan piramid itu dihubungkan oleh laluan yang diperbuat dari besi waja. Kelihatan beberapa orang sedang berkerja di dalam setiap bangunan piramid itu. Mereka memakai sut Biohazard berwarna kuning. Di bahagian tengah – tengah ruangan itu terdapat sebuah menara gergasi. Perkataan “ISRC R&D” kelihatan tertera di bahagian atas gerbang masuk menara itu. Danny berjalan dengan tenang sekali sambil diikuti oleh Colline. Destinasi mereka adalah menara gergasi yang terletak di tengah – tengah ruangan itu. Beberapa saintis yang sedang berjalan di tempat itu segera mengelak ke tepi apabila melihat Danny dan Colline. Mereka menundukkan kepala sedikit apabila Danny dan Colline melewati mereka sebagai tanda hormat.

Colline meliarkan pandangannya ke kiri dan ke kanan, mengamati tempat itu dengan khusyuk. Timbul persoalan baru di mindanya. Untuk apakah tempat ini dibina? Adakah ujian persenjataan yang dikatakan oleh Danny itu fungsi tempat ini? Jika ya, senjata apakah yang dibina ditempat ini sehingga ianya berada di tempat yang serahsia ini?

Dua orang pengawal yang berjaga di depan gerbang menara itu memberikan tabik hormat kepada Danny. Mereka pun membuka pintu menara yang diperbuat dari titanium dan mempersilakan Danny dan Colline masuk. Danny mengucapkan terima – kasih dan melangkah masuk. Colline menyusul seperti tadi. Keadaan di dalam menara itu tampak berbeza dengan di luar. Keadaannya adalah seperti pejabat pentadbiran ISRC di tingkat atas. Colline langsung tidak mengenali staf – staf yang bekerja di tempat tersebut. Kebanyakan mereka berbangsa Amerika, Jepun, Russia, Arab dan China. Sekali – sekala mereka mengerling kepada Danny dan Colline. Colline berasa agak kekok dipandang sedemikian rupa, maklumlah dia langsung tidak mengenali mereka. Langkah Danny diatur kemas menuju ke arah sebuah lagi pintu yang agak besar. Di atas pintu itu terdapat tulisan “TEST AREA – RESTRICTED, AUTHORIZED PERSONNEL ONLY”. Beberapa orang anggota GDTF E.F Amerika Syarikat sedang berkawal di hadapan pintu berkenaan. Mereka meminta Danny dan Colline melintasi sebuah alat X-Ray dan alat pengesan senjata api bagi memastikan keadaan adalah selamat. Kawalan keselamatan yang agak ketat di situ membuatkan Colline berasa kurang selesa. Selepas melalui kawalan keselamatan, pintu yang berada di hadapan Danny dan Colline itu pun terbuka. Sekali lagi Danny dan Colline melangkah masuk.

Ruang di hadapan Danny dan Colline sekarang adalah sebuah jambatan besi. Di penghujung jambatan itu adalah sebuah bangunan berbentuk sfera. Dindingnya berwarna hitam gelap. Ianya dihiasi lampu – lampu berwarna merah. Colline membuat andaian tempat itu adalah destinasi mereka. Pintu di bangunan berbentuk sfera itu terbuka dengan sendiri tatkala mereka berdua mendekatinya. Bahagian dalam bangunan sfera itu seperti sebuah stadium mini. Di bahagian tengah – tengah tempat itu terdapat pentas yang diperbuat daripada logam titanium. Beberapa orang saintis sedang menyediakan peralatan ujikaji di atas pentas tersebut. Colline memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh mereka.

“Colline?” kata Danny lembut, sambil menarik lengannya dengan lembut.

Colline tersentak dari apa yang sedang dilakukakannya. Di hadapan mereka berdua ialah seorang lelaki muda berbangsa Cina yang memakai kot hitam dan cermin mata hitam. Dia kelihatan tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. “Welcome to SECTOR-0 Professor Colline. Let me introduce myself. My name is Dai Dai Lo. I am with the ISRC US R&D Special Division. It is an honor to have you here with us Professor,” kata lelaki itu.

Colline menyambut salamnya.”The honor is mine Mr. Dai Dai Lo,” balas Colline.

“Please, allow me to show you the way to the VIP Room,” Dai Dai Lo meminta mereka berdua untuk mengikutnya ke bilik VIP. Danny dan Colline mengikut Dai Dai Lo dari belakang. Sebaik sahaja Danny dan Colline memasuki Bilik VIP itu, sekali lagi Colline terkejut melihat bilik itu telah pun dipenuhi oleh orang – orang kenamaan yang berpangkat tinggi. Colline mengenali hampir kesemua mereka di situ. Mereka adalah menteri – menteri pertahanan dari negara – negara yang dunia pertama seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Menteri Pertahanan Sabah, Alexus Moktih melambai ke arah mereka berdua. Danny pun membawa Colline untuk duduk bersebelahan Menteri Pertahanan Sabah itu. Alexus Moktih pun menjabat tangan Danny dan Colline sambil mempersilakan mereka berdua duduk.

“Profesor Colline, sudah lama saya ingin berbicara dengan anda. Kajian awak mengenai artifak yang bernama Xyver itu benar – benar menarik perhatian saya,” kata Alexus Moktih.

“Terima – kasih Yang Amat Berhormat. Kami masih lagi berusaha agar misteri mengenai artifak itu dapat dibongkar sepenuhnya namun malang sekali kerana artifak itu telah hilang bersama – sama dengan lelaki yang dapat menggunakan kuasanya,” jawab Colline.

“Begitu rupanya,” gumam Alexus Moktih. Kekecawan terpancar di wajahnya. Nampaknya beliau benar – benar ingin berkenalan dengan Rayz namun Rayz telah menghilang hingga kini.

Beberapa orang anggota GDTF pun membawa sebuah kotak panjang yang diperbuat daripada waja ke pentas. Kotak waja itu berwarna hitam dan terdapat tulisan “ISRC R&D” di atas penutupnya. Seorang anggota tentera yang memakai topeng SWAT dan baju perisai kebal ala – ala Starship Trooper pun menghampiri kotak waja tadi. Penutup kotak itu dibuka dan beliau mengambil sebuah senjata di dalamnya. Senjata itu menyerupai prototaip “Railgun” (Senapang yang menggunakan peluru berkuasa magnetik). Ianya berwarna biru tua dan terdapat sebuah tiub kristal selebar 6 inci berwarna biru di bahagian katrij pelurunya.

“This is a weapon that our R&D program has researched for the past 3 months. It is called Exium Gun,” terang Dai Dai Lo yang berdiri bersebelahan dengan anggota tentera yang bertopeng tadi.

Kata – kata Dai Dai Lo itu membuat Colline sedikit terkejut. Senjata itu telah di reka oleh R&D 3 bulan yang lalu? Bukankah Xyver dan Rayz juga hilang tanpa kesan 3 bulan yang lalu? Adakah ianya suatu kebetulan?

Anggota tentera yang bertopeng itu menekan satu butang di bahagian tepi Exium Gun itu. Indicator berwarna hijau yang terdapat pada badan Exium Gun itu mulai menaik dan mencapai angka 100. Sejurus kemudian kedngaran suara komputer senjata itu berbunyi FULL CHARGE...READY.

“This hi-tech weaponry is based on the technology that the Xyver use to produce its energy beam. By emulating its beam via complex emulation technology, we have finally reproduce the same power the Xyver uses and successfully transformed it into this superior weapon,” terang Dai Dai Lo lagi.

Sekali lagi Colline terkejut dengan penerangan Dai Dai Lo itu. ISRC telah berjaya meniru tenaga yang dilepaskan oleh Xyver dalam 3 bulan. Tetapi itu adalah sesuatu yang agak mustahil kerana data Project-X yang dikaji oleh Colline itu juga tidak mencukupi. KECUALI ISRC sudah pun memiliki Xyver 3 bulan yang lepas dan telah berhempas – pulas mengkajinya. Jika ISRC telah pun memiliki Xyver, bukankah mereka juga telah pun menjumpai Rayz! Colline mengalihkan pandangannya ke arah Danny. Danny kelihatan tenang sambil mendengar penjelasan Dai Dai Lo itu dengan air muka yang serius. Colline mulai takut. Takut jikalau tekaannya memang tepat dan Danny menyembunyikan perkara itu dari pengetahuannya selama ini.

“Now we will demonstrate the effectiveness of this weapon,” Dai Dai Lo menyambung penerangannya.

Tidak lama kemudian sebuah lif yang diperbuat daripada logam titanium pun mulai muncul dengan perlahan di bahagian tengah pentas itu. Asap putih berkepul – kepul pun muncul sebaik sahaja lif itu berhenti bergerak. Para hadirin yang berada di Bilik VIP itu dengan serentak berdiri dari tempat duduk mereka seolah – olah tertarik untuk mengetahui apa yang ada di dalam lif titanium tersebut. Dengan spontan Colline berdiri dan menghampiri tingkap kaca kalis peluru yang menutupi Bilik VIP itu.

BANGG!! Sesuatu yang amat ganas tiba – tiba menumbuk lif titanium itu dari dalam. Kemudian suatu raungan yang mengegarkan jiwa pun bergema dari dalam lif. 12 anggota GDTF pun muncul dan berdiri di hadapan lif titanium tersebut. Air muka mereka kelihatan takut sekali seolah – olah mereka tahu apa yang ada di dalam lif titanium itu. Dai Dai Lo mengambil sebuah alat kawalan jauh kecil dari saku kotnya. Butang merah yang berada di atas alat kawalan itu di tekannya. Serentak itu juga pintu lif itu terbuka. Anggota – anggota GDTF itu berundur ke belakang dengan serentak.

Di dalam lif itu kelihatan seekor Reptilian Grogan yang dibelenggu dengan rantai titanium bercas elektrik tinggi. Ia meronta – ronta dan cuba menghancurkan rantai yang membelenggunya itu. Suara raungannya membuatkan darah semua hadirin di situ berderau! Para VIP yang berada di Bilik VIP itu mulai bercakap – cakap di antara satu sama lain dengan ligat. Mereka berasa amat terkejut mengapa pihak ISRC berani menangkap makhluk Grogan yang teramat ganas itu dan mengurungnya di sini. Tidakkah mereka takut seandainya ia berjaya melepaskan diri!

“Do not be alarmed ladies and gentlemen. This creature is bound by reinforced titanium chains with an electrical surge of 100,000 Mega Watt. It won’t be able to break free,” kata Dai Dai Lo cuba menenangkan para VIP yang semakin cemas itu.

Dai Dai Lo memandang ke arah Bilik VIP itu. Danny sedang berada di hadapan tingkap kalis peluru dan sedang berdiri di sebelah Colline. Danny mengangguk seolah – olah memberikan isyarat kepada Dai Dai Lo. Melihat isyarat yang diberikan oleh Danny, Dai Dai Lo pun mengangguk tanda faham. Dai Dai Lo memerintahkan anggota GDTF yang bertopeng itu untuk bersedia melaksanakan tugasnya. Anggota GDTF itu pun mengangguk dan dengan tenang menghalakan muncung Exium Gun itu ke arah Reptilian Grogan yang masih meronta – ronta itu. Anggota – anggota GDTF yang lain tadi turut ke tepi untuk memberikan ruang kepada anggota GDTF yang bertopeng itu.

Anggota GDTF bertopeng itu menumpukan penglihatannya melalui scope digital yang terdapat di atas Exium Gun itu. Sebaik sahaja scope digital itu mengeluarkan perkataan “TARGET LOCKED”, beliau pun menekan picu Exium Gun! Satu peluru tenaga sebesar marble pun meluru ke arah kepala Reptilian Grogan di dalam lif titanium itu! PRAKK! Peluru tenaga itu menghancurkan kepala Reptilian Grogan itu dan menembusi lif titanium yang kebal itu. Reptilian Grogan itu jatuh terjelepuk, rebah dan tidak bernyawa. Darah berwarna hijau tua membasahi ruangan dalam lif tersebut.

Kejadian itu membuat para VIP itu teruja dengan kekuatan dan keberkesanan Exium Gun. Mereka yang tadinya kelihtan panik kini ketawa riang penuh kegembiraan. Dengan adanya senjata baru ISRC itu, ancaman makhluk Grogan di Bumi akan dapat dibendung. Para VIP itu satu – persatu berjabat salam dengan Danny sambil mengucapkan thaniah di atas pencapaian baru ISRC itu. Danny berasa sangat bangga kerana mendapat perhatian sedemikian rupa. Manakala perasaan Colline pula adalah amat bertentangan dengan Danny. Jiwanya diasak kekeliruan dan syak wasangka.

Danny pun mempersilakan tetamu – tetamu VIP itu untuk ke Bilik Persidangan bagi mendengar penjelasan lanjut mengenai Exium Gun berkenaan. Colline masih terpaku berdiri di situ. Fikirannya kosong, dadanya berombak.

“Adakah Rayz berada di dalam tawanan ISRC?” getus hatinya.

Danny menghampiri Colline. “Colline, are you alright?” tanyanya.

“I am fine. Danny, boleh Colline tahu bagaimana ISRC berjaya mencipta senjata yang mampu meniru gelombang tenaga yang digunakan oleh Xyver dalam jangkamasa 3 bulan?” tanya Colline tanpa bersembunyi.

“ISRC Induk di US memang berupaya mencipta senjata berkenaan. Tambahan pula, data yang mereka dapat dari laporan Project X Colline juga banyak membantu,” terang Danny dengan air muka yang tenang. Senyuman terukir di bibirnya.

“Somehow that seems too farfetch'd Danny. Data yang Colline kumpul dari Xyver masih belum lengkap. Tambahan pula, Rayz dan Xyver telah menghilangkan diri selama 3 bulan. Untuk menghasilkan prototaip senjata, mereka harus ada direct access kepada Rayz dan Xyver.”

Hujah Colline itu membuat air muka Danny berubah. Mukanya tampak serius. Danny menghampiri Colline dan memegang bahunya dengan lembut. “Colline, why are you asking these questions? Bukankah keadaan sekarang ini lebih baik? Dengan adanya Exium Gun ini, kita berupaya melindungi Negeri Sabah tanpa bergantung dengan...”

“...Rayz?” Colline menyambung kata – kata Danny itu.

Danny menghela nafas. “Ya. Tanpa bergantung kepada Rayz. Let's face it, Rayz is an Alien. He is no longer human dan seperti yang Colline dengar Kaum Samarian berhajat menjadikan Planet Bumi ini sebagai Planet kedua mereka. We must protect ourselves.”

“Itu bukanlah apa yang Rayz mahukan. Itu adalah kemahuan Kaum Samarian yang lain. Rayz bukanlah sama seperti mereka.”

Danny meleraikan tangannya dari bahu Colline. Hatinya berasa sakit kembali. Semenjak balik dari Gurun Gobi, Colline langsung tidak dapat melupakan Rayz malahan dia menghabiskan hampir kesemua masanya untuk mengesan jejak Rayz. Danny berasa tertekan. Pudar sudahkah cinta Colline pada dirinya? Api amarah Danny membara. Kelelakiannya dicabar dengan pendirian Colline terhadap Rayz.

“Danny tidak ingin bercakap mengenai Rayz lagi. Kalau Colline masih menganggap Danny sebagai tunang Colline, then stop talking about him,” Danny berjalan menuju ke pintu keluar Bilik Pemerhatian itu.

“Then just answer me this one question...” kata Colline.

Danny menghentikan langkahnya lalu memasukkan tangannya ke saku seluar. “What is it?”

“Di mana Rayz berada sekarang?”

Danny mengetap gigi. Penumbuknya digenggam. Wajah Rayz bermain – main di matanya. Sakit! Hatinya sakit sekali. “I don't know,” jawab Danny tegas dan meninggalkan Bilik Pemerhatian itu.

Colline menundukkan kepalanya. Jawapan Danny itu telah menjawab persoalannya tadi. Danny tahu di mana Rayz berada. Yang pastinya, Colline yakin Rayz kini berada di Sector-0. Ada kemungkinan Rayz kini dijadikan bahan ujikaji oleh ISRC bagi membantu penciptaan Exium Gun yang disaksikannya sebentar tadi. Air mata Colline menitis. Dia berasa sedih mengenangkan nasib Rayz yang dipermain – mainkan oleh takdir itu. Colline mengesat air matanya. Semangatnya kembali membara. Dia ingin mencari Rayz. Dia ingin menyelamatkannya dari ISRC. Namun di manakah Rayz berada sekarang?

Tiba – tiba dua orang pegawai ISRC berkot hitam masuk ke dalam Bilik Pemerhatian itu. “Miss Colline, Chief Danny asked us to escort you to the Briefing Room. Please follow us,” kata salah seorang pegawai tersebut. Colline mengangguk dan berjalan mengikuti mereka.

*********************************************************************

Di bahagian lain di Sector-0...

Di tengah – tengah makmal itu terdapat sebuah objek yang berbentuk keranda silinder. Ianya diperbuat dari logam Titanium yang diperkuatkan. Terdapat banyak monitor – monitor komputer yang sedang merekodkan data yang datang dari keranda silinder itu. Di sebelah keranda silinder itu adalah sebuah kotak logam titanium yang kelihatan bersambung kepada keranda silinder itu. Dan didalam kotak logam itu ialah “Xyver” yang sedang bersinar – sinar dengan cahaya biru yang berdenyut – denyut. Kelihatan beberapa orang saintis yang memakai sut Biohazard berwarna kuning sedang mengambil data yang terpapar di monitor – monitor berkenaan.

Kesibukan makmal itu terganggu dengan kemunculan 3 Pegawai Tertinggi ISRC US. Saintis – saintis yang sedang bertugas itu memberikan tunduk hormat kepada mereka. Ketiga – tiga Pegawai Tertinggi itu tidak memperdulikan saintis – saintis itu dan terus berjalan mendekati keranda silinder berkenaan. Mata mereka tertumpu kepada tetingkap kaca kalis peluru yang terdapat pada keranda silinder itu. Kelihatan wajah seorang lelaki di dalam keranda silinder itu. Wajah Rayz Silman, jejaka yang sedang dicari oleh Colline. Rayz kelihatan sedang tidur dengan nyenyak sekali. Wajahnya tampak tenang, namun apakah yang ada difikirannya kini tidak diketahui.

Ketua Pegawai ISRC itu memerhatikan wajah Rayz dengan tajam. Kemudian dia menutup kedua – dua matanya. Dalam sekelip mata roh atau semangatnya kini berada di ruang yang dipanggil “Other Realm” itu. Bagaimana dia melakukannya? Ataupun lebih tepat lagi, siapakah gerangannya Ketua Pegawai Tertinggi ISRC ini? Roh Ketua Pegawai Tertinggi ISRC itu berjalan melalui terowong cahaya itu sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Dia ingin mencari roh Rayz yang berada di “Other Realm”. Selepas berjalan beberapa ketika, dia berjaya menemukan roh Rayz. Rayz kelihatan sedang duduk memeluk lututnya. Riak wajahnya kosong.

Ketua Pegawai Tertinggi ISRC itu berhenti tidak berapa jauh dari Rayz. Rayz mengangkat mukanya sedikit, cuba melihat siapakah yang telah datang itu. Ketua Pegawai Tertinggi ISRC itu tersenyum kepada Rayz.

“Rayz Silman. The Dunamist. I finally have the chance to meet you in person,” kata Ketua Pegawai Tertinggi ISRC itu kepada Rayz.

“Who are you?” tanya Rayz pendek.

“I am a friend. You can call me Arufa,” jawab Ketua Pegawai Tertinggi ISRC.

Rayz dapat melihat wajah lelaki yang bernama Arufa itu. Rambutnya disikat kemas dan ditarik ke belakang. Air mukanya tampak tenang ditambah dengan warna matanya yang berwarna biru ais.

“Arufa? What do you want?”

Arufa berjalan mengeliling Rayz dengan perlahan. Matanya ditumpukan ke lelangit “Other Realm” yang dihiasi cahaya berkelip – kelip itu. Arufa berhenti semula di depan Rayz dan memasukkan tangannya ke dalam saku seluar.

“I come to ask you a question,” kata Arufa.

“A question? What is it?” jawab Rayz.

“Are you an enemy of the Earth or not?”

Dahi Rayz berkerut tatkala mendengar soalan Arufa itu. Adakah dia musuh kepada Planet Bumi? Kata – kata Le-Na terngiang – ngiang semula di kotak fikirannya. Rayz adalah Dunamist yang akan melindungi Planet Bumi dari ancaman Makhluk Grogan tetapi pada masa yang sama dia juga adalah “Utusan” Kaum Samarian yang ingin menjadikan Planet Bumi sebagai planet baru mereka. Rayz menundukkan kepalanya ke lutut. Mindanya bercelaru.

“Rayz Silman... Answer my question,” kata Arufa lagi.

“I don't know. Just leave me alone,” jawab Rayz, kepalanya masih tertunduk.

“Your answer is not sufficient. We know that you are a descendant of the Samarian Clan who came to Earth 70 million years ago. It was your clan's duty to look for new planets for inhabitance. Now that you are truly a Pure Samarian, we need to know your PURPOSE.”

“I don't know... I don't even know who I am anymore. Please, just leave me alone.”

Arufa menarik nafas dalam. Dia mendekati Rayz dan mendekatkan mukanya kepada Rayz. “Answer my question Rayz Silman. Are you a threat to Planet Earth or not?” kali ini kata – kata Arufa itu berbaur ugutan. Suaranya tampak keras.

Rayz mengangkat mukanya. “Who are you and why do you care so much for Planet Earth?”

Arufa berdiri dan membelakangi Rayz. “We are the “Caretakers” of Planet Earth. Our civilization is not as adavanced as yours but it was us who guided the Human Race throughout history. Everything that happened for the past thousand of years was under our supervision. We shaped human history from behind the scene. Wars, Strife, Death and Destruction. All was our doing to ensure the human race's existence.”

“What do you mean?” tanya Rayz lagi, kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh Arufa.

Tiba – tiba Pegawai Tertinggi ISRC yang gemuk dan tinggi lampai itu muncul di sisi Arufa. Arufa memandang tepat wajah Rayz yang masih keliru itu.

“Rayz Silman, I am Barta,” kata Pegawai Tertinggi ISRC yang gemuk.

“And I am Gremma,” sahut Pegawai Tertinggi ISRC yang tinggi lampai pula.

Rayz dapat melihat wajah mereka berdua itu dengan jelas. Yang gemuk memakai cermin mata yang agak besar. Rambutnya disikat belah tengah. Wajahnya dihiasi bintik – bintik hitam. Yang tinggi lampai pula berambut kuning keemasan ala – ala tentera dan tulang pipinya agak kelihatan. Seperti Arufa, warna mata mereka berwarna biru ais.

“You are all... Not human are you?” teka Rayz.

“You are indeed correct Rayz Silman,” kata Barta.

“Allow us to explain ourselves,” sambung Gremma.

“Our race is called ANJAIER. Our planet, ZAION was destroyed when it was hit by a gigantic meteor. We manage to escape the catastrophe by space ships. We became space travellers for millions of years. Until we saw the battle between your clan and the Grogans. Your clan deserted Planet Earth and it was an opportunity for us. Although Planet Earth was almost destroyed, we realized that it can be salvaged and rebuilt. We decided to take Planet Earth as our own. We secretly built our base of operations deep in the Earth's ocean. An ocean that you now call “The Bermuda Triangle”. There, we lay dormant as we observe Planet Earth evolve into a new, living planet,” terang Gremma.

“Millions years passed. Humans began to inhabit the Earth. Humans were primitive creatures. But we see there is a glint of intelligence within its small brain. So, we emerged and greeted the [cro-magnons] the first human species. We taught them survival skills. Hunting, planting and to make tools. But one thing that we did not foresaw. Humans were evolving so rapidly that they began to destroy Planet Earth with their intelligence. We could not let them destroy this Planet. So, we have to act. Using our advanced technology, we destroyed them by causing gigantic tsunami's from The Bermuda Triangle. Millions of the humans died but few survived. And again they reproduce and repopulate Planet Earth. And again we observed them so that they did not make the same mistake,” Barta menyambung.

“You heard of World War I and World War II? Human think it was the dispute of men that started it. In truth, it was “WE” that instigate it. To ensure that human with ideals are dealt with accordingly in secret. We taught the secret of Atom Bomb to Albert Einstein, taught military strategies to Genghis Khan, taught advanced astronomy to the Mayans. In truth, we are the ones who truly control the lives of the humans who inhabits this planet,” Arufa pula berkata.

Rayz terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Barta dan Gremma itu.

Adakah ini bermaksud Kaum ANJAIER seperti Arufa, Barta dan Gremma inilah yang menentukan berdiri dan robohnya sesuatu tamadun itu? Rayz hampir – hampir tidak dapat percaya dengan apa yang dikatakan oleh mereka bertiga itu. Kalau apa yang dikatakan oleh mereka bertiga itu adalah benar, ini bermaksud apa yang direkodkan di dalam buku sejarah adalah kejadian yang dikawal oleh mereka.

Rayz bingkas berdiri dari duduknya. “Why are doing this? Humans are free to choose to live their lives the way they want it. Who are you to decide what is good for them?”

Arufa meletakkan tangannya ke belakang. Mukanya serius. “Humans are creatures who lives like parasites. If they are not controlled, they will destroy this planet along with themselves. It is our 'Duty' to ensure they are under our close supervision.”

“You say that I am threat to this planet. In truth, you are the ones who are threatening this planet!” kata Rayz dengan nada geram. Rayz tidak suka dengan orang yang menganggap mereka mengawal segala – galanya. Setiap insan patut bebas dengan kehidupan mereka masing – masing tanpa dikawal oleh sesiapa pun. Dia teringat semula bagaimana VAHSYAH atau “Spirit of The Xyver” mengawal dirinya. Dia benci dengan kejadian itu. Apa yang dilakukan oleh Kaum ANJAIER itu sama dengan apa yang dilakukan oleh VAHSYAH kepadanya.

“Then tell us Rayz Silman. Are you a threat to Planet Earth or not?” Arufa mengulang soalannya yang pertama.

Rayz tidak menjawab pertanyaan Arufa itu. Matanya tajam melihat wajah tenang Arufa. Barta dan Gremma berpandangan sesama sendiri. Tiba – tiba tempat itu dilanda gegaran yang teramat kuat. Namun Arufa dan kawan – kawannya kekal tenang. Rayz mendengus dengan kuat. Genggaman tangannya digenggam erat. Matanya menyorot kemarahan yang tidak terkata.

“Leave now!!” suara Rayz meninggi. Tempat itu semakin bergegar. Barta dan Gremma melangkah ke hadapan seolah – olah ingin berhadapan dengan Rayz. Arufa menahan mereka. Dia memberikan isyarat mata yang seolah – olah berkata “lebih baik kita berundur sementara waktu”.

Arufa membuka matanya. Dia kini berada di hadapan keranda silinder yang mengurungkan Rayz. Rayz kekal di dalam keadaan koma. Dalam hati Arufa, dia berasa sedikit lega melihat Rayz masih lagi sedemikian. Nalurinya tahu seandainya Rayz terjaga, belum tentu lagi mereka bertiga akan dapat menanganinya.

Arufa mengarahkan Ketua Saintis yang berada di situ untuk menambah kawalan sekuriti di makmal itu. Dia juga mengarahkan beberapa anggota GDTF Elit untuk berkawal di luar makmal itu.

*********************************************************************

Bilik Persidangan Sector-0...

Menteri – menteri yang dijemput hadir bagi menyaksikan demonstrasi itu sedang duduk di sebuah meja panjang berbentuk oval. Danny sebagai Pengarah tertinggi ISRC Metropolis Kinabalu sedang duduk di bahagian hadapan meja panjang itu. Colline tidak duduk di sebelahnya meskipun telah dijemput oleh Danny. Colline mengambil tempat duduk di hujung sekali bertentangan dengan Danny.

“As you have seen ladies and gentlemen, the Exium Gun is indeed effective in dealing with the Grogan threats. Currently, 10,000 units are being manufactured in our ISRC US Military Laboratory. It shall be transfered and distributed to our troops within this week,” Danny memulakan ucapannya.

Menteri – menteri yang berada di situ mengangguk – anggukkan kepala. Colline memerhatikan sahaja kelakuan mereka itu. Colline benar – benar berharap Danny akan memberitahu dari manakah sumber data yang diperolehi oleh ISRC US untuk mereka Exium Gun itu. Namun hati kecilnya juga berkata yang Danny tidak akan memberitahunya.

“Chief Director Danny, can you tell us briefly the current situation of the Grogan threat in Sabah?” Menteri Pertahanan Alexus Moktih bertanya kepada Danny.

Danny mengangguk sebelum berdiri dan menekan suatu butang di dinding di belakang tempat duduknya. Dinding di belakangnya itu bergerak ke atas dan sebuah layar computer yang amat besar pun muncul dari dalam dinding itu tadi. Danny mengambil sebuah alat kawalan kecil dari kocek kotnya. Jarinya menekan butang yang terdapat di alat kawalan tersebut. Layar komputer itu bertukar imej dan menayangkan peta Sabah yang berwarna hijau. Di bahagian utara, barat dan timur peta Sabah itu terdapat bintik – bintik merah yang mewakili serangan – serangan Makhluk Grogan.

“Currently, the most rampant attack has been recorded within the northern, western, and the eastern coast of Sabah. We are collaborating with General Donovan of the GDTF in setting up perimeter defenses around each coast,” terang Danny.

Salah seorang menteri yang berada di situ mengangkat tangan. Danny mempersilakan beliau untuk mengutarakan pertanyaannya. “Judging from the area of attack, it is strange to see those monsters to only focus their attack within the coast of Sabah. At the moment, there has not been any attack reported from any of the major cities in Sabah. Why is that so?”

Pertanyaan menteri itu memang bijak bagi Danny sendiri. Dia juga tidak tahu mengapa serangan – serangan Makhluk Grogan itu cuma tertumpu di bahagian utara, barat dan timur negeri Sabah iaitu kawasan bandar kecil dan perkampungan sahaja. Belum ada serangan Makhluk Grogan yang direkodkan di kawasan bandar raya besar.

“I... I am still unsure of the reasons or motives that these creatures have. Perhaps Professor Colline would like to enlighten us a bit?” jawab Danny sambil menoleh ke arah Colline.

Para menteri itu pun mengalihkan pandangan mereka kepada Colline. Pandangan mata Danny seolah – olah berkata, bantu saya menjelaskan situasi ini. Colline berasa agak geram diperlakukan begitu. Namun Colline akur memandangkan beliau juga adalah seorang yang professional. Dia pun berdiri dan berjalan ke hadapan lalu berdiri di sebelah Danny.

“Thank you Chief Director. Good evening ladies and gentlemen. I am Professor Colline Sullivan of the ISRC Sabah Department Meteorology Investigation Center or MIC. I shall explain the behaviour of the Grogans that we have studied so far,” Colline memulakan penerangannya. Danny menyerahkan alat kawalan itu kepada Colline.

Colline menekan butang pada alat kawalan tersebut. Imej peta Sabah itu digantikan dengan imej Queen Grogan. “This is what we call the Queen. We gave her the name “QUEEN” because it is the first type of Grogans that arrived on our planet 70 million years ago.”

“These creatures came to our planet 70 million years ago?” kata salah seorang menteri wanita yang berada di situ.

“Yes. Their attack in Sabah was not the first time they appeared. We acquired this information from a reliable source. Sadly, the record was destroyed along with the Ancient Pyramid that housed the information in Gobi Desert,” jawab Colline.

Para menteri itu mulai berbisik – bisik di antara satu sama lain. Kerisauan jelas terpapar di wajah mereka. Mereka kini berhadapan dengan makhluk yang pernah cuba untuk menakluk planet bumi 70 juta tahun dahulu.

“Ladies and gentlemen, please allow me to continue,” celah Colline untuk menenangkan semula para menteri itu. Para menteri itu pun kembali senyap dan menumpukan perhatian semula kepada Colline.

“According to the ancient information of the Samarian Clan, The Queen only have one form and it was not able to reproduce. But what we have seen here in our Sabah state, seems otherwise. The Queen Grogan who crash landed in Lahad Datu, code named, “G-MOTHER”, has the ability to create offsprings by mutating the genes of earth's creatures.”

Colline menekan butang di alat kawalan itu lagi. Imej Queen Grogan itu digantikan dengan imej Reptilian Grogan. “These are G-MOTHER's first offsprings, creatures that has the appearance of a crocodile. Savage and extremely powerful, these are creatures who destroyed the GDTF Rescue Team who was sent to Tawau.”

“Code named, G-CROC,” sambung Danny.

Colline mengangguk mengiakan kata – kata Danny itu. “The G-CROC were there when we were at the Ancient Samarian Temple in Gobi Desert. It is believed that they were there to destroy Rayz Silman,” Colline menyambung penerangannya.

“Profesor Colline, mengapa agaknya makhluk – makhluk Grogan ini benar – benar bertekad untuk membunuh Rayz Silman?” tanya seorang menteri lelaki berkumis tebal.

“Rayz Silman adalah lelaki yang digelar sebagai “Dunamist”. Yang bermaksud, “Dia Yang Paling Layak”. Hanya beliau yang mampu mengaktifkan kuasa artifak purba dari angkasa lepas iaitu Xyver. Kebolehan istimewa beliau ini mengancam makhluk – makhluk Grogan ini. Maka G-MOTHER menghantar G-CROC untuk membunuh beliau. Ini kerana tanpa beliau, Xyver tidak akan memberi ancaman kepada mereka,” jawab Colline.

“Profesor Colline, boleh terangkan selanjutnya mengapa serangan G-CROC ini cuma tertumpu di kawasan luar bandar dan bukannya bandar raya besar?” seorang menteri wanita berambut putih mengutarakan soalannya.

“Sudah tentu Yang Berhormat,” jawab Colline. “As we know, these creatures work under the command of G-MOTHER. Without G-MOTHER's command, they usually remain hidden until instructed otherwise. We are still investigating why there hasn't been attack on large cities. But if my hypothesis is correct, G-MOTHER is planning something. But I am still unsure what exactly its plan is. For the time being, my advice would be to supress the attack on all of the state's coast. And if possible, we need to prepare a Strike Force to hunt down G-MOTHER A.S.A.P.”

“I agree with Professor Colline's opinion. The best course of action for the moment is to supress the attack of the G-CROC on all 3 coasts. We shall organize a Strike Force immediately to deal with G-MOTHER,” kata Menteri Pertahanan Alexus Moktih.

“Then it is settled ladies and gentlemen. Our meeting here is adjourned. You may retire to our VIP lounge to enjoy some refreshments,” kata Danny, menamatkan mesyuarat tersebut.

Satu – persatu menteri – menteri itu meninggalkan bilik persidangan. Danny sedang berbual – bual dengan Menteri Pertahanan Alexus Moktih. Colline mengemaskan tas tangannya sambil mengerling ke arah Danny. Danny faham maksud kerlingan mata Colline itu. Danny meminta dua orang pegawai ISRC untuk mengiringi Menteri Pertahanan Alexus Moktih ke VIP lounge kemudian dia berjalan menuju kepada Colline.

“Danny. Colline ingin bertanya sesuatu,” kata Colline memulakan bicara.

“Ok, apa soalan Colline tu? Mengenai Rayz?” jawab Danny dengan nada menyindir.

Colline terkilan mendengar tempelak Danny itu namun ditahannya sahaja. “Mungkin mengenai Rayz tetapi bukan sekarang. Soalan Colline adalah, adakah para menteri itu tahu kewujudan makhluk Grogan gergasi yang muncul di pergunungan Tawau 3 bulan yang lalu?”

“Colline tidak perlu mengambil tahu mengenai perkara itu,” jawab Danny pendek dan ringkas.

Colline hairan mendengar jawaban Danny itu. “I assume they didn't know about it then?”

“Like I said, Colline tidak perlu mengambil tahu mengenai perkara itu,” Danny mengulang semula jawapannya.

“Kalau begitu jawab persoalan Colline ini, adakah senjata Exium Gun ISRC itu akan berkesan dengan makhluk Grogan gergasi itu?”

Danny menahan nafasnya seketika. Dia tahu jawapan kepada persoalan Colline itu. Danny mengagumi kebijaksanaan Colline di dalam penaakulan namun persoalan Colline itu mengancam kariernya sebagai Pengarah ISRC Cawangan Sabah. Dia kini terperangkap samada menjawab atau menafikan soalan Colline itu.

“Well?” Colline mengulang soalannya.

“Danny tidak ada jawapan untuk soalan Colline itu. Kita masih belum ada live sample untuk menguji Exium Gun. But it is just a matter of time before it can be done.”

“Kalau begitu, hanya Xyver yang mampu menewaskan makhluk Grogan gergasi itu. In other words, we still need Rayz! We need to find him.”

“No. Kita tidak memerlukan Rayz. Teknologi Exium Gun itu sendiri sedang diperhebatkan di US. Dalam beberapa masa lagi ianya akan berupaya menangani kesemua variasi Grogan itu. Dan Colline harus ingat, Rayz itu kacukan makhluk asing dengan manusia. Tambahan pula, Kaum Samarian berkemungkinan besar menceroboh Bumi selepas Grogan itu ditewaskan. Kita harus bersedia menghadapi ancaman daripada kedua – dua puak makhluk asing ini!”

“Rayz bukan seperti Kaum Samarian itu. Apa yang berlaku kepadanya bukanlah pilihannya. This is not what he wanted, you know that Danny.”

Danny berasa geram melihat Colline sering mempertahankan Rayz sekalipun Colline kini mengetahui yang Rayz adalah baka Kaum Samarian. Perasaan meluat dan marah Danny semakin meluap – luap terhadap Rayz. “Mengapa Colline suka sangat mempertahankan Rayz! Adakah Rayz itu lebih penting dari Danny dalam hidup Colline!” suara Danny meninggi.

Colline tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Danny itu. Persoalan Colline itu bukanlah berkaitan soal hati dan perasaan tetapi berkaitan dengan keselamatan Negeri Sabah. Colline keliru seketika. Otaknya berserabut. Tidak berani dia memandang wajah Danny yang amat serius itu.

“I... I am sorry Colline. I shouldn't have raised my voice like that,” Danny meminta maaf di atas kekasaran bahasanya sebentar tadi.

“It's okay... Mungkin lebih baik Colline balik terlebih dahulu. Enjoy your dinner,” jawab Colline. Tas tangannya di sandang.

Colline melangkah ke pintu keluar bilik persidangan. Danny memegang pergelangan tangan kiri Colline dengan lembut. “I'm sorry. Biar Danny hantar Colline ke apartmen Colline.”

“It's okay. Colline boleh balik sendiri. Lagipun Menteri Pertahanan Alexus Moktih sedang menunggu Danny. Tak baik biarkan beliau menunggu,” suara Colline agak sayu kedengaran.

Danny meleraikan pegangan tangannya. Colline melangkah kembali. Tiap langkah yang diambil oleh Colline itu seolah – olah melambangkan jarak pemisah diantara mereka berdua. Hati Danny seolah – olah berhenti berdetak melihat pemergian Colline itu. Danny duduk di kerusi. Perasaan sedihnya tidak terkata. Air mata yang ingin mengalir ditahan sedaya – upaya. Danny mengesat titisan “air” yang kecil di bucu matanya. Perasaan sedih itu kini berubah menjadi amarah. Amarah kepada lelaki bernama Rayz. Ya! Rayz lah penyebab kepada keruntuhan hubungannya dengan Colline. Danny bersumpah akan menghancurkan Rayz. Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat merampas Colline daripadanya.

Tanpa disedari oleh Danny, tindak – tanduknya itu sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang bertopeng. Lelaki bertopeng itu sedang berdiri di belakang Danny. Sejak bilakah dia berada di situ, adalah sesuatu yang misteri. Lelaki bertopeng itu mengorak senyuman misteri di sebalik topengnya. Danny tersentak dan dengan pantas menoleh ke belakang. Lelaki bertopeng itu ghaib bagaikan angin. Bulu roma Danny berdiri dengan sendirinya. Rasa seram sejuk menyerang benak Danny.
“Apa yang saya rasakan tadi tu?” Tanya Danny dalam hatinya.

*********************************************************************

Colline baru sahaja memasuki lif yang akan membawanya ke tingkat atas. Colline menyandarkan diri ke dinding lif. Matanya dipejamkan. Kata – kata Danny sebentartadi terngiang – ngiang semula di kotak fikirannya. Air mata Colline mengalir dengan sendirinya. Danny tidak pernah menuduhnya sebegitu rupa. Apa yang dilakukan oleh Danny itu benar – benar melukakan hatinya. Selemah itukah kepercayaan Danny terhadap dirinya? Tidakkah terlintas di fikiran Danny sedikit pun betapa Colline mengorbankan cinta untuk dirinya sahaja?

Colline mengesat air matanya. Esakan lembut Colline itu benar – benar membuatkan sesiapa pun akan menangis. Lif itu bergerak ke atas dengan pantas. Colline menundukkan kepalanya ke lutut. Fikirannya dibiarkan menerawang jauh. Wajah tampan Rayz muncul di kotak fikirannya. Rayz tersenyum kepadanya. Senyuman Rayz itu memberikan semula Colline kekuatan untuk meneruskan kehidupannya yang kian rumit. Colline menghalakan pandangannya ke hadapan. Suatu objektif baru muncul dalam dirinya. “I must find Rayz. I must free him from ISRC!” getus hati Colline dengan tegas.

Colline berdiri semula. Lif itu baru sahaja berhenti ke tingkat satu atau lobi bangunan ISRC. Pintu lif terbuka. Colline melangkah kemas keluar. Dia sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih yang baru sahaja melanda hatinya sebentar tadi. Colline mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. Nombor Poly didail kemas.

“Hello? Professor Poly speaking,” kedengaran suara Poly di corong telefon bimbit itu.

“Poly, its me Colline. Where are you right now?” Tanya Colline.

“Poly masih di pejabat. Ada apa – apa yang boleh Poly bantu?”

“Poly tunggu di situ. Colline akan datang berjumpa dengan Poly selepas Colline memanggil Jane.”

“What is this about?”

“I’ll tell you once I get there. Please, just wait for a while.”

“Okay. If you say so.”

*********************************************************************

Puncak Menara Metropolis Kinabalu. Kelihatan kelibat 2 lembaga manusia yang berpakaian jubah panjang serba hitam sedang berdiri di atas tembok menara. Kedua – dua lembaga manusia itu tampak berbeza dari segi saiz tubuh mereka. Yang di kanan bertubuh besar, ketinggian hampir mencapai 6 kaki manakala yang di kiri bertubuh kecil, ketinggiannya mencapai 5 kaki setengah. Wajah mereka sukar untuk dilihat kerana ditutupi kain hitam yang menutupi bahagian mulut dan hidung mereka. Jubah mereka berkibar – kibar ditiup bayu laut yang agak deras pada malam itu.

Meza dron pi kon ji nor?.”

“Ayah, bilakah kita akan pergi menyelamatkan “Bakal Maharaja” itu?” tanya lembaga yang bertubuh kecil kepada lembaga yang bertubuh besar. Suaranya lunak dan merdu sekali seperti suara gadis.

Gupon trik wela bin toe neza swert yu lik.”

“Buat masa sekarang kita akan memerhatikan sahaja bangunan itu,”jawab lembaga yang bertubuh besar.

Qanz prank? Bunok di por vitz kop nuy roj?.”

“Tapi mengapa ayah? Kita kan telah memerhatikan bangunan itu selama beberapa minggu. Kenapa kita tidak boleh bertindak sekarang?” kata lembaga bertubuh kecil itu pula.

Lembaga bertubuh besar itu mengalihkan pandangannya kepada lembaga bertubuh kecil itu. Dia meletakkan tangannya di atas bahu lembaga bertubuh kecil itu.

bubut viz deram porez bon? Chadu kilank mon jinkop.”

“Anakku, tidakkah engkau merasai aura kejahatan yang luar biasa yang sedang menyelaputi bangunan itu? Lihat dengan mata hatimu.”

Mendengar apa yang dikatakan oleh lembaga bertubuh besar itu, lembaga bertubuh kecil itu pun menutup matanya. Dan apa yang dikatakan oleh lembaga bertubh besar itu adalah benar. Bangunan ISRC itu kelihatan diselubungi aura merah darah yang berkobar – kobar laksana api. Hati lembaga kecil itu gentar melihat fenomena itu. Dia seolah – olah kenal aura kejahatan itu.

Qanz prank, doi to wen giz....”

“Ayah, bukankah itu aura...”

REFURUCIS.”

“REFLUCIS.”

Lembaga bertubuh kecil itu tersentak mendengar nama itu. Tanpa disedarinya, dia telah mengundurkan satu langkah ke belakang. Jantungnya berdegup kencang dan keringat dingin membasahi dahinya. Lembaga bertubuh besar itu memegang bahunya semula. Pandangan matanya meminta lembaga bertubuh kecil itu bertenang.

To Be Continued...