Tuesday, May 24, 2011

Chapter 34 : Interlude

CHAPTER 34 : Interlude
Tempat             : J’taime Cafe, Metropolis Kinabalu
Masa                : 12.45 PM
Tarikh               : 7 April 2010 (Sebulan Kemudian)
Colline sedang menikmati secawan Mocha Coffee di restoran perancis bernama J’taime Cafe. Dia sedang duduk sambil menyilangkan kaki berhampiran dengan tingkap restoran berkenaan. Colline memakai kot ungu yang juga dipadankan dengan skirt pendek dengan warna yang sama. Rambutnya diikat kemas di belakang. Di atas meja kelihatan fail tebal yang berwarna hitam dan beberapa keping brosur Metropolis Kinabalu University of Advanced Science atau MKUAS. Rupa – rupanya Colline telah pun mula bekerja dengan Metropolis Kinabalu University of Advanced Science sebagai pensyarah bagi Fakulti Kejuruteraan Sains selama sebulan. Sekarang adalah masa rehat bagi semua staf Metropolis Kinabalu University of Advanced Science. Kebanyakkan staff MKUAS kebiasaannya melepak di cafe berkenaan. Beberapa pensyarah lain kelihatan mengerling sambil berbisik – bisik mengenai diri Colline. Nampaknya mereka hairan mengapa Colline yang pernah menjadi pegawai ISRC tiba – tiba bekerja sebagai pensyarah di MKUAS.
Colline tidak mengendahkan gelagat mereka semua itu. Baginya itu adalah perkara yang biasa dan tidak perlu difikirkan pun. Hujan kelihatan sedang turun dengan renyai – renyai di luar cafe tersebut. Colline mengeluarkan PDA dari tas tangannya yang berada di atas meja. Pen Stylus dikeluarkan dan dengan cermat dia mulai melayari internet melalui PDA tadi. Dahi Colline berkerut ketika dia membaca tajuk artikel yang tertera pada paparan PDA:
Grogan Attacks Decreasing in Urban Areas, Attacks in Rural Areas Intensifies
Serangan Grogan di kawasan bandar – bandar utama kelihatan semakin berkurangan tetapi semakin bertambah di kawasan luar bandar. Pola serangan makhluk Grogan itu sama seperti tekaannya. Colline masih lagi berusaha untuk menyiasat misteri di sebalik pola serangan tersebut namun jawapan masih lagi belum ditemuinya. Jikalau Queen Grogan atau G-Mother itu memiliki intelek yang tinggi, sudah pasti ianya akan menyerang kawasan yang mempunyai populasi yang ramai kerana itu adalah naluri semulajadi makhluk penakluk seperti mereka. Namun apa yang berlaku ini sangat menghairankan. “Why attack the rural areas and not big cities like Metropolis Kinabalu and Belud City?” getus hati Colline. Dia menggigit bibir. Otaknya ligat berfikir namun jawapan masih lagi jauh dari jangkauan. Meskipun Colline telah berhenti dari ISRC, tidak bermaksud dia telah mengabaikan ancaman makhluk Grogan yang sedang berleluasa di Negeri Sabah. Benarlah kata Poly dan Jane, ‘Sains’ itu adalah kehidupan Colline dan tidak mudah baginya untuk melupakan begitu sahaja. Pen Stylus ditekan lagi.
Chief Director of ISRC Sabah Department Reported Missing – ISRC to Search For Suitable Candidate
Nampaknya Danny telah menghilangkan diri seminggu selepas dia meletakkan jawatan. Sehingga kini jejaknya masih belum dapat dikesan. Colline bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Danny namun hatinya belum lagi bersedia untuk melupakan segala apa yang telah dilakukan oleh Danny terhadapnya. Tapi Colline tahu Danny tidak akan apa – apa kerana dia adalah seorang lelaki yang cekal dan bersemangat tinggi. Colline menekan Pen Stylus itu lagi, tajuk artikel berubah lagi:
Mysterius Disease Hits Marudu City – ISRC Suspects Grogan Attacks
“Penyakit misteri melanda Bandar Raya Marudu?” getus hati Colline. Dahinya berkerut semula. Artikel dibacanya lagi. Nampaknya ISRC akan dihantar ke Bandar Raya Marudu bagi menyiasat kes berkenaan. Poly yang kini berpangkat Timbalan Pengarah akan menyelia operasi pengkajian dan penyiasatan di bandar berkenaan kerana ianya mungkin ada kaitan dengan aktiviti Grogan. Colline tahu mengapa Poly akan turut serta dalam operasi berkenaan. Ini adalah kerana ibubapa Poly tinggal di Bandar Raya Marudu. Tiba – tiba hati Colline dilanda gelisah. Seolah – olah ada sesuatu yang bakal berlaku kepada Poly seandainya dia teruskan juga operasi di Bandar Raya Marudu itu. Namun Colline sedar, bukan mudah bagi dia untuk bertemu dengan Poly kerana dia bukan lagi staf ISRC. Lagipun, dia juga telah berjanji tidak akan melibatkan diri lagi dengan Sains mahupun ISRC. Colline mendengus perlahan, bingung dengan apa yang patut dilakukannya.
Tiba – tiba pintu restoran terbuka. Seorang wanita memakai kot hitam panjang masuk ke dalam diikuti 2 orang lelaki berkaca mata hitam dan berkot hitam. Wanita itu berumur lebih kurang 25 tahun dan memiliki paras rupa yang jelita namun air mukanya kelihatan serius dan tegas. Wanita itu meliarkan pandangannya ke seluruh restoran, dia ternampak Colline sedang duduk seorang diri. Dia memberi isyarat kepada kedua – dua lelaki itu untuk menunggu di luar. Wanita itu pun berjalan mendekati Colline.
Professor Colline Sullivan?” tanyanya kepada Colline.
Colline memandang wanita itu seketika. “Yes. Can I help you?
********************************************************
Tempat             : Dewan Utama, Silman Software Corporation, Metropolis Kinabalu
Masa                : 9.02 PM
Tarikh               : 7 April 2010
Syarikat Tuan Silman sedang mengadakan suatu majlis yang gilang gemilang pada hari ini. Hari ini Wai-Wai Silman, anak perempuan tunggal Tuan Silman akan bertunang dengan Jamal Brauner anak lelaki tunggal Syeikh Brauner Mahmood Ar-Rashid, saudagar minyak dari Saudi Arabia. Banyak orang – orang ternama telah dijemput datang. Kebanyakkan mereka adalah bussinessman dan tokoh korporat. Ini jelas menunjukkan betapa kayanya Tuan Silman di Negeri Sabah. Suasana pada hari itu diserikan lagi dengan alunan muzik sentimental Canon in D hasil komposer lagenda Johann Pachelbel.
Kelihatan Tuan Silman dan isterinya sedang berbual – bual dengan mesra dengan Syeikh Brauner di bahagian meja utama. Wai-Wai sedang duduk di sebelah Puan Jenny, ibunya. Wai-Wai mengenakan dress satin berwarna biru tua dengan sarung tangan sutera berwarna putih. Rambutnya disanggul kemas dan menampakkan lehernya yang jinjang. Wai-Wai benar – benar kelihatan jelita dan anggun pada hari itu. Di lehernya terdapat seutas rantai nilam bertatahkan berlian yang kelihatan amat cantik sekali. Rantai itu berharga USD 900,000 dan merupakan pemberian Jamal Brauner sebagai hadiah pertunangan. Meskipun majlis itu kelihatan gilang gemilang, wajah Wai-Wai langsung tidak menampakkan kegembiraan. Dia kelihatan bermuram sahaja. Sekali – sekala dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu dewan utama seolah – olah menanti kedatangan seseorang.
May I have this dance?” Jamal menghulurkan tangan, mempelawa Wai-Wai untuk menari bersama dengannya. Jamal adalah seorang lelaki yang benar – benar kacak. Wajahnya iras – iras Edika Yusuf cuma kulitnya sahaja yang agak gelap. Dia memakai tuxedo hitam dengan bow tie dengan warna yang sama.
I don’t feel like dancing,” Wai-Wai menjawab jujur. Puan Jenny memegang bahunya dan memberikan isyarat agar Wai-Wai pergi menari dengan Jamal.
It’s okay auntie. Maybe Wai-Wai isn’t feeling right,” kata Jamal sambil tersenyum ke arah Wai-Wai. Wai-Wai tersenyum kelat, kemudian dia perasan Tuan Silman sedang memandang ke arahnya. Wai-Wai faham dengan renungan mata Tuan Silman itu. Dia pun menyambut tangan Jamal dan mereka berdua berjalan beriringan ke tengah – tengah dewan utama. Para tetamu yang berada di situ pun segera bergerak ke tepi untuk memberikan ruang kepada mereka berdua. Alunan muzik Canon in D bertambah kuat dan kedua – dua pasangan itu mulai menari mengikut rentak muzik.
You don’t look too happy today Wai-Wai, is something bothering you?” tanya Jamal.
It’s nothing. I am just not comfortable with this many people,” jawab Wai-Wai cuba menyembunyikan apa yang difikirkannya.
Are you not happy with our engagement?” kata Jamal tanpa bersembunyi. Matanya memandang tepat ke mata Wai-Wai seolah – olah cuba untuk menyelam isi hati sebenar Wai-Wai.
You already know the answer to that question Jamal. This engagement is what you and my father wanted. I never agreed to this, but choice is not a luxury that I have,” jawab Wai-Wai dengan nada suara yang sayu.
Then tell me what it is that you want Wai-Wai. If it is within my ability, I would give it to you. You know how much I love you,” kata Jamal lagi.
Wai-Wai menghentikan langkah tarinya. Tangannya dilepaskan dari genggaman tangan dan bahu Jamal. Jamal juga berhenti. Buat seketika mereka berdua mendiamkan diri. Hanya alunan muzik Canon in D sahaja yang masih lagi bermain. Wai-Wai memandang tepat wajah Jamal. Tidak dinafikan lelaki di hadapannya itu memang kacak dan tampan. Wajah yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana Jamal merupakan bintang Squash antarabangsa dan juga Supermodel terkemuka bagi jenama Ala Mode. Dia juga merupakan Putera Sulung kepada saudagar terkemuka Saudi Arabia yang juga merupakan orang ke empat terkaya di seluruh dunia. Hanya wanita yang gila sahaja yang akan menolak lelaki seperti Jamal itu. Tapi bagi Wai-Wai, harta bukanlah pengukur bagi cintanya. Hatinya hanya dimiliki oleh seorang lelaki sahaja dan lelaki itulah yang ditunggu – tunggunya.
What I want, you can not give Jamal,” kata Wai – Wai pendek.
Tiba – tiba pintu dewan utama terbuka dan seorang lelaki yang memakai tuxedo hitam dengan membawa sejambak bunga mawar putih masuk ke dalam. Wai-Wai terkejut melihat lelaki itu, Jamal perasan akan perubahan wajah Wai-Wai itu lalu dia juga memandang ke arah lelaki tadi. Lelaki itu melangkah dengan kemas dan mendekati Puan Jenny. Lelaki itu mengucup pipi Puan Jenny. Puan Jenny pun bangun dari tempat duduknya dan memeluk lelaki itu dengan penuh kasih sayang. “Welcome home, we have been waiting for you,” kata Puan Jenny dengan lembut sambil mengusap rambut lelaki itu.
Lelaki itu pun berjalan ke arah Wai-Wai dan Jamal. Jambangan bunga mawar putih itu dihulurkan kepada Wai-Wai dengan sekuntum senyuman yang manis. “Congratulations. Sorry for being late on such an important occasion,” kata lelaki itu. Wai-Wai tidak menyambut jambangan bunga mawar itu. Air mata mulai menitis di kedua – dua belah pipinya. “Rayz,” kata Wai-Wai perlahan, suaranya teresak – esak. Tanpa segan dan silu, Wai-Wai mendakap tubuh Rayz dengan erat dan meletakkan mukanya di atas dada Rayz, esakannya bertambah kuat. Rayz tidak berkata apa – apa dan membiarkan sahaja Wai-Wai. Jamal terkedu dengan apa yang berlaku, siapa lelaki ini? jelas terpahat persoalan ini di wajahnya.
Para hadirin yang ada di situ tiba – tiba menyepikan diri melihat kejadian itu. Mereka berpandangan di antara satu sama lain, tidak faham dengan apa yang berlaku. Jevin meneguk minumannya dan segera meninggalkan dewan utama tersebut. Dia tidak ingin sesiapa pun melihat perubahan wajahnya. “Lelaki itukah yang engkau tunggu selama ini Wai-Wai?” getus hati Jevin, dia mempercepatkan langkahnya.
********************************************************
Pejabat Utama Tuan Silman...
Tuan Silman dan Rayz sedang berdiri di koridor pejabat Tuan Silman. Mereka berdua sedang memandang panorama Metropolis Kinabalu pada malam itu. Lampu – lampu jalan dan neon yang mewarnai pemandangan pada malam itu kelihatan amat indah dan mengasyikkan. Sepuluh minit telah berlalu namun mereka berdua belum berkata apa – apa lagi. Masing – masing menyepikan diri.
“Apa tujuan Rayz datang pada malam ini?” tanya Tuan Silman memecahkan kesunyian. Dia tidak memandang ke arah Rayz. Matanya dipakukan ke arah Metropolis Kinabalu.
“Rayz datang untuk mengucapkan tahniah kepada Wai-Wai dan...” Rayz tidak menghabiskan kata – katanya. Kerongkongnya tiba – tiba rasa tersekat.
“Dan apa?” Tuan Silman berkata lagi, meminta Rayz meneruskan kata – katanya.
“Rayz ingin menerangkan keputusan Rayz pada ‘malam’ itu,” akhirnya Rayz memberitahu niat sebenar kedatangannya.
Serentak itu juga ingatan Tuan Silman kembali semula sewaktu Rayz berusia 21 tahun. Pada malam itu, Tuan Silman telah menjemput semua ahli lembaga syarikat dan beberapa orang ternama dan rakan kongsi syarikat di Bangunan Silman Software Corporation. Pada malam itu Tuan Silman akan bakal mengumumkan suatu keputusan yang teramat besar dan penting bagi masa hadapan Silman Software Corporation. Dia akan memberikan tampuk pimpinan syarikatnya itu kepada Rayz dan Rayz akan menjadi pewarisnya. Namun lain pula yang berlaku. Rayz telah menghilangkan diri pada malam itu. Jadi untuk menutup malu, dia terpaksa mengisytiharkan Wai-Wai sebagai pewaris syarikatnya meskipun Rayz adalah orang yang dipilihnya. Sejak kejadian itu, Tuan Silman telah membuat keputusan untuk tidak menganggap Rayz sebagai ‘anak’nya lagi.
“Huh, tidak ada apa – apa lagi yang perlu diterangkan. Rayz telah pun membuat keputusan itu, jadi sepatutnya Rayz tidak perlu datang ke sini lagi,” suara Tuan Silman itu kelihatan tegas. Ada rasa hampa dalam nada suaranya itu.
“Rayz tahu daddy masih marah dengan Rayz. Namun daddy harus tahu mengapa Rayz berbuat sedemikian,” pujuk Rayz.
There is nothing else you can say to explain yourself Rayz! You shamed me in front of all the other VIP by running away. How could you do this to me? Do this to your family?” kata Tuan Silman, kali ini dia memandang tepat ke arah Rayz. Air mukanya serius sekali.
Rayz menarif nafas panjang. “I did what I did because it was the right thing to do daddy. Eversince Wai-Wai was a little girl, you never did paid her any attention. You made decisions without consulting her first. Did you know how painful it was for her to just follow your orders without any say at all?
“Hal ini bukannya mengenai Wai-Wai! Hal ini mengenai Rayz!” Tuan Silman meninggikan suaranya.
That is where you are wrong daddy! It has always been about Wai-Wai, it is not about me. Adakah daddy telah lupa Rayz hanyalah anak angkat daddy?” jawab Rayz. Wajahnya kelihatan serius sekali.
Keadaan menyepi lagi. Buat seketika anak – beranak itu hanya berpandangan di antara satu sama lain. Tuan Silman mengalihkan pandangannya ke tempat lain. “Apa maksud Rayz? Daddy tak faham.”
“Tidakkah daddy sedar selama ini daddy telah mengabaikan perasaan Wai-Wai? Semua keputusan yang penting dalam kehidupan Wai-Wai, daddy tentukan sendiri tanpa berbincang dahulu dengan dia. She is your daughter daddy, you must listen to what she wants once in a while.”
Shut up! I know what is best for my daughter! I know what is best for my family!” jerkah Tuan Silman. Dia terbatuk lantaran menahan amarah yang membuak – buak.
“Mungkin benar daddy tahu yang terbaik untuk keluarga daddy jadi biar Rayz tanya daddy, kenapa daddy ingin berikan Silman Software Corporation kepada Rayz malam itu sedangkan Rayz hanyalah anak angkat daddy? Tidakkah Wai-Wai lebih layak dari Rayz kerana dia darah daging daddy sendiri? Did you know how much that hurt her? Adakah daddy tahu kenapa Wai-Wai berperangai liar sewaktu dia berumur 19 tahun? Itu sebab daddy melayan Rayz seolah – olah Rayz lah anak kandung daddy dan mengenepikan Wai-Wai. Dia berbuat begitu kerana tidak berpuas hati dengan layanan daddy terhadapnya. Don’t you think it isn’t fair for her?
Tuan Silman mendiamkan diri. Tidak pernah terlintas perkara itu di mindanya sebelum ini. Apa yang dikatakan oleh Rayz itu mulai membuka selumbar yang selama ini menutupi mata hatinya.
I know how much you wanted a son as a firstborn who would inherit your legacy. But Wai-Wai is so much more than a son. Didn’t she prove to you her worth by managing this company successfully in the past 3 years? Dan itu adalah sebabnya kenapa Rayz menghilangkan diri. Rayz inginkan daddy melihat diri Wai-Wai seadanya. Daddy perlu memberikan Wai-Wai kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Daddy perlu mendengar kata – katanya sekali sebelum membuat keputusan. Jangan biarkan keputusan daddy itu menghancurkan kehidupan anak perempuan daddy kelak,” Rayz menuturkan kata – katanya dengan sopan sekali.
Akhirnya barulah Tuan Silman sedar mengapa Rayz berbuat sedemikian. Tidak pernah disangkanya selama ini banyak keputusan yang dilakukannya itu hanya menurut kepentingannya dan bukan kepentingan anak perempuan tunggalnya itu. Barulah Tuan Silman sedar betapa mulianya hati Rayz dan betapa dia menyayangi keluarga ini. Sekalipun dia telah berpatah arang dengan Rayz, Rayz tetap tidak menaruh dendam terhadapnya. Tuan Silman duduk di sofa yang berdekatan. Dia mengusap wajahnya beberapa kali. Betapa bersalahnya dia terhadap Wai-Wai selama ini.
“Rayz tidak akan berkata begini jika ianya tidak benar. Maafkan Rayz jika Rayz berkelakuan kurang sopan terhadap daddy. Rayz tidak datang ke sini untuk bermusuhan dengan daddy. Rayz cuma ingin menerangkan hal yang sebenar. You don’t have to worry, I will not return here anymore. Just open your heart to what Wai-Wai wants from now on,” Rayz pun melangkah ke pintu pejabat Tuan Silman selepas menghabiskan kata – katanya.
“Rayz, tunggu dulu,” Tuan Silman berdiri dan meminta Rayz berhenti. Rayz pun berpaling ke arah Tuan Silman.
Thank you, son. Thank you for opening my eyes. Please don’t leave this family. You are my son,” kata Tuan Silman. Dia meminta Rayz untuk tidak meninggalkan keluarga ini.
Rayz tersenyum. “I am your son. This is my family too. I will return when the time is right.”
Tuan Silman mengangguk. Rayz membalas anggukkan Tuan Silman. Dia pun melangkah keluar dari pejabat Tuan Silman. Wai-Wai sedang menunggunya di luar pintu pejabat. Rayz dan Wai-Wai berpandangan seketika. Wai-Wai menundukkan kepala dan meramas – ramas jari – jemarinya sendiri. Jantungnya berdegup kencang, entah mengapa.
“Wai-Wai buat apa di sini? Party di bawah sudah tamat?” tanya Rayz.
“Belum lagi. Wai-Wai datang mencari Rayz sebenarnya,” jawab Wai-Wai tergagap – gagap. Cuping telinganya terasa ‘panas’.
Rayz tersenyum. “Well, you’ve found me. Is there something wrong?
There is something I wanted to tell you. Can we talk in private?
********************************************************
Bumbung Bangunan Silman Software Corporation...
Rayz dan Wai-Wai sedang duduk di atas bumbung Bangunan Silman Software Corporation sambil memakan aiskrim perisa coklat. Mereka berdua sedang menikmati pemandangan di Metropolis Kinabalu dan bayu pada malam itu. Sewaktu mereka berumur belasan tahun, mereka sering melepak di bumbung yang sama apabila Tuan Silman membawa mereka melawat syarikat tersebut. Tempat itu penuh dengan kenangan sewaktu Rayz masih tinggal dengan keluarga Tuan Silman.
“Rayz masih ingat dengan apa yang Wai-Wai katakan waktu Wai-Wai berumur 16 tahun?” Wai-Wai membuka bicara.
“Sudah tentu. Kalau Rayz tak silap, Terry Spencer si olahragawan telah mengecewakan hati Wai-Wai kan? Lepas itu Wai-Wai kata Wai-Wai tak akan bercinta lagi dan kemungkinan besar tak akan berkahwin sekalipun Wai-Wai menjadi andartu!” Rayz bercerita sambil ketawa kecil.
“Kemudian apa yang Rayz katakan pada Wai-Wai ketika itu?”
“Rayz kata, kalau tidak ada orang lain yang mahu berkahwin dengan Wai-Wai, biarlah Rayz saja yang berkahwin dengan Wai-Wai.”
Wai-Wai merenung wajah Rayz dengan serius ketika Rayz menghabiskan kata – katanya. Rayz berasa kekok dengan apa yang dilakukan oleh Wai-Wai itu. Dia pun mengalihkan pandangannya ke tempat yang lain.
Did you really mean what you said that time?” tanya Wai-Wai.
Rayz menghela nafas. Rambutnya beralun ditiup bayu malam. “Wai-Wai, kita masih kecil waktu itu. Rayz berkata sedemikian untuk memujuk hati Wai-Wai sahaja.”
Wai-Wai pun berdiri dan memeluk tubuh. Dia tetap memandang wajah Rayz. “Ada sesuatu yang Rayz perlu tahu. Apa yang Wai-Wai rasakan selama ini.”
Rayz juga berdiri. Kedua – dua tangan dimasukkan ke saku seluar. Rayz telah pun menjangka apa yang akan dikatakan oleh adik angkatnya itu. “Rayz tahu apa maksud Wai-Wai.”
Then why have you been avoiding me Rayz! Kenapa Rayz mengelak bila Wai-Wai ingin berjumpa Rayz?” kata Wai-Wai. Matanya mulai digenangi air.
“Wai-Wai, apa yang Wai-Wai harapkan dari Rayz itu adalah sesuatu yang mustahil. It can never be, you know that.”
Wai-Wai memegang kedua – dua belah bahu Rayz. “Adakah Rayz tidak mencintai Wai-Wai? Kenapa tidak boleh? Sebab Wai-Wai adalah adik angkat Rayz? Adakah begitu?”
“Wai-Wai tahu Rayz amat mengambil berat terhadap Wai-Wai, dan itu adalah suatu kenyataan yang tidak mungkin akan berubah. Tetapi, untuk mencintai Wai-Wai, Rayz tidak boleh. Your father have been good to me, I can not betray that trust. I hope you understand. Maafkan Rayz,” Rayz memegang kedua – dua tapak tangan Wai-Wai dengan erat.
“Jadi Rayz rela Wai-Wai berkahwin dengan Jamal sekalipun Rayz tahu Wai-Wai cuma akan mencintai Rayz seorang sahaja? Adakah Rayz ingat Wai-Wai akan bahagia dengan dia?”
No. Berkahwin dengan Jamal ataupun tidak itu adalah keputusan yang hanya boleh dibuat oleh Wai-Wai. Daddy understands that now. Wai-Wai kini bebas untuk memilih kebahagiaan untuk diri Wai-Wai,” Rayz memegang kedua – dua belah pipi Wai-Wai.
“Tetapi Wai-Wai tak akan mungkin mencintai orang lain. Wai-Wai betul – betul cintakan Rayz! Tolonglah berikan hubungan ini satu peluang Rayz. I just couldn’t live without you in my life.”
“Rayz tidak akan meninggalkan Wai-Wai sekalipun Wai-Wai hidup dengan orang lain. I will always be by your side, that is my promise to you.”
Wai-Wai mulai menangis teresak – esak seperti kanak – kanak. Rayz pun mendakapnya dengan erat sekali. Rambut Wai-Wai dibelai dengan lembut, pelipis Wai-Wai dicium dengan penuh kasih – sayang. Rayz membiarkan sahaja Wai-Wai menangis di dalam dakapannya. Tidak lama kemudian, Wai-Wai bertenang kembali. Esakannya semakin perlahan. Air matanya telah merosakkan solekannya.
Feeling better? Mungkin Wai-Wai kena bersolek semula. Wajah Wai-Wai sekarang macam beruang panda di negeri China,” Rayz bergurau untuk memujuk hati Wai-Wai. Wai-Wai tergelak kecil dan menumbuk bahu kiri Rayz.
“Rayz, sekalipun Wai-Wai akan hidup dengan orang lain. Cinta Wai-Wai hanya milik Rayz. Wai-Wai mahu Rayz ingat itu. And, who ever that girl is, she’d better treat you right or I will smack her head!” kata Wai-Wai sambil mengesat air matanya. Giliran Rayz pula tergelak mendengar kata – kata Wai-Wai itu.
Yeah. I’ll definitely keep that in mind,” jawab Rayz sambil tersenyum.
“Rayz, sebelum Wai-Wai pergi, Wai-Wai ada suatu permintaan dari Rayz.”
“Apa dia, Wai-Wai cakaplah.”
“Bolehkah... Umm... bolehkah Wai-Wai mengucup bibir Rayz buat sekali sahaja?”
Berderau darah jantan Rayz mendengar permintaan adik angkatnya itu. Serentak itu juga seluruh tubuh Rayz terasa panas sekali. Bayu pada malam itu juga tidak dapat menyejukkan tubuhnya. Rayz menelan air liur. Wai-Wai merenung wajahnya dengan penuh harapan. Wai-Wai pun merangkul pinggang Rayz dengan erat. Mata Rayz ditenung. Wai-Wai mendekatkan bibirnya ke bibir Rayz. Bibir mereka berdua bertemu. Saat itu juga terasa seluruh dunia seolah – olah milik Wai-Wai seorang. Terasa bahagia dan hangat sekali saat itu.
Wai-Wai melepaskan pelukannya dan mengenggam tapak tangan Rayz dengan erat. “Thank you Rayz. I hope you will find the ‘one’ for you,”. Wai-Wai pun berjalan meninggalkan Rayz seorang diri di bumbung bangunan. Selepas Wai-Wai pergi, Rayz memegang jantungnya. Degupan masih lagi terasa pantas. Rayz melepaskan nafas lega. Perasaan seperti itu lebih menakutkan dari berhadapan dengan makhluk Grogan.
“Rayz tahu ‘kamu’ ada di situ. Tak perlu bersembunyi,” kata Rayz secara tiba – tiba.
Tidak lama kemudian, Bre-Ya muncul dari dalam kegelapan sambil berjalan ke arah Rayz. Dia kelihatan berpeluk tubuh dengan air muka yang masam mencuka. Rayz tergelak melihat wajah makciknya itu.
“Berapa lama sudah makcik berada di situ?” tanya Rayz.
“Tak penting. Bre-Ya ingin tahu, kenapa Rayz membenarkan makhluk Bumi itu menyerang Rayz begitu sahaja? Kenapa Rayz tidak mengelak?” kata Bre-Ya dengan nada merajuk.
“Apa maksud makcik dengan ‘menyerang’?” tanya Rayz lagi tidak faham.
“Yang begini!” Bre-Ya cuba memeluk Rayz dan cuba mengucup bibirnya pula! Rayz terkejut beruk dengan tindakan Bre-Ya itu dan segera mengelak ke tepi. “Makcik dah gila! Makcik nak buat apa ni?”
“Tengok! Bila Bre-Ya yang cuba ‘menyerang’ Rayz macam tadi, Rayz mengelak pula!” Bre-Ya bertambah marah.
Rayz ketawa terbahak – bahak melihat gelagat makciknya itu. Rupa – rupanya ‘menyerang’ yang dimaksudkan ialah ‘mengucup’ bibir. Rayz mengesat air di bucu matanya, terasa geli hati dengan pengertian makciknya.
“Oh, itu bukannya ‘menyerang’ makcik. Itu, umm, susah Rayz nak terangkan. Oh ya, kenapa makcik ada di sini?” Rayz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ayah meminta Bre-Ya mengekori dan melindungi Rayz. Mungkin Rayz tidak sedar tetapi organisasi bumi yang dipanggil ‘ISRC’ itu masih mengawasi Rayz,” kata Bre-Ya dan membuat isyarat mata ke arah belakang Rayz.
Rayz tidak memalingkan muka ke arah yang ditunjukkan oleh Bre-Ya namun dia dapat merasakan tindak – tanduk mereka berdua memang sedang diperhatikan oleh beberapa orang di arah bangunan yang bertentangan. Rayz memang sedar semua itu tetapi bertemu dengan Tuan Silman dan Wai-Wai adalah perkara yang amat penting baginya. Sebab itulah dia sanggup mengambil risiko untuk datang bertemu mereka juga. “Terima – kasih makcik sebab sudi datang,” Rayz mengucapkan terima – kasih kepada Bre-Ya.
“Tak perlu berterima – kasih. Itu sudah tugas Bre-Ya. Namun Bre-Ya tak faham, sebulan telah pun berlalu tetapi mereka cuma mengawasi kita sahaja,” Bre-Ya menyuarakan pendapatnya kepada Rayz.
“Apa yang makcik katakan itu memang betul. Mereka pasti ada rancangan yang lain. Ada baiknya kita lebih berhati – hati,” jawab Rayz.
Bre-Ya mengangguk dan hilang semula ke dalam kegelapan. Rayz pun turun ke tingkat bawah untuk menyertai jamuan bersama – sama dengan keluarga angkatnya.
Di dalam sebuah bilik di bangunan yang bertentangan, kelihatan beberapa petugas ISRC yang berpakaian kot hitam dengan cermin mata hitam, sedang mengawasi tindak – tanduk Rayz. Bilik itu dipenuhi peralatan elektronik seperti komputer dan kamera yang digunakan untuk kerja – kerja pengintipan. Seorang wanita yang memakai kot hitam panjang dengan skirt pendek sedang mengawasi para petugas di situ. Nampaknya wanita itu adalah orang atasan bagi petugas – petugas berkenaan. Wanita itu memiliki kulit yang cerah. Rambutnya panjang mencecah belakang, dan bahagian depan rambutnya ditarik ke belakang dan diklip kemas. Matanya berwarna biru laut. Wanita itu berbangsa Philipine dan memiliki paras wajah yang sangat jelita. Wanita ini adalah wanita yang sama bertemu dengan Colline di Restoran J’taime.
Seorang lelaki mendekati wanita itu, “Maam, the subject has joined the others in the main hall.”
Wanita itu mengangguk. “What about the woman on the roof?
Her signal is getting weak but she is still around the vicinity,” jawab lelaki berkenaan.
Carry on with the observation. Do not let them out of our sight,” kata wanita itu lagi.
*Sorry for the delay :)

Sunday, May 8, 2011

Chapter 33 - Part 5 of 5

********************************************************
Tempat             : ISRC Metropolis Kinabalu, Pejabat Colline
Masa                : 9.01 PM (Masa yang sama Rayz di Pesawat Gardingan)
Tarikh               : 8 Mac 2010
Colline sedang mengemaskan mejanya sambil dibantu oleh Poly dan Jane. Mereka baru sahaja tamat berbicara mengenai keputusan Colline untuk meninggalkan ISRC. Walau macam mana cara Poly dan Jane memujuk Colline, dia enggan mengubah keputusannya. Jane kelihatan sedang memegang kotak yang berisi barang – barang yang berada di atas meja pejabat Colline. Poly pula sedang membantu Colline mengemaskan fail – fail yang berada di kabinet yang berada di belakang meja Colline.
“Colline tidak ingin mempertimbangkan keputusan Colline semula?” tanya Poly sekali lagi. Ada kemungkinan itu merupakan pertanyaannya yang ke sebelas kali pada malam itu sahaja. Jane mengerutkan keningnya, ingin mendengar respon Colline. Colline berhenti dari mengemaskan mejanya dan merenung kedua – dua wajah sahabat karibnya itu.
Colline tersenyum sebelum memulakan bicara. “Poly, keputusan ini telah Colline buat dengan semasak – masaknya. Ini tidak ada kaitan dengan apa yang telah berlaku terhadap Colline dan Danny. Poly dan Jane tak usah bimbang dengan Colline.”
“Bukan itu maksud Poly dan Jane, Colline. Kami berdua cuma bimbang jika Colline akan menyesal suatu hari nanti. Sains adalah segala – galanya bagi Colline,” kata Poly menyuarakan suara hatinya.
“Colline kami berdua bukannya ingin menghalang keputusan Colline. But is this what you really want?” Jane pula menyuarakan pendapatnya.
Colline melabuhkan punggungnya di kerusi pejabat. Kedua – dua tapak tangannya diletakkan di atas meja. Fikirannya mengimbas semula memori ketika kali pertama dia bertugas di ISRC dan mendapat bilik itu sebagai pejabat peribadinya. Segala aktiviti field work yang pernah dilaksanakannya juga terlintas di kotak fikirannya kini. Colline tersenyum apabila mengingat saat – saat gembira itu. Mampukah dia melepaskannya begitu sahaja dan memulakan kehidupan yang baru tanpa “Sains”?
Science is everthing in my life. Tapi tidak bermaksud Colline akan melepaskannya selepas Colline meninggalkan ISRC. Ada banyak lagi profession yang boleh Colline lakukan selain daripada bekerja sebagai Saintis di ISRC. My dear friends, kamu berdua tak perlu bimbang akan diri Colline selepas ini. I have decided to leave ISRC, and I will not regret it,” kata Colline menjawab persoalan kedua – dua sahabat karibnya itu.
Poly melepaskan keluhan kecil selepas mendengar kata – kata Colline. Benarlah seperti yang dikatakannya dahulu, apabila Colline sudah membuat keputusan, tiada siapa yang dapat mengubahnya. Colline berdiri dari tempat duduknya dan memegang bahu Poly. Dia tersenyum sebagai tanda memujuk hati sahabatnya.
Just so you know, we would be right here if you ever change your mind,” kata Jane. Bagi Poly dan Jane, Colline bukan sahaja seorang sahabat. Dia merupakan seorang saintis yang amat berbakat dan pemergiannya dari ISRC merupakan suatu kehilangan yang amat besar pada organisasi berprestij itu. Namun mereka berdua faham dengan permintaan Colline. Mereka bertiga pun menyambung kembali tugas mengemaskan bilik pejabat Colline namun pekerjaan mereka itu terganggu apabila Poly melihat kelibat seseorang sedang berdiri di hadapan pintu pejabat Colline. “Danny!” serentak kata hati Poly dan Jane berkata.
Colline berhenti dari mengemaskan meja. Wajah Danny direnung dengan serius. Air muka Danny kelihatan amat selamba seolah – olah tidak ada apa – apa yang telah berlaku kepada mereka berempat. Buat seketika bilik itu menjadi senyap sunyi. Mereka berempat membisu seribu bahasa. Colline memandang ke arah Poly dan Jane. Poly dan Jane mengangguk tanda faham. Pandangan Colline itu seolah – olah berkata “Tinggalkan kami berdua buat seketika”. Poly dan Jane pun meninggalkan bilik pejabat itu.
“Danny tidak perlu memecat Colline. Colline telah pun meletakkan jawatan,” kata Colline meneruskan kerjanya tanpa memandang ke arah Danny.
Danny melangkah masuk ke dalam pejabat Colline tanpa diundang. “Bukan itu tujuan Danny datang ke sini,” jawab Danny.
Is that so?” kata Colline pula, masih lagi tidak mengendahkan Danny. Hatinya masih lagi sakit setiap kali teringat apa yang dilakukan oleh Danny terhadap Rayz dan mereka tiga sahabat.
I came to say I am sorry. And I want to reconcile our relationship. Danny juga tidak ingin Colline meletakkan jawatan,” suara Danny itu kelihatan tenang sekali.
Colline berhenti memungut peralatan pejabat yang berada di atas mejanya. Dia mengetap gigi, menahan geram. Cara Danny bertutur itu benar – benar menjengkelkannya. Dia datang untuk memujuk Colline tetapi caranya bertutur seolah – olah dia langsung tidak bersalah terhadapnya.
You don’t have to. I have already made up my mind,” kata Colline pula, menekan suaranya. Tidak ada apa yang dikatakan oleh Danny itu yang akan dapat mengubah pendiriannya. Danny berjalan mendekatinya. Bahu Colline dipegang lembut. “Colline, listen to me,” suara Danny kini berubah. Colline memalingkan wajahnya tidak ingin memandang wajah Danny.
I am terribly sorry for saying those things to you Colline. But that was in the past. Let us just forget about it and start over,” Danny memujuk.
Colline mengalihkan tangan Danny yang berada di atas bahunya. Wajah Danny ditenung tajam. Danny kekal selamba dengan wajahnya. “Danny ni memang betul – betul hebat kan? Begitu mudah bagi Danny untuk melupakan apa yang telah Danny lakukan terhadap Colline?”
“Apa maksud Colline? Danny tak faham,” jawab Danny. Tangan dimasukkan ke dalam saku.
Don’t play dumb with me Danny! Adakah Danny ingat Colline akan dapat memaafkan Danny selepas apa yang telah berlaku!” suara Colline meninggi.
Danny menghela nafas. Dia memandang wajah Colline. “Kenapa Colline nak salahkan Danny pula? Apa yang telah berlaku sebenarnya memang salah Colline sendiri. Danny hanya melaksanakan tugas Danny. Come on Colline, don’t be childish. Colline patut bersyukur kerana Danny sudi memaafkan Colline dan menganggap semuanya tidak pernah berlaku.”
Tubuh Colline menggeletar. Air matanya jatuh berlinangan. Tak pernah disangkanya lelaki yang pernah dicintainya berubah sejauh itu. “Tell me something, our relationship, what does it mean to you?”
Danny mengalihkan pandangannya. “Danny tak faham dengan soalan Colline. Danny rasa, Colline sendiri tahu jawapan untuk soalan itu.”
I finally understand. Selama ini Colline benar – benar tersalah menilai diri Danny,” suara Colline tersekat – sekat. “Tapi tak mengapa. Colline sudah membuat keputusan, it is better for us to end this relationship now before any of us got hurt. Excuse me, Colline perlu mengemaskan bilik. I am resigning from ISRC,” Colline menyeka air matanya.
What do you want from me Colline? Do you want me to beg for forgiveness? Is that it? Must I kneel down to you?” suara Danny itu berbaur perasaan yang tidak berpuas hati dengan layanan Colline terhadapnya.
Is it so hard for you to admit that you were wrong Danny? Susah sangatkah untuk Danny meminta maaf secara ikhlas dan telus kepada Colline?”
Buat seketika bilik itu menjadi senyap. Kedua – dua pasangan itu berpandangan di antara satu sama lain dengan air muka yang serius. Colline ingin Danny menunjukkan bahawa dia benar – benar ikhlas meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Namun adakah tembok keegoan Danny itu akan runtuh? Ternyata tidak.
“Danny tidak melakukan apa – apa kesalahan terhadap Colline. Danny hanya melaksanakan tugas Danny sebagai Chief Director ISRC, sepatutnya Colline lah yang patut meminta maaf kerana telah menjatuhkan air muka Danny. Lupakah Colline bahawa Danny adalah orang atasan Colline?” kata Danny, suaranya kelihatan tegas.
Nafas Colline turun naik selepas mendengar kata – kata lelaki di hadapannya itu. Hatinya benar – benar terluka. Alangkah kerasnya hati Danny sehingga enggan mengakui kesilapannya terhadap Colline. Colline mengalihkan wajahnya dari Danny. Kotak berisi barang – barang pejabatnya di angkat dan tanpa berkata apa – apa berjalan melintasi Danny dan meninggalkan bilik pejabat itu. Danny terkilan dengan tindakan Colline. Naluri jantannya berasa tercabar dengan karenah tunangnya itu. Poly dan Jane sedang berdiri di luar pintu pejabat, menunggu kedatangan Colline. Tiba – tiba pintu pejabat Colline terbuka dan Colline melangkah keluar. “Mari kita pergi,” kata Colline pendek. Poly dan Jane terpinga – pinga mendengar apa yang dikatakan Colline. Danny segera mengejar Colline dan menghadang perjalanan mereka bertiga.
“Danny belum habis bercakap dengan Colline!” kata Danny dengan tegas.
“Colline sudah habis bercakap dengan Danny. Please move aside,” jawab Colline tenang. Dia segera memintas Danny. Namun Danny enggan melepaskan Colline begitu sahaja. Lengan Colline ditarik dengan kasar dari belakang lalu mengakibatkan kotak yang dibawa oleh Colline itu jatuh di atas lantai. Barang – barang pejabat Colline berselerakan di atas lantai.
I am your fiance Colline! Don’t you forget that!” Danny menjegilkan matanya ke arah Colline.
PIAP! Sebiji penampar yang amat kuat hinggap ke pipi kiri Danny. Danny benar – benar tidak menyangka tindakan Colline itu. Dengan kasar Colline menarik lengannya dari pegangan Danny. Colline menarik cincin berlian tanda pertunangannya dengan Danny dari jari manis kirinya. Cincin itu dilemparnya tepat ke hidung Danny dengan kasar. Bunyi dentingan cincin berlian yang jatuh di atas lantai itu seolah – olah bunyi penamat kepada hubungan mereka berdua selama ini. Danny memandang tepat mata Colline. Air mata Danny mengalir kini, sukar untuk menerima apa yang baru sahaja berlaku tadi.
Not anymore,” kata Colline pendek. Wajahnya menzahirkan keseriusan yang tidak pernah dipertontonkan kepada sesiapa pun. Ruang berjalan itu tiba – tiba menyepi. Sehinggakan degupan jantung sesiapa pun mungkin boleh didengar. Colline memungut barang – barang pejabatnya yang berada di atas lantai dan memasukkannya semula ke dalam kotak. Selepas itu dia beredar dari situ sambil di ikuti oleh Poly dan Jane. Danny kelihatan terpaku di situ. Matanya terbeliak seperti ternampak hantu. Dengan perlahan Danny bersandar di dinding dan akhirnya duduk di atas lantai. Dia mengalihkan pandangannya ke arah cincin berlian yang berada tidak berapa jauh di sisinya. Air matanya semakin banyak turun. Akhirnya dia menangis teresak – esak seperti seorang budak yang kecil...
********************************************************
Tempat             : Pesawat Gardingan, Ruang Colosseum
Masa                : 9.01 PM (Masa yang sama Colline di Metropolis Kinabalu)
Tarikh               : 8 Mac 2010
Grand Duke Ka-Eil menerangkan peraturan Oziow kepada Rayz memandangkan Rayz bukanlah berasal daripada Planet Xatrian. Kedua – dua penempur haruslah bertarung dengan tangan kosong dan mengalahkan pihak lawan dengan sedaya – upaya. Pihak yang mengaku kalah haruslah mengangkat tangan dan menyerah diri. Kedua – dua penempur tidak dibenarkan membunuh pihak lawan kerana Oziow diadakan untuk membuktikan siapakah yang lebih handal diantara mereka berdua. Mereka yang menang akan ditabalkan sebagai Maharaja secara automatik dan keputusan Oziow tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun Maharaja terdahulu.
Rayz mengangguk – angguk tanda faham akan penerangan Grand Duke Ka-Eil itu. Putera Dou-Gan setakat tersenyum sinis melihat perlakuan Rayz itu. “Akan Beta buktikan, Betalah Maharaja Empayar Xatrian yang sebenarnya!” kata Putera Dou-Gan dalam hatinya. Dia benar – benar berazam menewaskan Rayz di gelanggang Colosseum itu untuk membuktikan kehandalannya. Sebaik sahaja Grand Duke Ka-Eil menamatkan penerangannya, seorang Prajurit Samarian memukul gong gergasi yang berada di hadapan pentas di raja sebagai tanda bermulanya Oziow.
Rayz membuka jubah hitam disulam emas yang dipakainya. Rayz kini sedang memakai baju zirah ringan berwarna hitam yang diberikan oleh Ka-Zen. Lambang “Xyver” yang diperbuat daripada logam tertera pada bahagian dada baju zirah itu. Rayz meregangkan otot – otot lengan dan kakinya. Sebenarnya Rayz langsung tidak tahu apa – apa seni mempertahnkan diri. Barulah sekarang dia terfikir akan kebodohannya menerima cabaran Putera Dou-Gan itu. Namun Rayz nekad bertarung demi mempertahankan satu – satunya ahli saudaranya yang terakhir. Dia tidak ingin lagi tinggal berseorangan.
Putera Dou-Gan memetik jarinya. Dua orang Prajurit Samarian datang kepadanya. Mereka berdua membuka mantel emas yang membalut tubuh Putera Dou-Gan dan juga mahkota yang dipakainya. Kemudian dua orang lagi Prajurit Samarian datang sambil membawa talam berisi baju perisai berwarna emas. Mereka mengenakan pelindung bahu, pelindung pergelangan tangan dan perisai kaki ke tubuh Putera Dou-Gan. Selepas selesai memakaikan baju perisai itu, para Prajurit Samarian itu meninggalkan Putera Dou-Gan. Putera Dou-Gan mengamati baju perisai yang dipakainya. Dia berasa yakin kini untuk menumpaskan sesiapa sahaja.
“Adakah Tuanku sudah bersedia?” tanya Putera Dou-Gan sambil tersenyum sinis.
“Ya. Saya sudah bersedia,” jawab Rayz tenang.
Semua hadirin yang berada di dalam Colosseum itu berdiri dan mendekati tebing Colosseum. Mereka tidak ingin ketinggalan melihat pertarungan terhebat di abad itu. Ka-Zen, Bre-Ya dan Puteri Zeyn-Da juga mendekati tebing Colosseum untuk melihat lebih jelas pertarungan yang bakal tercetus itu. Air muka Bre-Ya kelihatan bimbang sekali melihat Rayz. Dia sedar Putera Dou-Gan bukanlah calang – calang orangnya. Dia satu – satunya orang yang berjaya menguasai Seni Bertempur Xatria dalam masa kurang daripada 3 tahun. Kononnya sesiapa yang ingin menguasai pencak tertinggi Seni Bertempur Xatria memerlukan sekurang – kurangnya 17 tahun untuk menguasainya. Namun Putera Dou-Gan adalah seorang genius apabila mempelajari seni mempertahankan diri. Baginda di gelar sebagai “Prodigi Millenia” selepas Maharaja Reez Cardeiz seribu tahun yang lalu.
Ka-Zen dapat melihat kebimbangan yang tertera di wajah anak perempuan tunggalnya itu. Ka-Zen memegang bahu Bre-Ya. “Jangan bimbang Bre-Ya. Tiada apa – apa yang akan berlaku kepada Rayz,” pujuknya. Bre-Ya sekadar mengangguk mendengar kata – kata ayahnya. Sebenarnya Ka-Zen juga sedar harapan Rayz untuk memenangi Putera Dou-Gan adalah kurang dari 1%. Ini kerana Putera Dou-Gan telah dilatih sejak dari kecil lagi oleh Grand Duke Ka-Eil yang juga merupakan Mahagurunya. Ka-Zen sudah bertekad dalam hatinya. Dia akan menyelamatkan Rayz dari tangan Putera Dou-Gan seandainya Putera Dou-Gan berniat untuk membunuh Rayz meskipun dia akan dikenakan hukuman mati.
Puteri Zeyn-Da hairan melihat reaksi Bre-Ya. “Mengapa Kak Bre-Ya bimbang akan diri Rayz? Bukankah dia sepatutnya gembira jika Kekanda Dou-Gan berjaya mengalahkan Rayz dalam Oziow kerana Kekanda akan menjadi Maharaja Empayar Xatrian dan Kak Bre-Ya akan menjadi permaisuri?” Puteri Zeyn-Da bermonolog dalam hatinya sendiri. Dia mengalihkan perhatian ke arah 2 orang penempur yang sedang berdiri di tengah – tengah gelanggang. “Rayz tak akan dapat menewaskan Kekanda Dou-Gan,” bisik hatinya lagi. Tiba – tiba Puteri Zeyn-Da terlihat sesuatu yang tidak pernah diperasannya sebelum ini. Sinar mata Rayz kelihatan galak dan penuh dengan semangat yang berapi – api walaupun dia berada di dalam keadaan yang tidak berapa menguntungkan. “Apa yang ada pada sinar mata Rayz itu?” serentak itu juga hatinya mulai berdebar – debar. Wajah Rayz yang serius itu ditenungnya dengan tajam. Lelaki itu memang kacak malahan jauh lebih kacak dari mana – mana lelaki yang pernah ditemuinya sebelum ini. “Adakah saya sudah...” Puteri Zeyn-Da menggeleng – gelengkan kepalanya. ‘Perasaan’ itu ditepisnya jauh – jauh.
“Biar Beta memberitahu Tuanku. Beta akan tewaskan Tuanku dalam 3 jurus sahaja,” kata Putera Dou-Gan dengan bongkak. Serentak itu juga dia menarik kedua – dua penumbuknya ke pinggang. Aura berwarna emas berbentuk seperti asap nipis mulai berkumpul di kedua – dua penumbuk tadi. Putera Dou-Gan meletakkan kaki kanannya ke depan ala – ala sparring stand dalam Tae Kwon Do.
Rayz mengacukan kedua – dua penumbuknya ke depan. Serba sedikit hatinya berdebar – debar. Dia tidak pernah bertarung dengan sesiapa pun sepanjang hidupnya. Ini adalah kali yang pertama. Malahan musuh di hadapannya bukanlah orang yang biasa. Rayz membuka kuda – kuda entah apa – apa seperti yang dilihatnya dalam televisyen.
ZUUP!! Tiba – tiba Putera Dou-Gan hilang dalam sekelip mata! Putera Dou-Gan tiba – tiba muncul di hadapannya sambil mempamerkan senyuman sinis. TOBB!! Tanpa disedari oleh Rayz penumbuk kanan Putera Dou-Gan itu telah hinggap ke perutnya. Wajah Rayz berkeriut menahan kesakitan! Dan dia terpelanting jauh ke belakang dan jatuh tersembam  di atas lantai marmar gelanggang itu. Rayz pun muntah lantaran kesakitan yang dialaminya. Buat seketika Rayz membaringkan dirinya sahaja di atas lantai. Pandangannya berpinar, selepas seketika dia pun bangun dan melihat ke arah Putera Dou-Gan. Putera Dou-Gan kekal berdiri di tempat tadi sambil meletakkan tangannya ke belakang.
“Begini sajakah kebolehan Dunamist pilihan VAHSYAH?” kata Putera Dou-Gan tersenyum riang dengan apa yang berlaku terhadap Rayz.
Rayz membersihkan debu yang melekat pada bajunya. Baru sahaja Rayz ingin mengatur serangannya, sekali lagi Putera Dou-Gan lenyap dari penglihatannya. Suatu deruan udara yang amat kencang meluru ke arah Rayz dengan pantas sekali! Dengan lincah Rayz melompat ke tepi untuk mengelak serangan itu. Namun usaha Rayz itu tampak gagal, Putera Dou-Gan tiba – tiba muncul di hadapannya dan melepaskan satu penumbuk hook padu tepat ke perut Rayz! Tumbukan itu teramatlah kuat sehingga Rayz terjulang ke udara. Pada saat itu juga, Putera Dou-Gan melompat ke udara dan melebihi ketinggian Rayz yang sedang terjulang itu. Dengan teriakan yang nyaring, dia melepaskan satu tendangan padu tepat ke bahagian belakang Rayz dan menghumbankan Rayz semula ke permukaan lantai. BRAKK!! Lantai marmar itu pecah dan membentuk suatu kawah yang dalam. Asap dan debu tebal tersebar ke udara, manakala Putera Dou-Gan telah mendarat semula ke tanah. Putera Dou-Gan tersenyum melihat kejayaannya membelasah Bakal Maharaja dari Bumi itu.
Tidak lama kemudian, Rayz muncul dari dalam kawah dengan mulutnya berlumuran darah berwarna kuning keemasan. Langkahnya longlai namun sorotan matanya masih lagi tajam melihat Putera Dou-Gan. Serta – merta senyuman Putera Dou-Gan itu menghilang. Dia baru sahaja menjamu Rayz dengan dua pukulan yang amat kuat tetapi musuhnya itu masih lagi boleh berdiri. Naluri jantannya tercabar melihat keadaan itu. Rayz segera meluru ke arah Putera Dou-Gan dan melepaskan penumbuk – penumbuk kencang. Namun semua serangan Rayz itu hanya mengenai angin kerana kepantasan Putera Dou-Gan mengelak. Berasa geram kerana gagal mengenai Putera Dou-Gan, Rayz memesatkan serangannya. Namun sekali lagi Putera Dou-Gan mengelak serangan Rayz itu dengan lincah, pergerakannya seolah – olah sedang menari. Putera Dou-Gan pun mengumpulkan sepenuh tenaganya dan melepaskan satu tendangan kencang yang amat padu. PUB! Sepakan turning kick yang dibuat oleh Putera Dou-Gan itu tepat mengenai pelipis kanan Rayz! Rayz tersembam ke tanah. Pada saat itu juga Putera Dou-Gan menyepak dada Rayz dengan sekuat hati, mengakibatkan Rayz terseret di atas lantai dan akhirnya melanggar dinding Colosseum. DUMM! Seluruh kawasan di situ bergegar tatkala Rayz melanggar dinding Colosseum. Putera Dou-Gan mengibaskan debu di seluarnya dan menghalakan pandangannya ke arah  di mana Rayz berada. Sekali lagi dia terkejut, Rayz berdiri dan melangkah dengan longlai ke arahnya dari celahan batu – batu dinding yang bertimbun. Putera Dou-Gan mengetap gigi geram melihat kedegilan Rayz itu.
Rayz berlari menuju ke arah Putera Dou-Gan dan mengumpul sisa – sisa tenaganya. Dia ingin bertarung, bertarung untuk mengalahkan pihak lawannya. “Rayz cukuplah tu! Tak ada gunanya, Rayz tak mungkin dapat mengalahkan Putera Mahkota!” Bre-Ya mendekati dinding Colosseum dan berteriak ke arah Rayz. Kata – kata Bre-Ya itu tidak diendahkan oleh Rayz. Dia tetap meluru ke arah Putera Dou-Gan. Putera Dou-Gan membuat keputusan untuk mengajar lelaki degil itu. Dia mendepangkan kedua – dua tangannya. Aura emas muncul menjalar dan berputar – putar di kedua – dua tangannya. Kemudian penumbuk kanan di tarik ke pinggang dan telapak kiri dihalakan kepada Rayz. Grand Duke Ka-Eil terkejut melihat gaya yang ditonjolkan oleh Putera Dou-Gan itu. “Itu pencak terakhir Seni Bertempur Xatria, Putera Mahkota ingin menggunakan jurus itu!” katanya dengan wajah yang cemas. Ka-Zen juga terkejut mendengar kata – kata Grand Duke Ka-Eil, pencak terakhir yang dimaksudkan oleh Grand Duke itu bertujuan untuk membunuh pihak lawan. Ka-Zen segera terjun ke gelanggang untuk menghalang Putera Dou-Gan namun segalanya sudah terlambat kerana Rayz telah pun memecut ke arah Putera Dou-Gan!
Putera Dou-Gan mengetap gigi dan dengan sepenuh tenaganya melepaskan tumbukan padu tepat ke perut Rayz. Aura berwarna kuning keemasan itu berpusar – pusar di perut Rayz dan serentak itu juga suatu dentuman yang dahsyat berlaku. Rayz terpelanting ke belakang dan merempuh siling gelanggang yang mengakibatkan struktur gelanggang itu mulai bergoncang dengan kuat sekali. Putera Dou-Gan menggunakan tenaga dalamannya untuk mengesan kedudukan Rayz. Melalui kuasa tenaga dalamannya, Putera Dou-Gan dapat melihat Rayz sedang terbaring di atas lantai, diam tidak bergerak. “Dia sudah mati,” getus hati Putera Dou-Gan. Dia tersenyum puas dengan apa yang berlaku. Sementara itu Ka-Zen sudah pun berada di sisi Rayz. Dia dengan cemas cuba menyedarkan Rayz dari pengsannya namun tidak berjaya. Bre-Ya yang berada di tempat duduk para penonton, terduduk dan tergamam dengan apa yang telah berlaku. Tanpa diundang, air matanya mulai menitis. Perlakuannya itu diamati oleh Puteri Zeyn-Da dengan air muka yang kehairanan.
Putera Dou-Gan menjulangkan tangan kanannya ke atas sebagai tanda kemenangan. Suara sorak – sorai para Prajurit Samarian memenuhi keseluruhan ruang Colosseum itu. Putera Dou-Gan tersenyum puas, tidak lama kemudian dia mulai ketawa terbahak – bahak. “Dia meraung sambil berkata, “Takhta pemerintahan Empayar Xatrian kini milik aku!”. Ka-Zen memandang wajah Putera Dou-Gan dengan perasaan marah, namun ianya hanya dapat dipendamkannya saja. Sebagai Prajurit Samarian, dia tidak boleh memberontak terhadap Kerabat Di Raja. Ka-Zen memeluk tubuh Rayz dengan erat, “Maafkan atuk Rayz! Atuk tak dapat menyelamatkan Rayz...”
********************************************************
Di dalam minda Rayz...
Rayz sedang terbaring di atas permukaan lantai yang dipenuhi asap tebal. Tempat itu kelihatan gelap dan sunyi sekali. Bunyi degupan jantung Rayz dapat didengari berdetak di tempat itu. Sayup – sayup kedengaran suara Ka-Zen memanggil – manggil nama Rayz. Rayz membuka matanya, kemudian dia berdiri. “Adakah saya sudah mati?” tanyanya dalam hati. Tiba – tiba Rayz terlihat kelibat seorang lelaki sedang berlatih seni mempertahankan diri tidak berapa jauh dari tempat dia berdiri. Rayz menghampiri lelaki tersebut sambil mengamati setiap pergerakan yang dilakukan olehnya. Gerak seni mempertahankan diri yang dipamerkan oleh lelaki itu kelihatan kemas dan setiap pukulannya padu laksana seorang mahaguru yang telah lama menuntut ilmu.
Tidak lama kemudian, lelaki itu berhenti. Dia mengalihkan mukanya kepada Rayz. Sebaik sahaja Rayz melihat wajah lelaki itu, jantungnya seolah – olah berhenti berdegup. Lelaki di hadapannya itu memakai jubah hitam yang labuh dengan perhiasan dada yang berwarna perak. Terdapat kristal biru pada perhiasan dada yang dipakai oleh lelaki itu. Rambutnya yang panjang beralun – alun ditiup angin yang entah datang dari mana.
“Rayz anakku, sudah lama saya menunggu kedatangan mu,” kata lelaki itu sambil tersenyum. Lelaki itu adalah Ra-Iz atau Rewan Mark, ayah kandung Rayz yang juga merupakan Kaum Samarian.
“Dad? Benarkah ini betul – betul kamu?” kata Rayz. Kedengaran sedu di dalam suaranya.
“Ya Rayz. Ini Dad. Maaf kerana tidak menceritakan hal sebenar kepada Rayz. Rayz masih teramat muda ketika itu. Dad ingin menceritakan segala – galanya bila Rayz mencapai umur 18 tahun, namun takdir menentukan hayat Dad dan Mum tidak panjang.”
Rayz mendiamkan diri, tidak tahu apa yang harus ditanya atau dikatakannya. Ra-Iz mengerutkan dahinya, “Rayz, adakah Rayz marah kepada Dad?”
Rayz memandang wajah ayahnya itu. “Tidak Dad. Rayz tidak marah kepada Dad. Rayz cuma ingin tahu, kenapa Rayz yang harus memikul ‘beban’ yang diberikan oleh VAHSYAH? Rayz bukanlah seorang Prajurit seperti Dad dan Datuk Ka-Zen. Rayz cuma ingin hidup secara normal.”
Ra-Iz mendekati Rayz dan memegang bahunya. “Rayz, pada saat Rayz dilahirkan, Dad telah pun tahu Rayz akan menjadi seorang lelaki yang hebat dan unggul di masa akan datang. Rayz telah dipilih untuk menjadi perwira yang bakal menyelamatkan Planet Bumi ini dan juga Planet Xatrian. Rayz dipilih bukan kerana Rayz seorang Prajurit mahupun perwira. Tetapi Rayz dipilih kerana hati dan semangat Rayz yang jitu. VAHSYAH telah pun melihat kualiti itu didalam diri Rayz.”
Rayz melepaskan keluhan mendengar kata – kata Ra-Iz itu. Sepanjang hayatnya, Rayz tidak pernah melakukan sesuatu yang teramat besar seperti menjadi seorang ‘Penyelamat’. Bagi Rayz, tugas itu terlalu besar dan teramat penting untuk diserahkan kepada seorang sepertinya. Ra-Iz berjalan dan berdiri di hadapan Rayz. Rayz menatap wajah ayahnya itu.
“Anakku, percayalah dengan dirimu. Rayz tidak akan berseorangan, Dad dan Mum hidup dalam sanubari Rayz. Sebagai tanda kasih sayang Dad pada Rayz, terimalah pemberian Dad ini, segala ilmu mempertahankan diri yang pernah Dad kuasai dan kekuatan VAHSYAH!”
Sebaik sahaja mengakhiri kata – katanya, Ra-Iz menekapkan telapak tangannya ke atas dada Rayz. Aura berwarna – warni bersimpang – siur keluar dari tubuh Ra-Iz dan meresap ke dalam tubuh Rayz. Rayz dapat melihat imej – imej seni mempertahankan diri sedang terpapar di dalam kotak fikirannya seperti imej 3D yang sedang di upload ke dalam setiap sel otaknya. Selain daripada itu, Rayz dapat merasakan tubuhnya bertambah sihat dan bertambah tegap. Apa yang dirasakan oleh Rayz itu tidak dapat digambarkan dengan kata – kata. Tidak lama kemudian, tubuh Ra-Iz mulai pudar seperti debu – debu yang ditiup oleh angin.
“Dad! Dad nak pergi mana? Ada banyak lagi yang ingin Rayz tanyakan pada Dad!”
“Tabahkan hatimu anakku, Dad ada bersama – sama dengan Rayz. Semangat dan jiwa Dad ada pada Rayz. Dad bangga dengan engkau Rayz,” kata Ra-Iz sebelum dia hilang sepenuhnya.
Tiba – tiba suatu cahaya yang amat menyilaukan mata muncul dari langit dan menyimbahi tubuh Rayz. Rayz menutup matanya dengan tangan. “Rayz!” suatu suara memanggil namanya dari cahaya itu. “Rayz!” suara itu memanggilnya lagi.
********************************************************
Rayz membuka matanya perlahan – lahan. Dia kini berada di Colosseum Pesawat Gardingan. Ka-Zen dan Bre-Ya sedang duduk di sisinya. Rayz memandang wajah makciknya itu. Bre-Ya sedang memegang lengan kirinya dengan erat sekali. Air mata membasahi kedua – dua pipinya. Rayz bingkas bangun dan menegakkan tubuhnya. Dia memandang wajah makciknya, “Saya okey makcik, jangan menangis lagi.” Melihat Rayz telah sedarkan diri, Bre-Ya memeluk tubuh Rayz tanpa segan dan silu. Rayz terkejut dengan perlakuan makciknya itu namun dibiarkannya sahaja. Ka-Zen terbatuk melihat tindakan anak perempuannya itu lalu dia menggeleng – gelengkan kepala. Rayz melepaskan pelukan Bre-Ya dengan perlahan. “Err, saya okey makcik, jangan bimbang,” katanya perlahan. Bre-Ya berdiri dan mengesat air matanya. TUB! Satu pukulan kencang hinggap di kepala Rayz. “Auw! Kenapa makcik pukul kepala saya?” tanya Rayz sambil memegang kepalanya. “Sebab membuatkan Bre-Ya dan ayah risau akan keadaan Rayz!!” kata Bre-Ya sambil berdiri dan bercekak pinggang. Namun, jauh di sudut hati Bre-Ya, dia gembira dan bersyukur kerana Rayz tidak apa – apa sekarang.
“Bre-Ya!!!” suatu suara yang teramat keras dan nyaring berkumandang di udara. Bre-Ya mengalihkan pandangannya ke arah Putera Dou-Gan. Putera Dou-Gan menjegilkan matanya ke arah Bre-Ya dengan sorotan mata yang menyinga. “Berani kau bercengkerama dengan anak kacukan itu di hadapan Beta!!” jerkah Putera Dou-Gan sambil menundingkan jarinya ke arah Rayz. Nafasnya turun naik menahan kemarahan yang tidak terhingga. Bre-Ya dengan tenang berkata kepada Putera Dou-Gan, “Anak kacukan ini jauh lebih mulia dari Putera Mahkota.” Mata Putera Dou-Gan terbeliak mendengar kata – kata tunangnya itu. Dengan kepantasan kilat Putera Dou-Gan meluru ke arah Bre-Ya dan cuba menampar mulut perempuan yang celupar itu. Bre-Ya menutup matanya menanti pukulan Putera Dou-Gan namun tidak ada apa – apa yang berlaku. Bre-Ya membuka matanya. Kelihatan Rayz telah pun berdiri di hadapannya sambil memegang pergelangan tangan kiri Putera Dou-Gan yang cuba menamparnya. “Rayz,” kata Bre-Ya lembut, terharu dengan tindakan Rayz mempertahankannya.
“Bagi kami manusia, tindakan memukul seorang wanita di anggap perbuatan yang dayus,” kata Rayz dengan tenang kepada Putera Dou-Gan. Mata Rayz kelihatan tenang tetapi tampak bertenaga. Putera Dou-Gan mengetap gigi. Dia dengan sedaya – upaya cuba melepaskan pergelangan tangannya dari cengkaman Rayz namun gagal. Cengkaman Rayz itu teramatlah kuat dan luar biasa. Putera Dou-Gan berteriak dan melepaskan sepakan padu ke arah perut Rayz. PUB!!! Bukan Rayz yang terpelanting, tetapi Putera Dou-Gan! Rupa – rupanya Rayz juga telah melepaskan sepakan ke arah perut Putera Dou-Gan namun serangannya tampak lebih pantas dari Putera Dou-Gan. BRAKK! Putera Dou-Gan merempuh dinding Colosseum. Asap dan debu tebal bertaburan ke udara. Buat seketika Putera Dou-Gan terbaring kaku. Matanya terbeliak seolah – olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kenapa dia gagal mengelak serangan Rayz sebentar tadi? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Bagaimana Rayz boleh menjadi sepantas itu secara tiba – tiba? Persoalan demi persoalan mengasak fikirannya. Tidak lama kemudian 2 Prajurit Samarian datang dan cuba membantunya berdiri. Dengan raungan yang nyaring, Putera Dou-Gan melepaskan 2 penumbuk padu tepat ke arah dada Prajurit – Prajurit Samarian itu. Kedua – dua Prajurit itu terhumban ke udara dan merempuh siling Colosseum lalu terhempas berhampiran Rayz, Bre-Ya dan Ka-Zen.
Putera Dou-Gan melangkah keluar dari rekahan dinding Colosseum. Matanya kelihatan merah, penuh dengan kemarahan dan api dendam yang teramat sangat. Matanya dijegilkan ke arah Rayz. Rayz tetap kelihatan tenang, air mukanya tetap kekal yakin. Ka-Zen sedar keadaan tidak berapa baik untuk mereka bertiga. Ka-Zen pun cuba meminta ampun daripada Putera Dou-Gan namun Rayz memegang bahunya. “Datuk, tidak ada gunanya. Dia telah pun dikuasai api kemarahan. Lihat, tubuhnya penuh dengan aura membunuh,” kata Rayz. Benar seperti yang dikatakan oleh Rayz itu. Tubuh Putera Dou-Gan kini diselubungi aura berwarna emas tebal. Seluruh gelanggang itu dipenuhi aura tekanan daripada Putera Dou-Gan. Puteri Zeyn-Da sedar akan perubahan diri abangnya itu. Dia pun memberi isyarat mata kepada Grand Duke Ka-Eil untuk menghentikan tindakan abangnya. Grand Duke Ka-Eil faham dengan arahan Puteri Zeyn-Da. Dia pun berjalan mendekati Putera Dou-Gan. “Putera Mahkota, Oziow telah pun dilaksanakan. Putera Mahkota perlu berhenti sekarang,” pujuk Grand Duke Ka-Eil. Putera Dou-Gan menoleh kepada Grand Duke Ka-Eil dan dengan ganas menyiku muka Grand Duke Ka-Eil! Grand Duke Ka-Eil terkejut dengan tindakan Putera Dou-Gan itu namun tetap berjaya menahan serangan gila itu! Namun kekuatan Putera Dou-Gan itu gagal dijangkanya, dia lantas terpelanting ke belakang dan merempuh dinding Colosseum.
Pada masa yang sama Putera Dou-Gan menyergah dengan nyaring dan meluru ke arah Rayz! Ka-Zen dan Bre-Ya dengan spontan berdiri dan cuba mempertahankan Rayz dari serangan Putera Dou-Gan namun gagal. Mereka berdua dijamu pukulan padu dari Putera Dou-Gan yang menyebabkan mereka jatuh menyembam ke tanah! Serangan Putera Dou-Gan itu belum lagi berakhir, dia cuba memijak kepala Ka-Zen dan Bre-Ya. Namun Ka-Zen dan Bre-Ya juga Prajurit yang bukan calang – calang. Mereka berjungkir ke tepi dan pada masa yang sama membalas serangan Putera Dou-Gan. Pukulan demi pukulan yang dilepaskan oleh Ka-Zen dan Bre-Ya itu ditepis dan dielak oleh Putera Dou-Gan dengan mudah sekali. Ka-Zen dan Bre-Ya melepaskan tendangan yang serentak ke arah dada Putera Dou-Gan namun dengan mudah Putera Dou-Gan menangkap kaki mereka berdua lalu Putera Dou-Gan melemparkan mereka berdua ke arah Rayz. Rayz menahan Ka-Zen dan Bre-Ya dengan kedua – dua telapak tangannya, pada masa yang sama Putera Dou-Gan meluru ke arah Rayz dan melanggar leher Rayz dengan lengan kanannya! Rayz diseret oleh Putera Dou-Gan sehingga ke dinding Colosseum! BRAK! Dinding Colosseum bergegar, tanpa membuang masa Putera Dou-Gan melepaskan beribu – ribu tumbukan ke bahagian dada Rayz sambil ketawa terbahak – bahak. Kemudian dia mencengkam leher Rayz dan menghempaskannya ke lantai. Permukaan lantai merekah lantaran kekuatan Putera Dou-Gan itu. Tidak cukup dengan itu, Putera Dou-Gan menjamu Rayz lagi dengan beribu – ribu tumbukan sehingga Rayz terbenam jauh ke dalam lantai! Asap, debu dan batu kerikil berhamburan ke udara.
“Betalah Maharaja Planet Xatrian!” raung Putera Dou-Gan sambil ketawa terbahak – bahak. Prajurit – Prajurit Samarian yang berada di situ bersorak sorai dengan kemenangan Putera Dou-Gan itu. Putera Dou-Gan mengalihkan pandangannya ke arah Ka-Zen dan Bre-Ya. “Pengkhianat! Kamu berdua akan menerima padahnya kerana menentang Beta. Bre-Ya, meskipun kamu adalah tunang Beta, Beta tetap akan menghukum kamu! Bersedialah!” jerkah Putera Dou-Gan. Ka-Zen dan Bre-Ya segera menghunus senjata mereka. Ka-Zen mengeluarkan tombak cahayanya manakala Bre-Ya menghunus pedang cahayanya. “Cubalah jika Putera Mahkota mampu!” jawab Ka-Zen dengan tegas. Putera Dou-Gan memesatkan aura emas di kedua – dua penumbuknya. Belum pun sempat dia menyerbu ke arah Ka-Zen dan Bre-Ya, langkahnya terhenti. Dia dapat merasakan aura tekanan yang teramat dahsyat dan menggerunkan datang dari arah belakangnya. Dengan spontan dia mengalihkan pandangan ke belakang. Kelihatan Rayz sedang terapung – apung ke udara dengan perlahan – lahan. Aura tenaga berwarna biru kelihatan sedang bersimpang – siur melingkari tubuhnya. Tatu Dunamist muncul semula di dahinya.
“Dia memang Dunamist pilihan Dewa VAHSYAH!” getus hati Puteri Zeyn-Da. Di saat itu, kalung kristal nilam milik Puteri Zeyn-Da itu mulai bersinar dengan terang sekali. Puteri Zeyn-Da terkejut dengan fenomena itu. Kalung yang diberi nama “Aitomo” itu merupakan pemberian mendiang Bonda Permaisuri Empayar Xatrian, iaitu ibu kepada Puteri Zeyn-Da. Kononnya kalung hikmat itu akan menunjukkan jodoh yang abadi untuk sesiapa sahaja yang memakainya. Puteri Zeyn-Da memandang ke arah Rayz. “Adakah dia...”
Tanpa disedari oleh Putera Dou-Gan, sebutir peluh sejuk menitis di dahinya. Adakah dia berasa takut dengan Rayz? Mustahil! Dia adalah Putera kebanggaan Empayar Xatrian, tidak ada sesiapa yang lebih hebat daripada dirinya. “Ha! Ha! Ha! Akhirnya kau ingin bertempur dengan Beta dengan sepenuh kekuatanmu, inilah...” TUB!! Tidak sempat Putera Dou-Gan menghabiskan kata – katanya, Rayz telah mengacukan tapak tangannya ke arah Putera Dou-Gan. Aura tekanan daripada Rayz itu menyebabkan Putera Dou-Gan terpelanting ke belakang lalu terhempas jauh ke dalam lantai Colosseum. Putera Dou-Gan memuntahkan darah berwarna emas. Dia dapat merasa beberapa tulang rusuknya telah patah. Namun kemarahan dan rasa malu mengatasi kesakitan yang dirasainya. BOOM!! Permukaan lantai meletup dan Putera Dou-Gan menjulang ke udara. Alangkah terkejutnya Putera Dou-Gan, Rayz tiba – tiba muncul di hadapannya. Dengan ganas Putera Dou-Gan melepaskan beribu-ribu tumbukan yang padu ke arah Rayz semula! Namun usahanya itu sia – sia sahaja, Rayz mengilas setiap tumbukannya dengan lincah sekali. Jurang kekuatan di antara Rayz dan Putera Dou-Gan tiba – tiba berubah dengan drastik sekali. Tanpa berkata apa – apa, Rayz melepaskan Chop Kick tepat ke kepala Putera Dou-Gan dan sekali lagi Putera Dou-Gan terhempas ke dalam lantai Colosseum. Rayz pun perlahan – lahan mendarat ke tanah semula. Matanya tertumpu ke arah lubang di mana Putera Dou-Gan terbenam. Tidak lama kemudian, Putera Dou-Gan muncul sambil melangkah longlai ke arah Rayz. Dahinya berlumuran darah, nafasnya turun naik. “Para Prajurit Samarian, berkas pengkhianat ini!!” jerit Putera Dou-Gan sebelum jatuh terduduk.
Para Prajurit Samarian yang berada di situ pun segera bergegas dan mengelilingi Rayz, Ka-Zen dan Bre-Ya. Mereka mengacukan tombak cahaya mereka ke arah Rayz, Ka-Zen dan Bre-Ya. “Serahkan diri!” kata seorang Prajurit Samarian berpangkat Leftenan kepada Rayz. Rayz memandang ke arah Prajurit Samarian tadi dengan sorotan mata yang ganas. Dengan spontan Prajurit itu berundur 5 langkah ke belakang. Para Prajurit yang lain juga berundur kerana ketakutan. Puteri Zeyn-Da mendekati Rayz sambil diikuti oleh dua orang Dayang Istana manakala Grand Duke Ka-Eil mendekati Putera Dou-Gan untuk memeriksa kecederaannya. Puteri Zeyn-Da memberikan sembah sujud kepada Rayz.
“Tuanku Maharaja, Tuanku telah memenangi Oziow. Tuanku memang layak menjadi Maharaja Baru Empayar Xatrian,” ujar Puteri Zeyn-Da dengan sopan.
“Adinda diam! Kekanda masih boleh teruskan pertarungan!” jerkah Putera Dou-Gan sambil cuba berdiri. Namun dia jatuh terduduk semula lantaran kecederaannya yang agak serius. Grand Duke Ka-Eil memujuknya bersabar agar kecederaannya boleh dirawat.
“Kekanda, Tuanku Maharaja telah mematuhi peraturan Oziow yang kekanda kemukakan. Dia telah menang dalam Oziow dan sudah selayaknya kekanda menerima sahaja keputusan ini. Takdir telah pun menentukan,” kata Puteri Zeyn-Da kepada abangnya.
“Betul kata Tengku Puteri itu. Putera Mahkota tak boleh bertarung lagi. Pengaktifan kuasa yang digunakan oleh Putera Mahkota itu akan memudaratkan Putera Mahkota. Bersabarlah, akan ada masa yang lain,” pujuk Grand Duke Ka-Eil.
“Diam! Kau tak layak berbicara dengan Beta!” jerit Putera Dou-Gan kepada Grand Duke Ka-Eil. PAP! Grand Duke Ka-Eil menampar Putera Dou-Gan dengan kuat sekali. Putera Dou-Gan tergamam, matanya terbeliak tidak menyangka akan tindakan Grand Duke Ka-Eil itu. “Bersabar! Ingat siapa diri Putera Mahkota itu! Untuk menjadi seorang Maharaja yang agung, Putera Mahkota perlu memiliki kesabaran. Dengar cakap patik, akan ada masa yang lain,” kata Grand Duke Ka-Eil lagi. Putera Dou-Gan tertunduk. Apa yang dikatakan oleh Grand Duke Ka-Eil itu memang benar, sesungguhnya Grand Duke Ka-Eil bukan sahaja Tok Gurunya. Semenjak kecil, dialah yang sentiasa menjaganya. Dia jugalah yang sering mempertahankannya apabila Ayahnda Maharaja ingin menghukumnya kerana bersikap nakal. Putera Dou-Gan menghela nafas.
“Tuanku Maharaja telah memenangi Oziow. Mulai saat ini, Tuanku adalah Maharaja Baru Empayar Xatrian, patik mengaku kalah,” kata Putera Dou-Gan lemah. Grand Duke Ka-Eil menepuk bahunya sambil tersenyum.
Para Prajurit Samarian yang berada di situ pun menghentak – hentakkan hujung tombak mereka ke lantai sebagai tanda penghormatan kepada Rayz. Puteri Zeyn-Da tersenyum gembira dengan penerimaan para Prajurit Samarian itu. Tatu di wajah Rayz pun lenyap. “Maaf. Saya tidak ingin menjadi Maharaja,” kata Rayz pendek. Gegak Gempita di Colosseum itu pun berhenti. Para Prajurit Samarian itu pun berpandangan sesama sendiri, tidak mempercayai kata – kata Bakal Maharaja mereka itu. Seluruh mata tertumpu kepada Rayz kini. Suasana kelihatan hening sekali sehingga degupan jantung masing – masing juga boleh didengar.
“Saya tidak layak menjadi Maharaja kamu. Saya bukan salah seorang daripada kamu semua. Putera Mahkota Dou-Gan lebih layak menjadi Maharaja daripada saya. Bukankah Maharaja Dara-Gon memerintah Empayar Xatrian dengan baik selama ini? Maka, adalah lebih molek jika Putera Mahkota Dou-Gan yang menjadi Maharaja yang baru,” kata Rayz dengan tenang.
“Rayz, adakah Rayz sudah memikirkan keputusan Rayz ini? Ini adalah hak Rayz sebagai Dunamist,” Bre-Ya mendekati Rayz dan memegang lengan kanannya.
Rayz tersenyum. “Ya, makcik. Saya tidak berniat menjadi Maharaja. Dan saya tidak akan kembali ke Planet Xatrian bersama dengan kamu semua. Planet ini memerlukan saya. Saya harus tinggal di sini.”
Sekali lagi kata – kata Rayz itu mengejutkan semua orang yang ada di situ. Rayz memandang ke arah Putera Dou-Gan, “Jadilah Maharaja yang baik Putera Mahkota Dou-Gan.” Selepas berkata, Rayz pun berpaling ke belakang dan meninggalkan Colosseum itu. Para Prajurit Samarian yang mengelilinginya pun membuka jalan baginya. Ka-Zen dan Bre-Ya berpandangan. Mereka berdua pun membuka langkah dan mengikut Rayz dari belakang.
“Bre-Ya! Kamu mahu ke mana? Beta tahu Beta bersalah kerana terlalu mengikut hati dan perasaan. Ampunkan Beta,” kata Putera Dou-Gan sambil terbatuk. Bre-Ya berhenti melangkah. Mulutnya kaku. Jauh di dalam hatinya, dia sedar. Dia tidak lagi mencintai Putera Dou-Gan. Bagi Bre-Ya, Putera Dou-Gan yang sekarang bukan lagi orang yang pernah dikenalinya. Dia kini telah jauh berubah. Bre-Ya menarik nafas. “Patik akan mengikut Tuanku Maharaja Rayz. Itu adalah tugas patik sekarang,” kata Bre-Ya dan meneruskan langkahnya.
“BRE-YA!!” Putera Dou-Gan menjerit dengan penuh kekecewaan. Dia menumbuk lantai Colosseum sehingga pecah. Hatinya terasa sakit sekali. Rayz telah mengambil segala – galanya daripadanya. Maruahnya tercalar lantaran kekalahannya di dalam Oziow. Malahan Bre-Ya pula meninggalkannya dan mengikut lelaki kacukan itu. Dendam mulai kembali membara di dalam hati Putera Dou-Gan. Dia bersumpah akan menghancurkan Rayz suatu hari nanti.
Puteri Zeyn-Da hanya mampu melihat Rayz pergi begitu sahaja. Terasa ingin sekali dia mengikut Rayz, dia ingin memastikan adakah benar kilauan kalung Aitomo sebentar tadi. Puteri Zeyn-Da tidak mencintai Rayz, tetapi tidak dapat dinafikan dia kini tertarik kepada jejaka itu.
“Datuk pasti datuk ingin mengikut Rayz?” tanya Rayz kepada Ka-Zen yang sedang berjalan di sebelahnya. Ka-Zen menepuk bahu Rayz. “Saya adalah datuk Rayz, sudah tentu atuk akan berjuang di sisi Rayz. Lagipun, atuk telah berjanji kepada Ra-Iz yang atuk akan menjaga Rayz.” Rayz tersenyum mendengar kata – kata Ka-Zen itu. Dia megalihkan pandangannya ke arah Bre-Ya pula. “Bagaimana dengan makcik? Makcik tidak menyesal mengikut Rayz? Masih belum terlambat untuk makcik mengubah fikiran,” tanya Rayz. Bre-Ya tidak membalas pandangan Rayz itu. “Rayz perlukan latihan yang lebih cukup. Seni bertempur Rayz masih lagi lemah. Bre-Ya tidak ingin sentiasa terpaksa membantu Rayz kelak,” jawabnya pendek.
Rayz ketawa kecil dan meneruskan langkahnya. Tanpa disedari oleh Rayz, Bre-Ya memandangnya dengan penuh rasa ‘cinta’ dari belakang. Sesungguhnya, jejaka ini benar – benar telah meragut hatinya. Bagi Bre-Ya, ke mana pun Rayz pergi, dia akan turut serta sekalipun ke neraka. Sekali lagi Ka-Zen menggelengkan kepala melihat kelakuan Bre-Ya itu. Tidak dapat dibayangkannya bagaimana kalau anak perempuannya itu akan ‘berkahwin’ dengan cucunya sendiri. Perkara itu adalah normal bagi Kaum Samarian namun tetap membuatkan kepalanya pening.
Tidak lama kemudian 3 buah kapal angkasa X-Strider muncul dari perut kapal angkasa Gardingan dan meluncur ke langit yang dipenuhi bintang...
*Akhirnya... Fuh... Penat... Enjoy... :)