Thursday, April 28, 2011

Chapter 33 - Part 3 of 5

Tempat             : Pejabat Rahsia Presiden ISRC, ISRC Cawangan Sabah, Metropolis Kinabalu
Masa                : 9.01 AM
Tarikh               : 8 Mac 2010
Colline, Poly dan Jane telah diarahkan untuk bertemu dengan Lady Elita Lucas di pejabatnya. Pejabat Lady Elita Lucas memang berada di ISRC Cawangan Sabah namun ianya tersembunyi di tingkat yang tertinggi. Tidak ada seorang pun yang tahu akan kewujudan pejabat rahsia ini kecuali Lady Elita Lucas, Bodyguard Elitnya dan juga ahli – ahli Wiseman’s Commitee. Bilik pejabat Lady Elita itu sangat besar dan hampir sama dengan bilik pejabat Danny. Yang berbeza ialah bilik pejabat Lady Elita menggunakan interior designing ala – ala orang Jepun. Terdapat tikar tatami dan dinding kertas yang biasanya boleh dilihat di Negara Jepun.
Colline, Poly dan Jane sedang duduk berlutut di hadapan sebuah meja kecil. Lady Elita duduk bertentangan dengan mereka bertiga. Dia kelihatan sedang membancuh Teh Jepun. Gerak geri jemarinya ketika memotong daun dan membancuh teh kelihatan lembut dan mengasyikkan. Colline sendiri merasa kagum dengan seni yang ada pada Lady Elita itu. Selepas selesai membancuh teh, Lady Elita menuangkan teh di dalam teko kecil itu ke setiap gelas di hadapan Colline dan sahabat – sahabatnya. “Dozo,” kata Lady Elita sambil tersenyum manis. ‘Dozo’ bermaksud silakan di dalam Bahasa Jepun. Colline mengucapkan terima – kasih dan meminum teh tadi, begitu juga Poly dan Jane. Bancuhan teh Lady Elita itu tampak berlainan dari teh yang biasanya diminum di kedai sushi. Ianya amat sedap dan menyegarkan. Mereka bertiga berasa amat beruntung kerana dapat merasa teh sesedap itu.
I hope I have given the best hospitality to all of you,” kata Lady Elita memulakan bicara.
Yes. We thank you my Lady, your tea is exceptionally unique. We have never tasted anything like it before,” puji Colline.
Lady Elita tersenyum. Dia menuangkan lagi teh itu ke setiap gelas Colline, Poly dan Jane. Jane menguis – nguis peha Poly seolah – olah menyuruhnya berbuat sesuatu. Poly mengerutkan dahinya, meminta Jane bersabar. Lady Elita perasan akan gelagat kedua – dua orang berkenaan. Dia tersenyum.
Is there something you wish to ask me Professor Poly?” tanya Lady Elita.
Umm, if I may my Lady. We would like to know why you decided to help us from ISRC’s Capital Punishment,” Poly bertanya akan tujuan Lady Elita membantu mereka bertiga. Colline juga ingin tahu akan motif Lady Elita itu.
I suppose my decision and action was indeed mysterious and illogical, considering that I am the President of ISRC,” kata Lady Elita. Dia pun mempersilakan mereka bertiga berjalan mengikutinya ke taman di belakang bilik pejabat. Taman itu dibina ala – ala taman di zaman kerajaan China purba kala. Terdapat kolam dengan ikan tropika berwarna merah dan putih. Air di kolam itu kelihatan jernih sekali dan pemandangannya begitu mengasyikkan. Lady Elita membawa mereka ke sebuah jambatan yang merentasi kolam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di tengah – tengah jambatan sambil melihat ikan – ikan yang sedang berenang di bawah jambatan.
“Saya membantu kamu semua kerana saya berpendapat hanya kamu bertiga yang akan dapat mengatasi ancaman Grogan yang sedang berleluasa di Negeri Sabah ini,” tiba – tiba Lady Elita bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Sekali lagi ketiga – tiga sahabat itu terkejut dengan kebolehan Presiden ISRC itu.
“My Lady boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu?” tanya Jane.
Lady Elita ketawa kecil mendengar kata – kata Jane. “Ya. Sudah seharusnya kita mempelajari bahasa yang digunakan oleh staff kita agar urusan dan perbincangan boleh dijalankan dengan lebih licin.”
“My Lady, boleh saya tanya sesuatu,” giliran Colline pula bercakap.
“Sudah tentu,” jawab Lady Elita pendek.
“Apa yang my Lady katakan itu belum lagi menjelaskan dengan sepenuhnya tujuan my Lady membebaskan kami dari hukuman ISRC. Ada banyak pegawai ISRC yang boleh membantu mengatasi ancaman Grogan, bukan kami sahaja. Malahan kami bertiga telah dilabel sebagai pemberontak ISRC oleh Lord Arufa. Mengekalkan kami sebagai pegawai ISRC bukanlah suatu tindakan yang bijak, walaupun my Lady sendiri mengarahkannya,” tutur Colline.
Lady Elita berasa kagum dengan daya penaakulan yang dimiliki oleh Colline itu. Poly dan Jane bersetuju sangat dengan apa yang disampaikan oleh Colline tadi.
“Nampaknya khabar mengenai kebijaksanaan dan kebolehan Professor Colline bertutur bukanlah sesuatu yang dibuat – buat. Baiklah, biarlah saya berterus terang sahaja. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa petugas ISRC yang tidak lagi menurut perintah dan undang – undang perlembagaan ISRC. Saya kini hilang kepercayaan terhadap mereka,” Lady Elita meluahkan kata – katanya yang berbaur kesedihan dan kekecewaan.
Colline mengerutkan dahi. “Tapi my Lady, bukankah kami juga telah melanggar undang – undang ISRC dengan membebaskan Rayz Silman?”
“Apa yang Professor katakan itu memang benar, namun tindakan Professor itu adalah atas dasar ‘kebenaran’ dan ‘perikemanusiaan’. Yang bersalah dalam perkara ini adalah, Lord Arufa. Tindakannya menangkap dan melakukan ujikaji terhadap Rayz Silman adalah sesuatu yang tidak pernah saya arahkan ataupun benarkan. Dia telah pun ditangkap dan kini berada di dalam siasatan pihak berkuasa ISRC.”
“Bagaimana dengan Tuan Pengarah Danny? Bukankah dia bersekongkol dengan Lord Arufa?”
Lady Elita dapat melihat kebimbangan di wajah Colline. “Professor bimbangkan dia?”
Colline menganggukkan kepala. Danny memang bersalah dalam hal ini, tapi Colline tahu dia hanya menurut perintah Lord Arufa. “Apakah yang akan berlaku kepada dia?”
“Tak perlu Professor bimbang,” balas Lady Elita sambil tersenyum. “Tuan Pengarah Danny tidak akan dikenakan tindakan kerana dia hanya bertindak dibawah arahan Lord Arufa.”
“My Lady, apa yang perlu kami lakukan sekarang? Kami sendiri bukan lagi bertugas sebagai pegawai ISRC. Malahan, pihak ISRC Metropolis Kinabalu telah pun memadam nama kami dari sistem,” celah Jane.
“Ha ha ha. Itu kamu bertiga tidak perlu risaukan. Kamu bertiga tidak perlu lagi bertugas di ISRC Metropolis Kinabalu kerana kamu bertiga ada tugas yang baru,” jawab Lady Elita.
Poly dan Jane berpandangan. “Apa maksud my Lady? Kami tak faham,” kata Poly pula.
“Inilah tujuan saya memanggil kamu bertiga pada hari ini. Biar saya berterus terang sahaja, saya ingin mengambil kamu bertiga sebagai Pegawai Kanan saya bermula pada saat ini. Kamu bertiga akan bekerja secara khas bersama – sama dengan saya untuk membanteras aktiviti Grogan di Sabah. Professor Jane, kamu akan menjadi Pengarah bagi Bahagian Persenjataan ISRC, Professor Poly akan menjadi Pengarah Bahagian Teknologi Perubatan ISRC dan Professor Colline akan menjadi Pengarah Bahagian Pertahanan Keselamatan ISRC. Ini bermaksud, kamu bertiga adalah ahli baru dalam Wiseman’s Commitee. Tahniah untuk kamu bertiga,” terang Lady Elita sambil tersenyum manis.
Poly dan Jane benar – benar terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Lady Elita itu. Mereka bertiga telah ditawarkan untuk menjadi ahli Wiseman’s Commitee, yang merupakan impian setiap pegawai ISRC kerana ianya jawatan yang paling tinggi dan berprestij. Poly dan Jane mengucapkan ribuan terima – kasih di atas perlantikan baru mereka itu, dan kelihatan teramat gembira. Namun lain pula reaksi bagi Colline. Apa yang ditawarkan oleh Lady Elita itu langsung tidak menggembirakannya.
“Professor Colline, adakah kamu tidak sudi menerima tawaran ini?” tanya Lady Elita. Poly dan Jane menumpukan perhatian mereka kepada sahabat mereka itu. Colline menarik nafas panjang. “Maafkan saya. Saya menolak tawaran my Lady itu,” jawab Colline dengan wajah yang serius. Poly dan Jane berpandangan sesama sendiri lagi.
I see. Boleh saya tahu kenapa Professor menolak?” tanya Lady Elita.
“Saya telah banyak berfikir sepanjang 3 hari kebelakangan ini. Terlalu banyak yang telah berlaku sehinggakan saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya percayai. Terlalu banyak perkara mengenai ISRC yang tidak saya ketahui dan ini telah menghilangkan keyakinan saya untuk terus berkhidmat. Selepas mempertimbangkan perkara ini, saya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan,” jawab Colline. Terdapat keazaman yang teguh pada raut wajahnya.
“Tapi Colline, bukankah ‘Sains’ adalah segala – galanya untuk Colline? Science to you, is LIFE my dear!” pujuk Poly, tidak bersetuju dengan keputusan Colline itu.
“Benar tu Colline. Lagipun, keadaan tidak akan sama tanpa Colline di sini,” tambah Jane. Wajahnya kelihatan sedih.
Colline memegang bahu kedua – dua sahabatnya itu. “My dear friends, ini mungkin noktah bagi kerjaya Colline dengan ISRC. Tapi mungkin ianya juga permulaan baru bagi Colline. Don’t worry, I will be fine. Kamu berdua teruskan sahaja dengan tawaran Lady Elita ini, ini adalah peluang yang sangat baik dan berharga. Jangan kerana Colline, kamu berdua mensia – siakan peluang ini. After all, persahabatan kita ini tidak akan berakhir sekalipun Colline bukan lagi pegawai ISRC.”
Poly dan Jane memeluk Colline dengan erat sekali. Mereka bertiga menitiskan air mata kesedihan. Sedih kerana Colline tidak akan bertugas lagi bersama – sama mereka. Colline mengucup dahi kedua – dua sahabatnya itu, “Be well” katanya dengan lembut.
“Professor Colline, saya mengerti dan faham akan keputusan Professor itu. Saya menghormatinya, namun ketahuilah, jawatan ini akan kekal kosong dan masih menanti untuk diisi oleh Professor,” Lady Elita benar – benar menghargai bakat yang ada pada Colline sehingga jawatan yang ditawarkan itu tetap dikosongkan sekalipun Colline tidak menerimanya.
Colline tersenyum. “Thank you for you kind concern and offer my Lady, tetapi saya rasa saya tidak akan berganjak dari keputusan saya ini. Apa – apa pun, saya ucapkan terima – kasih di atas peluang yang my Lady berikan kepada kedua – dua sahabat saya ini. Kalau tidak ada apa – apa lagi, saya minta diri.”
Colline pun berjalan meninggalkan mereka bertiga. Pemergiannya diperhatikan oleh Lady Elita, Poly dan Jane. “Betulkah Colline ingin melepaskan ‘Sains’? Bukankah menjadi saintis adalah aspirasi dan cita – cita Colline selama ini?” tanya Jane kepada Poly. Poly tersenyum dan memegang bahu Jane. “Jangan bimbang, Colline tidak pernah melupakan cita – citanya. Suatu hari nanti dia akan kembali kepada kita.”

A New Heroin

Ini adalah heroin terbaru Project-X. Here's the Biodata:

Nama : Lyneki Manawali
Bangsa : Philipine
Umur : 26 Tahun
Zodiak : Sagitarrius
Jenis Darah : O
Pekerjaan : Kapten Unit SAGI (Sabahan Anti-Grogan Initiative)
Tinggi : 5 Kaki 7 Inci


Karekter ini akan muncul dalam Chapter 34. Dia juga merupakan 'Bekas Kekasih' Rayz Silman.

Sesuatu akan berlaku kepada Colline Sullivan Ho ho ho, but it is a secret. You want know what is it? Keep on reading Project-X :)

Please feel free to post a comment guys :)

Picture, Courtesy of My Best Friend Mr. X-Tine.

Sunday, April 24, 2011

Chapter 33 - Part 2 of 5

Tempat             : Pulau Mantanani
Masa                : 11.30 PM
Tarikh               : 6 Mac 2010
Rayz bersama – sama Ka-Zen dan Bre-Ya melarikan diri di pulau yang agak terpencil ini. Rayz sedang duduk bersila di atas pantai sementara Ka-Zen sedang memasang sebuah alat yang dipanggil “Signal Disruptor” yang boleh menghalang satelit pengesan ISRC dari mengesan kedudukan mereka. Bre-Ya sedang mengumpulkan kayu – kayu api dan meletakkannya di hadapan Rayz. Bre-Ya menghalakan jari telunjuknya ke arah kayu api tersebut dan serta – merta ia terbakar dengan sendirinya. Bre-Ya memandang ke arah Rayz yang sedang duduk bersila dan menutup mata. Nampaknya Rayz sedang memulihkan tenaganya dengan tunjuk ajar dari Ka-Zen. Bre-Ya tersenyum sendirian melihat wajah kacak Bakal Maharaja itu. Ka-Zen pun datang ke unggun api yang baru sahaja dinyalakan oleh Bre-Ya. Dengan pantas Bre-Ya mengalihkan pandangannya dari Rayz.
“Bagaimana dengan keadaan Tuanku sekarang?” tanya Ka-Zen.
Rayz membuka mata. “Sudah beransur pulih. Tak sangka Teknik Kitaran Kuasa yang datuk ajarkan itu benar – benar menyegarkan tubuh Rayz.”
“Baguslah. Patik juga tak sangka Tuanku dapat mempelajari teknik itu dalam masa yang sekejap sahaja. Anak patik Bre-Ya juga mengambil masa yang panjang untuk menguasainya,” puji Ka-Zen. Rayz ketawa kecil sambil menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Buat seketika, Rayz dapat melupakan apa yang telah berlaku kepada dirinya sejak kebelakangan ini.
“Datuk, tak usah panggil Rayz ‘Tuanku’. Panggil Rayz sahaja, lagipun datuk adalah datuk Rayz,” Rayz sebenarnya tidak berapa menyukai gelaran ‘Tuanku’ yang digunakan oleh Ka-Zen itu.
“Tak boleh Tuanku, ini adalah adat kita sebagai Kaum Samarian. Tuanku adalah “Dunamist” pilihan Dewa VAHSYAH. Sudah selayaknya kami memuliakan Tuanku,” jawab Ka-Zen.
Rayz mengeluh kecil mendengar kata - kata Ka-Zen itu. “Rayz memerintahkan kamu berdua mulai saat ini untuk memanggil Rayz dengan nama Rayz sahaja, boleh kan?”
Ka-Zen dan Bre-Ya berpandangan. Mereka berdua berasa pelik dengan permintaan Rayz itu. Mungkin itu adalah perbezaan di antara Maharaja yang berasal dari Planet Bumi dengan Maharaja berketurunan Samarian asli. Sikap Rayz yang amat merendahkan diri itu benar – benar membuatkan Ka-Zen berasa sangat sejuk hati. Manakala Bre-Ya pula mulai berasa ‘tertarik’ dengan anak buahnya yang baru sahaja dikenalinya itu. Memandangkan itu adalah permintaan Rayz, dan dia juga adalah ‘Unperra Morte’ yang bermaksud Bakal Maharaja, arahan Rayz itu haruslah dituruti.
“Kalau itu adalah permintaan Tuanku, baiklah kami berdua akan memanggil Tuanku ‘Rayz’ mulai dari saat ini,” kata Ka-Zen. Rayz tersenyum dan memegang bahu datuknya. Pandangannya dialihkan kepada Bre-Ya. “Makcik Bre-Ya ok? Dari tadi Makcik Bre-Ya asyik merenung wajah Rayz aja?” tegur Rayz dengan tujuan untuk bersenda gurau. Pipi Bre-Ya yang putih itu menjadi merah mendengar kata – kata Rayz.
“Tak, Tak adalah! Mana ada Bre-Ya merenung wajah Rayz!” jawab Bre-Ya dan berjalan meninggalkan mereka berdua. Rayz tergelak kecil melihat perangai manja makciknya itu. Ka-Zen sekadar menggeleng – gelangkan kepala melihat gelagat cucu dan anak perempuannya itu. Rayz bingkas bangun dan berjalan mendekati gigi laut. Angin pada malam itu kelihatan nyaman sekali. Rayz menarik nafas panjang. Hatinya runsing kembali. Terlalu banyak yang telah berlaku sehingga sukar bagi dia untuk menerimanya satu persatu. Xyver diletakkan di atas tapak tangan. Kristal biru itu direnung dengan penuh perhatian. “Everything started with this...” getus hati Rayz. Ka-Zen mendekati cucunya dan berdiri di sebelah kanan. Mereka berdua merenung lautan yang agak bergelora pada malam itu.
“Apa yang sedang Rayz fikirkan?” tanya Ka-Zen.
“Rayz keliru sekarang ni datuk...” jawab Rayz. Ada kesayuan dalam suaranya itu.
“Keliru tentang apa? Boleh Rayz ceritakan kepada atuk?” tanya Ka-Zen lagi, bersimpati dengan diri Rayz.
“Rayz keliru dengan siapa diri Rayz. Selepas apa yang telah berlaku, Rayz kini tidak pasti siapa sebenarnya diri Rayz ini. Semuanya terlalu pantas bagi Rayz untuk menerimanya. Setahun yang lalu, Rayz hanyalah seorang pekerja Farmasi Perubatan di Bandar Raya Kudat. Selepas bertemu dengan Colline dan Xyver, kini Rayz mendapat tahu yang Rayz adalah anak kepada Ra-Iz, Prajurit Samarian seperti datuk dan Makcik Bre-Ya. Malahan, Rayz juga adalah “Dunamist” pilihan VAHSYAH. Rayz sepatutnya telah ‘mati’ tetapi takdir menentukan Rayz harus hidup dan meneruskan kehidupan Rayz sebagai Kaum Samarian. Colline pula ditangkap ISRC kerana cuba menyelamatkan Rayz... Entahlah, kesemua ini terlalu berat bagi Rayz untuk memikirkannya,” Rayz mengeluh dengan nasib yang menimpa dirinya itu.
Ka-Zen memegang bahu Rayz. Sekalipun dia tidak faham apa yang telah berlaku kepada Rayz, namun dia turut bersimpati dengan apa yang dirasakan oleh cucunya itu. “Rayz, atuk tak tahu apa yang boleh atuk katakan untuk mengurangkan apa yang Rayz rasakan. Namun atuk percaya, Rayz pasti akan dapat menghadapi takdir Rayz ini. Atuk dan Bre-Ya akan berada di sisi Rayz, kami sedia mengorbankan diri kami untuk membantu Rayz.”
Rayz terharu mendengar kata – kata Ka-Zen. Dia menepuk tangan Ka-Zen di atas bahunya. “Terima – kasih datuk. Rayz akan cuba untuk menerima takdir Rayz ini.”
Bre-Ya kelihatan berlari anak mendekati Rayz dan Ka-Zen. Wajahnya kelihatan gelisah. “Kenapa Bre-Ya?” tanya Ka-Zen. Bre-Ya tidak menjawab pertanyaan ayahnya itu. Dia mengeluarkan sebiji sfera dari saku di tali pinggangnya. Sfera itu sebesar tapak tangan orang dewasa dan kelihatan seperti sebuah alat elektronik berteknologi tinggi. “Grand Duke Ka-Eil,” kata Bre-Ya pendek dan menyerahkan sfera itu kepada Ka-Zen. Rayz tidak faham apa yang sedang berlaku. “Makcik Bre-Ya, apa benda tu?” tanya Rayz kepada Bre-Ya. “Oh itu, alat telekomunikasi kita sebagai Kaum Samarian,”jawab Bre-Ya pendek.
Ka-Zen meletakkan sfera itu di atas pantai lalu menekan butang berwarna biru di atas sfera itu. Imej 3D berbentuk manusia pun terpancar dari sfera tadi. Imej itu adalah seorang lelaki berpakaian putih dengan jahitan hiasan benang – benang emas. Dari pemakaiannya, jelas bahawa beliau adalah seorang yang berpangkat tinggi. Lelaki itu berambut pendek dan dipotong kemas. Terdapat perhiasan dahi seperti yang dipakai oleh Ka-Zen dan Bre-Ya di kepalanya. Kulit lelaki itu perang dan agak gelap.
“Grand Duke Ka-Eil Faitu,” kata Ka-Zen pendek lalu mendabik dada dan tunduk sebagai sembah hormat. Bre-Ya juga memberi hormat kepada lelaki bergelar Grand Duke Ka-Eil itu. Rayz tidak tahu apa – apa namun dia juga meniru apa yang dilakukan oleh Ka-Zen dan Bre-Ya. Grand Duke Ka-Eil adalah Menteri yang membantu Maharaja Dara-Gon Lezaria di dalam pemerintahan Empayar Xatrian. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dan memiliki hati yang sangat baik. Pada masa ini, beliau bertugas di bawah Putera Mahkota iaitu anak kepada Maharaja Dara-Gon.
“Grand General, nampaknya Grand General telah berjaya di dalam misi menjejak dan menyelamatkan Bakal Maharaja kita. Tahniah saya ucapkan kepada Grand General,” puji Grand Duke Ka-Eil.
“Itu sudah semestinya kewajiban saya. Malahan, Bakal Maharaja kita ada bersama – sama dengan saya sekarang. Biar saya perkenalkan, ini Tuanku Maharaja Rayz, Dunamist pilihan Dewa VAHSYAH,” kata Ka-Zen memperkenalkan Rayz kepada Grand Duke Ka-Eil.
“Puji Dewa yang Maha Berkuasa, patik Ka-Eil memberi sembah kepada Tuanku Maharaja Rayz!” Grand Duke Ka-Eil segera bertekuk lutut di hadapan Rayz, tangan kanan menyentuh dada dan tangan kiri menyentuh lantai. Rayz berasa agak kekok disembah sedemikian rupa namun dia cuba berkelakuan seperti biasa sahaja. “Err, terima – kasih Grand Duke Ka-Eil. Kamu boleh bangun sekarang,” pinta Rayz.
“Grand Duke, apakah hajat kamu menghubungi saya?” tanya Ka-Zen.
“Saya membawa khabar penting dari Putera Mahkota,” jawab Grand Duke Ka-Eil.
“Putera Mahkota Dou-Gan? Apakah titah baginda?”
“Baginda sendiri telah datang untuk menyambut kepulangan Tuanku Maharaja Rayz,” jawab Grand Duke Ka-Eil.
Dahi Ka-Zen berkerut. “Bagaimana Putera Mahkota Dou-Gan mendapat tahu akan misi menjejak Bakal Maharaja? Tuanku Maharaja Dara-Gon telah menitahkan bahawa misi ini adalah misi yang sulit dan rahsia... Apa yang sedang berlaku ini?” Ka-Zen bermonolog dalam hatinya. Janggutnya dilurut halus.
“Ada sesuatu yang tak kena Grand General?” tanya Grand Duke Ka-Eil melihat perubahan wajah Ka-Zen itu.
“Oh, tak ada apa – apa Grand Duke. Boleh saya tahu, di mana Putera Mahkota Dou-Gan sekarang?”
“Kami berada di hadapan Grand General,” jawab Grand Duke Ka-Eil.
“Di hadapan kami?” tanya Bre-Ya.
Tiba – tiba sebuah pesawat super gergasi muncul di langit di hadapan Rayz, Ka-Zen dan Bre-Ya. Pesawat itu berbentuk seperti Ikan Paus dan besarnya kemungkinan bersamaan dengan Negara Singapura. Lampu – lampu berwarna biru muda berkelip – kelip dan bersinar dari tubuh pesawat itu. Lagi menakjubkan, pesawat itu langsung tidak mengeluarkan apa – apa bunyi. Namun lautan kelihatan bergelora apabila pesawat itu mulai merendahkan altitud.
“Gardingan,” kata Ka-Zen pendek.
Rayz memandang ke arah Bre-Ya,”Gardingan?”
“Pesawat Di Raja Xatrian, pengangkutan kerabat di raja,” terang Bre-Ya.
Rayz memandang pesawat itu dengan penuh rasa takjub. Ini berkemungkinan sekali kali pertama Rayz memandang pesawat sehebat dan secantik itu. Hatinya benar – benar teruja, perasaan yang dirasainya kini lebih hebat pada ketika dia memasuki piramid di Gurun Gobi. Namun dia perasan akan perubahan wajah Bre-Ya. Bre-Ya tiba – tiba kelihatan muram. Rayz ingin bertanya apa yang telah berlaku namun hasrat itu tidak kesampaian apabila 3 buah jalur cahaya muncul dari ‘mulut’ Pesawat Gardingan lalu mengenai mereka bertiga. Rayz menutup matanya dengan tangan kerana silauan 3 jalur cahaya tadi. Mereka bertiga tiba – tiba lesap dari pantai di Pulau Mantanani. Pesawat Gardingan itu segera mengubah haluan dan masuk ke dalam laut. Mungkin untuk menyembunyikan diri dari dikesan musuh. Apakah yang akan berlaku kepada Rayz seterusnya?
Thank you for reading :)

Monday, April 18, 2011

Chapter 33 - Part 1 of 5

CHAPTER 33 : Resolution
Tempat             : ISRC Cawangan Sabah, Metropolis Kinabalu
Masa                : 1.30 PM
Tarikh               : 6 Mac 2010 (3 Hari Kemudian)
Colline, Poly dan Jane kini berada di Mahkamah Tinggi ISRC bagi membicarakan kesalahan mereka menentang dan engkar arahan pihak atasan. Mahkamah itu kelihatan lengang, hanya ada beberapa orang sahaja yang berada di situ. Hakim yang mengadili kes itu bernama Dodo Ungkwamba, berbangsa Afrika dan telah bertugas di ISRC Metropolis Kinabalu selama lebih 40 tahun. Dia adalah seorang yang sangat professional dan adil di dalam menyelesaikan sesuatu kes.
Danny dan Arufa duduk di meja bahagian Pendakwa Raya. Pendakwa Raya pada hari itu diwakili oleh Mr. Oliver Cassidy seorang lelaki berbangsa Australia. Manakala meja di bahagian Peguam Bela adalah Colline, Poly dan Jane. Colline diwakili oleh Roxanna Sorci wanita berbangsa Itali, Peguam Bela khas yang bertugas untuk ISRC. Dia dan Colline adalah kawan karib sejak mereka mula – mula bertugas di ISRC. Mr. Oliver baru sahaja menamatkan hujahnya untuk mendakwa Colline dan sahabat – sahabatnya di atas kesalahan menceroboh Sector-0 dan membebaskan Rayz dari tawanan ISRC. Keadaan memang tidak berapa baik bagi Colline dan sahabat – sahabatnya.
“Ada apa – apa yang ingin ditambah oleh pihak Peguam Bela?” tanya Dodo Ungkwamba kepada Roxanna Sorci. Bahasa Melayu yang digunakan oleh Dodo itu kelihatan sempurna tanpa cacat – cela. Colline sendiri kagum dengan pertuturannya. Roxanna segera berdiri dan menjawab pertanyaan Dodo, “Nothing to add your honor.”
“Kalau begitu, saya berikan peluang kepada Profesor Colline untuk membela dirinya,” Dodo Ungkwamba memandang ke arah Colline. Colline mengangguk tanda faham. Arufa dan Danny mengalihkan pandangan ke arah Colline.
“Yang Arif, apa yang disampaikan oleh Mr. Oliver itu adalah benar belaka. Pertuduhan yang dilakukan oleh beliau adalah tepat dan tidak ada cacat – celanya. Namun saya juga ada beberapa perkara yang ingin ditambah untuk membela diri dan sahabat – sahabat saya. Arufa dan Tuan Pengarah Danny Dexter sendiri telah melanggar beberapa undang – undang ISRC,” Colline memulakan hujahnya.
“Pengadilan hari ini membicarakan kesalahan kamu, ia tidak ada kaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi ISRC,” kata Danny seraya berdiri membidas hujah Colline.
“Tuan Pengarah Danny, sila senyap. Kamu telah pun memberikan keterangan tadi,” Dodo Ungkwamba memarahi Danny yang tidak mengikut prosedur perbicaraan.
“Maaf Yang Arif,” Danny segera duduk semula.
“Teruskan Profesor,” Dodo Ungkwamba meminta Colline menyambung semula kata – katanya.
“Terima – kasih Yang Arif. Seperti yang telah dinyatakan, adalah suatu kenyataan saya, dengan bantuan para sahabat saya, cuba untuk membebaskan Rayz Silman yang juga merupakan tawanan ISRC. Namun saya ingin mempertikaikan keputusan ISRC menahan dan menjadikan beliau bahan ‘ujikaji’ sedangkan beliau telah memberi kerjasama yang baik dalam Project X. Saya juga ingin mempertikaikan dengan authority apakah ISRC menahan dan menangkap beliau sedangkan kita semua tahu Artikel 183 dari Undang – Undang Universal ISRC mengatakan, adalah tidak dibenarkan untuk menjadikan manusia sebagai bahan ujikaji di bawah apa – apa situasi pun.”
Arufa membetulkan kotnya dan berdiri. Dahinya kelihatan berbalut dengan bandage dan plaster, kesan serangan Rayz tempoh hari. “I disagree with what Professor Colline said Your Honor. The subject, Rayz Silman, is no longer a human being. He is a hybrid between human and a highly advanced lifeform called Samarians. This automatically falls him under Article 204 of the ISRC Universal Laws which gives full authority for ISRC to conduct scientific experiments on him,” bidas Arufa. Dia juga menggunakan Undang – Undang Universal ISRC untuk mempertahankan tindakannya menangkap dan menjadikan Rayz sebagai bahan ujikaji sains.
It is also stated that any subject that fall within Article 204 must be willing to participate in the experiment or the law itself will be nullified! You kidnapped Rayz Silman against his will and that is also considered treason!” jawab Colline. Dia mengetap gigi menahan rasa marahnya di atas perbuatan Arufa itu. Poly dan Jane memujuknya untuk bersabar.
Technically, that would seem to be the case. But Rayz Silman did gave us his consent,” jawab Arufa dengan senyuman mengejek.
What!? I don’t believe you, you’re lying!” kata Colline hampir menjerit.
Is that true Lord Arufa?” celah Dodo Ungkwamba pula.
Yes Your Honor. I have with me the letter of authorization which the subject himself signed,” Arufa pun berjalan menuju ke arah meja hakim dan memberikan sekeping dokumen kepada Dodo Ungkwamba. Dodo Ungkwamba memakai cermin matanya dan membaca isi dokumen berkenaan. Dahinya berkerut. Nampaknya dokumen yang diberikan oleh Arufa itu memang asli dan tidak dapat dipertikaikan.
“Profesor Colline, dokumen yang diberikan oleh Tuan Arufa ini memang asli dan benar. Berdasarkan keadaan sekarang, Tuan Arufa memang telah mematuhi Undang – Undang ISRC,” kata Dodo Ungkwamba. Dia berasa agak berat hati memandangkan kini memang jelas Colline berada di pihak yang ‘salah’.
“Tetapi tidakkah ada kemungkinan dokumen itu telah dipalsukan?” tanya Colline lagi.
Your Honor, you may check the authenticity of that document with the ISRC High Council if it may satisfy Professor Colline,” ejek Arufa lagi. Danny yang berada di tepi Arufa itu tersenyum puas. Kini Colline benar – benar tidak dapat mempertahankan dirinya. Danny berpendapat dengan cuba membantu Colline bebas dari hukuman penjara, Colline akan kembali semula kepadanya. Hatinya berbunga – bunga.
You’re despicable!!” jerit Colline. Poly dan Jane memujuknya untuk duduk. Colline menangis di bahu Poly. Nampaknya tidak ada cara lain bagi Colline dan para sahabatnya melepaskan diri dari hukuman penjara seumur hidup. Roxanna Sorci tumpang simpati dengan nasib 3 sahabat itu. Malahan, Dodo Ungkwamba juga berharap mereka bertiga boleh dilepaskan dari hukuman berat namun dia harus menyempurnakan tugasnya sebagai hakim yang adil dan saksama.
Dodo Ungkwamba meminta Colline, Poly dan Jane berdiri untuk mendengar keputusan hakim. Colline menundukkan kepalanya, begitu juga Poly dan Jane. Mereka bertiga berpegangan tangan. Dodo Ungkamba membuka cermin matanya, nafasnya ditarik dalam. “I hereby sentence, Professor Colline Sullivan, Professor Poly Michael and Professor Jane Watson lifetime imprisonment effective today. Guards, you may take them.”
3 anggota tentera GDTF pun datang dan menggari tangan Colline dan kawan – kawannya. Arufa dan Danny tersenyum ‘puas’ dengan kemenangan mereka. Namun adakah mereka memang telah menang? Tiba – tiba lampu di dalam dewan mahkamah itu terpadam dengan sendiri. Semua yang berada di dalam dewan itu terpinga – pinga kehairanan. Apakah yang telah berlaku?
Tidak lama kemudian sebuah hologram atau imej 3D seorang wanita muncul di hadapan Dodo Ungkwamba. Wanita itu berpakaian putih ala – ala bangsa Korea. Rambutnya panjang mencecah lantai. Wanita yang sama berada di dalam DUNAMIST CHAMBER ketika Rayz telah pun berjaya melepaskan diri. Wanita itu tersenyum,” Hello Dodo, it is nice to see you again.”
Melihat wanita itu, Dodo Ungkwamba segera tunduk memberi hormat. Arufa dan Danny juga berbuat sedemikian. Colline terpinga – pinga tidak faham dengan apa yang berlaku. Dia mengalihkan pandangan ke arah Poly. Poly mengangkat bahu, tanda kurang jelas dengan apa yang berlaku. “Siapa wanita ini?” getus hati Colline.
Lady Elita, it is an honor to have you grace us here today. What is the purpose of your visit?” Dodo Ungkwamba seolah – olah mengenali wanita yang muncul secara tiba – tiba itu.
Jane menggaru – garu dagunya. Nama yang disebutkan oleh Dodo Ungkwamba itu seolah – olah pernah didengarinya. Jane tersentak, dia teringatkan sesuatu. Dia segera mencuit lengan Colline dan Poly. “Hey guys! I know who she is!” kata Jane, dia kelihatan teruja sekali. “Really? Siapa dia tu?” tanya Colline.
“Wanita itu Lady Elita Lucas! Presiden Tertinggi ISRC! I’m sure of it!” kata Jane, kelihatan yakin sekali.
“Lady Elita Lucas? Presiden Tertinggi ISRC...” Colline memandang ke arah wanita bernama Elita Lucas itu. Colline hairan mengapa dia, selaku Presiden Tertinggi ISRC boleh datang ke Metropolis Kinabalu? Malah dia datang pada ketika dia dan sahabat – sahabatnya berada di dalam kesusahan. Dahi Colline berkerut, cuba memikirkan apa tujuan kedatangan Lady Elita Lucas di mahkamah tertutup ISRC pada hari itu.
Dodo, I would like you to drop the sentence you have given to Professor Colline and her colleagues,” kata Lady Elita Lucas dengan wajah yang tenang. Sekali lagi semua yang berada di dewan mahkamah itu terkejut bukan kepalang. Lady Elita baru sahaja meminta hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadap Colline, Poly dan Jane untuk ditarik balik. Apakah tujuan beliau berbuat sedemikian?
But, My Lady, they have been charged with high treason! They must be punished for their transgression!” Arufa tiba – tiba membuka mulut. Dia tidak berpuas hati dengan arahan Lady Elita itu.
Lady Elita memandang ke arah Arufa. Pandangan matanya tajam sekali. Hati Arufa tiba – tiba berdegup kencang, wajahnya menjadi pucat lesi. Dia dapat merasakan aura tekanan yang teramat hebat datang dari imej 3D Lady Elita itu. Tanpa disedarinya, dia dapat merasakan bajunya ‘basah’ lencun dengan peluh dingin.
Careful where you open your mouth Lord Arufa,” suara Lady Elita itu lembut tetapi memiliki ketegasan yang ‘supernatural’. Arufa menundukkan kepala tidak berani memandang Lady Elita. Danny juga tidak berani memandang ke arah Lady Elita. Lady Elita mengalihkan pandangannya ke arah Colline. Colline membalas pandangan mata Lady Elita itu. Lady Elita tersenyum. “Dodo, I’m using my authority as the Highest Commanding Officer of ISRC to release Professor Colline and her colleagues from ISRC’s Capital Punishment effective today,” Lady Elita memerintahkan Dodo Ungkwamba membatalkan hukuman yang baru sahaja dijatuhkannya kepada Colline dengan para sahabatnya. “As My Lady’s wish. Guards, release Professor Colline and her colleagues,” Dodo memerintahkan anggota GDTF itu melepaskan gari yang membelenggu tangan Colline, Jane dan Poly.
You are free Professor Colline, Professor Poly and Professor Jane,” kata Lady Elita kepada Colline dan sahabat – sahabatnya.
But why are you helping us? We’re considered traitors,” tanya Colline. Tidak faham akan tujuan Lady Elita membebaskan mereka.
You will know soon. Dodo, the court is adjourned. Will you accompany me for lunch today?” Lady Elita menjemput Dodo Ungkwamba untuk makan tengah hari bersama – sama. Colline bertambah bingung dengan apa yang berlaku.
Of course my Lady. Court is adjourned, you are free to go Professor Colline,” Dodo Ungkwamba pun berdiri dan meninggalkan mahkamah itu. Arufa mendengus dan berjalan meninggalkan mahkamah itu dengan pantas. Danny, mengerling ke arah Colline sekejap dan segera berjalan membuntuti Arufa. Ketiga – tiga sahabat itu berpelukan di antara satu sama lain, tidak menyangka Tuhan memberkati mereka saat – saat mereka di dalam kesusahan. Namun Colline sempat terfikir, mengapa agaknya Presiden Tertinggi ISRC melepaskan mereka dari hukuman berat, sedangkan mereka memang bersalah dari segi undang – undang?
*Chapter 33 terbahagi kepada 5 bahagian sebab terlalu panjang dan memerlukan penjelasan yang mencukupi :) semoga anda menyukai cerita ini. Beri komen ya?

Thursday, April 14, 2011

Chapter 32

CHAPTER 32 : A Vile Plan
Tempat             : Hutan Tebal di Sipitang
Masa                : 9.00 Malam
Tarikh               : 5 Mac 2010 – 2 Hari Selepas Rayz melarikan diri dari ISRC
Malam itu kelihatan indah sekali dengan sinaran bulan purnama yang sedang mengambang. Hutan pada malam itu kelihatan sunyi sekali seolah – olah kesemua unggas – unggas hutan telah meninggalkan ia. Ada sebab mengapa hutan di daerah Sipitang itu benar – benar sunyi. Kemunculan ‘makhluk – makhluk’ yang bukan berasal dari Bumi di tempat itu tampak membuatkan kesemua haiwan – haiwan hutan mendiamkan diri. Malahan ‘Pak Belang’ yang amat ganas dan garang itu hanya tunduk menyembunyikan diri dari ‘makhluk – makhluk’ itu.
Di tengah – tengah hutan tebal itu kelihatan ‘Kokun Darah’ yang pernah dilihat oleh Kapten Endra di daerah Tawau. Kokun itu pernah digunakan oleh Queen Grogan untuk memperkuatkan tubuhnya. Beratus – ratus ekor Reptilian Grogan sedang berkawal dan menjaga kokun tempat ‘Permaisuri’ mereka bersemayam. Tidak lama kemudian Queen Grogan muncul dari lubang kokun tadi. Tubuhnya dilumuri darah daripada orang – orang kampung yang berdekatan di situ. Queen Grogan memandang lengan kanannya yang kini telah ‘tumbuh’ semula. Luka di dahinya kini juga telah sembuh dengan sepenuhnya. Queen Grogan teringat semula bagaimana VAHSYAH membelasahnya di Bandar Raya Tawau. Ia kelihatan marah sekali, “Woarghhhh!!!” ia bertempik sehingga menakutkan Reptilian – Reptilian Grogan yang berkumpul di situ. Queen Grogan melibaskan cangkuknya ke kanan dan aura berbentuk pedang yang amat tajam pun muncul dari cangkuk itu dan memotong pokok – pokok kayu balak seluas 15 kilometer persegi. Pokok – pokok kayu balak itu pun tumbang satu – persatu, betapa kuatnya serangan Queen Grogan!
Tiba – tiba Queen Grogan berdesis dan memandang tepat ke hadapan. Reptilian – Reptilian Grogan yang lain juga memandang ke arah yang sama. Nampaknya ada ‘tetamu’ yang tidak diundang datang ke tempat itu. Queen Grogan dapat melihat kelibat manusia yang berjubah sedang berjalan dengan tenang menuju ke arahnya. Sinaran bulan purnama memperlihatkan jubahnya yang berwarna merah darah. Lembaga itu adalah lembaga yang sama menentang VAHSYAH di Tawau dan yang berada di ruang udara ISRC Metropolis Kinabalu ketika Rayz melarikan diri, iaitu REFLUCIS. REFLUCIS kini berdiri dalam jarak 5 meter di hadapan Queen Grogan. Reptilian – Reptilian Grogan itu segera menerpa ke arah REFLUCIS dan menyerangnya! Tiba – tiba kesemua Reptilian – Reptilian Grogan itu hancur berkecai dan cebisan daging tubuh mereka bertaburan di atas tanah! Darah hijau memercik kesemua arah, mengenai REFLUCIS dan juga Queen Grogan. Reptilian – Reptilian Grogan yang lain pun segera menyerbu REFLUCIS, namun nasib yang sama menimpa mereka, kekuatan REFLUCIS itu betul – betul menggerunkan!
“Kau mahu semua ‘anak’ kau mati sia – sia ‘Queen’?” kata REFLUCIS sambil mengukir senyuman mengejek.
Queen Grogan sedar dia tidak mungin dapat menentang REFLUCIS di hadapannya. Ia segera memerintahkan anak – anaknya untuk berundur dan jangan berbuat apa – apa. Queen Grogan berjalan mengelilingi REFLUCIS sambil berdesis, ‘berkomunikasi’ dengan REFLUCIS. REFLUCIS yang berjubah merah itu langsung tidak takut dengan Queen Grogan yang tingginya hampir mencecah 7 kaki.
“Aku tidak ingin bermusuhan dengan kau Queen. Malah, aku datang ingin memberikan kau hadiah,” kata REFLUCIS.
Queen Grogan berhenti mengelilinginya. Ia berdesis lagi, mulut serangganya bergerak – gerak menurut bunyi desisan yang dikeluarkannya. REFLUCIS ketawa kecil dan berjalan menuju ke Kokun Darah di belakang Queen Grogan. Dia mencelupkan jarinya ke dalam takungan darah di dalam kokun itu dan menghisap darah yang ada di hujung jari. “Kau tidak memerlukan bantuan aku? Kau jangan lupa Queen, kalau bukan aku, kepala kau tentu sudah hancur ditembak oleh Kaum Samarian yang kau laknati itu!”
Queen Grogan berasa marah mendengar kata – kata REFLUCIS, ia pun mengangkat cangkuknya  untuk memenggal kepala REFLUCIS yang bemulut lancang! Tiba – tiba mata REFLUCIS pun bernyala dengan aura merah seperti darah! Pada masa itu juga tubuh Queen Grogan menjadi kaku dan tidak dapat bergerak. Queen Grogan cuba untuk menggerakkan anggota tubuhnya namun gagal, seluruh tubuhnya seolah – olah dikunci oleh suatu kuasa yang misterius. REFLUCIS mencekik leher Queen Grogan dengan kuat. Melihat permaisurinya dalam bahaya, seekor Reptilian Grogan melompat dan menyerang REFLUCIS dari belakang! REFLUCIS mengalihkan pandangannya ke arah Reptilian Grogan, dan mengacukan telapak tangan kanannya. Serentak itu juga tubuh Reptilian Grogan itu meletup dan hancur menjadi daging cincang!
REFLUCIS mendekatkan muka Queen Grogan ke mukanya. “Dengar sini Queen, kau berhutang dengan aku. Kalau kau tidak ingin dihancurkan macam anak kau tadi, ada lebih baik kamu mendengar kata – kata aku,” REFLUCIS melemparkan Queen Grogan di hadapannya. Queen Grogan terbatuk – batuk, lehernya terasa sakit sekali. Memang benar, kalau REFLUCIS ingin memusnahkan Queen Grogan dan anak – anaknya, perkara itu adalah amat mudah sekali. Queen Grogan sedar ia perlu bertindak bijak, ia pun mendesis, setuju dengan kata – kata REFLUCIS. Makhluk – makhluk asing itu pun bersujud tanda hormat kepada ‘Tuan’ baru mereka.
“Bagus! Nampaknya hidupan primitif macam kau ini juga pandai berfikir,” REFLUCIS ketawa terbahak – bahak gembira dengan penyerahan diri Queen Grogan. “Sebagai menghargai kesetiaan baru kamu semua, biar aku memberikan permaisuri kamu ‘hadiah’!” REFLUCIS mengacukan tangan kanannya ke depan dan suatu arus elektrik berwarna merah mengalir dan mengenai tubuh Queen Grogan! Queen Grogan pun meraung kesakitan ketika arus elektrik berkuasa tinggi itu mengenai tubuhnya. Suatu fenomena yang ajaib pun mulai berlaku pada sel – sel dan DNA Queen Grogan. Sel – selnya sedang mengalami proses evolusi yang teramat cepat. Kuasa REFLUCIS itu mengubah setiap selnya menjadi suatu sel hybrid baru yang berkuasa tinggi. Selepas beberapa saat, Queen Grogan pun berhenti menggelepar di atas tanah. Asap merah nipis muncul dari tubuh Queen Grogan. REFLUCIS tersenyum melihat Queen Grogan yang diam tidak bergerak.
“Bangun, Queen, dan lihatlah tubuh baru kurniaan aku!” kata REFLUCIS.
Perlahan – lahan Queen Grogan bergerak. Ia pun berdiri. Ia dapat merasakan suatu perubahan yang besar telah berlaku kepada tubuhnya. Ia merasa lebih kuat dan bertenaga dari yang sebelumnya. Queen Grogan melihat kedua – dua tangannya. Sekali lagi ia merasa terkejut. Tangannya kini menyerupai tangan manusia cuma cengkerang keras asalnya masih menutupi keseluruhan lengannya itu. Cangkuk di tangan kanannya kini telah berubah menjadi sebuah parang lengkung yang amat panjang dan kini melekat di lengan kanannya. Queen Grogan juga perasan sayapnya telah bertambah besar dan kuat. Hatinya berasa teramat gembira. Ia menyentuh wajahnya dan berjalan mendekati alur sungai yang berdekatan. Queen Grogan dapat melihat wajahnya dengan jelas melalui refleksi air sungai. Wajah Queen Grogan telah berubah mirip manusia ataupun lebih tepat lagi, mirip wajah seorang wanita yang jelita.
“Mulai hari ini nama kau adalah ‘EVA’,” kata REFLUCIS kepada Queen Grogan.
“EVA?” kata Queen Grogan. Ia berasa agak terkejut apabila menyedari ianya dapat bertutur dalam bahasa manusia.
“Ya, EVA. Kerana kau adalah ibu kepada generasi Grogan yang baru nanti,” jawab REFLUCIS dan berjalan menuju ke alur sungai yang sama. REFLUCIS berdiri di sebelah Queen Grogan. Queen Grogan yang kini dipanggil EVA itu melihat refleksi wajahnya tanpa berhenti – henti. REFLUCIS gembira kerana dapat ‘menundukkan’ ibu kepada Makhluk Grogan itu dengan kuasa dan tipu helahnya. Apakah agaknya tujuan sebenar REFLUCIS membantu EVA?
“Boleh kami tahu kenapa kau ingin membantu kami?” tanya EVA dengan suaranya yang kini seperti suara wanita berusia awal 30 an.
“EVA tak perlu fikirkan tentang itu. Aku ikhlas ingin membantu EVA. Tidakkah EVA ingin membunuh Samarian durjana yang hampir – hampir mencabut nyawa EVA tempoh hari?” jawab REFLUCIS.
EVA teringat kembali kekalahannya di tangan VAHSYAH (Rayz) di Bandar Raya Tawau. Hatinya dibakar api kegeraman yang tidak terhingga. EVA pun berteriak dengan nyaring sekali! Suara teriakannya itu teramatlah nyaring dan menakutkan sehinggakan ribut taufan yang amat ganas tiba – tiba melanda hutan di daerah Sipitang. “Samarian durjana! Kami akan merobek jantungnya dan memicitnya sehingga pecah!” jerit EVA dengan suara yang keras.
REFLUCIS tersenyum semula, memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih. Dia mengeluarkan sesuatu dari jubah merah yang dipakainya. Sebuah objek pelik yang berbentuk bulat berada di atas tapak tangan kanannya. Objek itu berwarna ungu dan bersisik. Terdapat urat – urat yang pelik berwarna emas melingkari objek tersebut. EVA melihat objek itu dengan perasaan yang hairan. “Apakah itu?” tanya EVA kepada REFLUCIS.
“EVA ingin membalas dendam terhadap Kaum Samarian itu kan? ‘Benih’ ini boleh membantu EVA merealisasikan impian EVA itu,” jawab REFLUCIS.
“Benih? Kami tak perlukan semua itu. Kami boleh ‘melahirkan’ anak yang baru untuk membunuh Samarian durjana itu dan menghancurkan planet ini!” kata EVA. Wajahnya tampak yakin dapat menewaskan Rayz dan saudara – saudara Samariannya.
REFLUCIS ketawa terbahak – bahak mendengar kata – kata EVA itu. “Lucu benar kau ini, agaknya EVA telah terlupa bagaimana dengan mudahnya Kaum Samarian itu membunuh anak EVA yang besar itu? Dan kini EVA berkeyakinan untuk menghantar anak yang baru untuk membunuhnya?”
EVA terdiam mendengar kata – kata REFLUCIS. Benar kata tuan barunya itu. Kekuatan milik Samarian yang bertempur dengannya di Bandar Raya Tawau tempoh hari benar – benar menggerunkan. Ada baiknya dia menerima saja bantuan dari tuan barunya itu.
“EVA tak usah berfikir dengan panjang. Terimalah benih ini, semailah ia dan berikan ia zat makanan yang secukupnya. Apabila tiba saatnya, ia akan menetas dan raksasa pembinasa yang tidak ada tanding taranya akan dilahirkan di planet ini. Pada saat itu, Kaum Samarian durjana itu juga tidak akan dapat menewaskan ia. Dan EVA akan dapat mengecap kenikmatan menyembelih Kaum Samarian dan makhluk Bumi yang primitif ini!”hasut REFLUCIS. EVA berasa teruja mendengar apa yang dikatakan oleh REFLUCIS. Ia pun mengambil ‘benih’ itu dari tangan REFLUCIS dengan rakus lalu mengusapnya seperti mengusap bayi yang baru dilahirkan.
“Bagus! Sekarang EVA harus mencari tempat untuk menyemai benih itu. Tempat yang sesuai adalah di situ!” REFLUCIS menundingkan jari telunjuknya di puncak Gunung Kinabalu.
“Mengapa di situ? Kami tidak faham?” soal EVA.
“Ha ha ha, kamu akan faham suatu hari nanti. EVA tak perlu fikirkan sangat tentang itu. Ikut sajalah arahan aku. EVA hanya perlu berikan ia ‘zat makanan’ yang mencukupi, dan EVA tentu faham apa yang aku maksudkan itu kan?” jawab REFLUCIS dengan senyuman misteri.
“Baiklah. Kami akan laksanakan seperti yang diarahkan oleh tuan kepada kami,” balas EVA sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat.
REFLUCIS melangkah meninggalkan kawasan itu. Dalam sekelip mata dia ghaib bagaikan hantu. EVA atau Queen Grogan yang kini berwajah manusia itu memandang semula ‘benih’ yang ditinggalkan oleh RFLUCIS. Ia dapat merasakan kekuatan yang amat menakutkan datang dari dalam ‘benih’ itu. Reptilian – Reptilian Grogan yang berada di situ mulai mengerumuni EVA. EVA bertempik dan berlari meninggalkan tempat itu juga, beratus – ratus Reptilian Grogan yang berada di situ mengikutnya dari belakang. Ke mana agaknya EVA akan pergi? Apakah sebenarnya ‘benih’ yang diberikan oleh REFLUCIS itu?
The Plot thickens....Muaha ha ha ha :)