Monday, July 19, 2010

Chapter 30

CHAPTER 30 : The Face of EVIL

Tempat : Bandar Raya Tawau, Daerah Tawau, Sabah

Masa : 11.35 PM

Tarikh : 17 Disember 2009

Kota yang besar itu kelihatan hidup dengan penduduk – penduduknya yang sedang sibukmelaksanakan aktiviti masing – masing. Ada yang berjual beli, ada yang sedang makan, ada yang sedang berjalan – jalan, ada yang sedang melepak dan ada juga mereka yang melakukan jenayah. Di sebuah lorong yang gelap, kelihatan tiga orang pemuda cuba mencabul kehormatan seorang gadis tidak berdosa. Gadis itu menangis – nangis meminta tolong dan meminta untuk dilepaskan. Namun raungan dan teriakannya itu langsung tidak diendahkan oleh ketiga – tiga pemuda yang telah pun dirasuk syaitan itu. Mereka mengoyak – ngoyak baju kurung yang dipakai oleh gadis itu dengan rakus! Namun hasrat kejam mereka itu tidak kesampaian.

Tiba – tiba suatu letupan yang besar berlaku tidak berapa jauh di mana mereka cuba memperkosa gadis tersebut. Sebuah lori bersaiz medium kelihatan meletup dan sedang terbakar. Letupan itu mengejutkan mereka dan kesempatan itu diambil oleh gadis itu untuk melarikan diri. Mungkin kerana berasa masih lagi berasa terkejut, mereka membiarkan sahaja gadis itu melarikan diri. Mata mereka masih lagi terpaku ke lori yang sedang terbakar tadi. Tiba – tiba mata mereka terbeliak kerana terlihat sesuatu. Suatu lembaga setinggi 7 kaki sedang berdiri di atas lori yang sedang terbakar itu. Lembaga itu merenung mereka bertiga dengan tajam. Lembaga itu adalah Queen Grogan!

Ketiga – tiga pemuda itu pun menjerit ketakutan dan cuba melarikan diri. Queen Grogan itu melompat ke arah ketiga – tiga pemuda itu lalu melibaskan cangkuk tajam di tangan kirinya. ZUP! Kepala ketiga – tiga pemuda itu terpenggal dari tubuh mereka dan jatuh tergolek di atas tanah. Badan mereka menggelepar seperti ayam yang kena sembelih. Queen Grogan mengeluarkan bunyi mendesis yang tajam sambil memegang bahu kanannya yang kini putus terkena serangan VAHSYAH di dalam pertempuran sebentar tadi. Ia pun mencucuk sebiji kepala yang tergolek di atas tanah tadi dengan cangkuknya. Lidah tajam dari mulutnya itu pun menerobos dahi kepala tadi. Ia pun menghisap otak dari dalam kepala itu dengan lahap. Selepas menghabiskan jus otak kepala tadia, ia pun menghisap kedua – dua kepala yang lain. Dengan perlahan – lahan luka di bahu kiri Queen Grogan itu mulai menyembuh. Rupa – rupanya otak manusia boleh mempercepatkan proses penyembuhan Queen Grogan itu sekalipun luka itu datangnya dari Zaiva ataupun Xyver.

Tiba – tiba Queen Grogan melompat ke tepi dengan pantas! Tanah di mana ia berdiri itu tiba – tiba meletup! Serpihan – serpihan batu, konkrit dan debu – debu tebal pun berterbangan di udara. Queen Grogan menghalakan pandangannya ke arah letupan itu. Sebaik sahaja debu –debu itu hilang, kelihatan VAHSYAH sedang berlutut di permukaan tanah yang kini telah bertukar menjadi suatu kawah yang besar. Rupa – rupanya VAHSYAH terjun dari atas dan cuba membunuh Queen Grogan yang sedang menikmati “buruannya”. VAHSYAH tidak melepaskan peluang itu, dia lantas mengacukan jari telunjuk kanannya ke arah Queen Grogan dan melepaskan sebiji peluru tenaga ke arahnya! Queen Grogan berguling ke tepi dan memuntahkan cecair hijau bagaikan asid ke arah VAHSYAH sebagai serangan balas. VAHSYAH menahan cecair itu dengan lengan kirinya lalu cecair itu mulai mengakis perisai yang di lengan kiri VAHSYAH itu! Queen Grogan melibaskan ekornya ke arah VAHSYAH yang hilang tumpuan itu. Ekor Queen Grogan itu mengenai kepala VAHSYAH lalu VAHSYAH terpelanting ke kanan dan melanggar beberapa buah kereta di tengah jalan raya sebelum terhempas ke dalam sebuah bangunan kedai. Orang ramai bertempiaran lari ketakutan melihat kejadian tersebut. Ada juga orang – orang yang tidak melarikan diri sebaliknya merakam kejadian itu dengan kamera henfon mereka.

Queen Grogan melompat ke tempat di mana VAHSYAH terhumban tadi dan berdiri di hadapan bangunan kedai yang telah runtuh itu. Orang – orang ramai mulai berteriak – teriak ketakutan melihat kemunculan makhluk asing itu. Queen Grogan tidak mengalihkan pandangannya dari tempat VAHSYAH terhempas tadi. Suara teriakan orang – orang ramai di situ akhirnya digantikan oleh suara siren dari beberapa buah kereta polis yang telah dipanggil untuk mengawal keadaan di tempat tersebut. Anggota – anggota polis yang bersenjatakan pistol Revolver itu pun mengacukan senjata mereka ke arah Queen Grogan. Salah seorang dari anggota polis itu meminta Queen Grogan menyerahkan diri. Namun apa yang dikatakan oleh anggota polis itu langsung tidak diendahkan oleh Queen Grogan. Dia tetap menumpukan perhatiannya ke arah bangunan kedai yang runtuh itu. Melihat Queen Grogan enggan menyerahkan diri, anggota – anggota polis Bandar Raya Tawau itu pun melepaskan tembakan bertalu – talu ke arah Queen Grogan. Peluru – peluru Revolver anggota – anggota polis itu langsung tidak dapat melukai kulit Queen Grogan yang liat bagaikan keluli itu. Tindakan anggota – anggota polis itu membuatkan Queen Grogan menjadi berang. Sejurus kemudian api membara berwarna hijau pun keluar dari tubuh Queen Grogan lalu membakar seluruh kawasan! Beberapa buah bangunan dan kereta pun meletup apabila terkena baraan api berwarna hijau itu. Keganasan Queen Grogan itu juga membunuh berpuluh – puluh orang yang tidak berdosa di bandar berkenaan. Mayat mereka rentung menjadi abu, malahan hampir kesemuanya langsung tidak sempat berteriak apabila badan mereka dijilat oleh api.

Sebaik sahaja api itu mereda, tiba – tiba satu tembakan aura berwarna biru pun meluru ke arah Queen Grogan dari runtuhan bangunan di hadapannya. Queen Grogan berjaya mengelaknya dengan melompat ke langit. Tindakan refleks Queen Grogan itu benar – benar menakjubkan. Namun kepantasannya itu masih gagal menandingi kehebatan VAHSYAH. Rupa – rupanya sebaik sahaja Queen Grogan melompat ke udara, VAHSYAH telah pun berada di udara menunggunya. Dengan sepenuh tenaganya, VAHSYAH pun melakukan tendangan Chop Kick dengan kaki kirinya lalu menghentak kepala Queen Grogan. Queen Grogan pun terjatuh semula ke permukaan tanah. Nampaknya kali ini Queen Grogan benar – benar cedera parah. Kelihatan bahagian kepalanya meretak dan banyak darah berwarna hijau tua mengalir keluar dari lukanya. Sebaik sahaja VAHSYAH mendarat ke tanah, dia pun mengacukan jari telunjuk kanannya ke kepala Queen Grogan. Jarak di antara jari VAHSYAH dengan Queen Grogan itu kurang dari 2 inci. Queen Grogan kini tidak mampu lagi melepaskan dirinya dari tembakan peluru tenaga VAHSYAH itu. Aura biru padat pun mulai bertumpu semula di hujung jari telunjuk kanan VAHSYAH itu. “This is the end,” kata VAHSYAH kepada musuh utamanya. Queen Grogan hanya mampu menunggu saat kematiannya tatkala aura biru di hujung jari telunjuk VAHSYAH itu semakin bersinar dan mengeluarkan bunyi dengungan yang kuat. Adakah Queen Grogan akan mati? Adakah peperangan di antara Puak Samarian dan Makhluk Grogan itu akan tiba ke penghujungnya?

TIDAK. Suatu aura berwarna merah darah yang datangnya entah dari mana tiba – tiba menyerang VAHSYAH! Aura misteri itu terkena dada VAHSYAH lalu VAHSYAH terhumban jauh ke belakang sambil merempuh beberapa buah bangunan. Sebaik sahaja dia terhempas, VAHSYAH pun mengerang kesakitan. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat baju perisai yang melindungi dadanya itu meretak dan pecah. Kristal di dadanya juga pecah terkena aura misteri itu tadi. Bukan itu sahaja aura berwarna merah darah itu masih lagi melekat di permukaan dadanya. VAHSYAH menghalakan Xyver yang berada di pergelangan tangan kanannya itu ke dadanya. Aura merah darah itu pun beransur – ansur hilang dan baju perisai VAHSYAH itu juga pulih seperti sedia kala. VAHSYAH pun berdiri untuk melihat di mana kedudukan Queen Grogan tadi. Sekali lagi VAHSYAH terkejut, barulah dia menyedari rupa – rupanya dia telah terhumban hampir 17 kilometer jauhnya dari pusat Bandar Raya Tawau. Alangkah kuatnya aura yang menyerangnya sebentar tadi. Namun itu bukanlah perkara yang harus dirisaukannya sekarang ini. Dia harus membunuh Queen Grogan agar peperangan ini akan dapat diselesaikan sekali gus. VAHSYAH pun berlari mencari Queen Grogan semula.



Sebaik sahaja dia sampai di tempat di mana Queen Grogan itu berada, sekali lagi dia terkejut. Suatu lembaga manusia yang memakai jubah bertudung merah darah kelihatan sedang terawang – awang di hadapan Queen Grogan yang terbaring di atas tanah. Tubuhnya diselubungi aura berwarna merah darah. Adakah lembaga ini yang menyerangnya sebentar tadi? Siapakah lembaga misteri ini? Adakah ianya “Sahabat” ataupun “Musuh”? VAHSYAH pun menggunakan kuasanya untuk melihat wajah sebenar lembaga yang memakai jubah bertudung itu. Namun usahanya sia – sia sahaja. Ada suatu kuasa yang misteri sedang menghalang VAHSYAH daripada melihat wajah sebenar lembaga itu. Pada masa yang sama, VAHSYAH juga dapat merasakan aura tekanan yang dahsyat daripada lembaga itu. Dengan sepontan VAHSYAH berundur dua langkah ke belakang lalu bersedia mempertahankan diri daripada lembaga misteri itu. Lembaga itu langsung tidak berkata apa – apa namun matanya yang merah menyala itu merenung VAHSYAH dengan sorotan yang mengancam.

“Who are you?” tanya VAHSYAH kepada lembaga itu.
[Siapa engkau?]

“You know who I am, VAHSYAH” jawab lembaga itu dengan suara yang menakutkan.
[Engkau tahu siapa aku VAHSYAH]

VAHSYAH kelihatan tersentak sebaik sahaja mendengar suara lembaga itu. Benar seperti yang dikatakan oleh lembaga itu, VAHSYAH tahu siapakah ia.

“REFLUCIS!” kata VAHSYAH separuh menjerit.
[REFLUCIS!]

“Ha ha ha ha ha, Yes it is I, REFLUCIS!” jawab lembaga itu dengan gelak tawa yang nyaring.
[Ha ha ha ha ha, Benar, ini aku REFLUCIS!]

Permukaan tanah di tempat itu pun bergegar dengan kuat sekali sehingga menyebabkan gempa bumi yang meranapkan bangunan – bangunan lain di bandar raya itu. Kemudian kawasan sekeliling VAHSYAH dengan lembaga itu pun meletup dan api yang teramat besar pun mengelilingi mereka. Kekuatan lembaga yang bernama REFLUCIS itu sangat menakutkan!

*REFLUCIS ialah musuh ketat VAHSYAH. Sila rujuk Chapter 26.

“How did you come to this planet REFLUCIS?”
[Bagaimana kau datang ke planet ini REFLUCIS?]

“Where you are, so will I”
[Di mana kau berada, aku juga akan ada di situ]

“What are you plotting? Why did you save that creature?”
[Apa yang kau rancangkan? Kenapa kau melindungi makhluk itu?]

“You don’t need to know that VAHSYAH. The time will come for you to know, but when that timecomes it will be your doom.”
[Kau tak perlu tahu VAHSYAH. Masanya akan tiba untuk kau mengetahuinya, tetapi bila tiba saat itu kau akan mati]

“I will not let you do what you want REFLUCIS!!”
[Aku tak akan membiarkan kau berjaya REFLUCIS!!]

VAHSYAH pun meluru ke arah REFLUCIS dan melepaskan satu tumbukan ke arah kepala REFLUCIS dengan sepenuh tenaganya. Tindakan VAHSYAH itu tampak sia – sia kerana aura merah darah yang menyelubungi tubuh REFLUCIS itu bertindak seperti perisai yang amat kebal! Tumbukan VAHSYAH yang berkuasa tinggi itu langsung tidak sampai ke bahagian kepala REFLUCIS. REFLUCIS pun mencengkam leher VAHSYAH dengan tangan kirinya! Kepantasan REFLUCIS itu adalah di luar dugaan VAHSYAH. REFLUCIS menjulang VAHSYAH ke udara dengan satu tangan sahaja, jelas sekali jurang kuasa di antara mereka berdua.

“You will not defeat me VAHSYAH. I am far stronger than you now!”
[Kau tak akan dapat menewaskan aku VAHSYAH. Aku lebih kuat dari kau sekarang!]

“How can you be this strong? I defeated you once...Argh,” kata VAHSYAH sambil mengerang kesakitan.
[Bagaimana kau boleh menjadi kuat? Aku pernah mengalahkan kau dulu...Argh]

“You borrowed the body of The Dunamist against his will. Whereas I destroyed the soul of my host and took over his body,” jawab REFLUCIS.
[Kamu meminjam tubuh Dunamist tanpa kerelaannya. Manakala aku pula telah menghancurkan jiwa ‘perumah’ aku dan menakluki tubuhnya sepenuhnya]

REFLUCIS mengalihkan pandangannya ke arah Queen Grogan, dia pun menghalakan telapak tangan kanannya ke arah Queen Grogan yang masih terbaring di atas tanah. Dengan tidak semena – mena Queen Grogan mulai terapung ke udara. REFLUCIS mengalihkan pandangannya semula ke VAHSYAH.

“The Queen will survive. I still need her to realize my plans.”
[Queen Grogan masih perlu hidup. Aku masih perlukan ia untuk merealisasikan rancangan ku]

“I will definitely stop you REFLUCIS!”
[Aku pasti akan menghalang kau REFLUCIS!]

“I don’t think so VAHSYAH!!”
[Rasanya tidak VAHSYAH!!]

Sebaik sahaja menghabiskan kata – katanya, aliran elektrik berwarna merah pun keluar dari tangan kanan REFLUCIS itu! Aliran elektrik itu mengenai tubuh VAHSYAH dan mengakibatkan VAHSYAH merasai kesakitan yang tidak terhingga. Tiba – tiba, suatu Black Hole atau Lubang Hitam pun muncul di belakang VAHSYAH. Lubang hitam itu bagaikan vakum yang menghisap apa sahaja di hadapannya. VAHSYAH mulai ditarik ke arah Lubang Hitam itu.

“You will not interfere with my plans, if you truly believe in the ability of your Dunamist, how about letting him stop me! Ha ha ha ha ha!,” kata REFLUCIS kepada VAHSYAH sambil ketawa terbahak – bahak.
[Kau tidak akan mengganggu rancangan ku, jikalau kamu percaya akan kekuatan Dunamist engkau ini, apa kata engkau biarkan dia sahaja yang menghalang aku! Ha ha ha ha ha!]

REFLUCIS pun menekapkan telapak tangan kanannya ke dada VAHSYAH. Serentak itu juga Roh VAHSYAH yang menakluki tubuh Rayz itu terkeluar dari jasad Rayz! Roh VAHSYAH itu pun dihisap oleh Lubang Hitam yang dicipta oleh REFLUCIS.

“I am sending you back to the Land of Genesis where you can never bother me again, farewell Brother! Ha ha ha ha ha!”
[Aku menghantar engkau ke Ruang Penciptaan di mana kau tidak akan dapat menghalang aku lagi buat selama – lamanya, selamat tinggal saudara ku, Ha ha ha ha ha!]

Lubang Hitam itu pun tertutup dan ghaib sebaik sahaja VAHSYAH termasuk ke dalamnya. Rayz pun pengsan kerana tubuhnya tidak lagi dikawal oleh VAHSYAH. Baju perisai yang dipakai oleh Rayz itu pun beransur – ansur hilang dan meresap semula ke dalam Xyver di tangan kanannya. REFLUCIS melibaskan tangan kirinya ke kanan dan tubuh Rayz itu pun terhumban lalu jatuh di antara runtuhan bangunan yang kini dijilat api yang membara.

“We shall meet again Dunamist...” kata REFLUCIS kepada Rayz yang tidak sedarkan diri di atas tanah itu. REFLUCIS dan Queen Grogan itu pun tiba – tiba menghilang. Yang tinggal hanyalah Rayz yang berada di antara runtuhan bangunan dan juga api yang menyala – nyala. Musuh utama yang bakal mengancam Rayz dan Planet Bumi kini telah memunculkan dirinya. Bagaimanakah Rayz akan berhadapan dengan Makhluk Grogan dan REFLUCIS pada masa yang sama? Mampukah Rayz merealisasikan takdir yang kini telah dipikulnya itu?

*********************************************************************************

Sementara itu di Other Realm...

Kelihatan Roh Rayz sedang berbaring di atas lantai di tempat itu. Roh Rayz yang dikunci oleh VAHSYAH itu mulai sedarkan diri. Perlahan – lahan Rayz membuka kelopak matanya. Dia melihat ke kiri dan kanan. Rayz tahu dia berada di Other Realm. Rayz mengagahkan diri untuk berdiri. Badannya terasa letih sekali. Rayz tidak pernah mengalami keletihan yang sedemikian rupa. Adakah ini kesan VAHSYAH menggunakan tubuhnya beberapa jam yang lalu?

Pandangan Rayz berpinar. Kepalanya terasa berat sekali, dia nyaris – nyaris rebah kerana kesakitan kepalanya yang teramat sangat itu. Rayz cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku kepadanya. Dia teringat dia berada di dalam Piramid Samarian Purba itu. Dia juga ingat pertempurannya dengan Reptilian – Reptilian Grogan yang banyak itu. Kemudian dia tersentak. Nampaknya dia telah teringat sesuatu yang mengerikan. Rayz teringat bagaimana dia ‘mati’ di dalam pangkuan Colline. Tapi jika dia telah mati, mengapa dia masih berada di ruang yang dipanggil sebagai Other Realm itu? Bagaimana dengan Colline? Danny? Jeneral Razak? Di manakah mereka sekarang? Hanya seorang saja yang tahu mengenai mereka. VAHSYAH.

“VAHSYAH! Where are you! Come out now god d***n it!!” bentak Rayz dengan sekuat – kuat hatinya.

Beberapa saat kemudian, suatu lembaga berbentuk kepala yang amat besar pun muncul di hadapan Rayz. Lembaga itu ialah VAHSYAH didalam bentuk hologram berwarna biru. Rayz menjegilkan matanya ke arah VAHSYAH dengan perasaan marah yang teramat sangat.

“Apa yang telah kau lakukan pada saya VAHSYAH, tell me what happened!” katanya kepada VAHSYAH separuh menjerit.

“Maafkan saya Rayz Silman. Saya telah membangkitkan ‘kuasa’ Kaum Samarian yang terpendam di dalam tubuh kamu. Kamu telah hidup kembali dari alam kematian,” jawab VAHSYAH. Suaranya tampak tenang.

“Kenapa?! I demand to know why!”

“Kamu harus bangkit semula sebagai Kaum Samarian yang sejati barulah kamu dapat melaksanakan takdir mu sebagai Dunamist.”

“That’s all bullshit! Bullshit! Saya tidak pernah meminta untuk menjadi Dunamist! Kenapa saya harus memikul takdir ini sedangkan saya adalah seorang manusia yang biasa sahaja!”

“Planet ini memerlukan ‘Penyelamat’ Rayz Silman. Dan ‘Penyelamat’ itu adalah kamu. Kamu adalah seorang wira...”

“I don’t care about that! Saya tidak ingin terlibat apa – apa pun dengan rancangan bodoh kau ni!!” bentak Rayz lalu meluru ke arah hologram VAHSYAH itu. Dia berhabis – habisan menumbuk hologram itu dengan penumbuknya. Rayz berterusan menumbuk hologram VAHSYAH itu dengan sepenuh tenaganya. Beberapa minit kemudian, Rayz pun duduk termengah – mengah. Dia letih. Dia sangat letih. Namun keletihannya itu bukanlah datang dari aksi menumbuknya sebentar tadi. Keletihan itu datang dari kesukarannya untuk menerima semua kejadian yang telah berlaku itu.

Air mata Rayz menitis. Dia bukannya menangis. Tetapi sedih dengan ‘Takdir’ yang telah ditentukan oleh VAHSYAH pada dirinya. “Why... Why me...” kata Rayz lesu.

VAHSYAH mendiamkan dirinya seketika. Dia tidak mengerti mengapa Rayz menangis dan menitiskan air mata. Walaupun VAHSYAH adalah suatu entiti yang berakal tinggi, nampaknya dia tidak mengerti “Naluri Manusia”. Rayz mungkin telah dilahirkan semula sebagai Samarian, namun jiwanya masih “Manusia”. Hakikat itu membingungkan VAHSYAH.

“Rayz Silman. Masa semakin suntuk bagi saya. REFLUCIS telah mengunci sepenuh kekuatan saya dan tidak lama lagi saya akan hilang dari ruang ini. Saya tidak akan dapat membantu kamu lagi. Kekuatan saya yang berada di dalam Xyver, adalah milik kamu sekarang. Kamu harus bersedia Rayz Silman, musuh sebenar kamu bukanlah Makhluk – Makhluk Grogan itu tetapi REFLUCIS!”

Rayz langsung tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh VAHSYAH itu. Dia tetap menundukkan kepalanya di atas lutut. “Leave me alone...” katanya dengan perlahan.

“Ini bukanlah perkara yang main – main Rayz Silman. REFLUCIS berada di planet kamu ini. Kuasa saya gagal untuk mengenalpasti badan yang telah dipinjamnya itu. Kamu mesti berhati – hati, ada kemungkinan dia berada di kalangan orang yang kamu kenali!” kata VAHSYAH meninggikan suaranya.

Rayz bingkas bangun dan menjerit sekuat – kuat hatinya! “I SAID LEAVE ME ALONE!!!!”

VAHSYAH terdiam mendengar jeritan Rayz itu. “Baiklah Rayz Silman. Saya harap kamu akan berhati – hati. Ingatlah, dia boleh menjadi sesiapa juga di planet ini.” Selepas berkata – kata, VAHSYAH pun menghilangkan dirinya. Rayz membaringkan dirinya di ruang Other Realm itu. Dia tidak ingin bangun. Malahan dia tidak ingin keluar dari ruang itu. Dia tidak ingin terlibat lagi dengan apa – apa yang berkaitan dengan Grogan, Samarian mahupun REFLUCIS...

Perlahan – lahan Rayz menutup matanya. Dia mulai terlelap. Mindanya menjadi kosong...

*********************************************************************************

Tempat : Bandar Raya Tawau, Daerah Tawau, Sabah

Masa : 03.15 AM

Tarikh : 17 Disember 2009

Beberapa jam telah pun berlalu selepas pertembungan di antara VAHSYAH dan REFLUCIS. Pasukan Bomba Bandar Raya Tawau sedang bertungkus lumus memadamkan api yang telah membinasakan hampir 70% daripada Bandar Raya Tawau itu. Anggota – anggota GDTF cawangan Bandar Raya Tawau juga turut menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan pasukan paramedik yangkini sibuk merawat berpuluh – puluh orang yang tercedera di dalam letupan yang dahsyat itu. Mereka telah mendirikan 40 buah khemah keselamatan untuk memudahkan rawatan pada mangsa – mangsa yang terlibat di dalam kejadian itu.

Kesibukan di tempat itu ditambah lagi dengan kemunculan 8 buah helikopter jenis “Sea King P2341” berwarna hitam. Biasanya helikopter jenis ini hanya digunakan oleh orang – orang penting ataupun yang kaya kerana kebolehan helikopter ini terbang dengan jarak yang jauh tanpa perlu mendarat untuk mengisi minyak. Logo “ISRC US” dapat dilihat pada badan setiap helikopter – helikopter tersebut. Beberapa minit kemudian kesemua 8 buah helikopter itu mendarat di tempat tersebut. Sejurus kemudian, saintis – saintis berpakaian kuning dengan topeng keselamatan pun berpusu – pusu keluar dari perut helikopter – helikopter tersebut. Nampaknya mereka semua memakai jaket keselamatan “Biohazard” ataupun lebih dikenali sebagai “Hazmat Suit”. Kemunculan Queen Grogan dan juga VAHSYAH di tempat itu telah mengundang kedatangan pegawai – pegawai ISRC. Mereka lantas memeriksa seluruh kawasan itu bagi mendapatkan sampel – sampel untuk bahan kajian. Anggota – anggota Bomba yang berada di situ membiarkan mereka sambil berpandangan sesama sendiri.

Tidak lama kemudian sebuah lagi helikopter berwarna hitam Sea King P2341 pun muncul di ruang udara Bandar Raya Tawau itu. Helikopter kali ini tampak berbeza dengan 8 yang sebelumnya. Ianya dilengkapi senjata api berteknologi tinggi. Malahan ia mampu mempertahankan dirinya dari serangan musuh. Helikopter yang unik itu sebenarnya dimiliki oleh Wiseman’s Commitee ISRC US. Nampaknya mereka juga telah datang ke tempat itu. Adakah tujuan kedatangan mereka itu untuk mencari Rayz? Ketiga – tiga orang ahli Wiseman’s Commitee itu pun berjalan menuju ke arah kawah besar yang terbentuk di tengah – tengah Bandar Raya Tawau itu. Wajah ketiga – tiga mereka kelihatan serius sekali. Seorang anggota GDTF berpangkat Kolonel menghampiri ketua Wiseman’s Commitee lalu berbisik sesuatu ke telinganya. Ketua Wiseman’s Commitee itu pun mengangguk. Kolonel GDTF itu pun memimpin mereka menuju ke arah sebuah khemah keselamatan yang agak besar.

Khemah keselamatan yang besar itu adalah khemah keselamatan khas yang dibina oleh ISRC Metropolis Kinabalu. Terdapat dua orang anngota tentera GDTF berkawal di luar khemah berkenaan. Sekali sekala kelihatan beberapa orang saintis ISRC keluar masuk ke dalam khemah itu. Kolonel GDTF itu pun mempersilakan mereka bertiga masuk ke dalam khemah. Di dalam khemah itu kelihatan Rayz sedang berbaring di dalam sebuah “incubator” seperti yang digunakan oleh bayi yang baru lahir. Incubator yang digunakan itu didatangkan secara khas dari ISRC US. Ianya sebuah peralatan perubatan berteknologi tinggi bagi merawat pesakit yang mengalami kecederaan yang serius. Rayz hanya memakai seluar dalam di dalam incubator itu. Terdapat wayar – wayar elektronik bersambung pada badannya yang merekodkan setiap bacaan tubuhnya. Alat bantuan pernafasan juga digunakan untuk memastikan Rayz sentiasa berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketiga – tiga ahli Wiseman’s Commitee itu menghampiri incubator Rayz itu. Seorang saintis ISRC berbangsa Indonesia yang berada di khemah itu menghampiri mereka.

“How is the subject?” tanya Ketua Wiseman’s Commitee itu kepada saintis berkenaan.

“The subject is stable. We have not given him sedatives. But I don’t think he will be waking up any time soon,” jawab saintis itu.

“What do you mean by that?”

“Everything is normal except for his brain activity. It is showing an unregular activity.”

“What is your assumption regarding that matter?”

“In my opinion, the subject is deliberately locking away his own consciousness therefore the subject is refusing to regain consciousness.”

“Why do you think that is so?”

“We have no idea. It could be extreme trauma but that is just hypothetical.”

Saintis dan ketiga – tiga ahli Wiseman’s Commitee itu mengalihkan pandangan mereka ke arah Rayz yang sedang tidur nyenyak di dalam incubator itu. Nampaknya Rayz sendiri telah mengunci mindanya seolah – olah tidak ingin lagi bangun dari ‘tidur’ nya. Tidak lama kemudian seorang lagi saintis datang menghampiri Wiseman’s Commitee itu. Saintis itu sedang membawa kotak kedap udara sama seperti yang pernah digunakan oleh Colline di Pulau Banggi.

“Where did you found it?” tanya Ketua Wiseman’s Commitee itu kepada saintis yang membawa kotak kedap udara itu.

“We found it under the rubbles of buildings at the explosion site. It was beside the subject when we found it,” jawab saintis itu.

Ketua Wiseman’s Commitee itu membuka penutup kotak kedap udara itu. Dengan perlahan – lahan Xyver yang berada di dalam kotak itu mulai terapung – apung dengan sendirinya. Tiba – tiba Xyver itu pun bersinar – sinar dengan cahaya biru yang menyilaukan mata. Sejalur cahaya biru pun muncul dari kristal biru pada Xyver itu dan mengenai dahi Rayz. Adakah Xyver ingin menyembuhkan Rayz sama seperti yang berlaku kepada Colline di Makmal Bio – Kimia ISRC Metropolis Kinabalu dulu?

Namun tidak ada apa – apa yang berlaku selepas jalur cahaya biru itu mengenai dahi Rayz. Rayz tetap tidak sedarkan diri. Apa yang berlaku itu menakjubkan semua yang berada di dalam khemah itu tetapi tidak bagi Wiseman’s Commitee. Mereka seolah – olah telah menjangka apa yang berlaku itu. Xyver itu pun tidak lagi bercahaya kemudian perlahan – lahan ia masuk semula ke dalam kotak kedap udara berkenaan. Ketua Wiseman’s Commitee itu mengarahkan saintis tadi untuk menyimpan Xyver yang berada di dalam kotak kedap udara itu di helikopter mereka. Dia juga mengarahkan saintis – saintis yang lain untuk menghantar Rayz masuk ke dalam helikopter yang sama.

Selepas memindahkan Rayz ke dalam helikopter, helikopter itu pun mulai terbang dan meninggalkan tempat tersebut. Tidak dinyatakan di mana mereka akan membawa Rayz dan juga Xyver. Apakah yang akan dilakukan oleh Wiseman’s Commitee itu kepada Rayz?

...To Be Continued :)