Monday, April 5, 2010

Chapter 29

CHAPTER 29 : Face Off - Zaiva Burst Form VS Arachnoid Grogan

Tempat : Daerah Tawau, Sabah

Masa : 10.01 PM

Tarikh : 17 Disember 2009

Kapal Angkasa Strider yang dinaiki oleh VAHSYAH itu sedang meluncur dengan kelajuan yang tinggi. Kelajuannya pesawat itu mungkin mencapai 3000 KM Sejam. Ternyata teknologi yang dimiliki oleh Kaum Samarian itu terlalu hebat dan canggih untuk digambarkan oleh imaginasi manusia. Kapal Angkasa Strider itu membelah langit dan sedang menuju ke suatu destinasi yang hanya diketahui oleh VAHSYAH sahaja. VAHSYAH yang berada di dalam kokpit Kapal Angkasa Strider itu kelihatan tenang sahaja. Air mukanya kosong tanpa mempamerkan apa – apa perasaan.

*********************************************************************************

Di sebuah perkampungan terpencil di daerah Tawau...

Kelihatan beratus – ratus Reptilian Grogan sedang berkawal di kawasan kampung itu. Orang – orang kampung yang tinggal di situ semuanya telah mati dibunuh oleh Reptilian Grogan yang teramat banyak itu. Rumah – rumah di perkampungan itu juga sedang terbakar dengan cahaya hijau yang menyala – nyala. Kebanyakkan rumah – rumah di situ juga telah musnah dimakan api berwarna hijau yang menyala – nyala. Api berwarna hijau itu menandakan Queen Grogan itu juga berada di tempat itu.

Di bahagian tengah perkampungan itu terdapat satu objek yang sama yang pernah dilihat oleh Kapten Endra. Objek itu adalah sarang Queen Grogan, tempat ianya berhibernasi untuk menyembuhkan kecederaannya. Tidak lama kemudian, Queen Grogan pun muncul dari dalam sarang berbentuk kokun serangga itu. Tubuhnya dipenuhi darah – darah pekat yang berwarna merah kehitam – hitaman. Ia pun berjalan ke arah Reptilian – Reptilian Grogan yang sedang berkawal itu. Melihat Queen Grogan itu telah pun tiba, Reptilian – Reptilian Grogan itu pun berkumpul di hadapannya dan berlutut seolah – olah memberi penghormatan kepadanya.

Queen Grogan itu pun mengeluarkan bunyi – bunyian yang pelik seolah – olah sedang berkomunikasi dengan Reptilian – Reptilian Grogan yang sedang berlutut di hadapannya.

*Perbualan ini adalah di dalam bahasa makhluk – makhluk Grogan.

“Anak – anak ku. Bersedialah untuk bertempur! Musuh durjana kita dalam perjalanan ke mari. Persiapkan perangkap kita untuk membunuh musuh durjana kita itu!” kata Queen Grogan itu kepada anak – anaknya.

Reptilian – Reptilian Grogan itu pun bertempik setelah mendengar kata – kata Queen Grogan itu. Mereka pun mulai membentuk suatu formasi yang pelik di tengah – tengah perkampungan itu. Mereka berdiri di atas satu sama yang lain untuk membentuk suatu tembok yang tinggi. Ketinggian tembok yang dibentuk oleh mereka itu hampir mencapai 50 meter. Tembok itu kelihatan berkilau dengan cahaya kehijau – hijauan di bawah sinaran cahaya rembulan. Apakah yang cuba dilakukan oleh makhluk – makhluk Grogan ini?

*********************************************************************************

Kapal Strider yang dinaiki oleh VAHSYAH itu kini memasuki ruang angkasa Sabah. Nampaknya benar seperti yang dikatakan oleh Queen Grogan itu. VAHSYAH sedang menuju ke arahnya, dan tujuannya hanyalah satu – ‘Membunuh dan menghapuskan Queen Grogan dan anak – anaknya’. VAHSYAH menekan beberapa butang di atas dashoard Kapal Angkasa Strider itu. Suatu panel kawalan pun muncul dari bawah dashboard. Terdapat suatu skrin berwarna hijau di atas panel kawalan tadi. VAHSYAH meletakkan tapak tangan kirinya di atas skrin berwarna hijau itu. Komputer Kapal Angkasa Strider itu pun berkata sesuatu kepada VAHSYAH.

APPROACHING TARGET AREA... WEAPON’S SYSTEM ACTIVATED... HIGH ENERGY PARTICLE CANON ENGAGED... AWAITING COMMAND

[MENDEKATI KAWASAN TARGET... SISTEM SENJATA DIAKTIFKAN... MERIAM PARTIKEL BERTENAGA TINGGI DIAKTIFKAN... SEDANG MENUNGGU ARAHAN]

Dari bahagian bawah Kapal Angkasa Strider itu muncul suatu senjata berbentuk meriam. Meriam itu di panggil “HIGH ENERGY PARTICLE CANON” ataupun bermaksud “MERIAM PARTIKEL BERTENAGA TINGGI”. Senjata ini berfungsi dengan menceraikan atom di dalam suatu unsur dan kemudian melagakannya semula untuk menghasilkan letupan yang kuat. Kuasa yang dihasilkan oleh senjata ini menyamai kekuatan Bom Nuklear Mini.

VAHSYAH menekan satu butang berwarna merah di hadapan dashboard Kapal Angkasa Strider itu. Suatu gambarajah berbentuk graf palang berwarna oren pun muncul di hadapan muka VAHSYAH. VAHSYAH memberikan arahan kepada komputer Kapal Angkasa Strider itu.

“Charge the canon at 100% power. Await further command,” kata VAHSYAH kepada komputer Kapal Angkasa Strider itu.

COMMAND RECEIVED... CHARGING WEAPON NOW

[ARAHAN DITERIMA... MENGECAS SENJATA SEKARANG]

Komputer Kapal Angkasa Strider itu menjawab arahan VAHSYAH dan melaksanakannya seperti yang dikehendaki. Nilai pada graf palang berwarna oren itu mulai meningkat sehingga mencapai tahap maksimum. Sejurus kemudian Kapal Angkasa Strider VAHSYAH itu pun tiba di ruang angkasa daerah Tawau. VAHSYAH meminta komputer Kapal Angkasa Strider itu untuk mengesan Heat Signature atau suhu badan makhluk – makhluk Grogan. Tujuannya adalah untuk mengesan kedudukan sebenar makhluk – makhluk tersebut.

VAHSYAH dapat melihat tembok besar yang dibentuk oleh Reptilian – Reptilian Grogan itu. VAHSYAH langsung tidak berasa hairan melihat apa yang dilakukan oleh musuh – musuhnya itu. Dia menambah kelajuan Kapal Angkasa Strider dan menuju ke arah tembok yang di bentuk oleh Reptilian – Reptilian Grogan itu tadi. Apabila Kapal Angkasa Stridernya mencapai 100 meter dari kedudukan tembok itu, VAHSYAH memerintahkan komputer Kapal Angkasa Strider itu untuk melepaskan sebiji peluru tenaga dari meriam partikel yang terletak di bahagian bawah Kapal Angkasa Strider itu.

ZUUP! Peluru tenaga itu meluncur ke arah tembok Reptilian – Reptilian Grogan itu dan meletup dalam satu ledakan yang amat hebat! Letupan itu memusnahkan makhluk – makhluk Grogan yang membentuk tembok tadi. Kawah seluas 100 KM persegi pun terbentuk kesan daripada ledakan peluru tenaga dari Kapal Angkasa Strider VAHSYAH itu. Kawasan perkampungan itu juga hancur berkecai bersama – sama dengan makhluk – makhluk Grogan yang berkumpul di tempat itu. VAHSYAH memandu Kapal Angkasa Strider itu mendekati kawah yang dipenuhi asap dan nyalaan api berwarna biru. Kawasan kawah itu juga dipenuhi bangkai – bangkai Reptilian – Reptilian Grogan yang rentung dibakar oleh nyalaan api biru itu.

“Track The Queen. Is it destroyed?” VAHSYAH meminta komputer Kapal Angkasa Strider itu mengesan kedudukan Queen Grogan. Dia ingin tahu samada ianya telah mati bersama – sama dengan anak – anaknya.

NEGATIVE... THE QUEEN IS NOT DETECTED AMONG THE BURNT BODIES... A HEAT SIGNATURE IS DETECTED MOVING AT AN EXTREME SPEED NORTH-EAST TOWARDS AN EARTHLING’S SETTLEMENTS

[NEGATIF... QUEEN GROGAN TIDAK DIKESAN DI ANTARA MAYAT – MAYAT RENTUNG... SATU SUHU BADAN UNIK DIKESAN SEDANG MENUJU KE ARAH PETEMPATAN MANUSIA YANG TERLETAK DI BARAT DAYA DENGAN KELAJUAN YANG TINGGI]

“Running away are you?” kata VAHSYAH pada dirinya sendiri. Kapal Angkasa Strider itu pun meluncur ke udara dengan pantas dan mengejar Queen Grogan yang kini sedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan yang tinggi. Rupa – rupanya Queen Grogan itu meminta Reptilian – Reptilan Grogan itu untuk menjadi umpan supaya ianya dapat melarikan diri. Adakah ianya takut kepada VAHSYAH yang telah menjadi Zaiva itu ataupun ada sebabnya yang tersendiri?

Queen Grogan sedang merentas hutan tebal daerah tawau itu dengan kelajuan yang tinggi! Dia meredah pokok – pokok di hutan itu seolah – olah ianya langung tidak wujud di hadapannya. Satu – persatu pokok – pokok yang besar itu tumbang dilanggarnya. Asap tebal pun terbentuk kesan daripada pergerakannya yang teramat pantas itu. Tidak lama kemudian Queen Grogan itu pun berhenti di hadapan sebuah bukit yang agak tinggi. Ianya memandang puncak bukit itu dengan tajam. Mulut serangganya itu mulai mengeluarkan bunyi yang pelik. Selepas mengeluarkan bunyi itu, ianya pun melompat – lompat ke arah puncak bukit itu. Dalam beberapa saat sahaja, ianya telah pun sampai ke puncak bukit yang tertinggi. Queen Grogan pun berdiri di atas sebuah batu gergasi yang terletak di puncak bukit tersebut. Ia pun menghalakan pandangannya ke arah asap yang datang dari kawah letupan itu. Ianya seolah – olah sedang menunggu kedatangan VAHSYAH ke arahnya. Mengapa ianya berbuat sedemikian? Tidakkah ianya takut kepada kekuatan senjata yang ditonjolkan oleh VAHSYAH sebentar tadi?

VAHSYAH yang menaiki Kapal Angkasa Strider itu pun meluncur dengan laju ke arah bukit di mana Queen Grogan itu sedang berdiri. VAHSYAH mengarahkan komputer Kapal Angkasa Strider itu bersedia melepaskan tembakan ke arah Queen Grogan. Tiba – tiba suatu bunyi seolah – olah penggera kecemasan berbunyi dari komputer Kapal Angkasa Strider itu.

DANGER! DANGER! MASSIVE ENERGY DETECTED AHEAD... ADVISED EVASIVE MANEUVER

[AMARAN! AMARAN! TENAGA YANG BESAR DIKESAN DI HADAPAN... ELAKKAN DIRI SEKARANG]

VAHSYAH tidak mengerti dengan arahan komputer itu. Dia tetap memandu Kapal Angkasa Strider itu menuju ke arah Queen Grogan yang kini hanya beberapa ratus kilometer di hadapannya. Muncung meriam partikel itu mulai bercahaya, bersedia menembakkan sebutir lagi peluru ke arah musuh utamanya. Tiba – tiba tanah di bawah Kapal Terbang Strider bergegar dan suatu objek yang teramat besar berbentuk sepit ketam pun meluru ke arah Kapal Angkasa Strider itu. VAHSYAH sempat melihat kedatangan sepit gergasi itu lalu dia memandu Kapal Angkasa Strider itu mengelak ke tepi. Namun Kapal Angkasa Strider itu tidak sempat mengelak! Bahagian ekornya terkena sepitan objek misteri itu. Akibatnya bahagian ekor Kapal Angkasa Strider itu terbelah dua lalu meletup!

Kapal Angkasa Strider itu pun menjunam ke bumi dan melanggar beberapa buah pokok sebelum berhenti sepenuhnya. Bahagian hadapan Kapal Angkasa Strider itu kelihatan rosak dengan teruk. Kelihatan banyak percikan – percikan api di seluruh bahagian badan Kapal Angkasa itu. VAHSYAH menendang pintu kokpit yang kemek itu sehingga ianya tercabut. Dia pun melompat menjauhi Kapal Angkasa Strider itu. Sejurus kemudian ianya meletup dan kawasan di mana kapal itu terhempas pun dijilat api biru yang menyala – nyala. VAHSYAH hanya memandang letupan itu dengan perasaan yang bersahaja. Dia pun mangalihkan pandangannya ke arah bukit di mana Queen Grogan itu sedang berdiri. VAHSYAH mengacukan jari telunjuk kirinya ke arah bukit di mana Queen Grogan itu berada. Kristal biru yang berada di atas Xyver yang berada di pergelangan tangan kanan VAHSYAH itu mulai bersinar dengan terang sekali! Aura kebiru – biruan pun menyelubungi seluruh tubuh VAHSYAH. Beberapa saat kemudian, aura itu berkumpul ke hujung jari telunjuk kiri VAHSYAH lalu membentuk sebiji sfera sebesar bola baseball. VAHSYAH mengukir senyuman yang berkeyakinan.


 
ZUUP! Peluru tenaga yang berkumpul di hujung jari telunjuk VAHSYAH itu pun meluncur dengan laju ke arah Queen Grogan yang sedang berdiri di atas batu gergasi itu. Peluru itu bergerak dengan kelajuan yang amat menakjubkan sehingga Queen Grogan itu sendiri tidak sempat mengelak! Ianya cuba mengelak ke kiri namun peluru tenaga itu tetap mengenai bahu kanannya lalu meletup! Darah hijau dan serpihan daging berterbangan di udara sebaik sahaja peluru itu mengenai sasaran. Bahu kanan Queen Grogan itu hancur berkecai! Ianya pun meraung kesakitan yang teramat sangat. Suara raungannya bergema di seluruh hutan di daerah Tawau itu. Kekuatan peluru itu tidak berakhir di situ sahaja. Ianya mulai menular ke seluruh lengan kanan dan bahagian dada Queen Grogan! Aura biru nipis mulai memakan isi – isi daging lengan dan bahagian dada Queen Grogan itu. Tanpa membuang masa Queen Grogan bertindak memotong lengan kanannya dengan cangkuk di lengan kirinya! Ia pun memuntahkan cecair hijau ke atas luka di dadanya. Aura biru nipis itu pun perlahan – lahan menghilang dari dadanya. Darah pekat berwarna hijau kelihatan bercucuran dari bahu kanannya yang dipotong tadi. Ia merenung ke arah VAHSYAH dengan perasaan dendam yang teramat sangat. “Woarghhh!!” Queen Grogan bertempik dengan nyaring sekali.

VAHSYAH hanya melihat gelagat Queen Grogan itu dari jauh. Kemudian dia pun membuka langkah seolah – olah bersedia untuk berlari. BOOM! Tanah di mana VAHSYAH berdiri itu meletup dan VAHSYAH pun berlari dengan pantas menuju ke arah Queen Grogan. Sebaik sahaja dia tiba ke kaki bukit tersebut, dia pun melonjak ke langit. Pada masa yang sama VAHSYAH, mengacukan jari telunjuk kirinya ke arah Queen Grogan sekali lagi. Aura biru padat mulai berkumpul semula di hujung jari telunjuknya. “This is the end,” kata VAHSYAH dengan tenang kepada Queen Grogan. Adakah Queen Grogan akan mati kali ini?

Jawapannya tidak! Tiba – tiba sepit gergasi yang menyerang Kapal Angkasa Strider itu muncul semula dari dalam tanah lalu menyepit tubuh VAHSYAH! Kemudian bukit di mana Queen Grogan itu berdiri mulai bergegar dan runtuh. Dari dalam bukit itu muncul seekor makhluk gergasi yang teramat besar! Ketinggiannya mencapai 50 meter. Bentuknya seakan – akan cantuman Kala Jengking. Kulitnya berwarna hijau gelap dan berkilau – kilau di bawah sinaran bulan. Matanya kuning keemasan dan ianya merenung VAHSYAH yang berada di dalam sepitnya. Makhluk gergasi itu bertempik dengan nyaring sekali lalu mengetatkan sepitannya untuk memotong dua tubuh VAHSYAH itu. Mujur baju perisai yang dipakai oleh VAHSYAH itu melindunginya. Namun VAHSYAH tetap berasa kesakitan tatkala sepit yang tajam itu menekan kedua – dua rusuknya.

Tanpa membuang masa, VAHSYAH mengacukan kedua – dua cakarnya ke udara. Suatu bebola aura biru padat yang teramat besar pun terbentuk di antara kedua – dua cakarnya itu. VAHSYAH melemparkan bebola aura itu ke arah mata makhluk gergasi itu dengan sekuat – kuat hatinya! Bebola aura itu mengenai mata makhluk gergasi itu dan meletup. Makhluk gergasi itu meraung dan menghumbankan VAHSYAH ke tanah dengan kuat sekali. VAHSYAH pun terhempas dan terbenam jauh ke dalam tanah kira – kira 100 meter. Makhluk gergasi itu seolah – olah enggan memberi peluang kepada VAHSYAH, dia pun melepaskan arus elektrik hijau dari sepit kanannya ke arah tempat di mana VAHSYAH terbenam. Suatu letupan yang teramat besar pun berlaku sebaik sahaja arus elektrik itu mengenai tanah di mana VAHSYAH itu berada. Asap tebal yang berkepul – kepul pun terlepas ke udara kesan daripada letupan tersebut.


 
Letupan yang besar itu telah menarik perhatian pasukan GDTF yang berpusat di Bandar Raya Tawau. Mereka pun bergegas menaiki Jet – Jet Pejuang KB – 51 untuk menyiasat kejadian tersebut. Manakala anggota – anggota tentera yang lain pula menaiki Kereta – Kereta Kebal “RHINO” untuk bergerak ke tempat kejadian.

Di kawah letupan itu, kelihatan VAHSYAH yang sedang ditimbun batu – batu batan yang besar. Nampaknya dia langsung tidak cedera dek letupan tadi. VAHSYAH mengalihkan batu – batan yang menimbusnya lalu mengalihkan pandangannya ke arah makhluk gergasi itu semula. Dia pun berlari menuju ke arah makhluk gergasi itu sambil melepaskan beratus – ratus tembakan peluru tenaga padat! Makhluk gergasi itu terhuyung – hayang terkena serangan VAHSYAH itu. Ia pun cuba mengesan kedudukan VAHSYAH. Sebaik sahaja ia mengesan kedudukan VAHSYAH, makhluk gergasi itu pun melibaskan ekor Kala Jengkingnya. Ekor gergasi itu menuju ke arah VAHSYAH dengan kelajuan yang tinggi! Tanpa membuang masa, VAHSYAH pun melompat ke tepi untuk mengelak serangan ekor makhluk gergasi itu. BOOM! Tanah berhampiran VAHSYAH itu pun runtuh dan berlubang terkena libasan ekor makhluk gergasi tersebut. Belum pun sempat VAHSYAH bergerak, tiba – tiba ekor yang masih terbenam ke dalam tanah itu melibas sekali lagi ke arahnya. VAHSYAH tidak sempat mengelak kali ini, ekor itu menghentam tubuhnya lalu dia terpelanting jauh dan melanggar bukit yang berhampiran.

Makhluk gergasi itu bertempik seolah – olah gembira kerana dapat membelasah musuhnya. Ia menghalakan pandangan matanya ke arah bukit di mana VAHSYAH terpelanting sebentar tadi. Tiba – tiba beberapa buah peluru berandu Tomahawk pun mengenai bahagian belakang makhluk gergasi itu. Makhluk gergasi itu berpusing ke belakang cuba melihat siapakah yang cuba menyerangnya. 5 buah Jet Pejuang KB – 51 milik GDTF kelihatan berlegar di ruang udara kawasan berkenaan. Nampaknya mereka yang melepaskan peluru – peluru berpandu tadi. Tidak lama kemudian Kereta – Kereta Kebal RHINO GDTF itu juga tiba di tempat tersebut. Seorang pegawai GDTF berpangkat Kolonel mengarahkan anak – anak buahnya melepaskan tembakan ke arah makhluk gergasi itu. Kereta – Kereta Kebal itu pun mulai membedil makhluk – gergasi itu dengan meriam mereka. Namun, usaha anggota – anggota GDTF itu hanyalah sia – sia sahaja. Makhluk gergasi itu langsung tidak tercedera meskipun terkena tembakan – tembakan mereka itu. Dengan marah, makhluk gergasi itu menghalakan kedua – dua sepitnya ke arah Kereta – Kereta Kebal yang menyerangnya. JIZZZ! Arus elektrik berwarna hijau pun muncul dari sepit makhluk gergasi itu dan menyambar kesemua Kereta – Kereta Kebal tadi. Kesemua Kereta Kebal yang menyerang tadi pun meletup dan membunuh kesemua anggota – anggota GDTF yang memandunya.

Melihat teman seperjuangan mereka terkorban, pemandu Jet Pejuang KB – 51 itu pun melepaskan peluru berpandu lagi ke arah makhluk gergasi tersebut. Seperti tadi, serangan mereka langsung tidak berkesan lantaran kekebalan makhluk gergasi itu terhadap senjata – senjata planet bumi. Makhluk gergasi itu mengalihkan perhatian terhadap Jet – Jet Pejuang itu pula. Ia pun memuntahkan cecair berwarna hijau ke arah Jet – Jet Pejuang itu tadi. Sebaik sahaja pesawat – pesawat itu terkena cecair hijau itu, ia pun mulai cair dengan kecepatan yang tidak terduga! Dalam beberapa saat sahaja pesawat – pesawat itu menjadi lebur dan hilang tanpa kesan. Juruterbang – juruterbangnya pula langsung tidak sempat melarikan diri. Sungguh dahsyat kuasa makhluk gergasi ini!

Sementara itu, VAHSYAH baru sahaja keluar dari lubang di bukit di mana dia terhumban sebentar tadi. Dia sempat menyaksikan bagaimana makhluk gergasi itu memusnahkan tentera – tentera GDTF yang cuba membunuhnya. VAHSYAH mengamati bentuk badan musuhnya itu dengan tajam. Berdasarkan struktur dan warna kulit makhluk itu, VAHSYAH pasti makhluk itu adalah ‘Anak’ kepada Queen Grogan sama seperti Reptilian Grogan. “The Queen now knows how to manipulate the genes of Earth creatures. It won’t be easy to kill this beast, this ARACHNOID Grogan,” bisik hati VAHSYAH kepada dirinya sendiri. VAHSYAH menggelar makhluk gergasi itu sebagai Arachnoid Grogan kerana bentuknya yang menyerupai Kala Jengking.

VAHSYAH juga mengamati bahagian badan Arachnoid Grogan yang ditembaknya dengan peluru tenaga padat. Ianya langsung tidak cedera sedikit pun. VAHSYAH membisukan diri dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap Arachnoid Grogan yang sedang mengamuk itu. Dengan bantuan pengamatannya yang tajam, VAHSYAH berjaya mengesan kelemahan di dalam struktur badan musuhnya itu. Cengkerang keras Arachnoid Grogan itu akan mengelupas dan digantikan dengan cengkerang yang baru sebaik sahaja ianya terkena tembakan peluru tenaga yang dilepaskan oleh VAHSYAH. Proses penukaran cengkerangnya itu berlaku dengan pantas dan hanya memakan masa selama 30 saat. Sebab itulah Arachnoid Grogan itu kelihatan seolah – olah tidak cedera.

Kekuatan yang ada pada VAHSYAH sekarang tidak mencukupi untuk menewaskan Arachnoid Grogan. VAHSYAH memerlukan kuasa yang lebih kuat. “The only thing that can penetrate it’s thick armor plating is extreme heat,” kata VAHSYAH di dalam fikirannya. Nampaknya satu – satunya cara untuk menghancurkan cengkerang Arachnoid Grogan yang keras itu adalah dengan menggunakan tenaga haba yang tinggi. VAHSYAH pun mengangkat tangan kanannya ke atas. Kemudian dia pun melutut dan melepaskan satu tumbukan ke atas tanah di hadapannya itu. Penumbuknya terbenam ke tanah. Xyver yang berada di pergelangan tangan kanan VAHSYAH itu mulai bercahaya. Warna kristalnya yang biru tiba – tiba berubah menjadi merah. Kemudian aura api menyala – nyala dari permukaan tanah mulai meresap ke dalam kristal itu! Nampaknya Xyver sedang menyerap tenaga api yang ada di dalam kerak Bumi.

Warna Xyver yang tadinya perak itu kemudian berubah menjadi warna emas. Aura api yang berkumpul di kristal Xyver itu pun mulai menjalar ke seluruh tubuh VAHSYAH. Beberapa saat kemudian, seluruh tubuh VAHSYAH itu diselubungi aura api yang menyala – nyala. Suatu fenomena yang luar biasa pun mulai berlaku kepada tubuh VAHSYAH. Badannya mulai mengalami suatu transformasi yang drastik! Tubuhnya mulai membesar sehingga mencapai ketinggian hampir 50 meter. Struktur baju perisainya juga mengalami perubahan. Nampaknya setiap kali VAHSYAH atau Rayz mengalami transformasi, baju perisai yang melindungi tubuhnya juga akan mengalami perubahan. VAHSYAH kini telah berubah menjadi suatu gergasi merah keemasan setinggi 50 meter. Tanpa membuang masa, VAHSYAH pun berlari ke arah Arachnoid Grogan kemudian melepaskan satu tumbukan yang padu ke kepalanya! Arachnoid Grogan itu pun tersembam dan terbenam ke dalam tanah. Bumi pun bergegar dengan kuat tatkala kepala Arachnoid Grogan itu terhempas ke tanah.



Namun refleks Archnoid Grogan itu tidak kurang hebatnya! Ia pun melibaskan ekornya ke arah VAHSYAH. Libasan ekor Arachnoid Grogan itu mengenai dada VAHSYAH. VAHSYAH pun tehempas ke atas tanah dan terhumban jauh ke belakang. VAHSYAH melanggar beberapa bukit sebelum berhenti sepenuhnya. Arachnoid Grogan itu pun melompat tinggi lalu menghalakan sepitnya ke leher VAHSYAH yang masih terbaring di atas tanah. Melihat serangan pantas musuhnya itu, VAHSYAH segera mengelak ke tepi. Kedua – dua sepit Arachnoid Grogan itu mengenai bukit di mana VAHSYAH terbaring. Bukit itu pun hancur menjadi serpihan bongkah – bongkah batu. Serangan Arachnoid Grogan itu tidak berakhir di situ, ia pun menyemburkan cecair hijau mengakis kepada VAHSYAH. VAHSYAH tidak sempat mengelak! Cecair itu terkena tangan kirinya. Baju perisai yang melindungi tangannya itu pun melebur. VAHSYAH dapat merasakan kesakitan yang bukan kepalang! Dengan spontan VAHSYAH menjauhkan dirinya dari musuhnya itu.

VAHSYAH pun menyentuh luka di tangan kirinya dengan tapak tangan kanannya. Aura berwarna merah pun keluar dari tapak kanannya. Aura itu menyentuh luka di tangan kirinya. Luka VAHSYAH itu pun mulai sembuh dengan perlahan – lahan. Arachnoid Grogan itu menyerang VAHSYAH semula dengan arus elektrik dari kedua – dua sepitnya! Arus elektrik hijau itu menyerbu ke arah VAHSYAH dengan pantas. VAHSYAH pun melompat ke udara dan melepaskan satu tendangan ke arah Arachnoid Grogan. Tendangan VAHSYAH itu telah dijangka oleh Arachnoid Grogan. Ia pun menyembur cecair hijau mengakis itu ke arah VAHSYAH. VAHSYAH juga telah menjangka serangan musuhnya itu. Beberapa saat sebelum cecair itu menyentuh kakinya, VAHSYAH pun melakukan aksi sommersalt di udara dan mendarat di belakang Arachnoid Grogan. Dengan pantas VAHSYAH melepaskan satu tendangan padu ke belakang Arachnoid Grogan! Arachnoid Grogan itu pun sekali lagi tersembam ke tanah namun dengan pantas ekornya menjerut leher VAHSYAH pula! Hujung ekornya yang menyerupai ekor Kala Jengking itu pun menyerang mata VAHSYAH! VAHSYAH segera menangkap hujung ekor Arachnoid Grogan itu dengan kedua – dua belah tangannya.

VAHSYAH pun melepaskan satu tendangan yang padu di bahagian belakang Arachnoid Grogan itu dan mencabut ekornya! Darah berwarna hijau pun tersembur dari ekornya yang terluka itu. Arachnoid Grogan itu pun meraung kesakitan dan dengan pantas ia melepaskan aura elektrik hijau ke arah VAHSYAH. VAHSYAH tidak sempat mengelak serangan musuhnya itu. Aura elektrik itu mengenai badannya dan VAHSYAH terhumban semula ke belakang. Bumi pun bergegar ketika VAHSYAH melanggar bukit di yang berada di belakangnya. Arachnoid Grogan itu pun berlari meluru ke arah VAHSYAH yang masih lagi terduduk di bukit yang dilanggarnya tadi. VAHSYAH pun merapatkan kedua – dua telapak tangannya. Bebola aura api merah menyala – nyala pun mulai berkumpul di antara kedua – dua telapak tangannya itu. Dengan pantas, VAHSYAH melontarkan bebola aura api itu ke arah Arachnoid Grogan. BOOM! Suatu letupan yang teramat kuat pun berlaku tatkala bebola aura api itu mengenai Arachnoid Grogan tersebut. Beratus – ratus percikan api pun berterbangan di udara yang membuat kawasan itu terang benderang. Kali ini giliran Arachnoid Grogan itu pula yang terhumban ke belakang. Bahagian dadanya kelihatan hangus dan masih terdapat bara api merah di atas luka di dadanya itu. Seperti jangkaan VAHSYAH, aura api bersuhu tinggi itu telah menghancurkan cengkerang keras yang melindungi tubuh Arachnoid Grogan itu.

Arachnoid Grogan itu berdiri semula. Tanpa mengendahkan kecederaannya, ia meluru ke arah VAHSYAH sekali lagi. Dentuman tapak kakinya membuatkan seluruh kawasan itu bergegar. VAHSYAH telah pun bersedia sekali lagi. VAHSYAH pun membuka kuda – kuda bertempur. Penumbuk kirinya di tarik ke belakang dan penumbuk kanannya di halakan ke depan. Aura api yang menyala – nyala pun mulai membakar di atas kristal merah di dada VAHSYAH itu. Aura api itu pun menjalar ke penumbuk kanan VAHSYAH itu dan sekarang penumbuk VAHSYAH itu kelihatan membara dengan nyalaan aura api yang amat panas. Arachnoid Grogan itu pun melompat dan menerpa ke arah VAHSYAH sambil meraung dengan ganas! Kedua – dua penyepitnya dihalakan ke leher VAHSYAH. VAHSYAH tidak mengendahkan serangan musuhnya itu. Kedua – dua penyepit Arachnoid Grogan itu terkena tepat pada leher VAHSYAH! Pada saat itu VAHSYAH pun melepaskan penumbuk kanannya yang diselubungi aura api yang membara itu tepat ke dada Arachnoid Grogan!



Penumbuk VAHSYAH itu terbenam ke dalam dada Arachnoid Grogan. Serentak itu juga daging belakang Arachnoid Grogan itu meletup dan aura api yang menyala – nyala pun menerobos keluar. Arachnoid Grogan itu menggelepar selama beberapa saat, sepitannya menjadi longgar dan akhirnya kedua – dua penyepitnya itu terlepas dari leher VAHSYAH dan ianya longlai. VAHSYAH mencabut penumbuk kirinya yang terbenam di dada Arachnoid Grogan itu. Arachnoid Grogan itu pun rebah ke bumi, ianya telah mati dan tidak lagi bernyawa. VAHSYAH sekadar memandang mayat musuhnya itu. Dia terlihat suatu fenomena aneh sedang berlaku pada badan musuhnya itu. Badan Arachnoid Grogan itu mulai mereput dan mengeluarkan bau sulfur yang amat kuat. Bau sulfur itu bukanlah fenomena aneh yang menarik perhatiannya. Badan Arachnoid Grogan itu mulai hancur dan menjadi debu – debu hijau yang terbang menghala ke bulan yang sedang mengambang. Dalam beberapa minit sahaja seluruh badan Arachnoid Grogan itu berubah menjadi debu – debu hijau dan habis berterbangan menuju ke bulan seolah – olah ada suatu kuasa yang sedang menariknya ke bulan. VAHSYAH memandang bulan yang mengambang itu dengan tajam. Dia cuba mencari maksud di sebalik apa yang berlaku itu namun gagal. Fikirannya seolah – olah enggan membantunya mencari jawapan. Namun satu perkara yang VAHSYAH benar – benar pasti, fenomena itu adalah simbol bakal berlakunya bencana di masa hadapan kelak.

Tiba – tiba VAHSYAH berasa pening dan keletihan yang teramat sangat. Dia pun berlutut di atas tanah. Tanah di kakinya bergegar kerana saiz badannya yang besar. “This transformation seems to cause an extreme pressure and exhaustion to ‘this’ body,” katanya didalam hati. Dia pun menyilangkan kedua – dua tangannya dan tiba – tiba tubuhnya mulai mengecil dan kembali pulih ke saiz manusia biasa. Baju zirahnya juga kembali ke warna dan corak yang asal. VAHSYAH kelihatan termengah – mengah. Keletihan yang dialaminya itu bukanlah sesuatu yang dapat ditahan oleh manusia yang biasa. Mujur tubuh Rayz yang dipinjamnya itu telah pun berevolusi menjadi tubuh Samarian yang sempurna. Selepas merehatkan diri selama 3 minit, VAHSYAH pun bersedia semula menjejak Queen Grogan. Dia dapat mengesan kedudukan musuhnya di arah barat daya.

*Semoga anda menyukai chapter ini :) berikan komen and ya?