Thursday, September 3, 2009

Glossary

Novel ini menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Tujuan penulis berbuat sedemikian ialah untuk menunjukkan bahawa masyarakat Sabah pada waktu itu telah menjadi masyarakat yang berintelektual sehingga mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai lingua-franca mereka. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk mencetuskan minat para pembaca untuk menguasai Bahasa Inggeris. Tujuan glosari ini diadakan adalah untuk membantu para pembaca memahami perkataan – perkataan yang agak kompleks di dalam novel ini.

GDTF (Global Defense Task Force)

GDTF ataupun nama bahasa melayunya ialah Pasukan Pertahanan Global, merupakan badan militari yang ditubuhkan oleh UN (Persatuan Bangsa – Bangsa Bersatu) untuk melindungi Benua Asia daripada serangan makhluk asing. Di dalam novel ini, terdapat dua cawangan GDTF di negeri Sabah iaitu di Metropolis Kinabalu dan juga Pulau Labuan.

GDTF E.F (Elite Force)

Satu unit ketenteraan yang berkhidmat di bawah Jeneral Razak. Pakar di dalam mengendalikan berbagai – bagai jenis senjata. Sila rujuk Characters untuk keterangan lanjut.

Metropolis

Himpunan bandar – bandar raya yang membentuk sebuah bandar yang amat besar. Dalam novel ini kebanyakan bandar berdekatan dengan Kota Kinabalu telah dinaik taraf menjadi Bandar Raya. Kumpulan Bandar Raya ini membentuk sebuah bandar besar yang dipanggil “Metropolis Kinabalu”.

U.F.O (Unidentified Flying Object)

U.F.O bermaksud “Objek Terbang yang Tidak Dikenali”. Apa sahaja objek yang terbang di langit dan juga tidak dikenali asal – usulnya, akan digelar sebagai U.F.O. Dalam novel ini, dua orang juruterbang GDTF telah terkorban sewaktu mengejar sebuah U.F.O yang berwarna hijau di Laut China Selatan.

Mach

Bermaksud, “Nisbah kelajuan jasad yang bergerak dibandingkan dengan kelajuan bunyi”.

Meteor/ Meteorite

Bermaksud Tahi Bintang.

Professor

Orang yang mengkaji fenomena saintifik.

ISRC (International Science Research Center)

ISRC bermaksud Pusat Penyelidikan Sains Antarabangsa di dalam Bahasa Melayu. Ianya sebuah badan penyelidikan sains yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat untuk mengkaji apa sahaja fenomena saintifik yang berlaku di seluruh dunia. ISRC Induk juga terletak di Amerika Syarikat. Cawangan ISRC negeri Sabah terletak di Metropolis Kinabalu.

Borneo Post

Nama sebuah surat – khabar di negeri Sabah.

Laptop

Bermaksud Komputer Riba.

Substance Scanner

Bermaksud Pengimbas Unsur. Biasanya dibawa oleh Petugas ISRC untuk mengkaji objek – objek yang bukan berasal dari Bumi.

Video Link-Up

Sejenis alat perhubungan yang menggunakan gelombang satelit sebagai medium perhubungan.

Radiation

Bermaksud Radiasi.

Field Work/ Field Work Project

Kesemua aktiviti saintifik yang dilakukan oleh petugas ISRC di luar ISRC.

Pharmacist/ Pharmacy

Bermaksud mereka yang bekerja di Kedai Farmasi. Pharmacy bermaksud Kedai Ubat – ubatan yang bukannya milik kerajaan.

Face Mask

Topeng muka yang biasanya dipakai oleh mereka yang bertugas di Hospital dan Kedai Farmasi.

Salary/ Salary Cut

Gaji dan juga Pemotongan Gaji.

Dunamist

Bermaksud “Orang Yang Paling Layak”. Sila rujuk muka surat 94 untuk penerangan secara terperinci tentang maksud Dunamist.

B.H.U (Bio-Hazard Unit)

B.H.U adalah unit militari kecil yang bertugas di ISRC Cawangan Sabah. Tugas mereka ialah menjaga keselamatan para saintis ISRC yang menjalankan projek Field Work.

Sushi/ Sushi Shop

Sushi bermaksud makanan Jepun.

Alien

Bermaksud “Makhluk Asing”. Apa sahaja hidupan yang bukannya berasal dari Bumi dipanggil Makhluk Asing.

Dinosaur

Bermaksud Haiwan Pra-Sejarah. Makhluk ini wujud berjuta tahun dahulu.

Xyver

Nama bagi objek berbentuk X yang jatuh di Pulau Banggi.

Boys Hostel for The Homeless

Bermaksud “Asrama Budak Lelaki bagi Anak Yatim Piatu”. Ianya terletak di Bandar Raya Kudat dan merupakan satu agensi yang baik dari segi perkhidmatannya.

Sikuati Advanced Secondary School

Sebuah sekolah menengah yang mementingkan jurusan sains. Sekolah ini Cuma mengambil pelajar yang Elit yakni mempunyai kelulusan 8A untuk semua subjek PMR nya.

International Science College

Sebuah Kolej yang menjurus kepada pengajian bidang sains di Bandar Raya Kudat. Juga dimiliki oleh agensi pendidikan luar negara.

The Illinois University of Advanced Science

Sebuah university di Illinois, Amerika Syarikat yang menjurus kepada bidang kedoktoran sains.

Micro/ Macro Astrology

Kajian mengenai bintang dan langit.

Rocket Engineering

Kajian Kejuruteraan Roket.

Titanium

Sejenis aloi yang amat keras.

IPC (Identification Pass Card)

Kad Pengenalan yang biasanya dimiliki oleh petugas ISRC. Tanpa kad ini, tiada sesiapa yang akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan ISRC.

Bio-Chemical Lab (Makmal Bio-Kimia)

Makmal yang digunakan oleh petugas ISRC untuk mengkaji sesuatu.

Lab-Assistants

Pembantu Makmal ISRC yang bertugas membantu mana – mana pegawai berpangkat profesor sewaktu melaksanakan ujikaji ataupun eksperimen.

Grogan

Makhluk asing yang muncul di Lahad Datu dan kemudiannya di Kudat. Hidupan yang berevolusi dengan meniru hidupan yang sudah sedia ada di atas Bumi ini. Sila rujuk Characters untuk keterangan lanjut.

Samarian

Makhluk asing yang baik hati dan mementingkan keindahan dan juga keamanan. Sila rujuk Characters untuk keterangan lanjut.

No comments: