Monday, January 14, 2013

Chapter 35 : The Plague - "Reunion" - Part 1

********************************************************
Pusat Tahanan ISRC...
Presiden Tertinggi ISRC, Lady Elita Lucas, telah memerintahkan agar Lord Arufa, salah seorang dari ahli Wiseman’s Commitee untuk dipenjarakan atas kesalahan melakukan eksperimen terhadap Rayz dan juga membuat suatu perancangan tanpa persetujuan Presiden Tertinggi ISRC. Dia kini berada dalam keadaan koma kesan daripada pukulan Rayz di bahagian kepalanya.
Bagunan di mana Lord Arufa ditempatkan adalah sebuah sel yang dilengkapi sistem keselamatan yang berkuasa tinggi. Setiap dindingnya diperbuat daripada kaca setebal 5 meter dan dilengkapi dengan sistem renjatan elektrik hampir mencapai 10 juta volt. Sesiapa pun tidak akan dapat melepaskan diri daripada sel berkenaan. Bilik itu juga diawasi oleh askar – askar elit daripada GDTF dan dipantau 24 jam tanpa henti.
Pengawal keselamatan yang sedang bertugas kelihatan sedang menonton televisyen kecil. Pengawal itu adalah seorang lelaki yang berbadan gempal. Sekali sekala di akan ketawa melihat gelagat pelakon yang tertera di kaca televisyen berkenaan. Kekhusyukannya menonton televisyen terganggu dengan bunyi tapak kaki yang berjalan menuju ke arahnya. Dia pun membetulkan cermin matanya dan melihat ke arah bunyi tapak kaki berkenaan.
Sejurus kemudian satu lembaga bertopeng dengan berjubah panjang berwarna merah darah muncul di hadapannya. “Apa yang kau buat di sini? Ini ialah kawasan larangan. Lagipun, tidak dibenarkan sesiapa melawat di sini,” kata pengawal keselamatan berkenaan. Lembaga bertopeng itu mengacukan jari telunjuk dan ibu jarinya ke arah pengawal keselamatan berkenaan. KRAK! Bunyi retakan leher pengawal keselamatan itu kedengaran dan dia tersandar di kerusi, tidak lagi bernyawa. Lembaga itu meneruskan perjalanan menuju ke arah sel Lord Arufa.
Askar – askar elit yang berkawal di situ rebah satu - persatu, tidak bernyawa seolah – olah dibunuh oleh kuasa luar biasa yang datangnya daripada lembaga berkenaan. Akhirnya lembaga bertopeng itu kini berdiri di hadapan sel Lord Arufa. Dia mengorak senyuman misteri disebalik topengnya. Tiba – tiba ia berjalan melalui dinding kaca itu seperti roh. Tubuhnya langsung tidak terkena renjatan elektrik daripada dinding berkenaan. Ia pun berdiri di sebelah Lord Arufa.
Time for you to wake up, my slave, your task is not yet done,” suara lembaga itu kelihatan parau dan menakutkan. Dia pun memecahkan pengunci titanium yang membelenggu tubuh Lord Arufa itu dengan kuasanya.
Serentak itu juga Lord Arufa membuka matanya. Dia bingkas bangun dan segera bertekuk lutut di hadapan lembaga berkenaan. “My master,” kata Lord Arufa sambil tersenyum.
CHAPTER 35 : The Plague – “Reunion”
Tempat             : Kem Tindakan Khas ISRC, Bandar Raya Marudu
Masa                : 8.15 AM
Tarikh               : 13 April 2010
ISRC telah membina sebuah Kem Tindakan Khas berhampiran dengan Hospital Induk Marudu bagi menangani penyakit misteri yang sedang melanda para penduduk Bandar Raya Marudu. Beberapa buah Jip tentera masuk ke perkarangan kem. Sejurus kemudian Timbalan Pengarah Poly Michael dan beberapa saintis lain ISRC pun keluar dari perut Jip. Poly melangkah kemas menuju ke sebuah khemah besar yang berwarna kuning yang berada di tengah – tengah kem. Khemah yang dimasuki oleh Poly itu ialah khemah utama di mana segala pengkajian terhadap wabak penyakit misteri itu dijalankan. Bahagian dalaman khemah itu terbahagi 3. Bahagian pertama, ialah bahagian penyiasatan organisma dan bahan kimia merbahaya. Bahagian kedua ialah unit obersvasi dan bahagian terakhir ialah wad kuarantin penyakit. Sebaik sahaja Poly melangkah masuk ke dalam khemah, beberapa saintis ISRC cuba menghalangnya menuju ke dalam wad kuarantin. Namun Poly mengendahkan sahaja mereka semua dan melangkah dengan pantas menuju ke wad kuarantin.
Poly segera memakai sut Biohazard berwarna kuning dan masuk ke dalam wad kuarantin. Dia melepasi beberapa katil pesakit yang ditutup dengan plastik lutsinar. Selepas melangkah beberapa minit, dia tiba di hadapan sebuah pintu berlabel “PRIVATE WARD”. Poly menarik nafas dan menarik tombol pintu dan melangkah masuk. Di dalam bilik itu adalah 2 orang pesakit, seorang wanita dan seorang lelaki yang berumur lingkungan 50 an. Hati Poly sebak melihat keadaan kedua – dua pesakit itu. Dia berjalan mendekati pesakit wanita. Kulit muka pesakit wanita itu kelihatan teramat pucat dan terdapat tompok – tompok hijau tua di bahagian pipi dan lehernya. Urat – urat juga kelihatan membonjol keluar di bahagian leher wanita itu. Mata wanita itu kelihatan membengkak dan berair, walaupun dia kini sedang tidur lena, jelas kelihatan betapa ia menderita kesakitan yang teramat sangat. Poly memegang erat tangan kanan wanita itu.
I am so sorry mother! Maafkan Poly kerana datang terlalu lambat Mama,” kata Poly sambil menangis teresak – esak. Rupa – rupanya kedua – dua orang tua itu adalah ibu bapa Poly, Encik Michael dan Puan Rachel. Mereka berdua telah dijangkiti oleh penyakit misteri yang sedang melanda Bandar Marudu.
Tidak lama kemudian dua pegawai ISRC masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka berdua adalah anak buah Poly, Dr. Hanna Isabella Saiful dari unit kajian mikro-organisma dan Dr. Erika Safiya Kareem dari unit ujikaji kimia. Mereka berdua berdiri di belakang Poly dan hanya mendiamkan diri, memberikan Poly ruang untuk bertenang.
“Maafkan kami Puan sebab tidak melaporkan keadaan ibubapa Puan secepat yang mungkin. Kami berdua baru sahaja mendapat tahu yang mereka berdua ini adalah ibubapa Puan,” kata Dr. Hanna kepada Poly.
“Di mana kamu menjumpai mereka?” tanya Poly.
“Kolonel Ravi menjumpai mereka dalam keadaan koma di bilik tidur di ruman Puan. Mereka yang membawa mereka ke sini,” jawab Dr. Hanna.
“Setakat ini berapa jumlah mangsa yang telah dimasukkan ke unit kuarantin?” tanya Poly lagi.
Almost 100 people Maam for the last 3 days. Saya khuatir lebih banyak yang akan menyusul,” jawab Dr. Hanna. Dahinya berkerut sedikit.
“Bagaimana dengan keadaan ibubapa saya? Adakah mereka stabil?” tanya Poly kepada Dr. Hanna.
They are stable for the moment. Mengikut analisa kami, ibubapa Puan sihat walafiat. Tidak ada simptom yang menunjukkan mereka menghidap apa – apa penyakit. Kes ini benar – benar menghairankan kami Puan,” terang Dr. Hanna.
Poly mengerutkan dahi. “Apa maksud kamu mereka berdua sihat walafiat? Bagaimana dengan jangkitan di bahagian muka mereka ini?”
Dr. Hanna berdehem. “Actually, that is the reason why we contacted you Maam. Almost all of the other patients here suffers the same symptom but their body condition is, well, normal. Saya sendiri tidak dapat menerangkan apa yang sedang berlaku sekarang ni.”
Poly segera mengambil fail yang tergantung di hujung katil mamanya. Laporan di fail itu dibaca dengan teliti. Alangkah hairannya Poly kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Hanna itu memang betul. Mama dan Papanya memang normal. Suhu badan dan keadaan dalaman badan adalah ok kesemuanya. Apa yang menghairankan adalah mereka berdua berada dalam keadaan koma tanpa ada apa – apa penjelasan mengapa mereka berada dalam keadaan koma. Poly memandang ke arah Dr. Erika.
“Bagaimana dengan analisis darah yang kamu laksanakan?” tanya Poly kepada Dr. Erika.
“Saya rasa Puan kena tengok sendiri keputusannya,” jawab Dr. Erika dengan wajah yang serius.
Mereka bertiga pun meninggalkan bilik tersebut dan berjalan menuju bahagian penyiasatan organisma dan bahan kimia merbahaya. Dr. Erika pun duduk di mejanya dan menghidupkan sebuah mikroskop elektronik. Dia pun mempersilakan Poly untuk melihat apa yang ada di atas slaid kaca pada mikroskop elektronik itu. Poly mendekatkan matanya ke kanta mikroskop. Poly kelihatan amat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Melalui kanta mikroskop itu, dia dapat melihat mikroorganisma pelik yang kelihatan seperti berudu berduri. Ianya berwarna hijau dan memiliki sisik berbentuk hexagon. Terdapat gigi yang seperti gigi cacing pita pada mikroorganisma berkenaan. Poly berpeluk tubuh, dahinya berkerut. Dia mengalihkan pandangan kepada Dr. Erika.



“Erika, sampel ini kamu dapat dari mana?” tanya Poly.
“Dari sampel darah setiap pesakit. Darah mereka dicemari oleh mikroorganisma misteri ini sepenuhnya. Mikroorganisma ini membiak dengan kadar yang tersangat cepat dan luarbiasa. Apabila pesakit mendapatnya, mikroorganisma atau lebih tepat lagi, virus ini memutuskan impulse yang dihantar oleh reseptor ke otak. Akibatnya, pesakit tidak akan sedarkan diri dan hilang kawalan motor badan. Yang menghairankan di sini ialah tubuh pesakit berada dalam keadaan yang teramat sihat. Itu bukanlah berita buruknya,” jawab Dr. Erika sambil memeluk tubuh.
“Berita buruk?” tanya Poly lagi.
Dr. Hanna melihat kepada Dr. Erika. Dr. Erika mengangguk. “Hanna and I have conducted several antibiotics on this mysterious virus. All of them in fact. The virus is immune to any types of antibiotics,” jawab Dr. Hanna.
Mereka bertiga mendiamkan diri. Virus apakah yang telah merebak di Bandar Raya Marudu ini? Adakah ianya berkaitan dengan makhluk Grogan? Poly meneka – neka dalam hatinya. Poly pun meminta Dr. Hanna memanggil Kolonel Ravi masuk ke dalam khemah. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbangsa india pun masuk ke dalam khemah. “COLONEL RAVI” tertera di uniform yang dipakainya. Dia pun memberi tabik hormat kepada Poly. Poly mengangguk dan Kolonel Ravi pun berdiri dalam keadaan senang diri.
“Kolonel, kamu sudah melakukan sweep di kawasan bandar ini?” tanya Poly.
“Ya, Puan. Kami telah pun melakukan rondaan setiap 3 jam di kawasan seluruh bandar sejak 3 hari yang lalu. Tidak ada apa – apa yang mencurigakan. Lockdown telah pun dilaksanakan juga 3 hari yang lalu,” jawab Kolonel Ravi.
“Ada kemungkinan makhluk Grogan bertanggungjawab terhadap wabak ini?” tanya Poly lagi.
“Tidak ada tanda – tanda kemunculan makhluk asing itu di Bandar Raya Marudu. Keadaan agak aman, kecuali wabak misteri ini,” jawab Kolonel Ravi jujur.
“Terima kasih Kolonel, kamu boleh sambung tugas kamu,” kata Poly. Kolonel Ravi memberikan tabik hormat sekali lagi dan meninggalkan khemah tersebut. Keadaan senyap semula. Poly menyentuh dagunya seolah – olah sedang berfikir. Dr. Hanna dan Dr. Erika sekadar memerhatikan gelagatnya.
*TRUUT*TRUUT*
Henfon Poly berbunyi. Poly mengeluarkan henfon dari kot panjang yang dipakainya. Corong henfon ditekap ke telinga. “Hello, Deputy Chief Poly Michael speaking,” katanya. “Hello Poly, it’s me Colline. I am outside the lockdown gate,” kata suara di corong henfon Poly itu.
********************************************************
Pejabat Rahsia Presiden ISRC...
Lady Elita sedang memberi makan kepada ikan – ikan peliharaannya di dalam kolam. Ikan – ikan itu berenang – renag memagut makanan ikan yang ditaburkan oleh Lady Elita. Lady Elita tersenyum melihat ikan – ikan itu ‘menari’ di dalam air. Seorang wanita yang memakai kot panjang hitam berjalan mendekati Lady Elita. Lady Elita tidak mengalihkan pandangannya ke arah wanita itu. Wanita itu adalah wanita yang sama sedang mengawasi gerak – geri Rayz dan Bre-Ya tempoh hari di Bangunan Silman Software Corporation.
My Lady, I am here to report that Lord Arufa has escaped from prison. Someone helped him to escape,” kata wanita itu membuka bicara.
I know. Have you taken your lunch? Would you like to have lunch with me today?” jawab Lady Elita kepada wanita itu.
It’s okay My Lady, I am not hungry. But what about Lord Arufa? Will you not send a pursuit team?” kata wanita itu lagi.
“Ha ha ha, you are too uptight. Do not think so much about your work. Sometimes you need to take a break from work. Come, join me,”
Lady Elita pun mempelawa wanita itu makan tengah hari bersama – sama dengannya. Mereka pun menjamu makan tengah hari ala – ala Jepun. Selepas itu, Lady Elita menyediakan Teh Jepun kepada wanita itu.
“Kapten Lyneki Manawali. Itu nama Kapten bukan?” tanya Lady Elita sambil tersenyum.
Wanita bernama Lyneki itu mendiamkan diri seketika. “Ya. Dari bahagian ISRC, SAGI Division.”
“Saya kagum dengan penggunaan Bahasa Melayu Kapten. Saya dengar Kapten bukan berasal dari negeri ini?” tanya Lady Elita lagi.
“Ya. Saya berasal dari Philipine. Tetapi saya tinggal di negeri ini sejak berumur 7 tahun. Sebab itulah saya fasih berbahasa Melayu,” jawab Lyneki.
“Hmm. Dengar kata, Kapten pernah berkhidmat sebagai agen perisikan ISRC sebelum berpindah ke SAGI Division. Apa yang membuat Kapten berpindah?”.
“Ianya agak personal. Kalau boleh, saya ingin melupakannya,” jawab Lyneki dengan serius.
“Maaf kalau pertanyaan saya agak sensitif. Ini memang tebiat saya apabila berjumpa dengan staf baru,” Lady Elita tersenyum.
“Tak mengapa My Lady. Kalau boleh, saya ingin bertanya semula. Bagaimana dengan Lord Arufa? My Lady tidak ingin memberkasnya semula?” Lyneki mengulang pertanyaannya semula.
“Kapten tak perlu bimbang tentang itu. Saya telah pun memerintahkan orang terbaik saya untuk menjejak dan memberkasnya. He is already on the job, as we speak,” jawab Lady Elita.
“Maafkan saya kalau saya kelihatan terlalu berterus – terang. Mengapa My Lady ingin menangkap Lord Arufa semula? Bukankah ianya lebih ‘afdal’ jikalau ISRC menghapuskan saja dia? Pengkhianatan yang dilakukan olehnya pasti akan menular ke anggota – anggota Wiseman’s Commitee yang lain,” kata Lyneki dengan wajah yang serius.
“Apa yang dikatakan oleh Kapten itu memang benar. Tetapi, Lord Arufa perlu diberkas supaya kita dapat menyoal – siasat siapa yang melepaskannya dari tahanan. Selepas itu, barulah kita boleh menghapuskan saja dia,” jawab Lady Elita.
Are we dealing with ‘The Man in Red’?” kata Lyneki lagi. Air mukanya kekal serius.
Yes. That is why we need to apprehend Lord Arufa. This ‘Enemy’ is indeed powerful and unknown. We may be dealing with something most evil and sinister. We need to plan our action carefully.”
Mereka berdua menghirup Teh Jepun yang tersedia di atas meja. Mereka berdua senyap sambil melihat ke luar taman di pejabat Lady Elita. Bunyi cengkerik dan unggas – unggas kedengaran datang dari taman seluas satu hektar itu. Kedua – dua wanita itu sedang memikirkan perkara yang sama. ‘Musuh’ yang melepaskan Lord Arufa itu adalah suatu entiti yang amat kuat dan menakutkan. ‘The Man in Red’ adalah gelaran yang diberikan oleh ISRC kepada musuh misterius yang melepaskan Lord Arufa dari kurungannya. Kononnya ‘The Man in Red’ atau ‘Lelaki Berjubah Merah’ itu pernah muncul di pengkalan ISRC di Amerika Syarikat pada tahun 1942. Dia telah membunuh hampir seratus staf ISRC dan membinasakan Pengkalan ISRC US di Nevada, Amerika Syarikat. Tujuannya adalah mendapatkan bahan kajian ISRC yang dipanggil ‘Seed of Chimera’ di bawah seliaan Dr. Grant Morrison, salah seorang ahli Wiseman’s Commitee ISRC.
‘Seed of Chimera’ adalah sebiji meteor yang jatuh terhempas ke Bumi lebih kurang 14 juta tahun dahulu. Ianya terpendam di dasar Lautan Atlantik yang kemudiannya dijumpai oleh pasukan penyelam ISRC pada tahun 1935. Kemudian ianya dipindahkan ke Pengkalan ISRC US, Nevada. Meteor itu sebesar sebiji bola baling. Ianya berwarna ungu dan bersisik. Terdapat urat – urat berwarna emas melingkari meteor itu. Dr. Grantlah yang menamakan meteor itu ‘Seed of Chimera’. Dalam satu ujikaji, Dr. Grant telah mengambil sedikit serpihan meteor itu dan menjalankan ujikaji terhadapnya. Pelbagai ujian dilaksanakan terhadapnya sehinggalah pada suatu hari Dr. Grant secara tidak sengaja tertitiskan darahnya di atas serpihan meteor itu. Suatu kejadian yang amat menakjubkan telah berlaku. Serpihan meteor sebesar setengah inci itu bersinar dengan cahaya merah kemudian menyerap hidupan – hidupan kecil yang berdekatan. Akibatnya, seekor cicak dan labah – labah telah bercantum menjadi suatu makhluk baru. Makhluk itu diberikan Code Name “ARACHNO-LIZARDIA” yang juga diiktiraf sebagai spesis binatang baru. Penemuan itu telah menjadi topik perdebatan hebat di antara semua saintis di seluruh dunia. Dr. Grant telah dianugerahkan Nobel Prize pada tahun yang berikutnya dan akhirnya menjadi seorang jutawan ternama.
Namun Kajian mengenai ‘Seed of Chimera’ telah diberhentikan 3 tahun kemudian selepas trajedi yang menimpa isteri Dr. Grant iaitu Dr. Mary Swannson. Dalam tempoh 3 tahun itu Dr. Mary telah melaksanakan ujikaji terhadap binatang lain. Berbelas – belas binatang telah ‘dicipta’ nya dengan menggunakan darahnya sendiri. Obsesi Dr. Mary terhadap meteor itu akhirnya membawa padah. Pada suatu hari, salah seekor binatang ciptaannya, Gorila dicantumkan dengan Buaya, terlepas dari kandang dan membunuhnya. Pihak ISRC terpaksa memusnahkan makmal milik Dr. Mary dengan bahan letupan bagi mengelakkan binatang – binatang yang lain terlepas. Dr. Grant telah membunuh diri dengan meminum asid lantaran kesedihan yang teramat sangat. Sejak kejadian itu, ‘Seed of Chimera’ dikunci oleh pihak ISRC US dan tidak dibenarkan sesiapa melihat atau mendekatinya. Sehinggalah ‘The Man in Red’ muncul pada tahun 1942 dan membunuh hampir seratus staf ISRC US sebelum menghilangkan diri dan membawa bersama ‘Seed of Chimera’. Pihak ISRC US telah mencuba menjejak ‘The Man in Red’ untuk menghapuskannya dan mendapatkan semula ‘Seed of Chimera’ hampir 69 tahun. Namun ‘The Man in Red’ tidak pernah memunculkan diri sehinggalah Lord Arufa melepaskan diri.
“Adakah My Lady pasti, orang yang melepaskan Lord Arufa itu adalah ‘The Man in Red’?” tanya Lyneki lagi.
“Rakaman keselamatan pada malam itu rosak kesemuanya kecuali satu,” jawab Lady Elita sambil menghulurkan pemain video mini kepada Lyneki.
Lyneki menyambut pemain video mini itu. Butang Play ditekan. Melalui skrin pemain video mini itu, Lyneki dapat melihat kelibat seseorang berpakaian jubah merah yang bertudung berjalan menghampiri sel tahanan Lord Arufa. Pergerakan lembaga itu seperti hantu kerana ianya terawang – awang di udara. Sebaik sahaja lembaga itu masuk ke sel tahanan Lord Arufa, rakaman itu pun tamat. Lyneki meletakkan pemain video mini itu di atas meja.
“Adakah ini bermaksud, Lord Arufa adalah puppet yang dikawal oleh ‘The Man in Red’?.”
Lady Elita mengangguk tanda mengiyakan soalan Lyneki itu. Lady Elita mengambil cawan Lyneki dan mengisinya semula dengan Teh Jepun. “Sehingga sekarang, ‘The Man in Red’ tidak pernah memunculkan diri. Mengapa dia memunculkan diri sekarang ni. Apakah motifnya?”
Lyneki menghirup tehnya. “Mungkin ada kaitan dengan Rayz Silman dan Xyver.”
Lady Elita mengangkat kening. “Maksud Kapten?”
“Menurut laporan yang dikemukakan oleh Profesor Colline, terdapat dua entiti yang sentiasa berbalah dalam kepercayaan Kaum Samarian. VAHSYAH dan juga REFLUCIS. VAHSYAH mewakili kuasa kebaikan dan keselamatan. Warna putih dan biru sentiasa menggambarkan siapa VAHSYAH. REFLUCIS adalah ‘Syaitan’ dalam kepercayaan Kaum Samarian. Dia mewakili kuasa kejahatan dan kebinasaan. Warna merah dan hitam menggambarkan karekternya. Kalau hipotesis saya betul, ‘The Man in Red’ ini adalah REFLUCIS dan dia datang untuk mencari Rayz dan Xyver,” Lyneki menyuarakan pendapatnya.
“Untuk menghapuskan Rayz?” kata Lady Elita pula.
“Saya tidak tahu. Tetapi ‘The Man in Red’ cuma muncul selepas kemunculan Xyver dan juga Makhluk Grogan. Saya rasa, ini bukanlah kebetulan. Namun, seperti yang My Lady katakan, motif REFLUCIS ini masih lagi tidak dapat dipastikan. Yang pastinya, kita tidak boleh membiarkan REFLUCIS begitu sahaja. ‘Seed of Chimera’ yang dimilikinya itu akan mengancam dunia kita ini,” terang Lyneki dengan air muka yang serius.
What do you propose Captain?” tanya Lady Elita lagi. Dia kagum dengan kepetahan Lyneki berkata – kata dalam menyuarakan pendapatnya.
We need to get Rayz Silman on our side. He is the only one that can stop REFLUCIS and the Grogans. And to get him to join us, we need Professor Colline back in ISRC,” jawab Lyneki.
Lady Elita bangkit dari duduknya. Dia pun mempelawa Lyneki ke kolam ikannya semula. Dia menghulurkan beg plastik berisi makanan ikan kepada Lyneki. Lyneki hairan dengan apa yang dilakukan oleh Lady Elita namun dia menurut sahaja. Dia pun mengambil makanan ikan dari beg plastik itu dan menaburkannya ke atas kolam.
“Saya amat bersetuju dengan apa yang Kapten katakan sebentar tadi. Namun, Profesor Colline telah pun membuat keputusan untuk meninggalkan ISRC. Bukan mudah untuk memujuknya kembali semula kepada kita.”
“Saya faham My Lady. Jangan bimbang, saya akan cuba mengubah pendiriannya semula. Saya tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Lyneki.
“Profesor Colline kini bekerja sebagai seorang pensyarah di Universiti Antarabangsa Sabah. Setiap petang dia akan mengunjungi sebuah restoran Perancis bernama J’taime Cafe. You will find her there.”
“Terima kasih atas informasi itu. Izinkan saya pergi dulu,” Lyneki meminta diri.
“Kapten, tolong serahkan ini kepada Profesor Colline. This will help her to understand,” Lady Elita menyerahkan sekeping fail berwarna hitam kepada Lyneki.
********************************************************
J’taime Cafe, Metropolis Kinabalu...
SAGI Division?” tanya Colline.
Yes. *SABAH ANTI-GROGAN INITIATIVE. A division of ISRC with the objective of neutralizing the Grogan threat in Sabah. My name is Lyneki Manawali, Acting Captain of SAGI Unit Division 1. I’m here under direct order of the President of ISRC,” jawab Lyneki.
*SAGI di tubuhkan lebih kurang setahun yang lalu semenjak kedatangan Queen Grogan di Lahad Datu. Ianya sebuah organisasi rahsia yang mengumpulkan data mengenai makhluk Grogan dengan tujuan menghapus dan melindungi Negeri Sabah. Hampir kesemua anggotanya diberikan kelengkapan persenjataan yang canggih yang didatangkan khas daripada ISRC US.
Colline mempersilakan Lyneki duduk. Lyneki mengucapkan terima kasih. Colline meminta waitress datang dan memintanya memberikan air minum kepada Lyneki.
What does ISRC want with me?” Colline memulakan perbualan.
“Biar saya berterus – terang sahaja. ISRC benar – benar memerlukan profesor sekarang,” Lyneki berbahasa Melayu dengan Colline.
“Saya rasa saya telah pun memberitahu Lady Elita keputusan saya. Saya tidak akan berpaling dari keputusan yang telah saya buat,” jawab Colline tegas.
“Saya faham, dan saya menghormati keputusan profesor. Namun situasi sekarang terlalu merbahaya. Bukan untuk negeri ini sahaja, malahan seluruh dunia,” jawab Lyneki. Air mukanya juga serius.
“Saya tidak faham. Apa maksud kamu?”
Lyneki pun memberitahu Colline apa yang telah diberitahunya kepada Lady Elita. Colline mendengar penerangan Lyneki dengan penuh tumpuan. Ancaman REFLUCIS kepada dunia dengan menggunakan ‘Seed of Chimera’ itu bukanlah hal yang membimbangkannya. Ancaman REFLUCIS kepada Rayz itu yang benar – benar dibimbangkannya. Colline tahu benar kekuatan REFLUCIS dan niat jahatnya untuk membunuh Rayz. Dia tidak mungkin akan membiarkan REFLUCIS mencederakan Rayz.
“Kami juga mendapat tahu Lord Arufa telah terlepas dari tahanan dan ada kemungkinan REFLUCIS yang melepaskannya. Dia adalah puppet yang dikawal oleh REFLUCIS. Ada kemungkinan Lord Arufa akan mencari profesor dan juga Rayz untuk membalas dendam. Jikalau profesor masih kekal di MKUAS, banyak nyawa yang akan terancam,” tambah Lyneki lagi.
Dahi Colline berkerut mendengar kata – kata Lyneki itu. Memang benar kata – katanya, situasi sekarang amat merbahaya kepada dirinya dan mereka yang berada di sekelilingnya. Selepas mempertimbangkan perkara itu, Colline sedar dia tidak mungkin akan dapat melepaskan dirinya daripada ‘Sains’ kerana ‘Sains’ lah yang mempertemukan dia dan Rayz.
“Baiklah. Saya bersetuju untuk kembali kepada ISRC. Namun saya ada syarat yang harus dipenuhi,” kata Colline.
“Apa syarat profesor itu?”
“Jikalau saya kembali kepada ISRC, saya mahu segala pelan dan perancangan yang melibatkan Rayz dan Xyver dimaklumkan kepada saya. No more secrets or confidential files on that matter. Saya mahu full-access untuk Project X dan juga data – data penting berkaitan,” Colline menerangkan syaratnya.
Fair enough. Lady Elita meminta saya menyerahkan fail ini kepada profesor,” kata Lyneki sambil menyerahkan fail berwarna hitam itu kepada Colline.
Colline mengambil fail itu dan mengeluarkan isinya. Ianya adalah laporan mengenai wabak yang sedang melanda Bandar Raya Marudu. Dahi Colline berkerut ketika dia membaca bait – bait kata yang tertera pada laporan berkenaan. Fail itu ditutup, dan Colline mengalihkan pandangan kepada Lyneki.
Why did Lady Elita gave this file to me? Poly is in charge of the situation in Marudu City, this file should be given to her,” kata Colline. Dia tidak faham mengapa fail yang berkaitan dengan wabak di Bandar Raya Marudu itu diserahkan kepadanya dan bukan kepada Poly.
Lady Elita believes Deputy Director Poly will need your help profesor. She thinks the situation in Marudu City will get worse.”
“Apa yang patut saya lakukan?” Colline meminta pendapat Lyneki.
“Kenderaan saya ada di luar, kita boleh tiba ke Bandar Raya Marudu dalam 45 minit,” jawab Lyneki.
********************************************************
Waktu Malam, Kem Tindakan Khas ISRC, Bandar Raya Marudu...
Poly, Colline dan beberapa staf ISRC yang lain sedang berbincang di dalam bilik mesyuarat. Mereka sedang menikmati kopi panas lantaran hujan turun dengan lebat di luar.
Thank you for coming Colline, I am really glad you are here,” kata Poly kepada Colline.
Me too Poly. Bagaimana dengan keadaan uncle dan auntie?” tanya Colline.
“Mereka stabil, jangan bimbang. Namun, keadaan di sini semakin bertambah teruk. Petang ini sahaja 13 orang lagi di admit ke unit kuarantin. Saya sendiri tidak tahu bagaimana wabak ini boleh merebak dengan pantas,” Poly mengeluh.
“Tak apa. Mari kita rujuk semula semua analisis yang telah Poly laksanakan. Dr. Hanna, kamu ada ambil sampel air dari sumber air Bandar Raya Marudu?” tanya Colline kepada Dr. Hanna.
“Sudah profesor. Kami sudah melaksanakan kajian hampir 3 hari, namun virus yang ada di dalam darah setiap pesakit tidak ada di dalam kandungan air tersebut,” jawab Dr. Hanna.
“Bagaimana dengan kandungan udara? Is the virus airborne?” tanya Colline lagi.
“Kandungan udara adalah bersih. Tidak ada tanda – tanda bahawa virus itu merebak melalui udara,” celah Dr. Erika.
“Bagaimana dengan sentuhan ataupun gigitan?” tanya Colline lagi.
Negative. We still couldn’t track down how this disease spreads to other victims,” jawab Poly. Sebenarnya Poly berharap Colline akan dapat membantunya mengungkai misteri bagaimana penyakit misteri itu boleh merebak.
Bilik mesyuarat itu kembali sunyi. Masing – masing berfikir. Colline medekati peta Bandar Raya Marudu. Terdapat beberapa tempat ditanda dengan ‘X’ di atas peta itu. Colline memandang kepada mereka semua.
“Apa maksud tanda – tanda ‘X’ ni?” tanya Colline kepada Poly.
“Oh, itu ialah kawasan di mana pesakit – pesakit pertama di admit ke unit kuarantin. Kemudian wabak itu merebak ke rumah jiran – jiran yang berdekatan,” jawab Poly.
Colline mengamati peta itu dengan teliti sekali. Colline memegang dagunya, dahinya berkerut. Colline memandang kepada Poly, “Poly can I take a look at one of the patients?”. Poly mengangguk dan membawa Colline ke wad kuarantin sambil diikuti oleh Dr. Hanna dan Dr. Erika. Poly membawa Colline ke katil pesakit Alpha iaitu orang pertama yang dijangkiti wabak misteri itu. Pesakit Alpha itu adalah seorang lelaki berumur 40 tahun, dan merupakan seorang guru di sekolah menengah yang berhampiran. Poly berkata lelaki itu dijumpai pitam dan koma sewaktu berada dalam rumah flat guru. Housemate nya yang menghantarnya ke hospital. Colline yang berpakaian sut Biohazard itu mengamati keadaan tubuh pesakit itu. Selepas beberapa minit, Colline menemui sesuatu yang pelik di bahagian belakang kepala pesakit itu. Sebuah lubang berukuran 3 milimeter tersembunyi di sebalik rambutnya. Colline menghidupkan lampu suluh pennya. Dan mengamati lubang itu dengan khusyuk sekali. Dia pun mengambil kamera mini digital dari saku sut Biohazard dan mengambil gambar lubang tadi.
Colline menunjukkan gambar itu kepada Poly, Dr. Hanna dan Dr. Erika. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. “Apa kata kita memeriksa kesemua pesakit yang lain,” cadang Colline. Mereka pun segera melaksanakan apa yang diminta oleh Colline. Selepas satu jam, mereka berkumpul semula ke bilik mesyuarat. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa semua mangsa yang pertama memiliki lubang yang sama di bahagian belakang kepala mereka. Pesakit yang lain tidak memiliki lubang yang sama.
It seems only the first victim in each residential area has the hole at the back of head. Dr. Erika, how is the x-ray taken on all victims?” kata Colline kepada Dr. Erika.
The hole penetrated through their skull and into their Cerebrum. The virus is then carried throughout their body via bloodstream,” jawab Dr. Erika.
But that still doesn’t make sense. What about the other victims? How did they get infected?” Dr. Hanna menyuarakan pendapatnya. Apa yang dikatakan oleh Dr. Hanna itu memang benar, persoalan yang lebih penting adalah, bagaimana pesakit yang memiliki lubang di kepala mereka itu menjangkiti orang yang lain.
Anyway, itu bukanlah masalah kita yang terbesar. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mencari ‘benda’ yang menyebabkan wabak ini dan mendapatkan sampel darahnya agar kita boleh synthesize serum yang berpatutan,” kata Colline.
“Adakah wabak ini berkaitan dengan Grogan Colline?” tanya Poly.
“Besar kemungkinan ya. Jika virus ini tidak boleh dineutralkan dengan apa – apa antibiotik atau bahan kimia dari Bumi, besar kemungkinan virus ini extraterrestrial. Kita boleh membuat andaian virus ini ada kaitan dengan mereka. Though, I am still unsure why they are doing this,” jawab Colline.
“Okey. Untuk mencipta serum yang berpatutan, kita perlukan host kepada virus ini. Bagaimana cara kita mendapatkannya?” kata Dr. Erika.
“Serahkan itu kepada saya. Poly, kamu bertiga tinggal di sini dan perhatikan pesakit – pesakit ini jikalau ada apa – apa yang berlaku,” kata Colline sambil memakai kot panjang yang dibawanya bersama.
“Colline pula akan buat apa?” tanya Poly.
Colline tersenyum dan meninggalkan bilik mesyuarat, “Colline nak melawat rumah pesakit Alpha, mana tahu boleh jumpa apa – apa klu mengenai vektor misteri kita ini. Colline akan pergi bersama dengan Kapten Lyneki, be back before you know it.”
“Berhati hati Colline,” pesan Poly.
I will,” balas Colline dan melangkah pergi. Poly berasa gembira melihat keadaan diri Colline. Dia amat tahu dan sedar betapa pentingnya ‘Sains’ dalam hidup Colline. Dan Colline kini ‘hidup’ semula, Poly amat bersyukur dengan perubahan diri sahabatnya itu.
**I am back! Enjoy fellow readers :):):)**

1 comment:

kraizer81 said...

Sorry for not continuing this novel for so long. Been busy with life, but I haven't stopped this novel yet. Stay tuned, the story will get much more interesting :)