Thursday, September 10, 2009

Chapter 11



CHAPTER 11 : Sorrow and Sadness

Tempat : ISRC Cawangan Sabah

Masa : 10.30 AM

Tarikh : 26 November 2009

3 jam kemudian, Mercedes Benz itu tiba di perkarangan ISRC cawangan Sabah. Colline pun segera keluar dari Mercedes Benz itu dan memandang bangunan yang ada di depannya. Sebuah bangunan yang tidak asing lagi baginya. Logo ISRC kelihatan jelas pada bahagian depan bangunan tersebut.

Bangunan ISRC cawangan Sabah adalah sebuah bangunan yang sangat besar. Keluasannya mencapai berpuluh – puluh kilometer persegi. Ianya setinggi 50 tingkat, termasuk tempat mendarat helikopter dan juga parking lot di tingkat atas dan juga di bawah. Terdapat sebuah lapangan terbang kecil berdekatan dengan bangunan tersebut. Bangunan ini juga di kelilingi oleh tembok yang tinggi bagi mengelakkan pencerobohan. Pegawai – pegawai keselamatan yang bekerja dengan ISRC kebanyakannya datang dari pasukan GDTF. Dan mereka semuanya askar – askar profesional.

Selain itu, bangunan itu juga memiliki peralatan sains dan teknologi yang tercanggih di Asia Tenggara. Ia mempunyai banyak makmal uji kaji sains dan juga kemudahan lain seperti restoran, perpustakaan, bilik komputer, mini – hospital dan lain – lain lagi. Cuma mereka yang benar – benar layak sahaja yang mampu bekerja di bangunan ini. Mereka yang bekerja dengan ISRC haruslah memiliki kelayakan yang tinggi. Selain itu, mereka juga mesti mempunyai sokongan daripada kerajaan Sabah untuk bekerja di situ. Ini jelas menunjukkan betapa hebatnya reputasi ISRC di negeri Sabah seterusnya seluruh dunia.

Colline pun berjalan tergesa – gesa menuju ke arah pintu depan bangunan ISRC tersebut. 2 pegawai keselamatan ISRC memberikan tabik hormat sebaik sahaja dia sampai. Pintu depan bangunan itu diperbuat dari aloi Titanium setebal 1 kaki. Ianya tahan letupan. Pintu itu hanya boleh dibuka dengan memasukkan kata laluan yang hanya diketahui oleh pegawai – pegawai tersebut. Colline mengeluarkan kad IPCnya (Identification Pass Card) dan menunjukkannya kepada salah seorang pegawai tersebut.

Pegawai tersebut mengangguk dan berkata,”Welcome back Professor Colline. Please wait a moment while we open the door for you.” Colline membalas kata – kata pegawai itu dengan anggukan. Pegawai itu pun menekan beberapa nombor di atas panel kawalan di tepi pintu Titanium tersebut. Beberapa saat kemudian, pintu Titanium itu pun terbuka dan Colline melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Ruang lobi bangunan ISRC itu kelihatan kemas dan teratur walaupun agak sibuk dengan kakitangannnya yang sentiasa ke sana ke mari. Terdapat banyak pejabat di tingkat yang sama. Dinding pejabatnya diperbuat daripada kaca kalis peluru untuk menghalang serangan pengganas. Lorong berjalannya juga luas dan terdapat pokok – pokok bunga di sepanjang setiap lorong dalam bangunan tersebut. Di tengah – tengah ruang lobi tersebut terdapat kolam air pancuran. Lantai bangunannya pula dibuat dari marmar berwarna biru laut.

Colline pun berjalan menuju ke arah kaunter yang berada di hadapannya. Receptionist yang berada di belakang kaunter itu menyambutnya dengan mesra.“Welcome back Professor Colline,” kata receptionist wanita itu. Colline tidak menjawab kata – kata receptionist itu sebaliknya terus menuju ke arah lif tanpa berlengah lagi. Receptionist itu terpinga – pinga melihat reaksi Colline.

Colline pun menekan butang down di sebelah lif itu. Sejurus kemudian pintu lif itu pun terbuka. Colline pun melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Nampaknya tidak ada orang lain yang berada di dalam lif tersebut. Colline menekan butang bernombor 27. Lif itu pun mulai bergerak ke atas. Colline menggenggam kotak kedap udara itu dengan erat. Fikirannya tak putus – putus memikirkan kata – kata Danny tadi. Hatinya juga dilanda resah yang tidak keruan.

Dua minit kemudian, lif itu pun tiba ke destinasinya. Colline melangkah keluar dari lif dan terus berjalan menuju ke arah pejabatnya. Staf – staf ISRC yang lain memandangnya dengan air muka yang pelik. Mereka seolah – olah mengelak dari bertemu mata dengan Colline. Colline dapat merasakan mereka cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Colline mempercepatkan langkahnya. Dia ingin segera tiba ke pejabatnya dan berjumpa dengan Poly.

Pejabat Colline terletak di penghujung lorong yang sedang dilaluinya. Selepas berjalan melintasi beberapa buah pejabat staf ISRC yang lain, Colline pun tiba di hadapan pintu pejabatnya. Setiausahanya Gabriella, sedang menunggu di depan pintu pejabatnya.

“Miss Colline, Professor Poly is waiting for you inside. I already cancelled your meeting for today just in case you needed more time,” terang Gabriella. Colline mengangguk lemah. “Thank you Gabriella. Please hold all my calls. I don’t want to be disturbed today,” tambahnya. Gabriella mengangguk dan kembali ke mejanya.

Colline pun masuk ke dalam pejabatnya. Dia melihat seorang wanita sedang duduk di atas kusyen di tengah – tengah ruang tamu pejabatnya itu. Wanita itu memakai pakaian korporat berwarna biru tua. Rambutnya diikat ke belakang. Kulit wajahnya agak gelap berbanding Colline. Dia ialah Poly Michael, sahabat Colline dan juga rakan sekerjanya.

“Dah lama menunggu?” tanya Colline kepada Poly.

Poly tersenyum dan berkata,”Tak juga. Poly pun baru saja sampai tadi. Gabriella benarkan Poly masuk jadi Poly pun masuk sajalah.”

Colline mengangguk dan meletakkan tas tangan dan bekas kedap udara itu di atas meja pejabatnya. Kemudian, dia membuka jaket panas yang di pakainya pagi tadi dan mengantungkannya di dalam sebuah almari yang berhampiran.

Ruang pejabat Colline itu agak luas. Perabotnya juga tersusun dengan rapi. Di atas mejanya terdapat banyak peralatan seperti Laptop, mesin faks, mesin fotostat, Video – Phone dan lain – lain lagi. Di belakang meja pejabatnya pula terdapat sebuah kabinet besar yang penuh dengan buku dan juga fail – fail penting.

Colline menuangkan jus oren ke dalam 2 buah gelas kecil. Kemudian, dia membawanya ke tempat Poly duduk. Poly mengambil gelas itu dari Colline dan meminumnya. Colline pun duduk di atas kusyen bertentangan dengan tempat duduk Poly. Mereka berdua diam seketika, cuba mencari kata – kata yang seterusnya.

“Danny ada hubungi Colline tadi?” kata Poly memulakan perbualan. Riak wajahnya kelihatan serius. Kebiasaanya Poly ialah seorang yang suka berjenaka tetapi perangainya agak berbeza hari ini.

Colline mengangguk lemah. Entah mengapa sukar bagi Colline untuk berkata – kata ketika itu. Colline dapat menjangkakan yang Poly akan memberitahunya sesuatu berita yang buruk. Poly membetulkan duduknya. Dia memandang wajah Colline lalu memegang kedua – dua tapak tangan kawan karibnya itu. Dia mengenggam tapak tangan Colline dengan erat. Air mukanya masih lagi seperti tadi.

Colline semakin cemas dengan kelakuan Poly itu. “What’s wrong Poly?” tanya Colline meminta Poly memberitahunya apa yang telah berlaku.

“It’s about Leon...” balas Poly lemah.

“Leon? Kenapa dengan Leon?” tanya Colline bertambah cemas.

“Kita baru saja menerima berita tentang pasukan Leon di Lahad Datu.”

“Dia okey kan? He is alright, isn’t he?”

Poly menggelengkan kepalanya. Manik – manik air mulai terbit di tepi matanya. Melihat keadaan itu Colline bertambah cemas. Degupan jantungnya bertambah pantas. Dia tahu sesuatu yang buruk telah menimpa diri Leon di Lahad Datu. Air matanya mulai bercucuran tanpa disedarinya.

“What happened to Leon Poly?” Colline mengulangi soalannya. Poly menyeka air matanya dan mengambil sebuah kotak berwarna hitam berdekatan kakinya. Dia meletakkan kotak hitam yang hampir hangus terbakar itu di atas meja yang berada di depan mereka. Colline kenal kotak hitam tersebut. Setiap petugas – petugas ISRC yang menjalankan Field Work akan diberikan kotak peralatan tersebut. Colline membaca nama yang tertulis pada kotak tersebut. “LEON TREMMEL”.

Kesedihan Colline tidak dapat lagi dibendung. Dia pun menangis teresak – esak kerana dia sudah dapat meneka apa yang telah berlaku kepada Leon. Poly berasa simpati dengan Colline. Dia pun memeluk Colline dengan erat. Colline membalas pelukan Poly itu. Suara esakan Colline pun bertambah nyaring. Hatinya betul – betul terseksa apabila mengetahui musibah yang telah menimpa adik angkatnya itu.

Danny sedang berdiri di luar pejabat Colline. Dia cuma mampu mendengar suara tangisan Colline dari luar. Dia ingin berada di situ tetapi sesuatu memberitahunya bahawa kehadirannya di situ cuma akan memburukkan lagi keadaan. Gabriella turut menitiskan air mata bila dia terdengar suara tangisan Colline itu.

Danny membuat keputusan untuk membiarkan Colline bersendirian buat sementara waktu. Itu sajalah yang mampu diberikannya kepada Colline buat masa ini. Ingatannya mulai mengimbas semula perbualan yang pernah berlaku di antara dia dan Leon sebelum itu. Leon telah menghantarkan satu proposal untuk mengetuai satu projek Field Work.

“You want to lead a Field Work project?” tanya Danny kepada Leon.

“Yes. I think I am suitable for a Field Work. Besides, I’ve been doing desk job for so long. I would like to experience the thrills of Field Work,” terang Leon.

“Field Work is not a place for people to seek thrills. It needs commitment and strong discipline. It can also be very dangerous, do you understand?”

“Yes sir. I’m sorry sir,” ujar Leon sambil memarahi dirinya kerana mengatakan sesuatu yang bodoh.

Danny menutup fail proposal yang dibawa oleh Leon itu. Dia mengalihkan perhatiannya kepada sebuah bingkai gambar yang ada di atas mejanya. Ianya gambar seorang lelaki dan perempuan sedang tersenyum dengan gembira. Gambar itu diambil di depan sebuah universiti di US. Ianya gambar dirinya dan Colline. Danny tahu hubungan di antara Colline dan Leon. Leon ialah adik angkat kepada Colline sewaktu mereka sedang menuntut di The Illinois University of Advance Science. Colline mengambil Leon sebagai adik angkat kerana wajahnya amat serupa dengan adik kandungnya yang sudah pun meninggal dunia. Memandangkan Leon juga mengambil jurusan Meteorology, Colline telah mengambil Leon bekerja dengannya di ISRC.

Danny menyandarkan dirinya di kerusi. Dia memusing – musingkan pen yang sedang dipegangnya. Gelagatnya itu menambahkan rasa cemas Leon. Leon membetulkan duduknya dan menanti jawapan Danny. Dia amat berharap Danny akan mengizinkan permohonannya kerana ini adalah impiannya semenjak dia bekerja dengan ISRC.

“Leon sudah berbincang dengan Colline tentang proposal Leon ni?” tiba – tiba Danny menyebut nama Colline dalam perbualan mereka.

“Sis Colline? Kenapa pula Leon perlu berbincang dahulu dengan Sis Colline?” balas Leon, hairan kerana Danny menyebut nama kakak angkatnya itu.

“Danny tidak ingin dimarahi oleh kakak Leon tu. Jika dia dapat tahu Danny tiba – tiba membenarkan Leon mengetuai mana – mana projek Field Work, she is going to kill me. Leon pun tahu dengan perangainya kan?”

“Sis Colline tak perlu tahu tentang perkara ini Chief. Kalau dia dapat tahu pun, Leon akan bertanggungjawab. Jangan bimbang.”

“Leon betul – betul ingin menjadi ketua projek Field Work? Tugas ni bukannya sesuatu yang senang,” tanya Danny sekali lagi.

“Leon pasti dan Leon yakin!” kata Leon dengan bersunguh – sungguh.

“Very well. I’ll inform you once there is a new Field Work project,” jawab Danny, sambil menghulurkan tangannya.

“Thank you very much sir. I really appreciate it. I really do!” kata Leon. Dia menyambut tangan Danny itu dan menjabatnya dengan erat. Danny dapat melihat kegembiraan yang tertera di wajah Leon itu lantas dia juga tersenyum.

Danny memasukkan tiga keping syiling 50 sen ke dalam sebuah Vending Machine. Dia menekan butang bertulis Milo. Sebuah gelas kertas tiba – tiba keluar dari mesin itu. Ianya penuh dengan air berwarna perang. Danny mengambil gelas tersebut dan menghirup air yang ada di dalamnya. Dia berasa amat bersalah atas kematian Leon. Dia juga berasa amat bersalah pada Colline.

“Kalaulah saya cuba halang Leon tempoh hari...” guman Danny kepada dirinya. Dia pun duduk di sebuah kerusi berdekatan Vending Machine tersebut. Danny mengeluh dan membiarkan air minumannya menjadi sejuk.

“I’m sorry Colline...”

1 comment:

Princess said...

huhuhu...tntu colline sdeh...

to penulis- crita ni mmng hebat tau.. n betol kte alucardbelmonte tu...klah crita bionik..hahaha

good job..suke crita ni..smoga brusha lgi..